24
BAB 3 Perkembangan Tamadun Islam (Zaman Pertengahan) 1. Zaman Kerajaan Umayyah 2. Zaman Kerajaan Abbasiyyah 3. Zaman Kerajaan Uthmaniyyah

BAB 3 Perkembangan Tamadun Islam (Zaman Pertengahan) Zaman Kerajaan Umayyah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

BAB 3 Perkembangan Tamadun Islam (Zaman Pertengahan) Zaman Kerajaan Umayyah Zaman Kerajaan Abbasiyyah Zaman Kerajaan Uthmaniyyah. Zaman Kerajaan Bani Umayyah - PowerPoint PPT Presentation

Citation preview

Page 1: BAB 3 Perkembangan  Tamadun Islam  (Zaman Pertengahan) Zaman Kerajaan Umayyah

BAB 3Perkembangan Tamadun

Islam (Zaman Pertengahan)

1. Zaman Kerajaan Umayyah2. Zaman Kerajaan Abbasiyyah3. Zaman Kerajaan Uthmaniyyah

Page 2: BAB 3 Perkembangan  Tamadun Islam  (Zaman Pertengahan) Zaman Kerajaan Umayyah

1. Zaman Kerajaan Bani Umayyah

Diasaskan oleh Mu’awiyyah b. Abi Sufiyan selaku khalifah pertama kerajaan Bani Umayyah selepas mengambil-alih jawatan khalifah daripada Saidina Ali

Bermula sistem pemerintahan secara warisan

Tahap pemerintahan:Di DamsyikDi Andalusia

Page 3: BAB 3 Perkembangan  Tamadun Islam  (Zaman Pertengahan) Zaman Kerajaan Umayyah
Page 4: BAB 3 Perkembangan  Tamadun Islam  (Zaman Pertengahan) Zaman Kerajaan Umayyah

Sumbangan Kerajaan Bani Umayyah tahap 1 di Damsyik (661-750M):

1. Politik dan pentadbiranEmpat sistem

Khilafah – meneruskan sistem khilafah Sistem wazarah – melantik wazir

mengetuai sistem pentadbiranSistem urus setia – melantik pegawai bagi

mengumpul rekod dan mengurus suratSistem hijabah – menjaga keselamatan

khalifah

Page 5: BAB 3 Perkembangan  Tamadun Islam  (Zaman Pertengahan) Zaman Kerajaan Umayyah

2. Pendidikan dan Sosial Sains dan teknologi mula berkembang seperti

teknologi pembuatan kapal, alat peperangan dan teknik pertanian.

Bermula aktiviti penterjemahan drpd bhs Latin ke bhs Arab sejajar dgn pemerintahan al-Walid b. Abdul Malik yg menjadikan bahasa Arab sbg bhs rasmi.

Kota Basrah = pusat pengajaran dan penyebaran ilmu

Ilmu al-Quran dan Hadith mula berkembang dan juga ilmu-ilmu sains terutama di zaman Khalifah Umar Abdul Aziz

Taraf kesihatan turut meningkat – dibina hospital pd zaman khalifah al-Walid b. Abdul Malik dan hospital kusta pd zaman khalifah Umar Abdul Aziz

Page 6: BAB 3 Perkembangan  Tamadun Islam  (Zaman Pertengahan) Zaman Kerajaan Umayyah

3. Ekonomi dan kewanganMatawang Byzantine dan Parsi ditukar kpd

matawang Islam pd zaman khalifah Abdul Malik b. Marwan

Ditubuhkan baitulmal di setiap wilayah

4. SenibinaSenibina masjid semakin menyerlah dengan

ukiran ayat-ayat al-Quran yang indah, adanya kubah, arca dan sebagainya

Page 7: BAB 3 Perkembangan  Tamadun Islam  (Zaman Pertengahan) Zaman Kerajaan Umayyah

Faktor Kejatuhan Kerajaan Bani Umayyah di Damsyik

1. Sistem pergantian khalifah melalui garis keturunan tidak jelas sehingga menimbulkan persaingan dalam kalangan anggota keluarga.

2. Penentangan daripada golongan Syiah dan Khawarij yang tidak bersetuju dengan penubuhan kerajaan Umayyah

3. Berlaku pertentangan etnik antara suku kaum Arab Utara (Bani Qais) dan Arab Selatan (Bani Kalb) sejak sekian lama yang menyukarkan kerajaan Bani Umayyah mewujudkan kesatuan

4. Kelemahan pemerintahan disebabkan sikap hidup sebahagian pemerintah yang hidup bermewah dan kurang memberi perhatian terhadap perkembangan agama.

