19
Soalan 1 : Membincangkan perkaitan antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (KBSR) 2003 dan matlamat Dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) 2010. Membanding beza matlamat, sukatan dan organisasi kandungan antara Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (KBSR) dengan Dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dalam bentuk peta minda, jadual atau pengurusan grafik. (40%) PENDAHULUAN Sejak berkurun lamanya, institusi pendidikan telah memainkan peranan penting dalam mencorak pembangunan negara untuk kesejahteraan bersama. Sistem pendidikan diperlukan untuk mendidik masyarakat dengan bekalan ilmu agar kejayaan negara dapat dilakar. Walaubagaiananpun, pembangunan serta perubahan sosial dalam masyarakat memerlukan perubahan dalam sistem pendidikan bagi memenuhi keperluan negara sesuai dengan perubahan dunia. Justeru, perubahan dibuat untuk melonjakkan dunia pendidikan kepada yang lebih baik untuk merealisasikan misi dan visi pendidikan negara. Visi Kementerian Pelajaran Malaysia adalah menzahirkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia dan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu. Malah pancaran falsafah ini memberi kesan yang mendalam terhadap penggubalan kurikulum, pembentukan pengetahuan dan disiplin keilmuan yang berguna kepada anggota masyarakat. Memupuk nilai-nilai murni dalam pendidikan menjadikan pelajar insan yang berguna, penting dan relevan dalam mencorakkan wawasan sesuatu masyarakat (Abdul Rahim Abdul Rashid, 2001). Kronologinya, Akta Pelajaran 1961 menjadi asas kepada perlaksanaan pendidikan di negara ini, atas dasar untuk membasmi buta huruf rakyat dan melahirkan tenaga kerja mahir. Manakala pada tahun 1982, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan setelah dibuat penambahbaikan ke atas kurikulum lama, kesan daripada Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Seterusnya apabila Falsafah Pendidikan Negara FPN (1988) disuratkan, sekali lagi kurikulum diberi nafas baru lalu Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukarkan namanya kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang bermula pada tahun 1993. Kini, kurikulum baru diperkenalkan yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2010. 1

ASST BM.doc

  • Upload
    yaakub

  • View
    259

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: ASST BM.doc

Soalan 1 : Membincangkan perkaitan antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan

matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (KBSR) 2003 dan matlamat

Dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) 2010.

Membanding beza matlamat, sukatan dan organisasi kandungan antara Sukatan Pelajaran

Bahasa Melayu Sekolah Rendah (KBSR) dengan Dokumen Kurikulum Standard Sekolah

Rendah (KSSR) dalam bentuk peta minda, jadual atau pengurusan grafik. (40%)

PENDAHULUAN

Sejak berkurun lamanya, institusi pendidikan telah memainkan peranan penting dalam

mencorak pembangunan negara untuk kesejahteraan bersama. Sistem pendidikan diperlukan

untuk mendidik masyarakat dengan bekalan ilmu agar kejayaan negara dapat dilakar.

Walaubagaiananpun, pembangunan serta perubahan sosial dalam masyarakat memerlukan

perubahan dalam sistem pendidikan bagi memenuhi keperluan negara sesuai dengan

perubahan dunia. Justeru, perubahan dibuat untuk melonjakkan dunia pendidikan kepada yang

lebih baik untuk merealisasikan misi dan visi pendidikan negara. Visi Kementerian Pelajaran

Malaysia adalah menzahirkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia dan menjadikan

Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu.

