View
52
Download
3
Category
Preview:
DESCRIPTION
tugasan
Citation preview
BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
Perbandingan Kata Adjektifantara Tatabahasa Dewan, Nahu Melayu Mutakhir, dan
Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu
PENSYARAHDR IDRIS BIN MOHD RADZI
FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI
ISI KANDUNGAN
1. KONSEP / DEFINISI 1
2. CIRI 2
3. JENIS/BENTUK/GOLONGAN 4
4. PERBANDINGAN/DAPATAN/PERBINCANGAN 6
5. KESIMPULAN 1
6. RUJUKAN 1
i | B M L 3 0 5 3
1. KONSEP / DEFINISI
Kata adjektif pada umumnya juga difahami sebagai kata sifat yakni kata yang menunjukkan
atau menerangkan keadaan sesuatu kata nama. Kata adjektif juga merupakan salah satu
daripada empat golongan kata yang terdapat dalam bahasa Melayu. Perbandingan kata
adjektif akan dilakukan antara tiga buah penulisan yang sering menjadi rujukan iaitu
Tatabahasa Dewan oleh Nik Safiah Karim dan rakan-rakannya, Pembentukan Kata Dalam
Bahasa Melayu oleh Ahmad Khair Mohd Nor, dan Nahu Kemas Kini oleh Asmah Hj Omar.
Tatabahasa Dewan (2012), menyatakan kata adjektif sebagai perkataan yang menjadi unsur
inti dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif
atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur-unsur keterangan yang
lain seperti kata bantu atau kata penguat. Ia juga dapat dikenal pasti dan dibezakan daripada
kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti kata penguat.
Dalam Nahu Kemas Kini (2008), kata adjektif diberi takrif sebagai kata yang menerangkan kata
nama. Kata adjektif dilihat sebagai keterangan kepada kata nama terdapat sesudah kata nama
dalam struktur sintaksis bahasa Melayu. Kata adjektif boleh berfungsi sebagai predikat ayat
dalam ayat. Kata adjektif memperlihatkan persamaan dengan kata kerja tak transitif
disebabkan tidak adanya kemungkinan diikuti oleh objek namun kata adjektif boleh memasuki
sistem perbandingan sedangkan kata kerja tak transitif tidak dapat memasuki sistem
perbandingan.
Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu (2012), memberi pengertian kata adjektif sebagai
menunjukkan sifat bagi kata nama. Tegasnya perkataan yang menjelaskan sifat sesuatu kata
nama diistilahkan sebagai kata adjektif.
1 | B M L 3 0 5 3
2. CIRI
Tatabahasa Dewan (2012), menyatakan kata adjektif dapat dikenalpasti melalui cirinya yang
boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat.
Contoh-contoh ayat yang diberi adalah seperti berikut :
1) Kakak saya tinggi.
2) Ahmad sangat pandai.
3) Orang muda itu baik.
4) Pendapatnya lain sekali.
5) Anaknya masih kecil lagi.
6) Malam ini gelap benar.
7) Reka bentuk rumahnya sangat lain.
8) Buah mangga itu belum masak lagi.
9) Hujan petang ini amat lebat sekali.
10) Suaranya masih merdu sungguh.
Frasa Adjektif
Unsur Keterangan
Kata Adjektif
Unsur Keterangan
Kata Bantu kata Penguat Kata Penegas
- - tinggi juga
- sangat pandai -
- - baik -
- - lain sekali
masih - kecil lagi
- - gelap benar
- sangat lain -
belum - masak lagi
- amat lebat sekali
masih sungguh merdu -
Perkataan-perkataan yang berhuruf tebal ialah frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat
dalam ayat tersebut. Perkataan yang condong pula ialah bentuk kata adjektif yang menjadi
sebahagian kata adjektif tersebut. Hubungan kata adjektif dengan unsur-unsur keterangan
dalam ayat-ayat tersebut adalah seperti jadual di atas.
2 | B M L 3 0 5 3
Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu (2012), mecirikan kata adjektif melalui enam
kriteria.
