View
33
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT MENURUT MODEL DUNN AND DUNN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
SUNGAI BESAR
NOR FADHLINA BINTI HANIFIYAH
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT MENURUT
MODEL DUNN AND DUNN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
SUNGAI BESAR
NOR FADHLINA BINTI HANIFIYAH
Laporan Projek Ini Di kemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada
Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2006
iii
DEDIKASI
Alhamdulillah………
Kehadrat Ilahi Rabbul IIzati
HambaMu Yang Lemah Lagi Dhaif Menyembah Diri
Selawat Dan Salam Buat Junjungan Besar Rasulullah S.A.W
Para Sahabat Serta Pejuang Islam
Yang Menegakkan Kalimah Islam Di Muka Bumi
Titipan Penuh Kerinduan Istimewa
Buat Ayahanda, Hanifiyah Bin Burahmad
Bonda, Khadijah Binti Hj. Saman
Kedua-duanya Yang Amat Disayangi Dan Dikasihi
Semoga Kasih Sayang Dan Keringat Yang Kalian Curahkan
Akan Menjadi Pendorong Dan Penolong Setia Kejayaan
Anakmu Ini Setiap Waktu
Buat Abang-Abang, Ahmad Azam dan Mohd Nasruddin
Adik-Adik, Mohd Ghazali Dan Nur Asyikin
Senyum Tawa Dan Gurau Senda Sepanjang Kita Bersama
Takkan Biar Ia Berlalu
Akan Kutitip Ia Menjadi Memori Indah Dalam Hidupku
Buat Sahabat-Sahabat Seperjuanganku Sekalian
Terima Kasih Kerana Sudi Menerima Kehadiran Diri Ini
Harapanku Agar……Kita Semua
Mendapat Keredhaan Dan Rahmat Kasih Sayang DariNya
Dan Semoga……Nur Islam Akan Terus Menyinar Di BumiNya
iv
PENGHARGAAN
Segala pujian bagi Allah S.W.T, pemilik sekalian alam dan selawat serta salam
keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat
r’anhum dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari kiamat.
Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
ribuan terima kasih dan merakamkan setinggi penghargaan kepada penyelia saya, Encik
Kamalularifin bin Subari di atas tunjuk ajar, bimbingan dan juga teguran yang membina
dalam usaha untuk menjayakan Projek Sarjana Muda ini.
Ribuan terima kasih juga ditujukan kepada Penolong Kanan 1 Sekolah
Menengah Kebangsaan Sg. Besar, Hajjah Jameah Binti Hj Saleh, Guru Kanan Sains,
cikgu Yang Chik, guru-guru serta pelajar-pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah
Kebangsaan Sg. Besar yang sudi menjadi responden dan kepada semua pihak yang telah
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan kajian ini.
Tidak ketinggalan buat keluarga tercinta khasnya ayahanda dan bonda yang tidak
pernah jemu mendo’akan dan memberikan dorongan kepada anakanda selama ini.
Terima kasih juga kepada semua guru-guru dan pensyarah-pensyarah yang pernah
mencurahkan ilmu selama ini, semoga kalian semua meredhai segala ilmu yang telah
diberikan.
Buat akhirnya semoga Allah sentiasa meredhai dan memberkati segala usaha
yang kita lakukan di dunia ini dan diterima sebagai ibadah dan amalan yang soleh
Amin……..
