26
T T o o p p i i k k 8 8 Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Multimedia dan Internet dalam Pengajaran dan Pembelajaran

03095703Topik8PenggunaanTeknologiMaklumatdanKomunikasiICTMultimediadanInternetdalamPengajarandanPembelajaran

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 03095703Topik8PenggunaanTeknologiMaklumatdanKomunikasiICTMultimediadanInternetdalamPengajarandanPembelajaran

TTooppiikk

88

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Multimedia dan Internet dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Page 2: 03095703Topik8PenggunaanTeknologiMaklumatdanKomunikasiICTMultimediadanInternetdalamPengajarandanPembelajaran

TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT), !

MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

99

PENGENALAN

Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi telah berkembang dengan amat pesat pada ketika ini. Bidang pendidikan tidak ketinggalan dengan penerapan elemen teknologi maklumat (IT) dalam amalan kurikulum sedia ada. Malah kini ianya bukan lagi suatu inisiatif, tetapi sesuatu yang mempunyai pendekatan sepadu untuk melahirkan halaman yang baru. Pengintegrasiannya bersama amalan penggunaan multimedia dan Internet mampu membawa evolusi baru dalam amalan pendidikan. Perubahan-perubahan yang berlaku telah turut memberikan impak yang besar kepada institusi pendidikan negara. Guru kini mempunyai cabaran dan tanggungjawab yang lebih berat di dalam memastikan perkembangannya terus berjaya. Malah kini fokus pembelajaran yang dahulunya berpusatkan guru telah dialihkan kepada berpusatkan pelajar (Nor Liya, 2003). Selaku fasilitator atau pemudah cara kepada pelajar, guru perlu merancang dengan baik pengajaran mereka agar benar-benar berkesan (Baharuddin et al., 2002).

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menghuraikan faedah ICT kepada pelajar;

2. Menghuraikan peranan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran;

3. Menerangkan peranan ICT dalam pembelajaran tutorial, pembelajaran penerokaan, alat aplikasi dan alat pemudah komunikasi;

4. Menjelaskan peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran;

5. Memahami kategori dan elemen multimedia serta aplikasinya dalam aplikasi pembelajaran multimedia;

6. Membincangkan konsep hipermedia dan hiperteks dalam pembelajaran multimedia;

7. Menjelaskan definisi dan rangkaian internet; dan

8. Menghuraikan kepentingan penggunaan Internet dalam pengajaran dan pembelajaran

Page 3: 03095703Topik8PenggunaanTeknologiMaklumatdanKomunikasiICTMultimediadanInternetdalamPengajarandanPembelajaran

TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT),

MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

100

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

Kenyataan bahawa ilmu pengetahuan era kini tidak lagi diberi tetapi diterokai menjadi lebih relevan dengan perubahan arus pendidikan kepada suasana pembelajaran era globalisasi. Pembelajaran secara penerokaan kendiri memungkinkan informasi bergerak tanpa had dan sempadan. Malah kebaikan utamanya juga dapat dilihat menerusi keupayaannya berkomunikasi secara interaktif melalui akses secara maya (Peat dan Fernandez, 2000). Capaiannya yang hanya di hujung jari untuk merentas dunia global dalam pencarian ilmu ini dilihat mampu memberikan sumbangan yang cukup besar kepada pembelajaran secara aktif dan efektif (Mohd Sarif et. al, 1999). Kelebihannya secara bersepadu mampu membekalkan integrasi sumbar dan penstrukturan kegiatan yang menyokong pembelajaran (Kozma, 2000).

8.1.1 Definisi ICT

Terdapat pelbagai definisi yang cuba menjelaskan istilah, fungsi serta peranan yang dimainkan oleh ICT dalam masyarakat. Berikut adalah beberapa definisi ICT.

Di dalam konteks pembelajaran, ICT memainkan peranan yang penting. Ianya mampu dilihat berdasarkan keperluan berikut:

Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pengajaran.

Memberi peluang pembelajaran yang sekata kepada semua pelajar yang mempunyai pelbagai keupayaan.

8.1

Senn (1998) Teknologi maklumat dan komunikasi merangkumi pelbagai teknologi yang disepadukan untuk memperolehi, menyimpan dan menyebarkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, audio, animasi dan sebagainya menggunakan alat-alat elektronik.

Abd. Razak et al., (2000) Teknologi maklumat merangkumi apa jua alatan elektronik yang membenarkan pengguna menyimpan, menghubung, memproses, mencipta dan menyampaikan maklumat.

Page 4: 03095703Topik8PenggunaanTeknologiMaklumatdanKomunikasiICTMultimediadanInternetdalamPengajarandanPembelajaran

TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT), !

MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

101

Meningkatkan motivasi pelajar.

Membolehkan pembelajaran bersendiri (individual learning).

Membolehkan pelajar mengakses maklumat yang sukar diperolehi.

Membolehkan pelajar mengumpul maklumat dengan mudah dan pantas.

Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.

Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar.

Memberi peluang kepada pelajar untuk belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum.

Meningkat kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi.

8.1.2 Peranan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran membawa pengertian menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran boleh dikategorikan sebagai:

Tutorial

Penerokaan (eksploratori)

Aplikasi

Komunikasi

8.1.2.1 ICT untuk Pembelajaran Tutorial

Merupakan proses penyampaian kandungan pelajaran berdasarkan urutan tertentu. Ianya merangkumi:

Bagaimanakah agaknya ICT dapat membantu dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran?

SEMAK KENDIRI 8.1

Page 5: 03095703Topik8PenggunaanTeknologiMaklumatdanKomunikasiICTMultimediadanInternetdalamPengajarandanPembelajaran

TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT),

MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

102

Pembelajaran ekspositori.

Demonstrasi yang ditunjuk dan dikawal urutannya.