(i) Kata adjektif boleh disertai kata penguat
Kehadiran kata penguat boleh di hadapan kata adjektif dan di belakang kata adjektif, atau
hadir serentak di hadapan dan di belakang kata adjektif. Contohnya :-
a) Budak itu amat cerdik. (kata penguat di hadapan)b) Kakaknya cantik sekali. (kata penguat di belakang)c) Pekerjanya sungguh rajin sekali. (kata penguat hadir serentak)
(ii) Kata adjektif boleh mengalami perbandingan
Perbandingan dapat dilakukan dengan beberapa cara iaitu :
1) menggunakan kata pembanding seperti bagai, bak, seperti, laksana( Pemain bola keranjang itu tinggi seperti galah. )
2) menggunakan imbuhan se- bersama-sama kata adjektif( Wajah Hanim secantik kakaknya. )
3) menggandingkan perkataan sama dengan kata adjektif( Pengantin itu sama padan. )
4) menggunakan perkataan lebih atau kurang dengan kata adjektif( Harga barang di situ lebih mahal. )( Keadaan bilik ini kurang selesa. )
5) menggandingkan imbuhan ter- bersama-sama kata adjektif( Lelaki itu pemidato terkenal. )
(iii) Kata adjektif boleh disertai oleh kata penegas, sama ada di hadapan atau di belakang.
Contohnya :-
a) Abang memang pandai.b) Adiknya cerdik juga.
(iv) Kata adjektif boleh menerima bentuk se-…….-nya. Gabungan se-…….-nya dengan kata
adjektif boleh dalam bentuk tunggal atau ganda. Contohnya :-
a) Berikan jawapan yang selengkapnya.b) Dia akan datang selewat-lewatnya esok.
(v) Kata adjektif boleh didahului oleh kata makin atau semakin. Contohnya :-
a) Budak itu makin pandai.b) budak itu makin hari makin nakal.c) Pokok itu semakin tinggi.d) Dia kini semakin kaya.
3 | B M L 3 0 5 3
(iv) Kata adjektif boleh diletakkan selepas kata nama
Kata adjektif berperanan sebagai penerang kata nama. Kata adjektif tersebut boleh hadir
selepas kata nama inti, atau selepas kata hubung relatif yang. Contohnya :-
murid cerdas
lelaki gagah
barang yang murah
rumah yang besar
Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu lebih memperincikan akan ciri-ciri kata adjektif
berbanding Tatabahasa Dewan. Nahu Kemas Kini tidak memberikan sebarang penerangan
yang menunjukkan ciri-ciri kata adjektif secara jelas. Dengan merujuk kepada Pembentukan
Kata Dalam Bahasa Melayu, kita dapat mengetahui dengan jelas mengenai kata yang
digolongkan sebagai kata adjektif.
3. JENIS/BENTUK/GOLONGAN
Perbandingan Golongan Kata Adjektif
Tatabahasa DewanPembentukan Kata Dalam
Bahasa MelayuNahu Kemas Kini
Jenis Kata Adjektif
i. kata adjektif sifatan
atau keadaan
ii. kata adjektif warna
iii. kata adjektif ukuran
iv. kata adjektif bentuk
v. kata adjektif waktu
vi. kata adjektif jarak
vii. kata adjektif cara
viii. kata adjektif
perasaan
ix. kata adjektif
pancaindera
Jenis kata Adjektif
i. kata adjektif sifatan
atau keadaan
ii. kata adjektif warna
iii. kata adjektif ukuran
iv. kata adjektif bentuk
v. kata adjektif waktu
vi. kata adjektif jarak
vii. kata adjektif cara
viii. kata adjektif
perasaan
ix. kata adjektif
pancaindera
Jenis kata Adjektif
i. kata adjektif
tabii/sikap
ii. kata adjektif warna
iii. kata adjektif ukuran
iv. kata adjektif bentuk
v. kata adjektif
indera/deria
vi. kata adjektif
gabungan
indera/deria
vii. kata adjektif waktu
viii. kata adjektif
4 | B M L 3 0 5 3
kecepatan
ix. kata adjektif kognisi
x. kata adjektif emosi
xi. kata adjektif
iktisad/ekonomi
xii. kata adjektif kuasa
tenaga
xiii. kata adjektif taraf
Berdasarkan perbandingan golongan kata adjektif yang dibuat, Tatabahasa Dewan dan
Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu masing-masing menyenaraikan sembilan jenis kata
adjektif yang sama nama jenisnya setiap satu sementara Nahu Kemas Kini lebih
memperincikan kata adjektifnya iaitu tiga belas jenis.