Malah pancaran falsafah ini memberi kesan yang mendalam terhadap penggubalan

kurikulum, pembentukan pengetahuan dan disiplin keilmuan yang berguna kepada anggota

masyarakat. Memupuk nilai-nilai murni dalam pendidikan menjadikan pelajar insan yang

berguna, penting dan relevan dalam mencorakkan wawasan sesuatu masyarakat (Abdul Rahim

Abdul Rashid, 2001). Kronologinya, Akta Pelajaran 1961 menjadi asas kepada perlaksanaan

pendidikan di negara ini, atas dasar untuk membasmi buta huruf rakyat dan melahirkan tenaga

kerja mahir. Manakala pada tahun 1982, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

diperkenalkan setelah dibuat penambahbaikan ke atas kurikulum lama, kesan daripada Laporan

Jawatankuasa Kabinet 1979. Seterusnya apabila Falsafah Pendidikan Negara – FPN (1988)

disuratkan, sekali lagi kurikulum diberi nafas baru lalu Kurikulum Baru Sekolah Rendah

ditukarkan namanya kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang bermula

pada tahun 1993. Kini, kurikulum baru diperkenalkan yang dikenali sebagai Kurikulum Standard

Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2010.

1

Page 2: ASST BM.doc

Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1996, Bahasa

Melayu menjadi mata pelajaran atau disiplin ilmu teras di semua sekolah rendah dan

menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan

rakyat Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bangsa

yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin

kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu

wawasan. Pendidikan Bahasa Melayu di peringkat sekolah menengah juga bertujuan

mewujudkan asas semangat kewarganegaraan.

PERKAITAN ANTARA KBSR DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Penggubalan semula Falsafah Pendidikan Negara yang dahulunya hanya dikenali sebagai

Falsafah Pendidikan, menyebabkan berlakunya keperluan untuk mengkaji semula keseluruhan

system dalam pendidikan kebangsaan. Kesinambungan daripada perubahan ini, maka

terhasilnya Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang telah dilancarkan sepenuhnya pada

tahun 1983. Kurikulum ini digubal bagi memastikan setiap murid diberi peluang untuk

mendapatkan kemahiran, pengetahuan, nilai, sikap dan amalan kehidupan yang diperlukan.

Falsafah KBSR ialah memberi pendidikan yang bercorak pendidikan asas dengan penegasan

terhadap kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. KBSR turut memberi penekanan

terhadap perkembangan individu secara menyeluruh dan seimbang dari aspek JERIS serta

pemupukan dan perkembangan bakat seseorang individu itu.

Antara objektif penting pembentukan KBSR yang perlu dicapai pula ialah:

I.      Murid dapat menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan

sebagai alat perpaduan dengan baik dan memuaskan.

II.      Murid dapat menguasai kemahiran asas bahasa iaitu kemahiran bertutur, membaca dan

menulis dalam bahasa pengantar sekolah rendah iaitu Bahasa Melayu.

III.      Melalui KBSR, pembinaan sikap dan perlakuan yang baik berpandukan nilai – nilai

kemanusiaan dan kerohanian yang berlandaskan RUKUN NEGARA dapat dipupuk dalam 2

Page 3: ASST BM.doc

kalangan murid. Yang keempat, murid dapat bergaul, menghargai hak dan kebolehan orang lain

serta mempunyai semangat kerjasama dan toleransi. Dan yang kelima, murid dapat

menambahkan ilmu pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan

alam sekitar.

KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang

kemanusiaan dengan persekitaran dan bidang perkembangan diri individu. Bidang komunikasi

pada asasnya terdiri daripada komponen Kemahiran Asas yang mengandungi mata pelajaran

Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris serta matapelajaran Matematik. Bidang

Kemanusiaan dan Alam Sekitar pula terbahagi kepada dua komponen iaitu Kerohanian, Nilai

dan Sikap serta Komponen Kemanusiaan dengan Alam. Mata pelajaran yang mewakili bidang

ini ialah matapelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Bidang yang ketiga pula iaitu

bidang perkembangan diri individu terdiri daripada komponen Kesenian dan Reakreasi yang

mengandungi matapelajaran Muzik, Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani. 

Berdasarkan perkara yang berkaitan di atas, maka jelaslah bahawa matlamat

pendidikan KBSR di sekolah rendah untuk memastikan perkembangan murid secara

menyeluruh dari aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai – nilai estetika dan

sosial selaras dengan falsafah dan dasar pendidikan negara iaitu untuk membangunkan negara

dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta integrasi nasional melalui sistem pendidikan

yang tersusun dan bersistematik. Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang

bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan

bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah dan Falsafah Pendidikan Negara. Pada peringkat ini, Bahasa

Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai

bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat

awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, seperti

kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

I.      Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai kemahiran

asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6.

Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur),

membaca, dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa

Melayu. ( Abdullah Hasan,1996).

3

Page 4: ASST BM.doc

II.      Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini pula, mengandungi

perincian, penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Di dalam

Huraian Sukatan Pelajaran ini, dimuatkan senarai kecekapan berbahasa dalam kemahiran

mendengar dan bertutur, membaca, menulis, tatabahasa, penjodoh bilangan, peribahasa, dan

perbendaharaan kata yang sesuai bagi peringkat persekolahan murid (Roselan Baki,2003).

III.      Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina

(C) dan Tamil (T) disempurnakan dengan mengambil kira tahap kebolehan dan kemampuan

murid di SJK(C) dan (T). Oleh itu, Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk SJK(C) dan

(T) agak berbeza daripada Sekolah Kebangsaan dari segi huraian, senarai kemahiran

berbahasa, contoh-contoh peribahasa, tatabahasa, dan jumlah perbendaharaan kata yang

dicadangkan.

IV.      Huraian Sukatan Pelajaran ini merupakan satu cadangan, dan guru-guru tidak seharusnya

terikat kepada cadangan-cadangan yang dikemukakan. Sekiranya didapati ada di antara

cadangan-cadangan ini tidak sesuai dengan keadaan bilik darjah, guru-guru boleh mengubah

dan menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan murid.

Untuk melihat sama ada objektif Sukatan Pelajaran dapat dikaitkan dengan Falsafah

Pendidikan Negara, adalah terlebih elok bagi kita melihat dahulu apakah objektif Sukatan

Pelajaran Bahasa Melayu yang digubal oleh Kementerian Pelajaran untuk rakyat Malaysia.

Dengan ini barulah kita dapat melihat adakah Sukatan Pelajaran yang digubal selama ini

mempunyai kaitan atau menjiwai ‘roh’ dan semangat Falsafah Pendidikan Negara. Jika ia

mempunyai kaitan, kita telah pun berada di jalan yang betul dalam usaha untuk memartabatkan

semangat Falsafah Pendidikan melalui Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang di ajar di

sekolah rendah di Malaysia. Cuma beberapa pendekatan yang terbaik perlu diberi tambah nilai

dari masa ke semasa untuk memantapkan pengakaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Dengan merujuk kepada definisi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR),

matlamat serta ciri-ciri KBSR itu sendiri, saya dapati KBSR akan mampu mencapai matlamat

Falsafah Pendidikan Negara. Falsafah Pendidikan Negara menyatakan bahawa Pendidikan itu

suatu proses yang berterusan. Sebagai saluran Pendidikan pada peringkat awal, KBSR

sememangnya menggalas tugas yang amat berat. Ini kerana pada peringkat permulaanlah

segalanya bermula. KBSR akan memastikan Pendidikan yang diberikan kepada pelajar 4

Page 5: ASST BM.doc

memuaskan dan menepati ciri-ciri yang diinginkan. Pendidikan awal adalah penting kerana ia

membentuk asas sahsiah yang akan terus berkembang hingga ke akhir hayat nanti. Oleh itu,

KBSR menekankan kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

Dengan kemahiran-kemahiran asas yang teguh dan mampat, segala proses Pendidikan

yang akan ditempuhi oleh pelajar menjadi mudah (Abdullah Hasan, 1996). KBSR

menitikberatkan soal nilai-nilai murni dan semangat patriotisme dalam proses pengajaran dan

pembelajarannya. Dengan ini, Falsafah Pendidikan Negara yang menginginkan insan yang

harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani akan tercapai. Dalam

proses pengajaran dan pembelajaran, KBSR bukan sahaja menekankan soal penyampaian

ilmu pengetahuan bahkan setiap guru dikehendaki menyelitkan penerapan nilai-nilai murni

kepada pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Selain itu,

dalam seminggu hari persekolahan akan terdapat 2 masa untuk matapelajaran Pendidikan

Jasmani dan Kesihatan. Ini melambangkan KBSR amat menitikberatkan soal kesihatan para

pelajar supaya pelajar tidak hanya memerah otak dalam sesi pembelajaran matapelajaran lain

tetapi mereka juga boleh berekreasi dan menenangkan fikiran dengan bersenam dan bersukan.

