Bahasa Malaysia

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Bahasa Malaysia

Citation preview

  • BAHASA MALAYSIA (PENULISAN)

    TAHUN 6

    MASA: 1 JAM 15 MINIT

    NAMA: _________________________________ TAHUN 6: ___________________

    Kertas ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C.

    Anda dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian.

    Bahagian A

    Masa dicadangkan : 15 minit

    (10 markah)

    Gambar di bawah menunjukkan suasana di perhentian bas.

    Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah.

  • Bahagian B

    Masa dicadangkan : 40 minit

    (30 markah)

    Pilih satu daripada tajuk-tajuk dibawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak

    kurang daripada 60 patah perkataan.

    1. Tulis sebuah karangan tentang pengalaman kamu menyertai lawatan ke suatu tempat yang menarik.

    ATAU

    2. Akhiri cerita anda dengan ayat Saya berasa gembira kerana dapat membantu jiran saya.

    ATAU

    3. Tulis catatan tentang kegiatan kamu sepanjang hari minggu.

    Bahagian C

    Masa dicadangkan : 20 minit

    (20 markah)

    Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan dibawah. Panjang

    jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu

    dalam satu perenggan.

    KERTAS SOALAN TAMAT

    Ana selalu dipuji kerana dia seorang gadis yang cantik dan baik. Namun, dia hanya

    menerima pujian itu dengan senyuman dan ucapan terima kasih. Ketika ada tetamu yang

    datang kerumahnya, Ana akan bersalaman dengan tetamunya sebelum menjemput mereka

    duduk. Dia tidak pernah menyampuk ketika ayah dan ibunya berbual dengan tetamu. Selain

    mengulang kaji pelajaran, Ana juga suka menyulam pada masa lapang. Dia sudahpun

    menyiapkan sehelai alas meja makan untuk ibunya. Kini, Ana sedang menyulam sarung

    bantal untuk diletakkan di ruang tamu rumahnya. Pada hujung minggu, Ana biasanya akan

    mengemas bilik tidurnya. Dia akan menukar cadar dan sarung bantal yang telah digunakan

    untuk dicuci.