Nahu Kemas Kini menyenaraikan kata adjektif seperti kata adjektif kognisi, kata adjektif taraf,
kata adjektif kuasa tenaga, dan kata adjektif iktisad/ekonomi yang tiada dalam Tatabahasa
Dewan dan Pembentukan Kata. Dalam Bahasa Melayu Dalam Nahu Kemas Kini, kata adjektif
pancaindera dipecahkan kepada dua iaitu kata adjektif indera/deria dan kata adjektif gabungan
indera/deria. Manakala Tatabahasa Dewan dan Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu
hanya menyenaraikan sebagai kata adjektif pancaindera. Tatabahasa Dewan dan
Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu mempunyai persamaan nama bagi jenis kata
adjektif sifatan atau keadaan, dan kata adjektif perasaan tetapi Nahu Kemas Kini
menamakannya jenis kata adjektif tersebut sebagai kata adjektif tabii/sikap dan kata adjektif
emosi.
Penjenisan kata adjektif tersebut akan diperincikan dalam perbandingan antara jenis-jenis kata
adjektif bagi ketiga-tiga penulisan tersebut. Melalui perincian perbandingan tersebut nanti, kita
akan dapat melihat dan mengetahui akan persamaan dan perbezaan antara ketiga-tiganya
dan pecahan bagi kata adjektif dalam Nahu Kemas Kini. Melalui perincian perbandingan jenis-
jenis kata adjektif tersebut, kita juga akan dapat melihat kata atau unsur yang dikeluarkan,
dimasukkan atau ditambah dalam jenis kata adjektif tertentu.
5 | B M L 3 0 5 3
Pembentukan Kata Adjektif mengikut Tatabahasa Dewan
Kata adjektif boleh terdiri daripada bentuk-bentuk yang berikut :-
i. Kata adjektif tunggal
ii. Kata adjektif terbitan
iii. Kata adjektif ganda
iv. Kata adjektif majmuk
1. Kata Adjektif Tunggal
Kata adjektif tunggal terhasil daripada bentuk kata dasar, iaitu tanpa gabungan dengan
imbuhan, atau tanpa mengalami proses-proses lain, seperti penggandaan. Kata adjektif
tunggal digunakan dalam ayat sebagai predikat dan sebagai penerang kata nama. Ia juga
boleh menerima sama ada kata bantu dan kata penguat atau tidak menerima unsur-unsur
tersebut.
2. Kata Adjektif Terbitan
Kata adjektif ini boleh terdiri daripada satu kata dasar yang menerima imbuhan, iaitu yang
terbentuk dengan imbuhan seperti awalan, apitan, dan sisipan yang digandingkan pada kata
dasar itu.
2.1 Awalan kata adjektif (ter- dan se-)
2.2 Apitan kata adjektif ( ke-…..-an )
2.3 Sisipan kata adjektif (-em-, -el- , -er- , dan -in- )
3. Kata Adjektif Ganda
Kata adjektif ganda ialah perkataan yang terhasil daripada proses mengulang kata dasar
adjektif. Kata adjektif ganda dapat diterbitkan melalui tiga cara, iaitu penggandaan penuh,
penggandaan separa, dan penggandaan berentak.
