2
AG21203 PENGURUSAN EKOSISTEM PERSEKITARAN Pensyarah:Dr Mohamad Tahir Mapa Nama Pelajar: Ita Binti Ahris No. Matrik: BA13110130 Tutorial Minggu 1: Bincangkan Konsep Ekologi dan Ekosistem Buku: Ahmad Ismail & Ahmad Badri Mohammad. 1995. Ekologi Air Tawar. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Tajuk penulisan yang saya ulas adalah melalui bab dalam buku yang bertajuk "Ekologi Air Tawar" yang mana ianya lebih menekankan hal yang berkaitan dengan habitat dan ekologi organisma air tawar. Namun begitu, isi kandungan dalam bab 1 melalui penulisan ini juga berkait rapat dengan soalan dan tajuk yang dikuliah dan dibincangkan pada minggu ini iaitu mengenai konsep ekologi dan ekosistem. Berdasarkan pembacaan saya dari buku ini, perkataan ekologi dari segi bahasa secara ringkasnya bermaksud habitat. Secara umumnya, konsep ekologi dapat didefinisikan sebagai hubungan di antara organisma hidup dengan alam persekitarannya yang mana semua benda hidup adalah saling bergantungan atau memerlukan antara sesama sendiri dan dengan alam persekitarannya dalam komuniti tersendiri atau dengan komuniti lain. Hal yang perlu diberi penekanan juga adalah bahawa organisma hidup iaitu tumbuhan dan haiwan tidak wujud secara terasing, sama ada secara individu mahupun sebagai satu kumpulan. Semua organisma saling bertindak antara satu dengan lain sama ada di kalangan spesies yang sama ataupun di kalangan spesies yang berlainan. Saling tindak ini termasuklah persaingan, pemangsaan dan hubungan parasit-perumah. Selain saling berhubungan antara organisma hidup dengan organisma hidup yang lain, biota ini juga turut saling bertindak dengan persekitaran fizikal dan kimia di sekeliling organisma-organisma ini. Sewaktu proses saling tindak ini berlaku, kehadiran sesuatu organisma akan mempengaruhi organisma-organisma lain. Persekitaran tempat organisma ini hidup turut mengalami perubahan hasil daripada kewujudan biota ini. Sebaliknya, faktor-faktor persekitaran memainkan peranan penting dalam mempengaruhi tindak laku dan kewujudan organisma- organisma ini. Dengan itu, setiap hidupan ini mempunyai habitat semula jadi yang tertentu dan bersesuaian untuk mengekalkan kewujudan serta untuk terus meneruskan kelangsungan hidup di bumi. Berbagai-bagai jenis organisma dan parameter persekitaran boleh diatur kepada beberapa aras. Dalam organisasi ini, aras asas diwakili oleh spesies. Spesies merupakan kumpulan semula jadi yang boleh atau berpotensi untuk saling membiak antara satu dengan lain untuk menghasilkan zuriat yang subur tetapi tidak boleh saling membiak dengan ahli-ahli spesies yang lain. Kesemua individu daripada sesuatu spesies dalam sesuatu kawasan membentuk populasi.

1.docx

Embed Size (px)

