37
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : IMPAK PROGRAM PELAN INTEGRITI ORGANISASI TERHADAP GURU SEKOLAH RENDAH DI DAERAH KOTA TINGGI SESI PENGAJIAN : 2012/2013 Saya SITI NORHAIZA BINTI MAT ALI Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana /Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( 4 ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) / TIDAK TERHAD Disahkan oleh __________________________________________ ____________________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) SITI NORHAIZA BINTI MAT ALI PROF. MADYA DR HAMDAN BIN SAID NO 81, LADANG PASIR PANJANG, 81900 KOTA TINGGI, JOHOR. Tarikh: 30 MEI 2013 Tarikh: 30 MEI 2013 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Norhaiza Binti Mat... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : impak program pelan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Norhaiza Binti Mat... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : impak program pelan

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESISּט

JUDUL : IMPAK PROGRAM PELAN INTEGRITI ORGANISASI TERHADAP

GURU SEKOLAH RENDAH DI DAERAH KOTA TINGGI

SESI PENGAJIAN : 2012/2013

Saya SITI NORHAIZA BINTI MAT ALI

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( 4 )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

/ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

__________________________________________ ____________________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) SITI NORHAIZA BINTI MAT ALI PROF. MADYA DR HAMDAN BIN SAID NO 81, LADANG PASIR PANJANG, 81900 KOTA TINGGI, JOHOR. Tarikh: 30 MEI 2013 Tarikh: 30 MEI 2013

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara ּט penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Norhaiza Binti Mat... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : impak program pelan

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya,

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan

(Pengurusan dan Pentadbiran).”

Tandatangan : ..............................................

Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. HAMDAN BIN SAID

Tarikh : 30 MEI 2013

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Norhaiza Binti Mat... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : impak program pelan

Impak Program Pelan Integriti Organisasi Terhadap Guru

Sekolah Rendah Di Daerah Kota Tinggi

SITI NORHAIZA BINTI MAT ALI

Laporan Projek ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2013

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Norhaiza Binti Mat... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : impak program pelan

”Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali ringkasan dan petikan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ........................................................... Nama Penulis : SITI NORHAIZA BINTI MAT ALI Tarikh :30 MEI 2013

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Norhaiza Binti Mat... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : impak program pelan

PENGHARGAAN

Di kesempatan ini, saya ingin mengambil peluang untuk mencurahkan rasa

penghargaan dan terima kasih kepada beberapa pihak yang banyak memberi ihsan

dan bakti dalam pelbagai cara sepanjang saya bermujahadah diri untuk

menyelesaikan kajian ini. Dengan penuh kerendahan hati saya titipkan nama-nama

mereka di lembaran ini.

Pertamanya, syukur saya ke hadrat Ilahi kerana memberi kesempatan,

kekuatan dan kesihatan untuk saya menyiapkan kajian ini walaupun pada hakikatnya

saya berhadapan dengan pelbagai kekangan.

Keduanya, terima kasih kepada Prof Madya Dr. Hamdan Bin Said, seorang

penyelia yang amat saya hargai dan kagumi kerana banyak memberi tunjuk ajar dan

peluang untuk saya belajar sepanjang saya menyiapkan kajian ini. Bantuan, dorongan

dan nasihat yang diberikan menjadi panduan untuk saya harungi masalah dengan

tenang dan sabar.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu dan ayah tersayang yang

memberi semangat untuk saya teruskan usaha. Berkat doa dan nasihat mereka saya

berjaya sampai ke tahap sekarang. Buat suami, terima kasih atas pengorbanan dan

nasihat yang diberikan. Tidak lupa untuk anak-anak tersayang Haifa Mumtazah dan

Hafi Muqri, saya hargai dan kagumi kekuatan mental dan fizikal mereka sepanjang

saya berada dalam perjuangan ini.

Akhir sekali, terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan khususnya rakan-

rakan sekumpulan dibawah seliaan Prof Madya Dr. Hamdan Bin Said, sokongan

yang diberikan sepanjang perjuangan ini amatku hargai. Tidak lupa juga kepada

semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga ganjaran terbaik

diberikan oleh Allah kepada kalian semua.

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Norhaiza Binti Mat... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : impak program pelan

ABSTRAK

Pelan Integriti Organisasi (PIO) dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan

kefahaman warga pendidik terhadap kefahaman integriti. Pengetahuan dan

kefahaman terhadap integriti dalam organisasi penting untuk memastikan semua guru

memahami akan kepentingan nilai-nilai integriti di dalam diri mereka. Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM) telah

mengadakan kursus-kursus berkaitan integriti dengan harapan dapat memupuk nilai

integriti dalam kalangan guru. Kajian ini bertujuan untuk menilai impak PIO

terhadap guru sekolah rendah di Daerah Kota Tinggi, Johor yang pernah mengikuti

kursus PIO menggunakan persampelan rawak berkelompok dan rekabentuk

kuantitatif. Seramai 278 orang telah dipilih sebagai responden. Penyelidik juga akan

menggunakan model kajian impak latihan model penilaian empat tahap (Donald L.

Kirkpatrick) iaitu impak tentang reaksi, pembelajaran, perlakuan dan hasil selepas

menghadiri kursus. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keseluruhan responden

berpendapat program PIO telah dapat memberi impak kepada reaksi, pembelajaran,

perlakuan dan hasil yang diperolehi oleh mereka melalui kursus yang dianjurkan oleh

KPM dengan kerjasama IIM. Secara keseluruhannya, penemuan kajian ini

menunjukkan bahawa KPM dan IIM telah berjaya menganjurkan kursus PIO ini

dengan berkesan. Walaubagaimanapun terdapat penambahbaikan yang boleh dibuat

untuk memantapkan lagi pelaksanaan kursus PIO untuk guru. Secara

keseluruhannya, penemuan kajian ini menunjukkan bahawa KPM dan IIM telah

berjaya menganjurkan program PIO dengan berkesan.

Kata Kunci : integriti, kefahaman, impak,

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Norhaiza Binti Mat... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : impak program pelan

ABSTRACK

Organizational Integrity Plan (PIO) is implemented aimed at increasing

understanding of educators to understand integrity. Knowledge and understanding of

the integrity of the organization is essential to ensure that all teachers understand the

importance of integrity values in them. Ministry of Education (MOE) in

collaboration with the Malaysian Institute of Integrity (IIM) held its integrity-related

courses in the hope of fostering the integrity of teachers. This study aims to evaluate

the impact of primary school teachers PIO in Kota Tinggi, Johor who have attended

courses PIO uses cluster sampling and quantitative design. A total of 278 people

were selected as respondents. The results showed that most respondents agreed that

the program attended PIO to provide awareness about the importance of integrity in

the practice of the teaching profession. They also agree with the PIO so that it can

push hard in its responsibilities to the students, school, peers and the teaching

profession. Filling available either in the form of course delivery by facilitators who

use the latest technology facilities such as computers, LCD and so on or the module

can be accepted and applied by a good teacher. Overall, the findings of this study

show that the MOE and IIM - PIO has successfully organized this course effectively.

