20
1.0 PENGENALAN 1.1 Setiap bangsa di dunia mempunyai pegangan dan kepercayaan tersendiri dan sangat berbeza terhadap boneka yang terus berkembang mengikut peredaran dan perkembangan zaman. Terdapat boneka yang dicipta untuk tujuan keagamaan dan juga hiburan. Boneka yang digunakan di Mesir, Itali, Jepun, China dan India biasanya berkait rapat dengan kepercayaan dalam agama dan bertujuan hiburan. Misalnya di Jepun, boneka yang dikenali ‘banraku’ digunakan untuk tujuan hiburan, manakala boneka-boneka yang terdapat di India biasanya berkaitan dengan keagamaan dan kepercayaan. 2.0 DEFINISI BONEKA 2.1 Boneka merupakan objek-objek yang diukir atau dibentuk mewakili watak-watak dalam cerita. Boneka adalah sesuatu yang mesti boleh digerak-gerakkan seolah-olah “hidup”. Boneka juga biasanya mempunyai sifat-sifat yang tersendiri yang menampilkan watak-watak riang, sedih, marah dan sebagainya. Boneka adalah salah satu daripada permainan atau peralatan penting yang terkandung dalam beberapa watak animasi yang dimanipulasikan oleh seseorang yang mahir. 2.2 Boneka merupakan objek atau bahan yang digerakkan serentak dengan skrip yang dibaca atau cerita yang disesuaikan. Menurut Nillie Mc Caslin (1984), boneka 1

Boneka - Kumpulan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

boneka

Citation preview

Page 1: Boneka - Kumpulan

1.0 PENGENALAN

1.1 Setiap bangsa di dunia mempunyai pegangan dan kepercayaan tersendiri

dan sangat berbeza terhadap boneka yang terus berkembang mengikut

peredaran dan perkembangan zaman. Terdapat boneka yang dicipta

untuk tujuan keagamaan dan juga hiburan. Boneka yang digunakan di

Mesir, Itali, Jepun, China dan India biasanya berkait rapat dengan

kepercayaan dalam agama dan bertujuan hiburan. Misalnya di Jepun,

boneka yang dikenali ‘banraku’ digunakan untuk tujuan hiburan, manakala

boneka-boneka yang terdapat di India biasanya berkaitan dengan

keagamaan dan kepercayaan.

2.0 DEFINISI BONEKA

2.1 Boneka merupakan objek-objek yang diukir atau dibentuk mewakili watak-

watak dalam cerita. Boneka adalah sesuatu yang mesti boleh digerak-

gerakkan seolah-olah “hidup”. Boneka juga biasanya mempunyai sifat-

sifat yang tersendiri yang menampilkan watak-watak riang, sedih, marah

dan sebagainya. Boneka adalah salah satu daripada permainan atau

peralatan penting yang terkandung dalam beberapa watak animasi yang

dimanipulasikan oleh seseorang yang mahir.

2.2 Boneka merupakan objek atau bahan yang digerakkan serentak dengan

skrip yang dibaca atau cerita yang disesuaikan. Menurut Nillie Mc Caslin

(1984), boneka dapat berfungsi sebagai alat bantuan mengajar dan dapat

menarik perhatian kanak-kanak, menghidupkan suasana yang lebih

menyeronokkan dan memotivasikan kanak-kanak berkenaan.

2.3 Penggunaan boneka tidak hanya terhad dalam bentuk orang tetapi juga

berbentuk haiwan dan objek-objek lain mengikut watak, situasi dan cerita

yang tertentu dan ketika boneka dimainkan atau digerakkan, muzik latar,

suara serta bunyi-bunyian yang dimainkan bagi mengiringi pergerakan

yang dibuat. Boneka boleh dimainakan oleh guru atau kanak-kanak itu

sendiri.

