model-model pengajaran

Preview:

Citation preview

TAJUK 5 : MODEL PENGAJARAN

Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

Konsep Pengajaran

Pengajaran merupakan satu proses yang

melibatkan sistem aktiviti –aktiviti yang ditujukan kepada murid dengan

tujuan membawa perubahan-perubahan

tingkah laku di kalangan mereka.

Proses pengajaran merangkumi perancangan,

pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian. Kesemua

langkah-langkah ini adalah bertujuan untuk

menyebarkan ilmu dengan berkesan.

P &P Yang Berjaya :

Mencapai objektif perubahan tingkah laku

Guru perlulah jelas dengan jenis perubahan yang dikehendaki.

Kemudian merancang aktiviti yang sesuai untuk menjayakannya.

Antara perubahan-perubahan yang dikehendaki ialah jenis pengetahuan yang hendak diajarkan,

kemahiran dan perubahan sikap.

Melalui kaedah dan teknik tertentu yang bertujuan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan

dan kemahiran murid-murid.

Apakah itu Model Pengajaran?

• Satu perihalan persekitaran pembelajaran yang boleh dijadikan panduan guru semasa merancang kurikulum, kursus dan unit pengajaran serta menyediakan bahan-bahan pengajaran, seperti program multi-media, pengajaran berbantukan komputer, lembaran-lembaran kerja dan sebagainya.

Model-Model Pengajaran

• Model-model ini berdasarkan pengkategorian yang diutarakan oleh Bruce, Weil & Calhoun (2009).

• Setiap mazhab tersebut mengandungi beberapa jenis model pengajaran yg berkongsi orientasi yg sama terhadap manusia dan cara manusia belajar.

1. Model Pemprosesan Maklumat

2. Model Behavioral

3. Model Sosial

4. Model Personal

1. MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT

Pembentukan konsep

Perolehan konsep

Inkuiri

Synectics Implikasi Model

Pemprosesan Maklumat terhadap

P & P

• Model Pemprosesan Maklumat berfokus kepada naluri semulajadi kita untuk memahami dunia dengan lebih mendalam melalui langkah-langkah bersistematik dan berturutan iaitu:

– Kepekaan terhadap masalah yang timbul,

– Pemerolehan dan penyusunan maklumat,

– Penjanaan cara-cara penyelesaian yang sesuai,

– Pengembangan konsep yang berkenaan.

Model Pemprosesan Maklumat

• Konsep: menyamakan ingatan manusia sama seperti komputer iaitu menggunakan model input-output.

• Tiga mode ingatan yang mana pemprosesan maklumat berlaku dalam otak manusia terdiri daripada daftar deria/ sensori, ingatan jangka pendek dan jangka panjang.

• Oleh itu, pemerosesan melibatkan proses mengumpul dan mewakilkan maklumat, atau mengenkod, menyimpan maklumat dan mendapatkan maklumat apabila diperlukan.

• Semua proses ini dikawal dengan program yang menentukan bagaimana dan bila maklumat mengalir melalui sistem.

Pembentukan Konsep

• Ramai orang m’bandingkan sistem pemerosesan maklumat manusia dengan komponen komputer.

• Tiga bulatan menggambarkan struktur pengetahuan, dimana maklumat disimpan atau dipindahkan. Sementara, anak panah menunjukkan pengaliran maklumat. Kotak diatas rajah mewakili proses kawalan yang mempengaruhi pengaliran maklumat sistem berkenaan.

• “Perolehan Konsep” merujuk kepada usaha mencari, kemudian menyenaraikan atribut @ ciri-ciri yg membezakan contoh daripada bukan contoh bagi suatu kategori yg dikenalpasti.

Aplikasi Model Perolehan Konsep Dalam Bilik Darjah:

Model ini sesuai di Prasekolah.

Konsep & contoh hendaklah mudah & sesi pengajaran agak singkat masanya serta diarahkan oleh guru.

Cth: guru meminta murid menyenaraikan bentuk yg terdapat dalam bilik darjah.

Jawapan murid mungkin kepelbagaian:meja, kerusi, papan tulis dll.

Perolehan Konsep

• Dipelopori oleh Joseph Schwab.

• Direka bentuk bertujuan meningkatkan kecekapan

murid-murid mempelajari dan seterusnya

mengembangkan konsep-konsep.

• Satu proses mencari ilmu pengetahuan atau kebenaran melalui proses menyoal.

