View
145
Download
6
Category
Preview:
DESCRIPTION
y
Citation preview
Bahasa Malaysia Format SPM
Kertas 1
Bahagian A : Menulis karangan berpandukan grafik yang diberikan.
Markah = 30 markah
Masa yang dicadangkan : 45 minit
Patah perkataan : 200 hingga 250 p.p.
Bahagian B : Pilih dan tulis satu karangan daripada lima soalan yang
diberikan.
Markah = 100 markah
Masa yang dicadangkan : 1 jam 30 minit
Patah perkataan : lebih daripada 350 p.p.
Bahasa Malaysia Format SPM
Kertas 2
Soalan 1 : Rumusan
1
Menulis satu rumusan berpandukan petikan yang diberikan.
Markah = 30 markah
Soalan 2 ; Pemahaman
a) Petikan umum
b) Petikan Prosa Moden
c) Petikan Prosa Tradisional
d) Sajak
Markah = 35 markah
Soalan 3 ; Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
a) Membina ayat.
b) Menukarkan ayat.
c) Membetulkan ejaan dan imbuhan.
d) Membetulkan penggunaan kata atau istilah atau kesalahan
tatabahasa.
e) Memberikan peribahasa berdasarkan ayat atau petikan ATAU
membina ayat berdasarkan peribahasa.
PelanconganDefinisi:
2
merujuk kepada aktiviti yang melawat, melancong atau mengembara ke sesuatu tempat lain tidak lebih dari satu tahun untuk tujuan rekresi atau mengisi masa lapang.
Langkah-langkah menggalakkan pelancongan
mengadakan prasarana pelancongan yang selesa, jimat, mencukupi dan mudah.
pihak berkuasa perlu menghapuskan atau mengurangkan cukai belian barangan di negara ini.
peraturan-peraturan imigresen perlu dilonggarkan kepada mereka yang berhasrat melancong ke negara ini.
Pusat-pusat perkhidmatan tukaran wang asing perlu ditambah dan disediakan di lokasi-lokasi yang strategik
mengadakan kempen-kempen dan promosi pelancongan.
langkah-langkah keselamatan juga perlu diambil bagi menjamin kepuasan dan kesejahteraan pelancong semasa berada di negara kita.
mengadakan pameran kejohanan sukan bertaraf dunia.
KESAN PELANCONGAN TERHADAP ALAM SEKITAR
POSITIF NEGATIF
Menggalakan pertumbuhan ekonomi negara
Penebangan hutan
3
Memberi peluang pekerjaan kepada rakyat
Sungai/pantai tercemar
Memperkenalkan nama dan budaya negara kepada orang luar pembaziran. kos yang digunakan
utuk mengindahkan kawasan-kawasan pelancongan terlalu tinggi.
Meningkatkan pendapatan negara melalui kemasukan wang asing.
memberi kesan buruk kepada para penduduk di kawasan-kawasan yang akan dimajukan sebagai destinasi pelancongan.
Mengurangkan masalah pengangguran dengan menyediakan peluang pekerjaan yang banyak.
membawa bersama mereka nilai-nilai hidup Barat yang tidak sesuai dengan selera tempatan.
Meningkatkan taraf hidup rakyat. mewujudkan banyak kes jenayah yang dilakukan oleh penduduk tempatan
Mengurangkan jurang pendapatan antara golongan kaya dengan yang berpendapatan rendah.
Alam semula jadi negara yang cantik telah dieksploitasikan oleh pihak-pihak tertentu untuk dijadikan lokasi pelancongan.
Meningkatkan kemudahan prasarana negara seperti sistem pengangkutan, perhotelan, perkhidmatan dan kesihatan.
Mempromosikan negara kita ke
4
peringkat global.
Meningkatkan perkembangan industri sampingan seperti industri kraf tangan, restoran dan pusat peranginan.
Menjalinkan hubungan diplomatik yang lebih baik dengan negara-negara lain.
Merangsang pertumbuhan ekonomi negara melalui sektor perhotelan, perkhidmatan, pengangkutan, kesihatan dan pertanian.
Mengurangkan kadar kes jenayah.Membantu negara mencapai wawasan 2020.
