9. Kecederaan Dalam Sukan

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/10/2019 9. Kecederaan Dalam Sukan

    1/23

    9.0 PENGENALAN KECEDERAAN SUKAN

    9.1 Faktor Kecederaan Sukan

    9.1.1 Kecederaan Intrisik (Direct Injury)

    Kecederaan ini disebabkan oleh atlet itu sendiri seperti terlalu

    lebih melakukan rengangan (hyper) atau mengalami kekejangan otot. Ia

    selalunya melibatkan otot, tendon dan ligament. Biasanya ia kurang teruk

    daripada kecederaan ekstrinsikn atau kecederaan yang dikenakan dari

    luar.

    Faktor intrinsik atau dalam yang menyebabkan kecederaan sukan adalah

    seperti kesihatan yang mana setiap atlet mestilah bebas daripada

    masalah kesihatan. Persediaan dari segi mental dan fizikal sebelum

    melakukan sebarang aktiviti perlu dititik beratkan.

    Umur juga boleh mempengaruhi kekuatan dan kekentalan tisu

    badan. Otot boleh menyebabkan daya tahan otot mula menurun apabila

    umur melebihi 30 tahun hingga 40 tahun, tendon dan ligament juga

    boleh menyebabkan daya tahan otot mula menurun apabila umur

    melebehi 40 tahun dan tulang juga akan mengalami penurunan daya

    tahannya apabila umuru melebehi 50 tahun.

    Selain daripada kesihatan, atlet mestilah mengamalkan

    pemakanan yang seimbang, pemakanan memainkan peranan penting

    dalam mencegah kecederaan dalam sukan. Pemakanan yang optima

    seperti mengambil nutrient karbohidrat dimana karbohidrat merupakan

    sumber tenaga utama untuk bessukan dan pemgambilan protein serta

    minum air yang mencukupi amat penting bagi seseorang ahli sukan.

    Makanan yang tidak seimbang atau tidak berzat serta banyak meminum

    minuman bergas boleh menyebakan berlakunya risiko kecederaan.

    Atlet mestilah mempastikan memperoleh kecergasan yang optima.

    Badan yang tidak sihat akan mendedahkan diri atlet kepada komplikasi

    penaykit yang lebih berat seperti masalah pernafasan obesity, masalah

  • 8/10/2019 9. Kecederaan Dalam Sukan

    2/23

    buah pinggang dan masalah jantung. Proses penuaan diri lebih cepat

    pada orang yang tidak aktif dan cergas. Atlet yang tidak mencapai tahap

    kecergasan yang maksima suadah pasti akan mudah mengalami

    kecederaan semasa bersukan seperti berlakunya sprain, strain, disklokasi

    dan patah. Ini sudah pasti akan memberi kesan ke atas prestasi atlet

    tresebut. Gaya hidup tidak sihat seperti merokok, pengambilan alcohol

    dan dadah sebelum dan selepas bersukan sudah tentu mendatangkan

    impak yang tidak baik bagi atlet tersebut.

    9.1.2 kecederaan Ekstrinsik (Indirect Injury)

    Kecederaan ini disebabkan oleh faktor-faktor luaran seperti

    tumbukan, sepakan, pelanggaran atau hentakan peralatan yang

    digunakan atau sebaginya. Ia biasanya lebih serius berbanding dengan

    kecederaan intrinsik kerana mungkin melibatkan patah, seliuh tulang,

    koyak yang teruk pada ligament atau tendon dan koyak pada otot. Atlet

    sukan seperti pemain bola sepak, hoki, silat, futsal sering mengalami

    kecederaan begini.

