Upload
jaslan-jemain
View
87
Download
9
Embed Size (px)
Citation preview
1.0 SUMBER KEWANGAN SEKOLAH
Peruntukan bagi membiayai segala perbelanjaan berhubung dengan
aktiviti di sekolah rendah adalah datangnya dari Kementerian Pelajaran
Malaysia. Di antara bantuan persekolahan yang diperolehi dinyatakan
seperti berikut.
1.1 Bantuan Geran Per Kapita ( PCG )
Bantuan Geran Per Kapita ( PCG ) merupakan bantuan kewangan yang
diperuntukkan kepada setiap murid warganegara Malaysia yang
bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan.
Peruntukan ini digunakan untuk membeli peralatan, inventori, dan harta
modal. Pembelian hendaklah dibincang dan dipersetujui bersama Ketua
Panitia dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengurus Sekolah.
Pembelian peralatan ICT dan penyaman udara tidak dibenarkan. Semua
peralatan, inventori dan harta modal yang dibeli hendaklah didaftarkan
sebagai aset Kerajaan Malaysia.
Tuntutan PCG hanya layak dituntut bagi murid warganegara
Malaysia yang bersekolah di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan
Kerajaan sahaja. Pengurus sekolah wajib memaklumkan kepada Ketua
Panitia dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Akaun ( JPKA )
Sekolah mengenai jumlah peruntukan PCG yang diterima serta
agihannya supaya perancangan perbelanjaan tahunan dapat dilakukan
oleh Ketua Panitia dan peruntukan diberikan itu dapat dimanfaatkan oleh
murid sepenuhnya.
PCG yang layak dituntut terbahagi kepada dua kumpulan iaitu:
a) PCG Mata Pelajaran – Teras, Wajib, Tambahan dan Bahasa
Asing dan Elektif.
b) PCG Bukan Mata Pelajaran – Pusat Sumber Sekolah, Bimbingan
dan Kaunseling
Bagi PCG Mata Pelajaran Teras, agihan peruntukan adalah seperti
berikut:
1
a) 60% = Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris
b) 40% = Lain-lain Mata Pelajaran Teras
1.2 Yuran Khas Sekolah (YKS)
Mulai tahun 2008, Kerajaan telah membuat keputusan untuk
memansuhkan bayaran Yuran Khas Sekolah ( YKS ) yang dikenakan
ke atas semua murid di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan
Kerajaan. Yuran ini dikutip bagi ujuan pelaksanaan aktiviti tertentu di
sekolah. Dengan pemansuhan tersebut, Kerajaan telah menyediakan
peruntukan bagi membiayai pelaksanaan aktiviti terbabit di bawah YKS.
Perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan peruntukan YKS adalah
meliputi aktiviti:
a) Sukan/Permainan
b) Pendidikan Jasmani
c) Lukisan/Kerja Tangan
d) Pendidikan Seni
e) Perpustakaan
f) Pusat Sumber Sekolah
1.3 Bantuan Kokurikulum Prasekolah ( BKKP )
Bantuan Kokurikulum Prasekolah ( BKKP ) diberi dalam kadar belanja
yang tetap bagi memudahkan pengurusan dan perbelanjaan oleh pihak
sekolah. Perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan peruntukan
BKKP adalah meliputi aktiviti:
a) Sukan/sukaneka
b) Karnival Pendidikan PraSekolah
c) Konvokesyen
d) Lawatan
Perbelanjaan yang dibenarkan berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti
seperti urusan makan minum, penginapan, sewaan dan pengangkutan,
penyediaan bahan cetak dan bahan habis guna dan pembelian serta
2
penyelenggaraan peralatan kokurikulum dan sukan prasekolah.
1.4 Bantuan Kokurikulum Sekolah ( BKK )
BKK merupakan peruntukan kewangan tahunan sekolah yang disedikan
bagi menampung keperluan perbelanjaan kegiatan kokurikulum di
sekolah. Sehingga tahun 2010, kadar BKK bagi sekolah rendah secara
puratanya ialah RM10.00 seorang murid setahun. Perbelanjaan yang
dibenarkan menggunakan peruntukan BKK adalah meliputi aktiviti:
a) Pasukan Pakaian Seragam/Badan Beruniform
b) Kelab dan Persatuan
c) Aktiviti perkhemahan, seminar, kolokium, dan kursus kepimpinan
1.5 Bantuan Sukan Sekolah ( BSS )
Bantuan Sukan Sekolah ( BSS ) telah diwujudkan bagi membiayai aktiviti
sukan dan permainan sekolah. Peruntukan sebanyak RM2.00 seorang
murid daripada peruntukan BKK bag aktiviti sukan dan permainan
diambil dan dimasukkan di bawah BSS. Selain itu, kerajaan turut
menambah peruntukan sebanyak RM2.00 seorang bagi
memperkukuhkan pelaksanaan Dasr 1 Murid 1 Sukan.
Perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan peruntukan BSS
adalah meliputi aktiviti:
a) Kejohanan olahraga tahunan sekolah
b) Aktiviti pra kejohanan seperti sukan tara dan merentas desa
c) Karnival permainan antara rumah kelas dan sebagainya
d) Program-program lain sukan di sekolah sepanjang tahun
Perbelanjaan yang dibenarkan berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti
adalah seperti pengendalian pengurusan kelab-kelab sukan dan
permainan, kursus pendedahan permainan kepada murid, urusan
makan minum, penginapan, sewaan dan pengangkutan murid,
penyediaan bahan cetak, bahan habis guna dan pembelian serta
penyelenggaraan peralatan.
3
1.6 Bantuan Makanan Prasekolah ( BMP )
BMP merupakan peruntukan kewangan tahunan sekolah yang
disediakan bagi membiayai perbelanjaan penyediaan makanan murid di
Kelas Prasekolah KPM. Kadar BMP ialah RM1.80 sehariuntuk seorang
murid selama 200 hari.
Perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan peruntukan ini
adalah bagi tujuan berikut:
a) Perolehan bahan mentah memasak
b) Gas/bahan api memasak
c) Makanan tambahan
d) Lain-lain perkara yang melibatkan penyediaan/pemberian
makanan berkhasiat kepada murid prasekolah.
2.0 PERANCANGAN KEWANGAN SEKOLAH
Pada tahun 2012 ini, sekolah saya telah menerima peruntukan sejumlah
RM32,990 dari Bantuan Geran Per Kapita ( PCG ). Peruntukan ini bagi
menjalankan projek pengajaran dan pembelajaran semua
matapelajaran yang diajar di sekolah. Peruntukan mata pelajaran ini di
bahagikan kepada dua kumpulan, iaitu untuk Mata Pelajaran Teras dan
Mata Pelajaran Wajib. Perbelanjaan bagi Mata Pelajaran Teras ini pula
dibahagikan kepada dua jenis iaitu Perbelanjaan Terhad dan
Perbelanjaan Tidak Terhad. Butiran lanjut mengenai perbelanjaan
tersebut adalah seperti berikut :-
a) Perbelanjaan Mata Pelajaran Teras
i) Perbelanjaan Terhad
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
ii) Perbelanjaan Tidak Terhad
4
- Bahas Malaysia
- Agama Isalm
- Kajian Tempatan
b) Perbelanjaan Mata Pelajaran Wajib
- Kemahiran Hidup
- Pendidikan Muzik
- Pendidikan Jasmani
- Pendidikan Seni
Sejumlah RM 32,990 diagihkan mengikut keutamaan bagi
menjalankan aktiviti berkaitan mata pelajaran teras dan mata pelajaran
wajib. Oleh itu sebanyak 60% dari peruntukan yang diterima iaitu
RM19,974 akan diperuntukan kepada aktiviti mata pelajaran teras dan
selebihnya pula iaitu RM13,196 diperuntukkan kepada menjalankan
aktiviti mata pelajaran wajib .
Pengagihan Peruntukan bagi Aktiviti Mata Pelajaran Teras
Peruntukan bagi Mata Pelajaran Teras yang diterima adalah sebanyak
RM19,974 Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM11,984 (60%)
diagihkan bagi menampung Perbelanjaan Terhad dan RM7,990 (40%)
lagi kepada Perbelanjaan Tidak Terhad. Pengagihan
peruntukanPerbelanjaan Terhad ini pula mengikut mata pelajaran iaitu
Bahasa Inggeris senanyak RM3,595(30%), Matematik sebanyak
RM3,595(30%) dan Sains sebanyak RM4,793(40%). Manakala
peruntukan Perbelanjan Tidak Terhad yang diterima akan diagihkan
sama rata kepada ketiga-tiga mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu,
Agama Islam dan Kajian Tempatan dimana masing-masing akan
menerima sebanyak RM2,665.30 setiap mata pelajaran..
