4
Aliran Falsafah 1.0 Pengenalan Falsafah merupakan satu pegangan atau fahaman atau pun prinsip seseorang terhadap Sesuatu perkara, bidang dan sebagainya. Ia wujud hasil pemikiran dan pemerhatian serta pengalaman yang telah dilalui oleh seseorang dan dalam kehidupan harian. Aspek-aspek dalam falsafah pula menjadi panduan dan landasan terhadap seseorang dalam membuat keputusan. 2.0 Kepentingan Falsafah 2.1 Menjadi Panduan Dan Landasan Dalam Membuat Keputusan Kita perlu membuat sesuatu keputusan terhadap penyelesaian sesuatu masalah dalam kehidupan harian. Maka, kita hrus mempunyai pendirian tersendiri berdasarkan falsafah yang dipegang tanpa dipengaruhi oleh orang lain. Keputusan yang dibuat juga harus memenuhi keperluan falsafah yang dipegang. 2.2 Mempunyai Kefahaman Yang Mendalam Dan Sistematik Falsafah membantu pendidik memahami apa yang sedang berlaku dalam pelajaran. Contohnya, pendidik muzik harus menceburkan diri dalam alam esoterik Socrates, Plato, Aristotle, Spencer dan Dewey. Ini membolehkan mereka memikir secara mendalam dan sistematik tentang isu-isu intelek, asas pendidikan dan kehidupan manusia. 2.3 Stabil Dan Sukar Berubah, Bersifat Statik Pendidik harus tekal terhadap apa yang berlaku di dalam atau di luar bilik darjah. Jika pendidik kerap kali menukar dan mengubah isi pelajaran, ini mungkin akan mengelirukan pelajar. Jadi, falsafah sebagai panduan untuk pengekalan pendidik dalam pengajaran. 3.0 Idealisme Falsafah ini dibentangkan oleh Socrates dan diikuti oleh Plato. Mengikut Plato, Saya fikir, oleh itu saya wujud , segala realiti adalah kebenaran hanya wujud dalam fikiran manusia. Kewujudan objek-objek fizikal di alam ini hanyalah manifestasi yang timbul dalam fikiran manusia. Pendidik beraliran ini sangat pentingkan aspek nilai yang tinggi dalam muzik. Nilai muzik dianggap kekal, justeru hanya muzik yang bermutu sahaja dipelajari oleh pelajar. Malah, perancangan dan pembentukan kurikulum diberi perhatian serta tumpuan yang bersungguh-sungguh. 3.1 Kelebihan Idealisme

Aliran Falsafah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

aliran falsafah

Citation preview

Page 1: Aliran Falsafah

Aliran Falsafah

1.0       Pengenalan

Falsafah merupakan satu pegangan atau fahaman atau pun prinsip seseorang terhadap Sesuatu

perkara, bidang dan sebagainya. Ia wujud hasil pemikiran dan pemerhatian serta pengalaman

yang telah dilalui oleh seseorang dan dalam kehidupan harian. Aspek-aspek dalam falsafah pula

menjadi panduan dan landasan terhadap seseorang dalam membuat keputusan.

2.0         Kepentingan Falsafah

2.1       Menjadi Panduan Dan Landasan Dalam Membuat Keputusan

Kita perlu membuat sesuatu keputusan terhadap penyelesaian sesuatu masalah dalam

kehidupan harian. Maka, kita hrus mempunyai pendirian tersendiri berdasarkan falsafah yang

dipegang tanpa dipengaruhi oleh orang lain. Keputusan yang dibuat juga harus memenuhi

keperluan falsafah yang dipegang.

2.2         Mempunyai Kefahaman Yang Mendalam Dan Sistematik

Falsafah membantu pendidik memahami apa yang sedang berlaku dalam pelajaran. Contohnya,

pendidik muzik harus menceburkan diri dalam alam esoterik Socrates, Plato, Aristotle, Spencer

dan Dewey. Ini membolehkan mereka memikir secara mendalam dan sistematik tentang isu-isu

intelek, asas pendidikan dan kehidupan manusia.

