13105617Topik10LukisanBerkaitanElektrik

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/13/2019 13105617Topik10LukisanBerkaitanElektrik

    1/11

  • 8/13/2019 13105617Topik10LukisanBerkaitanElektrik

    2/11

    TOPIK 10 LUKISAN BERKAITAN (ELEKTRIK) 177

    (a) Simbol AsasRajah 10.1 dan Rajah 10.2 menunjukkan simbol asas bagi alat tambah danalat lengkap elektrik. Simbol-simbol ini digunakan dalam litar pendawaiandomestik bagi menunjukkan kedudukan poin-poin keluar punca elektrikdengan alat tambah dan alat lengkap elektrik.

    Rajah 10.1: Simbol alat tambah dan alat lengkap elektrik(Sumber:Mohd Noh Sarip. (2003). Lukisan Kejuruteraan Tingkatan 5. Kuala

    Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka)

    AKTIVITI 10.1

    Apakah fungsi badan yang mengawal selia bekalan tenaga elektrik diMalaysia? Bincangkan.

  • 8/13/2019 13105617Topik10LukisanBerkaitanElektrik

    3/11

    TOPIK 10 LUKISAN BERKAITAN (ELEKTRIK)178

    Rajah 10.2: Simbol alat tambah dan alat lengkap elektrik (samb.)(Sumber:Mohd Noh Sarip. (2003). Lukisan Kejuruteraan Tingkatan 5. KualaLumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka)

    (b) Alat TambahAlat tambah bermaksud keperluan pendawaian seperti siling ros, soketkeluar, palam, pemegang lampu dan kotak fius agihan. Simbol bagi alattambah elektrik ditunjukkan dalam Rajah 10.1 dan Rajah 10.2.

    (c) Peralatan ElektrikPeralatan elektrik seperti penyaman udara, dapur elektrik, kipas siling,kipas ekzos, poin pemanas air, unit kawalan pemasak dinamakan sebagaialat lengkap elektrik. Simbol bagi alat lengkap elektrik ditunjukkan padaRajah 10.1 dan Rajah 10.2.

  • 8/13/2019 13105617Topik10LukisanBerkaitanElektrik

    4/11

    TOPIK 10 LUKISAN BERKAITAN (ELEKTRIK) 179

    LUKISAN LITAR PENDAWAIANDOMESTIK

    Lukisan pendawaian domestik ialah lukisan yang menunjukkan susun atursimbol piawai alat tambah dan alat lengkap elektrik pada plan lantai bangunan.Kedudukan sebenar alat tambah dan alat lengkap di tapak bina adalah

    berpandukan kepada kedudukan simbol pada plan bentangan.

    (a) Rajah BlokLukisan rajah blok ialah lukisan yang mewakili litar atau peranti dalamsistem bekalan tenaga elektrik. Ia dilukis secara blok segi empat dan

    berlabel. Anak panah digunakan untuk menunjukkan urutan aliran. Rajah10.3 menunjukkan rajah blok lukisan elektrik.

    Rajah 10.3:Rajah blok lukisan elektrik(b) Lukisan Skematik

    Lukisan skematik ialah lukisan litar elektrik yang dilukis dalam bentuksimbol piawai komponen. Ia menunjukkan aliran bagi kendalian sesuatulitar, dimana simbol-simbol komponen tersebut dihubungkan dengangarisan lurus bagi membentuk sambungan litar lengkap. Rajah 10.4menunjukkan litar skematik kawalan utama pengguna.

    Rajah 10.4:Litar skematik kawalan utama pengguna

    10.2

    AKTIVITI 10.2

    Bincangkan keperluan pendawaian industri kecil dan sederhana.

  • 8/13/2019 13105617Topik10LukisanBerkaitanElektrik

    5/11

    TOPIK 10 LUKISAN BERKAITAN (ELEKTRIK)180

    (c) Menterjemah Lukisan SkematikMerujuk kepada Rajah 10.4, ia diterjemahkan seperti berikut:

    (i) Fius pemutus dan perangkai neutral;

    (ii) Meter kWj;

    (iii) Suis utama;

    (iv) Pemutus litar bocor ke bumi kendalian arus; dan

    (v) Kotak agihan.

