29
BANDING BEZA PSV KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) DENGAN KURIKULUM BARU SEKOLAH RENDAH (KBSR) Konsep Kurikulum Menurut Tanner, 1980 (Choong Lean Keow, 2009) kurikulum merangkumi segala pengalaman terancang yang seelok- eloknya di timba oleh murid dan juga merupakan hasil pembelajaran yang dihasratkan oleh guru dan murid agar matlamat pendidikan tercapai. Menurut Kerr, 1983 (Choong Lean Keow, 2009), kurikulum dilihat sebagai semua pembelajaran yang dirancang oleh institusi pendidikan dan dilaksanakan sama ada secara kelompok atau individu di dalam atau di luar bilik darjah. Berdasarkan dua pengertian tersebut, dapat dikatakan bahawa kurikulum merangkumi semua aspek dalam pembelajaran yang dirancang untuk mencapai matlamat pendidikan. Sistem pendidikan peringkat di Malaysia pada masa kini adalah berdasarkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang telah ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada tahun 1988. Sebelum KBSR wujud, sistem pendidikan di negara ini menggunakan Kurikulum Lama Sekolah Rendah. Gagasan ke 3 Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 menuntut supaya pendidikan Negara memberi penekanan kepada Pembangunan modal insan, Penghasilan pelajar celik minda, Pembentukan

Banding Beza Psv Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Banding Beza Psv Kurikulum Standard Sekolah Rendah

BANDING BEZA PSV KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

DENGAN KURIKULUM BARU SEKOLAH RENDAH (KBSR)

Konsep Kurikulum

Menurut Tanner, 1980 (Choong Lean Keow, 2009) kurikulum merangkumi segala

pengalaman terancang yang seelok- eloknya di timba oleh murid dan juga merupakan

hasil pembelajaran yang dihasratkan oleh guru dan murid agar matlamat pendidikan

tercapai. Menurut Kerr, 1983 (Choong Lean Keow, 2009), kurikulum dilihat sebagai

semua pembelajaran yang dirancang oleh institusi pendidikan dan dilaksanakan sama

ada secara kelompok atau individu di dalam atau di luar bilik darjah. Berdasarkan dua

pengertian tersebut, dapat dikatakan bahawa kurikulum merangkumi semua aspek

dalam pembelajaran yang dirancang untuk mencapai matlamat pendidikan. Sistem

pendidikan peringkat di Malaysia pada masa kini adalah berdasarkan Kurikulum Baru

Sekolah Rendah (KBSR) yang telah ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah

Rendah pada tahun 1988. Sebelum KBSR wujud, sistem pendidikan di negara ini

menggunakan Kurikulum Lama Sekolah Rendah. Gagasan ke 3 Ucapan Dasar Y.A.B.

Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 menuntut supaya pendidikan

Negara memberi penekanan kepada Pembangunan modal insan, Penghasilan pelajar

celik minda, Pembentukan warganegara yang menguasai ilmu, kemahiran dan

maklumat serta Program yang membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan

Ulul al-bab.

Page 2: Banding Beza Psv Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Teras ke 2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan mempunyai dasar

membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta

menghayati nilai-nilai murni. Selain itu, ia bermatlamatkan untuk memastikan anak

bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan

kompetensi, menerap nilai nilai murni dalam diri kalangan pelajar.

Oleh itu, kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum

yang holistik dan sentiasa releven bagi melahirkan modal insan yang seimbang yang

dapat menangani cabaran semasa dan masa depan.

Sejarah Kurikulum Sekolah Rendah

1983 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

1993 - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

2003 - KBSR (semakan)

2011 - Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Page 3: Banding Beza Psv Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Kurikulum Baru Sekolah Rendah

Pada tahun 1982, KBSR telah dilaksanakan secara percubaan di 305 buah sekolah seluruh

Malaysia. Pada tahun 1988, KBSR telah disemak semula bagi mengenal pasti kelemahan

dan kekuatannya, lanjutan itu, KBSR yang dikenali pada asasnya Kurikulum Baru Sekolah

Rendah telah ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Secara umumnya

KBSR merangkumi tiga bidang iaitu komunikasi, manusia dan alam keliling dan

perkembangan individu. Pendidikan Seni Visual teramasuk di dalam bidang perkembangan

diri individu di dalam komponen kesenian dan kesihatan.