2.3         Stabil Dan Sukar Berubah, Bersifat Statik

Pendidik harus tekal terhadap apa yang berlaku di dalam atau di luar bilik darjah. Jika pendidik

kerap kali menukar dan mengubah isi pelajaran, ini mungkin akan mengelirukan pelajar. Jadi,

falsafah sebagai panduan untuk pengekalan pendidik dalam pengajaran.

3.0       Idealisme

Falsafah ini dibentangkan oleh Socrates dan diikuti oleh Plato. Mengikut Plato, “Saya fikir, oleh

itu saya wujud”, segala realiti adalah kebenaran hanya wujud dalam fikiran manusia. Kewujudan

objek-objek fizikal di alam ini hanyalah manifestasi yang timbul dalam fikiran manusia.

Pendidik beraliran ini sangat pentingkan aspek nilai yang tinggi dalam muzik. Nilai muzik

dianggap kekal, justeru hanya muzik yang bermutu sahaja dipelajari oleh pelajar. Malah,

perancangan dan pembentukan kurikulum diberi perhatian serta tumpuan yang bersungguh-

sungguh.

3.1       Kelebihan Idealisme

Falsafah ini berteraskan kesedaran intelek dan sistem berfikir secara rasional dan logik untuk

mengenalpasti apa yang benar. Logik adalah alat untuk menentukan apa yang harus dilakukan

dan tidak boleh digunakan pada setiap kali serta dalam semua situasi. Falsafah ini lebih bersifat

Page 2: Aliran Falsafah

statik, stabil dan sukar berubah. Ia juga kurang berminat terhadap inovasi, seperti fesyen

pakaian yang sentiasa berubah.

3.2       Kelemahan Idealisme

Anggapan terhadap sesuatu nilai atau kebenaran yang kekal sepanjang masa, masih tidak

mendapat persetujuan serentak daripada manusia tentang beberapa perkara. Tokoh falsafah

tidak berupaya untuk menjelaskan kepercayaan baharu atau idea baru yang sering berubah dan

berlaku dari semasa ke semasa. Malah, logik adalah senjata utama idealisme, tapi tidak

semuanya boleh dipakai kerana terdapat perubahan dari semasa ke semasa.

4.0       Realisme

Falsafah ini dibentangkan oleh Aristotle. Pada pendapat beliau, realiti yang sebenarnya adalh

terletak kepada apa yang dapat dilihat secara fizikal dengan mata, bukannya melalui idea atau

pandangan. Secara am, ia tertakluk kepada sesuatu yang jelas dan nyata tetapi bukan kepada

sesuatu yang ghaib dan abstrak.

Kebanyakkan tokoh falsafah ini bersetuju bahawa persepsi manusia atau akal manusia boleh

dianggap sebagai ”cermin” realiti kerana apa yang dilihat merupakan satu realiti yang

sebenarnya. Akal manusia hanya boleh melihat dan memahami apa yang terdapat dalam fizikal

sahaja. Maka, sistem pemerhatian dan pembuktian secara saintifik boleh dikirakan yang paling

sah bagi pengikut-pengikut realisme.

Ahli falsafah ini bertentangan dengan falsafah naturalisme bahawa pelajar boleh belajar dengan

lebih berkesan dengan kaedah “jumpa sendiri”. Mereka juga menolak pendapat falsafah

idealisme bahawa cara yang terbaik untuk menghasilkan sesuatu adalah melalui pemikiran yang

rasional.

4.1       Kelebihan Realisme

Falsafah ini merupakan falsafah yang amat praktikal kerana ia berdasarkan reality dan boleh

dilihat secara fizikal. Manusia tidak perlu menembus alam yang luas daripada kemampuan

pancaindera. Manusia percaya bahawa pengetahuan manusia yang sedia ada kurang sempurna

atau lengkap maka ini membolehkan manusia meneruskan usaha mereka untuk mencari

kebenaran dan premis yang sedemikian.

Dalam konteks muzik, falsafah ini menyanjung pakar dan tokoh dalam bidang muzik. Teknik

pernafasan sewaktu menyanyi dan posisi serta postur bdan yang betul sewaktu bermain gitar

merupakan penemuan oleh pakar nyanyian pada waktu dahulu. Menurut falsafah idealisme,

kesemua ini merupakan teknik yang sah diguna pakai. Teknik yang lain sekiranya ditemui, ia

hanyalah satu kesilapan.

