Upload
lamdung
View
228
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
1) Mengenal Pasti Keistimewaan Anak Anda
Ibu bapa haruslah mengenalpasti keistimewaan
yang terdapat pada anak anda supaya pemikiran mereka akan
berkembang atas keiistimewaan yang mereka miliki.
2) Biarkan Mereka
Setiap anak mempunyai impian mereka masing-masing. Biarkan mereka menjadi apa sahaja yang
mereka ingin menjadi. Anda janganlah cuba untuk
membentuk mereka mengikut pemahaman anda. Anak anda
tidak perlu melakukan apa yang anda lakukan dalam hidup anda.
3) Beri Mereka Kasih Sayang ‘Sebenar’
Kasih sayang sebenar ialah anda seharusnya lakukan perkara yang diperlukan sahaja untuk anak anda bukan memenuhi
semua permintaan anak anda.
4) Jangan Menekan Mereka Sewaktu Pembesaran Mereka
Kanak-kanak tetap kanak-kanak. Anda tidak perlu tergesa-gesa
untuk membuat mereka menjadi seorang dewasa kerana anda tidak dapat kembalikannya
semula nanti. Oleh itu, janganlah anda menekan mereka
dang mengharapkan mereka berkelakuan seperti orang
dewasa.
5) Gunakan Masa Untuk Belajar, Bukan Mengajar
Apabila anak anda datang kepada anda, ia adalah masa untuk belajar bukan untuk mengajar. Bersama dengan anak tanpa anda sedari anda
ketawa, bermain, menyanyi dan anda melakukan semua perkara
yang perlu dilakukan. Dengan ini, ia akan mengajar anak anda tentang kehidupan sebenar.
6) Memupuk Semangat Kerohanian Mereka
Sifat ini boleh dipupuk sama ada melalui ibubapa, guru-guru,
media sosial dan sebagainya. Ibu bapa haruslah memupuk
sifat kerohanian pada diri anak-anak mereka untuk membentuk keperibadian yang tinggi dalam
diri anak anda.
7) Menyediakan Suasana Yang Menyokong Dan
Penyayang
Anda mestilah mewujudkan suasana yang meriah dan penuh
kasih sayang. Jika anda menetapkan satu contoh atau
suasana ketakutan dan kebimbingan, bagaimana nanti akan kehidupan mereka? Jadi,
anda mestilah menyediakan suasana yang menyokong dan
penyayang.
8) Mengekalkan Hubungan Mesra
Ibu bapa haruslah menghentikan pelaksanaan diri
pada anak-anak dan mewujudkan persahabatan yang kuat
daripada menjadi seorang bos. Jangan hanya mengarahkan
mereka. Letakkan diri anda di bawah mereka supaya mudah bagi mereka untuk bercakap
dengan anda.
9) Elakkan Mencari Hormat
“Anda mesti menghormati saya”! Dalam konteks ini, ibubapa haruslah mengelakkan diri
saripada sifat begitu untuk mengelakkan anak daripada
merasa diri seperti dikongkong. Cinta adalah apa yang ibubapa harus dapatkan daripada anak-
anak.
10) Menjadikan Diri Anda Tertarik
Anak-anak mudah dipengaruhi oleh banyak perkara seperti TV,
jiran, guru, sekolah dan sekelilingnya. Dia akan pergi dengan cara apa sahaja yang
membuat mereka tertarik. Jadi, anda perlu membuat diri anda dengan perkara yang paling
menarik supaya anak sentiasa bersama dengan anda.
TERIMA KASIH