Matlamat

Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan

insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual.

Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap

Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta

dapat menyumbang kea rah pembangunan diri, keluarga dan masyarakat dan negara

selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pemupukan asas seni visual boleh

dirujuk kepada penerapan asas- asas dalam pendidikan seni visual seperti asas dalam seni

reka, prinsip- prinsip rekaan dan lakaran asas dalam pendidikan seni.

Objektif

Kurikulum PSV digubal bagi memastikan murid- murid mencapai 10 objektif yang telah

dibentuk dalam KBSR Pendidikan Seni Visual. Rajah 1 menunjukkan objektif PSV KBSR.

Page 4: Banding Beza Psv Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Isi Kandungan

Kurikulum PSV KBSR melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni yang mencakupi tiga

aspek iaitu pemerhatian yang aktif dan terperinci, interaksi yang inovatif dan kreatif dengan

alat dan bahan serta penghayatan karya seni dan alam sekitar. Untuk mencapai tujuan

tersebut kurikulum PSV sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan utama.

Jadual 1 menujukkan bidang- bidang yang terkandung di dalam PSV KBSR dan kegiatan –

kegiatan di dalam bidang- bidang tersebut.

1)Menggambar

Menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap

aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang

menekankan aspek ruang, struktur dan imbangan. Selain itu, ia merangkumi penerokaan

kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaan. Kegiatan ini juga dapat

memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka.

- Contoh aktiviti yang mengaplikasikan bidang ini ialah :

1)Lukisan

2)Catan

3)Kolaj

4)Montaj

5)Cetakan

6)Resis

7)Gosokan

8)Stensilan

9)Percikan

Page 5: Banding Beza Psv Kurikulum Standard Sekolah Rendah

10) Gurisan

11) Capan

12) Mozek

13) Poster

2) Membuat Corak dan Rekaan

Membuat corak dan rekaan memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara

untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Selain itu, ia

membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan

seharian. Ia juga menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan

corak tertentu. Antaranya ialah :

1)corak tidak terancang

i.Pualaman

ii.Tiupan

iii.Titisan

iv.Ikatan dan celupan

v.Renjisan dan percikan

2)Corak terancang

i.Lukisan

ii.Catan

iii.Cetakan

iv.Capan

v.Lipatan dan guntingan

vi.Resis

Page 6: Banding Beza Psv Kurikulum Standard Sekolah Rendah

vii.Kolaj

viii.Kaligrafi

3)Membentuk dan Membuat Binaan

Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi

bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Ia mendedahkan murid dengan

penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Selain itu, bidang ini memberi

peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan semasa

menjalankan proses penghasilan seni. Terdapat beberapa aktiviti yang mengaplikasikan

bidang ini iaitu :

1)Arca timbul

2)Asemblaj

3)Mobail

4)Stabail

5)Model

6)Diorama

7)Boneka

8)Topeng

9)Origami

Page 7: Banding Beza Psv Kurikulum Standard Sekolah Rendah

4)Mengenal Kraf Tradisional

Memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah

air kepada pelajar yang mana pelajar dapat mengenali fungsi, proses dan teknik membuat

alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Antaranya ialah :

1)Alat domestik

2)Alat permainan

3)Alat pertahanan diri

4)Perhiasan diri (ornamen)

5)Batik

6)Tekat

7)Ukiran

8)Tenunan

9)Anyaman

10)Tembikar

Page 8: Banding Beza Psv Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Pendekatan

Pendekatan PSV sekolah rendah merangkumi empat aspek utama iaitu pemerhatian

secara aktif, interaksi yang kritis dan keratif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual

secara mudah, menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.

1)Pemerhatian secara aktif.

Pendekatan ini merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan

terperinci. Ia juga memperkembangkan pemahaman terhadap asas seni visual yang mana

murid dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia.

Pendekatan ini juga membantu murid terus menyelaras idea, imaginasi dan alam fantasi

murid kea rah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.

2)Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan.