5
Pengagihan Peruntukan bagi Aktiviti Mata Pelajaran Wajib
Sejumlah RM13,196 yang merupakan 40% daipada peruntukan yang
diterima akan diagihkan untuk membiayai perbelanjaan Mata Pelajaran
Wajib. Jumlah peruntukan ini dibahagi sama rata kepada ke semua
Mata Pelajaran Wajib yang terdiri dari Kemahiran Hidup, Muzik,
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Seni dimana setiap perbelanjaan
mata pelajaran tersebut akan diperuntukkan sebanyak RM3,299.
Butiran Perbelanjaan
Butiran (RM) (RM) (RM)
Peruntukan diterima dari PCG 32,990
Pengagihan Peruntukan :
i) Matapelajaran Teras / Khas (60%x RM32,990) 19,974
ii) Matapelajaran Wajib (40%x RM32,990)
Jumlah Besar Pengagihan
13,196
32,990
Butiran Pengagihan
Peruntukan Matapelajaran Teras – RM19,974
i) Perbelanjaan Terhad (60%x RM19,974)
= RM11,984
19,974
a) BI (30% x RM11,984) 3,595
b) MT (30% x RM11,984) 3,595
c) SN (40% x RM11,984) 4,793 11,984
ii) Perbelanjaan Tidak Terhad ( 40% x RM19,974)
= RM7,990
a) BM ( RM7,990/3) 2,663
b) AG ( RM7,990/3) 2,663
c) KT ( RM7,990/3) 2,664 7,990
6
Jumlah besar peruntukan Mata Pelajaran Teras 19,974
Peruntukan Mata Pelajaran Wajib – RM13,196 13,196
Perbelanjaan yang terlibat :
a) KH (RM13,196/4) 3,299
b) MZ (RM13,196/4) 3,299
c) PJ (RM13,196/4) 3,299
d) PS (RM13,196/4) 3,299 13,196
Jumlah Besar Peruntukan Mata Pelajaran Wajib 13,196
.
2.1. Perancangan Perbelanjaan
Anggaran perbelanjaan Sekolah dibuat sebelum akhir tahun. Pihak
pengurusan seharusnya mengenalpasti enrolmen pelajar pada tahun
semasa membuat perancangan perbelanjaan
Anggaran perbelanjaan adalah seperti berikut:
- Pembelian bahan
- Pembelian alatan
- Penyelenggaraan
- Alat Bantuan Mengajar ( ABM )
- Perkembangan mata pelajaran
- Buku Rujukan
- Kursus Perkembangan Staf
Semua guru akan berbincang tentang pembelian dan menyerahkannya
kepada ketua panitia. Ketua panitia berbincang tentang anggaran
perbelanjaan dengan guru besar.
Prosedur yang diamalkan semasa perancangan pembelian adalah
seperti berikut:
- Memperoleh sebu tharga
- Memilih pembekal
7
- Membuat pesanan
- Menerima bahan / alatan dan nota hantaran dalam keadaan
yang baik dan mencukupi
- Menerima invois
- Merekod ke dalam stok /inventori / kad-kad stok
- Menyerah invois kepada kerani kewangan.
2.2 Format Membuat Anggaran Perbelanjaan
Guru merangka dan menguruskan usaha untuk mendapatkan kelulusan
belanjawan yang dirancangkan. Manakala format borang-borang boleh
digunakan untuk menjelaskan spesifikasi perbelanjaan yang berkaitan.
Walau bagaimanapun pendekatan secara format ini boleh diubahsuai
mengikut keperluan.
3.0 PEMATUHAN PROSEDUR PEROLEHAN
Daripada pemerhatian saya, didapati pihak sekolah telah mematuhi
prosedur perolehan yang telah ditetapkan. Ini boleh diperhatikan dengan
pengagihan peruntukan dilakukan dengan betul dan sistematik. Ianya
juga dibelanjakan mengikut peruntukan yang telah ditetapkan.
Perolehan-perolehan yang dilakukan secara berhemah dimana
terdapatnya proses sebut harga bagi memilih pembekal yang boleh
memberikan harga yang barangan dan perkhidmatan yang berpatutan.
Barang-barang yang dibeli telah diuruskan dengan cekap dan berkesan.