Seterusnya, unsur Falsafah Pendidikan Negara ingin melahirkan rakyat yang memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Sehubungan

dengan itu, KBSR menekankan kemahiran berfikir dalam sistem penddidikan pada peringkat

awal. Melalui ciri ini pelajar bebas meluahkan pendapat dan mencipta sesuatu yang baru.

Secara tidak langsung hasil kretiviti pelajar akan terus digilap dan dihargai. Oleh itu, maka

lahirlah generasi yang mampu memberi sumbangan dalam pelbagai bidang.

LATAR BELAKANG : KBSR

KBSR merupakan singkatan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah yang diperkenalkan

ekoran daripada terbitnya Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar

Pelajaran Kebangsaan. KBSR diperkenalkan pada tahun 1982 menggantikan Kurikulum Lama

Sekolah Rendah. Kurikulum ini telah mula dilaksanakan di semua sekolah rendah bermula pada

tahun 1982 di 305 buah sekolah rendah dan pada tahun 1983, pelaksanaan penuh pun bermula

di semua sekolah rendah seluruh negara.

5

Page 6: ASST BM.doc

KBSR pada asasnya berpegang pada konsep bahawa murid-murid perlu memperolehi

ilmu pengetahuan, menguasai pelbagai kemahiran dan menghayati nilai secara terus melalui

pengalaman. KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang

kemanusiaan dan alam sekitar dan bidang perkembangan diri individu. Bidang komunikasi

menjadi bidang utama dengan menekankan kemahiran asas iaitu kemahiran 3M (membaca,

menulis, mengira) yang diterapkan melalui 2 matapelajaran : Bahasa (Melayu, Cina, Tamil dan

Inggeris) dan Matematik. Bidang ini selaras dengan perakuan dalam Laporan Jawatankuasa

Kabinet 1979.

“Kementerian hendaklah mengambil langkah tertentu supaya pendidikan rendah

bercorak pendidikan asas yang memberi penegasan dalam bidang 3M iaitu membaca,

menulis dan mengira”

          ~ Perakuan 2a, Laporan Jawatankuasa Kabinet.

Dalam bidang kemanusiaan dan alam sekitar pula, memfokuskan tentang nilai-nilai

kemanusiaan dan persekitan serta komponen kerohanian, nilai dan sikap yang diajar melalui

mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Manakala, dalam bidang

perkembangan diri individu pula meliputi semua aspek iaitu intelek, rohani, jasmani, bakat,

akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial. Aspek ini diterapkan kepada murid melalui pembelajaran

Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan Muzik.

Walaubagaimana pun, Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah diubah kepada Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah pada tahun 1993 selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan

Negara yang ditulis ketika itu. Ini berlaku setelah penyemakan semula kurikulum dibuat dengan

alasan bagi mengenalpasti kerelavanannya dalam merentas masa. Selaras dengan hasrat

Falsafah Pendidikan Negara yang ditulis ketika itu, konsep bersepadu menjadi tumpuan utama

dalam kurikulum dan pengajaran di sekolah melalui perlaksanaan KBSR.

Konsep bersepadu yang dikandung dalam KBSR adalah meliputi unsur-unsur

pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam kandungan KBSR diintergrasikan supaya terdapat

kesepaduan. Maka dalam proses pengajaran dan pembelajaran, konsep bersepadu tadi

diserapkan melalui :

1. Penggabungjalinan untuk menyepadukan kemahiran-kemahiran selain daripada

penyerapan ilmu pengetahuan.