Pendekatan secara interaksi kreatif dan kritis terhadap alat dan bahan menggalakkan

murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif

dengan menggunakan alat dan dan bahan. Proses ini membantu perkembangan aspek

psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan

serta teknik- teknik mudah.

Page 9: Banding Beza Psv Kurikulum Standard Sekolah Rendah

3)Apresiasi seni visual secara mudah.

Pendekatan ini memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni

visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan

fungsi. Selain itu, murid diperkenalkan tokoh- tokoh seni dan menghargai sumbangan

mereka. Hal ini seterusnya dapat mennerapkan kemahirann apresiasi pelajar terhadap hasil

seni sesebuah karya.

4)Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan - murid dipupuk nilai

menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan

kehidupan mereka.

Hal ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai

kebersihan dan kepekaan.

Page 10: Banding Beza Psv Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

SENI VISUAL TAHUN 1

Matlamat

Matlamat mata pelajaran Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan

yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan

kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan,

menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat

menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat, dan negara, selaras dengan

hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Objektif

Setelah mengikuti Kurikulum Seni Visual sekolah rendah murid dapat:

menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan

melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan

menajamkan daya imaginasi melalui pancaindera

mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya

mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual

membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat, dan selamat

memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disipilin diri, dan bertanggungjawab

mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air

menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual

melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang

berfaedah.

Page 11: Banding Beza Psv Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Tumpuan utama Seni Visual merangkumi empat aspek utama yang dipentingkan iaitu:

a. pemerhatian secara aktif

b. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan

c. apresiasi seni visual secara mudah

d. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

a. Pemerhatian secara aktif

Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan,

berfokus, dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Selain itu, ia memperkembangkan

deria penglihatan, aspek ini juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan.

Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas

seni visual juga turut diperkembang melalui kegiatan pemerhatian ini. Murid akan dilatih

membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini adalah untuk

membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan

ini akan membantu terus menyelaraskan idea,imaginasi, dan alam fantasinya ke arah

perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.

b. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan

Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam

mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan

memperkembang aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan

manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah.

Page 12: Banding Beza Psv Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi , dan

menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat

penting kerana memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga

dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni pada masa

akan datang.

c. Apresiasi seni visual secara mudah

Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek

pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi

keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang

dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat

dalam pelbagai cara seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan, dan puisi. Murid

diperkenalkan kepada tokoh-tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka.

d. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga

dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran

dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai

patriotisme, nilai kebersihan, dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat

pertimbangan yang sewajarnya apabila berhadapan dengan semua pelbagai situasi.

Page 13: Banding Beza Psv Kurikulum Standard Sekolah Rendah

ORGANISASI KANDUNGAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

Kurikulum Seni Visual untuk sekolah rendah mengandungi empat bidang iaitu menggambar,

membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf

tradisional. Organisasi kandungan dalam empat bidang tersebut disusun berasaskan kepada

empat standard kandungan iaitu persepsi estetik, aplikasi seni, ekspresi kreatif, dan apresiasi

seni.

STANDARD KANDUNGAN 1 : PERSEPSI ESTETIK

Standard kandungan ini membolehkan murid membuat persepsi dan memahami

bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan) yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan,

objek buatan manusia, dan karya seni.

STANDARD KANDUNGAN 2 : APLIKASI SENI

Standard kandungan ini membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan,

pemahaman, dan bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti seni.

STANDARD KANDUNGAN 3 : EKSPRESI KREATIF

Standard kandungan ini mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni

visual menerusi penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam

penghasilan karya seni.

Page 14: Banding Beza Psv Kurikulum Standard Sekolah Rendah

STANDARD KANDUNGAN 4 : APRESIASI SENI VISUAL

Standard kandungan ini membolehkan murid membuat apresiasi terhadap karya

sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya. Murid juga

boleh membuat penghayatan dan penghargaan seni warisan serta hubung kait seni visual

dengan disiplin ilmu yang lain, kehidupan, dan kerjaya.