1

Page 2: Boneka - Kumpulan

2.4 Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1998) mendefinisikan boneka

sebagai objek atau bahan yang digerakkan serentak dengan skrip bebas

yang disesuaikan dengan bahan yang diceritakan. Manakala menurut

Jamilah Ahmad (1999) boneka sebagai objek yang terdiri daripada alat

sebenar atau bahan ciptaan yang berbentuk orang, haiwan, tumbuh-

tumbuhan dan sebagainya yang digerakkan oleh pemainnya dengan

menggunakan dialog atau mitos mengikut sesuatu watak atau cerita. Dari

segi binaan, boneka boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu mudah

dan ringkas, sederhana dan rumit.

3.0 JENIS-JENIS BONEKA

3.1 Boneka jari atau dikenali sebagai ‘finger puppets’ merupakan boneka

yang dimainkan oleh kanak-kanak secara sendiri. Boneka jari dimainkan

dengan memasukkan jari ke dalam boneka yang berbeza saiz mengikut

jari dan memainkan watak tersebut dengan cara dan gaya jari mereka.

Boneka jari boleh dibuat dari kertas yang dilukiskan wataknya, kecil

bersaiz jari kanak-kanak, diwarnakan dan kemudian digam sekeliling

bentuk watak tersebut kecuali bahagian untuk dimasukkan jari. Boneka

jenis ini dikendalikan dengan menggunakan jari-jari tangan penggunanya.

Biasanya boneka seperti ini kecil saiznya dan bahagian yang boleh

digerakkan hanya terhad kepada bahagian kepala dan tangannya sahaja.

Boneka jari mudah dikendalikan, iaitu menggunakan beberapa jari untuk

menggerakkan. Boneka jari adalah terhad pergerakkan kerana

mempunyai reka bentuk silinder berongga untuk menutup jari. Bentuk

boneka ini mempunyai penggunaan terhad dan digunakan di dalam kelas

prasekolah untuk aktiviti-aktiviti bercerita dengan kanak-kanak.

3.2 Boneka tangan atau ‘hand puppets’ yang lebih mudah disediakan dan

lebih praktikal digunakan oleh kanak-kanak kerana mereka akan

memasukkan keseluruhan pergelangan tangan ke dalam watak yang

dilukis atau dibentuk. Pelbagai jenis bahan boleh digunakan untuk

menghasilkan boneka jenis ini antaranya stoking, sarung tangan, beg

2

Page 3: Boneka - Kumpulan

kertas dan sampul surat. Manakala untuk bahagian watak misalnya watak

haiwan seperti tikus, kucing dan sebagainya, bahan yang boleh digunakan

adalah bekas telur, bekas dadih dan lain-lain lagi yang dapat menarik.

Kanak-kanak bebas menggunakan tangan dan pergerakan mereka

semasa bermain boneka bebas. Boneka ini biasanya terdiri daripada

bahagian kepala dan badan sahaja dan dikawal sepenuhnya oleh tangan

yang mendiami bahagian dalam boneka berkenaan.

3.3 Boneka berbatang atau ‘stick puppets’ adalah sejenis boneka yang mudah

digunakan oleh kanak-kanak. Kanak-kanak lebih gemar menggunakan

boneka berbatang ini kerana tangan mereka bebas dan hanya perlu

menghayun kayu pemegang mengikut sesuatu pergerakkan dan lebih

fleksibel. Boneka ini berbentuk lengkap dan mempunyai pemegang

seperti kayu, rotan, buluh dan sebagainya di bahagian bawah boneka

tersebut. Boneka ini menggunakan konsep wayang kulit tetapi berbentuk

tiga dimensi. Contoh boneka haiwan yang sesuai menggunakan kaedah

ini ialah rama-rama, kelawar, beberapa jenis burung yang mempunyai

sayap yang panjang dan sebagainya. Kepala watak-watak seperti tikus,

gajah dan lain-lain akan dilekatkan pada hujung batang aiskrim atau pada

lidi sate dan kemudian bahagian badan watak turut dilekatkan pada

bahagian bawah kepala tersebut.

3.4 Boneka menggunakan tali atau ‘string puppets’ berbeza dari segi saiz,

dan rupa bentuk kerana boneka tali ini lebih kompleks kerana watak akan

dibentuk dan akan diikat dengan tali dan bagi tujuan pergerakkan.