USAHA DAN CARA MEMAJUKAN INDUSTRI PELANCONGAN
Memberi diskaun insentif kepada industri pelancongan negara
Mengadakan hari melancong atau tahun melancong/tahun melawat
Memperbanyak kawasan/destinasi pelancongan negara Meningkatkan industri kraftangan negara Meningkatkan kadar kebersihan dan kecekapan sistem
pengangkutan Negara Memajukan kemudahan pengangkutan Menyediakan kemudahan asas untuk para pelancong Mengekalkan keamanan negara ( rakyat Malaysia mesti
mengamalkannilai-nilai murni: jujur, bersopan santun mesra ) Menjalankan promosi secara besar-besaran untuk
memperkenalkannegara Malaysia kepada dunia luar
Pearanan Ibu Bapa
Peranan Ibu Bapa dalam Pembentukan Keluarga Bahagia
TEMA : PEMBENTUKAN KELUARGA BAHAGIA
5
KEHENDAK SOALAN : PERANAN IBU BAPA Sebagai suri teladan kepada anak-anak
- berinteraksi dengan sopan dan lemah-lembut
-Ibu dan bapa juga perlu saling menghormati antara satu sama lain
-anak akan meneladani sikap baik itu apabila berinteraksi sesama mereka kerana bapa borek, anak rintik.
Melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan-melengkapkan dengan pengetahuan keibubapaan bagi memahami tanggungjawab besar yang terletak di atas bahu mereka dalam memastikan kebahagiaan keluarga mereka.
- mengikuti kursus-kursus praperkahwinan serta kursus selepas berkahwin yang dikendalikan oleh pejabat agama daerah masing-masing
Memberikan perhatian dan kasih sayang
-Statistik telah menunjukkan bahawa hampir 90 peratus ibu yang bekerja hanya bercakap dengan anak-anak mereka selama empat minit sehari.-Hukuma-hakama Arab pernah mengatakan anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim.
Memberikan didikan agama dan moral-pegangan agama serta nilai moral yang kuat dapat membentuk nilai sahsiah yang tinggi di kalangan generasi muda.
- Anak-anak yang sopan akan menghormati orang tua mereka serta saling bekerjasama sesama adik beradik bak kata peribahasa, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing dan hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah.
Mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan anak-anak-mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka yang baru berumur setahun jagung, darah setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah negatif.
-perbuatan mereka itu akan menconteng arang ke muka ahli keluarga dan sekali gus akan meruntuhkan kebahagiaan yang dikecapi jika terlibat dalam gejala sosial
6
Peranan ibu bapa dalam menggalakkan anak agar anak menghargai guru(HOT TOPIK)
TEMA: MENGHARGAI GURU
KEHENDAK SOALAN: PERANAN IBU BAPA.
Memberi teladan yang baik.- Tunjuk sikap berbudi bahasa, hormat-menghormati kepada
anak agar anak-anak boleh megikut segala nilai murni yang ditunjuk oleh ibu bapa.
- Mengajar anak agar menjaga tutur kata dan adab berhadapan dengan guru.
Menasihat anak-anak agar menunjuk kasih sayang terhadap guru.
- Contoh: menghadir pada sambutan hari guru.- Kesan: guru akan merasa bahawa mereka dihormati.
: memeriahkan majlis sambutan itu. Memaham anak bahawa tugas guru mendidik bukan suatu
tugas yang mudah. Memberi galakan jika mereka berminat untuk terlibat sama
dalam persembahan Hari Guru.- Penglibatan persembahan merupakan satu cara menghargai
guru.
Peranan Ibu Bapa dalam Memastikan Kecemerlangan Anak-anak
TEMA:KECEMERLANGAN KANAK-KANAKKEHENDAK SOALAN:PERANAN IBU BAPA menyediakan jadual ulang kaji dan memastikan anak-anak
mengikut jadual yang dibuat – bimbing agar mereka lebih berdisiplin mengikut jadual tersebut
– dapat lebih bersedia menjelang peperiksaan
- pembelajaran terganggu jika tidak cukup kelengkapan
menyediakan makanan yang berkhasiat – cergas dan cerdas dalam kehidupan seharian
memberi kata-kata perangsang/ motivasi kepada anak-anak – jangan rendahkan kemampuan mereka
– sentiasa beri sokongan/dorongan agar mereka boleh berjaya
ibu bapa mengutamakan iklim rumah tangga yang dibina dalam situasi yang aman dan bahagia.
7
-kehidupan yang bahagia akan membebaskan anak-anak daripada masalah keluarga seperti pertengkaran antara ibu bapa atau ibu bapa yang berpecah-belah.