Aktiviti di Tahun 1 bagi kurikulum Seni Visual meliputi :

BIDANG KEGIATAN AKTIVITI

MENGGAMBAR (25%)

1. Lukisan

2. Catan

3. Capan

4. Kolaj

MEMBUAT CORAK DAN REKAAN (25%)

Tidak Terancang

1. Renjisan dan percikan

2. Titisan

Page 15: Banding Beza Psv Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Terancang

1. Capan

2. Lukisan

MEMBUAT BINAAN (25%)

1. Model

2. Origami

MENGENAL KRAF TRADISIONAL (25%)

1. Anyaman

2. Alat Permainan – Wau

Page 16: Banding Beza Psv Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Perbandingan KSSR dengan KBSR

Semua sedia tahu bahawa sukatan kurikulum kita telah dibubahkan dari kurikulum

bersepadu sekolah rendah(KBSR) kepada Kurikulum standard sekolah rendah(KSSR).

Sehubungan dengan itu, terdapat perbezaan yang telah berubah dalam organisasi kandungan

pendidikan seni visual untuk sekolah rendah.

Dari segi aspek organisasi, kurikulum bersepadu sekolah rendah berasaskan mata

pelajaran manakala kurikulam standard sekolah rendah(KSSR) menbahagikan mata pelajaran

yang digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran kurikulum bersepadu sekolah rendah

kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) hanya tertumpu kepada penguasaan 3M

iaitu membaca, menulis dan mengira. Manakala Kurikulum standard sekolah rendah (KSSR)

mempunyai beberapa tahap iaitu tahap I iaitu Tahun 1 hingga 3 akan tertumpu kpd penguasaan

4M- membaca, menulis, mengira & menaakul, dan kemahiran ICT, perkembangan

sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Terdapat kelebihan dalam KSSR

iaitu kemahiran menaakul. Menaakul adalah kemahiran berfikir dalam membuat pertimbangan

dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik. 

Page 17: Banding Beza Psv Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Dari segi aspek alat dan bahan pula, KBSR menggunakan sukatan pelajaran yang

bercorak pendidikan asas manakala KSSR tidak mempunyai sukatan pelajaran tetapi bahan

pembelajaran dan pengajaran terbahagi kepada dua iaitu standard kandungan dan standard

pembelajaran. Standard kandungan ialah penyataan spesifik tentang perkara yang murid

patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek

pengetahuan, kemahiran dan nilai. Manakala standard pembelajaran ialah satu penetapan

kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap

standard kandungan. Bahan dan proses pengajaran dan pembelajaran dalam KBSR

dirancang mengikut umur, kebolehan, minat pelajar. Hai ini juga memberikan kelebihan

kepada murid dan juga guru disamping memudahkan aktivi pengajaran dan pembelajaran

(PnP ).

Contohnya, mengikut kajian yang telah kami lakukan di Sekolah Kebangsaan

Menggabang Telipot, Batu Rakit, Kuala Terengganu, kami telah berinteraksi dengan

sekelas pelajar tahun1. Pada masa yang sama, pelajar dikehendaki melakukan aktiviti seni

iaitu, kolaj.

MENGGAMBAR

(KOLAJ - Tema : Alam Semulajadi)

Menghasilkan gambar menggunakan media kering dengan teknik kolaj yang

menekankan aspek potongan dan tampalan secara bertindih.

Page 18: Banding Beza Psv Kurikulum Standard Sekolah Rendah

STANDARD KANDUNGAN

Standard Kandungan PSV ialah murid dapat didedahkan dengan persepsi dan

pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan : rupa,

warna, harmoni, dan kesatuan) yang terdapat pada objek buatan manusia dan karya

seni dalam penghasilan lukisan menggunakan teknik kolaj. Selain itu, murid dapat

mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media

dan teknik dalam penghasilan lukisan. Murid juga dapat menzahirkan idea melalui pelbagai

sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan lukisan. Dengan pendedahan ini, murid

mampu membuat apresiasi terhadap karya seni dan rakan berpandukan bahasa seni visual,

sejarah seni, dan budaya.