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji gaya pembelajaran pelajar tingkatan empat
di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar. Faktor-faktor yang dikaji ialah
persekitaran, emosi, sosiologi, fizikal dan psikologi. Pembolehubah bersandar di dalam
kajian ini adalah gaya pembelajaran pelajar. Manakala pembolehubah bebas yang telah
dikenalpasti adalah lima faktor yang dikaji. Sampel kajian terdiri daripada 120 orang
responden di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar. Rekabentuk kajian yang
dijalankan adalah menggunakan kaedah deskriptif dengan menggunakan statistik
deskriptif perbandingan kekerapan dan peratusan. Instrument kajian yang dijalankan
adalah soal selidik yang mempunyai dua bahagian terdiri daripada bahagian A dan
bahagian B. Hasil soal selidik dianalisis menggunakan perisian komputer Statistical
Packages for Social Science (SPSS) version 10.0. Hasil kajian mendapati gaya
pembelajaran yang banyak membawa pengaruh kepada pelajar ialah faktor emosi dan
juga faktor persekitaran.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study was to identify the learning styles among form four
students at Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar. The factors was studied are
environment, emotional, sociology, psychical and psychology. Dependent variable in
this study is student’s learning styles whether the five factor of this study is the
independent variable. This study involved 120 form four students at Sekolah Menengah
Kebangsaan Sungai Besar. The research design for this study is using description
analyzed approach comparing the frequency and percentage by using description
statistic. The questionnaires were used as the study instrument. Data was personally
collected by the researcher and then analyzed using Statistical Package for the Social
Science (SPSS) software. The result of the study showed that the most influent learning
styles among the student is emotional factor and environment factor.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
BAB I PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Batasan Kajian 9
1.8 Definisi dan istilah 10
viii
BAB II SOROTAN KAJIAN 12
2.1 Pengenalan 12
2.2 Kajian-kajian Lepas 14
2.3 Rangsangan Persekitaran 17
2.3.1 Bunyi 17
2.3.2 Cahaya 18
2.3.3 Suhu 19
2.3.4 Rekabentuk 20
2.4 Rangsangan Emosi 21
2.4.1 Motivasi 21
2.4.2 Ketabahan 22
2.4.3 Tanggungjawab 23
2.4.4 Struktur 24
2.5 Rangsangan Fizikal 24
2.5.1 Persepsi 24
2.5.2 Pemakanan 25
2.5.3 Masa Belajar 26
2.5.4 Mobiliti 27
2.6 Rangsangan Sosiologi 28
2.6.1 Belajar Secara Kendiri 28
2.6.2 Belajar Secara Berpasangan 29
2.6.3 Belajar Secara Kumpulan 29
2.6.4 Pelbagai 30
2.7 Rangsangan Psikologi 30
2.7.1 Global atau Analitik 30
2.7.2 Himesfera Otak Kanan dan Otak Kiri 31
2.7.3 Reflektif / Impulsif 31
ix
BAB III METODOLOGI KAJIAN 32
3.1 Pengenalan 32
3.2 Rekabentuk Kajian 32
3.3 Populasi dan Sampel 34
3.4 Instrumen Kajian 35
3.4.1 Keesahan Borang Soal Selidik 35
3.4.2 Kajian Rintis 36
3.5 Prosedur Mengumpul Data 36
3.6 Analisis Data 37
BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN 40
4.1 Pengenalan 40
4.2 Latar Belakang Responden 41
4.2.1 Analisis Taburan Responden Mengikut Jantina 41
4.2.2 Analisis Taburan Responden Mengikut Bangsa 41
4.2.3 Analisis Taburan Responden Mengikut 42
Tempat Tinggal
4.3 Analisis Data Bahagian B 43
4.4 Persoalan Kajian 1 43
Apakah faktor persekiran mempengaruhi gaya
pembelajaran pelajar tingkatan empat?
4.5 Persoalan Kajian 2 46
Apakah faktor emosi mempengaruhi gaya
pembelajaran pelajar tingkatan empat?
x
4.6 Persoalan Kajian 3 48
Apakah faktor sosiologi mempengaruhi gaya
pembelajaran pelajar tingkatan empat?
4.7 Persoalan Kajian 4 49
Apakah faktor fizikal mempengaruhi gaya
pembelajaran pelajar tingkatan empat?
4.8 Persoalan Kajian 5 52
Apakah faktor psikologi mempengaruhi gaya
pembelajaran pelajar tingkatan empat?
4.7 Hasil Dapatan Setiap Persoalan Kajian 54
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 55
5.1 Pengenalan 55
5.2 Rumusan 55
5.3 Perbincangan
5.3.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1 57
Apakah Faktor Persekitaran mempengaruhi
Gaya Pembelajaran pelajar Tingkatan Empat?
5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2 59
Apakah Faktor Emosi mempengaruhi Gaya
Pembelajaran pelajar Tingkatan Empat?
5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3 61
Apakah Faktor Sosiologi mempengaruhi Gaya
Pembelajaran pelajar Tingkatan Empat?
xi
5.3.4 Perbincangan Persoalan Kajian 4 63
Apakah Faktor Fizikal mepengaruhi Gaya
Pembelajaran pelajar Tingkatan Empat?
5.3.5 Perbincangan Persoalan Kajian 5 65
Apakah Faktor Psikologi mempengaruhi Gaya
Pembelajaran pelajar Tingkatan Empat?
