6
Menggunakan Wormhole sebagai mekanisme untuk space travel telah dibincangkan oleh ahli fizik sejak begitu lama. Illustrasi menunjukkan keratan yang diambil dari sebuah jurnal fizik yang di tulis oleh ahli fizik dari Amrika Syarikat iaitu professor Kip Thorne dan juga rakaannya Michael Morris

Blank 10 2h.docx

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Blank 10 2h.docx

Menggunakan Wormhole sebagai mekanisme untuk space travel telah dibincangkan oleh ahli fizik sejak begitu lama. Illustrasi menunjukkan keratan yang diambil dari sebuah jurnal

fizik yang di tulis oleh ahli fizik dari Amrika Syarikat iaitu professor Kip Thorne dan juga rakaannya Michael Morris

Page 2: Blank 10 2h.docx

Isaac Newton, seperti yang diketahui umum amat popular dikenali sebagai bapa fizik klasik. Teorinya mendominasi zaman ketika beliau hidup malah selepas beliau meninggal sekalipun. Beratus-ratus tahun teorinya subur tidak tercabar sehinggalah pada permulaan abad ke 20. Pada abad ke 20, terdapat ilmu baru yang telah dicipta bagi menampal kekurangan yang terdapat pada fizik klasik. Tetapi apakah teori Newton yang dahulunya itu salah?

Jawapannya tidak. Ini kerana hukum-hukum fizik yang digunakan oleh Isaac Newton masih digunakan sampai ke hari ini. Bangunan-bangunan besar, jambatan-jambatan dan segala struktur kejuruteraan yang wujud pada hari ini adalah bertitik tolak dari teori yang pernah dibangunkn oleh Isaac Newton. Setelah Newton, muncul pula seorang saintis lain bernama Albert Einstein. Albert Einstein adalah pengasas kepada teori kerelatifan khas dan teori kerelatifan umum. Berbeza dengan teori-teori yang pernah dihasilkan oleh kebanyakan saintis yang lain, teori kerelatifan amat istimewa kerana ia berpusatkan kepada teknik berfikir yang mendalam dan kekkuatan pemikiran. Ini sedikit berbeza dengan teori Newton yang dibina berasaskan kepada kepputusan eksperimen dan pemerhatian hariannya.

Page 3: Blank 10 2h.docx

Dalam hukum kerelatifan khas pengasasnya iaitu Albert Einstein menggariskan 2 peraturan iaitu :

Pertama - Hukum-hukum fizik tetap dalam semua frame of reference ( pegun / bergerak)Kedua – Kelajuan cahaya tetap dalam semua frame of reference ( pegun / bergerak)

Page 4: Blank 10 2h.docx

Tenaga

Tenaga adalah keupayaan objek melakukan kerja. Tenaga wujud dalam banyak keadaan - kinetik, keupayaan dan sebagainya. Menurut Hukum Keabadian Tenaga, tenaga tidak boleh dicipta dan tidak boleh dimusnahkan. Tenaga hanya berubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain. Keadaan satu tenaga kepada tenaga yang lain tidak tetap, tetapi tenaganya akan sentiasa tetap.

Contohnya, jika kita mempunyai sebiji durian atas pokok, durian tersebut mempunyai tenaga keupayaan. Apabila ia bergerak jatuh ke tanah, tenaganya bertukar menjadi tenaga kinetik. Dan apabila ia terhempas ke tanah, ia akan terus bergolek (bergerak) dan masih mempunyai tenaga kinetik dan dalam masa yang sama menghasilkan tenaga haba disebabkan geseran. Lihatlah dari kejadian ini selepas satu bentuk tenaga, tenaga itu bertukar menjadi satu bentuk tenaga kepada bentu tenaga yang lain. Dengan lain perkataan, keadaan tenaga tidak tetap. Tetapi jumlah tenaga yang ada pada durian tadi jika dikaji, tidak sekali-sekali berubah. Tenaga yang terkandung dalam durian akan berubah dalam bentuk tenaga-tenaga yang lain.

.

Page 5: Blank 10 2h.docx

----