Latihan dan latih tubi yang turut dikawal oleh sistem. Kaedah Perlaksanaan Komputer dan perisian pendidikan (sama ada dalam CD-ROM, cakera keras atau laman web) merupakan alatan terpenting. Kaedah pengajaran berteraskan Computer Assisted Instruction (CAI), Intelligent Computer Assisted Instruction digunakan untuk menggambarkan penggunaan alatan tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran. Perisian pendidikan seharusnya bercirikan kecerdasan dan berupaya menyesuaikan maklumat yang disampaikan dengan kemampuan dan keperluan pelajar. Perisian pendidikan seharusnya komponen-komponen seperti Mempersembahkan, maklumat, Membimbing, Menyedia/memberikan latihan dan Menilai pencapaian. Kelebihan dan Keburukan Penggunaan ICT untuk Pembelajaran Tutorial Kelebihan

Mewujudkan konsep pembelajaran individu.

Pelajar akan belajar mengikut kemampuan sendiri.

Meningkatkan motivasi pelajar.

Proses pembelajaran berjalan tanpa penyeliaan atau penyeliaan minimum. Keburukan

Kesilapan pemilihan perisian yang bermutu mengakibatkan pembaziran.

Menghalang penggunaan kemudahan alatan ICT yang lebih produktif.

Menjurus ke arah penyalahgunaan kemudahan ICT.

Mengakibatkan lebih banyak masa diperlukan oleh pelajar di dalam mempelajari sesuatu.

Page 6: 03095703Topik8PenggunaanTeknologiMaklumatdanKomunikasiICTMultimediadanInternetdalamPengajarandanPembelajaran

TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT), !

MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

103

8.1.2.2 ICT untuk Pembelajaran Penerokaan (Exploratory)

Merupakan kaedah di mana pelajar mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM mahupun Internet dan mengalami, mempelajari serta mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi. Pembelajaran berbentuk inkuari penemuan dan lebih menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar serta simulasi. Pelajar mampu mengawal dan menentukan maklumat yang diterima. Kaedah Perlaksanaan Perlaksanaannya berdasarkan pendekatan konstruktivis yang memberi penekanan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran yang autentik dan pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial. Selain daripada mengakses maklumat terus dari Internet, maklumat juga boleh diperolehi dari CD-ROM dan pelbagai pangkalan data yang berkaitan. Guru perlu bijak mengawal masa kerana proses penerokaan mungkin berlarutan dan memakan masa yang panjang. Kelebihan dan Keburukan Penggunaan ICT untuk Pembelajaran Penerokaan Kelebihan

Memberi peluang kepada pelajar menentukan sendiri haluan dan gaya pembelajaran masing-masing.

Penglibatan sepenuhnya (aktif) dari pelajar dalam pembelajaran

Memberi peluang kepada pelajar untuk menangani masalah sebenar.

Menerapkan teori pembelajaran moden seperti konstruktivis dan kecerdasan pelbagai dalam proses pembelajaran.

Keburukan

Pelajar berkemungkinan sesat dan hilang haluan tanpa pengawasan yang baik.

Mengakibatkan lebih banyak masa diperlukan oleh pelajar di dalam mempelajari sesuatu.

Page 7: 03095703Topik8PenggunaanTeknologiMaklumatdanKomunikasiICTMultimediadanInternetdalamPengajarandanPembelajaran

TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT),

MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

104

8.1.2.3 ICT sebagai Alat Aplikasi

ICT dikategorikan sebagai alat aplikasi apabila ia membantu pelajar melaksanakan tugasan pembelajaran dan bukannya sebagai mekanisma penyaluran maklumat pengajaran dan pembelajaran. Computer Aided Design (CAD) merupakan alat aplikasi yang mampu digunakan untuk membantu pelajar melaksanakan aktiviti pembelajaran. Kaedah Perlaksanaan Menerusi bantuan aplikasi ini pelajar akan dapat memberikan tumpuan dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran yang autenik. Situasi pembelajaran sebegini juga mampu mewujudkan pengoperasiaan teori pembelajaran sosio-budaya (socio-cultural learning). Pelajar akan saling berinteraksi sesama mereka di dalam membangunkan kemahiran kognitif, metakognitif, bertutur dan bekerjasama (Brown, 1994). ICT mampu menjadi alat yang ideal untuk digunakan untuk tugas yang tidak autentik (mengklasifikasi dan menyisihkan data yang banyak) manakala pelajar boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas yang autenik (melihat dan memikirkan trenda dalam data tersebut). Kelebihan dan Keburukan Penggunaan ICT untuk Pembelajaran Penerokaan Kelebihan

Pelajar mampu memberikan tumpuan di dalam aktiviti pembelajaran asli.

Guru boleh mengemukakan masalah yang akan mencabar minda pelajar.

Pelajar akan dapat meningkatkan tahap kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran mereka.

Keburukan

Tanpa penerangan dan pengawasan yang baik dari guru, pelajar berkemungkinan untuk gagal dalam proses pembelajaran mereka.

Pelajar yang pelbagai kecerdasan sukar untuk di disatukan.

Masa yang diperlukan bagi suatu proses pembelajaran mungkin sukar untuk dikawal.

Page 8: 03095703Topik8PenggunaanTeknologiMaklumatdanKomunikasiICTMultimediadanInternetdalamPengajarandanPembelajaran

TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT), !

MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

105

8.1.2.4 ICT sebagai Alat Pemudah Komunikasi

Pelajar dan guru dari lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dengan pelbagai bentuk dan format. Ianya mampu dilaksanakan dengan teknik seorangan/sendirian, teknik seorang kepada seorang, teknik seorang kepada ramai dan teknik ramai kepada ramai. Kaedah Perlaksanaan Kebolehan komunikasi global melalui ICT membolehkan pelajar bertukar maklumat dengan sesiapa sahaja di dunia. Pengalaman pembelajaran secara kolaboratif ini berupaya membuka minda pelajar serta menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Kelebihan dan Keburukan Penggunaan ICT untuk Pembelajaran Penerokaan Kelebihan

Mampu melaksanakan pembelajaran kolaboratif.

