Upload
baharumbesut
View
75
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
Kerja kursus BMM 3109, BM 1, PPG Jun 2011, IPG Sultan Mizan SEM5, 2013
Pengenalan
Bidang kajian dalam Bahasa Melayu meliputi pelbagai bidang dan sub bidang
yang perlu diketahui oleh seorang guru Bahasa Melayu di sekolah. Dalam Kerja kursus
ini saya ditugaskan untuk mengkaji bidang mofologi yang mengandungi empat kategori
sub bahasa yang termaktub dalam bidang mofologi. Bidang tersebut adalah bidang
pembentukan kata yang terbahagi kepada empat iaitu kata tunggal, kata ganda, kata
majmuk dan kata terbitan. Sebelum melangkah lebih jauh, mari kita lihat secara
keseluruhan tentang mofologi itu sendiri.
Morfologi ialah satu bidang yang mengkaji satu struktur gramatikal perkataan,
iaitu kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata dan makna kata akibat
perubahan bentuk kata. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz di dalam bukunya Siri Pendidikan
Guru, Bahasa Melayu 1, pada halaman 132, morfologi boleh diertikan sebagai bidang
tatabahasa yang mengkaji perkataan dan cara-cara pembentukannya.
Struktur kata bermaksud susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan)
yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa,
sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan. Pemajmukan
dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan
berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi, atau bentuk dan fungsinya.
Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, hashim haji Musa, dan Abdul Hamid Mahmood,
Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 43.)
Kesimpulannya, mofologi adalah bidang pengkajian tentang struktur setiap
perkataan yang pastinya akan mengalami perubahan. Ia juga meliputi kajian tentang
penggolongan kata dalam bahasa Melayu yang akan mengakibatkan berlakunya
perubahan kepada makna kata dasar tersebut. Contonya, jika kata dasar sesuatu
perkataan diletakkan imbuhan, maka ianya akan mengalami perubahan makna tetapi
masih lagi berdasarkan kepada makna perkataan dasar tadi. Kadangkala, ianya akan
berubah menjadi makna yang tidak ada kaitan dengan perkataan dasarnya. Dalam
tugasan ini saya bakal mengupas tentang pembentukan kata yang mengalami
perubahan daripada perkataan asal ataupun dasar kepada makna lain.
1
Kerja kursus BMM 3109, BM 1, PPG Jun 2011, IPG Sultan Mizan SEM5, 2013
Definisi Morfologi
Definisi morfologi boleh ditakrifkan dalam pelbagai makna jika dikaji melalui
pengetahuan para tokoh bahasa yang sering dibuat bahan rujukan di Malaysia. Di
bawah ini adalah beberapa tokoh yang mengemukan pendapat mereka tentang
morfologi.
Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan –rakannya dalam buku Pengajian
Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83, morfologi ialah disiplin
ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Bentuk kata ini
merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu.
Manakala Abdullah Hassan juga menyatakan definisi morfologi dalam buku
Linguistik Am,2007 : 117 , ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan
dibina.Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-
proses membentuk perkataan dan bentuk – bentuk perkataan ialah morfem dan kata.
Nik Safiah Karim dan rakan – rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan
Edisi Baharu , 2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji
struktur , bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan
bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna.
Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam bukunya Tatabahasa Bahasa Melayu
( Perkataan ), 1996 : 17 telah menyatakan teori morfologi iaitu morfologi satu
cabang daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal – soal yang berkaitan dengan
kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat daripada
perubahan bentuk kata.Morfologi mengkaji selok –belok bentuk kata dan fungsi gramatik
atau semantik perubahan kata itu.Beliau juga telah merumuskan bahawa
morfologi adalah bidang mengkaji bagaimana morfem – morfem itu bergabung untuk
membentuk ayat.
2
Kerja kursus BMM 3109, BM 1, PPG Jun 2011, IPG Sultan Mizan SEM5, 2013
Menurut Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam dalam buku Kajian Bahasa
Untuk Pelatih Maktab Perguruan ,1985 :152, bidang morfologi merupakan bidang
dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara –cara
pembentukkannya.O`Grady & Guzman juga menyatakan pendapat pada
tahun 2000 :121 dalam buku yang disediakan oleh Radiah Yusoff dan rakan –
rakannya,2004:36 iaitu morfologi adalah merujuk kepada kajian tentang pembentukan
kata dan struktur kata.
Manakala ahli bahasa juga iaitu Leonard Bloomfield dalam bukunya
Language yang telah diterjemahkan oleh Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin
dan Noor Ein Mohd.Noor,menyatakan bahawa “Morfologi adalah konstruksi yang
mengandungi bentuk – bentuk terikat antara konsituen – konsituennya.”“Morfologi
meliputi konstruksi kata – kata dan bahagian kata”.
Berdasarkan kepada beberapa definisi di atas , jelaslah bahawa morfologi ialah
satu kajian terperinci yang mengkaji nahu dan sistem bahasa yang terdapat dalam
bahasa Melayu. Kajian yang dibuat adalah menyeluruh kepada pembentukan kata dan
jenis-jenis penggolongan kata . Selain itu, morfologi juga adalah kajian ilmu bahasa
yang memperjelaskan lagi fungsi dan maksud penggunaan kata yang diujarkan. Dalam
kajian ilmu linguistik, setiap morfem berfungsi gramatis dan penggunaan kata yang betul
dan sesuai akan menghasilkan maksud ayat yang gramatis juga. Morfologi juga dapat
dinyatakan sebagai proses penyusunan morfem secara berperaturan. Proses
pembentukan perkataan dari unit-unit tatabahasa ini seharusnya melalui proses
pengimbuhan sama ada melibatkan imbuhan awalan, imbuhan akhiran, imbuhan apitan
atau pun imbuhan sisipan. Hasil daripada susunan beberapa morfem akan
menghasilkan bentuk-bentuk kata seperti bentuk kata tunggal, kata terbitan, kata
majmuk dan kata ganti nama.
3
Kerja kursus BMM 3109, BM 1, PPG Jun 2011, IPG Sultan Mizan SEM5, 2013
PEMBENTUKAN KATA
Dalam istilah linguistik, pembentukan kata ialah satu proses yang mana
perkataan baru dibentuk. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz di dalam bukunya Siri
Pendidikan Guru, Bahasa Melayu 1, pada halaman 133, proses pembentukan kata
menerangkan bagaimana sesuatu kata itu dibina dan dibentuk sehingga dapat
menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa.
Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa di dunia yang bersifat algunatif
atau derivatif.jenis bahasa yang sedemikian membentuk kebanyakan perkataannya
melalui proses pengimbuhan atau penggabungan morfem kata dasar dengan morfem
imbuhan secara rentetan mendatar iaitu imbuhan digabungkan serentak dengan kata
dasar, sama ada imbuhan itu mendahului (awalan), menyisipi (sisipan) atau mengikuti
(akhiran) kata dasar tersebut.
Kaedah pembentukan kata seperti yang terdapat dalam bahasa Melayu ini tidak
sama dengan pembentukan kata dalam bahasa yang bersifat fleksi seperti bahasa Arab.
Hal ini demikian kerana, dalam bahasa Arab, cara membentuk dan mewujudkan
perkataan adalah melalui kejadian perubahan fonem atau bunyi kata dasar bahasa itu
sendiri, iaitu berdasarkan golongan kata atau kasusnya.
(Siti Hajar Abdul Aziz, Siri Pendidikan Guru, Bahasa Melayu 1, halaman 134)
Secara umumnya, perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu wujud melalui dua
sumber, iaitu melalui asal usul bahasa Melayu itu sendiri. Bahasa Melayu berasal
rumpun bahasa Austronesia dan melalui sumber yang diwarisi itu, sejumlah perkataan
yang terdapat dalam bahasa Melayu telah diwujudkan sehingga hari ini. Kedua,
perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu juga wujud melalui proses-proses tertentu
seperti akronim, analogi, peleburan fonem, peluasan makna, pemberian makna khusus,
peminjaman kata, penambahan, penciptaan , penggemblengan, penyempitan makna,
dan penyingkatan.
Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu ada yang berbentuk tunggal,
terbitan, majmuk dan gandaan. Setiap bentuk tersebut mempunyai cara pengejaannya
yang tersendiri serta membawa makna yang khusus sebagai rujukan. Dalam struktur
ayat, kesemua perkataan tidak boleh ditukar ganti kehadirannya dalam ayat kerana
setiap bentuk perkataan itu berbeza dari segi makna dan mempunyai fungsi yang
berbeza.
4
Kerja kursus BMM 3109, BM 1, PPG Jun 2011, IPG Sultan Mizan SEM5, 2013
Bidang pembentukan kata (morfologi) merupakan subsistem dalam sistem
bahasa. Dalam konteks Bahasa Melayu, pembentukan kata dipandang sebagai proses
mengolah unsur-unsur bahasa tersebut sehingga menjadi pekataan yang boleh
diujarkan dan difahami oleh penuturnya. Menurut Tatabahasa Dewan (1995), terdapat
empat bentuk kata asas dalam bahasa Melayu iaitu:
(i) bentuk kata tunggal,
(ii) bentuk kata terbitan,
(iii) bentuk kata majmuk, dan
(iv) bentuk kata ganda.
Pembentukan kata lazimnya dihuraikan daripada sudut prosesnya. Kita sentiasa
membicarakan pembentukan satu-satu perkataan itu melalui proses-proses perubahan
kepada perkaaan tersebut yang pastinya akan mengalami pengimbuhan, penggandaan,
atau pemajmukan.
Kata tunggal
Perkataan yang paling dasar, yang tidak mengalami sebarang proses pembentukan.
Contoh kata tunggal: cuaca, gred, seluar, teks, masyarakat dan yu. Daripada segi
persukuan kata, kata-kata tersebut terdiri daripada pelbagai bentuk. Perkataan-
perkataan dalam bahasa Melayu boleh mengandungi satu suku kata atau beberapa
suku kata.
Kata akronim juga tergolong ke dalam jenis kata tunggal. Akronim ialah kata
singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal, suku kata, dan gabungan
awal huruf dan suku kata perkataan atau rangkai kata yang ditulis dan dilafazkan
sebagai perkataan tersendiri. Contohnya: cerpen (daripada singkatan cerita pendek),
Petronas (Petrolium Nasional ), dan kugiran ( daripada kumpulan gitar rancak).
5
Kerja kursus BMM 3109, BM 1, PPG Jun 2011, IPG Sultan Mizan SEM5, 2013
Kata terbitan
Perkataan yang terbentuk melalui proses pengimbuhan, iaitu dengan
menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Merujuk kepada kedudukannya dengan
kata dasar, imbuhan terbahagi kepada empat jenis iaitu :
(i) awalan, yang hadir sebelum kata dasar,
(ii) akhiran, yang hadir sesudah kata dasar,
(iii) apitan yang hadir secara mengapit kata dasar, iaitu di awal dan akhir kata
dasar, dan
(iv) sisipan, yang hadir di celahan kata dasar.
Imbuhan-imbuhan tersebut membentuk pelbagai jenis kata terbitan, iaitu kata
nama terbitan dan kata adjektif terbitan. Setiap jenis kata terbitan ini dibentuk oleh
imbuhan-imbuhan tertentu. Awalan-awalan peN-, peR-, pe-, ke-, juru-, maha-, dan tata-
akan membentuk kata nama terbitan.
Contohnya : bersih – kebersihan , marah – kemarahan, raja – maharaja, bahasa –
tatabahasa.
Imbuhan pada akhir kata dasar pula akan membentuk kata nama, iaitu –an, -wan, -wati,
dan sebagainya.
Contohnya : lari – larian, olahraga – olahragawan dan olahragawati.
Antara imbuhan yang membentuk kata kerja pula ialah awalan-awalan meN-, beR-, ter-
dan di- serta akhiran –kan dan –i.
Contohnya : tebang – menebang, jalan – berjalan, angkat – terangkat, letak – letakkan
Jumlah apitan juga banyak dalam bahasa Melayu, misalnya peN-…-an, ke-…-an, pe-…
an, dan peR-…-an yang akan membentuk kata nama;
Contonya : tambah – penambahan, jadi – kejadian, arak – perarakan
dan meN-…-kan, beR-..-kan, meN-…-kan, meN-…-i, dan mempeR-…-kan yang
membentuk kata kerja.