Terdapatnya buku stok bagi mengawal penerimaan dan pengeluaran
barang yang dibeli. Begitu juga terdapatnya dokumem-dokumen
sokongan seperti invois belian, pesanan tempatan, resit-resit keluaran
barangan, buku tunai dan daftar yang berkaitan telah diselenggarakan
dengan kemaskini. Didapati juga pengurusan kewangan dan
pentadbiran mempunyai sistem kawalan dalaman yang baik, di mana
terdapat pemantauan oleh pihak guru besar dan guru kanan dalam
pengurusan perolehan dan juga rekod-rekod kewangan. Ianya dapat
8
dibuktikan dengan terdapatnya semakan dan pengesahan dari pihak
guru besar bagi setiap urusniaga yang dibuat.
Pegawai kerani telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dan
berkesan. Ini terbukti dengan beliau telah dianugerahkan sebagai
pengurus kewangan yang baik daripada Pejabat Pendidikan Daerah
(PPD). Pihak sekolah juga telah menerima kunjungan dari pihak Audit
Dalam Sekolah dan daripada teguran dan nasihat yang membina telah
menyumbangkan kepada pengurusan kewangan yang lebih baik.
Prosedur yang diamalkan semasa perancangan pembelian adalah
seperti berikut:
i) Mematuhi prosedur perolehan Bekalan/Perkhidmatan
Pembelian terus;
- <RM10,000 mana-mana pembekal
- RM10,000-RM50,000 - pembekal bumiputera yang
berdaftar
Sebutharga
- RM50,000-<RM100,000 –
Tender
- perolehan>RM200,000
- Pengecualian peraturan perlu mendapat kelulusan
Kementerian Kewangan terlebih dahulu
ii) Memilih pembekal
Pemilihan pembekal ini dibuat berdasarkan kepada harga yang
paling rendah dan dapat memenuhi spefikasi yang dikehendaki
iii) Membuat pesanan menggunakan Nota Minta
Membuat pesanan melalui Pesanan Barang sekolah dan disertakan
dengan nota minta.dalam Borang Pesanan Sekolah dinyatakan
butiran tentang peralatan dan harga di samping penetapan tarikh
pembekalan yang perlu dipatuhi oleh pembekal. Guru perlu
9
menyenaraikan barangan yang diperlukan untuk kegunaan pada
tahun tersebut. Senarai barangan perlulah diisi dalam borang Nota
Minta yang disediakan dan perlu memperolehi kelulusan terlebih
dahulu daripada guru besar diperolehi. Contoh Nota Minta adalah
seperti di ( lampiran)
iv) Menerima bahan atau alatan dan nota hantaran
Barang-barang yang diterima dihantar bersaman-sama nota
hantaran, dari pembekal dan juga pesanan tempatan. Adalah
menjadi tanggungjawab guru untuk membuat perakuan mengenai
penerimaan barag-barang tersebut serta mengikuti spesikasi dalam
keadaan baik dan cukup kuantitinya. Dalam hal penerimaan barang-
barang, pegawai yang menerima barang-barang dari pembekal perlu
memastikan barang-barang yang diterima mempunyai kuantiti yang
betul dan mengikut spesifikasi, bermutu dan dalam keadaan yang
baik.
Di antara langkah-langkah penerimaan ialah menyemak nota atau bil
serahan, nota bungkusan dan invois, menyemak dan menghitung
kuantiti yang diterima serta memperakukan di ruangan perakuan
mengenai mutu pada Borang Pesanan Sekolah. Tugas penerimaan
ini akan dilaksanakan oleh ketua panitia atau pegawai yang yang
dilantik oleh guru besar.
Beliau juga bertanggungjawab menyenaraikan segala keperluan
maklumat dan status barangan samada ianya barangan habis guna,
barangan kekal atau barangan harta modal.
v) Menerima invois
Invios yang diterima daripada pembekal perlu dicop terima dan
adalah menjadi kewajipan untuk membuat pembayaran dalam
tempoh 14 hari.
vi) Merekod dalam stok / inventori / kad-kad stok
10
Peralatan/barang-barang yang diterima akan disimpan di dalam stor
bengkel dan direkodkan dalam daftar yang berkaitan dengan secepat
mungkin. Penerimaan barang-barang dibuat dalam 4 borang
mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil.02/1991.
- KEW 312, 312A – Daftar Harta Modal
- KEW 313 – Daftar Inventori
- KEW 314 – Daftar Stok Bekalan Pejabat
- KEW 315 – Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori.
vi) Menyerah invois kepada Pegawai Kerani Kewangan
Invois yang diterima daripada pembekal dikemukakan secepat
mungkin kepada kerani kewangan untuk proses pembayaran supaya
pembayaran dapat dibuat dalam masa 14 hari.