Improvements need to be done from time to time to strengthen the implementation of

the PIO to educators. Overall, the findings of this study show that the MOE and IIM

has successfully organized a PIO effectively.

Keywords: integrity, understanding, impact,

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Norhaiza Binti Mat... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : impak program pelan

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

STATUS PENGESAHAN TESIS i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 5

1.3 Penyataan Masalah 10

1.4 Objektif Kajian 12

1.5 Persoalan Kajian 12

1.6 Skop Kajian 13

1.7 Batasan Kajian 13

1.8 Kepentingan Kajian 14

1.9 Model Kajian 15

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Norhaiza Binti Mat... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : impak program pelan

1.10 Kerangka Konsep Kajian 17

1.11 Definasi Istilah Dan Operasi 18

1.12 Penutup 19

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 20

2.2 Definasi Integriti 20

2.3 Integriti Guru 22

2.4 Model Penilaian : 23

2.4.1 Model Penilaian Rasional 23

2.4.2 Model Penilaian Responsif 26

2.4.3 Model Penilaian Matlamat Bebas 27

2.4.4 Model Penilaian Penerangan (Illumative) 28

2.4.5 Model Penilaian Ketidaksamaan 28

2.4.6 Model Penilaian Individu 29

2.4.7 Model Penilaian Bertentangan 29

2.4.8 Model Model Penilaian KIPP 30

2.5 Pengurusan Program Pelan Integriti

Organisasi (PIO) 33

2.5.1 Objektif Pelan Integriti Organisasi (PIO) 34

2.6 Kajian-Kajian Penilaian Nilai Integriti Di Malaysia 35

2.7 Pembentukan Integriti 35

2.8 Elemen Yang Membentuk Integriti 37

2.9 Kaitan Integriti Dan Akauntabiliti : 38

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Norhaiza Binti Mat... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : impak program pelan

2.9.1 Murid 38

2.9.2 Profesion 38

2.9.3 Komuniti 39

2.10 Pengajaran Integriti 40

2.11 Kepentingan Integriti : 41

2.11.1 Tanggungjawab Terhadap Pelajar 41

2.11.2 Tanggungjawab Terhadap Ibubapa 42

2.11.3 Tanggungjawab Terhadap Negara Dan

Masyarakat 42

2.11.4 Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat 43

2.12 Kehilangan Integriti : 43

2.12.1 Kelemahan Individu 43

2.12.2 Kepimpinan 44

2.12.3 Stuktur dan Institusi 44

2.12.4 Budaya 45

2.13 Penutup 45

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 46

3.2 Reka Bentuk Kajian 46

3.3 Lokasi Kajian 47

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 47

3.5 Instrumen Kajian 49

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Norhaiza Binti Mat... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : impak program pelan

3.6 Kesahan Dan Kebolehpercayaan 54

3.7 Kajian Rintis 54

3.8 Analisis Data Kajian 57

3.9 Prosuder Kajian 56

3.10 Penutup 60

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 61

4.2 Analisis Demografi 61

4.3 Reaksi Guru-Guru Terhadap Pelan Integriti

Organisasi 64

4.4 Pembelajaran Guru Terhadap Pelan Integriti

Organisasi 66

4.5 Perlakuan Guru Terhadap Program

Pelan Integriti Organisasi (PIO) 68

4.6 Hasil Amalan Pelan Integriti Organisasi

Terhadap Guru 73

4.7 Analisis Persoalan Kajian 77

4.7.1 Dapatan Persoalan Kajian Pertama 77

4.7.2 Dapatan Persoalan Kajian Kedua 78

4.7.3 Dapatan Persoalan Kajian Ketiga 78

4.7.4 Dapatan Persoalan Kajian Keempat 78

4.7.5 Dapatan Persoalan Kajian Kelima 79

4.7.6 Dapatan Persoalan Kajian Keenam 80

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Norhaiza Binti Mat... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : impak program pelan

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 81

5.2 Rumusan 81

5.3 Dapatan dan Perbincangan 82

5.3.1 Apakah Tahap Reaksi Guru Terhadap PIO? 83

5.3.2 Apakah Tahap Pembelajaran Guru Yang

Mengikuti Kursus PIO? 84

5.3.3 Apakah Tahap Perlakuan Guru Yang

Menghadiri PIO? 85

5.3.4 Apakah Tahap Hasil Kerja Guru yang

Mengikuti PIO? 86

5.3.5 Perbezaan Tahap Reaksi, Pembelajaran,

Perlakuan dan Hasil Kerja Guru yang

Mengikuti Program PIO Antara Lelaki

dan Perempuan. 87

5.3.6 Hubungan Yang Signifikan Antara Tahap

Pembelajaran Guru Dengan Hasil Kerja

Guru Yang Mengikuti Program PIO. 88

5.4 Cadangan 88

5.4.1 Cadangan Penambahbaikan Kursus Pelan

Integriti Terhadap Guru Sekolah Rendah

Di Daerah Kota Tinggi 89

5.4.2 Cadangan Penambahbaikan Kajian

Lanjutan 91

5.4 Penutup 99

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Norhaiza Binti Mat... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : impak program pelan

Rujukan 92

Lampiran 98

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Norhaiza Binti Mat... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : impak program pelan

SENARAI JADUAL

No. TAJUK MUKA SURAT

3.1 Jadual Krejcie and Morgan 49

3.2 Jadual Taburan Populasi Kajian 50

3.3 Faktor Demografi 55

3.4 Tahap Pemeringkatan Skor Di Dalam Skala

Likert 52

3.5 Taburan Item Impak (PIO) 53

3.6 Pekali Saiz Alpha Cronboach 56

3.7 Nilai Kebolehpercayaan Alpha Cronboach

Setiap Aspek Kajian 56

3.8 Kajian Julat Pengkelasan Skor Min 57

3.9 Perancangan Kerja 59

4.1 Analisis Responden 62

4.2 Skor Min Reaksi Guru Terhadap Kursus PIO 64

4.3 Skor Min Impak Kursus PIO Terhadap

Pembelajaran Guru 67

4.4 Skor Min Impak Kursus PIO Terhadap

Aplikasi Guru 69

4.5 Skor Min Hasil Amalan PIO Terhadap Guru 73

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Norhaiza Binti Mat... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : impak program pelan

4.6 Ujian-t tahap reaksi, pembelajaran, perlakuan

dan hasil guru yang mengikuti PIO berdasarkan

jantina 80

4.7 Analisis hubungan antara pembelajaran guru

dengan hasil kerja guru yang mengikuti

program PIO. 81

4.8 Garis Panduan Guilford 81

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Norhaiza Binti Mat... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : impak program pelan

