an Pendidikan Pada Zaman Kerajaan Abbasiah[1]

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/14/2019 an Pendidikan Pada Zaman Kerajaan Abbasiah[1]

    1/3

    Perkembangan Pendidikan pada zaman kerajaan Abbasiah

    Kota Baghdad muncul sebagai pusat kecemerlangan ilmu yang terulung dan lahir ramai sarjana

    muslim yang terkenal seperti Jabir Al-Hayan, Ibnu Haitham, Al-Battani, Ibnu Sina, Al-Khawarizmi

    dan Al-Idrisi..

    Perkembangan pendidikan pada masa ini lebih pesat berbanding zaman Bani Ummayyah kerana

    disebabkan Kerajaan Bani Ummayyah sentiasa dilanda masalah pemberontakkan serta menumpukan

    terhadap penyebaran Islam.

    Faktor Perkembangan Ilmu Pengetahuan :

    1. Usaha dan Galakkan para Khalifah.2. Aktiviti Penterjemahan dalam pelbagai bidang.

    3. Kestabilan politik dan kewangan kerajaan Abbasiah.

    4. Dasar kerajaan Abbasiah yang memberi keutamaan kepada ilmu pengetahuan.

    5. Kewujudan perasaan pendidikan yang baik.6. Kedudukan Baghdad yang menjadi pusat keilmuan dan perdagangan antarabangsa.

    7. Hubungan diplomatik antara kerajaan Abbasiah dengan Negara luar.

    8. Islam menggalakkan umatnya supaya mengkaji alam sekitar.9. Kreativiti para ulama.

    Institusi pendidikan :

    1. Masjid - Dipenuhi dengan halaqah-halaqah ilmu.

    - Contoh : Masjid Jami Al-Mansor pada 145 hijrah.

    2. Istana Khalifah - Dijadikan tempat bermuzakarah dan menyampaikan ilmu pengetahuan.

    - contoh : Khalifah Al-Mukthadid Billah yang menyedia sudut dan tempat tertentu di

    Istananya untuk majlis ilmu.

    3. Perpustakaan - Perpustakaan yang ulung antaranya ialah Baitul Hikmah di Baghdad yang binaoleh Khalifah Harun Al-Rashid, dan Darul Hikmah yang terletak di Mesir.

    - Khalifah Mamun telah banyak membawa masuk khazanah karya Yunani yang

    diambil dari pulau Cyprus dan Istanbul.- Antara kegiatan Baitul Hikmah :

    o Tempat pertemuan para sarjana.

    o Pusat penterjemahan.

    o Pusat sumber.

    o Pusat penyelidikan ilmiah.

    o Pusat latihan para ilmuan.

    4. Pusat Pengajian - Didirikan oleh para Khalifah, menteri dan orang kaya di atas tanah milik kerajaan ,wakaf atau persendirian.

    - Antara pusat pengajian yang terkenal ialah Madrasah Nizamiah yang dibina pada

    tahun 457 hijrah ( 1065 M ) oleh seorang menteri berketurunan Saljuk iaitu Nizamul

    Muluk.

  • 8/14/2019 an Pendidikan Pada Zaman Kerajaan Abbasiah[1]

    2/3

    Bidang Ilmu yang diterokai :

    Ilmu Berteraskan Wahyu Ilmu berteraskan Akal

    1. Ilmu Tafsir :

    - Ilmu Tafsir Al-Quran pada awalnyatidak tersusun.

    - Mula disusun oleh Yahya bin Ziad Al-

    Farra di dalam kitabnya Maani filQuran.

    - Pembaharuan diteruskan oleh Jarir At-

    Tabari di dalam kitabnya Tafsir Tabari.

    1. Ilmu Matematik:

    - Beberapa formula telah lahir : Musallas ( Trigonometri )

    Al-Jabr ( Al-gebra )

    Al-Handasah ( Geometri )

    Al-Logharithma ( Logarithm )

    Sistem angka dalam abjad Arab.

    Memperkenalkan Bilangan Sifar (0) dalam sistem angka.

    - Tokoh terkenal antaranya Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi yang telah merantau jauh ke India untuk

    mempelajari ilmu matematik dan telah menghasilkan sebuahkarya Hisab Al-Jabr wal Muqabalah (Integration andEquations).Juga dilantik sebagai pengarah baitul Hikmah.