- agar anak-anak dapat menganggap “rumahku syurgaku”.
bertanggungjawabmengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya.
-anak-anak lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam segala tindakan atau kelakuan kerana remaja mempunyai prinsip, nilai dan identiti yang hampir sama
- Anak-anak lebih mempercayai dan meyakini kawan daripada ibu bapa sehingga mereka sukar untuk membezakan antara perkara baik dengan perkara yang buruk.
- beringat sebelum kena, berjimat sebelum habiskerana anak-anak dapat diselamatkan dan boleh memberikan tumpuan terhadap kecemerlangan dalam pelajaran.
memastikan anak-anak mendapat pendidikan agama dan moral yang secukupnya.
- Pendidikan agama dan moral yang diberikan oleh ibu bapa mampu menepis segala bentuk kemungkaran yang berlaku.
menghantar anak-anak ke kelas tambahan atau tuisyen selalu berhubung dan berbincang dengan pihak sekolah serta
bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru tentang anak-anak.
menyediakan kemudahan yang lengkap untuk anak-anak belajar supaya anak-anak boleh memberikan tumpuan terhadap pelajaran.
menyediakan bilik yang sesuai dan selesa untuk kemudahan anak-anak belajar.
menyediakan kelengkapan alat tulis yang cukup
– pen, pen warna, set geometri
membelikan buku-buku rujukan, buku kerja
– biasakan anak-anak buat latih tubi atau latihan tambahan agar dapat menguasai setiap subjek dengan baik
Peranan ibu bapa dalam membentuk masa depan anak
Mengutamakan pendidikan.ilmu pelita hidup
8
- Contoh: menghantar anak ke prasekolah.melentur buluh biarlah dari rebungnya
Merancang keperluan anak-anak meyediakan tabungan untuk pelajaran anak-anak.Sediakan payung sebelum hujan
- Contoh: skim simpanan pendidikan Nasianal (SSPN). Memberi pendidikan agama.- Dapat mengelakkan anak-anak daripada terlibat dengen
gejala sosial.- Agama membentuk akhlak yang murni seperti berbudi bahasa
.- Agama menjadi pendinding diri. Memantau perkembangan dan aktiviti anak-anak.-Berkongsi masalah dengan anak-anak.
-Anak-anak ada tempat untuk mengadu.
-Kesan:agar dapat mebentuk masa depan anak-anak yang cerah dan positif.
PERANAN IBU BAPA (ISI UNIVERSAL)
mengawasi pergerakan anak-anak. menjadi contoh dan teladan yang baik kepada anak-anak. memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-
anak memberikan didikan agama dan moral kepada anak mereka
Peranan Keluarga Dalam Menangani Gejala Sosial
memberikan didikan agama dan moral kepada anak mereka
-Didikan agama dan moral bagaikan perisai yang berupaya menghalang segala godaan maksiat .
mengawasi pergerakan anak-anak.-banyak pengaruh luaran seperti pengaruh rakan sebaya akan menghasut jiwa remaja yang bertelinga nipis dan pantang dicabar.
-Jika rakan sebaya mereka tidak berperibadi mulia, remaja yang setahun jagung dan darah setampuk pinang pasti akan mengikut jejak langkah rakan mereka, seperti melepak, berlumba haram dan sebagainya.
menjadi contoh dan teladan yang baik kepada anak-anak.
9
- Sikap ibu bapa yang ego, individualistik, materialistik, dan bongkak akan mencanai generasi muda yang berakhlak biadab dan berbudaya sumbang.
memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak
-Ibu bapa perlu sentiasa melayani anak mereka bagai menatang minyak yang penuh.
-bu bapa perlu memberikan pujian yang ikhlas ketika anak mereka mencapai sesuatu kejayaan atau melakukan perkara yang betul.
sentiasa berkongsi masalah.-contoh, ibu bapa boleh meluangkan masa untuk membantu masalah pelajaran anak-anak. Sebaliknya anak-anak perlu memahami tanggungjawab dan bebanan ibu bapa mereka.
