10
Segala-galanya bermula di rumah dan persekitaran Rumah adalah tempat paling baik untuk memulakan pendidikan. Ibu bapa sebagai ketua keluarga perlu untuk menunjukkan contoh yang terbaik bagi anak-anak. Ibu bapa perlu mempraktikkan semula nilai-nilai murni dan budi bahasa yang menjadi warisan generasi terdahulu. Kesibukan bekerja bukan alasan untuk memupuk ciri-ciri keperibadian yang luhur samada untuk diri sendiri ataupun untuk anak-anak dengan sempurna. Merujuk Majalah Dewan Masyrakat keluaran Oktober 2006 dalam membicarakan isu gothic dikalangan remaja belasan tahun sekitar Kual Lumpur. Kebanyakan remaja ini menjadikan alasan bosan dengan kesibukan ibu bapa bekerja sehingga tiada masa untuk bersama anak-anak antara faktor mereka terjebak dengan gejala seumpama itu. Selain itu, tidak dinafikan faktor kurangnya didikan agama dan adat budaya ketimuran di rumah mereka sehinggakan mereka memilih budaya luar sebagai cara hidup mereka. Remaja ini pada mulanya hanya suka-suka dan ikut-ikut akhirnya menjadi budaya yang sukar dikikis dan lebih malang lagi apabila melibatkan masalah aqidah. Sekiranya mereka terus hanyut dengan budaya ini, bagaimanakah kepimpinan negara pada masa akan datang? Siapakah yang akan menggantikan generasi hari ini dalam meneruskan kemajuan yang telah dikecapi ? Institusi Pendidikan dan sektor awam dan swasta Peranan penting juga harus dimainkan oleh institusi pendidikan , sektor awam dan swasta. Kempen-kempen yang diterapkan di ketiga- tiga bahagian ini akan membantu untuk menghidupkan persekitaran atau suasana yang baik. Kempen-kempen yang diadakan seperti meletakkan papan tanda yang ditulis ayat-ayat seperti Budi Bahasa Amalan Kita merupakan satu usaha yang patut dipuji. Sektor-sektor yang melibatkan perkhidmatan harus memandang perkara ini dengan serius. Satu perkara yang harus di ingat oleh setiap kakitangan yang terlibat dengan perkhidmatan, rakyat merupakan pelanggan kita. Contohnya, di kaunter-kaunter pendaftaran, setiap kakitangan perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku akibat ketidakfahaman masyarakat. Setelah kerenah-kerenah ini jika dilayan dengan baik, ia akan memuaskan hati masyarakat. Hal ini juga akan dikira sebagai ibadah dan dipandang tinggi bukan sahaja masyarakat di dunia, tetapi semua makhluk Allah. Disamping itu, program dan kempen yang dilaksanakan oleh institusi pendidikan seperti sekolah juga merupakan usaha yang

Document2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Unit 13 – Long long agoReading

Citation preview

Page 1: Document2

Segala-galanya bermula di rumah dan persekitaranRumah adalah tempat paling baik untuk memulakan pendidikan. Ibu bapa sebagai ketua keluarga perlu untuk menunjukkan contoh yang terbaik bagi anak-anak. Ibu bapa perlu mempraktikkan semula nilai-nilai murni dan budi bahasa yang menjadi warisan generasi terdahulu. Kesibukan bekerja bukan alasan untuk memupuk ciri-ciri keperibadian yang luhur samada untuk diri sendiri ataupun untuk anak-anak dengan sempurna. Merujuk Majalah Dewan Masyrakat keluaran Oktober 2006 dalam membicarakan isu gothic dikalangan remaja belasan tahun sekitar Kual Lumpur. Kebanyakan remaja ini menjadikan alasan bosan dengan kesibukan ibu bapa bekerja sehingga tiada masa untuk bersama anak-anak antara faktor mereka terjebak dengan gejala seumpama itu. Selain itu, tidak dinafikan faktor kurangnya didikan agama dan adat budaya ketimuran di rumah mereka sehinggakan mereka memilih budaya luar sebagai cara hidup mereka. Remaja ini pada mulanya hanya suka-suka dan ikut-ikut akhirnya menjadi budaya yang sukar dikikis dan lebih malang lagi apabila melibatkan masalah aqidah. Sekiranya mereka terus hanyut dengan budaya ini, bagaimanakah kepimpinan negara pada masa akan datang? Siapakah yang akan menggantikan generasi hari ini dalam meneruskan kemajuan yang telah dikecapi ?