• Penyelesaian masalah mengikut langkah-langkah yang logikal dan sistematik.

• Justeru, strategi inkuiri dalam pengajaran dan pembelajaran melibatkan murid dalam memberi pendapat dan menyoal supaya dapat meneroka, mencadangkan hipotesis untuk menguji, mengumpul dan menyusun data untuk menguji hipotesis dan membuat inferens serta kesimpulan.

Inkuiri Saintifik

• Teknik Inkuiri direka bentuk khusus untuk memberi

kebebasan dalam penyelesaian masalah.

• Proses inkuiri boleh melibatkan jangka waktu yang pendek

seperti satu atau dua jam atau jangka waktu yang panjang

seperti dua atau tiga minggu.

• Proses inkuiri boleh distruktur agar merangkumi beberapa

unit konsep.

• Pendekatan inkuiri juga merupakan kaedah saintifik

penyelesaian masalah berdasarkan model penemuan

terbimbing yang disarankan oleh John Dewey.

• Model Inkuiri pula merangkumi segala proses soal

selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan

daripada soalan, atau daripada masalah yang

dikemukakan.

• Aktiviti soal selidik ini memerlukan pelajar mengenal

pasti soalan bermasalah, membentuk hipotesis,

merancang aktiviti kajian, manjalankan kajian atau

siasatan dan seterusnya mendapatkan jawapan dan

membuat rumusan.

• Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat

dua jenis teknik inkuiri iaitu ‘inkuiri terbimbing’ dan

‘inkuiri terbuka’. Inkuiri terbimbing memerlukan guru

membimbing pelajar menjalankan segala proses kajian.

• Inkuiri jenis ini sesuai dilaksanakan pada peringkat

sekolah rendah dan menengah.

• Dalam inkuiri terbuka, pelajar tidak diberi sebarang

bimbingan. Segala proses kajian dijalankan oleh pelajar

sendiri. Oleh itu, ianya sesuai dilaksanakan pada

peringkat pengajian yang lebih tinggi seperti di universiti.

• Kesimpulannya, model inkuiri ini amat berguna bagi

mendapatkan maklumat dan pengetahuan baru dalam

pelbagai bidang khususnya bidang pendidikan.

Kebaikan Model Inkuiri • Arahan kendiri ,memajukan kemahiran pemikiran krikital dan

kemahiran pemikiran aras tinggi;

• Berpusatkan murid-murid terlibat secara aktif dalam pembelajaran;

• Menggalakkan perasaan ingin tahu dan menggalakkan murid

memikirkan dan membayangkan jawapan-jawapan atau

penjelasan-penjelasan yang mungkin; perasaan ingin tahu akan

membawa kepada inkuiri seterusnya; dan

• Kurang perlu mencari jawapan yang betul kerana sebarang

kesimpulan adalah berbentuk tentatif sahaja; kesimpulan

bergantung pada data yang sedia ada.

• Guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid

mengenalpasti masalah. Guru mewujudkan persekitaran yang

menjamin kebebasan untuk meneroka dan mengadakan

perhubungan manusia yang baik serta memberi sokongan

psikologi.

Synectics

• Dipelopori oleh Gordon (1961).

• Istilah synectics bermaksud membawa kesemua perkara dalam satu perkaitan yang bersepadu.

• Synectics (aplikasi kreativiti seperti membuat analogi dan metafora) yang reka cipta oleh Gordon merupakan suatu pendekatan yang menarik terhadap pembentukan pemikiran kreatif.

• Elemen utama dalam model synectics ialah penggunaan analogi, di mana pelajar menggunakan analogi untuk menyelesaikan masalah.

• Kesepaduan perkara melibatkan kreativiti untuk membentuk struktur yang baru.

• Setiap pemikiran kreatif berasaskan kepada pemikiran synectics.

• Satu pendekatan yg amat menarik untuk mencipta inovasi.

• Murid akan mula menganalisis elemen berdasarkan masalah tersebut atau menyediakan satu senarai karangan fakta yg penting.

• Ini merujuk kepada pengetahuan @ pengalaman sedia ada.

• Synectics memberi peluang untuk melihat objek atau peristiwa yang berlaku, meluahkan perasaan & menghadapi masalah dari perpektif baru.

Aplikasi Model Synectics Dalam Bilik Darjah

Penggunaan model ini merentasi keseluruhan kurikulum.