5.4 Cadangan 67
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 68
5.6 Kesimpulan 69
SENARAI RUJUKAN 70
LAMPIRAN
Set Borang Soal Selidik 74
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Senarai Item Mengikut Faktor 35
3.2 Skala Likert 38
3.3 Pemeringkatan Likert kepada 3 Kategori 38
3.4 Nilai Peratusan 39
3.5 Analisis yang Digunakan 39
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 41
4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 41
4.3 Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal 42
4.4 Analisis Peratusan bagi Faktor Persekitaran yang 43
Mempengaruhi Gaya Pembelajaran Responden
4.5 Analisis Peratusan bagi Faktor Emosi yang 46
Mempengaruhi Gaya Pembelajaran Responden
4.6 Analisis Peratusan bagi Faktor Sosiologi yang 48
Mempengaruhi Gaya Pembelajaran Responden
4.7 Analisis Peratusan bagi Faktor Fizikal yang 49
Mempengaruhi Gaya Pembelajaran Responden
4.8 Analisis Peratusan bagi Faktor Psikologi yang 52
Mempengaruhi Gaya Pembelajaran Responden
4.9 Taburan Gaya Pembelajaran Responden berdasarkan 54
Faktor dan Tahapnya
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Set Borang Soal Selidik 74
B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 79
Dari Bahagian Pembangunan dan
Penyelidikan EPRD
C Surat Menjalankan Soal Selidik Di Sekolah 81
D Senarai Bilangan Pelajar Tingkatan Empat 82
BAB I
PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan
Pendidikan merupakan satu aspek penting dalam proses pembangunan dan juga
sebagai agen perubahan masyarakat. Pendidikan era baru memainkan peranan yang
lebih penting ke arah membentuk sebuah masyarakat madani pada abad ke-21 ini.
Masyarakat madani adalah dicirikan antara lain oleh ketamadunan yang tinggi,
mengamalkan nilai-nilai hidup moden dan progresif, berasaskan sains dan teknologi,
berpelajaran tinggi dan juga melibatkan diri secara aktif dalam pertubuhan-pertubuhan
sosial, politik, dan pergerakan kesukarelawan. Dalam hal ini pendidikan memainkan
peranan yang penting dari segi membebaskan manusia daripada penjajahan pemikiran,
nilai-nilai dan fahaman feudal dan autokratik agar masyarakat madani akan dapat
dibentuk ( Rahimah, 2002 )
Pendidikan pada peringkat sekolah menengah adalah suatu usaha untuk
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi
menghasilkan insan yang seimbang daripada segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani
supaya dapat memberi sumbangan terhadap kemakmuran masyarakat dan juga negara.
Dengan ini, sistem pendidikan haruslah memberi perhatian serius terhadap perbezaan
individu dan memberi peluang kepada anak-anak untuk meningkatkan potensi mereka
dengan sepenuhnya (Ramlah et. al, 2002).
2
Potensi individu boleh dikembangkan dengan ilmu selaras dengan pesanan
Rasulullah kepada umatnya iaitu “tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad”.
Ilmu dapat diperolehi apabila seseorang itu belajar dan berinteraksi dengan maklumat
yang diperolehi daripada pelbagai sumber sama ada secara langsung (pusat pendidikan)
atau tidak langsung. Oleh itu, pusat pendidikan adalah penting bagi pelajar
memperolehi ilmu pengetahuan bagi memperkembangkan potensi yang ada pada
dirinya. Para pelajar haruslah menguasai pengetahuan dan kemahiran asas serta nilai-
nilai hidup masyarakat (Mohamed Nor’, 1990).
Sungguhpun ramai yang berpendapat bahawa memperkembangkan intelek dan
kemahiran asas adalah penting dan menjadi matlamat utama sekolah, tetapi matlamat
pendidikan haruslah bersifat luas meliputi keperluan fizikal, emosi, sosial dan etika
generasi muda (Mohamed Nor’, 1990). Namun begitu, para pelajar, guru-guru dan ibu
bapa di Malaysia masih mementingkan kepada peperiksaan sahaja.
Aktiviti-aktiviti dan perhatian yang diberikan tertumpu kepada bagaimana untuk
membolehkan pelajar-pelajar lulus peperiksaan. Secara langsungnya, sistem yang
berorintasikan peperiksaan ini telah mewujudkan budaya dan pegangan para pelajar
sama ada di peringkat sekolah ataupun di universiti (Asiah, 1994). Asiah, 1994
menegaskan bahawa semua pihak yang terlibat harus mancari cara-cara untuk
menjauhkan proses pembelajaran daripada pengaruh peperiksaan dan menjadikan
pembelajaran lebih menyeronokkan dan bermakna.