6

Page 7: ASST BM.doc

2. Nilai-nilai pula dititikberatkan dan mesti diserapkan sewaktu proses pengajaran dan

pembelajaran.

3. Perkembangan potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani yang perlu berlaku secara

harmonism menyeluruh dan sepadu. Perkembangan ini tidak boleh dilakukan secara

berasingan.

4. Kesepaduan antara teori dan praktik.

Suasana persekolahan dalam konteks KBSR adalah bagi memberi peluang murid-murid

memperoleh dan merasai pengalaman hidup seperti menyelesaikan masalah, berkomunikasi

dan bertukar-tukar pendapat, membina persefahaman dalam pergaulan dan memupuk

semangat kerja antara satu sama lain.

  LATARBELAKANG : KSSR  

Transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah merupakan pengukuhan dan

penambahbaikkan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Tujuan transformasi adalah

untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan

dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. KSSR telah menjalani uji

rintis di 500 buah sekolah rendah yang terpilih pada 31 Mac 2009 hingga Jun 2009. KSSR

dilaksanakan sepenuhnya kepada murid-murid tahun 1 di semua sekolah bermula pada 2011.

          KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR iaitu perkembangan individu secara

menyeluruh, pendidikan yang sama untuk semua murid, pendekatan bersepadu dan pendidikan

seumur hidup. Dalam KSSR, penggunaan standard diguna pakai. Oleh itu, pengajaran KSSR

adalah berpandukan Dokumen Standard Kandungan dan Dokumen Standard Pembelajaran.

“KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada

standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam

suatu tempoh dan tahap persekolahan”

Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM(2011)

7

Page 8: ASST BM.doc

          Dari segi reka bentuk, KSSR berasaskan kepada enam tunjang iaitu Tunjang

Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika,

Sains dan Teknologi dan Keterampilan Diri. Dalam KSSR juga telah ditambah dengan elemen

merentas kurikulum (EMK) yang baru iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan serta

Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

BANDING BEZA ANTARA KBSR DENGAN KSSR

Jadual di bawah menunjukkan banding beza antara KBSR dengan KSSR secara ringkas.

sumber : laman sesawang KPM

1.PERSAMAAN KBSR dengan KSSR

Antara persamaan KBSR dengan KSSR ialah

      I.          Kedua-dua kurikulum ini diolah berdasarkan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan di mana prinsip KSSR masih lagi berpegang teguh kepada 4 prinsip yang

didukung oleh KBSR iaitu pendekatan bersepadu di mana unsur-unsur pengetahuan,

8

Page 9: ASST BM.doc

kemahiran dan nilai dalam kandungan si pelajaran diintergrasikan supaya terdapat kesepaduan

dan keharmonian antara unsur-unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani dalam proses

pembelajaran murid. Prinsip lain yang sama-sama dipegang KBSR dan KSSR ialah

perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan yang sama serta pendidikan

seumur hidup.

    II.          KBSR dan KSSR juga mempunyai persamaan dalam organisasi

kurikulum.Kedua-dua kurikulum ini diorganisasikan mengikut tahap iaitu, Tahap 1 dan Tahap

2. Walaubagaimana pun, pengkategorian dalam organisasinya pula telah berbeza(akan

dihuraikan di bawah tajuk perbezaan KBSR dan KSSR). KBSR dan KSSR juga turut

memberikan penekanan dalam bidang kokurikulum dan pembangunan insaniah.

2.PERBEZAAN ANTARA KBSR dengan KSSR

Perbandingan antara KBSR dan KSSR boleh dibuat berdasarkan perkaitan berikut ; reka

bentuk kurikulum, organisasi kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran, pembahagian

masa, bahan kurikulum, fokus kurikulum dan penilaian.

I. Reka bentuk kurikulum.

KBSR direka dengan hanya mempunyai tiga bidang utama iaitu bidang Komunikasi, Manusia

dan Alam Sekelilingnya serta bidang Perkembangan Diri Individu. Tiga bidang ini direka bagi

memastikan perkembangan murid secara menyeluruh untuk membangunkan negara dan

menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta intergrasi nasional melalui sistem pendidikan

yang tersusun dan bersistematik. Manakala, KSSR pula telah direka dengan penambahbaikkan

daripada KBSR. Enam tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan;

Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi dan tunjang Keterampilan Diri menjadi

bidang utama dalam KSSR.