Boleh diaplikasikan dalam kelas bagi mewujudkan sesuana yg kondusif.

Implikasi Model Pemprosesan Maklumat Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran

• Model pengajaran yg terkandung dalam mahzab pemprosesan maklumat berasaskan psikologi kognitif.

• Membantu murid untuk lebih mengenali dunia mereka, fokus diberikan kepada cara mereka memperoleh maklumat, menguruskan data, merangka masalah dan menjana penyelesaian.

• Implikasi pertama: Guru perlu ketahui jenis model manakah yg sesuai dgn murid berdasarkan tahap pencapaian mereka.

• Implikasi kedua: Pengetahuan dan kemahiran yg harus ada pada guru supaya murid yakin dan kompeten untuk melaksanakan model pengajaran.

• Guru harus menggunakan kaedah ekspositori untuk menyampaikan konsep-konsep dalam sesuatu topik pengajaran.

• Bahan pembelajaran (input) harus disusun atur dengan baik.

• Idea dan konsep baharu harus bermakna kepada pelajar.

• Menambah konsep-konsep baharu ke dalam struktur kognitif sedia ada akan memudahkan ingatan kembali konsep-konsep tersebut.

Implikasi Model Pemprosesan Maklumat Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran

2. MODEL BEHAVIORAL

• Kumpulan model pengajaran yang paling berstruktur.

• Berdasarkan bagaimana seseorang bertindak balas

terhadap sesuatu tugasan.

• Idea Skinner.

• Guru memeringkatkan isi kepada bahagian yang kecil dan

sampaikannya langkah demi langkah mengikut kadar

penerimaan pelajar.

• Bila semua langkah dikuasai maka dapatlah menguasai

keseluruhan tajuk itu.

http://youtu.be/xQWSsPvVUaY

Model Behavioral Pelopor Tujuan

Pengajaran

Langsung

Thomas Good

Jere Brophy

Wes Becker

Siegfried

Englemann

Carl Bereiter

Penguasaan kandungan dan

kemahiran akademik dalam bidang

pengajian yang luas.

Pembelajaran

Masteri

Benjamin Bloom

James Block

Penguasaan kemahiran akademik

dan pelbagai jenis kandungan.

Simulasi Carl Smith

Mary Smith

Penguasaan kemahiran dan konsep

kompleks dalam bidang pengajian

yang luas.

Pembelajaran

Bersifat Program

B.F Skinner Penguasaan kemahiran, konsep

dan maklumat berbentuk faktor.

Pembelajaran

Sosial

Albert Bandura Pengurusan tingkahlaku, belajar

pola tingkahlaku yang baru dan

kawalan kendiri.

Pengajaran Langsung

• Satu pendekatan untuk pengajaran kemahiran-kemahiran asas.

• Pelajaran terarah, bermatlamat dan persekitaran pembelajaran adalah berstruktur.

• Pengajaran langsung terdiri daripada tiga aspek:

1. Jenis hasil pembelajaran pelajar.

2. Aliran aktiviti pengajaran.

3. Persekitaran pembelajaran.

• Pengajaran jenis ini berpusatkan guru dan mengandungi lima langkah, iaitu penentuan set, penerangan/ demonstrasi, praktis/latihan terbimbing, maklum balas dan amalan/ praktis lanjutan.

• Pengajaran jenis ini berpusatkan guru dan mengandungi lima langkah, iaitu penentuan set, penerangan/ demonstrasi, praktis/latihan terbimbing, maklum balas dan amalan/ praktis lanjutan.

Pengajaran Langsung

• Proses Pengajaran Langsung

1. Pengenalan (Orientasi)

2. Perkembangan (Penyampaian)

3. Latihan Struktur (Amalan Berstruktur)

4. Latihan terbimbing (Amalan Terbimbing)

5. Latihan kendiri (Amalan Berdikari)

6. Penilaian

Pengajaran Langsung

1. Pengenalan / Orientasi:

• Guru membentuk kerangka pengajaran dari segi:

i. Objektif dan tahap pencapaian.

ii. Isi kandungan dan hubungan dengan pengetahuan atau/dan pengalaman sedia ada.

iii. Langkah-langkah dan peranan murid bagi aktiviti yang dijalankan.

Pengajaran Langsung

2. Perkembangan (Penyampaian)

Guru menerangkan konsep atau kemahiran baru melalui

contoh dan demonstrasi secara visual dan lisan.