    LUKISAN PENDAWAIAN

    Terdapat dua jenis lukisan pendawaian iaitu lukisan pendawaian bentangan

    domestik (plan bentangan domestik) dan lukisan pendawaian bentanganindustri (plan bentangan industri). Plan bentangan domestik menunjukkanlokasi aksesori pendawaian dan alat kelengkapan serta suis kawalan di dalam

    bangunan atau rumah kediaman. Kedudukan simbol dan susun atur mengikutketetapan dan peraturan Suruhanjaya Tenaga. Satu lagenda disertakan bagimenunjukkan lokasi dan alat lengkap. Rajah 10.5 menunjukkan satu plan

    bentangan domestik rumah kediaman satu tingkat.

    Rajah 10.5:Plan bentangan domestik rumah satu tingkat

    10.3

    AKTIVITI 10.3

    Lakarkan plan bentangan rumah anda serta lukiskan pendawaianelektriknya.

  • 8/13/2019 13105617Topik10LukisanBerkaitanElektrik

    6/11

    TOPIK 10 LUKISAN BERKAITAN (ELEKTRIK) 181

    (a) Melukis Rajah Skematik PendawaianLukisan bentangan domestik mestilah dilukis dengan segala maklumatyang lengkap seperti berapa jumalah poin keluar lampu dan poin keluar

    kuasa. Lazimnya satu plan bentangan domestik mengandungi lagenda bagimenunjukkan kedudukan dan susun atur semua alat lengkap dan alatlengkap elektrik. Merujuk Rajah 10.5 lagenda bagi pelan domestik adalahseperti dalam Jadual 10.1.

    Jadual 10.1:Lagenda bagi Plan Bentangan DomestikBil Tempat Alat Tambah dan Alat Lengkap Elektrik1. Anjung Lampu kalimantang bulat dengan suis dua hala.

    Satu di anjung dan satu di ruang tamu.

    Satu unit lampu sorot.

    2. Ruang Tamu Satu unit lampu candelier,

    Satu unit loceng elektrik,

    Satu unit kotak agihan,

    Satu unit soket TV,

    Satu unit soket telefon,

    3. Bilik Tidur Utama Satu unit penghawa dingin,

    Satu unit lampu kalimantang kembar,

    Satu unit soket 13A.

    4. Bilik Air 1 Satu unit poin pemanas air,

    Satu unit lampu glob dikawal oleh suis dua hala.

    Satu di bilik tidur utama dan satu di bilik tidur 1.

    5. Bilik Tidur 1 Satu unit kipas dinding,

    Satu unit lampu dinding.

    6. Ruang Makan Satu unit lampu kalimantang kembar,

    Satu unit kipas siling.

    7. Dapur Satu unit lampu kalimantang kembar,

    Satu unit kawalan pemasak,Satu unit kipas ekzos.

    8. Bilik Tidur 2 Satu unit lampu dinding kembar,

    Satu unit kipas dinding,

    Satu unit lampu kalimantang dinding.

    9. Bilik Air 2 Satu unit lampu dinding kembar.

    10. Teres Satu unit lampu glob.

  • 8/13/2019 13105617Topik10LukisanBerkaitanElektrik

    7/11

    TOPIK 10 LUKISAN BERKAITAN (ELEKTRIK)182

    (b) Lukisan Pendawaian PKUPendawaian elektrik adalah terdiri dari kelengkapan elektrik seperti kabel,papan suis, suis utama, pemutus litar kenit (MCB) atau fius, pemutus litar

    arus baki (PAB/RCD), mata lampu, mata kuasa, penangkap kilat dan lain-lain lengkapan elektrik. Pendawaian elektrik pengguna fasa tunggalditunjukkan seperti Rajah 10.6.

    Rajah 10.6:Pendawaian elektrik pengguna fasa tunggal(Sumber: Suruhanjaya Tenaga. (2008). Garis Panduan Pendawaian Elektrik di Bangunan

    Kediaman. Kuala Lumpur)

    (c) Lukisan Pendawaian Litar Lampu dan Litar KuasaContoh lukisan pendawaian litar lampu Rajah 10.7 hingga 10.12.