5. Munculnya gerakan penentangan daripada keturunan al-Abbas b. Abdul Mutalib yang mendapat sokongan Bani Hasyim dan kaum Mawali (non-Arab) yang tidak berpuas hati dengan pemerintah kerajaan Bani Umayyah

Page 8: BAB 3 Perkembangan  Tamadun Islam  (Zaman Pertengahan) Zaman Kerajaan Umayyah

Sumbangan Kerajaan Bani Umayyah tahap 2 di Andalusia (756-1031M):

Penguasaan ke atas Andalusia oleh kerajaan Bani Umayyah mula berlaku pada zaman pemerintahan Abdul Rahman al-Dakhil 1

Zaman kegemilangan berlaku pada zaman khalifah Abdul Rahman III dan al-Hakam II

1. Pendidikan Di zaman al-Hakam II, ramai sarjana Islam dihantar ke

beberapa wilayah misalnya, Cairo, Damacus, Baghdad untuk mengumpul buku-buku dalam pelbagai bidang

Di zaman beliau terdapat 17 pusat pengajian dan 70 perpustakaan di Andalusia

Pusat pengajian tinggi di Cordova yang diasaskan oleh Abdul Rahman III menjadi pusat pengajian terkenal di Eropah.

Pusat pengajian terkenal lain terdapat di Seville, Toledo, Malaga dan Granada

Page 9: BAB 3 Perkembangan  Tamadun Islam  (Zaman Pertengahan) Zaman Kerajaan Umayyah

2. Pusat Penterjemahan Pusat penterjemahan terkenal terletak di Toledo Kesan kegiatan penterjemahan menjadikan Andalusia

pusat kegemilangan tamadun Islam dan menjadi penggerak kepada kebangkitan masyarakat Eropah.

3. SenibinaAntara senibina terkenal – istana al-Hamra’ dan masjid

jamek Cordova

4. EkonomiSistem kewangan ditubuhkan bg mengimbang

pendapatan dan perbelanjaan.Sumber pendapatan – zakat, jizyah, kharaj dsb.Cordova menjadi pusat ekonomi dan perdagangan

antarabangsa.Andalusia juga menjadi pusat membuat tembikar,

perhiasan perak dan emas, memproses kulit, mengeluar senjata

Sektor pertanian dimodenkan

Page 10: BAB 3 Perkembangan  Tamadun Islam  (Zaman Pertengahan) Zaman Kerajaan Umayyah
Page 11: BAB 3 Perkembangan  Tamadun Islam  (Zaman Pertengahan) Zaman Kerajaan Umayyah

Faktor Kejatuhan Kerajaan Bani Umayyah di Andalusia1. Terdapat pegawai pemerintah yang tidak amanah dan gila kuasa,

seperti Ibn Abi Amir yang diamanahkan untuk menjaga harta pusaka anak khalifah al-Hakam 1 iaitu Hisyam telah melakukan pembelotan dan cubaan merampas kuasa.

2. Berlakunya permusuhan dalam kalangan masyarakat pelbagai bangsa. Perpecahan dan permusuhan juga berlaku dalam keluarga khalifah dan pegawai atasan serta golongan ulama.

3. Sikap boros dan membelanjakan wang negara untuk kepentingan diri berlaku di kalangan khalifah seperti Khalifah Abdul Rahman II. Terdapat pemerintah yang menghabiskan masa untuk majlis hiburan.

4. Masalah kewangan yang meruncing disebabkan perbelanjaan yang tinggi untuk peperangan dan mengatasi masalah pemberontakan di samping perbelanjaan untuk mengurus jajahan yang luas. Untuk mengatasinya cukai yang dikenakan ke atas rakyat dinaikkan. Kesannya, rakyat bangkit memberontak.

5. Perbalahan dan permusuhan sesama sendiri sehingga menyebabkan lebih 20 puak mempunyai negeri sendiri, antaranya Bani Jahur, Bani Ibad, Bani al-Aftas dan lain-lain lagi

Page 12: BAB 3 Perkembangan  Tamadun Islam  (Zaman Pertengahan) Zaman Kerajaan Umayyah

Zaman Kerajaan Bani AbbasiyyahPemerintahan Abbasiyah adalah berketurunan

daripada al-Abbas B. Abdul Mutalib, bapa saudara Nabi s.a.w.