3.1 Penggandaan penuh kata adjektif
besar-besar
tinggi-tinggi
tumpul-tumpul
3.2 Penggandaan separa kata adjektif
a) Penggandaan separa pada kata berawalan
sepandai-pandai
6 | B M L 3 0 5 3
sebaik-baik
setinggi-tinggi
b) Penggandaan separa pada kata berakhiran
besar-besaran
rindu-rinduan
jadi-jadian
c) Penggandaan berentak kata adjektif
porak-peranda
gilang-gemilang
compang-camping
4. Kata Adjektif Majmuk
Kata adjektif majmuk ialah perkataan yang terhasil daripada proses yang merangkaikan dua
kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata adjektif majmuk dieja terpisah dan
bertindak sebagai satu unit.
biru laut
kuning langsat
merah jambu
4. PERBANDINGAN / DAPATAN / PERBINCANGAN
Perbandingan Jenis Kata Adjektif
Tatabahasa DewanPembentukan Kata Dalam
Bahasa MelayuNahu Kemas Kini
1. Kata Adjektif Sifatan
atau Keadaan
- terdiri daripada perkataan
yang memberi pengertian
sifatan atau keadaan
sebagai unsur keterangan
1. Kata Adjektif Sifatan
atau Keadaan
-perkataan yang
menerangkan perangai,
tabiat atau keadaan bagi
kata nama atau frasa
1. Kata Adjektif Tabii/Sikap
-merujuk kepada tabii atau
perangai seseorang. Boleh
juga dikenal sebagai kata
adjektif sikap.
7 | B M L 3 0 5 3
nama.
Contohnya :-
baik lemah
curiga kasar
cerdik berani
2. Kata Adjektif Warna
- terdiri daripada perkataan
yang membawa
pengertian warna sebagai
unsur keterangan.
Contohnya :-
merah ungu
putih biru
jingga hitam
3. Kata Adjektif Ukuran
- jenis perkataan yang
membawa pengertian
ukuran sebagai unsur
keterangan.
Contohnya :-
panjang tebal
besar kerdil
tinggi renek
nama.
Contohnya :-
baik tenang
aman lemah
2. Kata Adjektif Warna
- perkataan yang
menerangkan warna
sesuatu kata nama. Kata
warna boleh diikuti oleh
kata adjektif, dan boleh
juga dibuat perbandingan
dengan unsur-unsur alam,
seperti nama buah atau
tumbuhan.
Contohnya :-
merah jambu putih
hijau daun kelabu
3. Kata Adjektif Ukuran
- perkataan yang
menerangkan saiz, berat
atau ringan tentang benda
yang bernyawa atau tidak
bernyawa, konkrit atau
abstrak.
Contohnya:-
tebal besar
nipis panjang
Contohnya :-
baik buruk
jahat kasar
nakal malas
2. Kata Adjektif Warna
-merupakan kata adjektif
berdasarkan fungsinya
dalam frasa.
Contohnya :-
hitam
merah
putih
3. Kata Adjektif Ukuran
-kata adjektif ini
dibahagikan kepada
subsistem seperti :
i) kepanjangan – panjang,
pendek, tinggi, renjong
ii) kapasiti – besar, kecil,
gemuk, penuh, sendat
iii) berat-ringan – berat,
ringan, hambung
iv) kelebaran – nipis, tebal,
lebar, sempit, luas,
langsing, lampai
8 | B M L 3 0 5 3
4. Kata Adjektif Bentuk
- jenis perkataan yang
membawa pengertian rupa
bentuk sebagai unsur
keterangan.
Contohnya :-
bulat buncit
lekuk lonjong
kempis bengkok
5. Kata Adjektif Waktu
- jenis perkataan yang
membawa pebgertian
konsep masa sebagai
unsur keterangan.
Contoh :-
silam lambat
cepat baharu
awal segera
6. Kata Adjektif Perasaan
-terdiri daripada perkataan
yang membawa
pengertian konsep
4. Kata Adjektif Bentuk
- perkataan yang
menerangkan bentuk atau
rupa sesuatu
Contohnya:-
lonjong cengkung
bulat bengkok
5. Kata Adjektif Waktu
- perkataan yang
menerangkan masa atau
waktu
Contohnya:-
awal lama
segera baharu
6. Kata Adjektif Perasaan
-perkataan yang
menerangkan rasa atau
sesuatu yang berunsurkan
v) jarak fizikal – jauh,
dekat, hampir, sipi-sipi
vi) jarak waktu – lama,
sebentar, sekejap
vii) kepekatan – pekat,
likat, cair
4. Kata Adjektif Bentuk
- menggambarkan bentuk-
bentuk yang ada pada
benda-benda konkrit.