Didalam banyak situasi pengajaran, proses pembelajaran pelajar kurang
ditekankan di sekolah-sekolah. Selain itu, guru-guru kini sering mengabaikan keperluan
pelajar terutamanya dalam mengenalpasti gaya pembelajaran yang dimiliki. Pada masa
kini, ramai penyelidik mengkaji ciri-ciri unik gaya pembelajaran seseorang individu
disamping menjana alternatif untuk memperbaiki amalan-amalan pembelajaran supaya
dapat mempertingkatkan pencapaian akedemik. Gaya pembelajaran memainkan peranan
yang amat penting dalam proses pembelajaran kerana ianya merupakan proses sepanjang
hayat dan berterusan (Honey dan Mumford, 1992). Walaupun gaya pembelajaran
3
membolehkan seseorang individu mengalami proses pembelajaran dengan lebih
berkesan, namun jenis gaya pembelajaran bergantung kepada kesesuaian seseorang
individu itu.
Pelajar yang diberi pendedahan tentang gaya pembelajaran dan dapat
menyesuaikannya dalam proses pembelajaran berupaya mencapai kecemerlangan yang
tinggi berbanding mereka yang tidak dapat membuat penyesuaian selain dapat
mengenalpasti kekuatan dan kelemahan yang dimiliki (Dunn, 1999).
Aspek gaya pembelajaran dan kepelbagaian kecerdasan harus diberi tumpuan
bagi merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dimana perkembangan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu perlu dititikberatkan dalam sistem
pendidikan agar pelajar berupaya mengecapi kejayaan sama ada dalam bidang akademik
mahupun kehidupan harian.
1.2 Latar Belakang Masalah
Kolb (1976) mengatakan bahawa salah satu faktor kegagalan sesorang individu
dalam pembelajaran ialah tidak memahami proses pembelajaran dirinya iaitu gaya
pembelajaran. Perlu difahami bahawa kejayaan pembelajaran seseorang bukannya
setakat dapat menyiapkan tugasan dan mendapat keputusan yang baik dalam
peperiksaan. Seperti yang dinyatakan oleh Najib Tun Razak bahawa seseorang pelajar
itu bukan setakat cemerlang dalam peperiksaan sahaja tetapi seorang yang
berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang ilmu (Mingguan Malaysia: 07hb Ogos
2005). Sebenarnya pembelajaran merangkumi satu lingkungan yang luas kerana
pembelajaran itu adalah seumur hidup.
4
Faktor-faktor yang menyebabkan masalah penguasaan pembelajaran adalah
faktor masalah pembelajaran, faktor peribadi, faktor kecenderungan, faktor fizikal dan
faktor psikologi (Mok Soon Sang, 2001). Ini dapat menunjukkan betapa pentingnya
seseorang itu menyesuaikan diri dengan gaya pembelajaran yang sesuai dengan dirinya
dalam mengatasi masalah dan juga kekangan dalam menguasai sesuatu pembelajaran.
Dapatan kajian Pask (1976) dalam Kevin Marjovibanks (1991), menunjukkan
bahawa masalah pembelajaran pelajar mempunyai kaitan dengan strategi pengajaran
yang tertentu termasuk juga gaya pembelajaran pelajar. Penggunaan bahan pengajaran
yang sesuai dengan gaya pembelajaran pelajar membolehkan pelajar mengasimilasikan
dan mengingat pelajaran dengan baik manakala keadaan sebaliknya berlaku sekiranya
bahan pengajaran tidak menepati gaya pembelajaran pelajar.
Di dalam model gaya pembelajaran Dunn and Dunn yang dicipta oleh Rita dan
Kenneth Dunn (1978), gaya pembelajaran seseorang pelajar bergantung kepada lima
rangsangan utama yang mempengaruhi pencapaian seseorang iaitu, persekitaran, emosi,
sosiologi, fizikal dan psikologi.
Persekitaran memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran dan dalam
menentukan gaya pembelajaran pelajar. Kebanyakan pelajar berpendapat bahawa
keadaan persekitaran seperti cahaya, suhu, peredaran udara, keadaan fizikal bilik belajar
tidak begitu bererti (signifikan) atau mendengarkannya dengan sambel lewa. Jika dilihat,
motivasi adalah lebih signifikan berbanding keadaan fizikal bilik darjah. Namun
motivasi adalah kompleks dan sukar untuk dimanipulasikan tetapi keadaan persekitaran
bagitu mudah untuk dipastikan bahawa pelajar mendapat cahaya, suhu yang cukup untuk
pembelajaran. Walaupun faktor-faktor ini hanya mempengaruhi pembelajaran sebanyak
5-10%, tetapi ia patut diberi tumpuan memandangkan kesilapan ini adalah senang untuk
diperbetulkan (Sabri Ahmad, 2003).