Institusi Pendidikan dan sektor awam dan swastaPeranan penting juga harus dimainkan oleh institusi pendidikan , sektor awam dan swasta. Kempen-kempen yang diterapkan di ketiga-tiga bahagian ini akan membantu untuk menghidupkan persekitaran atau suasana yang baik. Kempen-kempen yang diadakan seperti meletakkan papan tanda yang ditulis ayat-ayat seperti Budi Bahasa Amalan Kita merupakan satu usaha yang patut dipuji. Sektor-sektor yang melibatkan perkhidmatan harus memandang perkara ini dengan serius. Satu perkara yang harus di ingat oleh setiap kakitangan yang terlibat dengan perkhidmatan, rakyat merupakan pelanggan kita. Contohnya, di kaunter-kaunter pendaftaran, setiap kakitangan perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku akibat ketidakfahaman masyarakat. Setelah kerenah-kerenah ini jika dilayan dengan baik, ia akan memuaskan hati masyarakat. Hal ini juga akan dikira sebagai ibadah dan dipandang tinggi bukan sahaja masyarakat di dunia, tetapi semua makhluk Allah.Disamping itu, program dan kempen yang dilaksanakan oleh institusi pendidikan seperti sekolah juga merupakan usaha yang baik dan patut dipuji. Kempen-kempen seperti Kempen Bulan Budi Bahasa dan Bahasa Jiwa Bangsa, perlu didedahkan dikalangan pelajar supaya mereka tahu peripentingnya berbudi bahasa. Seterusnya, peranan yang dimainkan oleh guru sangat penting. Guru merupakan ibu bapa kedua bagi pelajar. Guru boleh menggunakan masa mengajar untuk diselitkan budi bahasa dan amalan murni bagi setiap mata pelajaran. Bayangkan, berapa banyak masa yang dihabiskan oleh seorang pelajar di sekolah. Alangkah ruginya jika masa mereka tidak dimanfaatkan untuk penerapan nilai-nilai murni ini. Pelajar yang baik dan berbudi bahasa adalah gambaran dan imej negara pada masa akan datang.

Peranan Media Media juga memainkan peranan yang sangat penting dalam mewarnai corak kehidupan generasi hari ini. Satu fakta yang tidak dapat dinafikan, hampir semua orang memiliki televisyen. Termasuk juga beberapa alat elektronik dan perhubungan yang lain seperti VCD, telefon bimbit dan kemudahan internet. Semua teknologi ini mempunyai kebaikan

Page 2: Document2

dan keburukannya yang tersendiri. Ini bergantung kepada keperibadian pengguna sendiri. Sekiranya tidak digunakan dengan baik, maka berlakulah lambakan maklumat dan informasi yang berbentuk pornografi dan tidak mendatangkan faedah kepada pembaca. Majalah-majalah picisan, laman web yang tidak baik dan sebahagian rancangan televisyen kebanyakannya mudah untuk diperolehi dan adakalanya tanpa caj yang mahal. Adalah lebih sukar untuk mencari sekotak mancis berbanding bahan-bahan bacaan picisan di negara kita hari ini.Sewajarnya, kemajuan teknolgi yang ada digunakan sebaik mungkin supaya dapat mendidik generasi agar berbudi bahasa dan pandai menilai sesuatu bahan yang diterima. Bukan menerima tanpa usul periksa. Kesannya, masyarakat kita rosak mindanya dan hilang nilai-nilai murni yang menjadi tuntutan. Media merupakan aset yang sangat hampir dengan kehidupan masyarakat hari ini. Kempen-kempen perlu diperluaskan melalui kemajuan teknologi ini. Televisyen perlu memberi kerjasama bagi menyekat program-program atau iklan-iklan yang tidak sesuai untuk ditonton. Pihak kerajaan di bawah Kementerian Dalam Negeri perlu menguatkuasakan undang-undang supaya masyarakat sedar tentang bahaya terpengaruh dengan budaya luar sekaligus mencemar imej negara.