    Faktor ekstinsik atau faktor luaran yang menyebabkan kecederaan

    sukan adalah seperti pakaian. Pakain suakan harus selesa, sesuai dengan

    saiz tubuh badan dan dapat membenarkan penyejatan peluh. Pakaian

    yang dibuat daripada kapas adalah paling sesuai digunakan dalam cuaca

    negara kita kerana ia membenarkan peluh diserap dan disejatkan. Ini

    mengelakkan peningkatan suhu badan. Pakaian yang terlalu ketat akan

    menjerutkan pengedaran darah dan akan membawa kesan yang buruk

    kepada atlet. Pakaian perlindungan kecederaan atau keselamatan yang

    rosak atau tidak elok, mengguanakn semual pakaian lama dan bekalan

    pakaian tidak mencukupi akan menyebabkan atlet mudah mengalami

    kecederaan semasa bersukan.

    Selain daipada pakaian, faktor peralatan dan kemudahan

    bersukan yang tidak sesuai dan tidak lengkap merupakan faktor

  • 8/10/2019 9. Kecederaan Dalam Sukan

    3/23

    ekstrinsik yang boleh menyebabkan berlakunya kecederaa. Peralatan

    yang diguna pakai dalam aktiviti sukan mestilah sesuai dengan umur,

    ketinggian, saiz dan keupayaan fizikal atlet.

    Kemudahan asas seperti cahaya dan kawasan bersukan suadahpasti akan memberi kesan yang sangat serius terhadap kecederaan

    dalam sukan. Tidak cukup cahaya atau lampu limpah kurang berfungsi

    akan menyebabkan berlaku masalah dari segi atlet untuk menentukan

    jarak, warna dan juga boleh menjejaskan penglihatan atlet serta

    pengadil.

    Persekitaran yang selesa dan selamat untuk menjalankan aktiviti

    sukan adalah sangat-sangat dituntut. Persekitaran atau tempat

    pertandingan perlulah bebas daripada unsur-unsur yang boleh

    mendatangkan risiko kemalangan dan kecederaan. Persekitaran yang

    tidak selamat seperti terdapat batu atau kaca di atas padang, permukaan

    yang tidak rata atau berlubang, ruang atau jarak run-off yang tidak cukup

    dan takungan air akan memudahkan kecederaan dialami oleh para altet

    semasa bersukan. Persekitaran yang tidak sesuai untuk pertandingan

    atau permainan dan sukan juga bergantung kepada keadaan cuaca yang

    tidak mengizinkan seperti panas terik, jerebu, hujan lebat dan petir.

    Altitude atau ketinggian juga merupakan faktor ekstrinsik yang

    boleh menyebabkan berlakunya kecederaan. Jika sesuatu perlawanan

    atau pertandingan diadakan di aras ketinggian yang rendah (low

    altitude), latihan harus dilakukan ditempat yang serupa. Ini adalah kerana

    proses adaptasi atau penyesuaian fisiologi pada sistem pengaliran darah

    dalam penukaran oksigen adalah berbeza, hal ini boleh mempengaruhi

    dalam mengurangkan daya tahan badan.

  • 8/10/2019 9. Kecederaan Dalam Sukan

    4/23

    9.2 Penilaian Kecederaan Dalam Sukan

    9.2.1 Penilaian Kecederaan Sukan (D.R.A.B.C)

    D Danger (Bahaya)

    R Response (Tindakbalas)

    A Airways (Saluran udara)

    B Breathing (Pernafasan)

    C Circulation (Peredaraan darah)

    Langkah-langkah D.R.A.B.C

    D : Danger (bahaya)

    Pastikan bahawa sekitar kawasan mangsa selamat. Sekirannya

    mangsa boleh berjalan bawa mangsa ke tempat yang redup. Andainya

    mangsa pengsan akibat kecederaan pada kepala atau leher, jangan

    ahlikan mangsa. Minta bantuan dan bawa mangsa ke hospital.

    R : Respone (tindakbalas)

    Pastikan mangsa dalam keadaan sedar dengan menepuk bahu

    mangsa dengan lembut. Andaikan mangsa sedar, cuba berinteraksi

    dengan mangsa. Tanya nama atau keadaan dirinya. Sekiranya mangsa

    tidak sedar, mengiringkan mangsa untuk membantu membuka ruang

    pernafasannya atau dalam kedudukan pemulihan dan minta bantuan.