Mampu meningkatkan penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran melalui peer group yang bersifat global.

Mampu berkomunikasi terus dengan pakar dari serata dunia. Keburukan

Pelajar dikhuatiri akan leka berkomunikasi sesama mereka tanpa memberikan perhatian terhadap objektif pembelajaran mereka.

Kos pembelajaran yang tinggi.

Masa yang diperlukan bagi suatu proses pembelajaran lama dan mungkin membosankan.

8.1.3 Pendekatan Persekitaran ICT

ICT memberikan kebebasan sepenuhnya kepada pelajar untuk menentukan gaya pembelajaran mereka sekaligus mengetengahkan konsep pembelajaran Âbelajar melalui membuatÊ (learning by doing) dan perseorangan (individual). Budaya pembelajaran yang dipersembahkan juga bersimulasikan keadaan autentik, menekankan perasaan ingin tahu pelajar, merayau dan menjelajah,

Page 9: 03095703Topik8PenggunaanTeknologiMaklumatdanKomunikasiICTMultimediadanInternetdalamPengajarandanPembelajaran

TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT),

MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

106

kreatif serta selamat dalam pemilihan bahan pembelajaran terbaik menerusi maklum balas dan pantauan dari pakar. Pendidik juga boleh berkomunikasi dengan pelajar secara sinkroni atau asinkroni di samping mampu mengubahsuai, pinda dan mengehadkan capaian kepada pangkalan pengetahuan kepada pelajarnya. Hakikatnya, kemajuan dalam ICT akan mempengaruhi amalan pengajaran dan pembelajaran, latihan, prestasi dan pembinaan pengetahuan sekaligus memberikan kesan yang positif terhadap amalan pembelajaran pelajar. Selain daripada itu, ICT juga akan dapat ditambah baikkan lagi dengan penyepaduannya dengan rangka pengajaran berteraskan multimedia. Menerusi pergabungan elemen-elemen multimedia, ianya diyakini akan dapat meningkatkan prestasi dan motivasi pelajar di dalam pembelajaran mereka. Malah dengan pengenalan Internet dan WWW yang menjadi tulang belakang kepada lambakan maklumat memastikan pembelajaran yang dijalankan benar-benar bermutu dan efektif.

MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN

Perkembangan teknologi multimedia dewasa ini telah menyaksikan penerimaannya secara meluas di dalam bidang pendidikan (Ginsberg et. al, 1988). Penerapannya menerusi web di dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga telah diterima sebagai unsur terpenting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Jamalludin dan Zaidatun, 2003). Malah

8.2

1. Apakah kebaikan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran?

2. Nyatakan empat kategori di mana ICT digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

3. Huraikan kelebihan menggunakan ICT bagi keempat-empat

LATIHAN 8.1

Apakah perbezaan di antara multimedia dan internet?

SEMAK KENDIRI 8.2

Page 10: 03095703Topik8PenggunaanTeknologiMaklumatdanKomunikasiICTMultimediadanInternetdalamPengajarandanPembelajaran

TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT), !

MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

107

pengintegrasian kedua-dua teknologi ini dilihat sebagai pemangkin kepada pendidikan yang lebih cemerlang (Rozhan dan Mohd Nain, 1998). Ini dapat dilihat menerusi kecanggihan serta kemampuannya menyampaikan sesuatu maklumat secara tepat, cepat dan menarik di dalam mewujudkan satu senario belajar yang lebih berkesan dan menyeronokkan (Lili, 1996). Sistem multimedia juga berupaya menyediakan keadaan yang hamper sama dengan pembelajaran dunia sebenar kerana sistem ini mampu merangsang pengalaman pelbagai deria yang beroperasi secara serentak atau sekaligus.

8.2.1 Definisi Multimedia

Terdapat pelbagai definisi yang telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh multimedia.

Gary dan Jean (1997) memberikan definisi yang dikemukakan oleh Schurman (1995).

Hakikatnya kesemua definisi ini mempunyai empat komponen utama iaitu:

Pertama, komputer dijadikan alat untuk mengkoordinasikan apa yang dilihat, didengar dan seterusnya berinteraksi dengannya.

Kedua, perlunya hubungan untuk menghubungkan kesemua maklumat.

Ketiga, alat perhubungan diperlukan untuk maklumat jaringan.

Keempat, terdapat kaedah untuk mengumpul, memproses dan mengkomunikasikan segala idea dan maklumat.

Hofstetetter (1995) Multimedia bermaksud integrasi elemen teks, audio, grafik, animasi dan video yang menggunakan komputer sebagai alat kawalan persembahan untuk membolehkan pengguna mengarah, berinteraksi, mereka cipta dan berkomunikasi agar proses pembelajaran menjadi lebih berkesan.

Schurman (1995) Multimedia ialah kombinasi manipulasi, penggabung jalin dan pengintegrasian media seperti teks, grafik, animasi, audio dan video dalam suatu perisian yang direka bentuk di dalam meningkatkan interaksi antara pengguna dan komputer.

Page 11: 03095703Topik8PenggunaanTeknologiMaklumatdanKomunikasiICTMultimediadanInternetdalamPengajarandanPembelajaran

TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT),

MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

108

8.2.2 Peranan Multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Secara ideal, tujuan penggunaan multimedia adalah untuk menambahbaikkan keadaan pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan. Di dalam konteks ini, beberapa pandangan tentang peranan multimedia dalam pendidikan turut diutarakan.

