24
Bangsa Melayu sememangnya terkenal dengan adat resam dan budaya turun- temurun termasuklah bahasa yang diwarisi daripada nenek moyang terdahulu. Makalah ini meneliti aspek peribahasa Melayu yang mencerminkan budi bahasa yang melibatkan unsur kesantunan, dan juga budaya Melayu yang bertunjangkan agama Islam. Contoh-contoh peribahasa yang diguna pakai dipetik daripada Kamus Istimewa Peribahasa Melayu susunan Abdullah Hussain (2006) untuk menyerlahkan aspek-aspek yang dimaksudkan. Penelitian peribahasa secara sederhana ini secara langsung memaparkan unsur kesantunan Melayu yang menitikberatkan kesopanan tutur kata dan pada masa sama menyerlahkan kearifan masyarakat dalam memelihara keharmonian interaksi sosial menerusi bahasa yang digunakan. MELAYU TANPA ALAM. TANPA PERIBAHASA Siti Raihana Binte Husainni Masyarakat Melayu lama hidup rapat dengan alam persekitaran yang berlatarkan kehijauan dan berintikan haiwan-haiwan. Kedudukan Tanah Melayu di kawasan Asia yang dipenuhi belantara dan gunung-ganang menjadi kawasan penempatan masyarakat Melayu yang membina rumah-rumah kampung dengan bahan-bahan asli yang mudah didapati di dalam hutan rimba. Jika kita meniti salasilah masyarakat Melayu, kita akan dapati bahawa Melayu yang telah mempunyai peradaban dan tamadun yang dikenali sebenarnya merupakan keturunan masyarakat asli atau jakun. Masyarakat ini telah mengalami evolusi sehingga mencapai tahap peradaban yang bertamadun dan dikenali sebagai masyarakat Melayu lama. Kehidupan mereka berubah daripada hidup secara nomad kepada yang dilengkapi pakaian

Bangsa Melayu Sememangnya Terkenal Dengan Adat Resam Dan Budaya Turun

Embed Size (px)

DESCRIPTION

melayu

Citation preview

Page 1: Bangsa Melayu Sememangnya Terkenal Dengan Adat Resam Dan Budaya Turun

Bangsa Melayu sememangnya terkenal dengan adat resam dan budaya turun-temurun

termasuklah bahasa yang diwarisi daripada nenek moyang terdahulu. Makalah ini meneliti

aspek peribahasa Melayu yang mencerminkan budi bahasa yang melibatkan unsur

kesantunan, dan juga budaya Melayu yang bertunjangkan agama Islam. Contoh-contoh

peribahasa yang diguna pakai dipetik daripada Kamus Istimewa Peribahasa Melayu susunan

Abdullah Hussain (2006) untuk menyerlahkan aspek-aspek yang dimaksudkan. Penelitian

peribahasa secara sederhana ini secara langsung memaparkan unsur kesantunan Melayu

yang menitikberatkan kesopanan tutur kata dan pada masa sama menyerlahkan kearifan

masyarakat dalam memelihara keharmonian interaksi sosial menerusi bahasa yang

digunakan.

MELAYU TANPA ALAM. TANPA PERIBAHASASiti Raihana Binte HusainniMasyarakat Melayu lama hidup rapat dengan alam persekitaran yang berlatarkan kehijauandan berintikan haiwan-haiwan. Kedudukan Tanah Melayu di kawasan Asia yang dipenuhibelantara dan gunung-ganang menjadi kawasan penempatan masyarakat Melayu yangmembina rumah-rumah kampung dengan bahan-bahan asli yang mudah didapati di dalamhutan rimba. Jika kita meniti salasilah masyarakat Melayu, kita akan dapati bahawa Melayuyang telah mempunyai peradaban dan tamadun yang dikenali sebenarnya merupakanketurunan masyarakat asli atau jakun. Masyarakat ini telah mengalami evolusi sehinggamencapai tahap peradaban yang bertamadun dan dikenali sebagai masyarakat Melayu lama.Kehidupan mereka berubah daripada hidup secara nomad kepada yang dilengkapi pakaianyang menutup tubuh, tempat penginapan, beragama dan pekerjaan.Orang-orang Jakun atau Sakai merupakan manusia-manusia yang hidup di dalam hutan. Olehitu, perhubungan orang-orang Sakai dengan alam lebih akrab kerana kehidupan merekadilingkari dan dikelilingi alam sepenuhnya. Pengetahuan yang ditimba kesan pergaulan sebatiorang-orang Jakun dengan alam menjadi percikan ilmu bagi masyarakat Melayu yangmengaplikasikan pengetahuan ini berdasarkan pengalaman nenek-moyang mereka. Ini ditokokdengan pengalaman mereka sendiri yang mempunyai pengamatan yang jitu terhadap alamsekitaran.Peribahasa karangan masyarakat Melayu, menurut Za'ba (1965), boleh mencakupiperumpamaan, pepatah, bidalan perbilangan dan Iidah pendeta. Peribahasa ini merupakansusunan atau lafaz selapis tetapi mempunyai makna dua lapis, yakni tersirat dan tersurat, yangber1ungi terutamanya untuk menasihat, menyindir atau memberi pengajaran. Tafsiran denotatifperibahasa membuktikan kejituan pengamatan masyarakat Melayu. Tafsiran konotatifperibahasa pula memperlihatkan ketelusan serta kebijaksanaan masyarakat Melayu yang mampumengaitkan sifat sesuatu objek di dalam kehidupan seharian mereka dengan maksud yangingin disampaikan kepada si pendengar.Hakikat peradaban masyarakat Melayu dulu yang hidup dilingkari alam membuatkanmasyarakat Melayu tidak lari daripada menggunakan tumbuhan dan haiwan bersama sifatsifatmereka dalam mengarang peribahasa. Penglibatan masyarakat Melayu dengan haiwandan tumbuhan meliputi tiga elemen bumi yakni yang hidup di lang it, darat dan air.Haiwan-haiwan yang digunakan mencakupi yang diternak serta yang buas. Oemi penakatandan mendapat rezeki, masyarakat Melayu menjadi nelayan, penternak, pemburu dan petani.Pekerjaan-perkerjaan ini melibatkan perhubungan manusia dengan haiwan.Masyarakat Melayu harus mengetahui cara hidup haiwan-haiwan yang bersangkutan demi

