29
Ini perlu dikaji dan jalan keluar perlu dicari untuk membetulkannya supaya nampak lebih sihat. Salah satu tempat yang perlu dilihat ialah di sekolah-sekolah. Dasar setiap murid perlu mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam satu sukan kalau dilaksanakan dengan gigih lambat laun akan memulihkan keadaan yang ada. Dasar ini bertepatan dengan usaha kita untuk membina rakyat yang saling menghormati di antara satu sama lain ke arah membentuk sebuah negara yang aman damai. Penyertaan dalam sukan yang lebih menyeluruh akan memudahkan pemilihan atlet-atlet yang berbakat dalam semua sukan yang dipraktiskan di sekolah. Dasar yang mempunyai serampang dua mata ini perlu dilihat supaya dilaksanakan oleh semua pihak dan bukan hanya saranan dari Menteri atau Ketua Setiausaha atau Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sahaja. Kebanyakan dari kita bersetuju bahawa sukan boleh memainkan peranan untuk menyatupadukan rakyat negara ini. Tetapi bersetuju sahaja tanpa melakukan apa-apa yang wajar ataupun mengetepikan apa yang telah terpahat sebagai dasar tidaklah membawa apa-apa makna. Seperti yang berlaku sekarang bila mana mata pelajaran pendidikan jasmani yang wajib tetapi dikorbankan untuk subjek lain yang dianggap lebih penting dalam mencapai kecemerlangan peperiksaan. Kecemerlangan peperiksaan ini menjadi ukuran kepada untung nasib pengetua atau guru besar sama ada berjaya naik pangkat atau sebaliknya. Ini juga perlu dilihat semula.

Perpaduan dalam sukan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Sukan dapat mengekalkan perpaduan dalam kalangan masyarakat yang majmuk. Hal ini dapat menunjukkan imej yang baik dimata dunia.

Citation preview

Ini perlu dikaji dan jalan keluar perlu dicari untuk membetulkannya supaya nampak lebih sihat.Salah satu tempat yang perlu dilihat ialah di sekolah-sekolah. Dasar setiap murid perlu mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam satu sukan kalau dilaksanakan dengan gigih lambat laun akan memulihkan keadaan yang ada. Dasar ini bertepatan dengan usaha kita untuk membina rakyat yang saling menghormati di antara satu sama lain ke arah membentuk sebuah negara yang aman damai. 

Penyertaan dalam sukan yang lebih menyeluruh akan memudahkan pemilihan atlet-atlet yang berbakat dalam semua sukan yang dipraktiskan di sekolah. 

Dasar yang mempunyai serampang dua mata ini perlu dilihat supaya dilaksanakan oleh semua pihak dan bukan hanya saranan dari Menteri atau Ketua Setiausaha atau Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sahaja.

Kebanyakan dari kita bersetuju bahawa sukan boleh memainkan peranan untuk menyatupadukan rakyat negara ini. Tetapi bersetuju sahaja tanpa melakukan apa-apa yang wajar ataupun mengetepikan apa yang telah terpahat sebagai dasar tidaklah membawa apa-apa makna. 

Seperti yang berlaku sekarang bila mana mata pelajaran pendidikan jasmani yang wajib tetapi dikorbankan untuk subjek lain yang dianggap lebih penting dalam mencapai kecemerlangan peperiksaan. Kecemerlangan peperiksaan ini menjadi ukuran kepada untung nasib pengetua atau guru besar sama ada berjaya naik pangkat atau sebaliknya. Ini juga perlu dilihat semula.

Sementara di Malaysia, banyak ekolah sudahpun selesai menganjurkan Kejohanan Olahraga Tahunan masing-masing dan acara-acara balapan diadakan sepenuhnya. 

Perkara ini juga perlu diteliti.Minggu ini sekolah sedang bercuti selama satu minggu. Sebagaimana kebiasaan temasya sukan anjuran MSSM akan diadakan. Ini adalah untuk mengelakkan murid-murid yang mengambil bahagian

terjejas dengan pelajaran masing-masing kalau kejohanan ini diadakan di luar dari cuti sekolah. 

Kita perlu bersetuju mengenai perkara ini. Apa yang ingin saya utarakan ialah kemungkinan membawa cuti satu minggu pada awal tahun ini untuk digabungkan dengan cuti pada pertengahan tahun menjadi tiga minggu semuanya. Semua kejohanan MSSM yang diadakan pada cuti awal tahun dianjakkan semasa cuti pertengahan tahun. Sekali gus membolehkan atlet-atlet muda ini berlatih dalam masa yang lebih lama sebelum mengambil bahagian. Kita baru sahaja cuti Tahun Baru Cina pada pertengahan bulan Februari dan banyak sekolah yang mengambil cuti satu minggu sempena dengan perayaan tersebut.

Usaha-usaha Mewujudkan Perpaduan Kaum di Malaysia

Isu perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-sama oleh semua pihak. Sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat, nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya dan negara amnya. Oleh sebab itu, pelbagai usaha perlu diambil bagi memupuk dan membaja agar perpaduan terus subur dan mewangi dalam kehidupan masyarakat.

