2
Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera. Saya ingin berkongsi tentang karya berkonsepkan alam semula jadi. Penghasilan karya bertemakan “Alam Semula jadi” mempunyai keistimewaan yang tersendiri berbanding dengan penghasilan gubahan fikiran yang bertemakan alam benda serta menghasilkan seni grafik.Dalam penghasilan karya atau lukisan alam semula  jadi,seseorang pengkarya biasanya menggunakan ilham serta sumber idea yang terdapat pada objek-objek pada alam sekeliling seperti akar tumbuhan, daun-daun, tumbuhan yang menjalar dan lain-lain lagi.Oleh yang demikian dalam erti kata yang lain, lukisan alam semula jadi adalah merupakan suatu kegiatan seni yang memerlukan kajian secara teliti serta menyeluruh terhadap objek yang hendak dilukis.Kajian tersebut adalah meliputi elemen penting dalam Asas Seni Reka seperti bentuk, ruang, rupa, warna, ton serta jalinan. Karya yang bermutu serta mempunyai nilai estetika yang tinggi adalah terdiri daripada karya yang kelihatan timbul serta realistik.Langkah demi langkah yang dilakukan oleh seseorang pelukis semasa menghasilkan karya dapat menunjukkan kehalusan hasil seni sehingga boleh menampakkan setiap bahagian objek secara terperinci seperti tompok-tompok, urat-urat kecil yang terdapat pada bahagian dalam objek-objek tertentu. JENIS AKTIVITI MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN. Untuk setiap aktiviti, anda perlu menggunakan tema yang sesuai dengan peringkat perkembangan murid. Sekiranya dirancang dengan rapi, murid dapat melibatkan kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam proses penghasilan. Selain daripada menggalakkan minat, imaginasi dan kreativiti kanak-kanak, anda perlu fikirkan bagaimana tema tersebut dapat dikaitkan dengan peringkat perkembangan kanak-kanak. Terdapat beberapa aktiviti dan teknik untuk menghasilkan karya dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan adalah seperti -ARCA TIMBUL -ARCA MOBAIL -ARCA STABAIL -ASEMBLAJ -MODEL -DIORAMA -BONEKA -TOPENG -ORIGAMI

Beza Alam Benda N Semula Jadi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

alam benda

Citation preview

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya ingin berkongsi tentang karya berkonsepkan alam semula jadi.Penghasilan karya bertemakan Alam Semula jadi mempunyai keistimewaan yang tersendiri berbanding dengan penghasilan gubahan fikiran yang bertemakan alam benda serta menghasilkan seni grafik.Dalam penghasilan karya atau lukisan alam semula jadi,seseorang pengkarya biasanya menggunakan ilham serta sumber idea yang terdapat pada objek-objek pada alam sekeliling seperti akar tumbuhan, daun-daun, tumbuhan yang menjalar dan lain-lain lagi.Oleh yang demikian dalam erti kata yang lain, lukisan alam semula jadi adalah merupakan suatu kegiatan seni yang memerlukan kajian secara teliti serta menyeluruh terhadap objek yang hendak dilukis.Kajian tersebut adalah meliputi elemen penting dalam Asas Seni Reka seperti bentuk, ruang, rupa, warna, ton serta jalinan.Karya yang bermutu serta mempunyai nilai estetika yang tinggi adalah terdiri daripada karya yang kelihatan timbul serta realistik.Langkah demi langkah yang dilakukan oleh seseorang pelukis semasa menghasilkan karya dapat menunjukkan kehalusan hasil seni sehingga boleh menampakkan setiap bahagian objek secara terperinci seperti tompok-tompok, urat-urat kecil yang terdapat pada bahagian dalam objek-objek tertentu.

JENIS AKTIVITI MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN.Untuk setiap aktiviti, anda perlu menggunakan tema yang sesuai dengan peringkat perkembangan murid. Sekiranya dirancang dengan rapi, murid dapat melibatkan kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam proses penghasilan. Selain daripada menggalakkan minat, imaginasi dan kreativiti kanak-kanak, anda perlu fikirkan bagaimana tema tersebut dapat dikaitkan dengan peringkat perkembangan kanak-kanak.

Terdapat beberapa aktiviti dan teknik untuk menghasilkan karya dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan adalah seperti-ARCA TIMBUL-ARCA MOBAIL-ARCA STABAIL-ASEMBLAJ-MODEL-DIORAMA-BONEKA-TOPENG-ORIGAMI

ALAT DAN BAHAN

Penggunaan alat dan bahan yang sesuai diperlukan dalam proses penghasilan karya Membentuk dan Membuat Binaan. Anda boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan seperti tanah liat, plastersin, kertas tumbuk, serbuk papan, kertas yang sesuai untuk origami, kayu, tanah liat, sabun dan sebagainya. Pilihlah alat dan bahan yang sesuai mengikut tajuk dan aktiviti.

- Bentuk 3D - objek yang bersifat konkrit, berisipadu, mempunyai pandangan sisi, kiri, kanan, atas dan bawah - objek semula jadi, objek buatan manusia atau bentuk ilusi dan ikon.

- Ruang pula merupakan kawasan antara objek dengan objek yang lain - Ruang nyata ialah ruang yang terdapat pada bentuk- bentuk konkrit , Ruang tampak ialah ruang ilusi yang wujud dalam seni tampak seperti lukisan,catan kolaj dan lain-lain.

- Bentuk organik ( haiwan , buah2an) dll tidak mempunyai sifat yang semukur dan tidak simetri. Bentuk geometri mempunyai simetri untuk imbangan, kestabilan dan kekukuhan .