17
BUDAYA DAN ADAT RESAM MELANAU

Budaya dan adat resam melanau.pptx

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Budaya dan adat resam melanau.pptx

BUDAYA DAN ADAT RESAM MELANAU

Page 2: Budaya dan adat resam melanau.pptx

• Pengenalan

• Masyarakat Melanau adalah antara masyarakat yang terdapat di Sarawak. Umumnya masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Justeru itu masyarakat ini merupakan satu cabang dalam masyarakat Melayu. Namun begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam mereka yang tersendiri

Page 3: Budaya dan adat resam melanau.pptx

• KELAHIRAN

• >> Sewaktu Mengandung

• Pantang larang yang sering diingatkan adalah isteri haruslah memilih dari segi permakanan, seperti isteri tidak boleh memakan buah-buahan yang berbau seperti durian atau petai ulam-ulaman ini kerana ia membuatkan badan seorang isteri itu berbau busuk. Namun suami pula tidak boleh memotong kayu bertindan dan ikan pari kerana ia akan membuat bayi yang akan dilahirkan bibirnya sumbing. Selain itu, ketika isteri sedang sarat mengandung, suami juga tidak boleh mengecat kerana ia akan membuat kandungan diiringi minyak.

Page 4: Budaya dan adat resam melanau.pptx

• >> Selepas Lahir

• Selepas kelahiran bayi tersebut, kaum melanau ini dilarang memuji bayi tersebut, namun sebaiknya ia lebih senang dikatakan hodoh dan sebagainya. Sesiapa yang ingin bermalam di dalam rumah tersebut hendaklah bermalam selama tiga hari. makanan dan barang-barang di dalam rumah tidak boleh dipinjam atau dibawa keluar, jika tidak anak akan jatuh sakit atau meninggal.

Page 5: Budaya dan adat resam melanau.pptx

• >> PERKAHWINAN

• Pengenalan.

• Perkahwinan dalam masyarakat Melanau mengandungi beberapa istiadat yang sangat diambil berat kerana implikasi sosial yang terdapat padanya. Aspek pangkat dititikberatkan dalam institusi perkahwinan berbanding dengan institusi yang lain. Masyarakat Melanau juga begitu mementingkan status sosial mereka iaitu sembilan pikul, tujuh pikul, tujuh betirih dan lima betirih.

Page 6: Budaya dan adat resam melanau.pptx

• >> Merisik

• Di kalangan masyarakat Melanau, perkahwinan antara pasangan daripada status sosial yang sama dikenali dengan sama gara. Perkahwinan antara pasangan yang berlainan status sosialnya dikenali sebagai sida adat. Wakil pihak lelaki mengunjungi rumah keluarga perempuan untuk mengetahui lebih lanjut dan memastikan status sosial keluarga perempuan dan untuk menentukan sama ada gadis itu sudah berpunya atau belum. Sekiranya gadis itu belum berpunya, ditanyakan sama ada gadis itu boleh dipinang ataupun tidak serta mas kahwinnya.

Page 7: Budaya dan adat resam melanau.pptx

• >> Meminang

• Pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak keluarga lelaki dan perempuan, maka diadakanlah adat tanda tunang, wakil keluarga lelaki, iaitu beberapa orang lelaki dan perempuan yang telah berumur akan menyerahkan barang hantaran peminangan iaitu sebentuk cincin emas, sebilah senjata, segantang padi, sebiji kelapa dan satu pikul barang tembaga. Dengan penyerahan barang tersebut oleh wakil keluarga lelaki dan diterima oleh wakil keluarga perempuan maka rasmilah pertunangan itu.

Page 8: Budaya dan adat resam melanau.pptx

• >> Majlis Perkahwinan

• Majlis perkahwinan diadakan secara besar-besaran kecuali perkahwinan jenis ‘peramas’ iaitu perkahwinan kerana ditangkap basah. Persiapan untuk rnajlis ini berlangsung beberapa hari lebih awal. Bakal pengantin lelaki dikehendaki menyerahkan hadiah mas kahwin iaitu ‘penyekab’ dan ‘berian’ dan hadiah lain seperti ‘adat menuga’, ‘adat mebin’ dan ‘pakan’ sehari sebelum majlis itu diadakan. Penyerahan ini disusul dengan acara pernikahan. Pernikahan boleh juga di-adakan pada pagi keesokannya iaitu pada hari diadakan majlis perkahwinan.

