8
ARTIKEL ILMIAH BAGI MENJAWAB ARTIKEL YANG DIBERIKAN OLEH USTAZ BADROL BERKENAAN ISU BIDAAH. PERLU DIINGATKAN INI ADALAH ARTIKEL ILMIAH DAN BUKANNYA BERPAKSIKAN SENTIMEN EMOSI DAN NAFSU.SEMOGA KITA SEMUA BEROLEH MANFAAT ILMIAH DARINYA IN SHA ALLAH. Dalam artikel yang lepas, berkenaan ‘membongkar fahaman salafi wahabi’ penulis menjelaskan hadis berkenaan ( ل ك دعه ب اله ل ض، ل ك و اله ل ض ي ف ار ن ل ا) Penulis menunjukkan dari segi nahu atau tatabahasa arab berkenaan kejahilan golongan salafi wahabi dalam memahami kalimah " ل ك" dalam hadis berkenaan. Untuk menjawab isu bidaah dalam isu ini, perlu di ingatkan kita hendaklah melihat kepada hadis-hadis Baginda Nabi s.a.w. yang lain berkenaan bidaah. Apa yang saya maksudkan disini ialah kita hendaklah mengumpul segala hadis-hadis yang berkaitan dengan bidaah yang pernah diungkapkan oleh Nabi s.a.w. Ini kerana hadis berkenaan bidaah bukan hanya pada hadis di atas tadi. Bagi menjawab isu ini saya akan kumpulkan dan sertakan segala dalil dari Al-Quran,Al-Hadis,Athar para sahabat dan salafussoleh in sha Allah. Sebelum saya melanjutkan perbincangan ini, eloklah kita mengetahui dahulu definisi bidaah oleh As-Syatibi rahmatullah yang wafat pada tahun 790h, dan akan saya sertakan sedikit penjelasan darinya. Kata beliau dalam kitab al-I’tisam: ه ق ري ط ي ف ن ي الد رعه ت خ م، ي ه ا ض ت ه ي ع ر, ش ل ا ضد ق ي/ وك ل س ل ا ب ها علي ه غ ال ن م ل ا ي ف د ن ع ت ل ا له ل ه حان ب س“Jalan yang direka dalam agama, yang menyerupai syariah, tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada Allah swt. Selanjutnya as-Syatibi menjelaskan lagi dalam kitab al-I’tisam beliau tersebut m/s 51: ا وهد ي عل يH را ن م لا ل خ د ب دات عا ل ا ي ف ي معن دعه ن ل ا، ما نS وا ها ص خ ي دات ا ن لع ا ب

Bahaya Bidaah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Makalah

Citation preview

Page 1: Bahaya Bidaah

ARTIKEL ILMIAH BAGI MENJAWAB ARTIKEL YANG DIBERIKAN OLEH USTAZ BADROL BERKENAAN ISU BIDAAH. PERLU DIINGATKAN INI ADALAH ARTIKEL ILMIAH DAN BUKANNYA BERPAKSIKAN SENTIMEN EMOSI DAN NAFSU.SEMOGA KITA SEMUA BEROLEH MANFAAT ILMIAH DARINYA IN SHA ALLAH.

Dalam artikel yang lepas, berkenaan ‘membongkar fahaman salafi wahabi’ penulis menjelaskan hadis berkenaan ( النار في ضاللة وكل ، ضاللة بدعه كل ) Penulis menunjukkan dari segi nahu atau tatabahasa arab berkenaan kejahilan golongan salafi wahabi dalam memahami kalimah " كل " dalam hadis berkenaan.

Untuk menjawab isu bidaah dalam isu ini, perlu di ingatkan kita hendaklah melihat kepada hadis-hadis Baginda Nabi s.a.w. yang lain berkenaan bidaah. Apa yang saya maksudkan disini ialah kita hendaklah mengumpul segala hadis-hadis yang berkaitan dengan bidaah yang pernah diungkapkan oleh Nabi s.a.w. Ini kerana hadis berkenaan bidaah bukan hanya pada hadis di atas tadi.

Bagi menjawab isu ini saya akan kumpulkan dan sertakan segala dalil dari Al-Quran,Al-Hadis,Athar para sahabat dan salafussoleh in sha Allah.