Jamalludin dan Zaidatun (2000) Menerusi multimedia, dokumen dapat dihubungkan secara global. Ianya dapat dilihat menerusi formatnya yang interaktif dan merangsangkan, komunikasi maklumatnya yang efektif, pengekalan informasinya yang berkesan, pemudah cara dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta membenarkan pelajar belajar mengikut kehendak mereka sendiri

Kurshan (1991) Kelebihan dan keberkesanan aplikasi multimedia dalam pendidikan juga turut dapat dilihat berdasarkan peningkatan motivasi pelajar, reka bentuk pembelajaran yang menepati cita rasa pelajar, sumber maklumat yang multisensori, menggalakkan kebolehan metakognisi pelajar, mewujudkan proses pembelajaran yang aktif serta susunan dan gaya pembelajaran yang ditentukan sendiri oleh pelajar.

McGloughlin (1997) Pengintegrasian multimedia di dalam pembelajaran berasaskan web mampu meningkatkan minat pelajar, mengurangkan masa bagi menguasai aplikasi, kos pembangunan yang rendah, meningkatkan keboleh capaian dan meningkatkan pemahaman dan pengekalan informasi dalam ingatan.

Kulik (1985) Penggunaan multimedia juga telah menurunkan purata masa pembelajaran secara berkesan sebanyak 80 peratus dan sekaligus meningkatkan tahap pencapaian pelajar

Page 12: 03095703Topik8PenggunaanTeknologiMaklumatdanKomunikasiICTMultimediadanInternetdalamPengajarandanPembelajaran

TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT), !

MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

109

Multimedia juga berperanan dalam mengekalkan daya ingatan pelajar seperti yang dilaporkan oleh Penyelidikan Teknologi Komputer (1993) (Rajah 8.1).

dengar sebut kombinasi

pelbagai

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

Pera

tus

baca lihat buat

Teknik Belajar

Rajah 8.1: Peranan multimedia (kombinasi pelbagai) terhadap peratus ingatan pelajar

8.2.3 Kategori/Elemen Multimedia

Teks Teks adalah perkataan yang boleh difahami oleh pengguna. Ia merangkumi elemen utama yang sering digunakan dalam aplikasi multimedia untuk menyampaikan sesuatu konsep atau mesej kepada pengguna. Teks merupakan media yang diperlukan sebagai unsur asas menu utama, sistem navigasi atau alat penyampaian sesuatu isi kandungan perisian. Perkembangan multimedia telah menjadi pencetus kepentingan teks dalam persembahan komputer. Hypertext Markup Language (HTML) telah dicipta untuk memaparkan dokumen teks mudah pada skrin komputer bagi tujuan Internet (WWW).

Page 13: 03095703Topik8PenggunaanTeknologiMaklumatdanKomunikasiICTMultimediadanInternetdalamPengajarandanPembelajaran

TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT),

MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

110

(a) Muka Taip, Font dan Ruang Putih Muka taip merupakan sekumpulan karakter grafik yang biasanya terdiri dalam pelbagai bentuk dan saiz. Contoh muka taip ialah Arial, Verdana, Times New Roman, Bookman Old Style dan sebagainya.

Font pula merupakan satu koleksi karakter yang mempunyai gaya serupa yang dimiliki oleh sekumpulan muka taip, berat dan gaya. Contoh font ialah tebal, italik, bergaris, garis luar, bayang dan sebagainya.

Ruang putih adalah ruang kosong yang memisahkan antara satu huruf dengan huruf di sebelah kanan, kiri, atas atau bawahnya pada teks.

Terdapat dua kaedah yang membolehkan ruang putih dikurangkan iaitu melalui leading dan kerning.

Leading ia adalah ruang putih antara baris (line spacing) dan biasanya boleh diubahsuai. Ia diukur dari atas ke bawah. Lebih besar leading, maka lebih banyak ruang putih dihasilkan.

Kerning ia adalah ruang putih antara huruf (letter spacing) dalam sesuatu perkataan. Dalam perisian desktop publishing, setiap font mempunyai kerning asas dan pengguna boleh menukarkannya untuk memperolehi paparan teks yang dikehendaki.

(b) Serif, Sans Serif dan Dekoratif

Serif merujuk kepada garisan atau lengkungan yang terdapat pada penghujung sesuatu karakter. Contoh muka taip serif ialah Times New Roman, New Century, Calisto MT, Bookman dan Lucida Console.

Sans serif bermakna font yang tidak mempunyai serif atau ÂtanpaÊ serif. Contoh muka taip sans serif ialah Arial, Haettenschweiler, Verdana, Century Gothic dan Tahoma.

Dekoratif pula merujuk kepada font yang mempunyai unsur-unsur sastera lama dan agak berbunga-bunga seperti tulisan zaman dahulu kala. Contoh muka taip dekoratif ialah Lucida Handwriting, Matisse ITC, Amazon, Vineta BT dan Monotype Corsiva.

(c) Panduan Penggunaan Teks

Terdapat beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi ketika menggunakan teks iaitu:

(i) Keseragaman bentuk dan format teks yang digunakan untuk aplikasi hendaklah seragam dan tidak terlalu pelbagai.

(ii) Jenis dan tulisan yang sesuai penggunaan jenis teks hendaklah sesuai dengan keperluan aplikasi. Contohnya: untuk aplikasi kanak-kanak, pembangun boleh gunakan tulisan jenis Comic Sans.

Page 14: 03095703Topik8PenggunaanTeknologiMaklumatdanKomunikasiICTMultimediadanInternetdalamPengajarandanPembelajaran

TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT), !

MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

111

(iii) Kebolehbacaan pastikan tulisan yang digunakan mudah dibaca dan tidak mengelirukan pengguna.

(iv) Pertimbangkan gaya dan warna pilih gaya bentuk tulisan yang sesuai serta gunakan warna yang seragam dan tidak kontra.

(v) Kekangan setiap jenis kenal pastikan terlebih dahulu kekangan dan masalah tulisan yang hendak digunakan. Padankan penggunaannya mengikut keperluan aplikasi.

