18
Duit Tampang Timah Duit Tampang Timah berbentuk seekor ikan. Duit ini digunakan di negeri-negeri Melayu sekitar kurun ke 15-19 Masihi (1281 Hijrah). Mata wang Lama Sultan Muhammad Shah Mata wang lama yang ditemui di Langkawi terukir nama "Muhammad Shah" dan sebelah lagi terukir perkataan "Al-Sultan Al-Adil". Sultan Muhammad Shah adalah Sultan Kedah yang ketiga (1201- 1236). Duit Timah Ayam Jantan Zaman Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Duit Timah Ayam Jantan zaman Sultan Muhannad Jiwa Zainal Adilin Muazzam II (1710-1778). Ayam jantan bernilai lima sen dolar Sepanyol manakala bulatan di bawahnya bernilai satu sen setiap satu.

bahan pembentangan 2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bentang

Citation preview

Page 1: bahan pembentangan 2

Duit Tampang Timah

Duit Tampang Timah berbentuk seekor ikan. Duit ini digunakan di negeri-negeri Melayu sekitar kurun ke 15-19 Masihi (1281 Hijrah).

Mata wang Lama Sultan Muhammad Shah

Mata wang lama yang ditemui di Langkawi terukir nama "Muhammad Shah" dan sebelah lagi terukir perkataan "Al-Sultan Al-Adil". Sultan Muhammad Shah adalah Sultan Kedah yang ketiga (1201-1236).

Duit Timah Ayam Jantan Zaman Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin

Duit Timah Ayam Jantan zaman Sultan Muhannad Jiwa Zainal Adilin Muazzam II (1710-1778). Ayam jantan bernilai lima sen dolar Sepanyol manakala bulatan di bawahnya bernilai satu sen setiap satu.

Mata wang Perak Sultan Muhammad Jiwa Khalifatul Rahman

Page 2: bahan pembentangan 2

Mata wang perak terukir perkataan Sultan Muhammad Jiwa Khalifatul Rahman dan muka sebelahnya terukir perkataan "Dibalad Kedah Darul Aman dan sanat hijraj 1147" (1735 Masihi).

PengenalanDarjah-darjah Kebesaran, Bintang-Bintang dan Pingat-Pingat Negeri Kedah Darul Aman biasanya dianugerahkan kepada mereka yang berbakti dan memberi perkhidmatan cemerlang kepada negeri dan negara bersesuaian dengan taraf kedudukan mereka. Kelayakan seseorang untuk menerima sesuatu Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat adalah dijelaskan secara ringkas seperti dalam perenggan-perenggan di bawah ini.

Bintang Keberanian Kedah (B.K.K.)Merupakan Bintang Keberanian yang tertinggi sekali dan paling kanan dalam senarai keutamaan. Anugerah ini dikurniakan kepada anggota Angkatan Bersenjata dan Pasukan Polis yang telah menunjukkan keberaniaan yang luar biasa atau telah melakukan sesuatu dengan gagah berani dan penuh pengorbanan. Sekurang-kurangnya dua orang menyaksikan perbuatannya. Anugerah ini boleh dikurniakan kepada seseorang walaupun ianya telah meninggal dunia.

Darjah Kerabat (D.K.)Darjah Kerabat ini adalah dikhaskan kepada Kerabat-Kerabat DiRaja sahaja. Dianugerahkan atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.

Darjah Kerabat Halimi (D.K.H.)Darjah Kerabat Halimi ini adalah juga dikhaskan kepada Kerabat-Kerabat Di Raja sahaja. Juga atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.

Darjah Utama Kedah (D.U.K.)Darjah yang paling mulia dan dikurniakan kepada mereka yang telah membuat jasa yang cemerlang kepada negara selama beberapa waktu dengan penuh tanggungjawab. Dikurniakan kepada mereka yang mempunyai kedudukan yang tinggi serta berpengaruh. Darjah ini terhad kepada tiga orang (yang hidup) sahaja dalam sesuatu masa.dan jarang-jarang sekali dianugerahkan.