STANDARD PEMBELAJARAN

Persepsi Estetik

Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni visual yang terdapat

pada karya seni. Murid-murid dapat mempelajari unsur seni yang terdapat dalam kerya

mereka. Antaranya ialah merek dapat mengenali rupa organik dan geometri. Selain itu,

mereka juga bebas menggunakan pelbagai warna yang mana mereka dapat mengenali

jenis-jenis warna panas, sejuk, neutral, kontra, dan lain-lain lagi. Selain itu, pelajar

didedahkan mengenai prinsip rekaan antaranya harmoni – rupa, bentuk dan warna,

kesatuan – pelbagai unsur alam semula jadi.

Page 19: Banding Beza Psv Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Aplikasi Seni

Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dalam menghasilkan

karya seni disamping mengenal dan menyatakan jenis-jenis media seperti media kering

(kering atas kering) iaitu kertas warna. Mereka juga dapat memahirkan diri dengan

penggunaan alat dan bahan seperti gunting, gam manakal bahanseperti kertas lukisan.

Pelajar juga mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya

seperti teknik kolaj.

Ekspresi Kreatif

Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa seni

visual dalam menghasilkan karya seni. Murid dapat memilih dan memanipulasi bahan

secara kreatifdisamping menggunakan unsur seni (warna dan rupa) dalam penghasilan

karya. Hasilnya, pelajar dapat menghasilkan karya menggunakan bahasa seni visual

Apresiasi Seni

Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa

seni visual dengan cara mempamerkan hasil karya yang dihasilkan dan menceritakan karya

sendiri secara lisan. Selain itu, pelajar dapat menghargai karya sendiri dan rakan.

KBSR merupakan kurikulum yang menggunakan buku teks tetapi dikurangkan dan

sedikit sebanyak tertumpu kepada bahan rujukan dan alat mengajar yang pelbagai. Manakala

KSSR merupakan pengajaran dan pembelajaran menggunakan modul yang akan

menggantikan buku teks selain tayangan slaid video dan lain-lain lagi untuk bertujuan

menjadikan PnP lebih kreatif dan mudah untuk difahami.

Page 20: Banding Beza Psv Kurikulum Standard Sekolah Rendah

KBSR 1.Bercorak pendidikan asas.2.Mengutamakan kemahiran-kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.3.Menggalakkan penglibatan murid dan aktiviti berpusat kepada murid.4.Bahan dan proses pengajaran pembelajaran dirancang mengikut umur, kebolehan, minat.5.Memberi perhatian kepada perbezaan kebolehan individu.6.Program pemulihan disediakan untuk mengembangkan kebolehan murid.7.Pendekatan integrasi membolehkan beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak dalam satu mata pelajaran.8.Penyerapan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran lain kepada pelajaran bahasa untuk mengurangkan beban pelajar.

Page 21: Banding Beza Psv Kurikulum Standard Sekolah Rendah

9.Proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti mementingkan cara kumpulan dan cara individu.10.Penggunaan buku teks dikurangkan tetapi rujukan dan alat mengajar dipelbagaikan.

KSSR

1) Subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif.

2) Beberapa subjek digabungkan menjadi 1 subjek

4) Pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks

5) Membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.

Tambahan info daripada guru besar sekolah Aina

* Pelajaran Bahasa Melayu ditukar kepada Pelajaran Bahasa Malaysia

* Penerangan banyak menggunakan paparan skrin komputer berbanding buku teks

* Pembelajaran Matematik dan Sains menggunakan Bahasa Malaysia dan bukan Bahasa Inggeris

Rangka Perlaksanaannyer

Tahap 1-

Tahun 1 hingga 3 akan tertumpu kpd penguasaan 4M- membaca, menulis, mengira & menaakul, dan kemahiran ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.

Page 22: Banding Beza Psv Kurikulum Standard Sekolah Rendah

RUJUKAN

1)Azimah A. Samah, Zailani Yaacob. (2009). Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual KBSM

Tingkatan 4 & 5. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

2) Choong Lean Keow. (2009). Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia Untuk Kursus

Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Subang Jaya : Kumpulan Budiman

Sdn.Bhd.

3)Mazlam Othman, Ruzitah Tapah. (2009). Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual KBSM

Tingkatan 3. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

4)Rahmat Salihon. (2009). Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual KBSM Tingkatan 1. Shah

Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

1.0 http://atiqahali.blogspot.com/2010/04/banding-beza-psv-klsr-dengan-kbsr.html