    Rajah 10.7: Satu unit lampu kalimantang dikawal oleh suis satu hala(Sumber: Suruhanjaya Tenaga. (2008). Garis Panduan Pendawaian Elektrik di Bangunan

    Kediaman. Kuala Lumpur)

  • 8/13/2019 13105617Topik10LukisanBerkaitanElektrik

    8/11

    TOPIK 10 LUKISAN BERKAITAN (ELEKTRIK) 183

    Rajah 10.8:Satu unit lampu dikawal oleh satu suis satu halaSumber:Suruhanjaya Tenaga. (2008). Garis Panduan Pendawaian Elektrik di BangunanKediaman. Kuala Lumpur)

    Rajah 10.9:Dua unit lampu dikawal oleh satu suis satu hala(Sumber:Suruhanjaya Tenaga. (2008). Garis Panduan Pendawaian Elektrik di Bangunan

    Kediaman. Kuala Lumpur)

    Rajah 10.10: Dua unit lampu dikawal oleh dua suis satu hala secara berasingan(Sumber:Suruhanjaya Tenaga. (2008). Garis Panduan Pendawaian Elektrik di Bangunan

    Kediaman. Kuala Lumpur)

  • 8/13/2019 13105617Topik10LukisanBerkaitanElektrik

    9/11

    TOPIK 10 LUKISAN BERKAITAN (ELEKTRIK)184

    Rajah 10.11: Satu unit lampu dikawal oleh suis dua hala(Sumber:Suruhanjaya Tenaga. (2008). Garis Panduan Pendawaian Elektrik di Bangunan

    Kediaman. Kuala Lumpur)

    Rajah 10.12:Tiga unit lampu dikawal oleh suis dua hala dan suis perantaraan(Sumber:Suruhanjaya Tenaga. (2008). Garis Panduan Pendawaian Elektrik di Bangunan

    Kediaman. Kuala Lumpur)

    Contoh lukisan pendawaian litar kuasa ditunjukkan seperti dalam Rajah 10.13hingga Rajah 10.15.

    Rajah 10.13:Litar soket alir keluar satu unit(Sumber:Suruhanjaya Tenaga. (2008). Garis Panduan Pendawaian Elektrik di Bangunan

    Kediaman. Kuala Lumpur)

  • 8/13/2019 13105617Topik10LukisanBerkaitanElektrik

    10/11

    TOPIK 10 LUKISAN BERKAITAN (ELEKTRIK) 185

    Rajah 10.14:Litar soket alir keluar disambung secara radial(Sumber: Suruhanjaya Tenaga. (2008). Garis Panduan Pendawaian Elektrik di Bangunan

    Kediaman. Kuala Lumpur)

    Rajah 10.15: Litar soket alir keluar disambung secara gelang(Sumber:Suruhanjaya Tenaga. (2008). Garis Panduan Pendawaian Elektrik di Bangunan

    Kediaman. Kuala Lumpur)

    (d) Peraturan am Pemasangan Alat Tambah Elektrik(i) Suis hendaklah ditempatkan di dalam bilik, bersebelahan dengan

    pintu masuk dan tidak terlindung dinding belakang daun pintu.

    (ii) Suis di bilik air hendaklah ditempatkan di sebelah luar bilik. Jikaperlu suis dalam bilik air gunakan suis jenis tarik.

    (iii) Lampu jenis filamen perlu digunakan dalam bilik air.

    (iv) Kedudukan suis lampu dan kipas seboleh-bolehnya berkelompokuntuk kemudahan pengguna.

    (v) Setiap bilik mesti mempunyai sekurang-kurangnya satu poin lampu.

    (vi) Kedudukan lampu tidak terlindung dengan bilah kipas.

    (vii) Unit kawalan pengguna perlu diletakkan di dalam rumah supayamudah dikendalikan semasa kecemasan.

  • 8/13/2019 13105617Topik10LukisanBerkaitanElektrik

    11/11

    TOPIK 10 LUKISAN BERKAITAN (ELEKTRIK)186

    Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 - mensyaratkan semua

    pendawaian, tambahan pendawaian atau pendawaian semula yang hendakdijalankan oleh Kontraktor Elektrik atau Unit Pendawaian Elektrik perlumendapat kelulusan bertulis dari pemegang lesen atau pihak berkuasa

    bekalan.

    Topik ini menerangkan teknik lukisan litar pendawaian domestik iaitu, rajahblok dan lukisan skematik dan bagaimana hendak melukis pendawaianuntuk litar lampu, litar kuasa, PKU dan rajah skematik pendawaian.

    Arus alik

    Kemagnetan

    Lukisan pendawaian

    Lukisan skematik

    Pengubah

    Rajah blok

    Suruhanjaya Tenaga. (2008). Garis panduan pendawaian elektrik di bangunankediaman. Kuala Lumpur.

    Mohd Noh Sarip. (2003). Lukisan kejuruteraan tingkatan 5. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Linsley. T. (2008). Basic electrical installation work. Elseiver, Great Britain.