Bintang Perkasa Kedah (B.P.K.)Dikurniakan kepada anggota Angkatan Bersenjata dan Pasukan Polis yang berpangkat Pegawai yang telah menunjukkan atau melakukan sesuatu yang dianggap gagah dan berani yang patut diiktirafkan iaitu taraf keberaniannya tidaklah begitu tinggi untuk dianugerahkan bintang B.K.K.. Bintang ini boleh dikurniakan walaupun seseorang itu telah meninggal dunia.

Bintang-bintang dan Darjah Kebesaran Negeri Kedah Darul Aman boleh dibahagikan mengikut famili dan kumpulan.  Terdapat empat jenis Bintang-bintang dan Darjah Kebesaran mengikut famili:

1. Darjah Yang Maha Seri Mahkota2. Darjah Yang Mulia Setia Diraja3. Darjah Yang Mulia Seri Setia Sultan Abdul Halim Muadzam Shah

Page 3: bahan pembentangan 2

4. Darjah Kebesaran Gemilang Seri Mahkota Kedah

Kuih yang sudah pupus

KUIH BAU LUKuih ini sering dihidangkan pada hari raya seperti kuih bahulu. Namun kuih ini sangat berbeza rupa bentuknya kerana ia seiras dengan bentuk ketiak dubuk. Rasanya yang masam masin membuatkan anda puith mata kerana rasanya yang tahap cilabi(cebisan daging labi-labi). Kalau rasanya dah tahap cilabi, baunya pula adalah tahap chilavert(penjaga gol colombia) yang mana baunya akan membuatkan lubang hidung anda sebesar ekzos gen2. Kuih ini akan meninggalkan kesan bau pada mulut si pemakan kalah bau kain tungkek(kain yang sudah pupus di dunia) dan orang yang membaunya akan berkata ” ini mesti bau lu, gua ada bau punya, bau lu ni.”. Kepupusan kuih ini adalah disebabkan PBB telah mengharamkan pengeksportan serbuk kayu geting ke serata dunia yang menjadi salah satu bahan kuih ini.

5. 2.MUBARAKSebelum murtabak dikomersialkan, mubarak lebih dahulu dikomer’SIAL’kan oleh pedagang-pedagang Portugal yang diketuai oleh Kuiz Pigo dan Pauleka. Kuih ini ditebar dihadapan orang melayu Melaka yang terpegun dengan aksi Pigo menebar kulit mubarak. Selepas dia menebar tepung seperti roti canai itu, dia pun meletakkan inti yang terdiri dari ikan yang dah 10 hari mati, janggut sotong, tapak sleman, lumut laut dan sedikit muntah hijau. Selepas itu dia pun menggoreng di atas rim tayar yang panas dan selepas siap di goreng pigo dan pauleka memakan sendiri masakan mereka itu. Lalu orang Melaka yang melihat aksi itu muntah kuning dan masuk ICU akibat kejijikan pedagang portugis. Lalu akibat malu Pigo ngan Pauleka pulang ke portugal tanpa tiada siapa pun dari Melaka menjamah kuih itu. Kepupusan kuih ini adalah disebabkan kekalahan Portugal dalam sukan bolaterajang(sukan yang sudah pupus di dunia 2) kerana Pigo menghidangkan kuih mubarak kepada pemain sekaligus menyebabkan kesemua pemain terkena kencing manis tahap 9.

6. 3. KARIBOBKuih ini diusahakan oleh BOB akademi fantasial sebelum adanya kuih karipap. Bob telah mengusahakan kuih ini dengan menokok tambah pada designnya, colournya dan rasanya. Untuk design kuih karibob ini dia telah membentuk dengan rekabentuk ala-ala bentuk cipanzi, kemudian kalernya pula dikalerkan dengan kaler cokelat kehitam-hitaman dan rasanya pula persis rasa najis Kongkang dan baunya pula sebijik bau mulut biawak. Kemudian BOB membungkuskannya dalam plastik Alam Flora selepas itu dijual dengan harga RM10 sekati. 15 hari selepas menjalankan perniagaannya itu, BOB dilihat telah kembali ke rahmatullah kerana mati akibat termakan kuihnya sendiri. “Saya sedih dengan kematiannya kerana kuih karibob ciptaannya memang sedap tahap lipan.”Kata seorang artis amerika, Mariah Kari. Kepupusan kuih ini adalah disebabkan Mariah Kari telah menukarkan nama kuih itu ke nama Karipap sempana nama ayah Mariah iaitu encik Kari Pap Johnson.

