View
1.848
Download
7
Category
Preview:
DESCRIPTION
completed example of kerja kursus geografi for pmr. tugasan 1 , amalan kitar semula. (year 2010) hope this'll help. :)
Citation preview
MAKTAB RENDAH SAINS MARA KOTA KINABALU
PETI SURAT 50167, PUTATAN 88722 SABAH.
KERJA KURSUS GEOGRAFI
2010
“ Amalan Kitar Semula di Kawasan Tanjung Aru, Kota Kinabalu ”
Nama Pelajar : Nur Fitryanie Sapari Tingkatan : 3 Mutiara No. Maktab : 08135 No. K/P : 950311-12-5062 Nama Guru : Encik Mussimar Berto
……………………. ………………....Tandatangan Pelajar Tandatangan Guru
Senarai Kandungan
Bil. Tajuk Muka Surat
i. Penghargaan
ii. Pendahuluan
iii. Objektif Kajian
iv. Kawasan Kajian
v. Kaedah Kajian
vi. Dapatan Kajian
i. Konsep Kitar Semula
ii. Jenis Bahan dan Amalan Kitar Semula
di Tanjung Aru
iii. Kepentingan Kitar Semula di Tanjung Aru
iv. Masalah/Halangan Kitar Semula di Tanjung Aru
v. Langkah/Cadangan mengatasi masalah dalam
melaksanakan Kitar Semula di Tanjung Aru.
vii. Rumusan
viii. Lampiran
ix. Rujukan
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan
pertolonganNya, Kerja Kursus Geografi saya yang bertajuk “Amalan Kitar Semula di
Kawasan Tg. Aru, Kota Kinabalu” dapat disiapkan. Saya, Nur Fitryanie Binti Sapari,
ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh semua
pihak.
Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada Tuan Hj. Ibrahim Bin Othman,
Pengetua Maktab Rendah Sains MARA kerana telah memberikan kebenaran kepada saya
bagi melaksanakan Kerja Kursus Geografi (KKG) 2010.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru pembimbing saya
iaitu Encik Mussimar Bin Berto dan Encik Hasrul Bin Jakir kerana tidak jemu memberi
bimbingan dan tunjuk ajar agar saya memperoleh hasil kajian yang cemerlang.
Selain itu, sekalung penghargaan saya berikan kepada kedua ibu bapa saya, Sapari
Bin Zanuri dan Chotmiatun Binti Syamsu yang turut membantu menyiapkan kerja-kerja
ini dan sentiasa memberi dorongan serta sumbangan sepanjang proses menyiapkan kerja
kursus ini. Tanpa dorongan mereka tidak mungkin saya dapat menyiapkan tugasan ini
memandangkan tugasan ini memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran yang tinggi serta
modal yang agak banyak.
Tidak lupa juga kepada kakak dan rakan-rakan saya, Nur Fahizah Binti Sapari,
Hazrizal Nazrin Bin Alias dan Diyanah Syahirah Binti Abdul Halim yang sangat setia
dengan kerja-kerja yang diberikan juga semangat setiakawan yang utuh dalam
memberikan buah fikiran dan semangat serta cadangan. Kerjasama kalian amat saya
hargai.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua
yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan kerja kursus
ini.
PENDAHULUAN
Kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan salah satu daripada syarat
pensijilan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Saya dan rakan-rakan saya telah
memilih tajuk “Amalan Kitar Semula di Kawasan Tanjung Aru, Kota Kinabalu”.
Oleh itu, saya telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di kawasan yang
mengamalkan amalan kitar semula.
Kami memilih tempat ini kerana Tanjung Aru merupakan sebuah pekan yang
mempunyai pusat-pusat perniagaan dan petempatan seperti Kg. Tanjung Aru Lama, Kg.
Tanjung Aru Baru, rumah pangsa, Taman Sempelang dan sekolah-sekolah yang
berdekatan. Tanjung Aru juga mempunyai pantai yang indah. Sehubungan dengan itu,
Amalan Kitar Semula mampu mengekalkan keindahan pantainya yang sedia ada.
Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan
April sehingga bulan Jun iaitu kira-kira 3 bulan. Setiap pelajar perlu menulis satu laporan
yang lengkap tentang kajian yang telah dijalankan.
Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah
khususnya kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan kajian.
OBJEKTIF KAJIAN
Secara amnya, objektif kajian Kerja Kursus Geografi ini dilakukan adalah untuk
mempelajari kaedah membuat kajian kerja kursus secara sistematik, mencari dan
mengumpul fakta yang sahih, menganalisis, mentafsir dan merumus fakta secara rasional,
merekodkan fakta mengikut format yang tepat dan yang pasti adalah bertujuan untuk
memupuk nilai-nilai murni serta semangat dan unsur-unsur patriotisme dalam diri setiap
pelajar dan penduduk kawasan Tanjung Aru akan kepentingan kitar semula agar menjadi
seorang insan yang berguna dan mampu menabur bakti kepada agama, bangsa dan
negara.