    A : Airways (saluran darah)

    Pastikan saluran pernafasan mangsa terbuka dan tiada objek yangmenghalang pernafasan seperti lidah atau gigi palsu. Sekiranya saluran

    pernafasan terhalang, keluarkan objek tersebut.

  • 8/10/2019 9. Kecederaan Dalam Sukan

    5/23

    B : Breathing (Pernafasan)

    Pastikan mangsa bernafas dengan cara seperti berikut iaitu

    kelihatan pergerakan turun naik dada, terdapat bunyi semasa bernafas.

    Sekiranya mangsa bernafas dengan baik, pastikan kedudukannya stabil.Sekiranya tidak bernafas berikan bantuan pernafasan mulut ke mulut.

    C : Circulation (Peredaran darah)

    Pastikan nadi mangsa berdenyut. Sekiranya nadi berdenyut,

    teruskan bantuan pernafasan dengan kadar satu hembusan setiap 5 saat

    Expired Air Resusitation (EAR). Sekiaranya tiada denyutan, lakukan

    pemulihan pernafasan kaedah Cradiopulmonary Resusition(CPR).

    9.2.2 Kaedah Penilaian Kecederaan (T.O.T.A.P.S)

    T Talk (Bercakap)

    O Observe (Melihat keadaan)

    T Touch (Sentuh)

    A Active Movement (Pergerakan aktif)

    P Passive Movement (Pergerakan pasif)

    S Skill (Kemahiran)

    Langkah-langkah T.O.T.A.P.S

    T : Talk (bercakap)

    Bercakap dengan mangsa yang mengalami kecederaan. Bolehkah

    mangsa itu bercakap? Tanya mangsa sesuatu. Tujuanny adalah untuk

    mengetahui serba sedikit mengenai latar belakang kemalangan dan

    mangsa seperti di mana bahagian yang sakit atau tempat tercedera?

    Mengenal pasti peringkat kesakitan yang dialami mangsa. Bagaimanan

  • 8/10/2019 9. Kecederaan Dalam Sukan

    6/23

    dengan penglihatannya sama ada kabur atau jelas? Mempastikan mangsa

    boleh mendengar dengan baik.

    O : Observe (melihat keadaan)

    Lihat, perhatikan dan periksa tempat kecederaan dan keadaan

    mangsa seperti di bahagain kepala kulit sama ada lebam, bengkak atau

    pendarahan, sama ada mengalami perubahan suhu badan serta berlaku

    perubahan pernafasan dan denyutan nadi sama ada normal atau tidak.

    Perhati dan pastiakn darjah kecederaan mangsa.

    T : Touch (Sentuh)

    Sentuh bahagian yang cedera dengan perlahan dan berhati-hati.

    Periksa sebarang bengkak atau deformity yang dialami anggota badan

    yang terlibat. Beritahu atau maklumkan terlebih dahulu kepada mangsa

    (jika mangasa sedar) sebelum memeriksa dan menyentuh bahagian

    tercedera, ini bertujuan untuk mengelakkan mangsa terkejut dengan

    sentuhan tersebut.

    A : Active Movement (Pergerakan aktif)

    Arah dan minta supaya menggerakkan anggota badan yang

    cedera seperti tangan, kaki dan kepala. Tujuannnya adalah untuk

    mengesan tahap kecederaan. Mangsa akan melakukan pergerakan sendiri

    secara aktif tanpa bantuan individu lain. Sekiranya mangsa rasa sakit,rujuk kepada pakar perubatan dengan segera.

