Upload
soo-narr
View
148
Download
3
Embed Size (px)
DESCRIPTION
apresiasi seni terhadap kanak-kanak
Citation preview
Pendahuluan
Pada masa ini, Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai mata pelajaran
yang berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana mata pelajaran ini merentasi
kurikulum.Pendidikan Seni Visual(PSV) bermaksud proses penghasilan karya seni dengan melibatkan
aspek pemahaman,penghayatan dan kritikan tentang perasaan estetik dan daya kreativiti melalui
imaginasi dan konsepsi murid. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid
memupuk minat,memperkembang keperibadian,memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai
kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain.Murid di sekolah rendah pada
keseluruhannya adalah kreatif,ekspresif dan aktif.Pendidikan Seni Visual memainkan peranan
memperkembang sifat ini melalui persepsi visual,imaginasi dan daya pemikiran.Kegiatan
pemikiran,penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka
menyatakan idea dan ekspresi diri.Pengalaman ini penting dalam membantu murid membina keyakinan
diri,membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.
Matlamat sebenar Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang
harmonis,kritis,kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual.Kandungan kurikulum
berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan,menghargai keindahan alam
persekitaran,keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan
diri,keluarga,masyarakat dan negara,selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Pendidikan Seni
Visual memainkan peranan penting dalam pembangunan manusia.Malah seni itu sendiri boleh dianggap
sebagai agen perubahan masyarakat.Seni wajar diletakkan pada landasan yang betul dalam arena
pembangunan manusiawi.
Kefahaman yang cetek yang mengatakan seni tidak menjanjikan kerjaya yang baik perlu
dikikis.Pendidikan yang diterima oleh manusia sama ada kita sedari atau tidak sebenarnya telah
meletakkan seni di tempat yang sewajarnya.Contohnya pendidikan yang diberikan oleh ibu bapa iaitu
pada zaman kanak-kanak.Ibu bapa tanpa disedari telah mendidik anak-anak mereka mengenal alat-lat
permainan yang mempunyai pelbagai warna dan beraneka jenis rupa bentuk.Kanak-kanak juga suka
menconteng dan kesempatan ini digunakan untuk melahirkan ideanya.Bakat’melukis’ ini jika dipupuk
dengan sebaiknya,dibimbing dan diberi galakan akan menjadikan kanak-kanak itu seorang pereka seni
yang baik. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan
manusia.Antara kepentingannya ialah PSV dapat memupuk kreativiti kanak-kanak.Sifat semulajadi
kanak-kanak memerlukan perhatian,belaian,sentuhan dan sebagainya.
Apreasiasi Seni
Apresiasi seni merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran PSV. Apresiasi seni
adalah proses penghayatan seni yang merangkumi aspek-aspek pengetahuan,membuat
pertimbangan,penyataan diskriminasi dan penghargaan terhadap karya seni. Apresiasi seni juga
menitikberatkan aspek kritikal serta aspek emosional terhadap karya seni.Menjalankan proses apresiasi
seni sebenar tidak sukar kerana proses ini boleh diumpamakan sebagai memberi penghargaan terhadap
karya seni.Menurut Ecker(1966),pendekatan apresiasi seni dapat memberikan penghargaan yang
menyeronokkan terhadap karya seni,dilakukan secara naratif dan tersusun untuk memahami sesuatu karya
seni.Ia mencakupi aspek pengetahuan,penilaian,diskriminasi,dan juga kesedaran emosi terhadap karya
seni.
Pendekatan ini juga diperlukan untuk memberikan penilaian estetika dan artistik untuk setiap karya
seni yang dihasilkan. Apabila seseorang itu menjalankan proses apresiasi seni,proses ini tidak akan
menyentuh soal-soal berkaitan betul atau salah interpretasi individu tersebut mengenai karya seni,kerana
tujuannya adalah untuk memahami karya melalui apa yang dilihat secara lansung.Seabolt(2001)
menjelaskan bahawa aktiviti kritikan seni melibatkan perbincangan dan diskusi mengenai sesuatu karya
seni manakala apresiasi seni pula merujuk kepada aktiviti menghayati seni dengan melibatkan
pengetahuan berkaitan dengan sejarah seni dan perbincangan serta diskusi mengenai seni.