Rahsia keris

Keris adalah sejenis senjata warisan budaya orang Melayu yang berdaulat iaitu sejenis pakaian orang Melayu pada zaman silam terutamanya Raja-Raja Melayu, Pembesar Negeri, golongan bangsawan serta rakyat jelata. Keris mempunyai rahsia yang istimewa kerana keunikannya. Orang Melayu pada zaman dahulu khusunya

Page 4: bahan pembentangan 2

pemerintah semestinya berkehendakan kekuatan, kehebatan dan kemuliaan supaya digeruni oleh musuh terutamanya pemerintah lain.

Menurut buku Rahsia Keris dan Senjata Warisan Melayu yang ditulis oleh Zakaria Abdullah (2007: 9), bagi orang Melayu pada zaman itu, khususnya kaum lelaki, jika tidak berkeris di pinggang dianggap orang yang paling rendah martabatnya disisi masyarakat kecuali para ulama dan para wali kerana mereka ini mempunyai kelebihan yang ganjil dan tinggi disisi Allah s.w.t. Mereka boleh menentang musuh dengan menggunakan kekeramatan dan hikmah, namun ada juga yang tidak ketinggalan memakai senjata. Antara sebab keris menjadi lambang kemegahan dan kekuatan kepada orang Melayu adalah kerana keris diperbuat daripada besi yang terpilih dan mempunyai petua tertentu. Mengikut cerita zaman dahulu, para pendekar meneroka mencari besi di tempat yang baik seperti di bukit dan gunung bertujuan menjadikan keris keramat dan berhikmah.Pada zaman dahulu, setiap tempahan sesebilah keris itu dimulakan dengan ulikkan ataupun menjampi besinya pada waktu malam mengikut kaedah masa dan hari bulan yang tertentu. Ulikkan itu bertujuan untuk memasukkan segala amalan supaya besi itu lebih bermaya dan berhikmah. Pada keesokkan harinya, kaedah atau petua turun tangga yakni memulakan proses pembuatan dimulakan sekiranya tiada halangan. Namun jika ada aral melintang seperti tersepak sesuatu atau sebagainya, maka tukang itu tidak akan memulakan pekerjaannya dan akan menunggu masa yang sesuai pula untuk memulakan proses pembuatan keris. Apabila tiba masa yang sesuai, maka dengan penuh keyakinan serta mempunyai semangat yang baik, tukang besi akan memulakan pekerjaan menempanya.

NilaiBergotong-royong Salah satu nilai budaya masyarakat orang Melayu ialah melakukan sesuatu perkerjaan dengan bergotong-royong kehidupan secara berkumpalan. Gotong-royong diamalkan dalam aktiviti seperti kenduri-kendara, menanam dan menuai padi, membersihkan rumah ibadat dan tanah perkuburan. Masyarakat Melayu kini, masih lagi giat bergotong-royong dalam melaksanakan apa sahaja untuk kepentingan masyarakat sekeliling. Antara sifat masyarakat Melayu ialah dalam membersihkan masjid, surau dan sebagainya. Dalam membersihkan masjid, amalan ini dilakukan sejak awal kedatangan Islam di Alam Melayu. Sifat ini menggambarkan budaya Melayu sentiasa bersatu padu dalam apa jua cabaran dan halangan.

Bermesyuarah dan Bermuafakat Nilai masyarakat Melayu iaitu bermesyuarah ataupun bermuafakat adalah cara bagaimana masyarakat Melayu cuba mencapai persetujuan ramai. Orang Melayu selalu menyebut “Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat”. Orang ramai diberi peluang untuk menyuarakan pendapat mereka dan persetujuan dicapai dengan mengambil kira semua pendapat. Sesuai dengan perintah Allah SWT dalam al-Quran : “Supaya sentiasa bermesyuarat dalam semua urusan hidup mereka” (surah al-Syura, ayat 38) Mengutamakan Ikatan Kekeluargaan dan Hubungan Silaturahim