Citation preview

AG21203 PENGURUSAN EKOSISTEM PERSEKITARAN Pensyarah:Dr Mohamad Tahir Mapa Nama Pelajar: Ita Binti Ahris No. Matrik: BA13110130Tutorial Minggu 1: Bincangkan Konsep Ekologi dan EkosistemBuku: Ahmad Ismail & Ahmad Badri Mohammad. 1995. Ekologi Air Tawar.KualaLumpur : Dewan Bahasa dan PustakaTajuk penulisan yang saya ulas adalah melalui bab dalam buku yang bertajuk "Ekologi Air Tawar" yang mana ianya lebih menekankan hal yang berkaitan dengan habitat dan ekologi organisma air tawar. Namun begitu, isi kandungan dalam bab 1 melalui penulisan ini juga berkait rapat dengan soalan dan tajuk yang dikuliah dan dibincangkan pada minggu ini iaitu mengenai konsep ekologi dan ekosistem.Berdasarkan pembacaan saya dari buku ini, perkataan ekologi dari segi bahasa secara ringkasnya bermaksud habitat. Secara umumnya, konsep ekologi dapat didefinisikan sebagai hubungan di antara organisma hidup dengan alam persekitarannya yang mana semua benda hidup adalah saling bergantungan atau memerlukan antara sesama sendiri dan dengan alam persekitarannya dalam komuniti tersendiri atau dengan komuniti lain. Hal yang perlu diberi penekanan juga adalah bahawa organisma hidup iaitu tumbuhan dan haiwan tidak wujud secara terasing, sama ada secara individu mahupun sebagai satu kumpulan. Semua organisma saling bertindak antara satu dengan lain sama ada di kalangan spesies yang sama ataupun di kalangan spesies yang berlainan. Saling tindak ini termasuklah persaingan, pemangsaan dan hubungan parasit-perumah. Selain saling berhubungan antara organisma hidup dengan organisma hidup yang lain, biota ini juga turut saling bertindak dengan persekitaran fizikal dan kimia di sekeliling organisma-organisma ini. Sewaktu proses saling tindak ini berlaku, kehadiran sesuatu organisma akan mempengaruhi organisma-organisma lain. Persekitaran tempat organisma ini hidup turut mengalami perubahan hasil daripada kewujudan biota ini. Sebaliknya, faktor-faktor persekitaran memainkan peranan penting dalam mempengaruhi tindak laku dan kewujudan organisma- organisma ini. Dengan itu, setiap hidupan ini mempunyai habitat semula jadi yang tertentu dan bersesuaian untuk mengekalkan kewujudan serta untuk terus meneruskan kelangsungan hidup di bumi. Berbagai-bagai jenis organisma dan parameter persekitaran boleh diatur kepada beberapa aras. Dalam organisasi ini, aras asas diwakili oleh spesies. Spesies merupakan kumpulan semula jadi yang boleh atau berpotensi untuk saling membiak antara satu dengan lain untuk menghasilkan zuriat yang subur tetapi tidak boleh saling membiak dengan ahli-ahli spesies yang lain. Kesemua individu daripada sesuatu spesies dalam sesuatu kawasan membentuk populasi. Beberapa populasi spesies yang wujud di sesuatu kawasan pula membentuk komuniti. Beberapa komuniti bersama-sama dengan persekitaran fizikal dan kimia membentuk ekosistem.Ekosistem merujuk kepada dua komponen iaitu biotik (komuniti-komuniti tumbuhan dan haiwan) dan abiotik (faktor-faktor fizikal). Skala sesebuah ekosistem adalah bersifat abritari. Sempadannya dapat ditetapkan melalui pelbagai saiz dan sudut. Sebagai contoh, sesebuah kolam atau lautan dapat dijadikan sebagai sesebuah ekosistem. Ini bermaksud sesebuah ekosistem boleh berskala besar atau kecil. Umumnya, kita boleh juga melihat dunia ini terpisah kepada dua jenis ekosistem yang besar, ekosistem daratan dan ekosistem akuatik kerana kedua-dua sistem mempunyai komponen biotik dan abiotik yang saling bertindak untuk membentuk satu sistem semula jadi yang stabil dan seimbang. Populasi dan komuniti merupakan dua aspek penting yang perlu dikaji dalam sesebuah ekosistem. Daripada hasil penulisan ini, dapatlah disimpulkan bahawa keperluan asas untuk sesuatu ekosistem ialah nutrien, punca tenaga, penghasil dan pengurai. Tenaga dan nutrien merupakan faktor abiotik, manakala penghasil dan pengurai mewakili faktor biotik. Hubungan antara organisma dengan persekitarannya menyebabkan berlakunya aliran tenaga.Kesimpulannya, ekosistem secara umumnya adalah lebih bersifat mikro berbanding dengan ekologi yang lebih luas. Walau bagaimanapun ekologi dan ekosistem adalah sama dari segi prinsip, ciri dan kaedahnya.