Dari pemerhatian saya proses perolehan itu telah dibuat dengan teratur
dan mengikut prosedur yang ditetapkan. Rekod-rekod yang berkaitan
dengannya telah diselenggarakan dengan teratur dan kemaskini. Melalui
pematuhan prosedur perolehan yang teratur dan perancangan yang teliti
membolehkan sesebuah organisasi berfungsi dengan sempurna dan
akan memberi impak kepada pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.
4.0 PERANCANGAN PIHAK SEKOLAH DALAM PENGURUSAN
PERALATAN, BAHAN DAN BENGKEL
Untuk memastikan perjalanan pengurusan bengkel berjalan dengan
lancar, pihak sekolah telah mewujudkan ahli jawatankuasa di ketuai oleh
ketua panitia dan.guru besar sebagai penasihat. Guru-guru yang
mengajar Kemahiran Hidup sebagai pelaksana. Jawatanuasa ini
11
bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti
yang berkaitan dalam pengurusan bengkel.
4.1 Pengurusan Kewangan yang berkesan
Guru berperanan sebagai pengurus kewangan untuk memastikan
segala kemudahan pengajaran dan pembelajaran dapat disediakan
kepada semua pelajar. Guru perlu mengetahui prinsip asas
pengurusan kewangan. Guru perlu bekerjasama dengan pihak
pengurusan sekolah kewangan sekolah supaya segala wang yang
dikeluarkan akan memberi manfaat kepada semua.
Panitia Kemahiran Hidup merupakan panitia yang mendapat
peruntukan yang besar. Peruntukan yang besar ini ialah untuk
membeli alatan-alatan keperluan dan bahan-bahan projek
Kemahiran Hidup. Panitia akan membuat perancangan dan
perbelanjaan. Peruntukan ini akan diberikan mengikut jumlah yang
akan belajar mata pelajaran ini iaitu murid-murid tahap dua. Semua
peruntukan itu perlu dibelanjakan. Ketua panitia akan berbincang
dengan guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini untuk
membuat perancangan dan perbelanjaan untuk sesuatu tahun.
Pembelian hanya boleh dibuat apabila peruntukan telah diterima,
biasanya pada bulan Februari.
Kecekapan dalam menguruskan kewangan menjadikan pengajaran
dan pembelajaran Kemahiran Hidup menjadi lebih lancar dan
teratur. Guru perlu bijak menyediakan sesuatau keperluan atau
bahan lebih awal. Persediaan awal ini adalah bagi mengelak
masalah ketiadaan alat/bahan untuk pengajaran berlaku.
Masalah biasa yang dialami ialah ketiadaan bahan atau alat untuk
mengajar murid-murid. Justeru, guru haruslah merancang dari awal
iaitu dengan melihat silibus pengajaran dan mencatat segala
keperluan dari segala alatan atau bahan yang diperlukan semasa
12
pengajaran dan pembelajaran sepanjang tahun. Pada awal tahun
ketua panitia haruslah bersedia sedari awal untuk mengedarkan
borang kepada semua guru yang mengajar mata pelajaran
Kemahiran Hidup. Semua guru yang mengajar pula perlu merujuk
kepada sukatan pelajaran tentang topik apa yang akan diajar dan
bahan apa yang diperlukan untuk mengajar matapelajaran ini. Jadi
semua guru KH harus mencatatkan keperluan yang akan
digunakan untuk mengajar matapelajaran ini nanti.
Borang ini akan dianalisa semula oleh ketua panitia untuk
memperolehi maklumat tentang bahan atau alatan yang diperlukan
oleh murid-murid untuk pembelajaran sepanjang tahun. Barang-
barang keperluan yang diperlukan akan ditambah setiap tahun
untuk menampung kekurangan. Alatan yang mencukupi akan
menjadikan pengajaran amali dapat dijalankan dengan baik dan
berkesan. Murid akan seronok belajar kerana semua alatan dan
bahan mencukupi untuk membuat amali dan guru pula tentu akan
berpuas hati kerana semua murid akan mendapat manfaat
daripada perancangan guru yang baik. Di samping itu semua murid
akan dapat melibatkan diri dengan sempurna dalan pengajaran dan
pembelajaran.