Bahagian kaki dan tangan watak juga akan dibentuk supaya boleh

digerakkan dengan menggunakan tali. Boneka tali sesuai bagi cerita-

cerita yang memerlukan watak tersebut untuk lari, terbang, lompat dan

menggelongsor. Tali yang digunakan boleh berupa tali biasa atau tali

tangsi yang lebih elastik yang menyebabkan pergerakkan lebih menarik.

Boneka ini turut digunakan walaupun memerlukan kemahiran dalam

mengawal keluar masuk sesuatu watak. Boneka tali digerakkan

menggunakan tali atau benang dan berbentuk gantung dan dikawal oleh

3

Page 4: Boneka - Kumpulan

sejumlah tali yang diikat pada kayu yang dikawal sepenuhnya oleh

pemain. Kayu kawalan boleh terdiri daripada daripada sebatang kayu

melintang atau tegak dan asas operasinya memerlukan tangan untuk

mengawal kayu-kayu dan tali berkenaan.

3.5 Shadow puppets telah lama digunakan untuk persembahan bercerita,

diikuti dengan nyanyian dan tarian dan memerlukan ruang yang khas

seperti skrin, watak-watak boleh menggunakan samada boneka jari,

tangan atau boneka yang menggunakan pemegang kayu. Ia juga boleh

berbentuk drama dan memerlukan lebih daripada seorang kanak-kanak

untuk memainkan peranan. Watak-watak yang dibentukkan perlu menarik

seperti bentuk-bentuk yang boleh digerak-gerakkan, mulut yang terbuka

dan tertutup dan sayap yang boleh dikepakkan. Shadow puppets

memerlukan kemahiran dalam pengawalan watak-watak dalam sesuatu

cerita. Boneka wayang kulit menggunakan konsep shodow puppets yang

diperbuat daripada kulit, plastik, lut sinar dan kertas tebal. Biasanya,

boneka ini nipis dan berbentuk dua demensi. Sebuah pentas yang dibina

daripada sehelai kain putih dan lampu suluh atau mentol lampu diperlukan

semasa persembahan wayang kulit ini.

3.6 Boneka wayang Kulit pula dicipta berdasarkan watak-watak tertentu yang

berasaskan kepada cerita dalam sastera lama. Boneka ini diperbuat

daripada kulit, plastic, lutsinar dan kertas tebal. Ianya nipis dan berbentuk

dua dimensi. Tok Dalang bertindak sebagai pencerita di belakang pentas

sambil menggerakkan watak-watak mengikut jalan ceritanya. Bagi

memainkan boneka wayang kulit, sebuah pentas perlu disediakan dan

dibina daripada sehelai kain putih. Persembahan boneka jenis ini

memerlukan lampu suruh atau lampu mentol semasa persembahan

wayang kulit.

3.7 Boneka Tongkat adalah berbentuk lengkap dan mempunyai pemegang

seperti kayu, rotan, buluh, lidi dan sebagainya di bawah boneka tersebut.

Boneka jenis ini menggunakan konsep wayang kulit tetapi berbentuk tiga

4

Page 5: Boneka - Kumpulan

dimensi. Haiwan sangat sesuai dijadikan boneka seperti rama-rama,

kelawar dan burung.

3.8 Boneka Penuh juga lengkap dengan tubuh badannya, iaitu bermula

daripada bahagian kepala hingga ke bahagian kaki atau ekornya.

Mempunyai bentuk tiga dimensi yang boleh digantung menggunakan

benang atau dilekatkan di atas tapak tangan yang sederhana saiznya.

Boneka jenis ini diperbuat daripada jahitan kain yang dimasukkan kapas

atau kekabu dan binaannya hamper menyerupai hidupan sebenar.

4.0 MELAKSANAKAN SIMULASI BONEKA

4.1 Simulasi boleh didefinisikan sebagai situasi yang diwujudkan hampir

menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan kanak-kanak berinteraksi

sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing. Penggunaan

pentas boneka yang sesuai akan memberikan kesan yang mendalam

kepada kanak-kanak yang terlibat kerana keberkesanan sesuatu

persembahan boneka berkait rapat dengan reka bentuk pentas. Pelbagai

reka bentuk pentas boleh digunakan dalam sesuatu persembahan.