Page 2: Bangsa Melayu Sememangnya Terkenal Dengan Adat Resam Dan Budaya Turun

melakukan kerja dengan baik dan berkesan. Seperti contoh, seorang nelayan haruslahmengetahui cara terbaik untuk menangkap ikan-ikan tertentu, tempat yang mereka gemariseperti perairan tohor atau dalam, umpan kegemaran mereka, cara dan waktu terbaik untukmenangkap dan sebagainya. Semua ini akan ditimba para nelayan melalui pengalaman sertatunjuk ajar generasi sebelumnya. Pengalaman berdasarkan pengamatan mereka inilah yangmembuat mereka berupaya menghasilkan peribahasa bersangkutan binatang-binatang yangterlibat di dalam skop kehidupan atau pekerjaan mereka.Haiwan-haiwan laut yang digunakan di dalam peribahasa seperti haruan makan anak yangbererti seorang bapa yang mencabul kehormatan anaknya sendiri. Ikan haruan banyakkegunaannya di dalam masyarakat Melayu. lsi ikan haruan dimakan kerana dipercayai dapatmemangkin pemulihan luka-Iuka di badan. Ikan ini juga dibuat pati dan diminum untuk20 AkOvIJ-JUrNl Akademlk Jilid IV 2004

menambahkan kecergasan tenaga untuk melakukan pekerjaan seharian. Pemerhatianmasyarakat Melayu atau nelayan yang tajam membolehkan mereka menggunakan sifat sertakelakuan ikan ini yang memakan anaknya sendiri untuk hidup dan menggunakannya sebagailitot« atau ibarat untuk menjelaskan kelakuan terkutuk seorang ayah terhadap anaknya sendirisecara beralas agar lebih sopan dan halus.Bagi haiwan yang diternak pula, ayam banyak digunakan dalam pengarangan peribahasaantaranya, bagai ayam berteJur di atas timbunan padi yang mengibaratkan seseorang yangmenjadi senang kerana menumpang kesenangan orang lain. Makanan utama ayam ialah padi.Padi, yang telah ditaman setelah dituai dilonggokkan sebelum ditumbuk untuk memisahkanhuma dengan beras. Lantas, ayam yang bertelur di ataspadi, selain selamat kerana menghindartelurnya daripada pecahatau retak kerana kusyen yang diberikan oleh padi dan perlindungandaripada dilihat dek haiwan yang gemar memakan telur ayam seperti ular dan manusia, padijuga dapat menjadi makanan kepada anak ayam yang bakal menetas.Haiwan buas pula, misalnya golongan unggas seperti burung helang yang dikenali dengansifatnya yang gemar menyambar mangsanya seperti ayam dan tikus sering digunakan.Peribahasa sepantun helang dengan ayam, lambat laun disambar juga yang membawa erti jikaberhampiran dengan sesuatu yang berlawanan itu akhirnya terjadi juga sesuatu yang tidakdiingini atau tidak baik. Masyarakat Melayu yang menternak ayam untuk daging, telur ataupunsebagaiayam sabungan amat berhati-hati setiap kali terlihat helang berlegar-Iegar di angkasakerana ia petanda si helang sedang mencari makanan. Melihat helang, orang-orang Melayuakan mengumpulkan ayam-ayam mereka di dalam reban demi menyelamatkan mereka daripadadisambar.Reban ayam merupakan tempat yang selamat yang dapat menghindar ayam-ayamitu daripadadisambar kerana kedudukan reban ayam yang biasanya terletak dibawah rumah, lantasmenyukarkan si helang untuk mendapatkan mereka. Sifat ayamyang lemah, terutamanya anakayam menjadikan mereka mangsa yang mudah bagi helang. Masyarakat Melayu tahu bahawaseandainya dibiarkan sahaja ayam-ayam itu terus berkeliaran, pasti seeker daripadanya akanmenjadi mangsa. Helang,di dalam peribahasa-peribahasa Melayu sering melambangkan sesuatuyang gagah dan sukar dikalahkan. Sifat helang yang tidak mudah berputus asa dan terusmencuba untuk mendapat apa yang dihajatinya diperlihatkan menerusi sifatnya yang akanterbang di awan dalam satu bulatan di tempat mangsanya dikesan. Perbuatan sebeginimenggambarkan semangathelang yang kuat, sehinggakan apa jua cabaransanggup ditempuhi.Segala sifat ini berjaya ditukil masyarakat Melayu menerusi ketajaman mereka memerhatikankeadaan sekeliling dan menerapkan pengetahuan tersebut ke dalam peribahasa Melayu