Penambahanbaikan reka bentuk dalam KSSR, bermatlamat untuk memperluaskan skop

pembelajaran murid di peringkat sekolah rendah dan memberi banyak peluang kepada mereka

untuk menjalani ‘independent learning’ .

Reka bentuk KBSR adalah bersifat linear yang bermaksud kurikulum yang

disampaikan adalah mengikut turutan misalnya bermula daripada kandungan, hasil

9

Page 10: ASST BM.doc

pembelajaran dan seterusnya cadangan dan aktiviti pembelajaran. Berlainan dengan KSSR di

mana dibentuk secara modular yang merupakan satu kurikulum yang kandungannya

diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit yang dinamakan

sebagai modul.

    II.          Bahan Kurikulum

Justeru dengan perubahan yang berlaku dalam reka bentuk kurikulum, ia juga membawa

perubahan kepada bahan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran

guru semasa KBSR adalah berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran

sebagai panduan. Pembelajaran murid berlangsung mengikut perancangan yang dibuat oleh

guru berdasarkan kedua-dua dokumen itu. Bagi KSSR yang digubal secara pernyataan

standard maka dengan itu, bahan yang dirujuk oleh guru-guru ialah Dokumen

Standard  Kurikulum yang mengandungi Dokumen Standard Kandungan dan Dokumen

Standard Pembelajaran. Segala perubahan ini telah menyebabkan para guru perlu untuk

membuat perubahan dalam pengajaran masing-masing sama ada daripada segi kaedah,

strategi serta teknik mengajar.

  III.          Organisasi Kurikulum

KBSR dan KSSR masih lagi mengekalkan organisasi kurikulum yang sama iaitu membezakan

murid mengikut tahap iaitu tahap 1 untuk murid tahun 1 hingga tahun 3 dan tahap 2 untuk murid

tahun 4 hingga tahun 6 namun terdapat perbezaan dalam penstrukturan mata pelajaran. Murid

tahap 1 dan 2 perlu diajar dengan mata pelajaran teras, wajib dan tambahan dalam

KBSR .Semasa KBSR diguna pakai, selain bahan-bahan daripada buku teks, bahan-bahan lain

yang relevan difikirkan dan disediakan oleh guru sevagai bahan pembelajaran di dalam kelas.

Namun dalam KSSR, tahap 1 diajar melalui Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul

Elektif, berbeza dengan pengajaran kepada murid tahap 2 di mana murid-murid ini diajar dalam

matapelajaran teras dan elektif. Perlaksanaan KSSR yang berasaskan modular telah

menggunakan bahan-bahan pembelajaran  yang menggiatkan pelajar belajar secara interaktif

dan hands-on.

10

Page 11: ASST BM.doc

  IV.          Fokus Kurikulum.

Perbezaan antara dua kurikulum ini juga dapat dilihat melalui fokus setiap kurikulum . Ini dapat

dilihat dalam kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid. KBSR memberi penegasan

kepada penguasaan murid dalam kemahiran asas iaitu kemahiran 3M yang membawa maksud

kemahiran membaca, menulis dan mengira, manakala dalam KSSR pula, telah ditambah satu

lagi kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid menjadikannya empat kemahiran asas.

Kemahiran asas yang telah ditambah ke dalam KSSR ialah kemahiran menaakul. Kemahiran

Menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal

atau logik. Di tahap 1, tumpuan adalah kepada penguasaan asas 4M manakala di tahap 2,

fokus adalah terhadap pengukuhan dan aplikasi 4M.