Kesesuaian gambar latar dan warna yang terang di kiri dan kanan pentas

dapat menarik minat kanak-kanak untuk terus menonton persembahan

boneka berkenaan. Reka bentuk pentas adalah mengikut fungsi, tujuan

dan sasaran persembahan tersebut. Penggunaan muzik dan kesan bunyi

membantu mewujudkan suasana persembahan yang berkesan.

4.2 Pentas kerusi dibentuk dengan menyusun beberapa buah kerusi untuk

dijadikan asas pentas. Selain itu, gunakan dua atau empat batang

penyapu untuk dijadikan tiang utama. Kemudian, rentangkan sehelai kain

hitam yang bertindak sebagai tirai dan pemain boneka boleh duduk atau

berdiri di belakang kain tirai berkenaan semasa menggerakkan dan

melakonkan boneka berkenaan.

4.3 Pentas rentang adalah sejenis pentas yang amat mudah dikendalikan

kerana guru hanya perlu merentang sehelai kain tirai hitam yang diikat

pada dinding ke dinding. Dawai boleh digunakan bagi merengangkan tirai

5

Page 6: Boneka - Kumpulan

berkenaan dan mengikatnya ke bahagian tepi dinding setelah selesai

digunakan untuk memudahkan pengurusan. Guru juga boleh membina

secara tetap pentas rentang yang disesuaikan dengan situasi dan boleh

dilipat untuk memudahkan penggunaannya.

4.4 Pentas tingkap lazimnya dikategorikan sebagai pentas sebagai pentas

sementara dengan tingkap terbuka dan tanpa cermin yang boleh

digunakan sebagai pentas dan dalam keadaan bilik darjah yang terkawal,

guru perlu duduk di luar dan kanak-kanak menonton di dalam bilik darjah.

4.5 Pentas pintu dibentuk sebagai pentas dengan menggunakan kain, papan

dan kertas tebal yang boleh direntang untuk menutupi bahagian bawah

pintu. Guru berada di luar dan kanak-kanak berada di dalam bilik darjah

dan pentas ini juga dikategorikan sebagai pentas sementara.

4.6 Pentas meja dibentuk dengan beberapa buah meja dan ditutup dengan

kain di bahagian hadapan. Guru duduk di belakang meja semasa bermain

boneka berkenaan. Penggunaan lukisan pemandangan bersaiz besar

akan memberikan kesan penghayatan yang lebih dalam kalangan kanak-

kanak yang menonton.

4.7 Pentas berlipat boleh dibuat dengan menggunakan rangka kayu sebagai

bingkainya dan ditutup menggunakan kain hitam. Pentas jenis ini mudah

disimpan kerana di kedua-dua belah dindingnya boleh dilipat setelah

selesai menggunakannya. Guru juga boleh menggunakan bahan buangan

seperti kotak besar yang telah dilukis flora dan fauna dengan

menggunakan cat minyak.

4.8 Pentas terbuka dibentuk dengan guru boleh memainkan boneka tanpa

menggunakan pentas yang khusus dan pentas ini sesuai untuk

persembahan boneka daripada alat sebenar dan boneka jenis sarung

tangan yang dimainkan secara terus menerus di hadapan kanak-kanak.

Aktiviti yang sesuai menggunakan cara ini ialah aktiviti lisan yang

dilakukan secara berpasangan.

4.9 Pentas teknik Overhed Projektor (OHP) adalah salah satu cara

persembahan boneka di dalam bilik darjah yang berfungsi menyerupai

6

Page 7: Boneka - Kumpulan

persembahan wayang kulit iaitu menggunakan cahaya untuk

memancarkan bayangan di layar putih. Objek yang boleh digerakkan

diletakkan di atas cermin lut sinar OHP berkenaan.