6
Kerja kursus BMM 3109, BM 1, PPG Jun 2011, IPG Sultan Mizan SEM5, 2013
Kata majmuk
Perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar, dan
bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak sebagai
satu unit, misalnya: kapal terbang, gambar rajah dan terima kasih, tanggugjawab.
Kata ganda
Perkataan yang mengalami pengulangan pada kata dasarnya, sama ada secara
sepenuh, separa atau berentak. Penggandaan penuh bermaksud pengulangan
sepenuh sesuatu kata dasar, contohnya cantik-cantik dan mata-mata. Penggandaan
separa bermakna pengulangan sebahagian daripada kata dasar sahaja, yang boleh
terdiri daripada kata tunggal atau kata terbitan. Penggandaan separa yang berlaku pada
kata dasar tunggal biasanya melibatkan pengulangan suku kata pertamanya, dan letak
gandanya pada bahagian hadapan kata dasar. Vokal dalam bentuk gandaan itu
mengalami proses pelemahan, menjadikannya vocal e pepet. Misalnya,
laki→lalaki→lelaki.
Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar yang berimbuhan hanya
menggandakan kata dasar dan tidak melibatkan imbuhan, dan berlaku hanya pada kata
kerja dan kata adjektif tertentu. Bentuk gandaan separa boleh terletak di bahagian
belakang kata dasar, misalnya berturut-turut dan mencari-cari atau bahagian kata dasar,
contohnya bantu-membantu dan cinta-mencintai.
Penggadaan berentak pula ialah proses yang menggandakan kata dasar
mengikut rentak bunyi yang tertentu dalam kata dasar. Dalam penggandaan berentak,
seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah.
Penggandaan ini berlaku sama ada melalui pengulangan vokal, contohnya kuih-muih,
tungkus-lumus; melalui pengulangan konsonan misalnya simpang-siur dan mandi-
manda.
7
Kerja kursus BMM 3109, BM 1, PPG Jun 2011, IPG Sultan Mizan SEM5, 2013
PROSES PEMBENTUKAN KATA
Pada umumnya, proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu melibatkan bentuk-
bentuk kata tunggal, terbitan, majmuk dan ganda.
KATA TUNGGAL
Perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses
penggandaan dan perangkaian termasuk dalam kumpulan kata tunggal. Kata tunggal
terbahagi kepada dua: kata tunggal satu suku kata dan kata tunggal dua suku kata atau
lebih. Di samping itu, terdapat juga kata tunggal yang tidak pernah menerima sebarang
imbuhan seperti ini, itu, sini, dan sana. Namun begitu, kebanyakan kata tunggal boleh
diperluas untuk menjadi bentuk terbitan.
Kata tunggal satu suku kata
Contoh pola gabungan konsonan-vokal dua kata tunggal bahasa Melayu ialah seperti
berikut:
BIL POLA CONTOH1. KV ru ya yu
2. VK am
3. KVK bah cat dan
4. KKVK brek draf gred
5. KVKK bank seks teks
6. KKKV skru
7. KKKVK straw skrip spring
8
Kerja kursus BMM 3109, BM 1, PPG Jun 2011, IPG Sultan Mizan SEM5, 2013
Kata tunggal dua suku kata
BIL POLA CONTOH
1. V + KV apa ela
2. V + VK air aur
3. V + KVK alas ekor
4. VK + KV abdi inti
5. VK + KVK embun indah
6. KV + V doa ria
7. KV + VK diam kuih
8. KV + KVK buku guru
9. KV + KVK mulut pukul
10. KVK + KV binti sendi
KATA TERBITAN
Kata terbitan berawalan
Awalan dapat hadir dalam kata nama terbitan, kata kerja, dan kata adjektif terbitan
seperti:
9
Kerja kursus BMM 3109, BM 1, PPG Jun 2011, IPG Sultan Mizan SEM5, 2013
Kata terbitan berakhiran
10
BIL. AWALAN CONTOH
Kata nama
1 pe- pedagang pelari
2 pel- pelajar -
3 pem- pembuat pembuka
4 pen- penderma pendatang
5 peng- penggubah pengganti
6 Penge- pengelap pengebom
7 juru- jururawat juruwang
8 ke- ketua kelipat
9 maha- mahasiswa maharaja
10 tata- tatacara tatatertib
11 dwi- dwibahasa dwifungsi
Kata kerja
1 me- menyikat merasa
2 mem- membasuh membilang
3 men- mendakwa mendaki
4 meng- mengajar mengikut
5 menge- mengecat mengetam
6 memper- memperisteri memperhamba
7 be- berupa berasa
8 bel- belajar belunjur
9 di- dibasuh digilap
10 diper- diperoleh dipercepat
11 ter- tertulis terjebak
Kata Adjektif
1 se- Semanis sesejuk
2 te- terendah teringin
3 ter- terbersih terbesar
Kerja kursus BMM 3109, BM 1, PPG Jun 2011, IPG Sultan Mizan SEM5, 2013
Akhiran dalam bahasa Melayu hanya wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja
terbitan seperti:
BIL. AKHIRAN CONTOH
Kata nama
1 ..-ah sultanah ustazah
2 ..-an jualan pameran
3 ..-at muslimat hadirat
4 ..-in hadirin muslimin
5 ..-man seniman budiman
6 ..-wan jutawan karyawan
BIL. AKHIRAN CONTOH
Kata kerja
..-kan naikkan bukakan
..-i sertai duduki
Kata terbitan berapitan
Apitan hanya dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif
terbitan seperti:
BlL APITAN CONTOH
Kata nama
1 pe-..-an perasaan pemalsuan
2 pem..-an pembalakan pembekuan
3 peng..-an pengajaran pengesahan
4 ke-..-an keindahan kelainan
Kata kerja
1 me-..-kan menaikkan memainkan
2 men-..kan menjadikan mentafsirkan
3 ber-..-an bermaafan bersalaman
11
Kerja kursus BMM 3109, BM 1, PPG Jun 2011, IPG Sultan Mizan SEM5, 2013
4 di-..-kan disampaikan dibukukan
5 diper-..-kan diperlihatkan diperbahaskan
6
memper-..-
kan memperhatikan memperlakukan
7 ke-..-an kehausan kepanasan
Kata adjektif
1 ke-..-an kemelayuan kecinaan
Kata terbitan bersisipan
Sisipan ialah bentuk imbuhan yang menyisipi bahagian tengah kata dasar.