Pengasas kerajaan keturunan al-Abbas ialah Abdullah as-Saffah ibn Muhammad ibn Ali ibn Abdullah ibn al-Abbas

Pusat pemerintahan di Baghdad.Pemerintahan Abbasiyah bermula dari tahun

132H hingga tahun 656H. Tempohnya ialah selama 524 tahun. Pada tahun 656H, kaum Tatar melanggar dunia Islam, membunuh khalifah Abbasiyah serta ramai kaum keluarganya. Maka, berakhirlah zaman pemerintahan Abbasiyah.

Page 13: BAB 3 Perkembangan  Tamadun Islam  (Zaman Pertengahan) Zaman Kerajaan Umayyah
Page 14: BAB 3 Perkembangan  Tamadun Islam  (Zaman Pertengahan) Zaman Kerajaan Umayyah

Sumbangan Kerajaan Bani Abbasiyyah

1.  Pendidikan Pemerintah menggalakkan masyarakat menimba ilmu Setiap masjid dilengkapi sekolah dan perpustakaan Golongan penyelidik dan ahli karya dianugerahkan hadiah Khalifah Abu Jaafar al-Mansur pelupor kegiatan intelektual.

Pengasas kota Baghdad dan kolej perubatan. Menjemput Jurjis b Jibril, pengarah hospital Jundishapur ke Baghdad sebagai pengarah kolej perubatan.

Baghdad menjadi pusat intelektual terunggul pada masa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid (786-809M) yang juga pengasas ‘Khizanah al-Hikmah’.

Kemuncak kegiatan keilmuan berlaku pada zaman al-Ma’mun Harun al-Rasyid (813-833M). Lahir ramai sarjana dalam pelbagai bidang ilmu. Khizanah al-Hikmah dibesarkan dan ditukar nama kepada ‘Baytul Hikmah’. Dilantik Hunayn b. Ishaq sebagai pengarahnya.

Page 15: BAB 3 Perkembangan  Tamadun Islam  (Zaman Pertengahan) Zaman Kerajaan Umayyah

2. PenterjemahanAktiviti penterjemahan karya klasik Yunani, Parsi

dan India bermula pada pemerintahaan al-Ma’mun. Usaha ini dilakukan oleh sarjana yang bertugas di ‘Baytul Hikmah’.

Kegiatan penulisan dan penyusunan kitab hadis, fiqh dan tafsir al-Quran giat dijalankan.

Aktiviti penterjemahan ke bahasa Arab membolehkan sarjana Islam mempelajari ilmu sains zaman sebelum Islam.

3. Ekonomi dan kewanganPerkembangan dapat dilihat melalui peranan

baitulmal – menjaga khazanah negara dan mengagihkan mengikut keperluan.

Sumber ekonomi – perdagangan dan pertanianSumber kewangan – zakat dan cukai-cukai

Page 16: BAB 3 Perkembangan  Tamadun Islam  (Zaman Pertengahan) Zaman Kerajaan Umayyah

4. Politik dan Pemerintahan Wujud fahaman politik Melengkapkan angkatan perang bagi mempertahankan negara

dan memelihara kestabilan politik Memperkasakan institusi kehakiman

5. Kemunculan mazhab Muncul golongan mujtahid (ulama-ulama Islam yang melakukan

ijtihad dalam usaha menentukan hukum bagi suatu masalah yang timbul dalam masyarkat). Mereka terdiri dari ahli ‘qias’ atau ahli hadis.

Ahli ‘qias’ = ulama yang banyak menggunakan fikiran atau qias untuk menetapkan suatu hukum. Ahli hadis = ulama mengeluarkan hukum bersandarkan hadis.

Muncul pelbagai mazhab termasuk mazhab Hanafiyah, Malikiyah, Shafi’iyah dan Hanbaliyah.

Perbezaan pendapat dalam mazhab tidak membawa kepada perpecahan kerana perbezaan pendapat/fahaman berlaku pada perbezaan perkara cabang (furu’) bukan perkara asas dalam Islam

Page 17: BAB 3 Perkembangan  Tamadun Islam  (Zaman Pertengahan) Zaman Kerajaan Umayyah

Faktor Kejatuhan Kerajaan Bani Abbasiyyah1. Kelemahan pemerintah seperti khalifah al-Wasiq yang tidak

melakukan pembaharuan dan banyak bergantung kepada pegawai2 Turki utk tadbir negara.