Page 5: bahan pembentangan 2

Bersopan Santun atau Berbudi Pekerti Nilai ini membentuk masyarakat Melayu yang penyabar dan penyayang, bersopan santun dan berbudi pekerti adalah sebahagian daripada nilai-nilai tamadun Melayu yang berkaitan dengan beradab (atau civilized). Masyarakat Melayu menganggap bahawa orang yang beradab sebagai halus (atau refined) budi pekertinya, manakala yang tidak beradab dianggap kasar. Sesuai dengan penegasan Nabi S.A.W. bahawa: Baginda diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Islam menganjurkan pengikutnya sentiasa bercakap benar dan melarang pembohongan. Begitu juga di bidang penulisan, terutama dalam konteks laporan berita, isi karya yang dihasilkan mestilah benar dan tidak mengandungi penyelewengan. Ia harus membantu dalam meninggikan pemikiran masyarakat. Dalam berpakaian, selain bersih, Islam juga menekankan pentingnya menutup aurat. Namun, sesetengah orang Melayu/Islam ‘moden’ gemar mengamalkan budaya dedah. Pendidikan moral memang sesuai untuk membentuk masyarakat lain yang sopan. Tetapi, masyarakat Melayu dan Islam amnya amat perlukan pendidikan Islam. Untuk membina masyarakat sopan, kita harus mulakan dari institusi keluarga. Ibubapa memainkan peranan penting kerana merekalah yang bertanggungjawab mendidik anak-anak bangsa menjadi orang berguna. Tugas utama mereka ialah memastikan keharmonian keluarga dan tidak bercerai-berai. Sekitaran yang harmoni dapat merangsang perkembangan mental dan rohani anak-anak mereka. Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak. Misalnya, mereka tidak harus bertengkar di hadapan anak-anak kerana ini akan menjejas jiwa anak-anak mereka. Banyak masalah sosial yang melanda masyarakat berpunca daripada kelalaian ibu bapa mengawasi pergerakan anak-anak mereka. Oleh itu, ibubapa Melayu/Islam perlu menilai kembali pegangan hidup mereka demi mengekalkan citra sopan Melayu.

Alat pertanian yang pupus

Namun demikian kegiatan pertanian sawah padi telah lama pupus dan tidak diusahakan lagi. Pada awal 1970-an penanaman padi amat luas bermula dari kampung Binjai hinggalah ke Kg Lata Kasah. Pada awal 80 an kegiatan ini semakin merosot jumlah kawasan tanaman. Keadaan ini berlaku kerana generasi muda tidak lagi mewarisi pekerjaan ibu bapa mereka. Budaya berderau amat dititiikberatkan di mana penduduk kampung akan bergotong royong membajak, menyemai benih padi, menanam padi hinggalah aktiviti membanting padi. Pada awal musim menuai juga aktiviti mengemping padi menjadi budaya. Peralatan mengemping padi seperti lesung indik kini telah pupus ditelan zaman malahan generasi kini tidak kenal alat budaya melayu yang pada suatu masa dahulu begitu bernilai. Kini, kebanyakan budaya Melayu hanya tinggal kenangan dan tidak dapat dirasai oleh generasi muda.

Pakaian

Baju kurung adalah salah satu pakaian adat masyarakat Melayu di Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Singapura, dan Thailand bagian selatan. Baju kurung sering diasosiasi

Page 6: bahan pembentangan 2

dengan kaum perempuan. Ciri khas baju kurung adalah rancangan yang longgar pada lubang lengan, perut, dan dada. Pada saat dikenakan, bagian paling bawah baju kurung sejajar dengan pangkal paha, tetapi untuk kasus yang jarang ada pula yang memanjang hingga sejajar dengan lutut. Baju kurung tidak dipasangi kancing, melainkan hampir serupa dengan t-shirt. Baju kurung tidak pula berkerah, tiap ujungnya direnda. Beberapa bagiannya sering dihiasi sulaman berwarna keemasan.