  • 8/10/2019 9. Kecederaan Dalam Sukan

    7/23

    P : Passive Movement (Pergerakan pasif)

    Bantu seandainya mangsa tersebut tidak dapat menggerakkan

    bahagian anggotanya sendiri. Beritahu mangsa tersebut bahawa kita

    hendak membantunya untuk menggerakkan anggotanya. Bantumenggerakkan bahagian yang tercedera secara perlahan-lahan.

    Tujuannya adalah untuk memeriksa atau menentukan tahap kecederaan

    atau kesakitan yang dialami. Regangkan otot dan benarkan bermain

    semula jika pasti kecerderaan tidak serius.

    S : Skill (Kemahiran)

    Arahkan mangsa melakuakn pergerakan asas seperti

    berdiri,berjalan, berlari, dan melompat sambil melakukan kemahiran

    permainan yang mudah untuk memastikan tahap kederaan yang dialami.

    Jika terasa sakit, bawa mangsa ke hospital atai klinik untuk mendapatkan

    rawatan doctor atau paramedik. Jika tiada tanda berlakunya kecederaan

    khusus, benarkan mangsa meneruskan aktiviti.

  • 8/10/2019 9. Kecederaan Dalam Sukan

    8/23

    9.3 Bantu Mula Dalam Sukan

    9.3.1 Bantu Mula (R.I.C.E)

    R-

    'R'Untuk 'Rest' bermaksud rehat. Rehat dari bersukan dan rehatkan bahagian yangtercedera, kekal berada di tempat yang terlibat dalam kedudukan yang selesa dan tidak

    mengerakkan bahagian tersebut bagi mengelak rasa sakit dan kecederaan yang lebih

    teruk.

    I

    -

    'I'Untuk 'Ice'. bermaksud ais. Anda perlu letakkan ais di bahagian yang tercedera. Ais

    akan menyebabkan pengecutan salur darah, ini boleh mengehadkan pendarahan dan

    proses bengkak. Ais juga boleh mengurangkan rasa sakit.

    C

    -

    'C'Untuk 'Compression'. bermaksud memberikan tekanan. Balut bahagian yang

    tercedera dengan pembalut atau bandage, bagi mengelakkan bengkak. Semakin

    kurangnya bengkak semakin kurangnya rasa sakit dan ini mempercepatkan proses

    penyembuhan. Jangan balut terlalu ketat.

    E

    -

    'E'Untuk 'Elevation' bermaksud ampu sedikit tinggi. Ampu bahagian yang tercedera

    tinggi sedikit dari paras jantung, ini mampu mengurangkan bengkak/edema. Anda

    dinasihatkan untuk membuat ampuan sekerap mungkin.

    9.3.2 Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)

    9.3.2.1 Definisi Resusitasi Kardiopulmonari

    Resusitasi Kardiopulmonari merupakan teknik menyelamatkan

    nyawa yang digunakan sewaktu kecemasan iaitu apabila mangsa tidak

    bernafas dan nadi mangsa sudah tidak berdenyut lagi. Ia merupkankombinasi bantuan pernafasan dan penekanan dada di luar bahagian.

    Dengan memberi bantuan pernafasan untuk mangsa dan memastikan

    darah mangsa masih lagi dibekalkan ke seluruh tubuh, penyelamat boleh

    mengekalkan mangsa yang terhenti jantungnya untuk terus hidup

    sehinggahlah bantuan perubatan tiba. Jika CPR tidak dilaksanakan

  • 8/10/2019 9. Kecederaan Dalam Sukan

    9/23

    peluang mangsa untuk terus hidup akan menurun atau nipis dengan

    banyaknya selepas lima minit pertama.

    9.3.2.2 Objektif Resusitasi Kardiopulmonari

    Resusitasi Kardiopulmonari merupakan salah satu cara

    memulihara mangsa yang tidak sedarkan diri. Ia adalah untuk

    memanjagnkan masa kritikal mangsa sebelum bantuan perubatan tiba.