    V.          Elemen Merentas Kurikulum (EMK)

Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran

dan pembelajaran selain yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. EMK

diperkenalkan semasa dalam perlaksanaan KBSR yang mana hanya menerapkan kemahiran

berfikir secara kreatif dan kritis. Berbeza pula dalam perlaksanaan KSSR yang mempunyai

penyepaduan tiga elemen iaitu Elemen Kreatif dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi

Maklumat dan Komunikasi. Elemen ini diperkenalkan dalam KSSR sebagai pelengkap kepada

usaha memantapkan kualiti perlaksanaan kurikulum terkini. Penambahan tiga elemen ini

diharapkan dapat memenuhi keperkuan murid dalam membangunkan modal insane yang

holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi serta berkeperibadian mulia.

  VI.          Kaedah Penilaian.

Perubahan dalam reka bentuk kurikulum juga telah membawa kepada perubahan kaedah

penilaian Semasa KBSR, penilaian dikendalikan guru di sekolah adalah secara formatif dan

sumatif. Penilaian berpusat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia pula adalah secara sumatif

iaitu melalui UPSR. Penilaian sumatif adalah amat ditekankan semasa KBSR berbanding

pernilaian formatif.

11

Page 12: ASST BM.doc

          Penilaian KSSR pula berbeza dengan penilaian dalam KBSR. KSSR menekankan

penilaian formatif yang bertujuan menilai perkembangan proses pembelajaran murid. Penilaian

dilakukan secara berterusan sepanjang tempoh pembelajaran murid. Dalam KSSR, guru-guru

menilai murid melalui komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di mana melibatkan

proses mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap secara formatif dan sumatif.

Pentaksiran ini adalah penilaian  yang dilakukan di peringkat sekolah seperti kerja praktikal,

tugasan bertulis, ujian, kajian dan lain-lain tugasan. Kesemua elemen merentas kurikulum perlu

diterapkan oleh guru secara efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini dapat

memastikan melahirkan insan yang yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Hubungan elemen merentas kurikulum yang lama dan baharu dalam pembangunan insan yang

seimbang digambarkan melalui rajah di bawah.

12

Page 13: ASST BM.doc

PETA MINDA

13

KOMPONEN MERENTAS KURIKULUM

PENGETAHUAN KEMAHIRAN

SPESIFIK

FRASA NAMA DAN FRASA KERJA

MENDENGARDAN BERTUTUR

MEMBACA MENULIS

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIVITI DAN

INOVATIF PEMBELAJARAN

KONTEKSTUAL PEMBELAJARAN

KONSTRUKYIVISME

NILAI MURNI

BAIK HATI BERDIKARI BERHEMAH TINGGI KESEDERHANAAN KEJUJURAN KASIH SAYANG BERDIKARI DAN LAIN-LAIN

PENYERAPAN

PENDIDIKAN AGAMA ISLAM

PENDIDIKAN MORAL

Page 14: ASST BM.doc

Soalan 2 : Menghasilkan satu rancangan persediaan mengajar (RPH) yang lengkap untuk mata

pelajaran Bahasa Malayu Sekolah Rendah Tahun Satu. Memilih kemahiran bahasa, aspek seni

bahasa dan tatabahasa melayu. Rancang isi pelajaran dan aktiviti pengajaran dengan

menunjukkan prosedur pelaksanaan aktivti dengan jelas.

Menghasilkan satu bahan bantu mengajar aspek seni bahasa dan aspek tatabaha untuk

matapelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tahun Satu dn melaksanakan sesi pengajaran.

(405)

Kelas : 1 Bestari

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Masa : 11.20-12.20

Tema : Bersih dan Sihat

Tajuk : Kebersihan Diri, Mari berpantun.

Standard Pembelajaran : 4.4.2 Melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang

betul serta memahami maksud pantun yang

dilafazkan secara didik hibur.

2.2.1 Membaca dan memahami perkataan yang

mengandungi dua suku kata.

Objektif Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat

01. Melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang

betul dan memahami maksud pantun.

14

Page 15: ASST BM.doc

02. Membaca dan memahami perkataan yang

mengandungi dua suku kata yang terdapat dalam

pantun.

Aktiviti : 01. Murid melafazkan pantun yang telah dipelajari.