5
Menurut pernyataan Kahn et al. (1978) dan House (1981) dalam Subahan (2001)
mengatakan bahawa ciri-ciri peribadi dan keadaan suasana atau persekitaran boleh
membawa kesan langsung dan tidak langsung ke atas ketenteraman jiwa seseorang. Ini
adalah berkaitan dengan emosi seseorang di mana emosi merupakan perasaan jiwa yang
kuat seperti sedih, gembira, takut dan lain-lain. Kesedaran yang berlaku kebanyakannya
bergantung kepada faktor emosi seperti seseorang pelajar tidak suka kepada mata
pelajaran dan tidak mengambil berat dengannya.
Pelajar perlu gigih berusaha dan memperkayakan diri dengan ilmu pengetahuan
dan pengalaman, sekali gus membolehkan mereka diterima dan dapat menyesuaikan diri
dengan persekitaran semasa. Seperti mana yang diperkatakan oleh Tuanku Fauziah
Tengku Abdul Rashid, menerusi usaha bersungguh-sungguh akan dapat membezakan
individu itu dengan rakan-rakan lain dari sudut penampilan diri, kematangan dan
ketahanan fizikal. Mereka yang takut dan pesimis akan tertinggal di belakang
(Mingguan Malaysia : 07hb Ogos 2005).
Keadaan fizikal seseorang pelajar juga mempengaruhi gaya pembelajaran
mereka. Dalam satu kajian yang dibuat, pelajar akan lebih berminat belajar tentang
sesuatu mata pelajaran sekiranya terdapat penglibatan daripada semua pancaindera.
Antaranya ialah 10% pelajar memahami dengan mendengar, 20% memahami dengan
melihat dan 60% memahami dengan mendengar dan melihat. Kesemuanya ini akan
mempengaruhi gaya pembelajaran bagi setiap pelajar (Hasan Hj. Mohd Ali, 1996).
Pembelajaran yang berkesan juga bergantung kepada faktor sosiologi.
Kebolehan pelajar memupuk perhubungan kerjasama sesama mereka atau pelajar
dengan orang tertentu akan dapat mewujudkan keadaan yang mendorong kearah gaya
pembelajaran yang lebih baik berbanding dengan pelajar yang bersendirian (Ee Ah
Meng, 1994). Seperti yang dikatakan oleh J.S.Mill, di kalangan orang Inggeris, sikap
tidak mahu memberitahu apa yang mereka minati kepada orang lain mahupun diri
mereka sendiri menyebabkan perasaan dan keintelektualan mereka tidak membangun
dan menurunkan kerohanian mereka kepada satu kewujudan negatif. Jika pelajar
6
mengatakan bahawa semua perkara dalam pembelajaran bergantung kepada kerja kuat
seseorang dan penguasaan dalam sesuatu mata pelajaran tetapi tidak bergantung kepada
rakan-rakan atau guru, sebenarnya tanggapan mereka adalah tidak tepat. Sesungguhnya
semua pembelajaran melibatkan hubungan sosial (Sabri Ahmad, 2003).
Berdasarkan kepada kepentingan kearah gaya pembelajaran yang selesa, maka
penyelidik ingin mengkaji apakah ciri-ciri yang mempengaruhi gaya pembelajaran bagi
pelajar tingkatan empat berdasarkan model Dunn and Dunn.
1.3 Pernyataan Masalah
Gaya pembelajaran yang diamalkan oleh setiap individu adalah berbeza diantara
satu sama lain. Seseorang pelajar mula membentuk gaya pembelajaran sejak awal
kanak-kanak. Gaya pembelajaran yang diamalkan oleh seseorang pelajar dipengaruhi
oleh faktor-faktor tertentu. Elemen-elemen yang mempengaruhi gaya pembelajaran
pelajar adalah seperti persekitaran, emosi, sosiologi, fisiologi dan psikologi (Dunn dan
Dunn, 1978 ). Justeru itu penyelidik menjalankan kajian yang berkaitan dengan gaya
pembelajaran pelajar tingkatan empat untuk menentukan sejauhmanakah setiap elemen-
elemen rangsangan mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar yang dinyatakan menurut
model Dunn and Dunn (1978).
7
1.4 Objektif Kajian
Antara objektif bagi kajian ini adalah;
1.4.1 Mengenalpasti faktor persekitaran, emosi, sosiologi, fizikal dan psikologi
mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar Tingkatan Empat.
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan masalah yang dinyatakan, persoalan-persoalan kajian adalah seperti
berikut;
1.5.1 Adakah faktor persekitaran mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar tingkatan
empat?
1.5.2 Adakah faktor emosi mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar tingkatan empat?
1.5.3 Adakah faktor sosiologi mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar tingkatan
empat?
1.5.4 Adakah faktor fizikal mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar tingkatan
empat?
1.5.5 Adakah faktor psikologi mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar tingkatan
empat?
Recommended