Contohnya :-
bundar bulat
bujur melengkung
gelembung kempis
5. Kata Adjektif Waktu
- memberi gambaran
tentang berjalannya waktu
Contohnya :-
segera baru
lama tua
muda
dalam frasa seperti
susu segera
baju baru
kawan lama
murid tua
anak muda
6. Kata Adjektif Emosi
- kata-kata yang termasuk
dalam subsistem ini ialah :
9 | B M L 3 0 5 3
perasaan, sebagai
penerang kata nama dan
diikuti oleh kata sendi
nama.
Contohnya:-
rindu marah
benci ragu
suka cinta
7. Kata Adjektif Cara
-jenis perkataan yang
membawa pengertian
keadaan kelakuan atau
ragam, sebagai penerang
kata nama.
Contohnya :-
lincah selalu
laju perlahan
jelas gopoh
8. Kata Adjektif
Pancaindera
-terdiri daripada perkataan
yang membawa
pengertiaan konsep rasa,
pandang, dengar, bau,
sentuh, atau gabungan
kelima-lima indera,
sebagai penerang kata
nama.
Contohnya :-
i) Deria rasa
emotif. Kata objektif jenis
ini harus diikuti oleh kata
sendi nama akan, dengan
atau terhadap apabila
diperluas dengan frasa
nama.
Contohnya:-
segan sedih
sayang ragu-ragu
7. Kata Adjektif Cara
-kata adjektif yang
menunjukkan kelakuan
atau ragam bagi kata nama
atau frasa nama.
Contohnya:-
sengit deras
jelas gopoh-gapah
8. Kata Adjektif
Pancaindera
-perkataan yang
menerangkan sesuatu yang
dapat dirasai atau dikesani
oleh deria. Kata adjektif
pancaindera ini
menerangkan konsep rasa,
dengar, bau, pandang,
sentuh atau gabungan bagi
kelima-lima indera.
Contohnya:-
seronok riang
ria gembira
runsing kecewa
7. Kata Adjektif Kecepatan
- daya gerak sesuatu atau
seseorang menunjukkan
kecepatan dalam darjah-
darjah tertentu.
Contohnya :-
lambat perlahan
cepat segera
laju deras
8. Kata Adjektif
Indera/Deria
-kata indera diambil dari
kata pancaindera, yang
merujuk kepada lima
pancaindera atau deria
yang ada pada setiap
manusia, iaitu pandang,
rasa, dengar, bau, dan
sentuh.
Contohnya :-
10 | B M L 3 0 5 3
sedap pahit
manis masam
kelat tawar
ii) Deria pandang
molek hodoh
segak buruk
tampan cantik
iii) Deria dengar
bising mersik
nyaring garau
serak merdu
iv) Deria bau
harum tengik
busuk hanyir
semerbak hapak
v) Deria sentuh
kesat halus
lembap kasar
keras licin
vi) Gabungan deria
bersih (pandang + bau)
selesa (sentuh +
pandang)
tenteram (dengar +
pandang)
9. Kata Adjektif Jarak
-jenis perkataan yang
membawa pengertian
konsep ruang antara dua
bentuk atau keadaan
sebagai penerang kata
nama.
Contohnya :-
jauh hampir
i) Deria rasa
kelat
masin
ii) Deria pandang
montel
terang
iii) Deria dengar
garau
bising
iv) Deria bau atau hidu
hangit
hanyir
v) Deria sentuh
licin
lembap
vi) Gabungan dua deria
nyaman (rasa +
pandang)
busuk (bau + pandang)
tenteram (pandang +
dengar)
masam (pandang +
rasa)
9. Kata Adjektif Jarak
-perkataan yang
menerangkan jarak atau
sesuatu yang dikaitkan
dengan ruang antara dua
benda, tempat atau
keadaan.