SENARAI RAJAH

No. TAJUK MUKA SURAT

1.1 Model Penilaian Empat Tahap Oleh Kirkpatric 15

1.2 Kerangka Konseptual Kajian 17

2.3 Prosuder Penggunaan Model 28

2.4 Akauntabiliti Guru 40

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Norhaiza Binti Mat... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : impak program pelan

SENARAI SINGKATAN

IIM INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA

IPG INSTITUT PENDIDIKAN GURU

JPN PEJABAT PELAJARAN NEGERI

KPM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PIO PELAN INTEGRITI ORGANISASI

PdP PENGAJARAN dan PEMBELAJARAN

PPD PEJABAT PELAJARAN DAERAH

UTM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SKPM STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA

SIWP SEMINAR INTEGRITI WARGA PENDIDIK

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Norhaiza Binti Mat... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : impak program pelan

LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Set Soal Selidik 98

B Keputusan Kajian Rintis 104

C Keputusan Kajian 112

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Norhaiza Binti Mat... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : impak program pelan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sebagai penjawat awam, integriti merupakan satu nilai yang perlu diamalkan

di dalam kehidupan umumnya dan di dalam profesion yang disandang khususnya.

Seluruh kehidupan guru menjadi tontonan umum untuk diteladani. Lantaran itu

integriti menjadi nadi di dalam tugasan guru agar mereka lebih bertanggingjawab di

dalam setiap amanah yang dilaksanakan. Mempamerkan sikap berintegriti tidak

boleh dipaksa, tetapi integriti bermula dengan wujudnya kesedaran di dalam diri

individu itu sendiri. Mereka yang terbabit dalam pendidikan perlu memahami

matlamat sebenar Pelan Integriti Nasional (PIN) yang bertujuan antaranya untuk

membentuk masyarakat yang kukuh dengan moral (Abdul Rahim Abdul Rashid

et al, 2007).

Lantaran atas kesedaran akan kepentingan guru memiliki integriti tinggi,

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan pelbagai program

gerakan pemantapan integriti secara berterusan berdasarkan kepada Sasaran

Keutamaan – Tekad 2008 yang telah digariskan oleh Pelan Integriti Nasional (PIN).

Ini termasuklah:

(i) Mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa secara

berkesan;

(ii) Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam

dan mengatasi kerenah birokrasi;

(iii) Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan;

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Norhaiza Binti Mat... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : impak program pelan

(iv) Memantapkan institusi keluarga dan komuniti; dan

(v) Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.

Berdasarkan lima sasaran keutamaan yang telah digariskan bagi fasa pertama

pelaksanaan PIN dan dilaksanakan pada tahun 2004 – 2008, program gerakan

pemantapan integriti di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah

dilaksanakan secara serius, terancang dan meluas bagi meningkatkan tahap amalan

integriti dalam kalangan guru.

Keseriusan dan kesungguhan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

melaksanakan usaha-usaha gerakan pemantapan integriti secara meluas di peringkat

kementerian dapat dilihat melalui penubuhan Unit Pelan Integriti Nasional di bawah

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia pada 1 Januari 2007. Penubuhan unit ini

telah membolehkan pelbagai program gerakan pemantapan integriti di peringkat

kementerian khususnya kepada warga pendidik dilaksanakan. Dalam usaha

melonjakkan prestasi pendidikan, aspek integriti tidak dapat dipisahkan malah saling

berkait rapat dalam menjana modal insan yang cemerlang. Konsep integriti ini bukan

hanya dilihat sebagai usaha untuk mencegah rasuah dan sebagainya, sebaliknya

dilihat sebagai satu elemen yang mampu memberi kesan yang mendalam kepada

warga (Hassan Malek, 2010).

Selain daripada mengajar, guru berperanan sebagai penyebar maklumat dan

agen perubahan yang berkesan. Dengan populasi guru yang mencakupi hampir 1/3

daripada populasi penjawat awam, guru diakui sebagai kategori perkhidmatan yang

mendapat kepercayaan tinggi orang ramai (BEIM, 2005). Dengan ini, guru diberikan

kepercayaan untuk menjadi penyebar integriti dalam masyarakat dengan memberikan

pendidikan kepada pelajar.

Di bawah Rancangan Malaysia ke-9 yang antara lain menitikberatkan agenda

memperkukuhkan modal insan. Usaha memantapkan integriti secara menyeluruh di

peringkat Kementerian telah dilaksanakan pada tahun 2007 melalui program Seminar

Integriti Warga Pendidik (SIWP) peringkat Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dengan

kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM). Program SIWP ini dilaksanakan dengan

tujuan untuk mencapai objektif-objektif yang ditetapkan seperti berikut:

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Norhaiza Binti Mat... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : impak program pelan

(i) Meningkatkan tahap kesedaran serta kefahaman warga pendidik

mengenai PIN;

(ii) Meningkatkan komitmen warga pendidik mengenai peranan mereka

dalam memperkukuhkan integriti keluarga, masyarakat dan komuniti;

dan

(iii) Memupuk amalan membudayakan integriti dalam pekerjaan dan

kehidupan seharian.

Pada tahun 2008, program SIWP ini telah diperluaskan ke peringkat Pejabat

Pelajaran Daerah (PPD) terpilih dan semua Institut Pendidikan Guru (IPG).

Berdasarkan kepada kejayaan pelaksanaan program ini pada tahun-tahun

sebelumnya, program SIWP telah diteruskan pelaksanaannya pada tahun 2009 ke 21

Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) terpilih, 27 Institut Pendidikan Guru (IPG) dan 9

Kolej Matrikulasi di seluruh Malaysia. Sebanyak 58 SIWP yang meliputi 69 institusi

pendidikan (36 PPD, 28 IPG, 3 Kolej Matrikulasi dan 2 Kolej MARA) dilaksanakan

pada tahun 2010 dengan peruntukan dibiayai sepenuhnya oleh pihak IIM disebabkan

masalah kekangan peruntukan di peringkat Kementerian.

Menyentuh mengenai penilaian, fasa pertama pelaksanaan PIN yang telah

dilaksanakan pada tahun 2004-2008 telah dinilai keberkesanannya oleh pihak IIM.