3. Latihan Struktur (Amalan Berstruktur)

Guru membimbing murid-murid dengan menggunakan

contoh-contoh dan memberi maklum balas kepada respons

mereka.

Pengajaran Langsung

4. Latihan Terbimbing (Amalan Terbimbing)

• Murid-murid berpeluang membuat latihan secara individu

dengan bimbingan guru.

5. Latihan Kendiri (Amalan Berdikari)

• Apabila prestasi amalan terbimbing murid-murid telah

mencapai tahap 85% hingga 90%, mereka laksana

latihan sendiri tanpa bimbingan guru.

Pengajaran Langsung

Kebaikan dan Keterbatasan Pengajaran Langsung

Kebaikan:

• Meningkatkan gred pencapaian

• Pembelajaran yang berstruktur untuk pelajar

• Berkesan untuk murid-murid yang kecerdasan sederhana dan lambat

Batasan:

• Hadkan pemikiran yang kritis dan kreatif

• Mengurangkan usaha pembelajaran kendiri

• Kurang mencabar untuk pelajar yang cemerlang

Pengajaran Langsung

Aplikasi Model Pengajaran Langsung dalam bilik darjah:

• Sesuai bagi pengajaran maklumat dan kemahiran asas

yang terkandung dalam kurikulum teras.

Pengajaran Langsung

• Pembelajaran masteri ialah satu kaedah pengajaran secara individu yang menggunakan kurikulum berstruktur dan dibahagikan kepada unit-unit kecil pengetahuan serta kemahiran yang akan dipelajari.

• Bloom (1968), pembelajaran ini merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar.

Pembelajaran Masteri

Prinsip-prinsip Pembelajaran Masteri:

1. Semua murid normal boleh menguasai apa-apa yang diajar oleh guru.

2. Pembelajaran dipecah kepada unit-unti kecil di mana pengetahuan disusun daripada mudah kepada sukar supaya mudah difahami oleh murid.

3. Masa yang diperuntukkan harus mencukupi dan fleksibel untuk semua murid mencapai objektif pembelajaran.

Pembelajaran Masteri

Langkah-Langkah Pembelajaran Masteri:

i. Satu matapelajaran mempunyai objektif utama tersendiri yang

mewakili objektif satu kursus atau unit.

ii. Satu unit besar dibahagikan kepada unit-unit kecil yang

mempunyai objektif masing-masing.

iii. Bahan pembelajaran dikenalpasti dan strategi atau model

pengajaran dipilih.

iv. Setiap unit disertakan dengan ujian diagnostik ringkas yang

mengukur kemajuan murid-murid secara berterusan serta

mengenalpasti masalah setiap murid.

v. Guru boleh merancang seterusnya melaksanakan pengajaran

tambahan untuk membantu murid-murid berkenaan

menyelesaikan masalah pembelajaran masing-masing.

Pembelajaran Masteri

Individually Prescribed Instructional Program (Penetapan Program Pengajaran Individu)

• Murid-murid berupaya meningkatkan inisiatif kendiri,

arah kendiri, penilaian kendiri dan motivasi terhadap

pembelajaran.

• Terdapat perbezaan antara murid-murid dari segi kuantiti

masa dan praktis yang diperlukan untuk menguasai

objektif-objektif pengajaran.

Pembelajaran Masteri

• Murid-murid belajar mengikut kadar masing-masing

dengan persekitaran yang kondusif dan pertimbangan

terhadap perbezaan masing-masing.

• Tahap penguasaan yang minimum bagi satu-satu unit

pembelajaran merupakan pra syarat bagi permulaan unit

baru.

• Penilaian formatif untuk mengesan kemajuan murid-

murid amat penting supaya dapat menjadi asas

membentuk pakej pembelajaran secara individu.

Pembelajaran Masteri

Individually Prescribed Instructional Program (Penetapan Program Pengajaran Individu)

Aplikasi Pembelajaran Masteri Dalam Bilik Darjah

• Sesuai digunakan bagi pelbagai jenis matapelajaran (BI, MT,

GEO, SN, Statistik)

• Sesuai bagi semua peringkat persekolahan bermula daripada

prasekolah hingga ke kolej.

• Juga diaplikasikan bagi mengajar pembentukan konsep,

hafalan, kreativiti dan penyelesaian masalah.