Di samping itu ,konsep dan pelaksanaan apresiasi seni juga bertujuan untuk membina tatabahasa
visual dan meningkatkan daya estetik seseorang.Pengalaman estetik akan meningkat kerana proses ini
juga mendedahkan seseorang itu dengan bahasa tampak yang membantu menyelami perasaan penghasil
karya.Apresiasi seni mengajar pengkritik dan pemerhati seni menghargai rasa dan perasaan
seniman(Johari Abdul Hamid,2004).Apresiasi seni terbahagi kepada enam peringkat iaitu peringkat
analitikal,peringkat penerangan,konteks dan skop,aspek assosiasi,aspek kritikal dan aspek hubungan baik.
Pada peringkat analitikal,aspek kenal pasti yang paling mudah ialah menyatakan aspek-aspek
seperti tajuk karya,jenis karya,pereka atau seniman karya,tarikh dihasilkan,asal-usul karya,gaya,medium
yang digunakan,teknik dan fungsi karya.Pada peringkat penerangan pula,terdapat tiga peringkat.Peringkat
penerangan Literari digunakan ke atas karya seperti potret,lanskap,lukisan objek dan lain-lain.
Sesungguhnya,peranan apresiasi seni dalam PSV sangat penting.Apresiasi seni juga memberi
pengalaman kepada pelajar mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai
kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi.Tanpa apresiasi seni,pelajar tidak dapat membuat
pertimbangan yang penting apabila melihat karya seni sama ada seni lukis,seni reka atau bidang seni
visual yang lain.Apresiasi seni juga dapat membantu seseorang daripada membuat penilaian yang singkat
atau yang pendek sebelum membuat penilaian atau kritikan yang munasabah.
OBJEKTIF APRESIASI
a) Memahami dan bertindak terhadap aspek seni
b) Mengetahui pentingnya nilai seni dalam kehidupan
c) Menghasilkan karya (produk seni)
d) Memahami seni dan hubungannya
e) Membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti karya seni
TUJUAN APRESIASI DAN KRITIKAN SENI
Apresiasi seni membolehkan pelajar memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian unsur-unsur seni
dan nilai-nilai sosio budaya yang terkandung dalam hasil seni dan kraf. Ianya juga dapat
menghubungkaitkan diri dan hasil sendiri dengan hasil-hasil lain berdasarkan persepsi visual.Begitu juga
dengan aktiviti apresiasi seni, kita dapat melihat perhubungan antara kerja sendiri dengan kerja-kerja
orang lain di mana kita dapat membentuk keyakinan dan kefahaman penghargaan terhadap bidang seni
Pendekatan apresiasi dan kritikan seni. Mengikut John A. Michael dalam bukunya “art and adolescence”
ada dua pendekatan dalam apresiasi seni iaitu:
a) Pendekatan secara logik
b) Pendekatan secara psiklogi
PENDEKATAN SECARA LOGIK
Pendekatan ini adalah berbentuk tradisional dan memerlukan pemahaman intelek semata-mata dan
banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan munasabah pada yang melihat sesuatu karya seni tersebut:
Cadangan aktiviti pendekatan secara logik:
Secara penerangan - Membaca, mengkaji, bila dihasilkan, tujuan/teknik pelukis, media, proses, nilai-
nilai estetika dan pengaruh
Secara pemerhatian - Balai seni, pameran, filem, slaid, mengumpul dan menyusun gambar- gambar
Secara perbandingan - Analisa, penilaian, perbandingan antara satu dengan yang lain serta
menimbulkan kesedaran
Secara penghasilan - Membuat mengikut gaya artis/stail,menimbulkan kefahaman masalah nilai- nilai
khas, kepuasan, menghubungkan diri dengan pelukis/pandai tukang gaya konsep dan zaman.
PENDEKATAN SECARA PSIKOLOGI
Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada perasaan peribadi, lebih bersifat
emosi dan perasaan dalaman kepada penghasilan dan penghayatan sesuati karya seni. Pendekatan ini akan
dapat meninggalkan satu pengalaman yang amat berkesan dan mendalam. Secara ini akan lebih realistik
dan dapat menerima ‘response’ dan pendapat orang lain. Kesan tindakbalas akan lebih terserlah terhadap
bahan serta alat yang digunakan.