Bil. Sisipan Contoh
Kata nama
1 ..-el-.. celoreng kelangkang
2 ..-er-.. cerucuk gerigi
Kata adjektif
3 ..-em-.. gementar semerbak
4 ..-in-.. sinambung
KATA MAJMUK
Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata
dasar; dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak
sebagai satu unit.
Dalam sistem baku, kata majmuk dieja terpisah kecuali beberapa perkataan yang sudah
mantap seperti:
12
Kerja kursus BMM 3109, BM 1, PPG Jun 2011, IPG Sultan Mizan SEM5, 2013
Contoh 1
Kata dasar 1 Kata dasar 2 Kata majmuk
air mata air mata
ambil alih ambil alih
meja tulis meja tulis
ketua menteri ketua menteri
tanggung jawab tanggungjawab
antara bangsa antarabangsa
Contoh 2
Kata dasar 1 Kata dasar 2 Kata majmuk dieja sebagai satu perkataan
Antara bangsa antarabangsa
Apa bila apabila
Apa kala apakala
Apa lagi apalagi
Bagai mana bagaimana
Barang kali Barangkali
Beri tahu Beritahu
Bumi putera Bumiputera
Dari hal darihal
Dari pada Daripada
Duka cita Dukacita
Hulu balang Hulubalang
Jawatan kuasa Jawatankuasa
Kaki tangan Kakitangan
Ke pada Kepada
Kerja sama Kerjasama
Mana kala Manakala
13
Kerja kursus BMM 3109, BM 1, PPG Jun 2011, IPG Sultan Mizan SEM5, 2013
Mata hari Matahari
Olah raga Olahraga
Pada hal Padahal
Pesuruh jaya Pesuruhjaya
Setia usaha Setiausaha
Suka rela Sukarela
Suruhan jaya Suruhanjaya
Tanda tangan Tandatangan
Tanggung jawab Tanggungjawab
Warga negara Warganegara
Kata Majmuk akan dieja rapat apabila menerima imbuhan apitan, seperti contoh pada
jadual di bawah:
Kata Majmuk Apitan Ejaan
kuat kuasa peN....an Penguatkuasaan
kemas kini meN...kan Mengemaskinikan
anak tiri meN...kan Menganaktirikan
ibu bapa ke...an Keibubapaan
kuat kuasa di...kan Dikuatkuasakan
campur aduk peR...an Percampuradukan
Untuk awalan, kata majmuk diimbuhkan kepada kata pertama dalam kata majmuk
berkenaan. Manakala akhiran, imbuhan dirangkaikan pada hujung kata yang terakhir.
Lihat jadual di bawah.
Imbuhan Kata Majmuk Kata Majmuk Terbitan
beR- garis pusat bergaris pusat
14
Kerja kursus BMM 3109, BM 1, PPG Jun 2011, IPG Sultan Mizan SEM5, 2013
meN- ambil alih mengambil alih
peN- cari gali pencari gali
-an daya serap daya serapan
-kan urus niaga urus niagakan
PEMBENTUKAN KATA TERBITAN / PENGIMBUHAN
Terdapat empat bentuk kata dalam bahasa Melayu iaitu kata tunggal, kata
terbitan, kata majmuk, dan kata ganda. Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses
pembentukan, tetapi tiga bentuk kata lain melibatkan proses-proses tertentu. Proses-
proses ini ialah pengimbuhan, pemajmukan, dan penggandaan.
Kata terbitan terbentuk dari proses pengimbuhan. Proses pengimbuhan pula
adalah proses merangkaikan imbuhan kepada kada dasar untuk menerbitkan perkataan
yang berlainan makna serta fungsi nahunya.Dalam bahasa Melayu, imbuhan terdiri
daripada morfem terikat yang dirangkaikan kepada kata dasar.Imbuhan tergolong dalam
empat jenis, iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan.
Sementara itu ayat tunggal merupakan ayat yang mengandungi satu klausa
sahaja, yakni ayat yang terdiri daripada satu konstituen subjek dan satu konstituen
predikat. Ayat tunggal juga dikenali ayat selapis. ayat tunggal terdiri daripada subjek dan
predikat. Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan manakala predikat pula ialah
bahagian ayat yang menerangkan subjek.
15
Kerja kursus BMM 3109, BM 1, PPG Jun 2011, IPG Sultan Mizan SEM5, 2013
Proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata
dasar, merupakan salah satu cara pembentukan perkataan dalam bahasa Melayu.
Malahan, bahasa Melayu adalah antara bahasa di dunia yang membentuk banyak
perkataannya menggunakan proses pengimbuhan. Dengan ciri ini, bahasa Melayu
tergolong ke dalam jenis bahasa aglutinatif atau bahasa yang bersifat derivatif. Proses
pembentukan kata dengan cara ini adalah dengan menggabungkan morfem kata dasar
dengan morfem imbuhan.
Imbuhan merupakan morfem terikat, iaitu bentuk yang tidak dapat wujud secara
bersendirian. Bentuk ini hanya membawa makna apabila digabungkan dengan morfem
bebas, iaitu kata dasar. Imbuhan digandingkan dengan kata dasar dalam empat
keadaan, iaitu mendahului (awalan), mengikuti (akhiran), mengapit (apitan) dan
menyisipi (sisipan) kata dasar. Proses penggabungan dua morfem tidak setara ini
disebut proses pengimbuhan.Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang
disebut kata terbitan.
Definisi kata terbitan
Kata terbitan pula ialah bentuk kata yang terdiri daripada kata dasar yang
mengalami proses pengimbuhan, iaitu mendapat atau menerima imbuhan, baik awalan,
sisipan, akhiran atau apitan. Kebanyakan daripada kata dasar yang menerima imbuhan
terdiri daripada morfem bebas, manakala imbuhan terdiri daripada morfem terikat.
Misalnya dalam bahasa Melayu mendukung (men- + dukung), dipukul (di- + pukul),
makanan (makan + -an) dan biarkan (biar + -kan). Manakala contoh dalam bahasa
Inggeris pula ialah, quickly (quick + -ly), dan kindness (kind + -ness).