• Guru perlu merancang dengan rapi agar dapat mewujudkan

suatu sistem pembelajaran yang positif dan kondusif.

• Guru hendaklah bersifat sedia mendorong dan membantu

sebagai pemangkin kepada harga diri positif murid-murid.

Pembelajaran Masteri

• Melibatkan murid-murid main peranan watak-watak

tertentu yang ada dalam kehidupan harian mereka.

• Penjelasan model simulasi akan dibuat berdasarkan

empat fasa :

i. Sinopsis

ii. Sistem sosial

iii. Prinsip reaksi

iv. Sistem sokongan

Simulasi

Sinopsis Model Pengajaran Langsung

Simulasi

Fasa 1: Orientasi

-Gurumenyampaikan topik simulasi secara menyeluruh serta konsep yang perlu

disisipkan ke dalam aktiviti simulasi.

-Guru menerangkan tentang prosedur simulasi.

Fasa 2: Latihan Peserta

-Guru membentuk senario bagi simulasi, menentukan peranan-peranan tertentu

dan mengadakan sesi latihan.

Fasa 3: Operasi Simulasi

-Guru melaksanakan aktiviti simulasi.

-Murid-murid memberi maklumbalas dan penilaian.

-Guru menjelaskan sebarang miskonsepsi yang timbul

-Aktiviti simulasi diteruskan.

Fasa 4: Debriefing Peserta

-Guru membimbing murid-murid untuk buat rumusan, menganalisis proses,

membandingkan aktiviti dengan realiti hidup, mengaitkan dengan kandungan

matapelajaran serta menilai dan merekabentuk semula aktiviti.

Sistem Sosial

• Suasana persekitaran yang bersifat koperatif dan

interaktif harus wujud.

• Murid-murid dikehendaki berkongsi idea agar

membentuk satu sistem sosial rakan sebaya.

Simulasi

Prinsip-prinsip Reaksi:

• Guru tidak menjalankan sebarang penilaian sepanjang

aktiviti simulasi.

• Guru hanya perlu membawa murid-murid yang kurang

berminat semasa aktiviti simulasi kembali ke pangkuan

simulasi tersebut.

Simulasi

Sistem Sokongan:

• Bahan-bahan simulasi khususnya dalam bidang sains

sosial.

• Berbentuk komputer

Simulasi

Aplikasi Model Simulasi Dalam Bilik Darjah

• Berupaya merangsang pembelajaran mengenai unsur-

unsur:

i. Persaingan

ii. Bekerjasama

iii. Empati

iv. Sistem sosial

v. Konsep

vi. Kemahiran

vii. dan lain-lain

Simulasi

Implikasi Model Behavioral Terhadap P&P

1. Guru harus berpegang kepada prinsip

rangsangan-gerakbalas.

2. Jikalau inginkan tingkahlaku yang positif dalam

kalangan murid-murid, maka tumpuan

diberikan kepada pengukuhan positif dan

bukannya pengukuhan negatif atau hukuman.

3. Sebelum meneruskan kepada unit baru, guru

haruslah menjalankan tafsiran atau penilaian

bagi memastikan penguasaan murid-murid.

4. Guru harus merancang dan mempelbagaikan kaedah mengajar dengan mengambil kira gaya pembelajaran pelajar yang berbeza.

5. Guru berkeyakinan bahawa semua pelajar berbeza boleh menguasai apa-apa yang diajar.

6. Guru digalakkkan untuk mempelbagaikan kaedah pembelajaran supaya mereka dapat menguasai apa-apa yang diajar dalam masa yang paling singkat.

3. MODEL SOSIAL

• Model sosial ini melatih pelajar agar berkebolehan menyusun

maklumat serta-merta dan mensintesis maklumat untuk

menyelesaikan masalah.

• Model ini membantu untuk memperkembangkan perspektif

individu dan kumpulan dalam memperjelas dan

mengembangkan idea-idea.

• Mementingkan unsur interaksi sosial sambil murid-murid

bekerjasama untuk menyempurnakan suatu tugasan.

• Contoh:

- mengumpul

- mengkaji dan menganalisis maklumat

- menilai dan mentafsir

- membuat kesimpulan

Pembelajaran Koperatif

• Pelopor: John Dewey dan Herbert Thelen.