Sebelum saya melanjutkan perbincangan ini, eloklah kita mengetahui dahulu definisi bidaah oleh As-Syatibi rahmatullah yang wafat pada tahun 790h, dan akan saya sertakan sedikit penjelasan darinya.

Kata beliau dalam kitab al-I’tisam:

سبحانه لله التعبد في المبالغة عليها بالسلوك يقصد الشرعية تضاهي ، مخترعة الدين في طريقة“Jalan yang direka dalam agama, yang menyerupai syariah, tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada Allah swt.

Selanjutnya as-Syatibi menjelaskan lagi dalam kitab al-I’tisam beliau tersebut m/s 51:

بالعبادات يخصها وإنما ، البدعة معنى في العادات يدخل ال من رأي على وهذا“dan definisi ini tidak termasuk dalam perkara adat (keduniaan) pada memberi makna bidaah, akan tetapi khusus dalam perkara IBADAH”

Ini jelas menunjukkan bahawa bidaah ini adalah pada perkara agama yakni pada ibadah, mengapa saya membangkitkan hal ini? Ini adalah kerana kedapatan orang yang menggunakan hadis Nabi s.a.w pada mengatakan terdapat bidaah hasanah lalu mereka sandarkan kepada hadis Baginda ini daripada Jarir ra:

بها عمل من وأجر أجرها فله حسنة سنة اإلسالم في سن من“Barangsiapa yang mencontohkan suatu sunnah (perbuatan) yang baik dalam Islam maka ia mendapat pahala sekaligus pahala orang lain yang mengamalkannya sampai hari kiamat”

Perlu diingat dalam bertaamul dalam sesuatu hadis,kita perlulah merujuk kepada fiqh hadis dan asbab wurud hadis, atau dalam bahasa yang mudah sebab kenapa hadis itu terjadi.

Dalam hadis di atas asbab wurud hadis ialah terdapat satu kaum yang datang kepada Baginda Nabi s.a.w. dari kalangan orang-orang yang sangat susah dan faqir. Maka Nabi s.a.w berkhutbah kepada para

Page 2: Bahaya Bidaah

sahabat dan menggalakkan mereka untuk bersedekah. Lalu datanglah seorang lelaki dengan membawa sedikit harta benda, kemudian orang-orang yang melihat itu pun bersegera menyusulnya untuk bersedekah sekadar apa yang Allah mudahkan bagi mereka, hingga sedekah yang terkumpul menjadi banyak di sisi Nabi s.aw. Baginda Nabi pun senang dengan hal ini lalu Baginda pun mengeluarkan perkataan dari hadis yang kita kenali ini iaitu:

بها عمل من وأجر أجرها فله حسنة سنة اإلسالم في سن من“barangsiapa yang mencontohkan suatu sunnah (perbuatan) yang baik dalam Islam maka ia mendapat pahala sekaligus pahala orang lain yang mengamalkannya”

Bukanlah maknanya ia membuat-buat ibadah baru atau amalan baru yang tidak pernah disyariatkan oleh Allah dan RasulNya.

Berdasarkan sabda Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam:

رد فهو أمرنا عليه ليس عمال: عمل من“barangsiapa yang mengamalkan amalan yang tidak ada dalam urusan kami, maka amalan tersebut tertolak”

dalam riwayat lain:

رد فهو منه ليس ما هذا أمرنا في أحدث من“barangsiapa mengada-adakan dalam urusan kami, sesuatu yang tidak ada asalnya dari kami, maka ia tertolak”

dan hadis hadis tentang celaan terhadap bidaah dan perintah menjauhkan diri darinya itu sangat banyak.

Maka, “barangsiapa yang mencontohkan suatu sunnah (perbuatan) yang baik dalam Islam” bukanlah maknanya membuat sesuatu yang baru. Namun maknanya adalah mengamalkan suatu perbuatan yang termasuk perbuatan baik dalam syariat lalu orang lain mengikutinya, maka ia telah melakukan sebuah sunnah hasanah.