Jenis-jenis imbuhan
Berdasarkan keadaan-keadaan imbuhan itu digandingkan, maka wujudlah
empat jenis imbuhan, iaitu masing-masing dikenali sebagai awalan, akhiran, apitan dan
sisipan. Perkataan sambung umpamanya, dapat dijadikan bersambung (awalan),
sambungan (akhiran), disambungkan (apitan) dan sinambung (sisipan). Malahan,
bentuk sisipannya dapat pula menerima awalan dan apitan, iaitu bersinambung,
bersinambungan, dan kesinambungan.Imbuhan dalam bahasa Melayu pula terdiri
daripada imbuhan kata nama, imbuhan kata kerja, dan imbuhan kata adjektif. Imbuhan-
16
Kerja kursus BMM 3109, BM 1, PPG Jun 2011, IPG Sultan Mizan SEM5, 2013
imbuhan ini tidak sahaja dapat bergabung dengan kata dasar tunggal dan kata akar
tertentu, tetapi juga dengan kata dasar terbitan dan kata dasar majmuk.
Kata terbitan berawalan
Kata terbitan berawalan dapat dibahagikan kepada awalan kata nama, awalan
kata kerja, dan awalan kata adjektif. Contohnya dapat dilihat dalam jadual di bawah :-
Awalan kata nama Awalan kata adjektif Awalan kata kerja
Pe-
pelari
perakus
Ter-
terkecil
terhitam
Diper-
diperisteri
dipercepat)
Per-
perasap
perbara
Te-
teruncing,
terendah
Ber-
berjalan
berganti
Ke-
ketua
kelipat
Se –
secantik
sebaya
Ter-
terjebak
tercetus
Juru-
Jururawat
juruaudit
di-
diatur
ditimbang
Pen-
pendatang
pencari
Pem-
Men-
mendulang
mendakap
Me-
17
Kerja kursus BMM 3109, BM 1, PPG Jun 2011, IPG Sultan Mizan SEM5, 2013
pembuat
pembawa
Peng-
penggali
pengkhianat
Penge-
pengebom
pengetin
melawan
menyikat
Mem-
membawa
memfitnah
Meng-
menggali
mengikut
Menge-
mengecat
mengetuk
Maha-
maharaja
mahasiswa
Be-
beraja
berasa
Pra-
prasekolah
Kata terbitan berakhiran
Dalam bahasa Melayu hanya ada dua imbuhan akhiran bagi kata terbitan iaitu
kata nama terbitan dan kata kerja terbitan sahaja. Contohnya :-
Akhiran
kata nama
-an
pakaian
jahitan
-wan
sasterawan
usahawan
-man
budiman
seniman
18
Bagi akhiran kata kerja, hanya terdapat dua imbuhan iaitu –i
dan –kan. Kedua-dua akhiran ini membentuk kata kerja
transitif. Kata kerja yang diimbuhkan dengan -i dan –kan tanpa
awalan hadir dalam dua jenis ayat iaitu ayat pasif dan ayat
suruhan. Di bawah adalah beberapa contoh kata terbitan
berakhiran dengan kata dasarnya adalah kata kerja.
Akhiran kata kerja
- i taati turuti naiki ikuti
- kan buatkan
Kerja kursus BMM 3109, BM 1, PPG Jun 2011, IPG Sultan Mizan SEM5, 2013
-wati
seniwati
olahragawati
-isme
patriotisme
nasionalisme
-in
hadirin
muslimin
-at
hadirat
muslimat
-ah
ustazah
sultanah
Kata terbitan berapitan
Kata terbitan berapitan digolongkan kepada tiga iaitu :
apitan kata nama
apitan kata kerja
apitan kata adjektif
Terdapat empat jenis apitan bagi kata nama iaitu
peN-…-an - pendapatan, penternakan, pengarapan
pe-…-an - pedalaman, pemantauan, penulisan
pel-…-an - pelajaran
ke-…-an - kelainan, ketuanan, ketuhanan
Imbuhan apitan bagi peN-…-an terbahagi kepada lima bentuk iaitu
pem-…-an - pembuatan, pembentungan
pen-…-an – pentakrifan, penswastaan
peng-…-an - penggunaan, penggolongan
penge-…-an – pengesahan, pengeruhan
19
Kerja kursus BMM 3109, BM 1, PPG Jun 2011, IPG Sultan Mizan SEM5, 2013
pe-…-an – pelaksanaan, pemuafakatan
Apitan kata nama pe-…-an menunjukkan makna tempat sesuatu dikerjakan atau
tempat yang khusus, contohnya petempatan bermaksud kawasan penduduk
ditempatkan. Apitan kata nama per-…-an pula membawa makna tempat seperti
perhentian, dan membawa makna hal yang berkaitan dengan kata dasar. Contohnya
persengketaan membawa maksud hal bersengketa. Bagi apitan kata nama ke-…-an,
biasanya apitan ini bergabung dengan kata dasar daripada kata nama, kata kerja, dan
kata adjektif untuk membentuk kata nama yang bersifat abstrak serta membawa maksud
hal yang terkandung dalam kata dasar.
Apitan kata kerja pula, terbahagi kepada lapan belas bentuk. Bentuk-bentuknya
adalah seperti berikut :-
Me-…-kan
memainkan
menakutkan
Men-…-kan
menzahirkan
mendermakan
Mem-…-kan
membaikkan
membuakkan
Meng-…-kan
menggunakan
menggalakan
Menge-…-kan
mengetinkan
mengetengahkan
Ber- …-kan
beralaskan
berlaukkan
Ber-…-an
berjauhan
berlanjutan
di-…-kan
dibiarkan
dipisahkan
Men-…-i Meng-…-i
20
Kerja kursus BMM 3109, BM 1, PPG Jun 2011, IPG Sultan Mizan SEM5, 2013
mencurigai
mendendami
mengekori
menggauli
di-…-i
dimulai
didekati
Diper-…-kan
diperlihatkan
diperlakukan
Diper-…-i
diperingati
diperbaharui
Memper-…-kan
memperdengarkan
mempergunakan
Memper-…-i
memperingati
Ke-…-an
kehujanan
Kehausan
Apitan kata kerja men-…-kan membentuk kata kerja transitif aktif daripada
semua golongan kata dasar. Contohnya mensyaratkan, meninggikan, dan menjatuhkan.