Laporan TEKAD 2008 telah dibentangkan kepada umum bagi meneliti kejayaan

usaha kerajaan untuk mempertingkatkan nilai, etika dan integriti masyarakat di

Malaysia. Berdasarkan laporan Tekad 2008 tersebut, kerajaan telah memutuskan

bahawa ketetapan lima sasaran Tekad 2008 tersebut akan diteruskan pada fasa kedua

(2009-2013) dan dikenali sebagai Tekad Integriti dengan sasaran ketetapan seperti

berikut:

(i) memerangi gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, secara

menyeluruh dan berkesan;

(ii) meningkatkan kecekapan dan sistem penyampaian perkhidmatan awam

dan mengatasi kerenah birokrasi;

(iii) meningkatkan tadbir urus korporat, etika perniagaan dan tanggungjawab

sosial korporat;

(iv) memantapkan institusi keluarga dan komuniti; dan

(v) meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Norhaiza Binti Mat... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : impak program pelan

Selaras dengan pelaksanaan Tekad Integriti tersebut, pihak KPM telah

memutuskan supaya satu Pelan Integriti Organisasi (PIO) KPM digubal khas untuk

kegunaan kementerian dengan mengambil kira semangat dan aspirasi PIN yang telah

digubal oleh kerajaan dan disesuaikan pelaksanaannya di peringkat Kementerian.

Mengambil kira bahawa kumpulan sasaran di KPM terdiri daripada tiga kumpulan

utama iaitu pelajar, warga pendidik dan bukan guru, maka sasaran keutamaan,

strategi pelaksanaan dan pelan tindakan yang digubal dengan mengambil kira

kepentingan ketiga-tiga kumpulan sasaran tersebut. Pelan Integriti Organisasi

Kementerian Pelajaran Malaysia yang dibina ini penting di dalam memastikan

gerakan pemantapan integriti di peringkat KPM berjalan lancar, mencapai

matlamatnya dan memenuhi keperluan ketiga-tiga kumpulan sasaran.

Sehubungan dengan ini, Pelan Integriti Organisasi (PIO) KPM telah disusun

berdasarkan empat sasaran keutamaan yang dikenali sebagai TEKAD Integriti

KPM meliputi sasaran seperti berikut:

(i) Memupuk keterampilan dan keperibadian mulia murid;

(ii) Melahirkan warga pendidik yang berintegriti dan berupaya mendidik

anak bangsa;

(iii) Memerangi gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa secara

berkesan di semua peringkat Kementerian, JPN, PPD dan sekolah; dan

(iv) Meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup warga Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM).

Berdasarkan sasaran kedua di dalam PIO ini, pengkaji telah memilih untuk

menilai impak program PIO tersebut terhadap guru yang mengikuti kursus tersebut.

Kajian impak ini dilakukan menerusi impak kepada reaksi, perlakuan, pembelajaran

dan hasil yang memberi natijah kepada guru.

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Norhaiza Binti Mat... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : impak program pelan

1.2 Latar Belakang Kajian

Sidek Baba (2011) berpendapat bahawa ilmu dan pendidikan berkait rapat

dengan isu integriti. Dalam islam, integriti dikaitkan dengan autoriti. Al- Quran

umpamanya adalah sumber yang memiliki autoriti untuk memberi pedoman dan

panduan tentang bagaimana urusan dunia itu berlaku. Pendidik merupakan satu

bidang yang amat mulia dan amat dihormati serta disegani. Masyarakat begitu

menghormati guru tidak mengira bangsa, keturunan dan umur mahupun jantina.

Untuk memastikan masyarakat terus menyanjungi kerjaya keguruan, guru mesti

mempunyai integriti yang kukuh.

Institut Perniagaan Beretika Malaysia (Business Ethics Institute of Malaysia)

telah menjalankan kajian mengenai siapa yang paling dipercayai oleh rakyat

Malaysia‟ (Who do Malaysians Trust Most) pada tahun 2005 ke atas 2,074

responden. Kajian ini menunjukkan bahawa daripada lima belas jenis pekerjaan yang

disenaraikan, warga guru menduduki tangga kedua teratas sebagai pekerjaan yang

paling dipercayai oleh rakyat Malaysia (Institut Integriti Malaysia, 2004). Sebagai

antara profesion yang paling dipercayai, maka adalah penting bagi Kementerian

KPM memastikan bahawa kepercayaan yang diberikan itu tidak digugat oleh

perlakuan-perlakuan yang tidak berintegriti oleh warga pendidik. Oleh yang

demikian, adalah penting bagi warga KPM memastikan usaha-usaha yang bersepadu

dan terancang dilaksanakan bagi memastikan warga pendidik di Malaysia merupakan

warga pendidik yang berintegriti dan berupaya mendidik anak bangsa.

Kerjaya perguruan berbeza dengan kerjaya profesional yang lain di mana

guru merupakan ejen sosialisasi masyarakat untuk menginsankan individu dan

mewujudkan masyarakat bertamadun. Dalam hubungan ini, PIN telah mensasarkan

warga pendidik sebagai duta integriti iaitu kelompok yang dilihat berupaya untuk

menyebar luaskan integriti kepada masyarakat secara umumnya. Selain itu, profesion

perguruan yang dilihat oleh masyarakat sebagai profesion yang berintegriti tinggi

dan menjadi role model kepada murid juga merupakan antara sebab utama pemilihan

warga pendidik sebagai duta integriti oleh IIM. Sebagai professional, guru dianggap

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Norhaiza Binti Mat... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : impak program pelan

golongan yang cekap dan tepat dalam menangani pelbagai isu dan cabaran dalam

dunia pendidikan (Wilson, 2009).

Pelbagai program pemantapan integriti telah dilaksanakan kepada warga

pendidik, antaranya program SIWP yang dijalankan mulai tahun 2007 oleh IIM

dengan kerjasama KPM di peringkat JPN, PPD, IPG, dan Kolej Matrikulasi di

seluruh Malaysia. Program yang diadakan secara berterusan dan meluas ini

diharapkan berupaya membentuk warga pendidik yang berintegriti. Adalah menjadi

hasrat KPM agar warga pendidik yang terlibat secara langsung dalam program

berkenaan dapat menyebar luaskan mesej integriti kepada rakan sejawat dan

muridnya. Apakah warga pendidikan telah dapat melaksanakan tanggungjawab

berasaskan kursus PIO yang telah mereka hadiri? Kajian perlu dilakukan untuk

mengenal pasti perkara ini.

Umumnya tujuan utama PIO KPM dilaksanakan adalah untuk meningkatkan

kefahaman warga pendidik terhadapa integriti. Pengetahuan dan kefahaman yang

tinggi amat penting untuk memastikan semua guru memahami akan keperluan nilai

integriti di dalam diri mereka. Sehubungan dengan itu, pihak KPM dengan kerjasama

IIM telah mengadakan pelbagai kursus berkaitan integriti kepada warga pendidik.

Kursus yang diadakan termasuklah kursus yang dikendalikan dalam bentuk seminar

dan bengkel. Ini termasuklah Bengkel Pembangunan Individu dan Organisasi

Berintegriti dan Bengkel Pengurusan Integriti dengan kerjasama SPRM (Institut

Integriti Malaysia, 2004).