Grafik Grafik adalah gambar atau ilustrasi dan tulisan. Untuk menghasilkan produk multimedia yang mudah digunakan dan menarik, pembangun perlu menekankan aspek rupa, bentuk dan persembahan setiap unsur grafik yang dimasukkan ke dalam perisian aplikasi tersebut. (a) Resolusi

Ia adalah darjah kualiti paparan grafik pada peranti output dan peranti input. Kategori resolusi adalah resolusi warna dan resolusi imej.

Resolusi Warna Ia juga dikenali sebagai resolusi bit atau kedalaman warna. Semakin tinggi bilangan bit warna yang dimiliki, semakin tinggi kualiti paparan grafik.

Resolusi Imej Ia merupakan bilangan piksel yang digunakan untuk mewakili grafik. Ia merujuk kepada lebar dan tinggi piksel grafik.

(b) Penggunaan Grafik dalam Aplikasi Multimedia

Grafik dan imej mempunyai banyak kegunaan dalam bidang multimedia seperti untuk:

(i) Mencipta latar belakang yang menarik.

(ii) Mempersembahkan data dan maklumat yang kompleks dengan lebih baik dan difahami.

(iii) Mengilustrasi prosedur-prosedur tertentu dan mengelakkan penggunaan klip gambar.

(iv) Meningkatkan konsep atau persembahan sesuatu isi penting, melalui penggunaan ikon bergambar.

(c) Format Utama Fail Imej Digital

(i) BMP (Bitmap) Fail grafik dalam format ini mempunyai fail yang besar kerana ia tidak melakukan proses pemampatan ke atas fail semasa proses penyimpanannya.

Page 15: 03095703Topik8PenggunaanTeknologiMaklumatdanKomunikasiICTMultimediadanInternetdalamPengajarandanPembelajaran

TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT),

MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

112

(ii) PICT Format fail ini sesuai untuk kerja-kerja persembahan, paparan pada skrin mahupun untuk kerja-kerja video digital. Ia juga boleh menyimpan fail grafik bitmap dan vektor.

(iii) GIF (Graphics Interchange Format) Format ini sering digunakan di dalam pembangunan laman web kerana ia menawarkan saiz fail yang lebih kecil berbanding format grafik yang lain.

(iv) JPEG (Joint Photographic Expert Group) Merupakan piawaian bagi mekanisma pemampatan fail grafik. Ia juga sesuai untuk gambar foto, hasil kerja seni dan sebagainya. Namun format ini kurang sesuai untuk huruf atau aksara.

(d) Sumber-sumber Grafik

(i) Pengimbas Ia digunakan untuk menukarkan imej kepada format digital, agar dapat digunakan pada komputer, boleh diubahsuai dan mampu disimpan serta dibuka semula.

(ii) Kamera Digital Kamera digital merakam gambar foto dan menyimpannya dalam bentuk digital agar dapat dipaparkan oleh komputer. Hasilnya menggunakan ruang storan yang lebih kecil dan memori dalaman untuk menyimpan dalam format digital.

(iii) Laman Web Dengan Enjin Carian Dengan menggunakan enjin pencari, pengguna boleh mendapatkan pelbagai jenis grafik mengikut kehendak mereka. Namun, perlu diingatkan bahawa isu hak cipta imej perlu diutamakan sebelum grafik boleh disalin atau dimuat turunkan.

Audio Audio adalah bunyi yang dapat didengar tetapi tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia. Ia telah menjadi elemen terpenting dalam menyampaikan mesej kepada pengguna. Penambahan audio dalam persembahan multimedia adalah satu cara berkesan untuk menarik minat penonton. Audio (suara latar) juga boleh dimasukkan ke dalam persembahan multimedia untuk menyampaikan maklumat atau mesej dan meningkatkan pemahaman terhadap kandungan.

Page 16: 03095703Topik8PenggunaanTeknologiMaklumatdanKomunikasiICTMultimediadanInternetdalamPengajarandanPembelajaran

TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT), !

MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

113

Penggunaan Audio dalam Aplikasi Multimedia Audio mampu menjadi daya penarik dan memberi keseronokan dalam sesuatu persembahan, kerana:

(i) Menarik perhatian

(ii) Mampu menarik dan menumpukan perhatian pengguna.

(iii) Meningkatkan pemahaman dan membantu pengguna mengingati mesej yang disampaikan

(iv) Ia mensimulasikan deria dalaman pengguna seterusnya menyampaikan mesej dalam bentuk yang lebih menarik.

(v) Dapat mempengaruhi emosi dan cara berfikir

(vi) Untuk mengilustrasikan idea yang kompleks dan dapat meningkatkan konsentrasi penonton.

(vii) Penggunaan Audio Dalam Aplikasi Multimedia Terdapat tiga cara utama penggunaan audio:

(i) Sebagai muzik latar belakang

Fail audio yang dimainkan akan mewujudkan mood untuk persembahan tersebut.

Akan menghasilkan keseronokan dan keinginan

(ii) Sebagai kesan bunyi

Bunyi akan memberi perhatian dan arahan kepada pengguna, pada butang dan transisi untuk menekankan pada perubahan skrin.

Kesan-kesan bunyi ini bersaiz kecil tetapi mempunyai kesan yang menarik.

(iii) Sebagai suara latar

Merupakan bahan sokongan penyampai.

Digunakan seminimum mungkin dalam persembahan kerana ianya boleh mengganggu.

Konsep Audio Analog dan Digital Audio analog ialah juga dikenali sebagai MIDI (Musical Instrument Digital Interface). Ia adalah isyarat elektronik yang membawa maklumat bunyi secara bersiri dan berterusan. Manakala audio digital pula ialah perwakilan sebenar bunyi yang disimpan dalam bentuk bit.