Selain haiwan, kegunaan tumbuhan atau flora terserlah di daJam peribahasa Melayu. Tumbuhansekeliling masyarakat Melayu diketahui kegunaannya, sifatnya dan penghidupannya. Selaindijadikan makanan, tumbuhan-tumbuhan juga diuji daya ketahanannya untuk dijadikanperalatan-peralatan seperti membuat rumah, reban, kerusi, alat musik seperti rebana, dikajikhasiat perubatannya untuk mengubat luka. manawar racun dan menyegarkan tubuh sertadiperhatikan carapenumbuhannya, samaada melilit di pokok, berkeliaran di tanah yang lembab,bergantungan di dahan atau membesar di bawah tanah, menegak setelah ranum dansebagainya. Kegunaan setiap bahagian pokok diketahui masyarakat Melayu, Pengetahuan inikemudiannya diterapkan ke dalam pembentukan peribahasa.

Page 3: Bangsa Melayu Sememangnya Terkenal Dengan Adat Resam Dan Budaya Turun

Peribahasa seperti durian menunjukkan pangsa yang bermaksud menunjukkan kehebatan dirimerupakan antara contoh tumbuhan yang menjadi sumber peribahasa. Sebiji durian, diluarannya berwarna hijau, berduri banyak dan mengeluarkan bau yang dianggap kurangmenyenangkan. Namun demikian, warna hijau kulit yang malap dan tidak menarik bergantidengan warna kuning yang kaVa apabila dikupas. Bau durian yang tidak enak pula digantiAkti'Yi!-Jurnal AkJdemik JjJjd JV2004 2 J

dengan rasa isi durian yang lembut, lemak dan manis. Ada yang menganggap rasa dan gambaranisi durian mampu meluputkan segala ketidaksenangan terhadap bau serta bentuk duriantersebut. Lantas, masyarakat Melayu menyifatkan searang yang secara luaran seakanmemperlihatkan dirinya seorang yang biasa dan tidak penting berupaya memperlihatkankehebatan dirinya seperti sebiji durian.Keakraban masyarakat Melayu dengan alam haiwani dan alam nabati sama ada secara sedaratau tidak banyak mempengaruhi pemikiran mereka sehingga tercetusnya pengaranganperibahasa yang menerapkan unsur-unsur dan sifat-sifat yang dimiliki organisma-arganismaalamiah ini. Kegunaan bahan-bahan ini bukan sahaja bijak, malah bertepatan dengan fungsiperibahasa yang bertujuan menyampaikan sesuatu buah fikiran secara berselindung. Hasilkejituan pengamatan masyarakat Melayu menatijahkan sebuah pemikiran yang arif mengaitkanmanusia dengan keadaan sekitar secara tepat dan munasabah sehingga sebilangan besarperibahasa yang wujud melibatkan penggunaan alam. Pendek kata, seandainya kewujudanalam di dalam masyarakat Meiayu dibiarkan taksa tanpa penelitian jitu, mustahillah peribahasadicipta.

Kali ni, saya lempiaskan entri santai saja. Entri berkisar satu suku

kata, JAWI. Jawi banyak maksudnya. Antaranya ialah kita kaitkan

dengan tulisan Jawi. Jawi pekan (peranakan) membawa erti orang

yang berketurunan Melayu dan India. Masuk jawi? Maksudnya

bersunat. Pandai. Sekarang musim cuti sekolah. Inilah saatnya

untuk masuk jawi. Jawi-jawi pulak? Sejenis pokok beringin (Ficus

benjamina). Banyak sungguh maksudnya, kan?

Tapi, satu yang menarik perhatian saya ialah penggunaan jawi yang

satu ni. Memang menarik. Jom kita pakat selongkar khazanah

bahasa kita.

1. Bagai jawi makan, dimamah dulu baru ditelan: Setiap

perbuatan dirundingkan masak-masak sebelum dikerjakan.

2. Bagai jawi terkurung siang: Sangat gelisah kerana tidak

bebas.

