politik dalam sukan

Embed Size (px)

Citation preview

Politik dalam Sukan

Politik dalam sukan menjelaskan wujudnya campur tangan kuasa politik kerajaan dalampengurusan dan pentadbiran sesuatu badansukan.

Kebanyakan pucuk pimpinan badan-badan sukan di negara kita dikuasai oleh ahli-ahli politik dan sektor korporat.Ia boleh mengakibatkan keretakan hubungan antara negara kerana perbezaan ideologi dan iajuga boleh merapatkan hubungan negara-negara serta mewujudkan integrasi nasional.Isu-isu yang sering berlaku adalah seperti perebutan kuasa dalam badan sukan,pemilihan penyertaan atlet dalam sesuatu pertandingan,kemerosotan prestasi atlet dalam sukan,displin atlet dan pegawai serta perkara yang berkaitan dengan pembayaran gaji dan elaun

Kuasa politik memberikan kesan besar terhadapperkembangan dan kemajuan sukan peringkatdunia

Isu-isu politik dalam sukan seringkali terjadikerana perbezaan pendapat.

Menurut Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi: Ahli-ahli politik atau kerabat diraja boleh menyandang jawatan utama dalam sukan asalkan mereka memberikan komitmen tinggi terhadap sukan yang diceburi.

Menurut bekas Perdana Menteri, penglibatan golongan (ahli politik) ini tidak memberi masalah kepada sukan, sebaliknya mereka juga boleh memainkan peranan sebaik golongan profesional atau mereka yang mempunyai latar belakang sukan.

Kesan postitif penglibatan ahli politik dalam sukanSeperti yang diketahui, sesebuah badan sukan yang aktif memang memerlukan pertolongan dari segi kewangan.

Dengan adanya bantuan daripada ahli politik, maka sumber kewangan badan sukan tersebut sedikit sebanyak dapat dipertingkatkan.

Selain itu, badan sukan tersebut juga boleh menggunakan nama ahli politik untuk mendapatkan penaja-penaja yang dapat memberi sumbangan dari segi kewangan.

Secara tidak langsung, dengan adanya sumber kewangan, maka badan sukan tersebut dapat mencari jurulatih-jurulatih yang berkebolehan dan berkemampuan untuk memberi latihan kepada ahli-ahli sukan dalam badan tersebut

Latihan yang profesional dapat membantu dalam mempertingkatkan kejayaan ahli-ahli sukan dan ini juga dapat akan membantu dalam meningkatkan kebolehan mereka untuk mendapatkan johan dalam pelbagai pertandingan sukan.

Apabila terdapatnya pertandingan yang melibatkan pertandingan antarabangsa seperti sukan ASEAN sebagainya, ahli-ahli politik akan dihantar ke luar negara untuk mengadakan persahabatan dengan negara lain

Perhubungan yang baik antara negara akan dapat membantu badan sukan dalam negara ini mendapat pelbagai maklumat bagaimana hendak mempertingkatkan prestasi sesebuah badan sukan dan sebagainya.

Selain, kebanyakan pemimpin dalam persatuan sukan yang ada sekarang kurang arif dalam menyelesaikan masalah politik dalaman dan ini akan memberi kesan yang negatif kepada pengerakan persatuan tersebut.

Sekiranya persatuan sukan ditadbir oleh ahli politik, maka perkara seperti itu tidak akan berlaku kerana mereka arif dalam menyelesaikan masalah dalaman.

Kesan negatif penglibatan ahli politik dalam sukanTerdapat sesetengah ahli politik yang suka benar memegang pelbagai jawatan dalam persatuan sukan dan belia. Ini kerana mereka tahu jawatan-jawatan tersebut sudah tentu dapat mempopularkan nama mereka selain ianya juga boleh digunakan untuk membantu mereka ketika pemilihan parti dan pilihanraya umum.

Keterlibatan ahli politik dalam

menerajui sesuatu persatuan kadang-kadang akan menjejaskan penumpuan mereka mentadbir negeri dan negara.

Selain itu ianya juga menjejaskan

persatuan-persatuan itu sendiri kerana pemimpin ini juga sibuk dengan urusan pentadbiran kerajaan dan politik.

Malah kadang-kadang persatuan-

persatuan terjejas kerana urusan politik dicampuradukkan dengan urusan persatuan

Akhirnya kedua-dua jawatan iaitu

jawatan kerajaan dan persatuan diabaikan oleh kerana kesuntukan masa dan kurangnya penumpuan.

Lawn Tennis Association Of Malaysia LTAM LTAM gagal memberikan peluang

kepada pemain tempatan untuk bertanding di dalam BMW Malaysian Open. Hanya seorang pemain tempatan diberikan wild card walaupun telah diberikan dua tiket wild card.

Keputusan LTAM tidak memberikan tempat

wild card kepada pemain tenis wanita terbaik Malaysia iaitu Jawariah Noordin dengan alasan Jawariah Noordin enggan mewakili negara di Sukan Komanwel di New Delhi. Walau bagaimanapun, ayah kepada Jawariah telah mengesahkan Jawariah tidak cedera pada tempoh itu ataupun enggan mewakili negara, sebaliknya LTAM yang enggan menghantar Jawariah ke Sukan Komanwel.