Kesimpulannya, usaha ini tidak akan berjaya tanpa kerjasama dari setiap golongan. Bermula generasi muda sehinggalah peringkat pemimpin. Budi bahasa bukan agenda biasa, tetapi merupakan agenda terpenting dalam negara sebagaimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Malaysia. Sewajarnya, kita sebagai rakyat Malaysia perlu belajar bagaimana untuk mencapai kejayaan tanpa mengorbankan peradaban dan nilai budi bahasa rakyat Malaysia. Kita tidak mahu, dalam keghairahan kita mengejar kemajuan teknologi kita mengabaikan perkara asas dalam pembentukan peribadi individu itu sendiri.

Page 3: Document2

Selain itu, masyarakat yang berbudi bahasa akan mempamerkan nilai-nilai yang positif seperti memberikan layanan yang sopan dan bersikap lemah lembut terhadap pelancong asing.(M) Hal ini penting agar dapat meninggalkan imej yang positif tentang negara kita dalam diri pelancong. Pelancong juga akan mempunyai percutian yang menyeronokkan kerana beranggapan bahawa kedatangan mereka ke sini dialu-alukan dan dihargai oleh masyarakat tempatan. (B)Dalam pada itu, pekerja-pekerja dalam Jabatan Kastam dan Imigresen, pemandu pelancong serta pemandu pengangkutan awam perlulah memainkan peranan yang lebih penting dengan senantiasa melemparkan senyuman dan bertutur dengan nada yang lembut ketika berurusan dengan pelancong asing. Negara Jepun sayugia dijadikan teladan kerana masyarakatnya sememang kaya dengan budi bahasa. Contohnya, ucapan ‘irasshaimase’ yang bermaksud selamat datang dalam bahasa Jepun pasti akan menusuk ke gegendang telinga tidak kira apa-apa kedai yang dikunjungi. Amalan berterima kasih juga merupakan sesuatu yang biasa dalam masyarakat Jepun. (K)Sekiranya amalan ini diikuti, sudah pasti keramahan dan kesantunan rakyat Malaysia akan sentiasa meniti dari bibir ke bibir para pelancong dan sentiasa memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama mereka. Senario ini secara tidak langsung akan menjana ekonomi negara melalui industri pelancongan negara yang kian mendapat sambutan hangat. (P) Jadi, budaya yang murni ini amat penting ketika berurusan dengan pelancong asing agar mereka dapat menikmati percutian di negara kita.

(K4):  Di samping itu, pemimpin yang berdedikasi juga dapat dizahirkan. (M) Pemimpin yang baik akan dapat mentadbir negara dengan lancar kerana mendapat sokongan yang padu daripada rakyat. Pemimpin yang berbudi bahasa sentiasa menitikberatkan kepentingan orang lain daripada kepentingan peribadi. Mereka akan bertindak dengan bijaksana untuk menjaga perasaan pelbagai pihak ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak. (B)Sehubungan dengan itu, golongan remaja merupakan aset yang sangat bernilai kepada negara kerana mereka adalah generasi pelapis yang bakal menerajui tampuk kepimpinan negara. Oleh itu, budi bahasa seperti menghormati orang tua, bertutur dengan sopan, bertolak ansur dan amalan tolong-menolong perlulah dijadikan panduan dalam kehidupan mereka supaya mereka dapat menjadi seorang pemimpin yang berdedikasi dan berkarisma dapat dilahirkan. (K) Pemimpin yang berbudi bahasa dapat meningkatkan imej negara kerana pemimpin pemimpin dari negara lain akan kagum dan menghormati negara kita. Ironinya, hubungan diplomatik bagi menjamin kemajuan dan keselamatan negara dapat dijalinkan dengan mudah. Dengan itu, negara kita akan dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara lain. (P) Pendek kata, negara kita akan terkenal di persada dunia kerana memiliki seorang pemimpin yang berwibawa melalui amalan budi bahasa yang dipamerkan.