Pihak KPM juga telah mengadakan PIO yang ditujukan khas untuk kelompok

guru tertentu. Misalnya kursus Khas Guru Pendidikan Islam untuk menampung

keperluan guru pendidikan Islam. Modul dan pelaksanaan kursus ini dibina dengan

memberi fokus kepada guru pendidikan islam sahaja. Tindakan ini untuk mematikan

agar semua sekolah guru pendidikan Islam yang menjadi pendokong agama adalah

kumpulan yang disegani dan menjadi tempat rujukan dan nasihat oleh semua warga

sekolah. Atas kesedaran itulah, pihak KPM telah mengambil inisiatif dengan

melaksanakan Kursus khas agar peribadi warga pendidik selalu dihiasi dengan nilai-

nilai integriti. Apakah kursus ini memberikan impak kepada guru seperti mana yang

diharapkan? Kajian perlu dilakukan untuk mengenalpasti perkara ini.

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Norhaiza Binti Mat... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : impak program pelan

Menghayati setiap yang dilakukan adalah amat penting bagi memastikan

kesempurnaan sesuatu pekerjaan. Sebahagian daripada guru didapati tidak

mempunyai watak sebagai pendidik. Mereka didapati tidak menghayati profesion

yang disandang dan tidak mengamalkan nilai integriti di dalam tugasan. Menyedari

akan kekurangan ini maka PIO dijalankan dalam kalangan guru yang bertujuan untuk

menerapkan integriti dalam kalangan guru. Apakah selama dilantik di dalam

profesion perguruan golongan ini semakin kurang integriti atau tidak mengamalkan

integriti terutama sewaktu menjalankan tugas? Kajian perlu dilakukan untuk

mengenalpasti tahap integriti dalam kalangan guru.

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) telah dilaksanakan

diperingkat sekolah kepada semua guru. Standard ini telah dibina dengan

memasukkan kriteria integriti dan tahap integriti di dalam instrumen yang telah

dibina dan penilaian ini dilaksanakan secara berkala (Institut Integriti Malaysia,

2004). Apakah langkah ini dapat meningkatkan kesedaran kepentingan integriti

dalam kalangan guru? Kajian perlu dilakukan untuk memastikan integriti dalam

kalangan guru dapat dipertahankan.

Pelan Integriti Organisasi (PIO) KPM juga telah menetapkan syarat untuk

dalam pengambilan guru baru. Calon yang memohon untuk menabur bakti di dalam

profesion perguruan peringkat sekolah rendah perlu menjalani beberapa proses

tapisan. Pada peringkat pertama calon perlu melalui ujian MTest. Sekiranya mereka

lulus dalam ujian tersebut baru merekaakan dipanggil untuk menjalani temuduga.

Dalam sesi temuduga ini panel penilai akan menilai seterusnya memilih calon yang

benar-benar mempunyai kelayakan sahaja untuk mendaftar sebagai calon guru.

Setiap proses dikendalikan oleh panel dan jawatankuasa yang dilantik dan

dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG). Selain itu juga,

mereka yang mengikuti Program Ijazah Pertama di IPTA akan diberikan biasiswa

Perguruan Program Ijazah Pertama. Tawaran ini diberikan kepada calon yang

memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti mendapat PNGK 2.75 ke atas.

Sebelum semua calon guru ini menamatkan pengajian, mereka dihendaki mengikuti

program PIO yang dikendalikan menerusi institusi pengajian masing-masing.

Apakah impak program PIO ini kepada guru? Kajian perlu dilakukan untuk menilai

impak program PIO ini kepada integriti guru.

Page 26: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Norhaiza Binti Mat... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : impak program pelan

Profesionalisme merupakan aspek yang penting di dalam semua

perkhidmatan. Memahami dan menghayati pekerjaan yang dilakukan akan

membantu meningkatkan profesionalisme kerjaya. Guru juga perlu mempunyai tahap

profesionalisme yang tinggi dengan tugas mereka. Seseorang yang profesional harus

selalu melakukan inovasi serta mengembangkan kemampuan yang dimiliki supaya

dapat bersaing dan menjadi yang terbaik dalam kalangan rakan sejawat. Menyedari

keperluan tersebut pihak Kementerian Pendidikan melalui program PIO telah

mengadakan pelbagai kursus yang mempunyai pengisian tentang profesionalisme.

Antara kursus yang dijalankan adalah seperti Kursus Peningkatan Profesionalisme,

Kursus Dalam Perkhidmatan dan Kursus Jurulatih.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mahukan semua guru dapat

membudayakan etika dan integriti dalam semua aspek ketika menjalankan tugas dan

tanggungjawab di dalam organisasi. Bagi memastikan nilai tersebut tidak diabai oleh

guru, pihak KPM telah melaksanakan Kurikulum Bina Insan Guru selama 6 semester

di peringkat Institut Pendidikan Guru iaitu untuk guru pelatih dengan berpandukan

modul (Buku Panduan Perlaksanaan Bina Insan Guru) tertentu bagi setiap semester.

Antara aktiviti yang diadakan adalah aktiviti perkhemahan, aktiviti gotong royong

atau khidmat masyarakat, aktiviti ceramah dan aktiviti lawatan penanda aras.

Selain itu juga, mereka diberi pendedahan dalam bidang Ilmu Pendidikan

Program Kursus Lepas Ijazah (KPLI) yang memasukkan tajuk-tajuk seperti berikut:

Guru Sebagai Satu Profesion (4 jam) yang mengandungi subtajuk:

i. Konsep Profesional dan Bukan Profesional

ii. Kod Etika Profesionalisma Perguruan Malaysia

iii. Akauntabiliti terhadap sekolah, tingkahlaku murid, profesion dan komuniti

Di bawah Rancangan Malaysia ke-9 yang antara lain menitikberatkan agenda

bagi memperkukuhkan modal insan, usaha pemantapan integriti secara menyeluruh

di peringkat Kementerian telah dilaksanakan pada tahun 2007 melalui program

Seminar Integriti Warga Pendidik (SIWP) peringkat Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)

dengan kerjasama IInstitut Integriti Malaysia (IIM). Program Seminar Integriti

Page 27: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Norhaiza Binti Mat... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : impak program pelan

Warga Pendidik (SIWP) ini dilaksanakan bertujuan bagi mencapai objektif-objektif

berikut:

(i) Meningkatkan tahap kesedaran serta kefahaman warga pendidik

mengenai PIN;

(ii) Meningkatkan komitmen warga pendidik mengenai peranan mereka

dalam memperkukuhkan integriti keluarga, masyarakat dan komuniti;

dan

(iii) Memupuk amalan membudayakan integriti dalam pekerjaan dan

kehidupan seharian.