MELAKA PMR 2012
Peranan Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-anak agar Menghormati Warga Tua
memberi didikan agama yang kukuh sejak kecil kepada anak-anak - dengan didikan agama yang cukup anak-anak akan sedar bahawa menghormati orang yang lebih tua adalah sebahagian daripada tuntutan agama - akan belajar menghormati orang yang lebih tua daripada mereka
Ibu bapa haruslah menunjukkan contoh yang boleh diteladani oleh anak-anak - jika ibu bapa sendiri tidak menunjukkan rasa hormat pada orang yang lebih tua, masakan anak-anak boleh terdidik ke arah itu
Ibu bapa perlu meluangkan masa secukupnya dengan anak-anak - curahkan kasih sayang - kesannya anak-anak akan menyayangi serta menghormati ibu bapa serta generasi tua yang lain - sebaliknya jika ibu bapa mengabaikan anak-anak, tidak mustahil satu hari nanti mereka akan diabaikan
Ibu bapa boleh membawa anak-anak berkunjung ke rumah sanak-saudara yang pangkatnya lebih tua - mendidik anak-anak supaya mengamalkan sikap hormat-menghormati
10
Ibu bapa boleh terapkan dalam pemikiran anak-anak – tiada yang lama, tiada yang baru - tanpa orang tua, tidak akan ada orang muda - sebagai generasi muda - perlu belajar menghargai peranan dan jasa warga tua dalam masyarakat
PENCEMARAN
Pencemaran boleh didefinisikan sebagai sesuatu bahan kimia,jirim zarah yang mengotorkan alam sehingga boleh menjejaskan ekosistem.
Pencemaran Air
Pencemaran Udara
Pihak yang memain peranan dalam usaha mengatasi masalah pencemaran.
1) Pihak ibu bapa
Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting. Mereka sebagai orang terdekat kepada anak-anak sepatutnya mendidik mereka untuk menghargai dan mencintai alam sekitar sejak dari kecil lagi.
2) Pihak sekolah
11
Pihak sekolah mengadakan kem kesedaran untuk memupuk semangat cinta akan alam sekitar dalam kalangan para pelajar.
3) Pihak kerajaan
pihak berkuasa telah menguatkuasakan undang-undang dan menganjurkan kempen alam sekitar.
4) Media massa
Media massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Media massa kini perlulah lebih banyak memberi maklumat tentang isu-isu pencemaran.
PENCEMARAN AIR
DEFINISI : berlaku apabila perubahan air dalam sungai, laut dan kolam dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan.
PUNCA – PUNCA KESAN – KESAN LANGKAH – LANGKAHa) Pembuangan
sampah sarap ke dalam sungai.
b) Pembuangan sisa daripada kilang.
c) Pertumpahan minyak.
d) Kegiatan Pertanian.
a) Menyebabkan kualiti air sungai merosot dan tidak lagi selamat untuk kegunaan domestik.
b) Mengundang krisis air dan menyusahkan individu yang hidup bergantung kepada sungai.
c) Pembuangan sampah sarap akan menyebabkan sungai berbau busuk.
a) Menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat.
b) Pemasangan perangkap sampah.
c) Penyelenggaraan sistem perparitan berkala.
d) Menambah bilangan tong sampah di pusat pengumpulan sampah.
e) Mengurangkan penggunaan racun dengan
12
d) Menghalang penembusan cahaya ke bawah permukaan air dan mengakibatkan kematian tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan akuatik.
menggantikan baja organik.
PENCEMARAN UDARA
DEFINISI : - bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan kimia, jirim zarahan yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan ketidakselesaan.
PUNCA – PUNCA KESAN – KESAN LANGKAH – LANGKAHa) Pembangunan
dan perindustrian
b) Pembebasan asap kenderaan bermotor
c) Aktiviti harian manusia
d) Pembakaran terbuka dan hutan
e) Kegiatan pertanian
a) Menjejaskan kesihatan manusia.
b) Mengancam dan membunuh haiwan
c) Kenaikan suhu di bumi
d) Hujan asid
e) Mengakibatkan jelebu
a) Menggunakan teknologi seperti penapis udara.
b) Menggalakkan penggunaan kenderaan berkuasa elektrik, petrol tanpa plumbun dan memasang alat catalytic converter.
c) Sisa pertanian seperti jerami padi boleh dijadikan sumber untuk tenaga biomas.
d) Sistem pembuangan yang sistematik seperti 3R.
13
e) Menggurangkan penggunaan barang elektrik yang mengeluarkan karbon monosida.
