24
KAJIAN GEOGRAFI 2011 PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI FELDA KERTEH 3, DUNGUN,TERENGGANU NAMA: NUR NAJIHAH BINTI ABDUL MALEK NO K/P: 960511-03-XXXX NAMA SEKOLAH: SMK XXXX NAMA GURU MATAPELAJARAN: PUAN HAJAH NOOR MAZIAH

Kerja Kursus Geografi Complete)

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kerja Kursus Geografi Complete)

KAJIAN GEOGRAFI 2011

PENCEMARAN

ALAM SEKITAR

DI FELDA KERTEH 3,

DUNGUN,TERENGGANU

NAMA: NUR NAJIHAH BINTI ABDUL MALEK

NO K/P: 960511-03-XXXX

NAMA SEKOLAH: SMK XXXX

NAMA GURU MATAPELAJARAN: PUAN HAJAH NOOR MAZIAH BINTI ABDUL RAHMAN

Page 2: Kerja Kursus Geografi Complete)

PERKARA MUKA SURAT

1. Penghargaan 1

2. Pendahuluan 2

3. Objektif 3

4. Kawasan kajian 4 - 10

5. Kaedah kajian 11

6. Dapatan kajian

6.1. Konsep pencemaran alam sekitar 6.2. Jenis pencemaran alam sekitar di Felda Kerteh 3 6.3. Punca pencemaran alam sekitar di Felda Kerteh 3 6.4. Kesan pencemaran alam sekitar di Felda Kerteh 3 6.5. Cadangan untuk mengurangkan kesan pecemaran alam sekitar di Felda Kerteh 3 Bahan Grafik

121314 - 1516 - 1718 - 19

20 - 21

7. Rumusan 22

8. Lampiran 23 - 29

9. Rujukan 30

1. PENGHARGAAN

Page 3: Kerja Kursus Geografi Complete)

Pertama sekali , saya ingin memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, kerja kursus Geografi yang bertajuk Pencemaran Alam Sekitar di Felda Kerteh 3 ini dapat disiapkan dengan lengkap dan sempurna. Kerja kursus ini tidak dapat disiapkan dengan sempurna sekiranya tiada pihak yang mahu menghulurkan bantuan. Terdapat beberapa pihak yang telah banyak menyumbang tenaga, idea dan masa dalam menyiapkan kerja kursus ini.

Antaranya ialah guru matapelajaran Geografi saya, Puan Hajah Noor Maziah Binti Abdul Rahman kerana banyak membimbing dan memberi teguran kepada saya dan rakan-rakan untuk menyiapkan tugasan ini ketika kami amat memerlukan pertolongan beliau. Setinggi – tinggi penghargaan saya hadiahkan kepada beliau.

Seterusnya, saya ingin mempersembahkan jutaan terima kasih kepada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Rasau terutama Tuan Pengetua , Tuan Haji Mohd Sidek bin Embong kerana membantu dan memberikan kerjasama kepada saya dalam mendapatkan surat lulusan untuk melakukan kajian di tempat kajian.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada penduduk Felda Kerteh 3 dan beberapa pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam pembikinan kerja kursus ini . Mereka telah memberi kerjasama yang baik ketika ditemubual dan sudi berkongsi maklumat yang berguna kepada saya.

Tidak lupa juga kepada ibu saya, Norhasimah binti Ismail. Jutaan terima kasih kepada beliau kerana telah memberi sokongan,dorongan dan galakan sepanjang saya melakukan kerja kursus ini.

Akhir sekali , saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan-rakan saya tercinta yang banyak menyumbang idea-idea bernas ketika saya ketandusan idea.

2. PENDAHULUAN

Page 4: Kerja Kursus Geografi Complete)

Kajian kerja kursus Geografi ini perlu dijalankan kerana ia merupakan syarat untuk persijilan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Saya memilih tajuk “Pencemaran Alam Sekitar di Felda Kerteh 3, Dungun, Terengganu” kerana tempat kajian adalah berhampiran dengan kediaman saya dan memudahkan saya membuat kajian. Selain itu , kajian ini telah dijalankan di sebuah Kilang Pemprosesan Kelapa Sawit di Felda Kerteh 3 dan saya amat berminat untuk melihat sendiri pemprosesan kelapa sawit tersebut.