Page 3: Aliran Falsafah

4.2       Kelemahan Realisme

Falsafah realisme adalah berkenaan dengan keyakinan yang begitu kuat yang diletakkan pada

pendapat pakar-pakar. Dari segi psikologi, perselisihan pendapat di kalangan pakar sering

terjadi. Pengamal dan pendukung utama falsafah ini ialah manusia. Persepsi manusia melalui

deria ada kalanya boleh jadi tersilap. Ini disebabkan perlakuan manusia tidak boleh diukur

secara saintifik untuk menentukan pencapaiannya.

5.0         Pragmatisme

Ahli-ahli falsafah ini percaya bahawa pengalaman manusia menggambarkan realiti. Segala yang

wujud sentiasa berubah dan tidak tetap atau kekal. Jadi, sesuatu idea harus dipraktikkan dahulu

secara objektif untuk mengesahkan kebenaran sesuatu idea.

Mereka menganggap bahawa jika alam ini mempunyai sesuatu tujuan yang tersembunyi

daripada manusia, maka tujuan tersebut dianggap tidak nyata kerana manusia tidak dapat

mengalaminya. Maka, dalam pragmatisme, manusia adalah pengukur utama. Ia terikat ketat

dengan cara saintifik (kaedah yang memerlukan sesuatu andaian dibentangkan dan dikajikan

dengan teliti).

5.1       Kelebihan Pragmatisme

Keteguhan falsafah ini terkandung dalam keutamaan yang diberi kepada proses untuk mendapat

kebenaran.  Cara saintifik merupakan cara yang anggap paling sesuai untuk mengenali yang

benar atau realiti kerana proses uji-menguji itu sendiri akan menghasilkan apa yang benar.

Dalam falsafah ini, timbulnya kehendak sosial dan individu di mana idea tindakan yang baik

timbul daripada kehendak etika dan estetika yang dianggap penting oleh masyarakat.

Falsafah ini turut menghasilkan konsekuen awam. Nilaian akhir dibuat apabila terdapat kesan

sesuatu tindakan atau objek atas masyarakat. Setiap tindakan wujud hanya dalam konteks

pengalaman manusia. Tindakan tersebut akan dikatakan baik apabila masyarakat menganggap

tindakan tersebut berguna.

Malah, para pendidik juga mempunyai kepelbagaian kaedah pengajaran bergantung kepada

perubahan situasi pembelajaran

5.2         Kelemahan Pragmatisme

Hanya satu cara untuk mengenalpasti kebenaran dan realiti iaitu bergantung kepada kaedah

saintifik sahaja. Malah, aspek nilai dan moral tidak begitu jelas dan kurang diberi penekanan

dalam pandangan pragmatisme. Mengikut pandangan falsafah, nilai-nilai kemanusiaan kurang

stabil kerana segalanya sentiasa berubah. Contohnya, bagaimanakah pendidik dapat berfungsi

dengan baik tanpa nilai atau objek yang stabil dan tertentu.

6.0       Kesimpulan

Kesimpulannya, untuk falsafah realisme, pendidik muzik perlu melihat aspek-aspek yang

bersesuaian untuk dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Walaupun terdapat

Page 4: Aliran Falsafah

beberapa kelemahan, maka ia boleh diubahsuai dan tidak bergantung semata-mata kepada

prinsip yang terkandung dalam falsafah.

Dengan aspek falsafah idealisme pula, citarasa muzik manusia telah meningkat. Hanya muzik

yang berkualiti dipilih. Ini membolehkan murid mempelajari muzik yang lebih berkualiti secara

berkesan. Malah, disiplin juga dipentingkan dan guru memainkan peranan sebagai model

kepada pelajar.

Dalam falsafah pragmatisme pula, ia penting untuk menghasilkan pelajar yang berdikari kerana

dapat mewujudkan motivasi melalui pengalaman sendiri. Yang penting sekali, dalam pendidikan,

segala pengajaran dan pembelajaran yang dirancang haruslah terarah dan adanya hala tuju.