5.0 PENGGUNAAN BONEKA DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

5.1 Tujuan penggunaan boneka adalah untuk mempelajari bahasa dalam

suasana yang menarik dan berkesan. Penggunaan boneka juga dapat

memperkukuhkan lagi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan

menulis kanak-kanak melalui pengalaman sebenar serta aktiviti yang

menggembirakan. Kaedah penggunaan boneka juga akan mempercepat

serta mempermudah pembelajaran kanak-kanak terhadap sesuatu cerita,

peristiwa atau isi pelajaran yang disampaikan. Selain itu, kanak-kanak

akan diajar untuk menghasilkan sebuah ciptaan karya seni yang menarik

dan kreatif.

5.2 Boneka juga membantu kanak-kanak untuk melibatkan diri secara aktif

dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran. Penggunaan dialog secara

spontan atau dengan skrip akan membantu menambahkan keyakinan

semasa berhadapan dengan rakan-rakan lain ketika di dalam bilik darjah.

Ketika membuat dan bermain bersama-sama boneka, kanak-kanak

secara tidak langsung dapat memupuk semangat kerjasama dan

berkongsi pengalaman dan idea untuk menghasilkan boneka yang terbaik.

Penggunaan boneka yang pelbagai bentuk dan warna dapat menarik

minat kanak-kanak secara tekal dan kekal serta merangsang dan menarik

minat untuk belajar.

5.3 Kebaikan menggunakan boneka adalah memberikan peluang kepada

kanak-kanak belajar sambil berhibur tanpa disedari oleh mereka.

Pembelajaran menggunakan boneka akan melibatkan penggunaan

pelbagai deria secara serentak, iaitu deria penglihatan, pendengaran dan

sentuhan. Kanak-kanak juga menggunakan pelbagai kemahiran bahasa

secara serentak ketika membuat persembahan atau bermain dengan

boneka. Persembahan boneka melibatkan penggabungjalinan beberapa

7

Page 8: Boneka - Kumpulan

matapelajaran atau tunjang termasuklah Tunjang Bahasa, Tunjang

Kreativiti dan Estetika dan sebagainya. Kanak-kanak berpeluang

menggunakan kemahiran mendengar, bertutur, berlakon, manipulatif dan

sebagainya semasa persembahan boneka. Penglibatan diri yang aktif

secara individu, berpasangan dan berkumpulan bergantung kepada

kemampuan dan kebolehan masing-masing. Aspek memupuk daya

kreativiti boleh diaplikasikan menerusi aktiviti menghasilkan skrip, melukis,

membuat dan membentuk boneka selain kesan bunyi, teknik

menggerakkan boneka dan pelbagai aktiviti lain.

6.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (PENGAJARAN SLOT)

Kelas : Prasekolah Ilham

Tarikh : 6 Ogos 2012

Masa : 9.00 – 9.35 pagi

Bil. Murid : 25 orang

Modul : Bertema

Tajuk / Tema : Haiwan / Haiwan Mamalia

Tunjang Utama : BM 1.0 Kemahiran Mendengar

Standard Kandungan :

BM 1.1 Mendengar dengan penuh perhatian.

8

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN( SLOT PENGAJARAN 30 MINIT )

Page 9: Boneka - Kumpulan

PSE 2.3 Membina keyakinan untuk berkomunikasi.

Standard Pembelajaran :

BM 1.1.13 Mendengar dan memberikan respons terhadap perbualan, permintaan,

cerita dan lirik lagu.

PSE 2.3.7 Bercerita dan memberi pendapat.

Kesepaduan Tunjang : BM 2.0 Kemahiran Bertutur

Objektif Pembelajaran

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid berupaya :-

i. Mendengar dan menyebut mengenai cerita haiwan yang disampaikan.

ii. Menyebut dan menamakan dua haiwan mamalia kecil.

Pengetahuan Sedia ada :

Murid telah didedahkan tentang jenis-jenis haiwan mamalia yang kecil.