Sementelah itu, objektif khusus bagi kajian Kerja Kursus Geografi ini adalah
bagi memenuhi syarat-syarat bagi pensijilan Kerja Kursus Penilaian Menengah Rendah
(PMR).Berdasarkan tajuk Kerja Kursus Geografi ini iaitu Amalan Kitar Semula di
Tanjung Aru, kajian ini turut dilaksanakan bagi menyatakan maksud konsep kitar semula
dengan tepat dan jelas di samping menyenaraikan jenis-jenis bahan dan amalan kitar
semula di Tanjung Aru.
Selain itu, kajian ini turut dijalankan bagi mengenal pasti kepentingan amalan ki-
tar semula di Tanjung Aru sekali gus menghuraikan masalah dan halangan amalan kitar
semula di Tanjung Aru. Akhir sekali, saya juga dapat mencadangkan langkah-langkah
mengatasi masalah dalam melaksanakan amalan kitar semula di Tg. Aru.
Lantaran itu, saya berharap agar semua objektif yang telah saya nyatakan di atas
dapat dicapai sebaik sahaja kajian Kerja Kursus Sejarah ini selesai saya sempurnakan.
KAWASAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan di Tanjung Aru, kira-kira 5 km di barat daya dari pusat
bandar Kota Kinabalu. Kawasan kajian terletak di Zon 2 dalam daerah Kota Kinabalu
dan menghala ke Laut China Selatan (lihat peta 2). Jaraknya dari bandaraya adalah
kira-kira 9 km.
Tanjung Aru mudah dikunjungi kerana sistem perhubungan dan pengangkutannya
yang baik. Jika menaiki bas dari pusat bandar Kota Kinabalu, tambangnya ialah 50 sen
manakala RM15 pula dikenakan jika menggunakan khidmat teksi dan mengambil masa
sekitar 5 minit jika jalan tidak sesak.
Tanjung Aru terkenal dengan pantai berpasir yang luas dan memanjang serta
berteluk. Hutan pantainya yang indah memberikan suasana nyaman kepada para
pengunjung. Terdapat juga pelbagai kemudahan tersedia untuk pelancong seperti taman
permainan, gerai makanan, gerai buah-buahan, restoran dan tapak perkelahan. Antara
tempat yang menarik di kawasan ini ialah Taman Prince Philip, Kelab Golf Kinabalu,
Kelab Kapal Layar (Yacht Club), dan Tanjung Aru Resort.
Peta Kajian
Peta 1 – Kedudukan Kota Kinabalu di negeri Sabah
Peta 2 – Kedudukan kawasan kajian, Pekan Tg. Aru di daerah Kota Kinabalu.
Peta Lakar – Kawasan kajian, Pekan Tg. Aru.
KAEDAH KAJIAN
Saya menggunakan pelbagai kaedah untuk menjalankan kajian ini. Antaranya ;-
i. Pemerhatian – Saya telah membuat pemerhatian untuk mengenalpasti amalan
kitar semula serta kesan buruk akibat tidak mengambil berat amalan kitar semula
yang terdapat di kawasan kajian saya.
ii. Temu Bual – Saya mengumpulkan maklumat tentang kawasan Tanjung Aru
secara lisan dengan menemu bual 20 orang responden yang merupakan penduduk
tempatan. Selain itu, saya juga mendapat maklumat tentang amalan kitar semula
oleh responden.
iii. Soal Selidik – Saya telah menyediakan 20 borang soal selidik yang perlu diisi
oleh penduduk kawasan kajian yang akan menjadi responden terhadap kajian
yang akan dilakukan.
iv. Rujukan – Saya membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet untuk
mendapatkan maklumat tambahan mengenai amalan kitar semula
DAPATAN KAJIAN
8.1 Konsep Kitar Semula
Kitar semula bermaksud mengumpulkan dan memproses semula barang-barang terpakai
dan terbuang untuk dijadikan barangan baru yang berguna. Amalan kitar semula barang-
barang terpakai diperkenalkan dalam usaha untuk menjimatkan
penggunaan sumber, memastikan alam sekitar sentiasa bersih,
mengelakkan pencemaran, dan mengurangkan pembaziran. Antara
barang yang boleh dikitar semula termasuklah kertas, plastik, besi, aluminium dan getah.
Barang seperti botol kaca boleh digunakan semula setelah melalui proses pembersihan.