Cadangan aktiviti pendekatan secara psikologi:
1. Secara perbincangan dan perbandingan
2. Secara proses inkuiri penemuan (discovery)
3. Secara kritikan mengenai lukisan/hasil kerja seni
4. Secara menyediakansetting/set induksi
5. Secara membesarkan gambar
6. Secara mengolah bahan-bahan sebenar
7. Secara aktiviti permainan seni
8. Secara lawatan/pameran
9. Secara koleksi buku-buku skrap dan lakaran
KAEDAH MELIHAT SENI
Kaedah-kaedah melihat seni terdiri daripada kaedah:
a) Hedonistic
b) Kontekstualistik
c) Organistik
d) Normistik
e) Elektik
a. KAEDAH HEDONISTIC
Kaedah ini hanya satu luahann perasaan secara spontan seperti kesukaan, pernyataan perasaan, gemar,
menarik dan benci. Penilaian dibuat secara serta merta iaitu:
• Suka/tidak
• Tertarik/tidak
• Pernyataan spontan
Kaedah ini tidak sealiran dengan isme pengkritik dan ahli psikologi menyatakan kaedah ini tidak
diterjemahkan oleh otak (pemikiran) Cuma berdasarkan maklumat kendiri. Ianya tidak dapat di ukur
bilangan sebenar dan terdapat pelgabai citarasa.
b. KAEDAH KONTEKSTUALISTIK
Kaedah ini lebih praktikat di mana pemerhatian dibuat secara lebih ilmiah, sistematik dan kefahaman
serta kejelasan. Ianya berkait dengan pengetahuan sejarah, falsafah dan prinsip rekaan.Lebih rujuk kepada
perincian/spesifikasi dari aspek persoalan fahaman, rentak pengkaryaan, interaksi pemerhati,
konsepsi,hujah dan penilai karya. Ianya akan menyediakan pengetahuan mantap dalam pengamata karya,
kefahaman konsep, kepelbagaian bandingan dan seni akan menjadi suatu pendekatan yang menarik oleh
pemerhati.
c. KAEDAH ORGANISTIK
Kaedah ini menjurus kepada aturan yang mempunyai satu sistem yang teratur dan terancang. Penilaian
dibuat serata melihat konteks seni secara harmoni, menentuh intuisi dan menyenangkan. Penekanan
kriteria kapada aspek tata letak, tata atur, ruang dan penataan cahaya. Ini akan dapat membentuk kesatuan
cara melihat sesuatu karya dari segi warna, jalinan, unsur-unsur seni , imbangan, perulangan,
kesinambungan serta kepelbagaian.
d. KAEDAH NORMISTIK
Kaedah ini merujuk kepada kriteria dan norma sesuatu karya dari aspek nilai masyarakat, agama dan
budaya. Ia seakan-akan ada kaitan dengan pendekatan diri kepada Allah, rasa takwa, tidak ada unsure
sensasi. Kaedah ini menolak peradaban moden di mana pelukis telah melampaui batas yang dibenarkan
dalam budaya dan agama.
e. KAEDAH ELEKTIK
Kaedah ini lebih berbentuk cara bersepadu dan holistic, ianya aalah gabungan persepsi penilai seni
tentang tanggapan positif dan negatif. kriteria penilai menekankan unsur asas prinsip, struktur organisasi
dan alat dan bahan. Kaedah ini untuk pemerhatian secara rawak, tidak menjurus kepada aspek
kronologinya. Wajaran hanya secara baik, sederhana dan kurang baik.
PROSES APRESIASI SENI
Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar pendidikan seni mengenai proses apresiasi. Feldman
(1967) dan smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi seni berasaskan kepada proses persepsi
dan intelektual melalui empat tahap:
a) Menggambarkan
b) Menganalisa
c) Tafsiran
d) Penilaian
A. MENGGAMBARKAN
Mengamati hasil seni dan menggambarkab sifat-sifat tampak seperti warna, garisan, bentuk, rupa, jalinan
dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur \
B. MENGANALISA
i. Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsure-unsur seni, prinsip dan stuktur
ii. Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana
iii. Menghauraikan stail sesuatu karya
C. TAFSIRAN
i. Mencari makna-makna yang tedapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek, symbol, unsure-unsur seni,
prinsip, strktur, corak dan bahan
ii. Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) an analogi-analogi (persamaan) untuk menjelaskan makna
tersebut.