Usaha pertama untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah denganmengadakan aktiviti gotong-royong. Aktiviti gotong-royong merupakan saluran dan peluang kepada masyarakat di sesuatu kawasan perumahan untuk bertemu dan mengenali antara satu sama lain. Di samping itu, aktiviti ini dapat memupuk semangat bekerjasama untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman mereka sesuai dengan slogan Negara Bersih Rakyat Sihat. Sebagai contoh, aktiviti gotong-royong yang boleh dijalankan ialah membersihkan kawasan perumahan, taman permainan, tanah perkuburan dan sebagainya. Seterusnya, aktiviti gotong-royong dapat meringankan serta memudahkan kerja yang sukar dilakukan ibarat kata peribahasa yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing serta ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni.

Selain itu itu, perpaduan kaum di Malaysia boleh dicapai dengan meraikan sambutan perayaan kaum-kaum di Malaysia secara bersama-sama. Melalui aktiviti kunjung-mengunjung yang dilakukan akan dapat mengeratkan silaturahim antara jiran serta rakan daripada pelbagai kaum. Sebagai contohnya, sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali merupakan perayaan utama yang boleh diraikan oleh seluruh masyarakat pelbagai kaum. Melalui kunjungan sambutan perayaan sesuatu kaum dapat menerbitkan perasaan hormat-menghormati terhadap adat dan kepercayaan kaum lain. Di samping itu, budaya ini dapat mengukuhkan perpaduan akibat kurangnya syak wasangka antara kaum di Malaysia. Sekiranya perkara ini dapat dipraktikkan nescaya masyarakat Malaysia akan mampu menghadapi apa-apa sahaja cabaran yang datang dari luar atau masyarakat antarabangsa, ibarat kata peribahasa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat serta bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Seterusnya, aktiviti sukan dan permainan yang dijalankan boleh mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia. Sukan dan permainan yang dijalankan dapat dijadikan tali penghubung atau gelanggang pertemuan pelbagai kaum diMalaysia. Dalam hal ini, satu perkara yang perlu diselesaikan adalah dengan memecahkan monopoli sukan dan permainan yang dikuasai oleh sesuatu kaum sahaja seperti permaian bola keranjang, ping pong, sepak takraw dan sebagainya.

Kita berharap pada suatu masa nanti pasukan bola keranjang negara misalnya, mampu diwakili pelbagai kaum di Malaysia dan bukan sahaja dimonopoli oleh kaum Cina sahaja. Dalam konteks ini, sukan bola sepak, badminton, hoki dapat dijadikan contoh dan teladan. Dengan bermain bersama-sama dalam sesuatu sukan dan permainan serta seterusnya mewakili pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa, akan dapat menanamkan semangat cinta akan negara. Usaha ini tentu dapat mengharumkan nama negara sekali gus meningkatkan imej negara di peringkat antarabangsa.

Sebagaimana yang semua telah ketahui tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat kemerdekaan negara. Sambutan Hari Kebangsaan sesungguhnya membuka satu lagi jalan dalam usaha memupuk perpaduan di Malaysia. Pada kebiasaannya, pelbagai kaum akan menyertai upacara sambutan tersebut pada setiap tahun. Melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan nescaya dapat menambahkan ukhwah dan permuafakatan antara masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Di samping itu, penghayatan tema sambutan Hari Kebangsaan, misalnya Keranamu Malaysia diharap dapat menanam semangat cinta akan negara sekali gus mengukuhkan amalan peribahasa di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Sesungguhnya, semua kaum di Malaysia perlu memahami bahawa kemerdekaan yang digapai pada hari ini perlu dijaga kerana Malaysia hanya satu, dan tiadak ada duanya. Peribahasa hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baiklah di negeri sendiri perlu direnungi oleh setiap warganegara Malaysiaagar perpaduan bukanlah menjadi duri dalam daging dalam usaha negara mencapai Wawasan 2020.

Intihanya, semua pihak perlu sedar akan pentingnya memupuk dan menjaga perpaduan masyarakat di negara kita. Sesungguhnya, sekali kita leka dan lali serta memandang enteng akan perpaduan kaum, nescaya kita akan menyesal untuk selama-lamanya kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dan tindakan buruk padahnya. Kini, kita berada dalam era globalisasi dan liberalisasi.Pelbagai usaha dijalankan adalah demi menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupun terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigih dan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab dan bersifat proaktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan kaum dan integrasi nasional akan tercapai dengan restu dan perkenan Tuhan Yang Maha Berkuasa.

SERINGKALI ketika berlangsungnya temasya sukan yang besar, masing-masing sanggup bersengkang mata untuk menonton dan memberikan sokongan walaupun di depan televisyen ataupun di pelbagai lokasi strategik seperti kedai makan.

Baik sukan bola sepak Piala Dunia ataupun bola sepak liga Inggeris, Sepanyol dan Itali; lumba kereta F1, dan bola keranjang; penyokongnya bukan sekadar di stadium atau litar perlawanan tetapi juga ditonton merata dunia. Ini menunjukkan setiap sukan ada penyokong dan peminatnya.

Sukan Olimpik juga tidak terkecuali lebih-lebih lagi apabila jaguh sukan negara turut bertanding. Sorakan demi sorakan diberikan atas nama wakil negara tercinta, Malaysia. Bergegarnya ruang di luar kadang-kadang lebih meriah dari dalam stadium apatah lagi ia diadakan di London sudah pasti turut menjadi keterbatasan sokongan yang mahu diberikan.