Page 4: Bangsa Melayu Sememangnya Terkenal Dengan Adat Resam Dan Budaya Turun

3. Bagai jawi ditarik keluan: Menurut dengan tidak membantah

(keluan ialah tali yang dicucuk kat hidung jawi tu).

4. Bagai jawi pulang puntung; didahulukan dia menyepak,

dikemudiankan dia menanduk: Orang bodoh yang tak dapat

diajak berunding.

Apa maksud jawi dalam peribahasa ni? Jawi=Lembu/sapi.

Pendahuluan:

Peribahasa ialah sejenis ungkapan atau kata-kata yang padat, yang biasanya mengandungi perkara-perkara yang berkait rapat dengan pengalaman manusia dalam pelbagai aspek kehidupan dan rempah ratusnya. Ia merupakan kata-kata yang penuh dengan kebijaksanaan. Biasanya ia dibentuk daripada gaya kiasan, menggunakan imaginasi dan mudah dihafal. Ia merupakan ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu. Peribahasa dalam bahsa Melayu boleh dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu perumpamaan, simpulan bahasa, bidalan dan pepatah (Kamus Sastera Melayu terkini 2000: 69).

Perumpamaan ialah perbandingan makna yang sangat jelas dan terang. Biasanya ia didahului oleh kata pembanding seperti bagai, laksana, umpama, bak, ibarat, macam, seperti, seolah-olah, dan seakan-akan. Dalam ayat Budak itu seperti lembu, lembu danbudak itu dianggap menyerupai antara satu sama lain. Perumpamaan menjelaskan penilaian yang dibuat terhadap sesuatu benda itu dan biasanya penilaian itu melibatkan emosi dan perasaan yang kuat (Ainon Mohd & Abdullah Hassan 2003: 3). Contoh perumpamaan adalah seperti yang berikut:a. Bagai: Bagai ubur-ubur airnya hitam (Daripada tingkahlaku dan bahasanya, kita tahu orang itu jahat).b. Laksana: Laksana golok kayu (ditetak tak makan, dijual tak laku). Perbandingan ini dibuat untuk menerangkan sesuatu yang tidak mendatangkan faedah.

Page 5: Bangsa Melayu Sememangnya Terkenal Dengan Adat Resam Dan Budaya Turun

c. Umpama: Umpama enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing (tidak semuafakat; mementingkan diri sendiri)d. Bak: Bak birah dengan keladi (Hampir serupa sahaja)e. Ibarat: Ibarat mencangkul angin (angan-angan yang tidak diserta usaha)f. Macam: Macam kapal tiga tiang (Rupawan dan anggun).g. Seperti: Seperti ikan dalam belanga (Keuntungan yang tidak akan terlepas lagi).

Simpulan bahasa pula ialah ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan sama sekali daripada makna asal yang dibawa oleh perkataan-perkataan tersebut. Contoh simpulan bahasa ialah seperti makan gaji, bulan madu, simpul biawak, senyum kambing dan sebagainya.

Peribahasa yang dicipta untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar pula dipanggil bidalan. Antara contohnya adalah seperti jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahitnya (kerja yang sudah dimulakan hendaklah diselesaikan), dan jangan bijak terpijak, biar bodoh bersuluh (jangan berasa diri bijak tetapi dihina orang, biar bodoh asal suka bertanya, pasti akan berjaya) (Ainon Mohd & Abdullah Hassan 2003: 5).

Pepatah atau perbilangan ialah ungkapan yang berasal daripada pusaka adat resam. Makna ungkapan itu tidak berubah-ubah. Pepatah berfungsi sebagai pedoman hidup anggota masyarakat yang mengamalkan sesuatu adat resam. Pepatah memliki ciri-ciri puisi tradisional Melayu. Contohnya:a. Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai berkabur urai (jimat cermat ialah tangga kejayaan, murah hati ialah tangga tuah).b. Pada sangka pohon beringin, kiranya tersandar di punggur lapuk (menyangka dapat berkahwin dengan orang kaya, rupa-rupanya miskin).c. Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul, ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni (bekerjasama dan tolong-menolong dalam semua pekerjaan, baik senang mahupun susah) (Ainon Mohd & Abdullah Hassan 2003: 4).

Peribahasa Melayu dicipta berdasarkan dua cara, iaitu melalui perbandingan makna dan perluasan makna. Proses perbandingan makna boleh dilakukan menerusi dua cara, iaitu melalui perbandingan rupa bentuk dan melalui

Page 6: Bangsa Melayu Sememangnya Terkenal Dengan Adat Resam Dan Budaya Turun

perbandingan sifat. Mengikut cara perbandingan rupa bentuk, sesuatu benda akan dibandingkan dengan benda lain yang mempunayai ciri-ciri rupa bentuk yang serupa. Mengikut cara perbandingan sifat pula, sesuatu benda itu akan dibandingkan dengan benda lain yang serupa sifatnya walaupun rupak bentuknya berlainan (Ainon Mohd. & Abdullah Hassan 2003: 7).