Guru panitia juga merancang pembelian berdasarkan kepada
permintaan guru. Rancangan perolehan ini menjurus kepada
keperluan yang utama dan berdasarkan kepada peruntukan yang
ada. Jadi proses perolehan ini akan dilaksanakan mengikut
prosedur perolehan yang ditetapkan dan sedaya upaya
memoptimumkan sebaik mungkin peruntukan yang diterima.
Segala bahan / alatan atau aset yang diterima hendaklah disahkan
ketepatan dari segi spesifikasi dan mutu sebelum diperakukan
untuk pembayaran. Bahan/alatan perlu direkodkan dalam buku stok
sedangkan aset-aset perlu direkodkan dalam daftar aset.
13
Untuk keberkesanan pengurusan peralatan dan bahan, satu kad
kawalan stok dan kad petak diwujudkan. Kad petak disediakan
bertujuan untuk merekod setiap item stok dengan mengikut
nombor kad yang berturutan dan kad petak ini perlu dikemaskini
pada setiap kali tranksaksi penerimaan dan pengeluaran dibuat.
Catatan penerimaan dan pengeluaran bahan dan alatan perlu
dibezakan dan direkodkan dengan kemaskini. Sebagai contoh
setiap penerimaan perlu direkodkan dengan pen dakwat merah dan
pengeluaran direkodkan dengan pen dakwat hitam.
4.2 Organisasi dan Pengurusan Bengkel
Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran bergantung
kepada pengurusan bengkel yang sistematik. Untuk mendapatkan
suasana dan keadaan bengkel yang tersusun kemas, komitmen
guru diperlukan. Pengurusan bengkel merupakan satu bidang yang
perlu diambil perhatian kerana cara pengurusan dapat
mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran murid.
Pengurusan bengkel memerlukan guru-guru yang berpengetahuan
dan berpengalaman dalam hal pengurusan bengkel supaya kerja-
kerja penyelenggaraan dapat dijalankan dengan lancar dan
sempurna. Tanggungjawab guru KH bukan setakat melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran tetapi bertanggungjawab juga
dalam pengendalian bengkel.
Dari pemerhatian yang dibuat, didapati sekolah saya telah
menjalankan pengurusan bengkel yang cekap dan sistematik bagi
membantu kelicinan pengajaran dan pembelajaran. Ini dapat
diperhatikan dengan penyimpanan alat-alat / bahan yang berharga
di tempat yang selamat. Keadaan dalam bengkel juga disusun
dengan teratur dimana bengkel tidak dijadikan sebagai stor. Alat-
alat juga disimpan di tempat yang selamat seperti di dalam almari
yang berkunci.
14
Kakitangan juga didapati meminjam alatan sekolah melalui guru
Kemahiran Hidup. Pihak pengurusan bengkel juga menyediakan
buku log untuk mencatat kemalangan yang berlaku. Kit pertolongan
cemas dan alat pemadam api disediakan untuk mencegah
kebakaran yang mungkin terjadi di dalam bengkel.
Didapati juga penyelengaraan stok yang sistematik. Alat-alat dan
bahan di bengkel disimpan dan diselenggarakan dengan baik dan
selamat. Peminjam juga telah merekod pinjaman dalam Buku
Pinjaman Khas. Guru-guru yang meminjam alatan/bahan/ABM juga
dikehendaki memulangkannya alat pembelajaran tersebut sebaik
saja tamat proses.
Pengurusan bengkel di sekolah saya juga didapati mengamalkan
sistem 5S. Perabot disusun dengan teratur dalam ruang kerja.
Kedudukan stor juga sesuai dan selesa. Kaedah penyusunan dan
penyimpanan alat juga baik dan ada kawalan alatan. Pengurusan
dan pentadbiran bengkel juga didapati sistematik dan bengkel
terurus dan diselenggarakan dengan baik. Untuk mendapatkan
suasana dalam bengkel yang tersusun rapi masa yang panjang
diperlukan untuk mengemas, menyusun agar nampak menarik dan
kondusif. Ini menampakkan komitmen guru yang tinggi untuk
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
Dalam memastikan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup dapat
dijalankan dengan baik dan menepati keperluan Kementerian
Pendidikan Malaysia, Carta Pengurusan Organisasi Kemahiran
Hidup dan Carta organisasi di kalangan murid perlu diwujudkan .