Sementara itu, apitan kata kerja di-…-kan merupakan bentuk pasif bagi apitan men-…-
kan. Contohnya, bentuk aktif ialah melakukan. Apabila apitan di-…-kan ditambah pada
kata dasar, perkataan tersebut menjadi bentuk pasif iaitu dilakukan. Apitan kata kerja
ber-…-an pula membentuk kata kerja tak transitif. Akhiran –kan dalam apitan ini ialah
kependekkan kata sendi nama akan yang mewakili kata sendi nama yang lain seperti
dengan, pada dan tentang. Contohnya, berdasarkan bukti membawa maksud berdasar
pada bukti
Apitan kata kerja men-…-i membentuk kata kerja transitif aktif daripada kata -
kata dasar dalam semua golongan. Bentuk pasif bagi apitan ini ialah apitan kata kerja di-
…-i. Apitan kata kerja memper-…-i pula membentuk kata kerja transitif aktif daripada
kata-katayang pada umumnya kata kerja tak transitif berawalan ber- . contohnya
bersenjata – mempersenjatai. Bentuk pasif bagi apitan ini ialah apitan kata kerja
diper-...-i.
21
Kerja kursus BMM 3109, BM 1, PPG Jun 2011, IPG Sultan Mizan SEM5, 2013
Umumnya, apitan kata kerja memper-…-kan membentuk kata kerja transitif aktif
daripada kata nama dan kata kerja. Apitan kata kerja memper-…-kan tidak boleh
diimbuhkan pada kata adjektif. Apitan kata kerja diper-…-kan merupakan bentuk pasif
bagi apitan ini.
Bagi imbuhan apitan untuk kata adjektif pula, hanya terdapat satu bentuk apitan
iaitu ke-…-an. Kata adjektif yang terbentuk dengan apitan ini membawa makna bersifat
seperti yang tersebut pada kata dasar. Contohnya, kemelayuan bermaksud bersifat
melayu.
Kata terbitan bersisipan
Akhir sekali, kata terbitan bersisipan dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga
bentuk iaitu sisipan kata nama, sisipan kata adjektif, dan sisipan kata kerja. Sisipan yang
membentuk kata nama ialah
-el- kelingking
-er- seruling
-em- kemuncup
Kata nama terbitan dengan sisipan membawa maksud sesuatu yang mempunyai ciri
yang terkandung dalam kata dasar.
Bentuk-bentuk sisipan kata adjektif pula ialah :
-el- selerak
-er- gerodak
-em- semerbak
22
Kerja kursus BMM 3109, BM 1, PPG Jun 2011, IPG Sultan Mizan SEM5, 2013
–in- sinambung
Akhir sekali, hanya terdapat satu sisipan kata kerja iaitu –el-. Contohnya, jelajah
dan gelegak. Perkataan yang terdapat sisipan kata kerja tidaklah begitu banyak dalam
Bahasa Melayu. Kata nama dan kata adjektif yang bersisipan boleh menjadi kata kerja
apabila mengalami proses pengimbuhan.
Analisa Rencana Pengarang
DBP PERLU KEMBALI MEYAKINKAN MASYARAKAT
LIDAH PENGARANG
WARGA Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tentu tidak senang hati dengan dakwaan Jawatankuasa Istilah badan bahasa itu mengalami ‘kemandulan minda’ kerana gagal mencari istilah baru bahasa Melayu sebaliknya menceduk istilah bahasa Inggeris.
Dakwaan Ahli Parlimen Gerik, Datuk Dr. Wan Hashim Wan Teh di Dewan Rakyat Isnin lalu telah menimbulkan perbahasan baik yang menempelak DBP mahupun yang mempertahankan kewibawaan badan berkanun itu.
Perbahasan terbuka kedua-dua pihak ini akan menunjukkan kelemahan antara satu sama lain.
Jika tuduh-menuduh ini dibiarkan berpanjangan, kita percaya ia tidak akan ada penghujungnya.
23
Kerja kursus BMM 3109, BM 1, PPG Jun 2011, IPG Sultan Mizan SEM5, 2013
Ada baik isu ini dihentikan dan DBP bangkit menyahut cabaran untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan yang menjadi tanggungjawabnya sejak merdeka.
DBP perlu mempertingkatkan kedudukan dan pembangunan bahasa Melayu sesuai dengan peranannya sebagai bahasa kebangsaan.
Selama ini kita cuba diyakinkan bahawa bahasa Melayu tidak pernah di kesampingkan. Tetapi perubahan yang melanda negara ini sebenarnya membukakan ruang dan kelonggaran baru untuk tidak menggunakan bahasa kebangsaan.
Sesiapa pun yang bersikap jujur akan menyedari bahawa bahasa Melayu kini semakin hilang status dan wibawanya di negara ini. Penekanan pada kepentingan bahasa Inggeris menjadi lesen untuk tidak menghormati bahasa kebangsaan.
Dalam bab inilah kita mengharapkan DBP tampil dengan rancangan dan program memperkasakan bahasa kebangsaan.
DBP perlu kembalikan rasa hormat orang ramai kepadanya. Pemimpin jabatan di DBP perlu berani ke hadapan untuk menegur dan memberi pandangan mengenai bahasa kebangsaan.
DBP sendiri tidak akan relevan untuk masa depan sekiranya isu bahasa masa kini ditanganinya secara zaman kebangkitan nasionalisme tahun 50-an dan 60-an. Ini era pragmatis yang nampaknya tidak lagi menghargai nasionalis sempit dan pejuang buta tuli.
Kita berharap DBP akan bangkit dan mengatur strategi yang lebih berkesan dalam memastikan bahasa Melayu diutamakan dalam bidang ekonomi, kewangan dan perbankan, perniagaan, insurans, urus niaga saham serta pelbagai bidang perdagangan dalam negara.
Jika boleh, DBP kembali menumpukan perancangannya untuk memantapkan bahasa kebangsaan supaya digunakan secara meluas di negara ini.