Mengikut kaedah perluasan makna pula, makna sesuatu perkataan diperluaskan supaya meliputi makna-makna baru. Sebagai contoh, daripada perkataan tua, diterbitkan makna-makna lain, yang tidak lagi membawa makna tua. Contoh: ketua,pengetua, yang dipertuan, mertua, pertua dan sebagainya (Ibid: 8).

Binatang dalam peribahasa MelayuBangsa Melayu hidup dalam persekitaran yang dipenuhi dengan binatang, sama ada binatang itu binatang buas/liar ataupun binatang ternakan. Kehidupan mereka yang terdedah pada persekitaran yang dikelilingi oleh hutan rimba, kebun dan ladang, sungai dan laut menyebabkan mereka serng bertemu dengan banyak binatang. Kalau ke hutan mereka akan bertemu harimau, gajah, ular dan sebagainya. Kalau ke kebun/ladang, mereka akan bertemu lembu, kambing dan sebagainya yang biasanya dipelihara sebagai punca pendapatan.Dengan itu, mereka dengan sendirinya mengenali binatang-binatang tersebut. Perkongsian hidup mereka dengan bintang-bintang ini membuatkan tempias binatang-binatang itu terpantul dalam peribahasa mereka. Antara binatang yang sering menjadi tumpuan mereka sehingga ia disebut dalam peribahasa mereka ialah harimau, gajah, kera, anjing, serigala, kambing, kerbau, babi, ayam, rusa, kancil, singa, cacing, rama-rama, kura-kura, monyet, belalang, siput, arnab, merak, pipit, enggang, ular, kucing, katak, lembu, kutu, badak, kuda, dan sebagainya.

Beberapa contoh:

Harimau - sebagai simbol untuk raja dan menunjukkan pangkat dan kekuasaan. Antara contoh peribahasa Melayu yang menggunakan perkataan harimau ialah:1. Anak harimau (anak orang ada kuasa).2. Harimau ditakuti sebab giginya (pembesar itu ditakuti kerana kuasanya).

Page 7: Bangsa Melayu Sememangnya Terkenal Dengan Adat Resam Dan Budaya Turun

3. Harimau memperlihatkan kukunya (pembesar memperlihatkan kuasanya.4. Harimau menunjukkan belangnya (pembesar memperlihatkan kuasanya).

Harimau – sebagai seorang yang bersifat bengis dan kejam, mengancam orang lain.Contoh:1. Anak harimau diajar makan daging (orang yang zalim diberi galakan untuk membuat aniaya ).2. Seperti harimau beranak kecil (sifat orang yang sangat bengis dan garang).

Gajah - Gajah: menunjukkan kuasa dan kekuatan. Contoh:1. Gajah lalu rumpai layu (perbuatan orang yang berkuasa membawa kesusahan kepada orang yang lemah).2. Gajah masuk kampung, kalau pohon tak tumbang, rumput layu juga). (orang yang berkuasa dapat berbuat sesuka hati kepada orang yang lemah).3. Gajah mati tulang setimbun (orang kaya meninggal dunia banyak meninggalkan hartanya).4. Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati ditengah-tengah. (kalau para pemimpin berselisih faham rakyat mendapat susah).

Orang yang berpangkat dan berkuasa hilang pengaruh atau kuasa boleh disamakan dengan gajah yang dibinasakan.Contoh:1. Gajah dialahkan oleh pelanduk (orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang yang lemah).2. Gajah ditelan ular lidi (Orang berkuasa dapat dialahkan orang lemah).3. Gajah empat kaki lagi tersaruk (pembesar sekalipun, ada waktunya akan kehilangan kebesarannya).

Naga: dianggap simbol orang besar dan berkuasa.Contoh:1. Cacing hendak menjadi naga (orang kecil hendak menyamai orang besar).2. Cacing menelan naga (orang yang berkusa dapat dialahkan oleh orang yang lemah).3. Naga ditelan ular lidi (orang bangsawan berkahwin dengan orang biasa).

Anjing dan babi – sebagai simbol kejahatan dan kehinaan. Contoh:

Page 8: Bangsa Melayu Sememangnya Terkenal Dengan Adat Resam Dan Budaya Turun

1. Anjing kurap (hina kerana kemiskinan).2. Anjing biasa makan tahi, jika tidak dimakan, mencium ada juga ( orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangi lagi perbuatan itu)3. Seperti anjing dengan kucing (selalu bertengkar).4. Kepala tersangkut dengan kulit babi (mendapat malu besar).5. Mutiara terkalung di leher babi ( tidak tahu menilai barang berharga, yang mulia jadi hina).