    2. Ilmu Hadis :

    - Muncul pakar Hadis terkenal seperti :

    Bukhari penyusun kitab Sahih

    Bukhari.

    Muslim penyusun kitab Sahih

    Muslim.

    2. Ilmu Falak (Astronomi) :

    - Antara penemuan baru :

    Mengukur jarak antara bumi dengan matahari.

    Membuat jadual pergerakkan bulan dan bintang.

    Menjelaskan sistem Geologi bumi serta pengaruh bulandan matahari terhadap pertukaran musim.

    Mencipta alat pengukur sudut yang dikenali sebagaiastrolabe.

    - Antara tokoh yang terkenal : Al-Batani yang telah berjaya

    menemui cara mengukur jarak antara bumi dengan matahari danmembuat jadual pergerakkan bulan dan bintang.

    3. Ilmu Feqah :

    - Muncul tokoh ulama yangmengasaskan mazhab :

    Imam Abu Hanifah Imam Malik

    Imam Syafie

    Imam Ahmad bin Hanbal.

    3. Ilmu Kimia :

    - Umat islam telah berjaya membetulkan beberapa teori kimiayang penting melalui uji kaji (eksperimen).

    - Antara penemuan lain : Penemuan asid galian seperti asid nitric, asid sulfurik dan

    asid hidroklorik.

    Teori penghasilan petroleum.

    Teori penghasilan Alkohol.

    Membaiki proses pembuatan kaca.

    - Tokoh utama adalah Jabir bin Hayyan merupakan orang

    pertama menemui asid sulfurik dan telah menghasilkan 8 buahkarya tentang kimia.

  • 8/14/2019 an Pendidikan Pada Zaman Kerajaan Abbasiah[1]

    3/3

    4. Ilmu Tauhid :

    - Umat Islam pada ini menganggap

    rujukan utama dalam masalah aqidah

    ialah falsafah Yunani dan ini tidakdisenangi oleh Ulama dan mereka

    berjuang bermati-matian untuk

    memurnikan Aqidah umat Islam daripengaruh Yunani yang menyesatkan.

    -Antara tokoh yang lahir ialah Imam

    Abu Hasan Al-Ashari dan ImamGhazali.

    5. Ilmu Fizik :

    - Bentuk-bentuk pencapaian :

    Mencipta teori pergerakkan Jirim , daya graviti dan

    pantulan cahaya.

    Menjelaskan tentang lapisan-lapisan mata serta proses

    penglihatan.

    Menyukat kelajuan bunyi dan dan cahaya.

    Mencipta cermin mata.

    - Tokoh yang terkenal ialah Hasan bin Haitham yang telah

    menghuraikan proses penglihatan menerusi pembalikan cahayapada retina dan telah menghasilkan lebih daripada 200 karya

    antaranya Al-Manazir, Maqalah fid daui, Maqalah fi Tahlil

    wat Tarkib.

    6. Geografi :

    Antara penemuan baru :

    Memberi ukuran yang tepat tentang keluasan permukaanbumi.

    Menghasilkan peta dunia pertama dalam bentuk Glob.

    - Tokoh tersebut adalah Al-Syarif Al-Idrisi yang pernah

    dijemput oleh King Roger II dari Sicily untuk menghasilkan petadunia terkini pada ketika itu. Antara karya agung beliau ialah

    sebuah incyclopedia yang mempunyai peta yang lengkap

    tengtang eropah berjudul Nuzhatul Mushtaq Fi Ihtiraki Afaq.

    7. Ilmu Perubatan :

    -Khalifah Jaafar Al-Mansor pernah meminta nasihat pakar

    perubatan dari Baghdad dan India dan telah membina 2 buahhospital di Baghdad.

    - Antara pencapaian :

    Menjelaskan kesan kuman dalam penyakit.

    Menjelaskan teori jangkitan Virus seperti TB.

    Menemui pelbagai jenis penyakit seperti Rubella ,

    allergy (alahan), smallpox (cacar) dan penyakit jiwa.

    Mencipta ubat untuk pelbagai penyakit kronik

    Mencipta picagari , ubat bius dan benang yang khususuntuk menjahit luka pembedahan

    -Tokoh terkenal ialah Ibnu Sina yang telah menghasilkan 116

    buah buku peruabatan anataranya ialah Al- Qanun Fit Tib.