Model rekabentuk instruksional 2010 (model pareo)

Preview:

DESCRIPTION

 

Citation preview

MODEL PAREO

OLEH:SITI NOR HAZIYAH BINTI MOHAMMAD

MAHANI BINTI OTHMAN

MTM6013TEORI DAN REKABENTUK

INSTRUKSIONAL

PENGENALAN Model PAREO telah dicipta pada tahun 2010

oleh dua orang guru Teknologi Maklumat iaitu Cikgu Siti Nor Haziyah dan Cikgu Mahani.

Model ini dicipta sebagai panduan untuk para guru untuk menghasilkan media yang dapat membantu mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

PENGENALAN Model PAREO ini terdiri dari lima fasa. Setiap

satunya disusun dalam bentuk bintang berbucu empat dengan satu bulatan di tengah. Fasa pertama iaitu fasa Penyelidikan berada ditengah-tengah. Hal ini kerana fasa Penyelidikan adalah fasa terpenting yang menjadi tunjang kepada fasa seterusnya. Empat fasa seterusnya iaitu fasa Analisis, fasa Rekabentuk, fasa Evolusi, dan fasa Operasi masing-masing diletakkan pada empat bucu bintang.

KELEBIHAN MODEL PAREO Mempercepatkan sesuatu proses

pembangunan berbanding model lain. Hal ini kerana setiap fasa mempunayai kejelasan dan ketepatan dalam proses pelaksanannya. Hal ini membolehkan sesuatu pembangunan disiapkan pada masa yang ditetapkan.

Model yang selamat, berisiko rendah dan mudah untuk diimplimentasikan.

Model yang membolehkan produk yang dihasilkan berkualiti tinggi.

FASA-FASA DALAM MODEL PAREO

FASA PENYELIDIKAN (RESEARCH)Fasa yang pertama adalah fasa Penyelidikan. Fasa ini merupakan proses mengenalpasti perkara dan mentaksir isu tentang kandungan yang hendak di ajar. Fasa ini juga merupakan penyiasatan tentang apa yang perlu dipelajari oleh pelajar. Kebolehlaksanaan projek perisian perlu difikirkan supaya tidak berlaku pembaziran. Penentuan kakitangan yang mahir adalah sangat perlu untuk memastikan kelancaran perisian. Sebelum memulakan projek ini, penghasilan jadual kerja mesti dibuat.

FASA ANALISIS (ANALYSIS)Fasa Analisis adalah proses mengumpul maklumat dan menentukan keperluan perisian dan perkakasan. Pemahaman tentang keperluan pelajar terhadap perisian penting supaya objektif tercapai. Keutamaan keperluan perisian akan membawa kepada penghasilan perisian yang baik. Sebarang alternatif boleh dipertimbangkan dalam menyatakan cadangan.

FASA-FASA DALAM MODEL PAREO

FASA REKABENTUK (DESIGN)

Setelah analisis dilakukan, fasa rekabentuk pula akan dijalankan. Dalam fasa ini objektif dan isi perisian akan disemak semula. Penyemakan ini penting untuk proses mereka bentuk paparan, pembinaan item untuk ujian dan pemilihan strategi instruksi. Selepas berakhirnya rekabentuk, proses pembangunan dimulakan.

FASA EVOLUSI (EVOLUTION)

Fasa evolusi merupakan fasa menyemak dan menguji perisian yang telah dibangunkan. Sebarang penukaran maklumat perisian jika perlu akan dilakukan dalam fasa ini. Perisian akan dipasang dan pengguna akan diberikan latihan untuk menggunakan perisian.

FASA-FASA DALAM MODEL PAREO

FASA OPERASI (OPERATION)Fasa terakhir bagi model ini adalah penyelenggaraan perisian yang telah dibina. Sebarang masalah yang timbul akan diperbaiki dari masa ke semasa. Sokongan pengguna juga adalah dalam fasa ini.

FASA-FASA DALAM MODEL PAREO

GAMBARAJAH MODEL PAREO

PENERANGAN GAMBARAJAH Fasa Penyelidikan terletak di tengah-tengah kerana ia

merupakan fasa terpenting yang menjadi tunjang kepada fasa seterusnya. Perisian yang berkualiti hanya akan dapat dihasilkan jika fasa penyelidikan dilakukan dengan teliti.

Fasa seterusnya adalah mengikut arah jam kerana ini ia merupakan lumrah alam dan mudah difahami oleh semua.

Setiap bucu mewakili pengakhiran setiap fasa dalam proses pembangunan dan pembangun boleh melangkah ke fasa yang seterusnya.

SESI SOAL JAWAB

SEKIAN…TERIMA KASIH

Recommended