    Ia bertujuan untuk mencegah kerosakan otak

    CPR mempunyai dua matlamat iaitu mengekalkan aliran darah ke

    seluruh anggota badan dan mengekalkan aliran udara masuk dan keluar

    dari paru-paru. CPR adalah teknik mudah yang hanya memerlukan

    peralatn minima sahaja.

    Apa yan perlu dilakukan adalah sesuatu yang mudah iaitu

    memberi hembusan nafas atau tiupan ke dalam mulut mangsa untuk

    menolak masuk udara beroksigen ke dalam paru-paru. Ini akan

    meyerapkan oksigen ke dalam salur darah. Keduanya ialah dengan

    memberi tekanan di dada mangsa untuk membuatkan darah mengalir di

    dalam badan. Serangan sakit jantung secara tiba-tiba adalah punca

    utama kematian dalam kalangan orang dewasa. CPR menggandakan

    peluang untuk hidup daripada serangan jantung.

    9.3.2.3 Urutan Langkah Pengandalian Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)

    Apabila mangsa tidak mempunyai denyutan nadi dan tidak

    bernafas, anda mesti melakukan kombinasi teknik pernafasan bantuan

    dan tekanan dada. Urutan langkah ini dinamakan pemulihan

    pernafasan peparu-jantung atau CPR. Jika anda keseorangan, anda

    mesti melakukan CPR sebelum mendapat bantuan.

    Dalam setiap kes anda haruslah melakukan teknik pemulihan

    dengan bersungguh-sungguh sama ada sehingga denyutan nadi kembali

    pulih atau bantuan professional tiba untuk mengambilalih tugas atau

  • 8/10/2019 9. Kecederaan Dalam Sukan

    10/23

    keletihan fizikal memaksa anda berhenti bertindak. Terdapat tiga asas

    yang mesti difahami dan diikuti dalam proses menyelamat mangsa.

    A : AIRWAYS (Saluran Pernafasan)

    Tindakan utama untuk kejayaan resusitasi ialah membuka saluran

    pernafasan serta merta dengan membetulkan posisi kepala mangsa. Perlu

    diingat bahawa bahagian belakang lidah atau epiglottis selalu

    menghalang pernafasan magsa yang tidak sedarkan diri.

    Prosuder:

    Oleh kerana lidah atau epiglottis tercantum dibahagian bawah

    rahang, dengan cara mendongakkan kepala dan mengangkat dagu ke

    atas, ia boleh mengangkat lidah dan epiglottis daripada bahagian

    belakang tekak untuk membolehkan saluran pernafasan terbuka.

    B : BREATHING (Pernafsaan)

    Apabila pernafasan terhenti, badan kita hanya mempunyai

    bekalan oksigen yang masih ada dalam paru-paru dan darah. Oleh sebab

    itu, apabila pernafasan terhenti, jantung akan terhenti dan mangsa akan

    mati sejurus selepas itu. Bantuan pernafasan mulut ke mulut adalah cara

    tercepat atau terpantas untuk menyampaikan oksigen ke paru-paru

    mangsa.

    Udara yang dihembus mengandungi cukup oksigen utnuk

    sekurang-kurangnya bagi menampung sebahagian daripada keperluan

    mangsa. Pernafasan bantuan perlu diteruskan sehingga mangsa boleh

    bernafas sendiri atau sehingga professional terlatih tiba.

    Prosuder:

    i. Pastikan sama ada mangsa masih bernafas atau tidak.

    Lihat pergerakan dada mangsa dan dengar bunyi

    pernafasan mangsa.

  • 8/10/2019 9. Kecederaan Dalam Sukan

    11/23

    ii. Rasa pernafasan dengan menggunakan pipi anda. Jika

    mangsa masih bernafas dan tidak ada bukti kecederaan

    lain berlaku, guna kaki mangsa untuk menstabilkannya.

    iii. Letak mangsa pada kedudukan pemulihan

    iv.

    Letak mangsa mengiring. Gunakan tanga.