8.2 Jenis Bahan dan Amalan Kitar Semula
JENIS BAHAN
KACA KERTAS
Pada masa yang sama, terdapat juga penduduk Pekan Tanjung Aru yang sudi
bekerjasama dengan pihak sekolah iaitu dengan memberi sumbangan bahan-bahan kitar
semula mereka untuk membantu pendapatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi
membantu menyelesaikan masalah untuk melaksanakan program-program pelajar di
sekolah.
Sehubungan dengan itu, sebilangan penduduk cuba untuk mengurangkan
penggunaan kertas dan plastik. Terdapat penduduk yang tidak menggunakan plastik atau
polisterin untuk membungkus makanan supaya tidak terbazir begitu saja. Amalan seperti
ini akan dapat menjimatkan penggunaan bahan kitar semula dan menambahkan hasil kitar
semula.
Amalan kitar semula akan dapat menjimatkan penggunaan bahan dan sumber semulajadi
Jumlah Penduduk Melaksanakan Amalan Kitar Semula Di Tanjung Aru
Menjual bahan di pusat kitar semula 7
Mengguna semula bahan 5
Memberi sumbangan kepada sekolah 3
Mengurangkan penggunaan bahan 3
Tidak mengitar semula 2
Jumlah 20
Jadual 1 Statistik amalan mengitar semula penduduk Tg. Aru. (sumber: soal selidik)
8.3 Kepentingan Amalan Kitar Semula
1) Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita
Kini terdapat sebanyak 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya
berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah yang
dibuang. Sebaik sahaja sebuah tapak pelupusan sampah dipenuhi sampah, tapak baru
akan dibuka. Lambat laun, tapak-tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohi
ruang hidup kita. Akhirnya, kita akan kehilangan ruang hidup yang selesa.
2) Kitar semula untuk persekitaran yang lebih bersih dan sihat
Sampah boleh menjejaskan kesihatan manusia dan kebersihan persekitaran. Jika
dibiarkan, ia boleh menyebabkan bau yang tidak selesa dan menyebabkan penyakit.
Melalui amalan kitar semula, kita dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan
seterusnya mengawal penyakit daripada merebak.
3) Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran
Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan
sampah merupakan antara punca pencemaran udara dan air. Amalan mengitar semula
dapat mengelakkan pencemaran alam sekitar tersebut daripada terus mengancam kualiti
kehidupan kita.
4) Kitar semula untuk menjimatkan kos, sumber dan tenaga
Satu tin aluminium yang dikitar semula bagaikan menjimatkan penggunaan
tenaga elektrik televisyen selama 3 jam. Jika kertas dapat dikitar semula secara
maksimum anda dapat mengurangkan 4,360 tan sampah sehari yang bersamaan 78,000
batang pokok.
Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon terpaksa ditebang.
Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita
perlu memelihara hutan kerana ia merupakan paru-paru semulajadi yang memberi kita
oksigen dan udara yang bersih.
Satu botol kaca yang dikitar semula bagaikan menjimatkan penggunaan tenaga
elektrik mentol lampu 100 watt selama 4 jam. Suhu proses lebur untuk mengitar semula
kaca berbanding dengan suhu lebur untuk kaca baru menjimatkan sebanyak 32% tenaga
yang diperlukan untuk pengeluaran kaca.
Dengan amalan kitar semula ini, kita akan dapat menerapkan unsur tanggungjawab dan
sayangkan kepada negara serta alam sekitar, seperti peribahasa negara bersih rakyat sihat.
8.4 Masalah/Halangan Amalan Kitar Semula
Ketika melaksanakan kerja kursus ini, terdapat beberapa masalah yang telah dikenalpasti.
1. Sikap
Terdapat segelintir penduduk yang tidak mengambil peduli amalan kitar semula
ini. Kebanyakan plastik, kertas dan kaca yang boleh dikitar semula dibuang ke tempat
sampah dan kemudiannya dibakar dengan begitu sahaja. Keadaan ini akan menyebabkan
berlakun ya pencemaran udara.
Penduduk mengitar semula
Penduduk tidak mengitar semula
Rajah 4 Hanya 10% penduduk tidak memupuk amalan kitar semula (sumber: temu bual)
2. Kurang Pengetahuan
Hasil daripada kajian saya, kebanyakan penduduk yang membuang bahan yang
boleh dikitar semula ini adalah disebabkan oleh kekurangan pengetahuan tentang
kepentingan amalan kitar semula. Mereka berasa membuang bahan tersebut lebih senang
daripada mengitar semula. Mereka mendapati amalan kitar semula ini hanya membuang
masa dan tidak mendatangkan manfaat.