Melalui peribahasa Melayu, dapat dikenal pasti binatang-binatang yang melambangkan kejahatan seperti buaya, lintah, tupai, musang dan ular. Contoh:1. Buaya darat (penjahat; penggemar perempuan).2. Adakah buaya menolak bangkai (orang jahat tentu akan berbuat jahat, kalau ada kesempatan).3. Seperti lintah menghisap darah (membungakan wang dengan bunga yang terlalu mahal, menipu dengan cara yang lemah lembut).4. Jika kepalanya ular, takkan ekornya belut (yang jahat itu tetap jahat).5. Sudah tampak kaki ular (telah diketahui tingkah laku seseorang yang buruk (yang dahulunya tidak diketahui).6. Seperti nyiur ditebuk tupai (anak dara yang diperkosa).7. Musang berbulu ayam (orang jahat menyamar sebagai orang baik-baik).8. Musang terjun lantai terjungkat (tempat yang dimasuki pencuri ada juga sesuatu alamatnya).

Lembu – dalam masyarakat Melayu, adalah simbol atau lambang kebodohan. Contoh:1.Lembu dogol jangan dibalun (orang yang tidak melawan jangan diusik-usik, jika melawan dia bersungguh-sunguh.Lembu juga dijadikan simbol orang yang tidak seberapa kuasanya.1. Laksana lembu dogol, tak boleh ditanduk hanya disondol (orang yang hanya suka menggertak tetapi tidak merbahaya; melawan dengan seberapa kuasanya dalam perkelahian.

Kucing: simbol orang yang ditakuti. Contoh:1. Kucing lalu, tikus tiada berdecit lagi (apabila orang yang ditakuti datang,

Page 9: Bangsa Melayu Sememangnya Terkenal Dengan Adat Resam Dan Budaya Turun

maka diamlah mereka yang bising.2. Kalau kucing tidak bermisai, takkan ditakuti tikus lagi (orang besar yang hilang martabatnya (pangkatnya) tiak disegani orang lagi.

Kuda: simbol orang miskin yang berlagak seperti orang kaya. Contoh:1. Bak rasa kuda pula kukuran (perihal orang miskin yang berlagak seperti orang kaya).2. Seperti kuda lepas dari pingitan (terlalu gembira sebab lepas dari kurungan atau pembelengguan).

Kambing: simbol orang yang ditakuti. Kambing juga dijadikan simbol kepada orang yang pengecut, orang yang berada dalam ketakutan, orang yang berperangai tidak senonok, keanak-anakan, orang yang malas, orang yang tidak mempunyai kuasa/lemah. Contoh:a. Kambing keramat (orang yang ditakuti dan bebas membuat sekehendak hatinya).b. Anak kambing tak akan jadi anak harimau (orang yang pengecut (bodoh) tidak akan jadi orang yang berani (pandai).c. Bagai kambing dalam biduk (orang yang ketakutan (tidak dapat berbuat apa-apa).d. Bagai kambing harga dua kupang = menggelinjang bagai kambing berulat (tidak senonoh perangainya, keanak-anakan).e. Bagai kambing diseret ke air = bagai kambing dimandikan pagi (perihal orang yang malas dan enggan kalau disuruh melakukan sesuatu).f. Seperti kambing dengan harimau (orang yang lemah bertanding dengan orang yang kuat.g. Umpama kambing kecil, merentak tidak memutus tali, berantuk tidak melambung bumi (orang yang dianggap ringan kerana tidak berkuasa apa-apa).

Kerbau: simbol kepada orang yang jahat, orang yang bodoh, hina,1. Bagai kerbau runcing tanduk (orang yang terkenal kerana jahatnya).2. bagai jelongak kerbau rampung (orang bodoh yang sombong dan tidak sedarkan dirinya diperbodohkan orang).3. Bermain-main dengan kerbau, dilontarnya muka dengan ekor (berkawan dengan orang bodoh (hina) tentu mendatangkan kerugian).

Page 10: Bangsa Melayu Sememangnya Terkenal Dengan Adat Resam Dan Budaya Turun

4. Seperti kerbau dicucuk hidung (orang yang bodoh yang menurut sahaja kemahuan orang lain).

Kancil: simbol kepada kecerdikan/tipu muslihat, lalu dikatakan "akal kancil" (tipu muslihat yang licin, cerdik dengan tipu muslihatnya).

Kijang: simbol kepada negara/tempat asal. Contoh:1. Kijang dirantai dengan emas, jikalau ia lepas, lari juga ia ke hutan (seseorang itu akan ingat juga negeri asalanya sekalipun senang hidupnya dinegeri orang.2. Seperti kijang lepas ke rimba (orang yang telah kembali ke tempat asalnya dan sukar dijumpai lagi.

Kera: Simbol kepada orang yang tidak tahu menghargai sesuatu, resah gelisah, orang yang takut bergaul.1. Kera dapat (diberi) bunga = bagai kera diberi kaca (mendapat (diberi) sessuatu yang tidak tahu (tidak dapat) dipergunakannya).2. Seperti kera kena belacan (sangat gelisah (resah), tidak senang diam).3. Seperti kera sumbang (orang yang takut (tidak gemar) mencampuri orang ramai).