Diantara perkara atau elemen-elemen penting yang perlu diberi
perhatian untuk dilaksanakan adalah:-
Jadual tugasan, Carta Bengkel dan Jadual Bertugas
Merancang jadual waktu masuk ke bengkel, jadual tugas, pelan
struktur serta peraturan perlulah diletakkan ditempat yang sesuai
iaitu tempat yang mudah dilihat oleh murid. Di antara jadual yang
15
disediakan ialah jadual bengkel bagi memastikan murid tidak
bertembung untuk masuk, jadual organisasi kerja dan jadual
tugasan murid iaitu menyediakan jadual tugasan di kalangan murid
untuk bertugas secara bergilir-gilir dalam bengkel.
Di samping itu guru juga perlu menyediakan garis panduan atau
peraturan dan keselamatan semasa masuk ke dalam bengkel. Ini
perlu dibuat dan dipaparkan dalam bengkel dan pastikan dipatuhi
oleh semua murid.
Mesyuarat Panitia
Mesyuarat Panitia mestilah dijalankan sekurang-kurangnya 4 kali
setahun. Ia perlulah diminitkan oleh setiausaha dan disimpan di
dalam fail panitia, fail induk dan fail Guru Penolong Kanan
Kurikulum
Program Tahunan
Program Tahunan perlulah dirancang bagi mengisi aktiviti panitia
Kemahran Hidup. Program ini berpandukan kepada keperluan
semasa. Program Tahunan adalah tunggak kepada perjalanan
Panitia Kemahiran Hidup. Pembahagian tugas perlu disediakan
untuk diambil tindakan. Laporan aktiviti ini akan dilaporkan oleh
setiausaha untuk difailkan
.
Laporan Tahunan
Laporan aktiviti akan dibuat pada hujung tahun oleh setiausaha.
Semua aktiviti yang telah dijalankan dan yang tidak dapat perlu
dilaporkan untuk makluman. Ia dapat dijadikan rujukan pada masa
akan datang.
16
Perekodan dan Jenis-jenis Rekod Serta Sistem Pemfailan
Contoh susunan fail bagi panitia Kemahiran Hidup
06/03/011 Kemahiran Hidup
06/03/011A Fail Induk
06/03/011B Sukatan Pelajaran
06/03/011C Mesyuarat Panitia
06/03/011D Program Kecemerlangan
06/03/011E Keputusan Ujian dan Peperiksaan
06/03/011F Penyeliaan
06/03/011G Pemeriksaan Buku Latihan
06/03/011H Aktiviti Koko Akademil
06/03/011I Bank Soalan
06/03/011J Maklumat Guru Mata Pelajaran
Penyediaan Rekod-rekod Penggunaan Bengkel
Pihak Pengurusan Bengkel wajiblah menyediakan Rekod-rekod
Penggunaan Bengkel untuk melicinkan perjalanan pengurusan
bengkel. Diantara rekod-rekod tersebut ialah Rekod Pinjaman /
Penggunaan alatan, Rekod Kemalangan dan Rekod
Penyelenggaraan. Rekod-rekod ini berfungsi sebagai pengawasan
ketua panitia. Rekod ini disediakan dalam bentuk buku.
Guru juga perlu menyediakan maklumat bahan di bengkel. Di
antaranya ialah panel alatan, rekod-rekod, peralatan keselamatan,
jadual bengkel dan bahan bantu mengajar.. Pihak Panitia juga
hendaklah menyediakan carta organisasi jawatankuasa induk
Kemahiran Hidup. Contoh carta organisasi Panitia Kemahiran
Hidup SKSSU boleh dilihat dilampiran.
Guru juga perlu membuat penyelenggaraan kepada alatan dan
bahagian bangunan. Bentuk pengujian juga perlu diselaraskan
untuk setiap aliran. Penulisan buku rekod mengajar juga perlu
diselaraskan.