• Pembelajaran koperatif berkisar atas tiga perkara:

1. Pencapaian akademik,

2. Penerimaan kepelbagaian (Pemahaman peribadi) dan

3. Perkembangan sosial.

• Pelajar-pelajar dalam situasi pembelajaran dikehendaki bekerjasama dalam kumpulan masing-masing untuk menyelesaikan satu tugasan bersama demi mencapai matlamat yang sama.

• Pembelajaran koperatif berhasrat untuk mengubah norma dalam kalangan pelajar muda agar mereka dapat menerima hakikat untuk mencapai kecemerlangan dalam tugasan dan pembelajaran.

• Model ini dapat memanfaatkan kumpulan pelajar berpencapaian rendah dan tinggi apabila mereka menyelesaikan tugasan pembelajaran bersama.

Pembelajaran Koperatif

Konsep Utama Pembelajaran Koperatif:

1. Pasukan

2. Pengurusan pembelajaran koperatif

3. Keinginan untuk bekerjasama

4. Kemahiran untuk bekerjasama

5. Prinsip-prinsip pembelajaran koperatif

Pembelajaran Koperatif

• Pelopor: Byron Massialas dan Benjamin Cox.

• Tujuan:

– Penyelesaian masalah sosial melalui

pembelajaran kolektif dan penaakulan logikal.

Inkuiri Sosial

• Pelopor: James Shaver dan Donald Oliver.

• Tujuan:

– Analisis isu-isu polisi melalui kerangka

Jurisprudential (Realiti Berhemah).

– Pengumpulan data analisis soalan nilai, kajian

kepercayaan peribadi.

Inkuiri Jurisprudential

• Pelopor: Robert Salvin dan rakan-rakan.

• Tujuan:

– Fokus kepada inkuiri akademik dan

perkembangan sosial serta peribadi.

– Penggunaan strategi koperatif sebagai

pendekatan pengajian akademik.

Inkuiri Sosial Berstruktur

• Pelopor: David Johnson, Roger Johnson,

Elizabeth Cohen.

• Tujuan:

– Pembentukan strategi interaksi sosial yang

bersifat saling pergantungan.

– Pemahaman hubungan dan emosi kendiri-orang lain.

Saling Pergantungan

• Pelopor: Fanny Shaftel.

• Tujuan:

– Kajian tentang nilai dan peranan dalam

interaksi sosial.

– Kefahaman peribadi tentang nilai dan tingkahlaku.

Main Peranan

• Main peranan merupakan satu situasi yang melibatkan pelajar memegang sesuatu peranan sama ada sebagai dirinya sendiri atau individu lain.

• Main peranan bertujuan untuk memberikan peluang kepada pelajar melibatkan diri dalam lakonan dan perbincangan.

• Pelajar boleh menguasai kemahiran-kemahiran seperti kemahiran bahasa daripada laras bahasa dan sebutan.

Main Peranan

• Pelajar dapat memahami tingkah laku orang lain melalui dalam lakonan dan perbincangan.

• Model ini dijangka dapat membantu peljar yang pasif melibatkan diri dalam aktiviti main peranan dan seterusnya membina keyakinan diri mereka.

• Pelajar juga dapat memupuk sifat-sifat sosial.

• Mereka diberikan peluang melahirkan pelbagai perasaan mengikut situasi watak yang dimainkan, berbincang serta memikirkan masalah sendiri dan dengan ini dapat memahami diri sendri secara lebih mendalam

Main Peranan

• Pelajar juga dapat mengawal perasaan dan emosi dalam pelbagai situasi.

• Satu pengajaran dalam mata pelajaran dapat disampaikan dalam bentuk yang menarik dan berkesan.

Main Peranan

Jenis-jenis Peranan

1. Memerihal

2. Demonstrasi

3. Latihan

4. Cerminan

5. Kepekaan

Main Peranan

• Simulasi boleh dalam bentuk permainan, permasalahan, berbentuk persaingan atau koperatif.

• Model ini terdapat empat fasa, iaitu:

1. Orientasi

2. Latihan peserta

3. Proses simulasi dan

4. Perbincangan.

Simulasi

Fasa 1:

• Guru akan megemukakan topik yang ingin diajar, menerangkan konsep dalam simulasi dan pakah sebenarnya semulasi serta gambaran umum permainan tersebut.

Fasa 2:

• Pelajar mula simulasi dan guru memperkenalkan peraturan, peranan, prosedur, cara mendapat skor, jenis keputusan yan gperlu dibuat dan matlamat simulasi.