Keldai: simbol kebodohan. Contoh:1. Keldai hendak dijadikan kuda (orang yang bodoh hendak dianggap (dijadikan) orang pandai).

Ayam:Ayam tak patuk, itik tak sudu (dikatakan kepada seseorang yang hina atau tidak berharga)

Beruk:Berhakim kepada beruk (meminta hukum kepada orang yang tamak).

Badak:1. Sayang anak badak tampung, cucu konon badak raya (seseorang yang bukan bangsawan tetapi mengaku dirinya kerabat diraja).

Page 11: Bangsa Melayu Sememangnya Terkenal Dengan Adat Resam Dan Budaya Turun

Belalang: belalang telah menjadi helang (orang yang bodoh dan hna telah menjadi cerdik dan panai).

Biawak: mendukung biawak hidup (melakukan sesuatu yang menyusahkan diri sendiri),

Cacing: cacing naik ke muka (kelakuan yang melampau).

Cicak:Seperti cicak makan kapur (beroleh malu kerana kesalahannya sendiri; bersenang hati (gembira) KD: 239

Merak: tidak ada dalam kamus dewan.

Helang: simbol kebesaran, kegagahan,1. Helang terbang mengawan, agas hendak mengawan juga (orang miskin mahu meniri kelakuan orang kaya).2. seperti helang menyongsong angin (gagah dan berani apabila menentang musuh).3. cerdik helang bingung si kikih, lamun murai terkecoh jua (biarpun cerdik atau bodohnya orang besar-besar, orang yang rendah jua yang terpedaya (menanggung rugi).KD: 449

Burung gagak:1. Burung gagak itu jikalau dimandikan dengan air mawar sekalipun, tiada akan menjadi putih warnanya (orang yang sudah bertabiat jahat tidak dapat diperbaiki lagi ) KD: 194.

Enggang: simbol kebesaran,1. pipit meminang anak enggang (orang yang miskin (kecil-kecil dll) meminang anak orang kaya (besar0besar dll) tentu tidak munasabah) KD: 339-340.

Serigala: simbol kejahatan, kecurangan. Contoh:1. serigala berbulu domba (orang yang kelihatan bodoh dan penurut tetapi sebenarnya culas, jahat lagi curang).

Page 12: Bangsa Melayu Sememangnya Terkenal Dengan Adat Resam Dan Budaya Turun

2. serigala dengan buah anggur (orang yang mencela sesuatu yang diingininya kerana ia tidak berupaya untuk mendapatkan benda itu).

Unta: simbol kebodohan, lurus, patuh. Contoh:1. Bagai unta menyerahkan diri (orang yang sangat patuh menurut perintah; mengaku salah serta bertaubat daripada kesalahan itu; orang yang bodoh dan lurus itu selalu menjadi keuntungan dan kesukaan orang yang cerdik). KD: 1524)

Peribahasa mempunyai pengertian tertentu dan digunakan oleh masyarakat dahulu untuk menyampaikan sesuatu maksud tersirat secara halus sebagai kiasan, sindiran dan teguran bagi menyembunyikan kata-kata kesat atau kasar. Susunan pada peribahasa adalah tetap dan tidak boleh ditukar (ayat pasif menjadi ayat aktif) Cabang peribahasa ada banyak pendapat. a) Rubiah Aksah (2005) menyatakan ada lima cabang iaitu simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, serta kata-kata hikmah. b) Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (1993) ada empat cabang iaitu simpulan bahasa, pepatah, perumpamaan dan bidalan. c) Za'ba :terbahagi kepada dua iaitu 1. peribahasa; pepatah, perbilangan, bidalan, perumpamaan, lidah pendeta. 2. kiasan ; kiasan, ibarat dan tamsil (persamaan sebagai umpama (misal), misalan, contoh. Perumpamaan : susunan kata dalam sesuatu ayat yang memberi makna khas berlainan daripada apa yang diucapkan atau ditulis dalam ayat itu atau yang membandingakn sesuatu dengan benda lain. Setiap kata dalam perumpamaan adalah diumpamakan dengan sikap dan perangai manusia atau corak hidup