Contohnya:-
rapat jauh
i) rasa
sedap enak
lazat tawar
manis pahit
ii) pandang
cantik molek
segak hodoh
terang gelap
iii) dengar
merdu mersik
riang riuh
gemerincing
iv) sentuh
kasar halus
gerutu lembik
panas keras
v) bau
busuk semerbak
tengik hapak
wangi hanyir
Jika diperhalusi, tiap-tiap
subsistem itu boleh
diperincikan lagi. Misalnya
deria sentuh boleh
dibahagikan lagi kepada
dua subsistem iaitu
sentuhan permukaan
(halus, kasar, licin) , dan
sentuhan suhu (sejuk,
panas, dingin, suam)
9. Kata Adjektif Gabungan
Indera/Deria
11 | B M L 3 0 5 3
dekat rapat hampir - menunjukkan adanya
gabungan deria.
Contohnya :-
i) pandang dan dengar
tenteram, aman, damai,
ceria
ii) pandang dan sentuh
selesa
iii) pandang, sentuh dan
bau
bersih, kotor
10. Kata Adjektif Kognisi
- dalam subsistem ini
terdapat kata-kata seperti :-
pandai cerdik
cerdas bodoh
tolol bijaksana
11. Kata Adjektif
Iktisad/Ekonomi
-kata adjektif dalam
subsistem ini memberi
penilaian kepada
seseorang berdasarkan
ada tiadanya harta
padanya.
Contohnya :-
papa miskin
kaya
12. Kata Adjektif Kuasa
Tenaga
-Kuasa tenaga yang
12 | B M L 3 0 5 3
dimaksudkan juga boleh
merupakan kuasa tenaga
fizikal atau juga mental.
Contohnya :-
kuat perkasa
lesu lemah
cergas tegap
13. Kata Adjektif Taraf
- merujuk kepada taraf
seseorang dalam
masyarakat.
Contohnya :-
mulia terhormat
masyhur ternama
hina
Tatabahasa Dewan dan Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu mempunyai perincian yang
hampir serupa dan serupa akan jenis kata adjektifnya. Perbezaan bagi kedua-duanya cumalah
penerangan bagi setiap jenis kata adjektif namun masih memberikan contoh yang sama. Nahu
Kemas Kini didapati memberikan penerangan yang juga berbeza dan terdapat kata atau unsur
yang ditambah, dikeluarkan dan dimasukkan dalam jenis kata adjektif yang dibandingkan di
atas. Nahu Kemas Kini menggunakan kata subsistem dan bukannya jenis.
Kata adjektif ukuran bagi Nahu Kemas Kini mempunyai cara tersendiri dalam memberi
gambaran melalui kata adjektif sesuatu perbuatan mengukur benda konkrit atau abstrak.
Contohnya terdapat empat subsistem yang memberi huraian sifat benda pepejal dan satu
subsistem yang memberi huraian mengenai cecair. Hal ini tidak terdapat dalam Tatabahasa
Dewan dan Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu.
Kata adjektif yang berkaitan dengan pancaindera tidak dipecahkan kepada dua sama ada kata
adjektif yang menerangkan satu pancaindera atau gabungan dua pancaindera bagi
Tatabahasa Dewan dan Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu. Dalam Nahu Kemas Kini,
13 | B M L 3 0 5 3
kata adjektif tersebut dibahagikan kepada dua subsistem iaitu yang menerangkan satu
indera/deria dan yang menerangkan gabungan dua indera/deria. Kata adjektif bagi satu
indera/deria boleh diperhalusi lagi sepertimana yang terdapat dalam perincian di atas.
Kata yang terdapat dalam kata adjektif kognisi, kata adjektif iktisad/ekonomi, kata adjektif
kuasa tenaga, dan kata adjektif taraf dalam Nahu Kemas Kini terdapat dalam jenis kata
adjektif dalam Tatabahasa Dewan dan Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu tetapi telah
dikeluarkan atau ditambahkan dengan lebih terperinci dalam Nahu Kemas Kini.
14 | B M L 3 0 5 3
Recommended