Page 9: Budaya dan adat resam melanau.pptx

• KUBUR GANTUNG

• Menurut ketua adat Kampung Tellian, Kudat Bin Meguok, 78 tahun, kepercayaan kubur gantung ini dibina atas sebab-sebab berlakunya bencana alam di kawasan tersebut. Bencana alam seperti banjir yang sering melanda Kampung Tellian ini, telah menyebabkan penduduk tempatan mengambil inisiatif bagi membina kubur gantung. Hal ini bertujuan untuk menyempurnakan upacara persemadian si mati supaya ia tidak hanyut dibawa arus air. Menurutnya lagi, kebiasaanya kubur gantung ini diperbuat daripada kayu belian yang mempunyai empat tiang dan berukuran 6 kaki dari tanah. Di samping itu, terdapat sumber lain yang mengatakan bahawa kubur gantung ini, kebanyakkannya mempunyai seekor kucing putih yang duduk diatas kubur tersebut. Ia di percayai sebagai penunggu kubur gantung.

Page 10: Budaya dan adat resam melanau.pptx

IBAN

•Masyarakat Iban merupakan golongan majoriti di negeri Sarawak. Terdapat pelbagai suku kaum masyarakat Iban seperti Balau, Sebuyau, Lemanak dan lain-lain. Masyarakat Iban masih kuat berpegang dengan identiti tradisi mereka di samping mengamalkan pelbagai jenis adat resam yang unik. Dari segi geografi, kebanyakan masyarakat Iban mendiami beberapa kawasan pedalaman yang tertumpu di tengah-tengah negeri Sarawak dan sebilangan kecilnya menetap di kawasan-kawasan bandar. Maklumat berkaitan adat resam dan kebudayaan yang diamalkan oleh masyarakat Iban berikut akan memfokuskan tiga aspek utama dalam kehidupan mereka iaitu kelahiran, perkahwinan.

Page 11: Budaya dan adat resam melanau.pptx

BUDAYA DAN ADAT RESAM KAUM IBAN

• >>Sewaktu Mengandung

Dalam tempoh tujuh bulan sewaktu mengandung, wanita Iban dan suaminya dikenakan pelbagai pantang larang, antaranya seperti berikut;• Mereka dilarang menggali parit di kawasan padi atau di mana-mana sahaja.• Mereka dilarang memotong pokok yang menjalar di atas tanah, kerana dibimbangi akan menghalang pendarahan yang berterusan semasa melahirkan anak.• Wanita yang mengandung dilarang menuang minyak ke atas tapak tangan untuk disapu pada rambut supaya bayi yang bakal lahir tidak akan bernanah.• Kedua suami isteri tidak boleh mengetuk telur menggunakan pisau atau kayu kerana dikhuatiri bayi itu akan cacat penglihatan.• Mereka tidak boleh menanam pokok pisang supaya si bayi tidak berkepala besar.• Mereka tidak boleh memikul batu-bata tajam di dalam raga kerana dikhuatiri bayi akan lumpuh.• Mereka tidak boleh membawa kura-kura ke dalam bilik supaya bayi tidak tersekat di dalam rahim semasa dilahirkan.

Page 12: Budaya dan adat resam melanau.pptx

• >>Perkahwinan

• Dalam masyarakat Iban, usia pengantin lelaki perlu melebihi dua puluh dua tahun. Ini disebabkan dalam usia yang sebegini, pihak lelaki telah bersedia untuk berkahwin. Bagi pihak si gadis pula, tiada umur khusus yang ditetapkan. Perkahwinan yang sempurna bagi masyarakat Iban ialah perkahwinan yang mematuhi kehendak adat. Pihak yang melanggar mana-mana adat perkahwinan dikehendaki membayar denda untuk mengelakkan pasangan suami isteri ditimpa kesusahan. Usaha mencari pasangan bergantung pada keadaan di rumah itu, kalau keluarga itu besar, anak-anak mereka lambat dikahwinkan. Sebaliknya, apabila anggota keluarga di rumah itu kecil, anak-anak mereka akan dikahwinkan secepat mungkin dengan harapan menantu dapat membantu keluarga membuat kerja-kerja tertentu. Terdapat beberapa peringkat tertentu dalam perkhawinan kaum Iban iaitu peringkat merisik, meminang, bertunang, majlis perkahwinan dan selepas majlis perkahwinan.