3. Insentif Terlalu Rendah
Kebanyakan pusat pengumpulan mengambil barangan kitar semula dengan harga
yang rendah. Kertas dibeli dengan harga tidak kurang 20 sen untuk 1 kilogram. Insentif
yang kurang menyebabkan penduduk lebih senang membakar bahan tersebut daripada
menjualnya kerana harga yang rendah dan tidak mendatangkan untung.
4. Kurang Pusat Pengumpulan
Di kawasan kajian hanya terdapat sebuah pusat pengumpulan bahan kitar semula
yang berdekatan. Keadaan ini menyukarkan penduduk untuk mengitar semula barangan,
memandangkan lokasi pusat ini terlalu jauh bagi penduduk yang bukan tinggal di
kawasan yang berdekatan . Tambahan pula, pusat ini hanya menerima bahan kitar semula
yang dihantar oleh penduduk. Mereka tidak menyediakan perkhidmatan mengutip
barangan kitar semula dari rumah penduduk.
5. Kurang Kerjasama
Terdapat juga segelintir penduduk yang tidak memberikan kerjasama apabila
kempen kitar semula ini dijalankan oleh kerajaan. Sikap tidak peduli dan tidak
mengambil berat amalan kitar semula ini menyebabkan usaha kerajaan untuk
menjimatkan tenaga dan bahan kitar semula tidak tercapai atau terlaksana.
Saya berpendapat penduduk kampung perlu insaf dan berubah sikap untuk menjadikan
amalan kitar semula ini berjaya dan disemai dalam gaya hidup mereka.
8.5 Langkah/cadangan untuk mengatasi masalah dalam melaksanakan kitar semula
Bagi memastikan amalan kitar semula ini dijalankan di kawasan kajian, beberapa
langkah atau tindakan dapat dilakukan bagi memastikan amalan tersebut dapat
dilaksanakan dengan baik.
Langkah/cadangan mengatasi masalah dalam melaksanakan kitar semula ;-
1. Kempen
Negara kita menyambut perayaan seperti Hari Perhutanan Sedunia, Hari Bumi,
Hari Alam Sekitar Sedunia dan Minggu Alam Sekitar pada setiap tahun. Objektif
utamanya adalah untuk meningkatkan kesedaran menjaga alam sekitar bagi melahirkan
masyarakat yang lebih prihatin, peka dan bekerjasama memainkan peranan untuk
mengamalkan mengitar semula. Kempen dan program yang dilaksanakan ini dapat
menginsafkan rakyat supaya menyelamatkan alam sekitar daripada mengalami
kemerosotan dan kemusnahan.
2. Pendidikan
Guru-guru di sekolah harus memberi galakan kepada pelajar supaya
melaksanakan amalan kitar semula. Guru perlu menyebarkan kesedaran tentang
kepentingan amalan kitar semula. Guru juga dapat mengadakan pertandingan dan
kempen di sekolah untuk menarik minat pelajar supaya mengamalkan kitar semula dalam
gaya hidup seharian.
3. Menyediakan Kemudahan Pusat Pengumpulan
Pihak berkuasa tempatan perlu menyediakan lebih banyak pusat pengumpulan
bahan kitar semula bagi menarik penduduk untuk mengitar semula. Hal ini amat penting
supaya penduduk lebih peka dengan tidak membuang bahan yang boleh dikitar semula
secara sesuka hati. Ini dapat mengelakkan pembaziran bahan.
Pihak sekolah juga boleh menyediakan tong-tong kitar semula di lokasi-lokasi
yang strategik bagi memudahkan pelajar membuang bahan kitar semula.
4. Kegiatan Gotong Royong
Penduduk boleh juga bergotong royong bersama-sama untuk membersihkan
kawasan kajian, serta mengumpulkan bahan kitar semula. Ketua kampung memainkan
peranan yang penting supaya penduduk bekerjasama mengamalkan amalan kitar semula
ini.
Semua pihak perlulah berganding bahu dan bekerjasama untuk memastikan
amalan kitar semula ini dapat dilaksanakan dengan sempurna. Setiap peringkat umur
harus mempunyai sikap bertanggungjawab supaya menjaga tanah air kita.
RUMUSAN
Kitar semula ini merupakan satu amalan yang harus dipupuk dan disemai di
kalangan rakyat Malaysia. Sekiranya kita mengamalkan kitar semula, banyak hutan dapat
diselamatkan daripada ditebang. Alam sekitar, flora dan fauna pula dapat terpelihara
daripada sebarang ancaman dan bahaya. Sikap bertanggungjawab dan cintakan tanah air
perlu ada dalam setiap diri rakyat Malaysia supaya seruan kerajaan untuk mengamalkan
amalan kitar semula mendapat sokongan daripada segenap lapisan masyarakat.
Recommended