Saya telah memberi perhatian dan tumpuan sepenuhnya terhadap pencemaran yang berlaku di kawasan ini. Saya telah mengkaji beberapa pencemaran yang berlaku di sekeliling tempat kajian saya.

Saya telah menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh yang ditetapkan iaitu selama enam bulan bermula dari bulan Februari hingga Julai. Walaupun saya menghadapi beberapa masalah sepanjang melakukan kerja kursus ini , tetapi saya dapat mengatasi segalanya dengan secara bijaksana. Saya berasa sangat berpuas hati kerana dapat menyempurnakan kajian ini.

Saya berharap agar saya dan rakan-rakan dapat mengambil segala manfaat dan pengalaman berguna daripada kajian yang telah dilaksanakan dan mempratikkan ilmu yang diperolehi untuk masa akan datang.

3. OBJEKTIF

Page 5: Kerja Kursus Geografi Complete)

Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif yang berikut:

a) Menerangkan konsep pencemaran alam sekitar.

b) Mengetahui jenis pencemaran yang berlaku di kawasan kajian.

c) Menghuraikan punca-punca yang mempengaruhi kejadian pencemaran di kawasan kajian.

d) Menghuraikan kesan-kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian.

e) Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan pencemaran di kawasan kajian.

f) Menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian.

4. KAWASAN KAJIAN

Page 6: Kerja Kursus Geografi Complete)

Saya telah memilih kawasan kajian Felda Kerteh 3. Kawasan ini merupakan kawasan rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang terletak di mukim Paka , dalam Daerah Dungun, Terengganu.

Pada tahun 1978, kawasan rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang pertama wujud di Bandar KETENGAH Jaya ialah Rancangan FELDA Kerteh 1 dengan keluasan 40 hektar. Pada bulan November 1980, Rancangan FELDA Kerteh 3 telah ditambah dengan keluasan 124.5 hektar yang diletakkan secara kelompok. Seramai 369 orang telah berhijrah ke rancangan Felda Kerteh 3 untuk menjadi peneroka.

Kawasan Felda Kerteh 3 mempunyai ciri-ciri pandang darat fizikal yang baik seperti kemudahah sistem jaringan jalanraya, sekolah, masjid dan lain-lain. Kawasan ini mempunyai bentuk muka bumi beralun dan jenis tanih laterit yang sesuai untuk penanaman kelapa sawit. Kawasan Felda Kerteh 3 ini mempunyai sungai yang dikenali sebagai Sungai Batu. Sungai ini merupakan salah satu cawangan Sungai Paka. Pekerjaan utama penduduk ialah dalam sektor pertanian iaitu menanam kepala sawit dan sesetengahnya terlibat dengan sektor perkilangan, perniagaan dan profesional seperti menjadi guru dan pekerja swasta.

Jarak perkampungan Felda Kerteh 3 dari Bandar Dungun adalah 22 km manakala dari Paka pula adalah 21 km dengan menggunakan kemudahan sistem perhubungan dan pengangkutan yang terdapat di sini. Jarak perkampungan Felda Kerteh 3 dari Ketengah Jaya adalah 12 km.

5. KAEDAH KAJIAN

Page 7: Kerja Kursus Geografi Complete)

Saya telah menggunakan pelbagai kaedah kajian untuk mendapatkan maklumat dan data bagi menyiapkan kerja kursus ini. Antaranya : -

i. Kaedah pemerhatian- Saya telah memerhatikan pencemaran-pencemaran yang telah berlaku di

tempat kajian saya sepanjang tempoh kerja kursus ini untuk mengetahui kesan-kesan dan punca-punca pencemaran.

ii. Kaedah soal selidik- Saya telah menyoal selidik 20 orang penduduk kampung Felda Kerteh 3.