Sekiranya ia diadakan di Malaysia, saya percaya stadium akan dipenuhi untuk memberikan sokongan kepada Datuk Lee Chong Wei ataupun Khairul Anuar mahupun Mohd. Azizulhasni Awang serta Pandelela Rinong, Noraseela Mohd. Khalid, Nur Suryani Mohd. Taibi dan Peng Kean Yu. Malaysia diwakili oleh 30 atlet dalam sembilan acara sukan di London 2012.

Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan, kepercayaan dan batasan yang boleh menghalang interaksi antara pemain, penyokong, pengurusan dan massa.

Zaman bola sepak negara tahun 1980-an pasti tidak akan lupa kepada Allahyarham Mokhtar Dahari, Hassan Sani, V Arumugam, Soh Chin Aun, James Wong, Torai Raju, Wan Jamak, V Gunalan, Zainal Abidin dan Khalid Ali.

Walaupun tidak dinafikan sukan juga menjadi ancaman provokasi perkauman sebagaimana yang berlaku dalam liga bola sepak luar negara, namun seringkali kita melihat sukan akan menjadi alat perpaduan dalam kalangan masyarakat umum walaupun mempunyai pelbagai perbezaan termasuk fahaman politik masing-masing.

Ketika Perang Dunia Kedua, sukan menjadi alat untuk mengetepikan perbezaan masing-masing dan tempat penyatuan negara-bangsa yang boleh bersama walaupun mempunyai latar belakang pemerintahan dan struktur tadbir-urus berbeza.

Sukan diakui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa ia merupakan medium perpaduan negara dan ia dekat dengan diri beliau yang gemar sukan bola sepak. Najib pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan pada 1986 sehingga 1990 yang juga melihat perkembangan pesat dalam proses membangun dan meningkatkan tahap aktiviti dan penyertaan sukan dalam kalangan masyarakat.

Dasar Sukan Negara yang menjadi asas memurnikan dan memakmurkan dunia sukan terbentuk sewaktu Najib memimpin Kementerian Belia dan Sukan.

Beliau juga menjadi 'penggerak' dalam mengkaji semula fungsi Majlis Sukan Negara untuk melahirkan atlet bermutu dan berkualiti. Beberapa insentif dan skim diperkenalkan termasuklah untuk jurulatih, atlet dan staf sebagaimana menyediakan biasiswa sukan dalam dan luar negara. Ini tidak ketinggalan program di peringkat sekolah seperti program Kem Bakat dan Tunas Cemerlang untuk mengenal pasti kebolehan bersukan dari peringkat awal lagi.

Penglibatan Najib dalam sukan bersifat menyeluruh. Di samping mengutamakan dasar dan pembentukan agenda pembangunan sukan, Malaysia juga berjaya dari penganjuran sukan di bawah kepimpinan beliau. Ini termasuklah Sukan Malaysia (Sukma) yang diperkenalkan olehnya

dan kini menjadi temasya sukan terbesar dalam negara. Sukma XV baru-baru ini diadakan di Pahang bertemakan 'Sukan Menjana Perpaduan'.

Begitu juga dengan kejayaan menganjur Sukan SEA 1989 yang melihat Malaysia memenangi pingat emas terbesar (69 pingat emas) untuk sukan itu; yang juga merupakan pencapaian terbaik yang pernah diduduki oleh Malaysia di arena antarabangsa.

Di samping itu, dalam sukan badminton, Malaysia melayakkan diri dalam perlawanan akhir Piala Thomas 1988 dan 1990; sejarah yang masih terpahat dalam pencapaian secara keseluruhan aktiviti sukan negara. Sumbangan Najib diiktiraf di dalam negara apabila menerima Anugerah Emas Kepimpinan SAM-Benson & Hedges 1983 sebagai menghargai sumbangan dalam dunia sukan.

Najib juga pernah dianugerahkan Ijazah Kehormat Sains Sukan dari Akademi Sukan Amerika Syarikat kerana kewibawaan serta usaha berterusan untuk meningkatkan tahap pembangunan sukan tempatan dan antarabangsa sepanjang mentadbir Kementerian Belia dan Sukan.

Peranan kepimpinan arus perdana amat penting dalam menerokai alam sukan sebagai alat perpaduan di samping nilai komersial lain. Yang nyata, sokongan berterusan ke atas sukan akan membolehkan kepelbagaian negara turut menjadi tumpuan. Ia boleh dibangunkan sebagai satu industri yang membawa pulangan besar kepada negara dalam jangka panjang terutama dalam sektor pelancongan dan pelaburan.

Pemikiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melangkaui zaman dengan memperkenalkan litar kereta F1 di Malaysia, menjadi penganjur lumba basikal Tour de Langkawi, mengelilingi dunia dengan kapal layar, dan pendakian Gunung Everest; menyemarakkan semangat 'Malaysia Boleh'. Imej negara terpapar di seluruh dunia dan kesemua ini hanya dapat dilakukan jika negara terus kekal stabil, masyarakatnya tidak terhakis semangat jati diri dan berjiwa Malaysia.

Perpaduan dalam negara yang rencam menjadi indikator penting agar sukan tidak menjadi alat politik tetapi menjadi alat 'penghubung' keseluruhan warganya.

