Adat Resam Dan Pantang Larang

Embed Size (px)

Text of Adat Resam Dan Pantang Larang

Adat Resam dan Pantang Larang [5.5 x 8.5]

ADAT RESAM

DAN

PANTANG LARANG

SUKU KAUM

DI SABAH

ADAT RESAM

DAN

PANTANG LARANG

SUKU KAUM

DI SABAH

Panel Penulis

Dewan Bahasa dan PustakaKuala Lumpur2013

Cetakan Pertama 2014

Panel penulis

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur, Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Adat resam dan pantang larang suku kaum di Sabah/ Panel penulis

Mengandungi indeks

ISBN 978-983-46-41564-2

1. Culture. 2. Sabah--Social life and custons. I. Panel Penulis

II. siri

305.800959521

Dicetak oleh

Utusan Printcorp Sdn. Bhd.

Kompleks Sri Utusan

Lot 6, Jalan P/10, Seksyen 10

Kawasan Perusahaan Bangi

43650 Bandar Baru Bangi

Selangor Darul Ehsan.

Kandungan

iiPENYUMBANG

KATA PENGANTARiiiPRAKATAiiPENDAHULUANivBab 1 PENGENALAN1Bab 2 ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG SUKU BAJAU SAMA oleh RADIK TAIM8Bab 3 ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG SUKU KADAZAN oleh RITA LASIMBANG27Bab 4 ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG SUKU RUNGUS oleh RAYMOND MAJUMAH52Bab 5 ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG SUKU BISAYA oleh SITI AIDAH LOKIN76Bab 6 ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG SUKU BONGGI oleh RAYMOND MAJUMAH109Bab 7 ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG SUKU IRANUN oleh ABD.NADDIN SHAIDDIN124BIODATA PENULIS152LAMPIRAN158GLOSARI160BIBLIOGRAFI168INDEKS174

PENYUMBANG

Abd. Naddin Hj. Shaiddin

Radik Taim

Raymond Majumah

Rita Lasimbang

Siti Aidah Hj. Lokin

KATA PENGANTAR

Istimewanya negeri Sabah bukan sahaja kerana flora dan faunanya, lautannya yang bersih dan kaya dengan pelbagai spesies hidupan laut, Gunung Kinabalu yang indah serta memukau ramai pelancong, gugusan pulau yang menyajikan keindahan, tetapi Sabah juga istimewa dan unik dengan kepelbagaian suku dan budayanya. Keindahan negeri Sabah telah menjadi tumpuan bukan sahaja kepada pelancong dalam negeri tetapi juga menjadi perhatian pelancong dari luar negara. Saban tahun, para pelancong dari negara barat, Jepun, Korea, Taiwan dan negara-negara lain ke Sabah kerana ingin melihat sendiri keindahan dan keunikan negeri Sabah.

Usaha memulihara dan melindungi kahazanah hutan dan alam sekitar telah menjadikan Sabah sebagai tumpuan para penyelidik dari luar negara. Usaha murni kerajaan ini telah mencuri perhatian pasangan diraja Britain, "Duke and Duchess of Cambridge", Putera William dan isterinya Kate Middleton ke negeri ini pada tahun 2012. Pasangan Diraja ini telah mengunjungi Lembah Danum dan memuji usaha konservasi Hutan Hujan Tropika yang sedang ditangani Kerajaan Negeri Sabah dengan kerjasama Royal Society of London, United Kingdom. Kunjungan Diraja ini telah memberikan nilai tambah kepada negeri Sabah dalam memperkukuh citra negeri ini, khususnya sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.

Keindahan yang terdapat di Sabah, bukan sahaja boleh dimanfaatkan oleh para pengkaji dan para pelancong untuk tujuan beristirahat dan merasai suasana semula jadi yang tidak terdapat di negara mereka, bahkan bagi saya keindahan ini boleh dimanfaatkan oleh para karyawan, sasterawan dan penulis di negara ini. Khazanah alam semula jadi milik kita akan menjadi lebih bermakna apabila dirakamkan dalam bentuk penulisan, sama ada penulisan berbentuk kreatif atau ilmiah. Betapa moleknya, jika keistimewaan di negeri ini dapat dirasai, diketahui dan dihayati bersama-sama oleh masyarakat di serata dunia melalui usaha pendokumentasian dan karya kreatif. Karya kreatif yang diadun dengan latar tempat tempatan, bagi saya bukan sahaja dapat memberikan nilai sendiri kepada karya tersebut, bahkan dapat menggamit pembaca untuk datang ke negeri kita dan melihat sendiri suasana dan latar tempat di negeri kita. Sebagaimana kita dihidangkan dengan latar tempat di negara-negara lain apabila kita membaca buku-buku terbitan negara luar. Keterujaan mengunjungi negara tersebut akan timbul.

Kepada para sasterawan dan penulis di negeri ini, khususnya saya menyeru agar anda bergerak bersama-sama kerajaan dalam usaha meningkatkan industri pelancongan negeri ini melalui pelancongan sastera atau literary tours. Di negara kita, hal ini mungkin belum dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat. Namun, di United Kingdom pelancongan seumpama ini telah menjadi salah satu kaedah untuk mempromosikan negara. Melalui kemasyhuran karyawan mereka, daripada Shakespeare hingga J.K. Rowling, tempat-tempat karya tersebut diterbitkan dan tempat bersejarah yang berkaitan karyawan tersebut telah dipopularkan. Misalnya Stratford-upon-Avon yang sangat sinonim dengan tempat lahir, bermulanya karier dan berakhirnya hayat Shakespeare telah mendapat perhatian pelancong dari seluruh dunia. "Pelancongan Shakespeare" memberikan pulangan beratus juta ringgit setahun.