Selanjutnya saya ingin meneruskan perbincangan ini setelah kita selesai dengan definisi bidaah serta beberapa salah faham mengenai isu bidaah ini.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Maidah:

دينا اإلسالم لكم ورضيت نعمتي عليكم وأتممت دينكم لكم أكملت اليوم

“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu”. (al-Maidah:3)

Dan sebagaimana yang diketahui bahawa risalah yang dibawa oleh Baginda Nabi s.a.w. telah sempurna dan lengkap. Dan sesiapa yang beranggapan bahawa ibadah itu dapat ditokok tambah sesungguhnya dia telah mengatakan bahawa Nabi s.a.w telah mengkhianati risalah. Ini dapat dilihat melalui kata-kata Imam Malik bin Anas yang merupakan Imam Dar al Hijrah. Perhatikan kalam beliau yang agung:

Page 3: Bahaya Bidaah

"" الله ألن الرسالة، خان وسلم عليه الله صلى محمد:ا أن زعم فقد حسنة يراها بدعة: اإلسالم في ابتدع من:ا يومئذ يكن لم فما( 3/المائدة( )دينكم لكم أكملت اليوم: )يقول :ا اليوم يكون فال دين دين ".

“ Barangsiapa yang mengadakan sesuatu bidaah dalam Islam yang mana ianya beranggapan bahawa perkara itu baik, sesungguhnya dia telah mendakwa bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah mengkhianati risalah, kerana Allah s.w.t telah berfirman didalam surah al-Maidah: “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu”. Apa yang tidak menjadi agama pada ketika itu, tidak akan dikira sebagai agama pada hari ini.

Kata-kata Imam Malik ini jelas menunjukkan bahawa mereka para salafussoleh amat membenci perkara bidaah sekalipun ianya baik pada pandangan mata orang lain.

Selanjutnya Nabi s.a.w pernah bersabda di dalam hadis Baginda yang lain berkenaan BIDAAH iaitu:

منه ليس ما هذا أمرنا في أحدث من: وسلم عليه الله صلى الله رسول قال: قالت عنها الله رضي عائشة عن رد فهو أمرنا عليه ليس عمال عمل من: لمسلم رواية وفي ، ومسلم البخاري رواه رد فهو

Dari Aishah ra beliau berkata, Nabi s.a.w bersabda: ““barangsiapa mengada-adakan dalam urusan kami (urusan agama), sesuatu yang tidak ada asalnya dari kami, maka ia tertolak”

Dan dalam suatu riwayat Muslim:

“barangsiapa yang mengamalkan amalan yang tidak ada dalam urusan kami, maka amalan tersebut tertolak”

Ini merupakan hadis-hadis Nabi s.a.w berkenaan dengan bidaah. Sebab itu saya mengatakan di awal artikel bahawa hadis berkenaan bidaah tidak hanya boleh dilihat pada satu hadis sahaja,akan tetapi hendaklah dikumpulkan hadis-hadis yang lain yang menceritakan perihal bidaah.

Seterusnya kita lihat athar para sahabat radiallahu anhum dan juga para imam salafussoleh akan perihal perbuatan bidaah.

kisah ini diriwayatkan oleh Imam Ad-Darimi dalam sunannya dengan sanad yang sahih dan merupakan satu kisah yang panjang ketika mana sahabat Nabi s.a.w yang digelar الصحابة فقهاء iaitu Abdullah ibn Masu’d ra.

كنا: بن عمر عن إلى معه مشينا خرج فإذا الغداة، صالة قبل مسعود بن الله عبد باب على نجلس سلمة خرج، حتى معنا فجلس ال،: قلنا بعد؟ الرحمن عبد أبو إليكم أخرج: فقال األشعري موسى أبو فجاءنا المسجد،: إليه قمنا خرج فلما : المسجد في رأيت إني الرحمن؛ عبد أبا يا: موسى أبو له فقال جميعا : آنفا ولم أنكرته أمرا:، إال لله والحمد أر : المسجد في رأيت: قال فستراه، عشت إن: فقال هو؟ فما: قال خيرا : قوما : حلقا جلوسا

مائة، هللوا: فيقول مائة، فيكبرون مائة كبروا: فيقول حصا أيديهم وفي رجل حلقة كل في الصالة ينتظرون: لهم قلت ما: قال لهم؟ قلت فماذا: قال مائة، فيسبحون مائة، سبحوا: ويقول مائة، فيهللون رأيك انتظار شيئا

ومضينا مضى ثم حسناتهم، من يضيع ال أن لهم وضمنت سيئاتهم يعدوا أن أمرتهم أفال: قال أمرك، انتظار أو الرحمن، عبد أبا يا: قالوا تصنعون، أراكم الذي هذا ما: فقال عليهم فوقف الحلق تلك من حلقة أتى حتى معه