Sukan sebagai alat perpaduan harus diketengahkan dengan lebih tersusun di pelbagai ruangan termasuk sekolah dan kawasan penempatan.

Pencapaian di kesemua peringkat yakni kampung, daerah, negeri dan nasional serta antarabangsa mesti diperluaskan supaya Malaysia akan menjadi gah sebagaimana Jepun dan Korea Selatan yang satu ketika dahulu di belakang Malaysia. Mutu pencapaian di peringkat antarabangsa banyak bergantung kepada organisasi dan bukan semata-mata atlet yang terlibat.

Apa gunanya atlet memiliki keupayaan dan kecergasan tetapi permusuhan dalam organisasi menyebabkan atlet hilang motivasi dan keazaman. Keistimewaan seseorang dalam sukan jangan disekat hanya kerana kepentingan diri ke atas kedudukan dalam organisasi.

Maka, perpaduan bukan sekadar dalam kalangan masyarakat; tetapi juga segenap lapisan stratifikasi kepimpinan dan organisasi sukan agar perpaduan tidak dikompromi tetapi dijadikan sebagai benteng pembinaan jati diri menyeluruh.

Ini kerana sukan merupakan antara mekanisme penting dalam melentur semangat 'kekitaan'.

Misalnya, anugerah Kalung Perpaduan kepada Kelab Sukan Sportsunite oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) menunjukkan komitmen kerajaan dalam meningkatkan tahap penerimaan ke atas konsep Satu Malaysia.

Yang penting adalah usaha menganjurkan karnival sukan termasuklah badminton, hoki, futsal, bola sepak, boling, bola jaring, ping pong, taekwando, bola keranjang dan kabadi. Perpaduan sebegini boleh diperpanjangkan ke dalam kehidupan harian kita.

Dalam membangunkan prestasi sukan, ia sekali gus juga dapat memaparkan usaha memupuk penerimaan ke atas kepelbagaian sukan yang wujud dari masyarakat pelbagai etnik. Sukan mampu memecah tradisi dominasi oleh sesuatu etnik terutama dengan penampilan 'kemajmukan' bukan sahaja dari segi penyertaan tetapi lebih dari itu, menghargai dan mencipta 'semangat satu negara, satu Matlamat'.

Sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi cergas, sihat bukan sahaja dari segi fizikal dan rohani tetapi keupayaan mengukuhkan kesejahteraan pelbagai masyarakat dalam memastikan perpaduan terus utuh juga mampu menjadi sebahagian dari proses meraikan kepelbagaian kelompok etnik yang ada di negara ini.

Sukan adalah 'penjana' dalam mempertahankan keharmonian, kemuafakatan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat negara ini di bawah prinsip 1Malaysia.

Apabila Chong Wei melangkah masuk ke gelanggang badminton pertandingan akhir sukan Olimpik, apakah yang mahu kita lihat; bukankah kejayaan memenangi pingat emas pertama dalam sejarah penyertaan Malaysia di Sukan Olimpik?

Sokongan padu dan harapan setiap warga Malaysia pasti akan dihargai oleh beliau kerana Chong Wei bukan sekadar mewakili dirinya tetapi beliau juga menjunjung semangat jati diri 28 juta populasi Malaysia.

Beliau dan atlet lain adalah milik Malaysia sebagaimana kita mempunyai tanggungjawab mempertahankan apa sahaja yang boleh mengancam keselamatan negara, biarlah 'yang ringan sama dijunjung, yang berat sama dipikul' kerana kita rakyat Malaysia. Ia boleh dimanfaatkan secara berterusan melalui sukan.

DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN

PENGENALAN

Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara keseluruhannya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.

Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan & kemajuan negara. Sejak merdeka lagi, kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini. Tanpa perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan.

DASAR PERPADUAN

Dalam membentuk perpaduan kaum, kerajaan perlu menjalankan dasar perpaduan supaya rakyat Malaysia menjadikan dasar ini sebagai pegangan mereka dalam mencapai perpaduan kaum yang harmoni. Dasar perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu:

1) Integrasi

Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.

2) Asimilasi.

Manakala asimilasi pula ialah satu proses bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar.

DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN

1) DASAR PENDIDIKAN – FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

2) AKTA BAHASA KEBANGSAAN- Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

3) DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

4) SUKAN ALAT PERPADUAN

DASAR PENDIDIKAN: Sistem pendidikan yang berbeza.

-Punca masalah perpaduan-

1) Jika kita lihat pada zaman British dahulu, sistem pendidikan kita berpandukan dasar pendidikan British pada abad ke-19. Sistem ini hanya dijalankan di Negeri-negeri Selat (Melaka, Pulau Pinang & Singapura). Negara kita dahulu terikat dengan pendidikan yang dijalankan oleh penjajah iaitu British yang mementingkan pendidikan untuk kepentingan mereka sendiri.

2) Pada zaman itu, pihak British memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan Inggeris. Pendidikan untuk orang Melayu diberikan untuk diberi jawatan rendah kerajaan sama ada sebagai kerani atau guru. Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan berkembang secara sendirian. Pendidikan ini dikenali sebagai pendidikan vernakular.

3) Pendidikan kaum Cina menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar, gurunya & buku teks didatangkan dari China. Mereka mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri.