Melalui soal selidik tersebut , saya dapat mengumpul maklumat dan pendapat mereka tentang pencemaran yang dilaku di tempat kajian.

iii. Kaedah rujukan- Saya telah melakukan pelbagai rujukan melalui laman sesawang. Antara laman

web sesawang yang saya layari adalah Jabatan Bekalan Air http://www.jba.gov.my/ dan Jabatan Alam Sekitar, http://www.doe.gov.my. Selain itu, saya telah merujuk Buku Teks Geografi Tingkatan 3, buku rujukan Geografi dan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Kaedah ini sangat membantu saya untuk mendapat lebih banyak lagi maklumat yang lebih tepat.

6. DAPATAN KAJIAN

6.1. Konsep pencemaran alam sekitar.

Page 8: Kerja Kursus Geografi Complete)

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat mengatakan bahawa pencemaran adalah perbuatan mencemarkan (mengotorkan), pengotoran alam, perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah-sarap sebagainya.

Daripada Wikipedia iaitu ensiklopedia bebas, pencemaran merupakan kemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar,  haba,  cahaya  dan  tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem, serta mengganggu ameniti dan kegunaan halal alam sekitar.

Takrifan pencemaran menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan.

6.2 Jenis pencemaran alam sekitar di Felda Kerteh 3

Pencemaran Udara

Page 9: Kerja Kursus Geografi Complete)

- Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung di udara dan bahan-bahan tersebut terampai di udara seperti habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain. Hal ini telah berlaku di kawasan kajian saya iaitu di Felda Kerteh 3.

Pencemaran Air

- Saya mendapati pencemaran air turut berlaku di tempat kajian saya. Pencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan. Pencemaran berlaku sama ada dari segi  biologi, kimia dan fizik. Pencemaran air berlaku di sungai dan ianya boleh berlaku secara sengaja atau tidak. Pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari Kilang Pemprosesan Kelapa Sawit di Felda Kerteh 3.

Pencemaran Bunyi

- Saya mendapati kawasan kajian saya sering kali berlaku gangguan bising yang tidak menyenangkan dan mengganggu kegiatan harian masyarakat di sini seperti bunyi salakan anjing pada larut malam, bunyi motosikal, dan bunyi di kawasan pembinaan. Pencemaran bunyi merupakan bunyi bising yang keterlaluan dan boleh memekakkan telinga.Pencemaran bunyi ini sering berlaku di tempat , waktu atau kawasan yang tidak bersesuaian.

6.3 Punca pencemaran alam sekitar di Felda Kerteh 3

Page 10: Kerja Kursus Geografi Complete)

Punca pencemaran udara adalah :-

Pembakaran terbuka

- Berdasarkan pemerhatian saya pada 15 Mac lalu, pembakaran terbuka telah berlaku di kawasan kajian saya pada waktu petang oleh empat orang penduduk. Asap- asap daripada kebakaran tersebut akan mendatangkan ketidakselesaan bagi sesetengah pihak. Seterusnya , menyebabkan pencemaran udara di kawaan petempatan saya.

Perkilangan

- Kilang Pemprosesan Kelapa Sawit yang berada 4 km daripada perkampungan Felda Kerteh 3 merupakan salah satu punca berlakunya pencemaran alam sekitar. Asap tebal yang keluar dari cerung asap serta bau busuk amat memberi kesan negatif kepada penduduk di sini. Sisa – sisa toksik yang merupakan bahan- bahan kimia yang beracun juga disalurkan ke dalam sistem saliran.

Kenderaan

- Saya mendapati bahawa masyarakat di Felda Kerteh 3 amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti motosikal,kereta dan lori. Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api  fosil, yang menghasilkan asap dan bunyi bising yang membawa kesan buruk kepada keadaan setempat. Di dalam sektor pengangkutan, kenderaan motor adalah penyumbang utama kepada pencemaran udara serta bunyi.

Punca pencemaran air adalah :-

Page 11: Kerja Kursus Geografi Complete)

Sisa domestik

- Saya memerhati hampir kesemua buah rumah yang tidak mempunyai saliran air yang baik. Terdapat takungan air kumbahan yang mencacatkan pemandangan dan mendatangkan bau busuk. Air ini bertakung dan tidak dapat mengairi dengan baik kerana tersumbat dengan sampah sarap dan sisa- sisa makanan yang dibuang ke dalamnya.