FRASA MENARIK YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENULIS KARANGAN
-mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang
-mendukung kebenaran yang kita sepakati
-mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni
-mengambil langkah sederap
-menghirup udara hasil kemerdekaan
-mengikut acuan sendiri
-mengundang kontroversi
-menjadi cerucuk utama pembangunan
-menjulang negara ke puncak jagat
-menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi
-menyambut gamitan menara impian
-menyebabkan imej Negara tercalar
-menyediakan kursus dan latihan yang relevan
-menyembunyikan masalah utama masyarakat
-mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran
-mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan
-milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi
-muafakat merupakan inti kepada perpaduan
-negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat
-nilai keinsanan yang syumul
14
-nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat
-pandangan pro dankontra yang dipaparkan
-pelbagai cabaran yang bakal menghambat
-pelbagai masalah social sedang menghinggapi masyarakat
-pembentukan masyarakat sakinah
-pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini
-pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan scenario ini
-perlu dibaja kembali
-perubahan yang diharap masih belum menjelma
-petanda kehancuran generasi
-pewujudan masyarakat madani-propaganda negative terhadap Negara kita dapat ditepis
-kita perlu mengorak langkah
-kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini
-komitmen menyeluruh agensi yang terlibat
-kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu
-Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik
-makmur dari segiekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan
-mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu
-manifestasi kesanggupan bangsa
-manusia bukanlah `haiwan robotik’ yang tidak mempunyai rasa dan jiwa
-masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan
-masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi
-masalah social dan susila yang meruncing
-masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit
-masyarakat yang naïf dengan mata kebendaan yang melalaikan
-melangkah dengan seribu kekuatan
-melontarkan soalan yang cukup penting
15
-melupakan cita-cita yang lebih luhur
-membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu
-membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan
-membenam budayah edonistik yang tidak berfaedah
-membetulkan ketidak tepatan fakta
-membimbing mereka memenuhi impian
-membina impian masa depan yang lebih gemilang
-membongkar kepincangan
-membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka
-mempengaruhi minda generasi muda
-mempertahankan perasaan saling bersefahaman
-mempertingkat dan memperteguh kefahaman
-mempraktikkan elemen tolak ansur
-memudaratkan kesejahteraan rakyat
-menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung
-menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama
-menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak
-menampilkan wajah baru yang disulami tekad
-menangkis tuduhan yang tidak berasas
-mencapai tahap yang mencemaskan
-mencerminkan dengan jelasakan hakikat ini
-mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya
-mendapat perhatian dan liputan media massa
-mendepani masa depan yang tidak menentu
KATA-KATA HIKMAT DIGUNAKAN DALAM KARANGAN
16
1. baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekalialah takwa,seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.
2. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang,bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).
3. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. ~Horne
4. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetap iadalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.
5. Kalau hidup ingin merdeka, Tiada tercapai hanya berkata, Kemuka maju sekata, maju kita,elemparkan jauh jiwa hamba. ~Usman Awang
6. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." ~Surah al-Hajj:77
7. "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah tempat meminta pertolongan" ~Surah Yusuf:18
8. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.
9. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. ~Davey John Schwartz
10. "Peristiwa itu memberi pengajaran kepada say amengenai bagaimana guru besar perlu bersikap professional dan tidak menggunakan emosi dalam melakukan tindakan."~TengkuHabsahTengkuPetera (Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan)
11. "Satup erkara yang menakutkan saya pada masa ini ialah peningkatan gejala rasuah.Secara umumnya, lebih tinggi rasuah yang ada, lebih kurang kemerdekaan yang dimiliki." ~ProfesorDirajaUngku Aziz
12. Sabar penghilan gpenat, tekun pembawa dekat.
13. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
14. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya di cari.
15. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.
16. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti diat idak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ~ Saidina Ali Abu Talib
17
17. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."
18. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusah auntuk mengejar impian hari esok.
19. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur.Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itudekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (surah Al-Baqarah:214)
20. Kekitaan yang erat tiada yang berat.
21. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
22. Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empa tsifat yang membinasakan iaitu; dia akan mati dan hartanya akan diambi lwarisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; hartanya akan diambil secara paks aoleh penguasa yang zalim atau; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan
digunakan untuk kejahatan atau; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya. - SAIDINA ABU BAKAR
23. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.Kesihatan yang hilang boleh diperolehi dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.
24. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.
25. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.
18
Contoh Karangan
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Menjelang abad ke-21, apabila masyarakat kita semakin maju, kita
dapati bahawa tapak bumi ini telah menjadi mangsa dalam arus
permodenan ini. Sering meniti dari bibir ke bibir masyarakat
mengenai isu pencemaran alam sekitar iaitu pencemaran air, udara
dan darat. Antaranya, isu jerebu yang mengancam negara kita sejak
beberapa tahun kebelakangan telah menjadi topik hangat yang
dibincang dari kedai kopi hingga ke parlimen. “Kalau tidak kerana
19
angin, masakan pokok bergoyang”. Sikap manusia zaman
moden yang asyik mengejar fata morgana sehingga mengabaikan
isu pencemaran alam sekitar, merupakan faktor yang menyebabkan
keadaan ini semakin merosot. Sekiranya keadaan ini dibiarkan,
manusialah yang akan menerima padahnya pada suatu hari nanti.
Memandangkan keadaan ini, maka pelbagai langkah drastik
perlulah diambil sebelum nasi menjadi bubur. Persoalannya,
apakah langkah yang boleh diambil untuk mengatasi pencemaran
alam sekitar? Jawapannya terletak pada kita semua. Tidak kira
siapa, yang pastinya semua pihak mempunyai tanggungjawab
untuk mengatasi masalah ini.
Pepatah Melayu ada mengatakan “tiada penyakit yang tiada
penawarnya”. Usaha untuk mengatasi pencemaran alam sekitar
ini sepatutnya dimulakan daripada institusi keluarga. Dalam hal ini,
ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting. Mereka sebagai
orang terdekat kepada anak-anak sepatutnya mendidik mereka
untuk menghargai dan mencintai alam sekitar sejak dari kecil lagi.
Hal ini selaras dengan peribahasa Melayu yang berbunyi melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa haruslah sentiasa
mendedahkan anak-anak tentang isu-isu pencemaran alam sekitar
yang terkini untuk menyedarkan mereka tentang kepentingan
menjaga alam sekitar. Mendidik sahaja tidak cukup, ibu bapa juga
harus menjadi teladan kepada anak-anak mereka. Contohnya,
mereka tidak sepatutnya membuang sampah di merata-rata tempat
dan melakukan pembakaran terbuka yang boleh mencemarkan
udara. Dalam hal ini, sikap seperti ketam mengajar anaknya
berjalan betul tidak harus diamalkan oleh ibu bapa, iaitu mengajar
anak menjaga kebersihan alam sedangkan mereka sendiri tidak
berbuat demikian. Sebaliknya, jika ibu bapa sendiri menjadi teladan,
maka anak-anak juga akan terpengaruh dan terikut-ikut sikap ibu
20
bapa. Dengan ini, nescaya pencemaran alam sekitar akan dapat
diatasi.
Sekolah dapat diibaratkan sebagai rumah kedua kepada para
pelajar. Oleh itu, pihak sekolah juga berperanan besar dalam usaha
mengatasi pencemaran alam sekitar. Antara langkah yang boleh
dilakukan oleh pihak sekolah termasuklah mengadakan kem
kesedaran untuk memupuk semangat cinta akan alam sekitar dalam
kalangan para pelajar. Melalui mata pelajaran seperti Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan dan Pendidikan Moral, pendidikan alam
sekitar secara langsung dapat diberi kepada para pelajar.
Contohnya, guru-guru boleh memberi tugas tertentu kepada pelajar
seperti meminta mereka mencari artikel-artikel yang berkaitan
dengan isu pencemaran alam sekitar dan menyuruh mereka
membaca artikel tersebut di dalam kelas. Secara tidak langsung,
mereka dapat disedarkan tentang kesan buruk yang dibawa oleh
pencemaran alam sekitar. Dengan wujudnya kesedaran ini, barulah
mereka akan mencurahkan usaha untuk menjaga alam sekitar ini.
Semasa di sekolah, usaha ini juga boleh dilakukan melalui
penubuhan Kelab Alam Sekitar. Tamsilnya, Kelab Alam Sekitar boleh
mengadakan pelbagai program seperti ceramah dan gotong-royong
membersihkan kawasan sekolah dengan tujuan mendedahkan
pelajar dengan aktiviti alam sekitar secara intensif. Lantaran itu,
tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa usaha pihak sekolah juga
dapat membantu mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.