شيء، حسناتكم من يضيع ال أن ضامن فأنا سيئاتكم، فعدوا: قال والتسبيح، والتهليل التكبير به نعد حصى تبل، لم ثيابه وهذه متوافرون، وسلم عليه الله صلى نبيكم صحابة هؤالء! هلكتكم أسرع ما محمد أمة يا ويحكم: قالوا! ضاللة؟ باب مفتتحوا أو. محمد ملة من أهدى هي ملة لعلى إنكم بيده نفسي والذي تكسر، لم وآنيته

Page 4: Bahaya Bidaah

عليه الله صلى الله رسول إن. يصيبه لن للخير مريد من وكم: قال الخير، إال أردنا ما الرحمن عبد أبا يا والله عنهم، تولى ثم منكم، أكثرهم لعل أدري ما الله وأيم. تراقيهم يجاوز ال القرآن يقرؤون قوما أن حدثنا وسلم

الخوراج مع النهروان يوم يطاعنونا الحلق أولئك عامة رأينا: سلمة بن عمرو فقال .

“ Kami duduk di pintu rumah Abdullah ibn Masu’d sebelum solat subuh, apabila dia keluar kami berjalan bersamanya ke masjid, datang kepada kami Abu Musa Al-Asya’ri lalu berkata “adakah Abu Abd Rahman sudah keluar?lalu kami berkata tidak.Lalu Abu Musa Al-Asya’ri duduk bersama kami sehingga Abdullah ibn Masu’d keluar.apabila dia keluar lalu kami bangun bersama lalu Abu Musa berkata: “wahai Abu Abd Rahman aku lihat di masjid satu benda yang aku bantah dan belum pernah aku lihat tapi Alhamdulillah ianya baik.Lalu ibn Masu’d bertanya,apakah benda itu?lalu Abu Musa menjawab sekiranya engkau panjang umur engkau akan lihat perkara tersebut.kata Abu Musa aku lihat di masjid satu kaum duduk dalam satu halaqah di masjid sedang menunggu untuk solat,dalam halaqah tersebut ada seorang lelaki mengetuai halaqah tersebut dan ditangannya ada batu untuk mengira zikir, dan ketua tersebut berkata takbir 100x lalu mereka bertakbir sebanyak 100x, tahlil 100x maka mereka bertahlil (la ilaha ilallah) 100x, tasbih 100x lalu mereka bertasbih 100x.Lalu ibn Masu’d berkata “Habis apa yang engkau katakan kepada mereka?Abu Musa menjawab “aku tidak berkata apa-apa kepada mereka,aku menunggu pandangan serta perintah dari engkau.Lalu ibn Mas’ud berkata mengapa engkau tidak perintahkan mereka untuk mengira dosa mereka dan dan jaminlah Allah tidak silap kira pahala mereka.kemudian dia jalan lalu kami berjalan bersamanya sehinggalah kami sampai kepada satu halaqah dari kumpulan halaqah tersebut dan dia pun berdiri pada halaqah tersebut lalu berkata: “ apakah perkara yang aku lihat kamu sedang lakukan ini?lalu mereka menjawab:wahai abu abd Rahman,batu kecil2 ini kami gunakan untuk kira bilangan takbir tahlil dan tasbih.Lalu ibn Masu’d menjawab: ”Kiralah dosa kamu, aku jamin pahala kamu Allah tidak silap kira sedikit pun. Celakalah kamu wahai umat Muhammad, alangkah cepat kemusnahan kamu.Sahabat Nabi s.a.w masih lagi ramai, dan baju Nabi belum pun buruk, dan bekas minuman Nabi belum lagi pecah, (menunjukkan Nabi s.a.w. baru wafat).Demi yang jiwaku berada ditanganNYA, adakah kamu berada pada agama yang mendapat lebih petunjuk dari agama Muhammad?ataupun sebenarnya kamu membuka pintu kesesatan?Lalu kumpulan tersebut berkata: “Demi Allah wahai abu abd Rahman,tidaklah kami buat melainkan inginkan darinya kebaikan.Lalu ibn Masu’d berkata: “BERAPA BANYAK ORANG YANG INGIN MEMBUAT KEBAIKAN AKAN TETAPI TIDAK BETUL CARA MEMBUAT KEBAIKANNYA”.Rasulullah s.a.w memberitahu kami satu kaum membaca al-Quran akan tetapi tidak lebih dari kerongkongnya.Demi Allah aku rasa kamu merupakan dari golongan tersebut.kemudian dia berpaling dari kumpulan tersebut”.