Page 17: 03095703Topik8PenggunaanTeknologiMaklumatdanKomunikasiICTMultimediadanInternetdalamPengajarandanPembelajaran

TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT),

MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

114

Jadual 8.1: Perbezaan Audio Analog dan Digital

Bil Audio Analog Audio Digital

1.

Bergantung kepada keupayaan dan kualiti alat muzik.

Bergantung kepada keupayaan sistem bunyi.

2.

Kualiti dimainkan semula (playback) kurang.

Kualiti dimainkan semula (playback) tinggi.

3.

Tidak boleh menghasilkan dialog percakapan.

Boleh merakamkan suara dan dialog.

4.

Saiz fail kecil. Saiz fail besar.

5.

Perlu kemahiran muzik dan membaca not muzik.

Tidak perlu kemahiran muzik untuk menghasilkannya.

6.

Sukar digunakan. Mudah digunakan.

7. Bukan fail digital. Merupakan fail digital.

8.

Digunakan apabila:

Saiz RAM kurang.

Saiz cakera keras kurang.

Tidak perlu sebarang dialog.

Digunakan apabila:

Cukup sumber komputer.

Saiz cakera keras besar.

Perlu tambahan fungsi dialog.

(a) Format Fail Audio

(i) MID, MIDI dan MFF (Musical Instrument Digital interface) MIDI adalah bahasa standard yang digunakan antara alatan muzik dan komputer. Fail-fail MIDI boleh dimainkan dengan Windows Media Player.

(ii) Wave (WAV) Format fail yang paling luas digunakan dan disokong sepenuhnya oleh sistem pengoperasian Windows.

(iii) MPEG Level 3 (MP3) MPEG (Motion Picture Expert Group) Level 3 merujuk kepada format fail audio yang semakin popular berdasarkan teknik pemampatan failnya yang baik.

(iv) Real Audio atau Real Media (.RA dan .RM) Format fail yang paling meluas digunakan bagi tujuan penyaluran audio melalui talian internet secara langsung.

Page 18: 03095703Topik8PenggunaanTeknologiMaklumatdanKomunikasiICTMultimediadanInternetdalamPengajarandanPembelajaran

TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT), !

MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

115

Animasi Animasi ialah satu proses menghidupkan atau memberikan gambaran bergerak kepada sesuatu yang statik agar ia kelihatan hidup dan dinamik. Dalam erti kata lain, animasi adalah turutan imej pegun yang disetkan dalam pergerakan. Ia adalah alatan unik untuk digunakan kerana ia dinamik dan memberi penonton ilusi pergerakan, hidup dan aksi dalam persembahan. Ia amat menyeronokkan untuk digunakan dan membantu menyampaikan mesej serius dalam kaedah yang lebih menarik. (a) Animasi dalam Aplikasi Multimedia

Animasi adalah elemen yang unik kerana ia adalah dinamik dan memberi penonton suatu ilusi bahawa terdapatnya pergerakan dan mood kepada sesuatu persembahan. Animasi boleh digunakan untuk menghasilkan satu keadaan yang merangsang dan menyeronokkan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Dalam aspek multimedia, animasi merupakan salah satu elemen yang mampu meningkatkan lagi daya tarikan sesebuah program atau perisian multimedia. Pengguna boleh gunakan animasi untuk mendemonstrasikan bahan secara visual kerana mereka mempunyai kawalan dalam setiap aspek animasi yang hendak dipaparkan.

(b) Animasi 2D

Animasi dua dimensi (2D) dikenali sebagai animasi linear. Ia merujuk kepada pergerakan objek yang mudah merentasi skrin sesebuah skrin paparan.

Terdapat dua kaedah utama di dalam membangunkan animasi 2D iaitu animasi sel dan animasi laluan.

(i) Animasi Sel Sel berasal daripada perkataan celluloid (helaian yang lutsinar) yang merujuk kepada lokasi atau helaian yang akan diletakkan objek atau watak yang hendak digerakkan.

Animasi sel adalah berdasarkan satu siri bingkai atau sel yang mana objeknya akan dilukis berulang kali bagi menghasilkan satu ilusi pergerakan telah berlaku.

(ii) Animasi Laluan Animasi laluan merupakan proses menggerakkan objek di sepanjang laluan yang telah ditetapkan pada skrin. Laluan tersebut mungkin boleh merupakan garisan lurus mahupun lengkungan.

Page 19: 03095703Topik8PenggunaanTeknologiMaklumatdanKomunikasiICTMultimediadanInternetdalamPengajarandanPembelajaran

TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT),

MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

116

Animasi laluan boleh dihasilkan dengan menggunakan perisian-perisian multimedia dengan hanya mengheret penunjuk tetikus pada skrin atau dengan menunjuk pada lokasi-lokasi yang dikehendaki.

(c) Animasi 3D

Animasi 3D membuatkan objek kelihatan lebih hidup (nyata) berbanding animasi 2D. Animasi 2D menyediakan kedalaman kepada imej-imej yang menggunakan paksi-paksi x dan y tetapi animasi 3D pula mempunyai tambahan paksi z kepada paksi x dan y untuk mewakili kedalaman imej yang terbabit.

Ini sekaligus menjadikan imej-imej bagi animasi 3D kelihatan seolah-olah lebih hidup berbanding imej-imej pada animasi 2D.

Terdapat lima proses utama yang terlibat dalam penghasilan animasi 3D:

Penghasilan Papan Cerita.

Permodelan.

Pencahayaan.

Pemetaan.

Rendering. Video Video adalah satu siri skrin yang memuatkan gambar-gambar yang diiringi bunyi-bunyian yang dimainkan pada kadar yang laju. Satu skrin diukur dalam kadar satu skrin per saat (frame per second fps). Memasukkan unsur video di dalam sebuah persembahan multimedia merupakan cara yang berkesan bagi menyampaikan maklumat dengan berkesan. (a) Video Analog dan Digital

(i) Video Analog Teknik atau kaedah penghantaran isyarat video yang diwakili oleh signal elektrik yang tidak menentu. Format awal bagi video analog pula ialah secara video komposit Format video komposit ini mempunyai kebanyakan ciri-ciri video yang asas seperti brightness, contrast, colour, sync dan sebagainya. Ia kemudiannya disatukan menjadi satu isyarat bagi tujuan penghantaran.