4) Pendidikan kaum India menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah. Kebanyakan sekolah Tamil ini terletak di kawasan ladang getah atau kopi.

5) Sekolah Inggeris pula dianggap sistem persekolahan yang unggul pada zaman penjajahan British. Sekolah ini terdedah dengan budaya pemikiran Barat. Tambahan pula, sukatan pembelajaran pelajaran juga tidak sama dengan sistem pendidikan sekolah lain menyebabkan perpecahan perpaduan kaum berlaku.

Jelas sekali bahawa British sengaja mengasingkan sistem pendidikan antara semua kaum supaya perpaduan kaum tidak berlaku. Jika perpaduan kaum berlaku, akan wujud kesedaran berpolitik antara kaum dan sekali gus menggugat penjajahan British di Tanah Melayu. Pihak

Inggeris tidak memberatkan objektif perpaduan dalam sistem pelajarannya. Tidak ada satu dasar pendidikan kebangsaan sepertimana yang kita lihat hari ini. Yang penting bagi mereka ialah memberi pelajaran kepada segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi. Kesimpulannya, perbezaan sistem pendidikan menyebabkan perpaduan kaum sukar wujud suatu ketika dahulu.

DASAR PENDIDIKAN: PENENTU PERPADUAN KAUM.

Dasar pendidikan kerajaan yang mentadbir penting dalam membentuk perpaduan kaum di negara kita. Bermula dengan Laporan Barnes ketika zaman penjajahan British dahulu sehinggalah ke Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dijalankan kini. Berikut telah saya sediakan kronologi dasar-dasar pendidikan kerajaan sejak dahulu:

1) Pada peringkat permulaan, kerajaan British telah memperkenalkan Laporan Barnes pada 1950 sebelum negara ini ingin mencapai kemerdekaan. Tujuannya ialah supaya Tanah Melayu boleh berkerajaan sendiri dengan perpaduan kaum yang berlaku. Tambahan pula, tentangan kuat komunis pada masa itu menyebabkan British khuatir kaum-kaum di negara ini akan terpengaruh dengan komunis sekali gus menyebabkan huru-hara. Laporan Barnes mencadangkan bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar pada peringkat sekolah rendah serta bahasa Inggeris pada peringkat sekolah menengah & peringkat yang lebih tinggi. Cadangan ini diharapkan dapat merapatkan jurang komunikasi antara kaum serta merapatkan hubungan mereka.

2) Masyarakat Cina menentang cadangan ini kerana dikatakan menggugat bahasa ibunda mereka. Masyarakat Cina mencadangkan Laporan Fenn-Wu supaya sekolah vernakular Cina dikekalkan walaupun mereka bersetuju dengan sistem pendidikan kebangsaan.

3) Ordinan Pelajaran 1952 kemudiannya diperkenalkan dengan mengambil kira kedua-dua laporan di atas. Walau bagaimanapun, ordinan ini tak dapat dijalankan kerana tentangan masyarakat Cina & India, kekurangan kewangan & ancaman komunis.

4) Selepas itu, kerajaan yang dipelopori penduduk Tanah Melayu, Parti Perikatan telah memperkenalkan Penyata Razak 1956 dengan mengemukakan sistem persekolahan yang sama & penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan. Penyata ini bertujuan menyuburkan semangat perpaduan kaum.

5) Kemudian, Laporan Rahman Talib diperkenalkan yang menekankan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan & ia menjadi Akta Pelajaran 1961. Jawatankuasa Kabinet telah mengkaji keberkesanan sistem pendidikan serta mempertingkatkan kualitinya dengan pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) & Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

6) Jika kita lihat pada sistem pendidikan kini, kerajaan telah melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasar ini penting dalam memupuk perpaduan kaum & integrasi nasional.

Sebagai intiha, dasar pendidikan yang kerajaan jalankan menitikberatkan dasar dalam membentuk perpaduan. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini & kajian sejarah yang diperoleh, DASAR PENDIDIKAN MEMBENTUK PERPADUAN KAUM.

BAGAIMANA PENDIDIKAN BOLEH MEMBENTUK PERPADUAN

Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas Perang dunia Kedua ialah mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu, yakni masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia.

Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor unggul dalam membina kerakyatan yang tunggal telah lama disedari. Berikut merupakan cara bagaimana sistem pendidikan boleh membentuk perpaduan:

1) Sistem persekolahan yang sama bagi semua

Pada asasnya Laporan Razak mencadangkan penubuhan sekolah-sekolah umum yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantarnya dan sekolah-sekolah jenis umum menggunakan bahasa pengantar Cina, Tamil dan Inggeris. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa untuk perpaduan jelas dinyatakan. Laporan ini telah menjadi rujukan sebagai dasar pendidikan kerajaan sehingga kini & bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar di semua peringkat sekolah.

2) Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.

Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa harmoni antara kaum di negara ini.

3) Kurikulum yang sama

Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendukung cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukun Negara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara (modal insan).

4) Sukatan pelajaran yang seragam

Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak adalah dianggap sebagai salah satu asas sistem pelajaran kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara.