Oleh itu , setiap masyarakat memainkan peranan dan mengamalkan sikap bertanggungjawab untuk memelihara dan memulihara alam ini agar generasi- generasi kita dapat merasai keindahan alam ini.

6.4 Kesan pencemaran alam sekitar di Felda Kerteh 3

Page 12: Kerja Kursus Geografi Complete)

Hujan asid

- Asap dari kilang akan memberi kesan terhadap kehidupan di bumi ini. Bahan- bahan berbahaya yang terkandung dalam asap tersebut seperti sulfur dioksida, nitrus dioksida, karbon dioksida dan lain-lain lagi berfungsi sebagai nukleus kondensasi yang mampu menyerap dan menarik wap-wap air ke arahnya, menjadi tepu dan akhirnya turun sebagai hujan asid. Air dan hujan asid yang bercampur dengan plumbum, kadmium dan aluminium berbahaya kepada manusia apabila diminum di mana boleh menyebabkan cirit birit di kalangan kanak-kanak, gangguan saraf dan membahayakan otak. Hujan asid juga memberi kesan kepada tumbuh-tumbuhan di kawasan kajian saya apabila bahan-bahan organik tanah mati, maka tanah ini menjadi tidak subur dengan ketiadaan nutrien di dalamnya.

Udara tercemar

- Zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap kilang, asap kenderaan dan juga asap pembakaran adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung di udara

Penyakit

- Pencemaran juga boleh menyebabkan berlakunya penyakit- penyakit merbahaya antaranya adalah penyakit taun dan penyakit penyakit kencing tikus atau Leptospirosis yang disebabkan oleh pencemaran air. Seterusnya , penyakit sesak nafas dan asma yang disebabkan oleh pencemaran udara. Penyakit yang boleh

Hidupan aquatik terancam

- Hidupan akuatik seperti ikan, udang, kerang, sotong, terumbu karang,rumpai laut dan lain-lain penting kepada manusia. Jika pencemaran air berlaku, hidupan akuatik terancam dan tidak akan memberi sumber protein kepada manusia dan tidak dapat mengimbang produktiviti dan kestabilan keseluruhan ekosistem.

Kesuburan tanih terjejas

- Pencemaran tanah juga merosakkan tanah dan kualitinya. Sisa-sisa industri dan hasil tumpahan daripada kenderaan pengangkutan menjadikan tanah rosak dan

Page 13: Kerja Kursus Geografi Complete)

kurang berkualiti. Tanah yang kurang berkualiti menyebabkan tumbuh-tumbuhan atau sayur-sayuran yang ditanam tidak hidup dengan sempurna

Sikap rasional dan prihatin serta rasa sayang terhadap alam sekitar perlu disemai agar masyarakat sedar bahawa pentingnya alam ini. Dalam hal membangunkan negara menerusi perindustrian, alam semulajadi tidak boleh dilupakan. Jika khazanah bumi ini tidak dijaga dengan sebaik-baiknya, tiada apa lagi yang tinggal untuk generasi akan datang.

6.5 Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di Felda Kerteh 3

Page 14: Kerja Kursus Geografi Complete)

Kuatkuasa undang-undang

- Pihak berkuasa tempatan harus mengadakan undang-undang yang lebih ketat seperti denda dan hukuman penjara kepada individu atau pihak tertentu yang telah melakukan pencemaran seperti mendenda remaja yang terlibat dalam kegiatan lumba haram. Bunyi bising motosikal dan karbon monoksida dari asap motosikal tersebut akan menyebabkan pencemaran. Melalui tindakan ini , sesiapa saja akan mulai takut untuk melakukan pencemaran sesuka hati dan mulai sedar bahawa pentingnya menjaga alam sekitar ini.

Kempen cintai alam sekitar

- Mengadakan kempen cintai alam sekitar bertujuan melindungi alam sekitar adalah sesuatu yang sihat dan amat digalakkan. Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya. Kempen-kempen ini dapat memberi kesan yang mendalam terhadap masyarakat di sini.