Disebabkan oleh kaedah secara komposit tersebut, video analog sering mengalami masalah-masalah apabila sering digunakan

Page 20: 03095703Topik8PenggunaanTeknologiMaklumatdanKomunikasiICTMultimediadanInternetdalamPengajarandanPembelajaran

TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT), !

MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

117

ataupun apabila disimpan dalam satu tempoh yang lama, seperti kecairan warna, gambar yang kurang jelas dan kejatuhan kualiti.

(ii) Video Digital Kelebihan utama video digital adalah kualitinya yang kekal sepanjang masa. Dengan menggunakan sistem komputer bersama-sama dengan perisian video digital yang tertentu, sesebuah klip video adalah lebih mudah untuk diubahsuai atau dipinda.

Video digital akan disimpan sebagaimana fail komputer yang lain. Ini bermakna ia boleh disalin tanpa perubahan kualiti.

Video digital menyediakan kemudahan capaian secara rawak (random access atau non-linear editing) dengan membenarkan arahan copy, cut dan paste serta unsur-unsur kesan khas dimasukkan ke dalamnya dengan mudah.

(b) Piawaian Pemampatan Video

(i) Motion JPEG Ia adalah piawaian yang dibina oleh Joint Photographic Experts Group (JPEG) berasaskan pemampatan pada imej yang statik. Motion JPEG mengandaikan setiap frame video sebagai imej statik.

(ii) MPEG Motion Picture Expert Group (MPEG) berfungsi berasaskan perbezaan antara frame dan ianya akan menghasilkan ratio pemampatan fail yang tinggi dan seterusnya menghasilkan saiz fail yang lebih kecil.

Terdapat beberapa kategori atau versi MPEG:

MPEG-1 Format yang digunakan dalam penghasilan Video CD (VCD).

MPEG-2 Format yang sering digunakan dalam DVD (Digital Versatile Disk).

AppleÊs Quick Time

Format ini mempunyai format sebagai struktur data bagi tujuan produksi dan mempunyai format yang padat (compact) bagi tujuan playback.

QuickTime menggunakan pemampatan jenis lossy yang mana ia mampu menghasilkan pemampatan fail dalam nisbah 5:1 sehingga 25:1.

Page 21: 03095703Topik8PenggunaanTeknologiMaklumatdanKomunikasiICTMultimediadanInternetdalamPengajarandanPembelajaran

TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT),

MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

118

Ia merupakan format fail yang dikenali oleh sistem pengoperasian dan boleh dipinda atau disalin antara aplikasi semudah penyalinan grafik atau teks.

Hipermedia dan Hiperteks Hiperteks diperkenalkan oleh Ted Nelson dalam tahun 1974. Ianya dapat diertikan sebagai dokumen tanpa urutan yang terdiri daripada teks, audio dan maklumat visual yang disimpan dalam komputer. Hiperteks disusun dalam keadaan tidak linear bagi membolehkan pengguna melayari bahan tersebut berdasarkan hubungan perkaitan antara teks (Spiro dan Jehng, 1990). Hipermedia merupakan media berpautan atau kombinasi media. Ianya merujuk kepada perisian komputer yang mengintegrasikan elemen teks, grafik, animasi, video dan audio yang saling berhubungan dalam proses pengaksesan maklumat. Pengguna bebas memilih laluannya mengikut gaya pemikiran dan pemprosesan maklumat kerana ianya menyediakan suasana yang interaktif. Maklumat dipisahkan kepada unit-unit kecil dan mampu dihubungkan dengan pelbagai cara seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.2.

1

2

4

5

6

8

7 3

1

2

4

5

6

8

7 3

Rajah 8.2: Konsep laluan menerusi konsep hiperteks

Hipermedia mempunyai kebaikan dan kekurangannya yang tersendiri. Antara kelebihan yang dimiliki ialah sifatnya yang menarik dan mampu menarik penglibatan dan minat pelajar. Maklumat dapat dihubungkan daripada pelbagai sumber media, dan mempunyai struktur jaringan yang mampu mengarahkan maklumat mengikut minat dan keperluan pelajar. Hipermedia

Page 22: 03095703Topik8PenggunaanTeknologiMaklumatdanKomunikasiICTMultimediadanInternetdalamPengajarandanPembelajaran

TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT), !

MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

119

juga adalah hasil reka cipta guru dan pelajar. Oleh itu pembangunan perisian adalah mengikut idea asal mereka sendiri. Namun, pelajar mungkin hilang arah. disebabkan kurangnya arahan semasa meneliti perisian tersebut. Pelajar juga mungkin gagal menentukan maklumat terbaik bagi pembelajaran mereka. Perisian yang terlalu canggih dan kompleks juga akan mengeliru dan membebankan pelajar. Tambahan pula, perisian bersifat tidak linear ini memerlukan lebih masa untuk pelajar mencapai objektifnya.

INTERNET DALAM PENDIDIKAN

8.3.1 Definisi Internet

Internet merupakan satu sistem jaringan rangkaian komputer antarabangsa yang meliputi seluruh dunia. Di bawah adalah salah satu daripada takrifan internet yang telah dikemukakan oleh Rochester (1998). World Wide Web (WWW) pula merupakan sub set kepada sistem internet. WWW merupakan perkhidmatan internet yang menghubungkan tapak-tapak

8.3

Rochester (1998)

Internet berfungsi untuk memudahkan perkhidmatan komunikasi data yang luas termasuk mel-elektronik, program pemindahan data dan fail, kumpulan perbincangan dan kumpulan perbualan.