Perancangan dan pengurusan sisa yang sistematik juga merupakan
salah satu langkah yang dapat mengatasi masalah pencemaran
alam sekitar dengan efektif. Masyarakat perlulah mempraktikkan
program 3R dalam kehidupan seharian iaitu program yang dikenali
sebagai ‘Reduce, Reuse, Recycle’. ‘Reduce’ ialah usaha
21
mengurangkan penggunaan bahan sumber yang terhad. Dalam erti
kata lain, masyarakat haruslah berjimat cermat dalam
menggunakan bahan sumber yang saban hari kian berkurangan
seperti petroleum dan arang batu. ‘Reuse’ pula ialah usaha
menggunakan semula bahan-bahan buangan secara terus atau
mengubah fungsi bahan tersebut dengan mereka cipta barangan
baru. Hal ini dilakukan untuk menjimatkan bahan sumber sekali gus
mengurangkan sampah sarap yang boleh menyebabkan
pencemaran alam sekitar. Dalam pada itu, masyarakat perlu
mempraktikkan amalan kitar semula iaitu mengguna semula bahan
baru. Contohnya, masyarakat boleh menjual surat khabar dan
majalah lama untuk dikitar semula. Hal ini bukan sahaja dapat
mengurangkan sampah malah dapat menjimatkan kos untuk
pelupusan sampah. Bak kata pepatah, berjimat sebelum kena,
ingat sebelum habis. Oleh itu, masyarakat haruslah sentiasa peka
terhadap isu-isu pencemaran alam sekitar untuk mengelakkan
pencemaran daripada menjadi semakin serius.
Dalam pada itu, statistik menunjukkan bahawa pencemaran alam
sekitar kebanyakannya berpunca daripada pengeluaran asap ke
udara dan sisa-sisa toksik ke dalam sungai. Menyedari kesan-kesan
negatif yang dibawa oleh pencemaran alam ini, pihak berkuasa
telah menguatkuasakan undang-undang untuk menangani masalah
yang dibaratkan sebagai duri dalam daging negara yang sedang
membangun. Dengan ini, kabinet telah memutuskan bahawa
hukuman mandatori lima tahun penjara terhadap Ketua Pegawai
Eksekutif dan presiden sesebuah syarikat yang melanggar undang-
undang alam sekitar. Mereka akan diberi amaran terlebih dahulu
dan surat yang berkaitan dengan larangan melepaskan asap hitam
dan sisa toksik. Namun, jika keadaan mencurahkan air ke daun
keladi berlaku, tindakan yang tegas akan dikenakan terhadap
mereka seperti yang diputuskan oleh kabinet. Pengusaha-
pengusaha kilang haruslah menapis asap hitam dan menggunakan
alternatif lain untuk menghapuskan sisa-sisa toksik kilang. Mereka
22
tidak harus mengorbankan alam sekitar demi kesenangan diri.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) berkuasa untuk mendakwa pihak yang
mencemarkan alam sekitar dan disyaki menjejaskan kualiti alam
sekitar. Dengan itu, diharapkan pencemaran alam sekitar dapat
diatasi dengan penguatkuasaan akta dan undang-undang alam
sekitar.
Kesimpulannya, masalah pencemaran alam sekitar di negara kita
haruslah ditangani dengan segera dan usaha ini memerlukan
kerjasama padu daripada semua pihak. Alam sekitar telah
dianugerahkan dan diamanahkan oleh Tuhan kepada manusia.
Manusia haruslah menjaganya dengan penuh tanggungjawab
kerana alam sekitar tidak sepatutnya dikorbankan dalam arus
pemodenan dan pembangunan sesebuah negara. Seandainya
masalah ini dibiarkan, kesannya akan memudaratkan manusia itu
sendiri walaupun hidup dalam kemewahan. Adakah pemodenan
negara lebih penting daripada keindahan alam sekitar? Adakah kita
menginginkan kemewahan hidup semata-mata tanpa
mengharapkan kesihatan? Tepuk dada tanyalah selera. Dengan
itu, penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar daripada pencemaran
memerlukan kerjasama, kesedaran dan keprihatinan daripada
setiap lapisan masyarakat. Mudah-mudahan generasi akan datang
dapat menikmati keindahan dan kelstarian alam sekitar yang
dianugerahkan kepada manusia.
23
24
Recommended