D. PENILAIAN
i. Membuat penilaian berdasarkan kepada criteria yang bersesuaian seperti keaslian, gubahan, teknik dan
fungsi
ii. Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya dari segi individu, social, keaagamaan dan
kepercayaan, sejarah serta keseniaannya.
Menurut kebanyakkan penyelidik berkenaan kreativiti, kreativiti seringkali dikaitkan dengan kanak-
kanak, hal ini kerana kanak-kanak biasanya bermain dengan idea dan mempamerkan ciri-ciri kreatif
secara berperingkat pada individu kanak-kanak ini. Albert Einstien ( Schilpp 1949), pemikir sainstifik
terkenal, menyatakan perkara yang paling kreatif pada diri kanak-kanak adalah apabila mereka bermain
dengan fikiran.
E. Paul Torrance (1964) menyatakan pula, kanak-kanak menunjukkan tahap paling kreatif pada usia
empat tahun. Sekiranya perkara yang dinyatakan ini benar, perkara ini mungkin menarik untuk kita
mengklasfikasikan ciri-ciri kanak-kanak yang menunjukan kreativiti yang ada pada diri mereka. apakah
sifat-sifat istimewa yang mereka miliki yang boleh membantu kita memahami cara yang unik mereka
mengalami dunia? Kebanyakkan pada kanak-kanak yang berusia empat tahun;
a) Bebas
b) Seronok mempelajari perkara baru
c) Sifat ingin tahu
d) Suka bermain/ keseronokkan
e) Peserta yang aktif
Kebanyakkan kanak-kanak, yang baru mengenali dunia ciri-ciri kreativiti mereka lebih terpengaruh
dengan keaadaan sekeliling. Walau bagaimanapun, kanak-kanak ini bersifat, mengikut, meniru, apa yang
mereka lihat dengan kerap kalinya, terutamanya sifat orang dewasa. Dan sifat kreatif ini kemungkinan
akan hilang sekiranya perkara yang ditunjuk oleh ibu bapa berbeza.
.
Seni dan Kreativiti kanak-kanak
Setiap kanak-kanak dilahirkan dalam keadaan kreatif( Lowenfeld 1975). Menurut Guilford (1964)
menerangkan bahawa intelektual atau minda mempunyai lima bentuk operasi yang terdiri daripada;
a) kognitif, yang menerima dan memproses maklumat
b) memori, yang menrima dan menyimpan maklumat
c) pemikiran kovergen, keupayaan pemikiran penyelesaian masalah secara khusus
d) pemikiran divergen, kebolehan pemikiran yang bersifat pelbagai atu bercapah yang selari dengan
pemikiran kreatif
e) penilaian, yang merupakan hsil pertimbangan sesuatu tindakkan.
Sementara pendidikan berkait rapat dengan kreativiti dan pemikiran kreatif. Pendidikan Seni
dalam Kurukulum Bersepadu Sekolah rendah, bermaksud seni tampak yang bertujuan melahirkan
warganegara berbudaya, khususnya individu yang kreatif, berpengetahuan dalam bidang seni, mempunyai
kemahiran mencipta dan peka terhadap ciri estetik.
Kurikulum Pendidikan Seni melibatkan perasaan estetik, daya kreatif pelajar melalui penjanaan
daya intuisi, persepsi dan konsepsi, juga boleh mewujudkan rasa kepuasan dan kesedaran terhadap bakat
serta kemampuan diri pelajar. Pelajar yang mengikuti program Pendidikan Seni akan menjadi lebih peka
dan perasa, bersikap sederhana dan mampu mengamalkan pertimbangan kesenian dan kesempurnaan
dalam mengendalikan kehidupan. Pendidikan Seni juga mampu meningkatkan kualiti berfikir .