Mata pelajaran Sejarah memainkan peranan penting ke arah matlamat pembangunan. Melalui pelajaran Sejarah diharapkan dapat membina semangat perpaduan dan perasaan hormat menghormati terutama dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan adat resam. Sukatan pelajaran yang seragam membolehkan pandangan dunia (world view) setiap kaum di Malaysia hampir sama & tidak mewujudkan perselisihan dalam persefahaman.

5) Peperiksaan yang seragam

Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama.

Jika kita lihat sekarang, dasar pendidikan yang dijalankan kerajaan kini menampakkan hasilnya. Oleh itu, ditekankan bahawa pendidikan menjadi alat membentuk perpaduan kaum. Belajar & kajilah sejarah untuk mendapatkan manfaat berguna & meningkatkan kualiti hidup kita. Kita sepatutnya mencontohi Dr. Mahathir Mohamad yang rajin membaca & mengkaji bahan sejarah serta berjaya menaikkan nama Malaysia di persada dunia dengan kekuatan pembacaannya.

AKTA BAHASA KEBANGSAAN- Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Akta ini diluluskan pada tahun 1967. Akta ini memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan & menjadi jaminan kepada perpaduan rakyat Malaysia. Pada tahun 1982, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di sekolah dan menjadi bahasa yang digunakan di mahkamah pada 1990.

Akta ini mewujudkan penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain tanpa menimbulkan rasa curiga.

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Dasar ini menjadi panduan pembentukan & pengekalan identiti rakyat Malaysia.

Objektif dasar ini dijalankan adalah untuk mengukuhkan perpaduan melalui kebudayaan. Sebagai contoh, kerajaan telah menjalankan perarakan Citrawarna Malaysia pada tahun 2001 yang menyaksikan persembahan pelbagai budaya kaum masing-masing. Selain itu, tujuannya juga ialah memelihara keperibadian kebangsaan & meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia.

SUKAN ALAT PERPADUAN

Dasar ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotik rakyat. Majlis Sukan-Sukan Malaysia (MSSM) yang ditubuhkan pada peringkat sekolah & Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) adalah contoh dasar ini. Ia mengeratkan perpaduan kaum & hubungan antara negeri.

Jika kita lihat sekarang ini, Sukan Olimpik Beijing yang berlangsung telah menyemarakkan semangat patriotik rakyat negara kita. Pelbagai kaum bersatu padu memberi sokongan & dorongan untuk membolehkan Malaysia mendapat pingat.

Terbaru ini, Lee Chong Wei telah mara ke suku akhir & menjadi harapan rakyat untuk mendapatkan pingat emas pertama Malaysia.

TARGET NEGARA MAJU 2020

Idea wawasan ini digagaskan oleh Perdana Menteri kita yang ke-4, Datuk Seri Mahathir Mohamad pada 28 Februari 1991. Idea ini dicelup daripada sejarah kemajuan Jepun iaitu ketika zaman pemerintahan Mikado Meiji, beliau telah menetapkan dalam masa 30 tahun pemerintahannya, Jepun menjadi negara maju setanding dengan negara maju lain.

Kita lihat bagaimana seorang pemimpin kita seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kuat membaca & mengkaji sejarah telah mengaplikasikannya dalam memajukan negara kita. Beliau

mempunyai pandangan yang jauh & bijak mentadbir negara. Beliau menetapkan tahun 2020 negara Malaysia akan menjadi negara industri yang maju di dunia.

Target:

Menjadikan Malaysia sebagai negara industri maju dengan menggunakan acuan tersendiri setanding negara-negara maju dunia. Kemajuan yang diharapkan bukan seperti di negara-negara maju di Barat yang menitikberatkan kemajuan fizikal tetapi menekankan kemajuan bersepadu.

Kemajuan bersepadu yang dimaksudkan ialah perpaduan rakyat, kestabilan politik, ketinggian taraf hidup, kekukuhan nilai moral & etika, kekukuhan sistem kerajaan, ketinggian maruah bangsa serta semangat keyakinan bangsa.

Sebagai rakyat jelata, kita perlulah mencapai target Wawasan 2020 ini dalam menjadikan Malaysia sebagai negara industri maju setanding dengan negara-negara maju lain di dunia.

Oleh itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada zaman pemerintahannya telah menetapkan 9 cabaran yang perlu ditempuhi negara dalam mencapai status negara maju.

Dengan mengetahui kelemahan-kelemahan yang perlu kita atasi, mudahlah bagi kita membuat ‘checklist’ bagi cabaran yang diatasi untuk merealisasikan Wawasan 2020.

1. Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu

2. Membina bangsa yang berjiwa bebas, tenteram & berkeyakinan.

3. Memupuk & membina masyarakat demokratik yang matang.

4. Mewujudkan masyarakat yang bermoral & beretika.

5. Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal & bertoleransi.

6. Membina masyarakat yang maju & saintifik.

7. Masyarakat yang berbudaya penyayang.

8. Menjamin masyarakat yang adil & saksama ekonominya.

9. Memupuk & membina masyarakat makmur.

Bagi mencapai status negara maju, perpaduan menjadi tunjangya & dingatkan bahawa PERPADUAN TERAS KEJAYAAN negara.

KEJAYAAN MALAYSIA DALAM MEMBENTUK PERPADUAN PADA MATA DUNIA

Datuk Seri Abdullah Badawi berkata, Malaysia kini dijadikan contoh kajian oleh Universiti Cambridge atas kejayaannya mewujudkan perpaduan pelbagai kaum.