Page 13: Budaya dan adat resam melanau.pptx

• MerisikDalam masyarakat Iban, perkahwinan biasanya ditentukan oleh pengantin lelaki. Sekiranya seorang teruna telah berkenan kepada seorang gadis, ibu bapanya atau wakil akan bertandang ke rumah gadis untuk merisik. Perjumpaan kedua belah pihak ini juga dikenali sebagai berbunga-bunga atau berjarum-jarum. Pada masa itu syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan termasuklah berian dan sebagainya. Keluarga pihak lelaki akan menghantar rombongan meminang gadis jika hasil pertemuan itu menggalakkan

Page 14: Budaya dan adat resam melanau.pptx

• Meminang dan Bertunang

Rombongan pihak lelaki biasanya tidak kurang daripada lima orang dan paling ramai dua puluh orang yang terdiri daripada orang-orang tua. Pada masa itu syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan termasuklah berian atau mas kahwin serta lain-lain yang berkaitan. Setelah mencapai kata sepakat, ayah pihak lelaki menanggalkan lapit atau ikat pinggang perak atau sebilah pedang sebagai tanda pertunangan. Seterusnya kedua belah pihak akan berbincang tentang tarikh dan hari perkahwinan. Mulai saat itu, perempuan itu tidak boleh lagi menerima kunjungan teruna selain tunangnya. Dua atau tiga hari kemudian wakil pihak lelaki akan memaklumkan berita pertunangan tersebut kepada saudara-mara dan jiran tetangga.

Page 15: Budaya dan adat resam melanau.pptx

• Majlis Perkahwinan

Pengantin masyarakat IbanBagi pihak keluarga lelaki mereka akan menyediakan perbelanjaan serta barang yang harus diberikan kepada keluarga perempuan. Keluarga perempuan juga membuat pelbagai persiapan termasuk memburu binatang untuk disembelih pada hari perkahwinan. Untuk mengundang tetamu, kedua-dua pihak melantik wakil masing-masing untuk menguruskan jemputan kahwin. Wakil itu membawa beberapa utas tali bersimpul yang menunjukkan berapa hari lagi perkahwinan dilangsungkan. Sekiranya tali itu mempunyai lima simpulan, bermakna perkahwinan itu akan berlangsung dalam masa lima hari lagi. Wakil khas akan meninggalkan tali bersimpul itu kepada tuai rumah atau ketua rumah panjang yang bertanggungjawab membuka simpulan tali itu setiap hari.

Page 16: Budaya dan adat resam melanau.pptx

• Upacara miring

Upacara akad nikah Pada hari perkahwinan, rombongan lelaki biasanya berarak ke rumah panjang pengantin perempuan dengan menaiki perahu yang dihiasi kain pua kumbu sekiranya pengantin melalui jalan sungai . Jika tidak, pengantin akan berjalan kaki mengikut jalan darat. Di sepanjang jalan, rombongan yang berpakaian menarik itu akan memukul gong. Sebaik sahaja sampai di hadapan rumah pengantin perempuan, tembakan meriam akan dilepaskan. Kemudian mereka mandi beramai-ramai di sungai sebelum memakai pakaian tradisional. Sampai di tangga rumah panjang, kepala rombongan pengantin lelaki dipelawa menyembelih seekor babi sebagai penghormatan dan pada masa itu juga tembakan senapang akan kedengaran secara balas-membalas. Di kepala tangga rumah itu pula, terdapat rangka yang berbentuk seperti kota. Ketua rombongan pengantin lelaki terlebih dahulu terpaksa membuka tiga buah kota iaitu di kepala tangga, di tengah rumah dan di hujung rumah.

Page 17: Budaya dan adat resam melanau.pptx

ADAT PEMILIHAN NAMA KEPADA BAYI

• Pemilihan nama amat penting bagi kaum Iban. Kerana mereka berpendapat nama yang baik akan memberi kesan yang baik kepada masa depan bayi tersebut. Nama timbangan terlebih dahulu di berikan sebelum nama rasmi. Nama rasmi di berikan berdasarkan nama orang terdahulu yang hebat dan berjasa. Agar, kelak bayi tersebut akan menjadi orang yang berguna. Cara pemilihan nama bagi kaum Iban merupakan adat yang sangat unik. Dua nama terbaik akan dipilih dan diletakkan di atas dua keping papan yang berlainan. Seterusnya gumpalan nasi diletakkan di atas papan tersebut. Seekor ayam jantan akan dilepaskan supayamemagut salah satu gumpalan nasi. Hal ini bermakna nama yang terdapat pada gumpalan nasi yang dipagutoleh ayam akan menjadi pilihan untuk nama bayi.