Simulasi

Fasa 3:

• Pelajar melibatkan diri dalam simulasiu.

• Guru sebagai pengadil dan jurulatih.

• Permainaan boleh dihentikan untuk pelajar memperoleh maklum balas, menilai prestasi dan keputusan serta memperjelas salah tanggapan.

Fasa 4:

• Merangkumi perbincangan pelajar selepas simulasi tentang hasil pembelajaran, proses simulasi dan banding beza antara simulasi dengan dunia sebenar, hubung kait aktiviti dengan kandungan kursus atau pelajaran dan menilai serta mereka cipta semula simulasi.

Simulasi

Implikasi Model Sosial Terhadap P & P

1. Pelajar meniru tingkah laku positif secara tidak langsung yang ditonjolkan oleh watak-watak dalam main peranan dan simulasi.

2. Peranan guru sebagai role model harus memastikan dan mempunyai tingkah laku serta perwatakan yang positif supaya pelajar dapat menirunya.

3. Guru menasihati pelajar tentang program yang sesuai ditonton di televisyen dan filem yang tidak sesuai ditonton oleh mereka.

• Berfokus kepada penggunaan prinsip-prinsip

psikologikal dalam bilik darjah.

• Melibatkan guru-murid, murid-murid, dan murid-

guru.

• Pola interaksi yang positif akan membawa

kepada peningkatan murid-murid daripada

aspek akademik, sikap, dan konsep kendiri.

Kesedaran Peribadi

• Pelopor: Carl Rogers.

• Tujuan:

– Membina kapasiti untuk perkembangan, pemahaman

kendiri, autonomi, dan harga diri.

• Model ini mementingkan peranan guru sebagai

fasilitator, di mana guru akan cuba melihat dunia dari

perspektif murid-murid, serta mewujudkan komunikasi

bersifat empati bertujuan memupuk dan

mengembangkan arah kendiri masing-masing.

• Persekitaran pembelajaran dapat membantu murid untuk

mencapai integrasi personal yang lebih tinggi, dan

penilaian kendiri yang realistik.

• Pelopor: Abraham Maslow.

• Tujuan:

– Meningkatkan perkembagan pemahaman

personal dan kapasiti untuk berkembang.

Penyempurnaan Kendiri (Self-actualization)

• Pelopor: Fritz Perls.

• Tujuan:

– Meningkatkan pemahaman kendiri dan harga

diri.

– Mengembangkan kepekaan interpersonal sensitiviti dan empati.

Latihan Kesedaran

• Pelopor: William Glasser

• Tujuan:

– Meningkatkan pemahaman kendiri dan

tanggungjawab terhadap diri dan orang lain.

Perjumpaan Kelas

Aplikasi Model Kesedaran Peribadi

Dalam Bilik Darjah

• Sesuai digunakan dalam beberapa jenis situasi

bermasalah seperti personal, sosial dan

akademik.

• Juga sesuai digunakan dalam bilik darjah di

mana murid-murid sudah kurang berminat

terhadap pengajaran yang disampaikan, dan

guru sedang mengahadapi masalah kawalan

murid.

Pemupukan Konsep Kendiri dan Harga Diri

• Ahli psikologi Maslow dan Rogers menegaskan bahawa kompetensi kita untuk berinteraksi dengan persekitaran kita dipengaruhi oleh pandangan kita terhadap diri.

• Apabila kita mempunyai konsep kendiri yang tinggi, kita akan bertindakbalas terhadap persekitaran kita dengan penuh yakin diri.

• Jika seseorang pelajar mempunyai harga diri yang positif akan membantu perkembangan orang lain.

• Pelajar yang mempunyai harga diri yang negatif cenderung kepada perasaan kecewa dan enggan untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Implikasi Model Personal Terhadap

Pengajaran Dan Pembelajaran

1. Berdasarkan prinsip-prinsip psikologi humanistik yang berfokuskan kepada individu dan menitikberatkan kendiri.

2. Guru perlu membantu murid-murid berpuas hati dengan diri mereka, berupaya memaksimumkan potensi serta mempunyai kawalan ke atas hidup masing-masing.

3. Guru hendaklah menguasai kemahiran-kemahiran berhubung dengan peranan mereka sebagai fasilitator yang akan mendorong murid-murid untuk memainkan peranan aktif dalam menentukan matlamat dan hala tuju pendidikan masing-masing.