2. Banyak jawatan disandang oleh bangsa Turki dan Parsi menyebabkan kuasa khalifah terbatas.

3. Perebutan kuasa khalifah di antara putera2 al-Mutawakil menyebabkan pentadbiran lemah.

4. Kegawatan ekonomi disebabkan berlakunya rusuhan dan pemberontakan di akhir zaman kegemilangan.

5. Serangan daripada musuh2 luar seperti tentera Georgia dan Armania, tentera Salib dan tentera Monggol. Terdapat juga wilayah-wilayah jajahan Islam menuntut kemerdekaan. Ini menyebabkan kerajaan pusat di Baghdad tidak dapat mengawal

6. Melakukan tindakan yang keterlaluan ke atas golongan Syiah dan orang-orang Umayyah serta golongan ulama termasuk Imam Abu Hanifah disebabkan tidak sependapat dan enggan menerima jawatan yang ditawarkan oleh khalifah.

Page 18: BAB 3 Perkembangan  Tamadun Islam  (Zaman Pertengahan) Zaman Kerajaan Umayyah

Zaman Kerajaan Bani Uthmaniyah (1258-1924)

Nama Uthmaniyah diambil bersempena nama sultan Uthman – sultan pertama kerajaan Turki Uthmaniyah.

Pengasas kerajaan ini – Uthman bin Sauji Bin Erturgul b. Sulaiman Shah.

Mula bertapak di Asia Kecil dan kemudian di Istanbul.

Page 19: BAB 3 Perkembangan  Tamadun Islam  (Zaman Pertengahan) Zaman Kerajaan Umayyah

Sumbangan Zaman Kerajaan Bani Uthmaniyah1. Pentadbiran dan Perundangan

Sultan Sulaiman telah memperkenalkan peraturan bagi kerajaannya – Kanun Sulaiman

Sistem organisasi dan perundangan Islam diwujudkan Jawatan kadi, mufti dan sheikhul diperkenalkan

2. EkonomiWujud hubungan perdagangan antara Timur dan Barat

meliputi laut tengah, laut Merah, lautan Hindi dan Mediterranean.

Istanbul menjadi pusat perdagangan.

3. SosialMenghapuskan sistem berasaskan keturunan dan susun

lapis masyarakat

Page 20: BAB 3 Perkembangan  Tamadun Islam  (Zaman Pertengahan) Zaman Kerajaan Umayyah

Peranan Kerajaan UthmaniyahKesatuan umat dan dunia Islam

Berjaya menyatukan dunia Islam seperti Iraq, Palestin, Mesir, Algeria, Sem. Tanah Arab, Tunis sebagai satu kesatuan dgn semenanjung Balkan dan Turki serta Eropah Timur bagi menghadapi serangan Portugis dan Sepanyol.

Mempertahankan umat Islam dan ajaran IslamMenyekat kemaraan serangan tentera salib

Mempertahankan Tanah Suci Umat IslamPertahankan Mekah, Madinah dan Palestin dari

serangan yahudi. Misalnya, Sultan Salim 1 melarang orang2 yahudi berhijrah ke Sinai.

Page 21: BAB 3 Perkembangan  Tamadun Islam  (Zaman Pertengahan) Zaman Kerajaan Umayyah

Mengekalkan amalan syuraMeneruskan dakwah Islam

Kejayaan Sultan Muhammad al-Fatih menawan kota Constantinopel dan menukar nama kepada Istanbul

Membina jaringan keretapiMembina landasan keretapi dari Syam ke Madinah

yang menghubungkan Hijaz, Turki dan Semananjung Balkan dan Eropah Selatan. Usaha ini dilakukan oleh Sultan Abdul Hamid

Menjalinkan hubungan baik dengan non-muslim

Penguasaan tiga lautanIaitu Laut Mediteranean, Laut Merah dan Laut

Hitam. Ini menjadikan kawasan Afrika dan Asia aman dan bebas daripada pengaruh salibiyah.

Page 22: BAB 3 Perkembangan  Tamadun Islam  (Zaman Pertengahan) Zaman Kerajaan Umayyah
Page 23: BAB 3 Perkembangan  Tamadun Islam  (Zaman Pertengahan) Zaman Kerajaan Umayyah
Page 24: BAB 3 Perkembangan  Tamadun Islam  (Zaman Pertengahan) Zaman Kerajaan Umayyah