    Jika mangsa masih tidak bernafas, maka berikan satu hembusan nafas

    setiap lima saat. Picit hidung mangsa sehinggah hidung mangsa tertutup

    sepenuhnya. Lekapkan mulut anda ke mulut mangsa. Lakukan resusitasi

    mulut ke mulut. Lihat pergerakan dada. Biarkan paru-paru mengempis di

    antara dua hembusan.

    C : CIRCULATION (Peredaran Darah)

    Tekanan dada mengekalkan edaran darah ke paru-paru, otak,

    arteri koronari dan organ-organ penting yang lain. Apabila tekanan dada

    dijalankan, maka pernafasan bantuan mulut ke mulut juga patut di

    lakukan bersama-sama.

    Prosuder:

    i. Jika tiada tanda-tanda pernafasan normal, batuk atau

    sebarang pergerakan pada pesakit, mulakan tekanan di

    dada.

    ii. Letakan tangan di dada antara dua putting atau bahagian

    ketiga di bawah sternum dan tekan ke dalam 1 ke 2 inci

    pada kadar 80-100 kali seminit.

    iii. Tekan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan

    (lurus dengan mengunci pergerkan siku) dan berat badan

    ditujukan tegak ke bawah. Teruskan dengan duahembusan dan 15 kali tekanan sehingga bantuan

    perubatan tiba.

    iv. Kira tekanan dengan ritma (irama) yang tetap contoh satu

    dan dua dan tiga dan seterusnya lakukan pada empat

    kitar, kemudian periksa nadi dan pernafasan.

  • 8/10/2019 9. Kecederaan Dalam Sukan

    12/23

    v. Jika tiada nadi, teruskan CPR, bermula dengan tekanan

    dada.

    vi. Jika ada nadi tanpa pernafasan, berikan satu pernafasan

    setiap lima saat.

    PERHATIAN

    Nisbah hembusan dan tekanan dalam CPR adalah sama untuk

    kaedah seorang penyelamat dan dua penyelamat. Dalam kaedah dua

    penyelamat, penyelamat yang membuat tekanan di dada berhenti

    sewaktu penyelamat lain memberi bantuan pernafasan.

    9.4 Kecederaan dalam Sukan

    9.4.1 Kecederaan Tisu Lembut

    Tisu lembut dalam badan merangkumi kulit, salur darah, saraf otot,

    tendon, ligamen, kelenjar dan lapisan yang melindungi organ-organ dalam

    tubuh. Kekejangan otot adalah kesakitan yang dialami pada otot-otot besar.

    Keadaan ini disebabkan mekanisma penguncupan otot agonis-antigonis yang

    tidak seiring dan berlaku dalam jangka masa yang lama. Faktor utama yang

    menyebabkan kekejangan otot dehidrasi, kelesuan kronik dan hentakan atau

    pukulan keatas otot-otot. Kekejangan otot boleh diatasi secara melakukan

    regangan statik. Sekiranya kesakitan masih berterusan, hentikan regangan dan

    tamatkan perlakuan aktiviti kerana otot tersebut boleh mengalami kecederaan

    lain akibat komplikasi.

  • 8/10/2019 9. Kecederaan Dalam Sukan

    13/23

    9.4.2 Ketegangan Otot

    Ketegangan otot berlaku apabila fiber-fiber otot mengalami kecederaan.

    Ketegangan otot adalah hasil mekanisme badan melindungi otot-otot tersebut

    daripada kecederaan yang lebih kronik. Otot hamstring ialah otot yang kerap

    mengalami kekejangan. Ketegangan biasanya melibatkan koyakan pada fiber

    otot. Ketegangan otot yang ringan mengakibatkan kesakitan yang amat sangat

    jika terus bergerak aktif. Ketegangan yang lebih serius boleh mengakibatkan

    pendarahan dalam sehingga kita langsung tidak dapat menggerakkan bahagian

    anggota yang mengalami ketegangan tersebut.