Mulanya, baju kurung biasa dipakai untuk upacara kebesaran melayu oleh kaum perempuan di dalam kerajaan, dipakai bersama-sama kain songket untuk dijadikan sarungnya, aneka perhiasan emas, dan tas kecil atau kipas. Karena sebagian besar masyarakat melayu memeluk Islam, banyak perempuan pengguna baju kurung yang menyerasikannya dengan jilbab, meskipun demikian terdapat juga yang tidak menggunakannya. Kini baju kurung banyak dipakai oleh masyarakat biasa, digunakan anak-anak untuk mengaji, atau ibu-ibu untuk ke pasar, tanpa disertakan pernak-pernik yang terkesan mewah

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.

Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.

Page 7: bahan pembentangan 2

Gasing popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan. Terdapat pelbagai jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.

Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh.

Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. uh duniaCara BermainPermainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

Page 8: bahan pembentangan 2

Pengenalan

Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang.Permainan wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat. Begitupun wau bulan sangat digemari oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan dinding

Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain.Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja.

Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".

Cara-cara Bermain Congkaka)Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap "kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya

Page 9: bahan pembentangan 2

"buah" hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati.(b) Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan permainan.(c) Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu.(d) Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam kerugian.(e) Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masing-masing. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah masing-masing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalah

PerkahwinanPerkahwinan Tradisional Masyarakat Melayu

Adat perkahwinan tradisional masyarakat Melayu boleh dibahagikan kepada beberapa proses iaitu merisik atau meninjau; upacara peminangan; upacara menghantar tanda; hantaran belanja; menjemput; upacara nikah; berinai besar; hari persandingan; jemput menantu.

MERISIK ATAU MENINJAU

Permulaan proses perkahwinan ialah merisik atau meninjau. Biasanya dilaksanakan oleh keluarga pihak lelaki, khususnya ibubapa. Setelah teruna dan keluarganya berkenan dengan gadis yang dipilih , usaha merisik dijalankan untuk mengetahui samada gadis itu sudah berpunya atau tidak. Hasil daripada merisik ini akan dibuat rundingan dengan keluarga si teruna. Apabila diketahui sigadis belum berpunya upacara peminangan diaturkan.

UPACARA PEMINANGAN

Meminang sigadis hanya dilakukan bila keluarga sigadis menyatakan persetujuannya. Tugas meminang biasanya dilakukan oleh wakil kedua-dua belah pihak, biasanya ketua-ketua adat dan syarak. Semasa meminang akan ditetapkan tarikh menghantar tanda. Perkara-perkara yang dibincangkan semasa upacara peminangan ialah hantaran belanja, persalinan dan tempoh bertunang. Disesetengah-sesetengah tempat berita pertunangan itu diberitahu kepada seisi kampong oleh Ketua Kampong di masjid ketika mengadakan sembahyang Jumaat.

UPACARA MENGHANTAR TANDA

Semasa upacara menghantar tanda, kebiasaannya sebentuk cincin akan dihantar oleh pihak teruna untuk disarungkan ke jari tunangannya. Menyampai dan menerima cincin itu dilakukan dalam majlis di rumah sigadis. Cincin ini disebut sebagai ‘cincin tanda’. Ia biasanya diiringi juga dengan sebahagian wang hantaran belanja. Tarikh perkahwinan juga dibincangkan bersama.

HANTARAN BELANJA

Page 10: bahan pembentangan 2

Pada tarikh yang dijanjikan upacara menghantar belanja dijalankan. Kedua-dua belah pihak diketuai oleh Ketua Kampong atau Ketua Syarak. Wang hantaran itu biasanya diiringi dengan persalinan untuk sigadis. Ia digubah dalam berbagai bentuk atau dibungkus dalam kain sahaja mengikut adat daerah masing-masing. Iringan yang lain termasuk bunga rampai; sirih junjung atau tepak sireh sahaja; pahar telor merah dan nasi semangat; alat solek; buah-buah atau lain-lain.

MENJEMPUT

Waris bakal pengantin ( ayah atau ibu, atau orang yang wajib dan diwakilkan) akan berkunjung ke rumah orang tua-tua di kampong itu untuk membritahu tentang hari perkahwinan itu. Mereka akan membawa tepak sireh dan terus menjemput dan meminta sanak saudara serta sahabat handai datang ke rumahnya bagi mengelolakan majlis itu. Majlis kenduri kahwin dimulakan di rumah pengantin perempuan.