Pengetahuan dan kemahiran Pendidikan Seni melalui penjanaan idea, penerokaan unsur, inkuiri, integrasi
maklumat serta idea, pengolahan simbol nyata atau abstrak dan melihat sesuatu dari pelbagai perspektif,
menjanjikan satu peningkatan kualiti berfikir serta bertindak secara rasional dan fleksibel.
Pendidikan Seni merupakan satu disiplin yang merentas kurikulum dan boleh dikatakan sebagai
asas kepada mata pelajaran lain. Pelajar yang didedahkan dengan Pendidikan Seni berasa lebih senang
dan yakin apabila berdepan dengan tugasan dalam mata pelajaran lain terutamanya yang melibatkan
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Kefahaman menerusi visual tentunya lebih mudah daripada
penghafalan fakta menerusi catatan berjela. Peta minda yang digrafikkan secara mudah lebih berkesan
untuk menyatakan sesuatu konsep atau penerangan yang sukar. Prinsip dalam Pendidikan Seni berupaya
memenuhi tuntutan dalam masalah ini.
Seni dan Psikologi Kanak-kanak
Seni telah berkembang sejak awal ketamadunan manusia mulai zaman purba (Zaman Batu,
25,000 SM) sehingga zaman Renaissance dan Baroque-Rokoko (Abad ke 16-17) kemudiannya di abad
18-19 seni telah diklasifikasi dengan istilah `isme` seperti Kubisme, Realisme, Romantisme,
Ekspresionisme dan sebagainya. Seni terawal (25,000 SM), dihasilkan atas dasar sebagai kuasa magis dan
pertahanan diri, keagamaan, politik, refleksi kehidupan seharian, seni dan hubungannya dengan alam,
luahan imaginasi dan fantasi serta lambang kelahiran, perkahwinan dan kematian. Kesemua faktor
tersebut akan mewujudkan tiga kelompok besar penyumbang seni iaitu peranan pencipta (seniman),
peranan pengguna (pengumpul seni) dan peranan pemerhati (penonton, galeri, muzium).
“Seni ialah keupayaan untuk menghasilkan sesuatu, termasuk tujuan dan sebab…”
-Aristotle
Ini secara keseluruhannya menggambarkan bahawa seni itu sangat mempengaruhi tingkah laku
dan peradaban manusia sejak dari awal hingga zaman kini. Seni melalui penggunaan simbol-simbol atau
menggambarkan sesuatu pernyataan adalah merupakan suatu kaedah berinteraksi secara langsung dan
tidak langsung. Unsur-unsur dan prinsip seni boleh membawa makna dan perlambangan yang bersifat
universal atau bersifat setempat. Sejak Zaman Batu hingga kini, perlambangan dan simbol dapat
menjelaskan maksud dan makna bersesuaian dengan masa dan keadaan. Melalui pengetahuan seni,
kefahaman terhadap nilai dan makna dapat dipertingkatkan.
Untuk melihat kesan psikologi pelajar menjurus kepada Pendidikan Seni Visual, kita perlu
melihat perkembangan minda kanak-kanak melalui pelbagai aktiviti mereka seharian yang berkaitan
perkembangan tahap kreativiti mereka. Kanak-kanak biasanya sangat suka meconteng dinding, lantai atau
di mana-mana sahaja. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah proses kreativiti dan penyuburan diri serta emosi
kanak-kanak. Kecenderungan melakukan perbuatan tersebut samalah seperti kecenderungan untuk
menangis atau ketawa bagi menggambarkan perasaan hati mereka. Perbuatan itu dilakukan sebagai suatu
pernyataaan tentang apa yang dilihat dan dirasa mengikut persepsi mereka di samping rangsangaan
tindakan biologi pembesaran dan kematangan psikomotor mereka. Ini menurut pakar psikologi kanak-
kanak, Viktor Lowenfeld.
Berdasarkan aspek psikologi pelajar untuk menarik minat dalam Pendidikan Seni Visual, suatu
kurikulum dan perancangan berobjektif sangat diperlukan untuk membimbing pelajar mengenali potensi
diri dan mengekspresi seni yang telah sedia wujud dalam diri mereka. Selain dari perkembangan minat
dan bakat, seni juga dapat mendorong dan mendidik pelajar-pelajar melahirkan idea-idea kreatif melalui
proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka juga berpeluang melihat dan belajar daripada sejarah dan
peradaban bangsa tentang hasilan seni kreatif tinggalan nenek moyang mereka seperti barangan kraf di
samping belajar daripada sikap dan pemikiran serta persepsi mereka tentang makna kehidupan.