Proses untuk memantapkan nilai integriti dalam kalangan warga pendidik

termasuk penilaian secara berkala memerlukan penglibatan serta usaha bersunguh-

sungguh dari semua peringkat pengurusan pendidikan. Justeru itu, strategi serta pelan

tindakan secara berfokus diharap dapat dilaksanakan secara kolektif untuk

memastikan tahap integriti setiap warga pendidik bukan sahaja tinggi tetapi dapat

dipertingkatkan lagi.Ini kerana sebagai pendidik, guru mempunyai tanggungjawab

besar untuk membentuk sahsiah pelajar. Ia menjadi prasyarat utama kepada kejayaan

guru melahirkan generasi yang berintegriti. Bagi menjayakan hasrat itu, kepimpinan

organisasi pendidikan harus mempunyai kefahaman yang jelas mengenai aspek

integriti supaya pembudayaan itu dapat disuburkan dalam organisasi (Muhyiddin

Yasin, 2012)

Sebagai duta yang dilantik oleh KPM untuk menyebarkan mesej integriti,

guru seharusnya mengamalkan nilai-nilai integiriti. Hari ini, terdapat segelintir guru

yang tidak menepati masa seperti datang lewat ke sekolah. Perkara ini sudah menjadi

amalan mereka menyebabkan mereka tidak merasa bersalah dengan diri sendiri dan

murid-murid. Selain daripada itu, sikap guru yang suka melengah-lengahkan masa

berada di kantin hingga mengorbankan waktu pembelajaran dan pengajaran (PdP)

juga membuktikan mereka kurang mengamalkan nilai-nilai integriti di sekolah.

Terdapat juga tingkah laku negatif seperti mencuri, vandalisme, memanjangkan

waktu rehat tanpa kebenaran dan ponteng kerja (Mikulay & George, 2001). Apakah

kursus PIO yang dijalankan ke atas guru efektif dalam meningkatkan integriti dalam

kalangan guru? Kajian perlu dilakukan untuk menilai tahap kefahaman dan hasil

menghadiri program PIO terhadap kalangan guru?

Page 28: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Norhaiza Binti Mat... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : impak program pelan

1.3 Pernyataan Masalah

Integriti merupakan satu perkara yang amat penting dalam menentukan

pengurusan dan corak kerja di sekolah. Amalan integriti yang telus dan tulus dapat

membantu kepada keupayaan merealisasikan visi dan misi sekolah. Guru yang

mempunyai tahap kesedaran yang amat baik mengenai integriti dan selalu

mengamalkannya akan memberi impak yang positif kepada motivasi diri seterusnya

kepada insititusi pendidikan itu sendiri.Ketua guru disiplin di sebuah sekolah

menengah di Pandan Indah, Ampang dihadapkan di mahkamah Majistret, atas

pertuduhan mencabul 12 pelajar perempuan berusia 15 dan 16 tahun. Dia didakwa

mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukum penjara

maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman berkenaan

jika disabit kesalahan (Akhbar Harian Metro 4 Mac 2011). Adakah ini menandakan

kursus PIO yang dijalankan tidak memberikan sebarang reaksi kepada guru? Kajian

perlu dilakukan untuk mengenal pasti reaksi guru terhadap program PIO.

Kementerian Pelajaran Malaysia dan IIM adalah pihak yang terlibat secara

langsung dalam mengatur program PIO yang dirancang dalam melaksanakan

perubahan dan penambahbaikan pengurusan dan gerak kerja yang mementingkan

integriti. Kerjaya perguruan adalah berbeza berbanding kerjaya profesional yang lain

di mana guru merupakan ejen sosialisasi masyarakat untuk menginsankan individu

dan mewujudkan masyarakat bertamadun. Sikap guru merupakan salah satu faktor

yang memberi kejayaan kepada murid. Phillip Van Hooser (1998) mendapati bahawa

terdapat tiga unsur penting dalam menentukan apa juga bentuk kejayaan. Tiga unsur

ini berkait rapat antara satu sama lain dan dikenali sebagai “Triangle of Success”.

Istilah ini merangkumi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap. Ketiga-tiga elemen

tersebut amat penting untuk meningkatkan kefahaman guru mengenai kepentingan

integriti. Apakah program PIO yang dihadiri guru boleh meningkatkan pembelajaran

guru terhadap integriti? Kajian perlu dilakukan untuk mengenal pasti pembelajaran

yang dilalui oleh guru untuk meningkatkan integriti.

Perkataan integriti bermaksud wholeness atau completeness iaitu

kesempurnaan manakala ada pula yang menganggap integriti sebagai “soundness of

moral principal” yang merujuk kepada keikhlasan dan kejujuran (Nelson, 2004).

Guru perlu sentiasa mementingkan kesempurnaan diri untuk mengekal dan

Page 29: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Norhaiza Binti Mat... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : impak program pelan

memartabatkan maruah dan profesion mereka sendiri. Mementingkan keikhlasan dan

kejujuran di dalam setiap pelaksanaan dapat membantu guru menjadi insan yang

dihormati dan disanjungi seterusnya menjadi ‘role model’ bukan sahaja murid-murid

malah masyarakat sekeliling. Guru haruslah mempelbagaikan pendekatan, kaedah

dan teknik semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) supaya pengajaran

guru dapat diterima dan dihayati dengan baik oleh pelajar, di samping memenuhi

objektif sesuatu pengajaran. Antara lain yang harus dititikberatkan guru ialah

mendisiplinkan diri mereka sendiri dan dalam masa yang sama juga perlu

mendisiplinkan para pelajar kerana mereka akan menjadi contoh ikutan buat para

pelajar (Mohd Faisal Mustaffa, 2008).Dengan adanya sifat-sifat positif dalam

kalangan guru ia mampu meningkatkan kualiti di dalam diri masing-masing. Sejauh

manakah guru dapat memperlihatkan perlakuan guru hasil daripada program PIO?

Kajian perlu dilakukan untuk menilai tahap perlakuan guru yang telah menghadiri

program PIO.

Sejak pelancaran PIN dan penubuhan IIM oleh YAB Tun Abdullah Hj

Ahmad Badawi pada 23 April 2004 telah banyak berlaku perubahan positif terhadap

integriti rakyat Malaysia. Sebagaimana yang telah diumumkan baru-baru ini oleh

Transparency International (TI) bahawa pencapaian Malaysia dalam Indeks Persepsi

Rasuah Antarabangsa (CPI) 2012 menunjukkan peningkatan dengan kedudukan di

tangga 54 daripada 176 negara berbanding ke-60 daripada 183 negara, tahun 2011.

Kes-kes berkaitan salah laku integriti guru akan memberi kesan yang besar kepada

produktiviti murid yang akhirnya akan menyebabkan prestasi sekolah merosot.