  • 8/10/2019 9. Kecederaan Dalam Sukan

    14/23

    9.4.3 Sengal Otot

    Sengal otot ialah fenomena biasa yang dialami jika kita melakukan aktiviti

    fizikal berintensiti tinggi ketika tahap kecergasan masih rendah. Kencederungan

    mengalami sengal otot berkadar terus dengan faktor umur. Menifestasi sengal

    otot ialah kesakitan yang keterlaluan, diikuti dengan kelesuan. Keadaan ini boleh

    dialami sejurus melakukan aktiviti fizikal. Rasa salit ini boleh tertangguh sehingga

    selepas 12 jam melakukan aktiviti fizikal. Sengal otot berlaku disebabkan

    koyakan kecil pada fiber otot, dan sebagai sampingan akibat kekurangan bekalan

    oksigen ke otot semasa beraktiviti. Kecederaan ini dapat dielakkan dengan

    melakukan aktiviti pada intensiti yang bersesuaian dengan tahap kecergasan

    individu.

  • 8/10/2019 9. Kecederaan Dalam Sukan

    15/23

    9.4.4 Luka Calar-Balar (Abraison)

    Boleh melibatkan kecederaan di peringkat luar kulit dan dalam (dihiris

    atau dipotong oleh tulang yang patah) kulit. Jenis-jenis luka terdiri daripada

    abrasi (cakaran pada permukaan kulit) potongan (terkena objek tajam) dan

    tebukan (ditebuk oleh objek yang tajam seperti paku) luka tebukan adalah dalam

    dan boleh mengakibatkan kerosakan salur darah yang serius. Pemerhatian

    kepada langkah-langkah keselamatan semasa beraktiviti adalah cara terbaik

    untuk memelihara diri daripada mengalami luka.

  • 8/10/2019 9. Kecederaan Dalam Sukan

    16/23

    9.4.5 Lebam akibat Kontusi

    Kontusi merujuk kepada hentakan terus objek ke atas permukaan luar

    atau tisu anggota. Sekiranya hentakan kuat, kapilari darah boleh pecah dan

    darah terkumpul ditempat hentakan itu. Warna biru gelap akan terbentuk di

    kawasan kulit sebagai tanda pendarahan dalam yang berlaku. Sekiranya tempat

    yang sama menerima hentakan berulang kali, menandakan kalsium akan

    terbentuk di kawasan tersebut. Struktur anggota yang terlibat kelak menemui

    kesukaran untuk bergerak. Kaedah pencegahan kontusi yang berkesan ialah

    secara melindungi bahagian-bahagian berisiko tinggi dengan penggunaan padseperti di siku dan lutut.

  • 8/10/2019 9. Kecederaan Dalam Sukan

    17/23

    9.4.6 Kecederaan Tisu Keras

    Tisu keras melibatkan semua tulang dan sendi badan. Fraktur tulang

    biasanya disebabkan oleh stress yang tinggi dialami tulang tersebut. Tulang

    panjang, seperti humerus dan femur boleh mengambil masa lebih kurang 6

    minggu untuk sembuh daripada fraktur. Sementara rulang-tulang kecil

    memerlukan tempoh untuk 3-4 minggu untuk sembuh. Kaedah simen adalah

    teknik rawatan yang biasa untuk mengelakkan mobiliti pada tulang yangmengalami fraktur. Sebaik berakhir rawatan simen atau plaster, bahagian tulang

    yang telah sembuh perlu diaplikasikan latihan beban isometrik bagi tujuan

    rehabilitasi.