Kemahiran Berfikir ( KB ) : Mengkategori jenis haiwan, haiwan mamalia kecil

Penerapan Nilai ( PN ) : Menghargai Sesuatu, Menghormati Ibubapa

Bertolak ansur, Bekerjasama

Fokus Kecedrdasan : Kecerdasan Linguistik, Kecerdasan Interpersonal

Pelbagai ( MI )

Alat Bantu Mengajar : CD “Tayangan Haiwan Mamalia”, Pentas Boneka,

Boneka Haiwan

Konsep Utama : Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Kosa Kata : Matahari, Awan, Angin, Dinding

9

Page 10: Boneka - Kumpulan

LANGKAH / MASA

ISI PELAJARAN AKTIVITI P&P CATATAN / ABM

Set Induksi

( 3 minit ) Memerhati “Tayangan Haiwan Mamalia”

Ini apa?

Ini tikus.

Ini kucing.

1. Murid memerhati Tayangan Haiwan Mamalia

2. Murid bersoal jawab secara bertatasusila / menjawab soalan mengenai haiwan tersebut.

3. Murid mengemukakan pandangan dan idea mereka berkenaan haiwan yang ditayangkan.

ABM

CD “Tayangan Haiwan Mamalia”

KB

Mengkategori

PN

Bertolak ansur

MI

Kecerdasan Interpersonal

Langkah 1

( 3 minit ) Mengeja perkataan dengan suku kata yang betul.

Melengkapkan perkataan dengan huruf yang betul.

1. Murid mengeja perkataan dengan suku kata yang betul.

2. Murid menyebut huruf dan terdapat dalam perkataan.

3. Murid membunyikan suku kata dengan betul.

4. Murid diberikan lembaran kerja.

5. Murid diminta melengkapkan perkataan dengan huruf-huruf yang betul dan tepat.

ABM

CD “Tayangan Haiwan Mamalia”

KB

Mengkategori

PN

Bertolak ansur, Bekerjasama

MI

Kecerdasan Interpersonal

Kecerdasan Linguistik

Langkah 2

Mendengar cerita

1. Murid mendengar cerita yang disampaikan oleh

ABM

Pentas 10

Page 11: Boneka - Kumpulan

( 15 minit ) “Perkahwinan Anak Tikus”

Bersoal jawab mengenai gambar, watak dan cerita

guru dan melihat boneka yang dimainkan.

2. Murid dan guru bersoal jawab mengenai perkembangan cerita

3. Murid bersoal jawab mengenai watak-watak yang telah dimainkan oleh guru dalam cerita tersebut.

4. Murid membezakan jenis haiwan dan peranannya.

Boneka

Boneka Haiwan

KB

Mengkategori

PN

Bertolak ansur

MI

Kecerdasan Interpersonal

Langkah 3

( 6 minit ) Memahami nilai murni dalam cerita

Menghargai Sesuatu

Menghormati Ibubapa

Berusaha

Rajin

Menamakan watak-watak yang terdapat dalam cerita.

Bapa Tikus

Mak Tikus

Si Tini

Sang Matahari

1. Murid berbincang mengenai nilai-nilai yang terdapat dalam cerita.

2. Murid menulis nilai yang terdapat dalam cerita mengikut yang telah dibincangkan bersama-sama.

3. Murid diberikan lembaran kerja dan diminta melengkapkan secara berkumpulan.

4. Murid menulis watak-watak yang terdapat dalam cerita yang telah disampaikan tadi.

ABM

Pentas Boneka

Boneka Haiwan

KB

Mengkategori

PN

Bertolak ansur, Bekerjasama

MI

Kecerdasan Interpersonal

Kecerdasan Linguistik

Penutup

( 3 minit ) Merumuskan cerita “Perkahwinan Anak Tikus”

Menyebut haiwan mamalia

1. Guru merumuskan cerita yang telah disampaikan.

2. Murid menyatakan semula nilai yang telah

ABM

Pentas Boneka

Boneka

11

Page 12: Boneka - Kumpulan

yang dipelajari. dipelajari melalui cerita.