(L1): Menyedari akan pelbagai kemaslahatan di atas, kita haruslah mengambil langkah-langkah yang pragmatik dan efektif untuk memastikan amalan ini dapat dipupuk dalam setiap sanubari rakyat kita. Oleh itu,kita perlu bertindak mulai dari sekarang kerana perjalanan yang beribu-ribu batu mestilah bermula dengan langkah yang pertama. Salah satu langkah yang dominan adalah melalui rombakan sistem pendidikan. Dalam hal ini, kita terpaksa meletakkan tanggungjawab penting ini kepada pihak pendidikan. (M) Pendidikan merupakan wahana yang berkesan untuk mentarbiah masyarakat. Melalui pendidikan, kita diajar, dibimbing dan diasuh untuk menjadi insan

Page 4: Document2

yang kamil dan holistik sama ada dari aspek jasmani, rohani dan intelek. Bukan itu sahaja, pendidikan juga mampu melahirkan insan yang berhemah tinggi dan berbudi bahasa. (B) Hal ini juga turut disedari oleh Menteri Pelajaran kita. Oleh sebab itu, beliau telah mengarahkan agar kurikulum semua mata pelajaran yang sedia ada dirombak semula. Rombakan ini dapat dilihat melalui penerapan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan amalan budi bahasa dalam mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu melalui cerpen, novel, drama dan puisi yang diajarkan dari peringkat Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed pernah menyatakan bahawa kita perlu mencontohi sikap masyarakat Jepun. Walaupun negara mereka semakin maju, namun, masyarakatnya masih mengekalkan nilai-nilai murni di samping mengamalkan budaya dan adat resam bangsa mereka. (K) Mereka percaya bahawa dengan mengenali asal usul bangsa serta keindahan bahasa dan budaya mereka, mereka dapat melahirkan rakyat yang tinggi semangat cinta akan negaranya. Semangat inilah yang membawa negara mereka pada kemajuan kerana rakyatnya sanggup berkorban jiwa dan raga demi negara yang tercinta. (P) Jelaslah bahawa dalam usaha untuk memupuk amalan budi bahasa, maka tidak boleh tidak, perubahan dalam sistem pendidikan perlu dilaksanakan.

(L2): Jika kita lihat dari sudut yang lain, pihak sekolah perlu juga melaksanakan aktiviti kokurikulum dengan lebih giat dan berkesan. (M) Kita perlu sedar bahawa aktiviti kokurikulum merupakan wadah yang paling berkesan dalam membentuk amalan budi bahasa seperti bertanggungjawab, bekerjasama dan hormat-menghormati dalam diri para pelajar. Para guru pula dianggap sebagai arkitek pembangunan manusia diarahkan untuk mengadakan pelbagai program bagi memupuk amalan budi bahasa ini kerana pelajar ibarat pohon yang baru ditanam. Lantaran itu, mereka perlu dibajai, diairi dan diberi cahaya matahari yang secukupnya. (B) Sebagai contoh, aktiviti perkhemahan yang dianjurkan oleh badan-badan beruniform seperti Pengakap dan Kadet Remaja Sekolah akan membentuk semangat berpasukan yang tinggi dalam kalangan ahlinya. Mereka akan bersama-sama mendirikan khemah, mematuhi giliran memasak dan sebagainya, sepanjang perkhemahan diadakan. Selain itu, aktiviti bergotong-royong oleh persatuan-persatuan dan kelab-kelab sama ada di sekolah, mahupun di kawasan sekitar sekolah pula akan menanamkan perasaan bertanggungjawab para pelajar terhadap alam sekitar serta sekolah mereka bak kata pepatah, ‘tak kenal , maka tak cinta.’ (K) Justeru melalui program-program yang dijalankan, para pelajar akan membentuk jati diri dan sikap positif dalam diri mereka. Mereka akan lebih bersikap ‘membina’ daripada ’meruntuhkan’ atau membinasakan sesuatu. Mereka juga akan lebih bertanggungjawab terhadap segala kemudahan yang disediakan untuk kegunaan ramai. Oleh itu, melalui pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang lebih berkesan, kita berharap agar tidak ada lagi telefon awam yang dirosakkan, atau tandas awam yang diconteng dengan kata-kata yang tidak menyenangkan mata memandang. Sebaliknya, kita akan dapat menyaksikan masyarakat yang lebih bertolak-ansur, umpamanya, mereka tidak berebut-rebut lagi ketika menaiki bas awam atau komuter. Anak-anak muda kita juga akan lebih menghormati golongan yang tua kerana tahap budi bahasa dalam kalangan masyarakat telah meningkat. (P) Pendek kata, amalan budi bahasa sememangnya dapat dipupuk melalui aktiviti kokurikulum yang dijalankan oleh pihak sekolah.