Kanak-kanak memerlukan peluang untuk mencipta seni kerana penting untuk pertumbuhan minda
mereka. Kanak-kanak in tidak boleh dipisahkan dari kesenian terutama dalam kegiatan harian mereka.
Ujian dengan menggunakan karayon memaksa kanak-kanak untuk cuba naik ke satu peringkat ke satu
peringkat, hasilnya biasanya akan bertambah baik. Hal ini boleh menjelaskan eksperimen yang
menunjukan percubaan makanisme dalaman yang ditunjukan oleh mereka. Berikut merupakan satu
contoh lukisan yang telah disiapkan oleh kanak-kanak, dan melalui lukisan yang telah disiapkan, guru
boleh melakukan apresiasi seni dan dapat menilai malah mengetahui perasaan serta psikologi murid pada
ketika itu :
Lukisan diatas merupakan karya seorang murid yang dihasilkan semasa berada didalam kelas
pendidikan Seni Visual, apa yang dapat diperhatikan melalui lukisan ini secara umumnya adalah sebuah
pemandangan suasana perkampungan, yang terdapat bukit bukau, sawah padi, rumah, pokok, dan orang
yang sedang menjala, melalui impresi pertama, apa yang dapat diketengahkan disini adalah murid ini
sedang berimiginasi mengenai sebuah suasana kampung, apabila imiginasi tersebut keluar, maka lebih
elok jika diinterpretasi melalui psikologinya terlebuh dahulu.
Menurut teori Konstruktivisme, kanak-kanak belajar melalui konstruksi idea yang dibentuk pada
asasnya oleh guru, kemudian dijana dan dicipta melalui pelbagai medium imiginatif oleh murid itu
sendiri. Contohnya guru memberikan satu tajuk atau tema seperti “Kampung”, maka murid akan menjana
idea mereka melalui pelbagai sumber termasuklah kontekstual yang mereka miliki, hasil daripada janaan
idea pelbagai sumber, maka akan terbina satu idea besar tentang elemen-elemen yang sesuai diterapkan
didalam lukisan yang bakal dilukis. Dari segi penggunaan warna, jika dilihat berdasarkan lukisan kanak-
kanak itu tadi, hampir ke semua ruang dipenuhi dengan warna kecuali ruang bahagian awan yang
dibiarkan putih kerana kebergantungan terhadap emosi kanak-kanak pada ketika dia melukis mewujudkan
senario berfikir secara logik, menurut Buckingham (2006), elemen warna merupakan petunjuk kepada
emosi kanak-kanak, penggunaan warna yang ceria memperlihatkan bahawa pada ketika itu emosi kanak-
kanak berada ditahap yang stabil dan gembira. Menurut Vygotsky (1973) pula, apabila murid sudah
berada di dalam zon proksimal, maka keupayaan untuk berfikir atau menjana idea itu agak terbatas dan
memerlukan bantuan guru untuk menjana idea itu kembali, berkaitan dengan kenyataan itu, jika dilihat
pada lukisan terdapat dua bentuk matahari yang dilukis, ini menunjukkan perubahan idea murid apabila
murid itu sudah berada pada zon proksimal, realistik terhadap sesuatu kejadian itu akan semakin kabur,
dan kemudian muncul guru sebagai pembimbing, menjana idea murid melalui pelbagai medium seperti
kontekstual bagi menimbulkan semula unsur logik didalam penghasilan karya seseorang murid itu.