Pendidikan alam sekitar

- Pendidikan alam sekitar dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman seseorang mengenai bagaimana dunia berfungsi dan perkaitannya dengan kehidupan untuk memilih cara hidup yang bertanggungjawab terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Pendidikan alam sekitar boleh bermula dari rumah sejak kecil lagi melalui asuhan ibu bapa.

Rawatan air kumbahan

- Rawatan air kumbahan menjelaskan proses yang digunakan untuk membuat air lebih diterima untuk kegunaan akhir yang diinginkan. Ini termasuklah kegunaan sebagai air minuman, proses industri, perubatan dan banyak kegunaan lain. Tujuan semua proses rawatan air ialah untuk mengalihkan pencemaran yang ada pada air, atau menurunkan kepadatan sebarang pencemaran supaya air menjadi sesuai untuk kegunaan akhir yang diingini. Rawatan air kumbahan telah dijalankan oleh agensi kerajaan seperti Jabatan Bekalan Air.

Catalytic converter/ Penukar bermangkin

- Kerajaan mahupun syarikat-syarikat swasta hendaklah memperkenalkan penukar bermangkin. Penukar bermangkin adalah alat yang dipasang

Page 15: Kerja Kursus Geografi Complete)

pada sistem ekzos kenderaan untuk mengurangkan kandungan bahan toksik di dalam asap ekzos seperti karbon monoksida, nitrogen oksida dan hidrokarbon tak terbakar. Penukar bermangkin berfungsi dengan menggunakan mangkin seperti platinum, paladium dan rodium untuk gas-gas menukarkan toksik tersebut kepada bahan-bahan yang kurang berbahaya seperti gas nitrogen, karbon dioksida dan wap air.

Masyarakat harus peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar dan berusaha untuk mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan pencemaran serta berusaha memulihara alam sekitar demi kelangsungan masa depan negara yang tercinta.

7. RUMUSAN

Page 16: Kerja Kursus Geografi Complete)

Saya bersyukur kerana kerja kursus ini dapat diselesaikan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Pelbagai pengajaran dan nilai yang saya perolehi semasa pelaksanaan kerja kursus ini.

Antara nilai yang saya perolehi adalah bertanggungjawab. Saya rasa bertanggungjawab untuk mengatasi masalah pencemaran di sini. Saya telah memberi beberapa cadangan seperti menguatkuasakan undang-undang, mengadakan Kempen Cintai Alam Sekitar, Pendidikan Alam Sekitar dan lain-lain. Cadangan ini mampu mengurangkan pencemaran yang berlaku di sini.Pemeliharaan dan pemuliharaan perlu dilakukan sebelum khazanah berharga yang terdapat di sini pupus.

Seterusnya, saya dapat menghayati nilai kesabaran dan kerjasama sesama rakan-rakan dalam menyiapkan kerja kursus ini supaya dapat disiapkan dengan sempurna dan lengkap. Saya juga dapat menguasai kemahiran melakukan kajian dan meningkatkan kemahiran komunikasi antara satu sama lain.

Saya dapat mengenalpasti pencemaran yang berlaku di tempat kajian saya. Pencemaran yang berlaku di sini memberi kesan mendalam dalam diri saya supaya saya lebih menghargai dan sayang terhadap alam sekitar kurniaan Tuhan ini.

8. Lampiran

Page 17: Kerja Kursus Geografi Complete)

9.RUJUKAN

Buku Teks

Page 18: Kerja Kursus Geografi Complete)

Buku Teks Geografi Tingkatan 3, Khaw Ah Seng,Habibah Hj. Lateh,Tan Koh Lim,2004

Buku Rujukan

Success Geografi PMR, Mohammad Ismail, Khaw Ah Seng,Oxford Fajar , 2010

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat

Internet

Jabatan Bekalan Air, http://www.jba.gov.my/

Jabatan Alam Sekitar, http://www.doe.gov.my.

Carian “Google Map”http://maps.google.com.my/maps?ct=reset

Wikipediahttp://www.wikipedia.org/