  • 8/10/2019 9. Kecederaan Dalam Sukan

    18/23

    9.4.7 Dislokasi

    Dislokasi berlaku apabila hujung tulang yang membentuk sendi tercabut

    atau terkeluar daripada tempat lekatannya. Tisu-tisu lembut seperti otot,

    ligament, tendon dan salur darah akan mengalami kecederaan apabila dislokasi

    berlaku. Kecederaan ini sering berlaku di bahagian sendi bahu. Rehat aktif

    digalakkan bagi atlet yang mengalami kecederaan ini. Tahap kecergasan yang

    tinggi serta penguasaan teknik kemahiran yang mantap adalah kaedah

    pencegahan dislokasi yang paling berkesan.

  • 8/10/2019 9. Kecederaan Dalam Sukan

    19/23

    9.4.8 Kecederaan Kepala/ Konkusia

    Konkusi berlaku apabila atlet mengalami hentakan di bahagian kepala.

    Kecederaan ini menyebabkan trauma otak dan koma bagi kes-kes yang kronik.Konkusi biasanya berlaku dalam sukan kontak seperti ragbi, bola sepak, tinju dan

    sukan-sukan tempur. Atlet yang mengalami konkusi biasanya mempamer simtom

    loya dan hilang imbangan seketika. Dalam keadaan tertentu, amnesia (hilang

    ingatan) boleh berlaku untuk tempoh yang singkat. Selain pengsan, tanda-tanda

    fizikal konkusi biasanya tidak jelas kelihatan dan mangsa mesti dirujuk kepada

    pakar perubatan dengan kadar segera. Atlet yang mengalami konkusi mesti

    direhatkan untuk satu tempoh spesifik yang ditetapkan atas nasihat pakar

    perubatan. Konkusi turut di kelaskan sebagai kemalangan. Oleh itu, perhatian

    maksimum terhadap langkah-langkah keselamatan semasa bersukan adalah

    langkah pencegahan yang paling berkesan.

  • 8/10/2019 9. Kecederaan Dalam Sukan

    20/23

    9.4.9 Sprain (Terseliuh)

    Sprain merupakan kecederaan pada ligamen. Ligamen adalah tisu yang

    menghubungkan tulang ke tulang. Strain mungkin terjadi disebabkan jatuh,

    perlanggaran badan dan sebagainya. Sprain dibahagikan kepada tiga peringkat.

    Peringkat ketiga, ligamen putus sepenuhnya. Apa tanda-tandanya? Sakit, lebam,

    keradangan, bengkak, ketidakupayaan menggerakkan anggota badan, sendi

    yang longgar, laxity (kelenturan sendi berlebihan), ketidakstabilan. Antara

    kecederaan ligamen yang biasa didengari seperti anterior cruciate ligament (ACL)

    di lutut. Untuk pengetahuan anda, banyak kes ACL bukan disebabkan bersukan

    atau senaman sahaja, tetapi kes seperti, apabila seseorang ini dipanggil daripada

    belakang, secara spontan dia memusingkan badan dan kepalanya untuk

    menyahut. Dalam masa yang sama dia terlupa bahawa kakinya masih melekat di

    tempat yang sama dan menyebabkan kecederaan pada ligamen lututnya.

  • 8/10/2019 9. Kecederaan Dalam Sukan

    21/23

  • 8/10/2019 9. Kecederaan Dalam Sukan

    22/23

    SHIN SPLINT

    Istilah shin splint merujuk pada kesakitan di sepanjang tulang tibia, tulang besar di

    hadapan kaki. Kesakitan juga mungkin berlaku di bahagian yang lebih rendah termasuk buku

    lali (anterior shin splint) atau di pinggir tulang (medial shin splint). Pernahkah anda berlari atau

    joging untuk satu jangka masa yang lama, mungkin berminggu-minggu dan mula rasa sakit

    dibahagian hadapan tulang kaki? Biasanya shin splint disebabkan penggunaan berlebihan,

    penggunaan kasut yang salah, permukaan yang keras atau teknik latihan yang tidak betul.

    Kecederaan ini sering dikaitkan dengan mereka yang memiliki tapak kaki yang rata.

  • 8/10/2019 9. Kecederaan Dalam Sukan

    23/23