Aduan berkaitan dengan perselisihan faham, gagal menyesuaikan diri di tempat baru

dan memukul murid yang agak keterlaluan menjadi tanda kelemahan integriti.

Kelemahan integriti akan menyumbang kepada keruntuhan nilai moral dan kerosakan

sesuatu profesion pekerjaan (Hardingham, 2004). Namun begitu banyak lagi

rungutan yang diperolehi tentang impak PIO terhadap warga pendidik. Apakah hasil

guru menghadiri program PIO boleh memberi input yang terbaik kepada pengurusan

sekolah? Kajian perlu dilakukan untuk mengenal pasti pengisian yang di perolehi

oleh guru mampu meningkatkan kualiti pengurusan sekolah.

Kajian perlu dilakuan untuk memastikan reaksi, pembelajaran, perlakuan dan

hasil program PIO mampu memberi impak yang positif terhadap guru. Ini penting

Page 30: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Norhaiza Binti Mat... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : impak program pelan

bagi memastikan pelaksanaan program yang dianjurkan oleh KPM dan IIM dapat

memberi manfaat bukan sahaja kepada guru malah untuk murid dan pengurusan

sekolah.

1.4 Objektif

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji impak program Pelan Integriti

Organisasi (PIO) KPM terhadap guru. Secara khusus, objektif kajian ini adalah untuk

i. Menilai impak reaksi guru yang mengikuti PIO.

ii. Menilai impak pembelajaran guru yang mengikuti PIO.

iii. Menilai impak perlakuan guru yang mengikuti PIO.

iv. Menilai impak hasil kerja guru yang mengikuti PIO.

v. Menilai tahap reaksi, pembelajaran, perlakuan, dan hasil kerja guru yang

mengikuti program PIO berdasarkan jantina.

vi. Menilai sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pembelajaran guru dengan hasil kerja guru yang mengikuti program PIO.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini akan menjawab persoalan berikut:

i. Apakah tahap reaksi guru yang mengikuti PIO?

ii. Apakah tahap pembelajaran guru yang mengikuti PIO?

iii. Apakah tahap perlakuan guru yang mengikuti PIO?

iv. Apakah tahap hasil kerja guru yang mengikuti PIO?

v. Apakah terdapat perbezaan tahap reaksi, pembelajaran, perlakuan, dan

hasil kerja guru yang mengikuti program PIO berdasarkan jantina?

vi. Apakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pembelajaran

guru dengan hasil kerja guru yang mengikuti program PIO?

Page 31: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Norhaiza Binti Mat... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : impak program pelan

1.6 Skop Kajian

Skop kajian yang dikaji mengikut aspek berikut. Impak reaksi guru yang

mengikuti PIO dikaji daripada tiga aspek iaitu aspek pengetahuan, kefahaman, dan

kesesuaian bahan sokongan dan masa perlaksanaan kursus. Sementara itu impak

pembelajaran guru akan dikaji daripada dua aspek: ilmu yang dipelajari dan

kepentingan ilmu kepada diri. Bagi impak perlakuan guru pula akan dikaji daripada

tiga aspek: amalan ilmu kepada diri individu guru dan juga amalan ilmu guru kepada

organisasi. Akhirnya impak hasil guru akan dikaji daripada dua aspek: pembangunan

professional guru dan komitmen guru kepada organisasi.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini terhad kepada perkara-perkara berikut:

1.7.1 Kajian ini terbatas kepada guru sekolah rendah yang bertugas di Kota

Tinggi Johor dan telah disahkan dalam jawatan sahaja.

1.7.2. Kajian ini terbatas penggunaan soal selidik dalam pengumpulan data.

1.7.3 Dapatan kajian ini terbatas kepada kejujuran responden dalam membuat

pemilihan jawapan sepenuhnya.

1.8 Kepentingan Kajian

Kajian ini penting kepada guru, pentadbir sekolah, pejabat pelajaran daerah,

KPM, IIM.

1.8.1 Guru

Page 32: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Norhaiza Binti Mat... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : impak program pelan

Diharapkan hasil kajian ini mampu membantu para guru untuk lebih

memahami integriti dan seterusnya program PIO yang dianjurkan oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM). Dapatan kajian ini juga diharap dapat melihat kesedaran

guru terhadap integriti dan kepentingan kursus yang dianjurkan oleh KPM. Selain itu

juga, ia dapat mendorong guru agar lebih berminat mengikuti kursus berkaitan

integriti bagi membantu mereka untuk lebih bertindak secara profesional semasa

melaksanakan tugas.

1.8.2 Pentadbir sekolah

Pengkaji juga berharap kajian ini dapat memberi panduan untuk semua

pentadbir mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran guru yang mengikuti kursus PIO

untuk penambaikan pengurusan sekolah. Selain itu, pentadbir juga memainkan

peranan dengan memberi dorongan kepada guru untuk mengikuti kursus berkaitan

integriti yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

1.8.3 Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)/Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)

Dapatan kajian ini juga diharapkan dapat memberi panduan kepada PPD dan

JPN. Melalui hasil kajian ini, diharapkan PPD dan JPN akan dapat mengetahui kesan

penglibatan guru dalam kursus PIO. Mereka juga akan dapat melihat hasil guru yang

menghadiri kursus PIO untuk membantu pengurusan PPD dan JPN sendiri.

1.8.4 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

Pengkaji juga mengharapkan hasil kajian ini dapat memberi sedikit panduan

kepada KPM terhadap keberkesanan kursus PIO yang dikendalikan dan diikuti oleh

guru. Hasil kajian ini juga akan dapat membantu KPM meningkatkan lagi kualiti

kandungan kursus demi kepentingan guru.

Page 33: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Norhaiza Binti Mat... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : impak program pelan

1.8.5 Institut Integriti Malaysia (IIM)

Pengkaji berharap hasil kajian ini dapat membantu pihak IIM untuk melihat

keberkesanan kursus yang dianjurkan. Dengan ini pihak IIM akan dapat membuat

perubahan atau mengemaskini semua kursus PIO yang dikendalikan bersama KPM.

1.9 Model Kajian

Terdapat pelbagai model penilaian dalam literatur yang boleh dijadikan asas

kepada penilaian latihan. Antara model yang paling popular dan sering digunakan

oleh pengkaji ialah Model Penilaian EmpatTahap yang dikemukakan oleh Donald L.

Kirkpatrick (1983, 1987). Melalui model di Rajah 1, Kirkpatrick (1983; 1987)

mencadangkan penilaian sesuatu program latihan seharusnya berdasarkan empat

peringkat iaitu reaksi, pembelajaran, perlakuan dan hasil (outcome).