Jangan usaha DBP hanya setakat memperkenalkan beribu-ribu istilah baru tetapi kebanyakannya tidak diketahui dan tidak digunakan oleh pengguna sasarannya.
Jadi mulai sekarang DBP perlu membuktikan kepada semua pihak bahawa istilah yang dimajukannya adalah betul dan tepat, malah perlu diguna pakai. Masyarakat pula perlu yakin dan memberi sokongan kepada DBP sejajar dengan matlamatnya untuk memartabatkan bahasa rasmi negara menjadi bahasa moden.
Sumber : https://www.google.com/#q=lidah+pengarang+berita+harian&start=10
Dalam petikan Lidah Pengarang Berita Harian ini, terdapat banyak golongan kata
yang mengalami proses pembentukan kata melalui kemunculan imbuhan – imbuhan.
Dengan penambahan imbuhan ini, kata dasar yang pada mulanya tergolong dalam
pelbagai jenis golongan kata akan mengalami perubahan kepada golongan kata yang
lain. Di bawah adalah penerangan dan contoh akan perubahan tersebut.
24
Kerja kursus BMM 3109, BM 1, PPG Jun 2011, IPG Sultan Mizan SEM5, 2013
1. Pengarang
Kata akarnya adalah karang. Ianya adalah tergolong dalam kata kerja. Apabila
mengalami proses pembentukan kata dengan memasukan imbuhan peng ia
telah berubah menjadi kata terbitan awalan kata nama iaitu pengarang yang
membawa maksud penulis.
2. Mengalami
Kata akarnya adalah alam. Ianya tergolong dalam kata nama. Apabila ditambah
dengan imbuhan meng – i, ia telah mengalami proses pembentukan kata dan
berubah menjadi kata terbitan apitan kata kerja.
3. Menimbulkan
Kata akarnya ialah timbul. Tergolong dalam golongan kata sifat. Mengalami
perubahan proses pembentukan kata apabila ditambah imbuhan men-kan dan
terpaksa digugurkan huruf t. Ia telah bertukar menjadi kata terbitan apitan kata
kerja.
4. Perbahasan
Kata akarnya ialah bahas. Tergolong dalam golongan kata kerja. Mengalami
proses pembentukan kata apabila dimasukan imbuhan per – an dan berubah
menjadi apitan kata nama.
5. Menempelak
Kata akarnya ialah tempelak. Tergolong dalam golongan kata kerja. Berubah
menjadi kata terbitan awalan kata kerja apabila mengalami proses
pembentukan kata iaitu imbuhan awalan men dengan menggugurkan huruf t.
6. Mempertahankan
Kata akarnya ialah tahan. Tergolong dalam golongan kata kerja. Mengalami
proses pembentukan kata dengan penambahan imbuhan apitan memper – kan
lalu tergolong dalam kata terbitan apitan kata kerja.
7. Kewibaan
Kata dasarnya ialah bawa. Digolongkan dalam golongan kata kerja. Mengalami
proses pembentukan kata iaitu imbuhan apitan ke – an, lalu berubah menjadi
kata terbitan apitan kata nama.
8. Berkanun
25
Kerja kursus BMM 3109, BM 1, PPG Jun 2011, IPG Sultan Mizan SEM5, 2013
Kata dasarnya ialah kanun yang tergolong dalam golongan kata nama.
Mengalami proses pembentukan kata dengan penambahan imbuhan awalan
ber, berubah menjadi kata terbitan awalan kata kerja.
9. Menunjukkan
Kata akarnya ialah tunjuk. Tergolong dalam golongan kata kerja. Mengalami
proses pembentukan kata dengan penambahan imbuhan apitan men – kan.
Berubah menjadi kata terbitan apitan kata nama.
10. Kelemahan
Kata akarnya ialah lemah dan tergolong dalam golongan kata adjektif. Apabila
ditambah dengan imbuhan apitan ke – an, ia telah berubah menjadi kata terbitan
apitan kata nama.
11. Berpanjangan
Kata akarnya ialah panjang dan ianya tergolong dalam golongan kata, kata
adjektif. Mendapat penambahan proses pembentukan kata iaitu imbuhan apitan
ber – an, lalu berubah kategori pergolongan katanya kepada kata terbitan apitan
kata nama.
12. Menyahut
Kata akarnya adalah sahut. Tergolong dalam golongan kata kerja. Setelah
mendapat proses pembentukan kata dengan penambahan imbuhan awalan men
dan digugurkan huruf s ianya berubah menjadi kata kerja transitif.
13. Mendaulatkan
Kata akarnya adalah daulat. Tergolong dalam golongan kata nama. Mengalami
proses pembentukan kata dengan penambahan imbuhan apitan men – kan.
Sekaligus mengalami perubahan golongan kata kepada apitan kata kerja.
14. Kebangsaan
Kata akarnya adalah bangsa. Tergolong dalam golongan kata nama. Tidak
mengalami sebarang perubahan golongan kata walaupun ditambah imbuhan
apitan ke – an.
15. Mempertingkatkan
26
Kerja kursus BMM 3109, BM 1, PPG Jun 2011, IPG Sultan Mizan SEM5, 2013
Kata dasarnya adalah tingkat. Tergolong dalam golongan kata nama.
Mengalami proses pembentukan kata dengan penambahan imbuhan apitan
memper-kan lalu berubah menjadi kata apitan kata kerja.
16. Pembangunan
Kata akarnya ialah bangun. Tergolong dalam kata kerja. Setelah mengalami
proses pembentukan kata dengan penambahan imbuhan apitan pem – an, ianya
berubah kepada apitan kata kerja.
17. Kedudukan
Kata akarnya ialah duduk dan tergolong dalam kata kerja. Setelah mendapat
proses pembentukan kata dengan penambahan imbuhan apitan ke – an, maka
kata kerja ini telah berubah menjadi apitan kata nama.
18. Kesampingkan
Kata akarnya adalah samping dan tergolong dalam kata arah. Setelah
mendapat proses pembentukan kata iaitu penambahan imbuhan ke – an maka
ianya telah berubah menjadi apitan kata nama.
19. Perubahan
Kata akarnya adalah ubah. Tergolong dalam golongan kata kerja. Mendapat
proses pembentukan kata dengan penambahan imbuhan pe – an. Terbentuk
satu kata terbitan iaitu apitan kata nama.