PERANAN SUKAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN DI MALAYSIA

Bidang sukan bukan sahaja medan melahirkan ahli sukan semata-mata, tetapi sebenarnya juga berperanan menjadi landasan memupuk perpaduan antara kaum.Ini kerana sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan, kepercayaan dan batasan yang bolehmenghalang interaksi antara pemain, penyokong, pengurusan dan masa. Sukan mampu memecahtradisi dominasi oleh sesuatu etnik terutama dengan penampilan 'kemajmukan' bukan sahaja darisegi penyertaan tetapi lebih dari itu, menghargai dan mencipta 'semangat satu negara, satumatlamat'.Bermula di peringkat sekolah, setiap sekolah pastinya akan mengadakan KejohananOlahraga Tahunan pada setiap tahun. Pada kejohanan ini, semua pelajar akan dibahagikan

kepada empat atau lima kumpulan besar atau dipanggil “rumah sukan” secara rawak di mana

setiap rumah sukan itu bukan sahaja akan terdiri daripada pelajar-pelajar yang berlainan umur (daripada Darjah 1 hingga Darjah 6) atau (daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5) malahterdiri daripada para pelajar yang berlainan kaum. Setiap ahli rumah sukan diberikan peluanguntuk mengambil bahagian dan mewakili rumah sukan masing-masing dalam mana-mana acarasukan yang dipertandingkan mengikut kategori umur (acara bawah 15 tahun atau acara bawah 17tahun). Tiada acara sukan yang dipertandingkan mengikut kaum atau agama masing-masing.Begitu juga dengan rakan-rakan penyokong serta guru-guru penasihat rumah sukan yang akanmenyorak memberi sokongan kepada atlet-atlet rumah sukan masing-masing tanpa mengira bangsa mereka.Pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan di semua sekolah di Malaysia menjadi penggerak utama perpaduan pelajar berbilang kaum di negara ini.. Dasar tersebut dibuat setelah terbukti bahawa sukan boleh menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara kita. Menurut kataTimbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Asariah Meor Shaharuddin, dengan menceburi bidang sukan, akan dapat memupuk semangat setiakawan dan berpasukan terutamanya dalamkalangan masyarakat majmuk di negara kita di samping mampu melahirkan atlit yang berkaliber sehingga ke peringkat antarabangsa.Seterusnya, melalui Kejohanan Peringkat MSSM yang dianjurkan juga mampumemperlihatkan peranan sukan sebagai medium dalam membentuk perpaduan kaum. Kejohanan

3

ini hanya terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah bantuan kerajaan bawah umur 18 tahun. Selainitu, kejohanan ini selalunya disertai oleh berpuluh-puluh sekolah termasuklah SekolahKebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina serta Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK)Tamil. Ketika kejohanan ini berlangsung, bukan sahaja kita dapat melihat atlet-atlet yang berlatarbelakangkan daripada pelbagai kaum beraksi untuk sekolah mereka malah kita dapatmelihat kedudukan khemah-khemah setiap sekolah yang disusun sebelah menyebelah yangdisusun secara rawak atau secara cabutan undi tanpa mengira jenis sekolah. Keadaan inimembuka peluang kepada para atlet sekolah serta guru pengiring untuk berkenalan danmenambah kenalan dengan atlet-atlet daripada sekolah-sekolah lain terutamanya atlet daripadaSekolah Jenis Kebangsaan. Bukan itu sahaja, kita juga dapat melihat kerjasama antara pegawai- pegawai kejohanan dalam memastikan kejohanan tersebut berjalan dengan lancar di manamereka ini telah dilantik berdasarkan ilmu serta kemahiran mereka dan bukannya berdasarkan bangsa mahupun agama mereka.Selain kejohanan di peringkat sekolah, kita juga mempunyai Sukan Malaysia atau secararingkasnya SUKMA. SUKMA adalah satu acara sukan peringkat kebangsaan di bawah anjuranMajlis Sukan Negara Malaysia, Majlis-Majlis Sukan Negeri, Majlis Sukan Sekolah SekolahMalaysia (MSSM), Majlis Sukan Universiti Malaysia, dan Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia.SUKMA adalah merupakan kejohanan 'beraneka sukan' (multi-sports competition) dan berkonsepkan 'Mini Sukan Olimpik' di Malaysia yang melibatkan atlet remaja. SUKMAdiadakan secara dwi tahunan dan berselang-seli mencungkil bakat atlet-atlet remaja di peringkatnegeri dan daerah bagi menggalakkan penglibatan secara mendalam dalam sukan yangdipertandingkanPeranan sukan dalam membentuk perpaduan kaum juga boleh dilihat melalui acarasukan berkumpulan seperti bola sepak, badminton beregu, kapal layar dan sebagainya. Tidak kiralah wakil bagi peringkat sekolah hinggalah ke peringkat antarabangsa, pemilihan ahlikumpulan pastinya berdasarkan bakat, kebolehan dan potensi seseorang atlet itu dalam acaraterbabit. Acara berkumpulan memerlukan semangat kerjasama yang tinggi di antara ahlikumpulan tanpa mengira warna kulit mahupun kepercayaan masing-masing. Sekiranya masing-masing membuang sifat perkauman serta sikap prejudis di kalangan ahli kumpulan yang berlainan bangsa, pastinya kumpulan sukan itu mampu mencapai kemenangan serta melangkahlebih jauh.Sebagai contoh, kebolehan bekas penjaga gol pasukan Malaysia, Datuk Ho Koh Chyeyang menggunakan tangan untuk makan nasi tanpa kekok kerana percampurannya dengan rakan-rakan pemain hoki keturunan Melayu dan India yang memang menggunakan tangan ketikamakan. Datuk Ho Koh Chye tinggal di dalam bandar Seremban bukan di kampung. Pergaulan beliau dengan rakan-rakan Melayu dan India diperoleh banyak melalui aktiviti sukan khususnyaketika berada dalam pasukan kebangsaan. Kemampuan beliau makan nasi menggunakan tangan bukan diperolehi kerana beliau duduk di kampung tetapi kerana percampuran beliau dalamsukan.Contoh lain yang boleh diambil ialah semangat kerjasama antara ahli pasukan bola sepak Malaysia sebelum terbentuknya Malaysia yang lebih dikenali sebagai “pasukan bola sepak Malaya”. Pasukan ini amat digeruni dan antara pasukan terkuat di Asia pada awal 1950-ansehingga 1960-an bersama-sama dengan pasukan bola sepak