TAHAP PENILAIAN

1. Reaksi Penilaian Peserta Terhadap Program Latihan

2. Pembelajaran Penilaian Perolehan Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap oleh Peserta

3.Perlakuan Penilaian Terhadap Aplikasi Apa Yang DiPelajari Terhadap Kerjaya

4. Hasil Penilaian Hasil Latihan Terhadap Output Organisasi

Rajah 1.1: Model Penilaian Empat Tahap oleh Kirkpatrick

1.9.1 Pada tahap pertama, latihan dinilai di akhir kursus berdasarkan

kepuasan peserta terhadap kandungan kursus, persembahan dan

relevannya dengan tugas pekerja. Perkara ini berkait rapat dengan

pengisian atau model latihan yang disediakan oleh pihak penganjur.

Kesesuaian modul dengan peserta akan memberi impak yang positif

kepada mereka.

Page 34: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Norhaiza Binti Mat... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : impak program pelan

1.9.2 Menerusi tahap kedua, fokus impak adalah ke atas perolehan

pengetahuan, kemahiran dan sikap hasil daripada mengikuti latihan. Ini

boleh diertikan bahawa setelah selesai mengikuti kursus tersebut,

peserta mempunyai pengetahuan, kemahiran yang baharu. Seterusnya ia

akan membawa kepada perubahan sikap peserta agar lebih

bertanggungjawab dengan setiap tugasan yang dilaksanakan.

1.9.3 Pada tahap ketiga, perlakuan adalah merujuk kepada kebolehan peserta

untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan sikap ke atas

kerjanya. Sejauhmana peserta mampu meningkatkan pengetahuan dan

kemahiran mereka setelah selesai menghadiri kursus. Aspek ini dapat

dinilai melalui sikap mereka sewaktu menjalankan tugas samada

semakin bertanggungjawab dan berkualiti atau sebaliknya.

1.9.4 Tahap keempat, penilaian dilakukan keatas output organisasi hasil

aplikasi pengetahuan, kemahiran dan sikap tersebut. Pihak atasan dapat

mengenal pasti impak terhadap orang bawahan mereka yang menghadiri

sesuatu kursus melalui hasil kerja yang dilakukan oleh pekerja.

Sekiranya hasil kerja tersebut mempunyai peningkatan, ini bermakna

kursus yang dihadiri oleh perserta tersebut adalah sesuai dan mampu

membawa perubahan yang baik kepada mereka dan organisasi.

Pengkaji memilih model Kirckpatrick berdasarkan faktor berikut:

i. Langkah kerja model Kirkpatrick lebih fleksibel dan mudah

ii. Merupakan model penilaian yang lengkap dari segi penilaian sesuatu program

iaitu menepati dimensi reaksi, pembelajaran, perlakuan dan hasil Kerja.

iii. Model ini berpotensi sebagai penilaian formatif dan sumatif serta dapat

membentuk perubahan

iv. Memberi peluang kepada pengkaji mengkaji setiap dimensi dalam penilaian

iaitu dimensi reaksi, dimensi pembelajaran, dimensi perlakuan dan dimensi

hasil serta melakukan analisis ke atas masalah yang dihadapi dalam setiap

dimensi.

Page 35: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Norhaiza Binti Mat... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : impak program pelan

1.10 Kerangka Konsep Kajian

Rajah 1.2: Kerangka Konseptual Kajian

1.11 Definisi Istilah dan Operasional

Definasi yang dikemukakan di sini bertujuan untuk memberi gambaran yang

lebih jelas kepada istilah dan operasional untuk mengelakkan kekeliruan. Ini kerana

istilah yang didefinasikan itu membawa maksud yang sangat khusus bagi konteks

kajian ini.

MODEL

KIRCKPATRICK

TAHAP 1 Peringkat Reaksi

TAHAP 3 Peringkat Perlakuan

TAHAP 4 Peringkat Hasil

TAHAP 2 Peringkat

Pembelajaran

Impak PIO terhadap peserta dari aspek reaksi, pembelajaran, perlakuan dan hasil kerja

terhadap terhadap kerjaya

Pelan Integriti Organisasi KPM (Modul, Pengisian, Kemudahan, Masa, Tempat)

Page 36: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Norhaiza Binti Mat... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : impak program pelan

1.11.1 Impak

Dalam kajian ini, impak merujuk kepada kesan mengikuti kursus atau kursus-

kursus berkaitan dengan integriti yang dikendalikan oleh IIM dengan kerjasama

KPM.

1.11.2 Program Pelan Integriti Organisasi

Program Pelan Integriti Organisasi (PIO) merujuk kepada pelan yang

dianjurkan oleh Institut Integriti Malaysia bersama dengan Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM) bertujuan untuk membentuk dan melahirkan guru yang berintegriti

dalam melaksanakan tugas untuk diri dan organisasi. Progam PIO ini dikendalikan

dalam pelbagai bentuk kursus dan dilaksanakan sama ada semasa bakal guru masih

dalam pengajian diperingkat ijazah pertama atau semasa bekerja setelah guru

menjawat pekerjaan.

1.11.3 Integriti

Integriti sebenarnya berasal dari istilah bahasa Inggeris yang membawa erti

keutuhan dari semua segi yang baik. Dalam bahasa Melayu, ia biasanya menjurus ke

arah perwatakan seseorang. Maksud integriti mengikut Kamus Dwibahasa Dewan

Bahasa Dan Pustaka (1985) ialah kejujuran dan ketulusan, kesempurnaan, dan

keutuhan. Dalam kajian ini integriti bermaksud mengamalkan sifat dan nilai positif

yang wujud dalam hati, minda dan diri guru dan menjalankan tugas dengan penuh

amanah, betul dan ikhlas, tidak terjejas kepada sebarang ancaman negatif ke arah

kebahagiaan dan kecemerlangan diri dan organisasi. Integriti adalah sifat jati diri

yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar,

berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang

cakapnya dan sebagainya.

Page 37: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Norhaiza Binti Mat... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : impak program pelan

1.12 Penutup

Integriti merupakan kualiti yang dimiliki secara konsisten bagi mendokong

nilai moral yang tinggi atau mencapai tahap profesionalisme. Integriti perlu dibudaya

dan diperluaskan secara bersungguh-sungguh dan berterusan dalam kalangan guru.

Secara ringkasnya, integriti adalah suatu proses yang perlu dilakukan secara

konsisten agar ia tidak dilaksanakan hanya secara bermusim. Dengan adanya integriti

di dalam setiap diri warga pendidik ia akan membantu mereka melaksanakan kerja

dengan baik seterusnya mencapai tahap pengurusan kerja yang berkualiti.

Pengetahuan, kesedaran dan pelaksanaan yang baik berkaitan kursus PIO yang

dianjurkan oleh IIM dan KPM akan membantu guru mencapai tahap integriti yang

baik seperti yang telah disasarkan oleh KPM.