Sehingga Abdullah ibn Masu’d berkata dalam riwayat yang lain:

" الكبيرة لبدعة إلى بريدة الصغيرة البدعة إن "

“seseungguhnya bidaah yang kecil punca kepada bidaah yang besar”.

Jika dilihat dari kisah ini, dilihat apa salahnya membuat satu perkara yang bertujuan untuk kebaikan akan tetapi kenapa ianya dibantah oleh para sahabat.tidak lain dan tidak bukan kerana sahabat ingin menjaga asolah (أصالة) yakni KETULENAN AGAMA.

Dalam kisah yang lain seorang lelaki datang kepada Imam Malik, lalu berkata:

Page 5: Bahaya Bidaah

“ Wahai Abu Abdullah daripada mana patut aku berihram?jawab Imam Malik dari ‘zu hulaifah’ dimana tempat Rasulullah berihram.kata lelaki itu,”aku ingin berihram dari masjid Nabawi.jawab Imam Malik:”jangan lakukan sedemikian.lalu laki itu berkata:” Aku ingin berihram dari kubur Nabi.Jawab Imam Malik:”jangan buat demikian.Aku bimbang ditimpakan kepada kamu fitnah.Jawab lelaki tersebut:” Apa fitnahnya?ia hanya jarak yang aku tambah.Lalu Imam Malik menjawab soalan lelaki terebut. “APAKAH FITNAH YANG LEBIH BESAR APABILA ENGKAU MELIHAT ENGKAU TELAH MENDAHULUI SATU KELEBIHAN YANG MANA ENGKAU SANGKA RASULULLAH TELAH KURANG DARIPADA ENGKAU”.

Bermaksud disini apabila kita menganggap atau membuat suatu perkara yang mana Nabi s.a.w. tidak pernah mengamalkannya,seolah-olah kita telah mendahului Nabi dalam membuat suatu perkara yang Nabi tidak pernah amalkan.

Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya ‘Fatawa Mua’sirah’ kata beliau:

“ tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w dan para sahabat bhw mereka berhimpun di masjid utk menghidupkan mlm nisfu syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu spt mana yg kita lihat pada sebahagian negeri org islam, bahkan di sbhgn negeri org ramai berhimpun pada malam tersebut slps solat maghrib, mereka membaca surah yaasin dan solat dua rakaat dgn niat pnjg umur, dua rakaat yg lain dgn niat tidak bergantung kpd manusia, kemudian mereka membaca doa yg tidak pernah dipetik oleh golongan salaf (sahabat,tabiin dan atba’ tabiin) iaitu satu doa yg pnjg dan menyanggahi nas yakni al-Quran dan sunnah jg bercanggah dan bertentangan maknanya.mlm nisfu syaaban spt yg kita lihat dan dgr yg berlaku disebahagian negeri org Islam adalah bidaah dan diada2 kan.ssghnya kita melakukan ibdah sekadar yg di naskan.segala kebaikan itu ialah mengikut salaf,segala keburukan itu ialah bidaah dan diada2 kan.

Sampai disini jelas menunjukkan dari al-Quran,Hadis-hadis Nabi s.a.w. , athar para sahabat serta para salafussoleh tentang perihal bidaah.Apa yang saya naqalkan disini ialah dari al-Quran,hadis-hadis Nabi yang mulia,serta kalam para sahabat serta para salafussoleh.Bahkan para sahabat mengatakan “ كان لو

إليه لسبقونا خيرا ” sekiranya perkara tersebut baik,nescaya kami lah yang akan mendahului dalam melakukan urusan tersebut.

Akhir kata saya ingin memohon kemaafan sekiranya terdapat banyak kekurangan dalam maqalah ini,dan saya menulisnya dalam masa yang singkat dan cetek.semoga ada manfaat darinya in sha Allah.Akhir kata,satu soalan dari saya untuk tatapan semua.

" الدين هذا نقل اين من " dari mana kita ambil agama ini?

بالصواب واعلم اعلى والله

Fawaz Fathil

19.11.2015

10.27PM