17
Perekodan Stok
Semua jenis stor hendaklah merekodkan stok yang diterima
dengan menggunakan kad yang telah ditetapkan bagi tujuan:
a) Mengetahui kedudukan stok simpanan
b) Memastikan bilangan dan fizikal stok sentiasa tepat dan
c) Mengawal paras stok
Semua stok yang diterima oleh stor hendaklah direkodkan oleh
pegawai stor dengan mematuhi penggunaan rekod seperti berikut:
a) Penggunaan rekod hendaklah mengikut jenis stor iaitu:
i) Kad Kawalan Stok KEW.PS-3 di Stor Pusat dan Stor Utama
ii) Kad Petak KEW.PS-4 di Stor Pusat, Stor Utama dan Stor
b) Kad Kawalan Stok dan Kad Petak boleh dicetak sendiri oleh
Kementerian/Jabatan dengan menggunakan format yang sama.
c) Penggunaan warna kad seperti berikut
i) Kad Kawalan Stok berwarna putih
ii) Kad Petak berwarna hijau
iii) kad Petak berwarna merah jambu untuk stok bertarikh luput
4.3 Pengurusan Bengkel yang Berkesan
Bengkel adalah satu tempat untuk guru menyampaikan pengajaran
dan tempat murid membuat latihan praktis. Makmal perlu diurus
dengan cekap bagi mencapai tujuan berikut:
i) membantu pengajaran dan pembelajaran
ii) Mengelakkan kemalangan
iii) Memudahkan aktiviti/projek dijalankan
iv) Mengemaskinikan bekalan bahan
v) Menentukan alatan dan bahan yang dibeli adalah sesuai dan
mengikut spesifikasinya
18
Pengurusan bengkel yang cekap dan sistematik membantu
kelicinan pengajaran dan pembelajaran. Di antara cara- cara untuk
menguruskan bengkel ialah:
i)Menentukan penyimpanan alat-alat / bahan berharga di bengkel
dengan selamat.
ii) Memastikan ruang bengkel lapang seperti tidak
menggunakan bengkel sebagai stor
iii) Memastikan bengkel seboleh-bolehnya tidak dijadikan kelas
terapung.
iv) Memastikan pinjaman latan oleh kakitangan sekolah melalui
guru Kemahiran Hidup.
v) Peminjam alatan hendaklah menggantikan alatan yang
rosak dalam jagaan mereka.
vi) Sediakan buku log untuk mencatat kemalangan yang
berlaku.
vii) Melengkapkan kit pertolongan cemas dan menyediakan alat
pemadam api
viii) Hapus kira alatan/bahan/perkakas yang tidak selamat dan
rosak mengikut peraturan sedia ada.
Penyelenggaraan stok yang cekap dan sistematik juga membantu
kelicinan pengajaran dan pembelajaran. Alat-alat dan bahan di
bengkel mestilah disimpan dan diselenggarakan dengan baik dan
selamat.
Peraturan Meminjam Alatan Dari Bengkel
i) Pinjaman alatan KH selain daripada pengajaran dan
pembelajaran tidak digalakkan.
ii) Sebarang pinjaman alatan hendaklah melalui ketua panitia
atau guru kanan KH.
iii) Penggunaan alatan adalah tertakluk di dalam kawasan
sekolah sahaja.
19
iv) Peminjam akan merekod dalam Buku Pinjaman Khas ( lihat
lampiran 2 )
v) Peminjam mestilah bertanggungjawab meulangkan
alatan/bahan /ABM sebaik sahaja tamat proses pengajaran
danpembelajaran. Alatan yang dipinjam adalah menjadi
tanggungjawab sipeminjam.
Prinsip-prinsip Dalam Pengendalian Bengkel
Pengurusan bengkel bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup
mestilah dilakukan oleh guru yang mengajar mata pelajaran ini.
Pengurusan bengkel melibatkan perancangan dan pengendalian
bengkel yang meliputi proses-proses menyediakan kemudahan
asas sepert berikuti:
penyusunan ruang untuk peralatan utama
penyusunan perabot di dalam ruang kerja
kedudukan stor
laluan keselamatan dan penggunaan warna di dalam
bengkel
pengurusan alatan dan bahan yang meliputi pengurusan,
pemilihan dan kawalan alatan
kaedah penyusunan dan penyimpanan alat dan kawalan
alatan
Pengurusan dan pentadbiran bengkel yang sistematik amat
diperlukan bagi memastikan bengkel terurus dan diselenggarakan
dengan baik. Ini juga untuk memastikan kelancaran perjalanan dan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk
mendapatkan suasana dan keadaan bengkel yang tersusun rapi
masa dan komitmen guru diperlukan.
Sebagai kesimpulannya didapati bahawa perancangan pihak
sekolah dalam pengurusan bengkel amat penting dalam melicinkan
20
proses pengajaran dan pembelajaran. Pihak panitia Kemahiran
Hidup bertanggungjawab dalam proses ini untuk memastikan
semua guru dan murid dapat belajar dalam keadaan yang selesa
dan selamat.
21