20. Membukakan
Kata akarnya adalah buka. Tergolong dalam kata kerja. Mendapat proses
pembentukan kata dengan imbuhan mem – kan. Perubahan tersebut
menjadikannya sebagai apitan kata kerja.
21. Kelonggaran
Kata akarnya adalah longgar. Tergolong dalam golongan kata adjektif. Apabila
mendapat proses pembentukan kata dengan penambahan imbuhan ke – an
ianya telah berubahmenjadi apitan kata nama.
22. Menggunakan
Kata akarnya adalah guna. Tergolong dalam golongan kata kerja. Mendapat
proses pembentukan kata dengan penambahan imbuhan meng – kan. Berubah
menjadi apitan kata kerja.
27
Kerja kursus BMM 3109, BM 1, PPG Jun 2011, IPG Sultan Mizan SEM5, 2013
Refleksi
Syukur alhamdullilah, akhirnya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus
mofologi yang telah ditugaskan kepada saya sebulan yang lalu. Sepertimana yang kita
sama-sama maklum bahawa kesibukan seorang guru atau tenaga pengajar seperti saya
sering kali dibayangi kesibukan kerja yang tidak dapat dikira banyaknya. Namun dengan
ketabahan dan kegigihan yang ada bertunjangkan sisa semangat yang boleh dikatakan
suam-suam kuku saya gagahkan juga diri ini untuk menghasilkan tugasan yang bagi
saya agak mencabar pada semester lima pengajian saya. Di sekolah sememangnya
tiada kurikulum pengajaran tentang kajian bahasa seperti mofologi, sintaksis dan
sebagainya. Sekiranya semua itu terdapat dalam kurikulum pengajaran sekolah pastinya
semua kerja kursus ini saya pandang sebelah mata lantaran rutin harian adalah
bergelumang dengan kajian – kajian bahasa seperti mofologi ini. Apa yang saya
maksudkan ialah bukan mudah untuk menyiapkan kerja kursus ini lantaran terpaksa
membelek semula kitab azimat seperti Tatabahasa Dewan yang pastinya menjadi
rujukan terbaik bagi kami guru-guru Bahasa Melayu di sekolah.
Dengan adanya tugasan ini saya dapat membezakan bidang mofologi dan
bidang sintaksis dengan lebih mendalam. Kajian tentang pembentukan kata yang
mengandungi empat kategori iaitu kata tunggal, kata ganda, kata terbitan dan kata
majmuk menjadikan saya lebih maklum bahawa inilah dia pembentukan kata dalam
28
Kerja kursus BMM 3109, BM 1, PPG Jun 2011, IPG Sultan Mizan SEM5, 2013
Bahasa Melayu. Boleh dikatakan bahawa proses pembentukan kata lebih didominasikan
oleh imbuhan apitan yang akhirnya menjadi kata terbitan yang boleh dikategorikan
dengan apitan kata kerja, apitan kata nama, dan apitan kata adjektif. Dalam pada itu
juga apitan-apitan ini akan diberi imbuhan sama ada awalan, akhiran dan juga sisipan.
Walaupun dalam petikan yang saya pilih di atas, tiada imbuhan sisipan namun
terdapat banyak imbuhan apitan yang boleh dibezakan dengan adanya bentuk apitan
tersebut seperti meng – an, ke – an, per – kan dan lain-lain.
Akhir kata, terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan yang pastinya adalah
tempat mengadu paling utama saya atas kerja sama mereka membantu saya
menyiapkan kerja kursus ini. Pun begitu jasa terbaik tuan pensyarah Encik Mohamad
bin Mohd Majid merangkap tutor kami juga tidak saya lupakan. Terima kasih kerana
bertoleransi dengan kami kumpulan guru-guru tua ini untuk kami terus berjuang dalam
mengejar segulung ijazah di penghujungnya. Sekian, wassalam.
BIBLIOGRAFI
Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling
Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Abdullah Hassan (penyunting) (1983). Rencana Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan (2006). Morfologi:Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Melayu. Petaling Jaya:Penerbit Fajar Bakti.Nik Safiah Karim et.al (1996;
2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan (2008). Tatabahasa Pedagogi untuk Sekolah Menengah.Kuala
Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Ali Mahmood et.al. (2007). Modul Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa
Melayu:Kuala Lumpur:Open University Malaysia.
Ali Mahmood et.al. (2010). Modul Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu:Kuala
Lumpur:Open University Malaysia
Nik Safiah Karim et.al (1996; 2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur:Dewan
29
Kerja kursus BMM 3109, BM 1, PPG Jun 2011, IPG Sultan Mizan SEM5, 2013
Bahasa dan Pustaka
http://www.angelfire.com/journal2/abdullahyusoff/bunyi bahasa.html
http://rtkasensei90.blogspot.com/2012/05/morfologi-proses-pembentukan-
kata-dlm.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pembentukan_kata
BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS
NAMA PELAJAR : RUSLAN BIN MUDA
NO.MATRIK : 6402
KUMPULAN : BM 1
SEMESTER.PERINGKAT : LIMA
M/PELAJARAN : BMM 3109 Mofologi Bahasa Melayu
PENSYARAH PEMBIMBING : ENCIK MUHAMMAD BIN CHE MAJID
JABATAN PENGAJIAN MELAYU IPG SULTAN MIZAN
TARIKH PERKARA KOMEN TANDA TANGAN
14.07.2013
Menerima tugasan Kerja Kursus Pendek (KKP) daripada pensyarah
Penerangan ringkas tentang prosedur kerja kursus
20.07.2013Perbincangan tajuk bersama senior OUM di sekolah
Penerangan ringkas tentang kerja kursus
Perbincangan dengan rakan Bahan kerja kursus
30
Kerja kursus BMM 3109, BM 1, PPG Jun 2011, IPG Sultan Mizan SEM5, 2013
12.08.2013 sekelas
15.08.2013Perbincangan dengan pensyarah
Penerangan ringkas tentang kerja kursus
1.09.2013 Mencari bahan rujukan Meminjam buku rujukan daripada rakan
10.09.2013 Semakan terakhir dan
pencarian akhir maklumat
tambahan
LAMPIRAN
31