UPACARA NIKAH

Upacara akad nikah dijalankan sebelum upacara berinai besar dan bersanding. Imam mewakili wali perempuan menjadi jurunikah. Dalam upacara ini juga disahkan hantaran dan lain-lain. Mas kahwin disebut samada hutang atau tunai. Mas kahwin akan diserahkan kepada pangantin perempuan dan menjadi haknya. Dari saat ini sahlah mereka menjadi suami isteri.

BERINAI BESAR

Kedua pengantin memakai pakaian pengantin. Pengantin lelaki datang ke rumah pengantin perempuan dengan iringan arakan rebana. Upacara berinai didahului oleh pengantin lelaki yang duduk di pelamin. Ahli keluarga akan bergilir-gilir menjalankan upacara itu. Pengantin perempuan akan mengambil tempat selepas pengantin lelaki.

HARI PERSANDINGAN

Dihari persandingan, jamuan diadakan secara besar-besaran di rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki serta rombongannya akan diarak dan diiringi dengan selawat dan pukulan rebana dari rumahnya atau tempat persinggahannya ke rumah pengantin perempuan. Hantaran akan dibawa bersama sekiranya ia belum dihantar terlebih dahulu.

JEMPUT MENANTU

Majlis jemput menantu atau ‘menyambut menantu’ diadakan di rumah pengantin lelaki. Pengantin perempuan dijemput datang ke rumah pengantin lelaki biasanya dibuat pada hari ketiga, kelima atau seminggu selepas diadakan majlis persandingan

Pantang larang

1. Anak dara jangan bernyanyi di dapur …..nanti dapat pasangan tua.2. Jangan makan beralih tempat makan …..nanti kahwin banyak kali3. Jangan memberi pijaman barang tertentu selepas waktu magrib.

Page 11: bahan pembentangan 2

Patang larang perkahwinan kaum melayu

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan beemakna bermulalah pantang

larang buat bakal mempelai itu. Apa yang ditetapkan harus diikuti utk

kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan tetapi sudah menjadi

satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang

disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa

pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.

Pantang larang bermula dengan jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum

diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk

mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul

akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.Psangan tersebut juga tidak dirumah orang

takut terkena ilmu. Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga.

Selain itu, pasangan dilarang bebas keluar kemana-mana kerana takut dissantau oleh

mereka yang mempunyai niat tidak baik. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa

bulan sebelum naik pelbagai mengelakkan perut buncit. Pengantin juga dilarang bercermin

terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelakkan diri dari perkara sihir.Pasangan juga

dilarang membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai,

kerana ia boleh melemahkan organ seks.

Pasangan perlu elakkan diri daripada terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan

tidak berseri pada hari perkahwinan. Mereka juga elakkan keluar rumah tanpa rujuan kerana

angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami

kemalangan jika berada diluar.

Orang-orang tua melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak

melanggar pantang larang .Pantang larang perlu dipatuhi untuk mengelakkan berlaku sesuatu

kejadian yang tidak baik.

Page 12: bahan pembentangan 2

Kepercayaan

Kucing

Haiwan yang rapat dengan masyarakat Melayu. Membawa makna tertentu. Mereka mempercayai sekiranya ada kucing membersihkan muka di hadapan pintu, akan didatangi tetamu yang cantik dan pembersih.

Langit cerah pada langit malam

Dipercayai bahawa sekiranya langit cerah atau berwarna merah pada waktu malam, menandakan peminpin atau seorang raja sudah menemui ajal.

Burung sesat

Sekiranya ada burung tersesat ke dalam rumah kita, ia menandakan tuan rumah akan mendapat rezeki atau dikunjingi tetamu.

Kupu-kupu

Seseorang yang sakit tenat dan tiba-tiba dihinggapi kupu-kupu hal ini membawa maksud nyawanya tidak lama lagi

Anjing menyalak

Page 13: bahan pembentangan 2

Jika anjing menyalak pada waktu malam, ia menandakan adaa makhluk halus berkeliaran.

Burung hantu

Jika kedengaran bunyi burung hantu pada waktu tengah malam ia ialah petanda musibah.