Selain latar tempat, saya juga yakin bahawa kepelbagaian budaya di negeri ini yang datang daripada pelbagai suku akan memberikan warna-warni dalam karya sastera hasil karyawan Sabah. Arus pemodenan dan persejagatan tidak dapat dinafikan telah memainkan peranan mengubah paradigma masyarakat dalam cara dan budaya hidup. Kebaikannya kita mengejar ketamadunan dan meningkatkan citra bangsa kita. Namun, tanpa disedari adat resam dan budaya suku dan bangsa kita semakin ditinggalkan dan kurang diketahui generasi muda. Oleh sebab itu, bagi saya penerbitan buku ini merupakan usaha yang amat baik dalam melestarikan pemupukan, pemahaman dan kelangsungan adat resam dan pantang larang suku kaum di Sabah. Adat dan pantang larang yang diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi ini, wajar didokumentasikan sebagai bahan rujukan dan kajian. Jika usaha sebegini tidak diambil oleh mana-mana pihak, mungkin generasi muda yang tidak tahu dan akan meninggalkan terus adat resam dan pantang larang suku mereka, sama ada yang berkaitan perkahwinan, kelahiran dan kematian. Tiga fasa penting dalam kehidupan ini, mempunyai adat resam dan pantang larang yang tersendiri yang bertujuan untuk kesejahteraan dan keselamatan. Peranan bobohizan atau bagi sesetengah suku dikenali sebagai bbobbollizan dikhuatiri semakin tidak diketahui. Yang tinggal hanyalah nama. Malah, saya yakin sesetengah istilah yang melibatkan pantang larang seperti ovingkat boleh memperkaya kata bahasa Melayu.

Saya akhiri mata pena saya dengan merakamkan ucapan tahniah kepada para penulis buku ini dan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah yang telah mengambil inisiatif mendokumentasikan adat resam dan pantang larang suku kaum di Sabah sebagai tatapan generasi dan masyarakat.

Ayuh, lestarikan adat resam dan pantang larang suku di Sabah!

(DATUK MASIDI MANJUN)

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah

PRAKATA

"Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat" pepatah dalam kalangan masyarakat Melayu yang sangat sinonim dengan sikap dan pendirian masyarakat dalam mempertahankan adat resam yang menjadi pegangan mereka.

Sebelum masyarakat menganuti mana-mana agama atau kepercayaan, adat resam berperanan penting sebagai pemandu sistem pentadbiran, undang-undang dan budaya sesebuah masyarakat. Masyarakat mesti mematuhi adat resam. Tidak ada sesiapa yang terkecuali daripada menerima hukuman, waima anak sendiri atau ahli keluarga. Adat resam juga berperanan mewujudkan keadilan dalam sesebuah masyarakat.

Sabah bukan sahaja kaya dengan keindahan flora dan faunanya yang menjadi "kegilaan" masyarakat Barat yang dahagakan suasana kampung dan kehijauan, malah Sabah juga dikenali sebagai negeri di Malaysia yang kaya dengan budaya serta adat resamnya. Suku di Sabah yang melebihi 30 suku telah mewarnai budaya di Sabah dan mempunyai keunikannya tersendiri.

Pada zaman manusia hidup dalam dunia tanpa sempadan dan seolah-olah didominasi oleh budaya Barat, usaha perlu dilakukan bagi memastikan adat resam dan pantang larang tidak hapus atau luput ditelan zaman. Hilang dan tidak diketahui sebagaimana semakin hilang dan pudarnya budaya masyarakat kita yang semakin terbuka dan beracuan Barat.

Oleh sebab itu, buku yang mengandung tujuh bab yang ditulis oleh lima orang penulis yang mewakili beberapa suku yang besar di Sabah ini merupakan usaha untuk melestarikan kefahaman dan pengetahuan masyarakat tentang adat resam dan pantang larang beberapa suku di Sabah. Terbitnya buku ini juga pastinya dapat mengisi lompong khazanah persuratan berkaitan adat resam dan pantang larang suku kaum di Sabah yang masih sangat kurang. Buku ini merupakan edisi awal dan perintis dalam memperkatakan adat resam dan pantang larang suku di Sabah.

Bab 1 ialah bab pendahuluan yang membicarakan secara umum tentang sejarah, dan adat resam suku Kadazan, suku Bajau Sama, suku Bisaya, suku Rungus, suku Iranun dan suku Dusun Bonggi. Bab 2 menjurus kepada suku Bajau Sama di bahagian Pantai Barat Sabah, Bab 3 suku Kadazan yang mengkhusus kepada Kadazan di Penampang, Bab 4 membicarakan adat resam dan pantang larang suku Rungus, Bab 5 memfokuskan suku Bisaya, Bab 6 memperkatakan hal yang sama untuk suku Dusun Bonggi dan Bab 7 ialah bab yang membicarakan hal berkaitan untuk suku Iranun.

Panel penulis merakamkan ucapan terima kasih kepada Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah yang telah memberikan kepercayaan kepada kami. Harapan kami agar buku ini menjadi perintis kepada kajian lanjut tentang adat resam dan pantang larang suku lain di Sa