1. Apakah yang didefinisikan dengan multimedia?

2. Huraikan dengan jelas kesemua kategori/elemen multimedia.

3. Terangkan pengertian hipermedia dan hiperteks.

LATIHAN 8.2

Sekiranya internet digunakan di dalam proses pembelajaran, adakah ianya dapat meningkatkan motivasi pelajar dalam belajar?

SEMAK KENDIRI 8.2

Page 23: 03095703Topik8PenggunaanTeknologiMaklumatdanKomunikasiICTMultimediadanInternetdalamPengajarandanPembelajaran

TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT),

MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

120

yang berada di seluruh dunia melalui dokumen hiperteks. Penggunaan internet bergantung kepada dua tatacara atau protokol utama: Alamat Protokol Internet (IP) menggunakan sistem komunikasi berdasarkan nombor kepada setiap alamat yang terdiri dari kombinasi nama akaun pengenalan diri pengguna (user id) dan nama pendaftaran internet komputer (host name). Sumber Lokasi Uniform (URLs) bermula dengan prefiks HTTP (HyperText Transfer Protocol) yang merupakan standard internet di dalam menentukan bagaimana mesej dihantar dan bertindak balas.

8.3.2 Rangkaian Internet

WAN (Wide Area Network) Merupakan rangkaian komputer yang menghubungkan beberapa komputer dalam sesebuah institusi dan meliputi antara satu sama lain seperti Rajah 8.3.

Rajah 8.3: WAN (Wide Area Network)

LAN (Local Area Network) Merupakan rangkaian jaringan setempat yang menghubungkan beberapa komputer dalam sesuatu kawasan terhad seperti Rajah 8.4. Ianya bergantung kepada sebuah komputer pusat yang dikenali sebagai server dan router.

LAN

Tulang Belakang Kuasa Tinggi

LAN LAN

LAN LAN

LAN

PC PC PCPC PC PC

LAN (Local Area Network)

LAN (Local Area Network)

Hubungan kepada dunia luar

Page 24: 03095703Topik8PenggunaanTeknologiMaklumatdanKomunikasiICTMultimediadanInternetdalamPengajarandanPembelajaran

TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT), !

MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

121

Rajah 9.4: LAN (Local Area Network)

INTRANET Merupakan rangkaian dalaman yang berperanan sebagai penghubung bagi sesebuah kumpulan kerja yang menggunakan pelbagai pengantara komputer pada lokasi yang berjauhan. Mempunyai dinding api (firewall) yang melindungi sistem agar pengguna luar tidak dapat mengakses rangkaian tersebut seperti Rajah 8.5.

Rajah 9.5: INTRANET

Pelajar

PC PC PC

PC

PC

PC

LAN (Local Area Network)

INTERNET

Pelajar

PelajarPelajar

LAN(Local Area Network)

PC

PC

PC

PC

PCPC

Intranet

PC

PC

PC PC PC

PC

InternetDinding api

Page 25: 03095703Topik8PenggunaanTeknologiMaklumatdanKomunikasiICTMultimediadanInternetdalamPengajarandanPembelajaran

TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT),

MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

122

8.3.3 Internet dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Sumber Statik Maklumat

Kaedah yang digunakan untuk mencari sumber-sumber yang diperlukan untuk tujuan pengajaran.

Ianya bersifat statik dengan mengaplikasikan sumber sedia ada. Contohnya penggunaan kemudahan perpustakaan atau pusat sumber kurikulum.

Penggunaan Interaktif Dinamik

Internet digunakan untuk menggalakkan suasana dialog antara pelbagai pihak yang berlainan yang merupakan komponen penting.

Ianya bersifat dinamik memandangkan pengetahuan hanya akan terhasil apabila dialog antara individu dilaksanakan.

Bilik Darjah ke Bilik Darjah

Kesemua individu di dalam bilik darjah akan bekerjasama secara dinamik bagi menyempurnakan suatu tugasan.

Organisasi popular yang mempromosikan projek sebegini adalah Pendidikan Antarabangsa dan Rangkaian Sumber.

Individu ke Individu

Merupakan satu lagi bentuk dinamik penggunaan interaktif menerusi perhubungan individu ke individu melalui mel-elektronik.

Pelajar dan guru boleh bertukar-tukar maklumat serta pengetahuan tentang bidang yang diminati.

Individu/Bilik Darjah kepada Dunia

Pelajar dan guru mampu mengendalikan tinjauan menerusi listservs atau newsgroup yang terdapat dalam internet.

Penyelesaian Masalah

Internet mampu bertindak sebagai suasana penyelesaian masalah bagi tujuan pembelajaran.

Menerusi perisian tertentu pengguna internet mampu mengubah simpanan fail di dalam sesebuah laman web.

Page 26: 03095703Topik8PenggunaanTeknologiMaklumatdanKomunikasiICTMultimediadanInternetdalamPengajarandanPembelajaran

TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT), !

MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

123

Topik ini mengemukakan konsep-konsep asas ICT, multimedia dan internet, memberikan anda gambaran teknikal tentang fungsinya, serta aplikasi ketiga-tiganya di dalam pengajaran dan pembelajaran seni visual di sekolah. Anda haruslah bersedia untuk menggunakan teknologi moden dalam proses pengajaran kerana teknologi ini semakin berkembang. Walaupun penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi masih agak terbatas di sekolah, namun tidak mustahil suatu hari nanti sekolah di Malaysia akan dilengkapi dengan alat bantu mengajar yang serba canggih yang mampu memberi peningkatan menakjubkan di dalam kualiti pembelajaran pelajar-pelajar.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan internet?

2. Apakah yang dimaksudkan dengan LAN, WAN dan INTRANET?

3. Apakah sumbangan internet dalam pengajaran dan pembelajaran?

LATIHAN 8.3