Melalui aspek kreativiti murid, berdasarkan lukisan yang ditunjukkan, ternyata kreativiti murid
ini berada disatu tahap yang agak tinggi, menurut Gagne (1976), kreativiti itu dilihat pada seorang kanak-
kanak jika dia mampu berfikir sesuatu yang kita tidak terfikir tetapi mempunyai alasan yang munsabah
untuk difikirkan, sebagai contoh didalam lukisan terdapat kawasan sawah padi yang terus berada
disebelah sungai/laut, murid ini beranggapan bahawa kehidupan kampung adalah sebuah kehidupan yang
bergantung pada perikanan dan pertanian, maka set minda itu telah mewujudkan sesuatu yang tidak
terfikir oleh manusia biasa kerana ia diluar kebiasaan hukum alam, tetapi berdasarkan fakta yang dipunyai
oleh kanak-kanak ini, dengan keterbatasan ruang kertas lukisan, dia menterjemahkan idea dan fakta itu
kepada sesuatu yang difikirkannya logik atas alasannya yang tersendiri. Ini adalah satu kreativiti yang
tidak boleh ditolak, penjanaan kreativiti yang ditunjukkan pada lukisan terutamanya dari segi
penggabungjalinan warna menjadikan lukisan ini mempunyai nilai artistikanya yang tersendiri, untuk
seseorang kanak-kanak berfikir.
Jika dilihat secara jelas pada lukisan, kanak-kanak ini sebenarnya cuba membina sebuah cerita
tanpa kronologi, yang bermaksud apabila orang melihat lukisannya, maka orang lain akan faham keadaan
kampungnya yang cuba digambarkan dalam bentuk lukisan, perilaku atau tindakan melalui pemikiran
kreatif seperti ini menunjukkan bahawa pengaruh seni ini benar-benar dapat membina kreativiti seornag
kanak-kanak. Pengekspresian ke dalam bentuk karya menjadikan kanak-kanak ini mempunyai nilai
kreatif yang tinggi mendasari kemampuan dirinya yang belum pernah diketahui olehnya sendiri.
RUMUSAN
Seni merupakan sebuah ekspresi, kepentingannya terhadap murid kadang-kala dipandang sunyi,
seni dianggap sebagai sesuatu yang tidak perlu dikuasai, cukup sekadar diketahui, sedangkan hakikatnya
pada senilah wujudnya luahan perasaan, pada senilah wujudnya kreativiti luar jangkaan. Melalui tugasan
yang telah disiapkan, banyak pengetahuan serta pengajaran yang dapat dirangkumkan, seni sebenarnya
sebuah latihan untuk menjadikan manusia itu serba boleh dan mampu beradaptasi dengan pelbagai
keadaan serta masalah menggunakan kaedah atau penyelesaian yang lebih bijak, tetapi hakikatnya hari ini
masih kurang diantara rakyat Malaysia yang mengerti akan fungsi dan keperluan pendidikan Seni Visual
terutamnya kepada kanak-kanak.
Kepentingan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sememangnya tidak dapat disangkal
lagi.Ianya bukan sekadar keperluan dalam meningkatkan kreativiti murid-murid malahan mampu
memberikan sumbangan untuk pembangunan negara dengan menghasilkan ramai tenaga profesional
seperti jurutera,arkitek,doktor,saintis atau seniman yang mempunyai daya kreativiti yang
tinggi.Tambahan pula,dengan lahirnya guru-guru Pendidikan Seni Visual yang mempunyai bakat serta
efektif,proaktif dan mempunyai kualiti peribadi yang tinggi akan meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah.Keterampilan,kewibawaan dan komitmen guru
merancang,mengurus,melaksana,menilai dan membuat penambahbaikan dalam keberkesanan pengajaran
dan pembelajarannya merupakan langkah-langkah ke arah kecemerlangan.
Bibliografi
Hassan Langgulung (1991). Kreativiti dan Pendidikan, Suatu Kajian Psikologi dan
Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Langsing, Kennet M. (1971). Art, Artists and Art Education. New York: Mc Grraw-Hill Book
Company.
Laniear, Vincent (1975). Objektives of Art Education. The Impact of Trans: Peabody
Jurnal of Education.
Lowenfeld, Victor and Brittain W. Lambert (1970). Creative and Mental Growth. 5 th.
ed. New York: Macmillan Company.
Mc Fee, June King (1972). Preparation For Art. San Francisco: Wadswath Publishing
Company, Incorperation.
Raja Zalabuddin Raja Yaakub (1985). Bukankah Seni Untuk Masyarakat. Dewan