(L3): Seperkara lagi, peranan ibu bapa juga amat penting dalam melahirkan insan kerdil yang berbudi bahasa tinggi. (M) ‘Bagaimana acuan, begitulah kuihnya,’ begitulah

Page 5: Document2

peribahasa yang membawa maksud bahawa peribadi serta perlakuan ibu bapa akan menjadi ikutan kepada anak-anak mereka. Memang tidak dapat kita nafikan ibu bapa merupakan guru pertama dalam kehidupan anak-anak sejak dalam rahim ibu lagi. Hal ini membuktikan bahawa ibu bapa merupakan ejen pembentukan karakter anak-anak yang paling ampuh untuk melahirkan insan yang kaya budi bahasa. (B) Oleh itu, sesuatu perkara itu perlu dipupuk dari kecil oleh ibu bapa kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya  agar apabila anak-anak memasuki alam persekolahan, nilai-nilai asas yang positif seperti hormat-menghormati, beradab sopan dan bertolak-ansur telah sedia wujud dalam diri anak-anak mereka. Sebagai contoh, anak-anak yang lebih muda perlu menghormati kakak atau abang mereka yang lebih tua. Anak-anak juga diajar agar menghormati harta benda milik adik-beradik mereka serta harta benda bersama. Dalam hal ini, ibu bapa tidak boleh bersikap seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan betul. Oleh itu, ibu dan bapa perlu sentiasa menunjukkan bahawa mereka juga saling menghormati sesama mereka agar nilai positif ini diikuti oleh anak-anak. (K) Dengan ini, hubungan kemesraan keluarga akan dapat ditingkatkan di samping dapat mewujudkan baiti jannati. Malah yang lebih penting, anak-anak akan lebih beradab dan berbudi bahasa yang akan mencerminkan maruah keluarga tersebut. Anak-anak seumpama ini tidak akan bersikap biadab yang mampumenconteng arang ke muka keluarga sendiri. (P) Sesungguhnya, peranan ibu bapa yang mempamerkan contoh terbaik kepada anak-anak dapat memupuk amalan budi bahasa dalam diri anak-anak.

(L4) Pilihan kita yang terakhir untuk membentuk masyarakat yang berbudi bahasa adalah melalui kempen yang berkesan. (M) Hal ini dikatakan demikian kerana kempen-kempen yang diadakan mampu menyedarkan masyarakat tentang kepentingan amalan ini dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita. Masyarakat pada hari hari lebih mudah dipengaruhi dan dikuasai dengan kempen-kempen yang diadakan. (B) Sembilan tahun lalu iaitu pada 11 Februari 2005 Kementerian Kebudayaan dan Warisan (KEKWA) melancarkan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni. Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni sama sekali tidak diwujudkan kalau masyarakat kita berbudi bahasa selayaknya. Kempen yang dicetuskan oleh Dr. Rais Yatim semasa memimpin KEKWA ini mengejutkan kita yang terlena dalam mengejar fatamorgana hidup sehingga sanggup merendahkan tahap budi bahasa kita. Suatu ketika dahulu , majalah Readers Digest telah menyiarkan hasil kajian kesantunan di 36 bandar raya di dunia. Hasilnya, Kuala Lumpur menjadi bandar raya kedua paling biadab. Kajian ini amat membimbangkan dan memalukan kita. Oleh itu, kempen seumpama ini haruslah diadakan secara berterusan serta giat dan bukannya sekadarmelepaskan batuk di tangga. (K) Dengan ini, diharapkan kempen yang bersungguh-sungguh ini dapat menyemarakkan dan menyemai semula budi bahasa dan nilai-nilai murni ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia serta meletakkan budi pekerti sebagai satu asas dan tunjang dalam kehidupan kita. Secara implisitnya, negara akan menjadi agung jika warganya terdiri dari insan-insan yang mengamalkan budaya murni. Tidak ada gunanya jika masyarakat Malaysia kaya dari segi kebendaan tapi muflis dari segi keperibadian. (P) Izharlah bahawa peranan kempen juga penting untuk membudayakan amalan murni ini dalam kehidupan seharian kita.