3. Murid menyebut kembali watak-watak dalam cerita

4. Murid menyebut nama haiwan mamalia yang telah dipelajari tadi.

Haiwan

CD “Tayangan Haiwan Mamalia”

KB

Mengkategori

PN

Bekerjasama

MI

Kecerdasan Interpersonal

Kecerdasan Linguistik

7.0 RUMUSAN

7.1 Salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam bahasa ialah belajar

melalui bermain dengan menggunakan kaedah boneka. Cara ini bukan sahaja

menarik tetapi mampu untuk meransang minda kanak-kanak untuk menjana idea

dan berkomunikasi dengan rakan-rakan. Aktiviti ini juga dapat meningkatkan

bilangan perbendaharaan kata kanak-kanak tetapi juga dapat meningkatkan

aktiviti sosial kanak-kanak tersebut.

7.2 Kanak-kanak diberi kebebasan untuk memilih boneka yang disukai terutama

sekali boneka tangan. Kanak-kanak yang menggunakan boneka akan lebih

lancar gaya penceritaan yang didengar daripada kanak-kanak yang tidak

menggunakan boneka. Mereka akan berasa lebih yakin dalam berkomunikasi

dan mampu berkongsi apa sahaja pengalaman cerita yang mereka tahu dan

12

Page 13: Boneka - Kumpulan

miliki. Kebolehan mereka menjawab soalan-soalan yang dikemukakan

menunjukkan peningkatan keupayaan kemahiran mendengar kanak-kanak.

Bilangan perbendaharaan kata mereka juga bertambah. Ini kerana kanak-

kanak mempunyai cara belajar yang tersendiri.

7.3 Selain itu, kanak-kanak yang diberi peluang untuk bermain boneka bersama-

sama rakan akan dapat bercerita kepada rakan-rakan dan guru dengan yakin

dan berani. Mereka juga berpeluang dan bebas untuk mengembangkan potensi

masing-masing berdasarkan tahap kebolehan dan kemahiran mereka. Teknik

yang berkesan dapat membantu kanak-kanak dalam perkembangan bahasa,

emosi, sosial, komunikasi fizikal dan pengetahuan kanak-kanak.

7.4 Membentuk dan membuat boneka merupakan satu bidang yang mengutamakan

penguasaan kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya.Perancangan rapi

dan mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan satu penampilan yang benar-

benar relevan dengan apa yang dihasratkan. Aktiviti main peranan seperti

boneka kanak-kanak, boneka ibu bapa, dan boneka watak pekerjaan dapat

menyumbangkan kepada salah satu aspek perkembangan sosial iaitu

keupayaan untuk melihat dunia dari perspektif orang lain.

7.5 Sebagai kesimpulannya bolehlah dikatakan bahawa aktiviti pengajaran

menggunakan boneka dapat meransang minda murid untuk memahami sesuatu

pelajaran itu dengan lebih berkesan terutama dalam kemahiran lisan, kefahaman

dan kemahiran membina sebuah cerita. Guru perlu lebih kreatif terutama dalam

penyediaan bahan. Kepentingan boneka dan hubungannya dengan kurikulum

dan bidang pengalaman adalah sebagai kaedah mempengaruhi kanak-kanak

menghubungkaitkan dengan keseronokan, meningkatkan perhatian, meredakan

tekanan, meluaskan perbendaharaan kata kanak-kanak di samping

memperkenalkan kanak-kanak kepada penggunaan simbolik.Justeru itu,guru

haruslah memainkan peranan yang penting dalam membentuk pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan demi meningkatkan prestasi perkembangan

kreativiti yang lebih positf dan tidak terhalang.

13

Page 14: Boneka - Kumpulan

Institut Pendidikan Guru. (Jun 2011). Modul Prasekolah, Perkembangan Kreativiti

dalam Pendidikan Prasekolah (PRA3106) : Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ishak Alishah Ahmad. (2003). Panduan Pengajaran Bertema Prasekolah : Aras Mega

(M) Sdn. Bhd. Kajang.

Khairuddin Mohamad. (2011). Siri Pendidikan Guru, Literasi Bahasa Melayu : Oxford

Fajar Sdn. Bhd. Shah Alam.

Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd. Sharani Ahmad (2003).

Panduan Kurikulum Prasekolah : PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

14

SUMBER RUJUKAN