02. Murid dibimbing melafazkan pantun dan

menjelaskan maksudnya.

03. Murid melafazkan pantun secara individu.

04. Murid membaca perkataan yang mengandungi dua

suku kata dan melengkapkan peta buih yang

disediakan.

05. Murid melengkapkan peta buih secara individu dan

menulis pantun.

Nilai murni : Amalan Kebersihan

Nilai Ilmu : Pendidikan Kesihatan

KBT-KB : Menghubungkait, KP-Verbal linguistik

EMK : Kreatif dan Inovatif

BBB : Teks pantun dua kerat, gambar, peta buih

Penilaian P&P : Murid boleh melafazkan pantun dua kerat dan boleh

membaca dan memahami perkataan yang mengandungi

dua suku kata.

Refleksi : Semua murid boleh menguasai objektif pembelajaran yang

ditetapkan.

15

Page 16: ASST BM.doc

Bahan Bantu Belajar :

16

Page 17: ASST BM.doc

PETA BUIH

17

Page 18: ASST BM.doc

PANTUN

18

Page 19: ASST BM.doc

Soalan 3 : Secara individu anda dikehendaki menulis refleksi berhubung dengan tugasan di

atas. (40%)

Secara keseluruhan, tugasan ini banyak memberi manfaat kepada saya sebagai seorang guru.

Kehendak soalan satu yang meminta saya mengupas tentang KBSR dan KSSR serta membuat

perbandingan adalah sangat berkesan. Ini kerana, melalui pembacaan dan pengumpulan

maklumat sama ada dari bahan bercetak mahupun internet banyak memberikan saya

pendedahan tentang KBSR dan KSSR. Tugasan ini juga telah membuka mata saya terhadap

perkaitan antara sukatan pelajaran Bahasa Melayu dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Seperti mana yang telah dibincangkan di dalam tugasan 1, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu

digubal oleh Kementerian Pelajaran bagi mencapai matlamat dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan, yang mana di dalam sukatan ini telah menekankan kemahiran lisan seperti

mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan menulis dan juga penekanan diberikan

kepada penguasaan asas dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam

menyelesaikan masalah harian. Pendedahan ini sebenarnya dapat memberikan saya lebih

banyak idea di dalam merangka aktiviti pengaran dan pembelajaran agar tidak mengetepikan

kemahiran-kemahiran tersebut. Malahan, dengan melihat kepada perkaitan ini membuatkan

saya lebih jelas terhadap hala tuju sukatan pelajaran yang telah digubal.

Tugasan kedua pula yang mengkehendaki saya untuk membuat satu rancangan

persediaan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Satu adalah sangat mencabar bagi

saya berikutan saya tidak mengajar di tahun satu malahan setakat ini saya tidak terlibat dalam

kelas yang melaksanakan KSSR. Namun, dengan pengupasan pada soalan satu sedikit

sebanyak dapat membantu saya memahami tentang KSSR dan tidak lupa bantuan daripada

rakan sekerja banyak membantu saya melengkapkan persediaan mengajar tersebut. Malahan,

rakan sekerja juga mencadangkan agar saya memasukkan unsur I-Think dalam pembinaan

Bahan Bantu Belajar kali ini.

19

Page 20: ASST BM.doc

Bibliografi

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2001). Huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu: Kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Kemahiran berfikir dalam pengajaran dan

pembelajaran. Putrajaya: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010.

Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Dasar-dasar Kementerian Pelajaran Malaysia:

Soalan-soalan lazim. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru

Sharifah Maimunah Syed Zain (2007). KBSR dan KBSM dalam menghasilkan modal insan yang

gemilang: Satu refleksi. Kertas Kerja dibentang Persidangan Kurikulum Kebangsaan

2007. Putrajaya.

Umi Nadihah Mohd Nor, Zamri Mahamod & Jamaludin Badusah (2011). Penerapan kemahiran

generik dalam pengajaran guru Bahasa Melayu sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa

Melayu 1, (2): 71-84

20