PENUTUP(K) Sudah terang lagi bersuluh bahawa dapat disimpulkan bahawa amalan budi bahasa amat mustahak untuk negara mencapai taraf negara maju yang disegani oleh negara-

Page 6: Document2

negara gergasi yang lain di dunia. ‘Yang merah itu saga, yang kurik itu kendi, yang indah itu bahasa, yang elok itu budi’, demikianlah ungkapan yang menggambarkan kepentingan berbudi bahasa dalam kehidupan masyarakat kita. Ungkapan ini disusuli pula dengan bidalan yang mengatakan bahawa budi bahasa tidak boleh dijual beli. (C) Oleh itu, sifat sifat luhur dan amalan berbudi bahasa yang dahulunya menjadi kebanggan masyarakat timur tetapi kian terhakis ini wajarlah dipulihkan dan dihidupkan semula. Lantaran itu, semua pihak wajarlah bersinergi bagai aur dengan tebing dan mengelakkan sikap masing-masing perahu, masing-masing kayuh dalam menanam amalan berbudi bahasa dalam diri setiap individu. Kita tidak seharusnya mengharapkan sebelah pihak sahaja  untuk memupuk amalan murni ini dalam setiap jiwa rakyat Malaysia kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.  Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni perlulah diimplementasikan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kesedaran rakyat. (H) Profesor DiRaja, Ungku Aziz pernah berkata, “Malaysia yang aman dan damai akan lenyap dalam sedikit masa jika rakyatnya tidak bermoral dan nilai budi bahasa yang kian terhakis dari jiwa mereka”. Jadi, kita mengharapkan agar menjelang tahun 2020, tabiat buruk seperti kegiatan gengsterisme dan bercakap kasar sudah lupus dari memori setiap rakyat Malaysia supaya negara akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Biarlah pepohon terus bergoyang, biarlah matahari terus bersinar dan biarlah negara Malaysia terus disegani kerana ketinggian budi bahasa rakyatnya.

Page 7: Document2

Banyak faedah yang kita peroleh dengan mengamalkan sikap berbudi bahasa. Antaranya ialah, kita akan dihormati oleh orang lain. Dengan sikap yang lemah lembut dan tidak bercakap kasar, kita akan dipandang mulia dan disukai oleh mereka yang berada di sekeliling kita. Mereka tidak sesekali memandang serong terhadap kita. Malah, mereka akan berasa senang untuk berdamping dengan kita.Allah swt juga suka akan orang-orang yang berbudi bahasa. Hal ini demikian kerana mereka yang berbudi bahasa tidak akan sesekali mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak berfaedah dan perkataan yang kurang sedap didengar oleh orang lain. Bukan itu sahaja, malah kita akan sentiasa diredai oleh Allah swt.Sikap kita yang berbudi bahasa ini juga akan membawa kesenangan dan kebaikan dalam diri kita. Apabila kita hendak memohon sesuatu pekerjaan, sikap inilah yang akan dilihat oleh seseorang majikan itu. Lalu, majikan tersebut tidak akan teragak-agak untuk mengambil kita bekerja.Kita juga akan mempunyai banyak kawan. Hanya kawan yang baik sahaja sesuai untuk berdamping dengan kita yang mempunyai budi bahasa ini. Mereka akan berasa gembira apabila berada bersama-sama kita sepanjang masa. Hal ini akan membuat seseorang itu akan berasa yakin pada diri sendiri.

Akhir sekali, amalan berbudi bahasa dapat menjaga maruah kita terutama bagi seorang muslim. Budi bahasa inilah yang mencorak diri seseorang itu sama ada baik atau buruk perbuatannya.Oleh itu, kita hendaklah mengamalkan amalan berbudi bahasa dengan semua orang tanpa mengira batas agama atau bangsa. Dengan sikap inilah kita akan dipandang mulia sepanjang zaman. Tepuk dada tanyalah selera. Hanya kita yang akan membentuk budi pekerti dalam diri sendiri.