kebangsaan Korea Selatan.Pencapaian terbaik Malaya ialah berjaya memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1962 di Jakarta,Indonesia setelah menewaskan Vietnam Selatan 4-1. Pasukan ini dianggotai pemain-pemainyang berlainan bangsa seperti Abdul Ghani Minhat, Arthur Koh, G. Govindaraju, Robert Choe,Edwin Dutton dan Stanley Gabriel. Pada hari ini, pasukan bola sepak Malaysia lebih dikenalisebagai “Harimau Malaya” dandiletakkan di bawah jagaan Datuk Rajagopal a/l Krishnasamy, bekas pemain kebangsaan pada era 80-an walaupun majoriti anak

didikannya ialah orangMelayu. Di sini kita boleh lihat bahawa perbezaan agama dan bangsa bukanlah satu penghalangatau gangguan dalam sukan. Sebaliknya, sukan merupakan alat yang sesuai dalam membentuk dan memperkukuhkan perpaduan kaum di negara kita.Seterusnya, seringkali ketika berlangsungnya temasya sukan yang besar, masing-masingsanggup bersengkang mata untuk menonton dan memberikan sokongan walaupun di depantelevisyen ataupun di pelbagai lokasi strategik seperti kedai makan. Baik sukan bola sepak PialaDunia ataupun bola sepak liga Inggeris, Sepanyol dan Itali, lumba kereta F1, dan bolakeranjang, penyokongnya bukan sekadar di stadium atau litar perlawanan tetapi juga ditontonmerata dunia. Ini menunjukkan setiap sukan ada penyokong dan peminatnya. Sukan Olimpik  juga tidak terkecuali lebih-lebih lagi apabila jaguh sukan negara turut bertanding. Sorakan demi sorakan diberikan atas nama wakil negara tercinta, Malaysia. Bergegarnya ruang di luar kadang-kadang lebih meriah dari dalam stadium apatah lagi ia diadakan di London sudah pasti turutmenjadi keterbatasan sokongan yang mahu diberikan.Sekiranya ia diadakan di Malaysia, saya percaya stadium akan dipenuhi untuk memberikan sokongan kepada Datuk Lee Chong Wei ataupun Khairul Anuar mahupun Mohd.Azizulhasni Awang serta Pandelela Rinong, Noraseela Mohd. Khalid, Nur Suryani Mohd. Taibidan Peng Kean Yu. Malaysia diwakili oleh 30 atlet dalam sembilan acara sukan di London 2012yang lepas. Apabila Chong Wei melangkah masuk ke gelanggang badminton pertandingan akhir sukan Olimpik, apakah yang mahu kita lihat; bukankah kejayaan memenangi pingat emas pertama dalam sejarah penyertaan Malaysia di Sukan Olimpik? Sokongan padu dan harapansetiap warga Malaysia pasti akan dihargai oleh beliau kerana beliau bukan sekadar mewakilidirinya tetapi beliau juga menjunjung semangat jati diri 28 juta populasi Malaysia yang terdiridaripada masyarakat majmuk. Kepulangan beliau serta atlet-atlet yang lain dihujani dengan kata-

kata “tahniah” .Mereka disambut dan diraikan oleh para peminat yang terdiri daripada pelbagailapisan masyarakat.KESIMPULANKesimpulannya, jelaslah peranan sukan sebagai jambatan perpaduan kaum di Malaysiakerana sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi cergas, sihat bukan sahajadari segi fizikal dan rohani tetapi keupayaan mengukuhkan kesejahteraan pelbagai masyarakatdalam memastikan perpaduan terus utuh juga mampu menjadi sebahagian dari proses meraikankepelbagaian kelompok etnik yang ada di negara ini. Di samping itu, sukan juga merupakanantara mekanisme penting dalam melentur semangat 'kekitaan” di kalangan masyarakat Malaysiaserta 'penjana' dalam mempertahankan keharmonian, kemuafakatan dan perpaduan dalamkalangan masyarakat negara ini di bawah prinsip 1 Malaysia.