Page 13: Bangsa Melayu Sememangnya Terkenal Dengan Adat Resam Dan Budaya Turun

masyarakat. Perumpamaan menggunakan kata bandingan seperti macam, umpama, bak, laksana dan seperti, bagai, ibarat. Kata bandingan dalam perumpamaan di hadapan ayat. Contoh ; Laksana golok kayu, ditetak tak makan dijual tak laku, Bagai burung dalam sangkar, mata terlepas badan terkurung, Umpama membungkus api. Kata bandingan dalam perumpamaan di tengah-tengah ayat. Contoh ; Pantas seperti lipas kudung, Pekak macam badak. Perumpamaan yang tidak menggunakan kata penunjuk ini biasanya berkaitan dengan pelbagai perkara seperti persaudaraan, hati dan pendirian, usaha dan sebagainya. Contohnya; bersaksi ke lutut, potong hidung rosak muka, getah meleleh ke pangkal, daun melayang jauh, Pepatah berkait rapat dengan adat istiadat, undang-undang dan peraturan masyarakat. Bersifat sangat ringkas, berkerat-kerat atau berpatah-patah dan mementingkan ketepatan perkataan yang mengandungi unsur pengajaran. Nilai-nilai murni dalam pepatah untuk menyatukan anggota sesebuah masyarakat, membentuk tamadun, gambaran tentang sikap dan nilai anggota masyarakat, pendidikan, membentuk keperibadian agar lebih bijaksana dan penyayang. Bidalan adalah kata-kata yang sering kali disebut dan diucapkan yang mengandungi nasihat, peringatan, bimbingan, teladan, dan sebagainya. Hampir menyerupai pepatah tetapi terdapat perbezaan di mana bidalan lebih kerap digunakan dalam kehidupan seharian kerana mempunyai perbandingan dan teladan tertentu yang boleh dijadikan sebagai pedoman hidup. Bidalan menggunakan perkataan-

Page 14: Bangsa Melayu Sememangnya Terkenal Dengan Adat Resam Dan Budaya Turun

perkataan seperti, hendaklah, jangan, lebih baik, biar, harus, usah dan ini yang membezakannya dengan perumpamaan. (contoh; jangan pijak terpijak, biar bodoh bersuluh, jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahit, baik bawa resmi padi, jangan bawa resmi lalang. Simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan daripada makna asal. Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah yang membawa maksud yang tepat dan padat. Menurut Za'ba, simpulan bahasa terhasil daripada: a) perbandingan atau kiasan cerita masyhur. (Contoh; Abu Jahal, Mat Jenin, Lebai Malang) b) benda atau kejadian yang berlaku di sekeliling (Contoh ; mandi kerbau, kutu embun) c) kepercayaan orang ramai. (Contoh; harimau berantai, buruk siku) d) kebiasaan atau resaman bahasa. (Contoh; ada hati, gila bahasa, beri muka) Ciri-ciri simpulan bahasa terbentuk daripada; a) penggunaan kata nama ( anak buah, buah tangan, lipas kudung) b) penggunaan kata kerja ( ajak-ajak ayam, buat bodoh, pasang telinga. c) kata adjektif ( besar kepala, bodoh sepat, kecil hati) d) kata nama khas ( Abu Jahal, Mat Jenin, Pak Kaduk) e) nilai kepercayaan (air pinang, batu buyung dan makan bulan) f) berkaitan dengan tubuh badan; (gigi air, mata keranjang, telinga kuali, lidah bercabang) g) berkaitan dengan haiwan (saudara anjing, akal kancil, biawak hidup) h) berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan ( durian runtuh, diam ubi, tangkai jering) i) lain-lain kategori ; ( cincin tanda, jadi abu, serkap jarang, kurang ajar)

Page 15: Bangsa Melayu Sememangnya Terkenal Dengan Adat Resam Dan Budaya Turun

***************** Semantik : kajian makna Pragmatik : menghuraikan makna berdasarkan konteks. Sintaksis : pengetahuan (cabang ilmu linguistik, peraturan) tentang susunan kata dalam ayat. Sinonim :sama erti/makna Antonim : berlawanan Hiponim : kata yang terangkum dalam makna kata yang lain [ Binatang (Hiponim/Superordinat) : Lembu, kambing, ayam, itik (Hipernem/subordinet) ]. Terdiri daripada 2 jenis iaitu hiponim tulen dan hiponim umum. Polisem : mempunyai lebih daripada satu makna yang bertalian rapat antara satu sama lain. [hulu sungai : hulu parang , pangkal lidah : pangkal pokok] Homomim : mempunyai kesamaan bunyi dan ejaan tetapi berbeza makna. [kata banyak makna seperti gugur, bunga, dingin] Homograf : mempunyai kesamaan ejaan dengan perkataan lain tetapi berbeza makna [ semak, rendang, perang ] Homofon : perkataan yang sama bunyi dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya Leksikografi : kajian tentang makna dan penggunaan perkataan. Kamus ekabahasa, dwibahasa dan aneka bahasa. morfem : satuan terkecil dalam bahasa yang mempunyai erti atau fungsi tertentu; Contoh 'Perumahan ' ;'rumah' : morfem bebas manakala 'per-' dan '-an' morfem terikat. fonem : unit bunyi yang terkecil yang boleh membezakan makna kata. fonetik : ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. wacana : kesatuan ucapan, pertuturan, percakapan, perbincangan, pertukaran idea dalam bentuk tulisan atau lisan. Lakuan bahasa : ketika

Page 16: Bangsa Melayu Sememangnya Terkenal Dengan Adat Resam Dan Budaya Turun

berkomunikasi, setiap pertuturan mempunyai makna yang tersirat [ pernyataan, amaran, perintah, menanya soalan, membuat janji, ugutan ]