37
Disediakan Oleh : AINI FARHANAH BINTI ABDULLAH NOORHAIRIZAL BIN RAMZAN WAN MUHAMAD FAUZAN BIN WAN ZAIN EDU 3104 PENGURUSAN BILIK DARJAH & TINGKAH LAKU

Ciri-ciri Guru Yang Efektif

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Ciri-ciri Guru Yang Efektif

Disediakan Oleh :

AINI FARHANAH BINTI ABDULLAH

NOORHAIRIZAL BIN RAMZAN

WAN MUHAMAD FAUZAN BIN WAN ZAIN

EDU 3104

PENGURUSAN BILIK DARJAH & TINGKAH LAKU

Page 2: Ciri-ciri Guru Yang Efektif

PENGENALAN

Pekerjaan yang penting & diperlukan oleh

masyarakat.

Memerlukan komitmen untuk menjaga, mendidik &

memimpin kanak-kanak.

= mencapai kemajuan yang sepenuhnya &

menyediakannya untuk menghadapi cabaran pada

masa depan.

Page 3: Ciri-ciri Guru Yang Efektif

Bagi memastikan hasrat sistem pendidikan kita

tercapai, guru perlu beri perhatian serius terhadap

keberkesanan P&P di dalam bilik darjah.

Semua orang boleh jadi guru, tetapi tidak

semua orang boleh menjadi guru yang efektif

(berkesan).

Page 4: Ciri-ciri Guru Yang Efektif

GURU EFEKTIF

Efektif = ada kesannya (pengaruhnya), berkesan

Guru efektif ialah guru yang dapat :

Menguruskan bilik darjah dengan berkesan.

Membentuk suatu suasana agar murid terangsang

dengan apa-apa yang dipelajari dan berusaha melakukan

yang terbaik.

Menggunakan masa P&P dengan efisien.

Page 5: Ciri-ciri Guru Yang Efektif

CIRI GURU EFEKTIF

Ciri-ciri guru yang efektif di dalam bilik darjah dilihat

dari 3 aspek iaitu :

1. Kualiti Peribadi

2. Kompetensi Pengajaran & Pembelajaran

3. Penghayatan & Amalan Nilai

Page 6: Ciri-ciri Guru Yang Efektif

KUALITI PERIBADI

Kualiti peribadi = kualiti (mutu/kelebihan) yang ada

pada seseorang individu.

Kualiti peribadi guru yang efektif merupakan suatu

senarai yang panjang.

Kualiti ini membantu guru dalam melaksanakan tugas

dengan dengan lebih baik di dalam bilik darjah.

Page 7: Ciri-ciri Guru Yang Efektif

Ada antara kualiti ini sememangnya sudah sedia

ada dalam diri seseorang guru.

Ada pula guru yang perlu dilatih atau diingatkan

tentang kualiti yang diperlukan

= untuk membantunya dalam pengurusan bilik darjah.

Page 8: Ciri-ciri Guru Yang Efektif

Mampu memotivasikan muridnya kerana

keinginan beliau untuk mengajar dapat dirasakan

oleh muridnya.

Murid berasa selamat dan menaruh

kepercayaan terhadap guru yang menunjukkan

keyakinan dan ketabahan.

Guru yang bersemangat dan proaktif

Page 9: Ciri-ciri Guru Yang Efektif

Guru Yang Sensitif & Peka Terhadap

Perbezaan Cara Belajar & Keperluan Muridnya

Mengubahsuai cara pengajarannya dengan ambil kira

perbezaan yang wujud dalam bilik darjah.

• Boleh mewujudkan peluang pembelajaran untuk semua

murid.

• Murid akan terdorong untuk mengambil bahagian

dalam aktiviti pembelajaran APABILA keperluan mereka

diberi perhatian.

Page 10: Ciri-ciri Guru Yang Efektif

Guru Yang Bersikap Peramah, Mesra

& Berusaha Mengenali Muridnya

Contohnya :

Apabila guru memanggil murid dengan namanya.

• Murid merasakan dirinya penting dan dikenali oleh

guru.

• Situasi itu, secara tidak langsung dapat menjalinkan

hubungan antara guru & murid.

Page 11: Ciri-ciri Guru Yang Efektif

CIRI-CIRI GURU EFEKTIF

Mesra, peramah, penyayang Kreatif Yakin

Tabah & tidak mudah putus asa Tenang Sistematik

Inspirasi, motivasi Kejenakaan Adil

Empati, simpati Spontan Proaktif

Analatikal Fleksibel Bersemangat

Page 12: Ciri-ciri Guru Yang Efektif

CIRI-CIRI GURU KURANG EFEKTIF

Cepat marah Tegar

Tidak yakin Tiada daya usaha

Pesimis Autokratik

Page 13: Ciri-ciri Guru Yang Efektif

Bolehkah anda fikirkan ciri-ciri guru

efektif yang lain ?

Apakah implikasi kepada pengurusan

bilik darjah jika guru memiliki ciri-ciri

guru yang kurang efektif ?

SOALAN

Page 14: Ciri-ciri Guru Yang Efektif

Seseorang yang memilih profesion ini, harus memiliki

ciri-ciri kualiti peribadi.

Cth : perasaan kasih sayang, hormat-menghormati dan

sifat kemanusiaan yang tinggi.

KERANA

Tugas guru bukan seperti membina bangunan / jalan raya

TETAPI

Membina insan dan insan ini mempunyai keperluan yang

tertentu.

Page 15: Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Page 16: Ciri-ciri Guru Yang Efektif

KOMPETENSI PENGAJARAN & PENGAJARAN

Kompetensi/kecekapan P&P merangkumi pengetahuan

dan kemahiran guru dalam mendidik murid.

Antara jenis pengetahuan termasuklah :

pengetahuan am, pengetahuan ikhtisas sebagai guru &

pengetahuan tentang KBSR.

Antara jenis kemahiran termasuklah :

kemahiran pedagogi & penggunaan TMK dalam

pendidikan

Page 17: Ciri-ciri Guru Yang Efektif

Sebelum seseorang guru mula melaksanakan pengajaran,

mereka perlu memahami :

Objektif-objektif, pengetahuan, pengalaman

pembelajaran dan kaedah penilaian dalam kurikulum

tersebut.

Perlu sentiasa berusaha mempelajari perkara-perkara

baharu misalnya :

Membaca, menghadiri seminar atau bengkel

berkaitan subjek yang diajar, agar pengajarannya kekal

relevan.

Page 18: Ciri-ciri Guru Yang Efektif

Guru perlu memahami konsep, prinsip & struktur

subjek yang diajar dengan mendalam.

Guru yang memahami isi kandungan subjeknya

dengan baik, mampu memberikan pelbagai contoh &

mengaitkan dengan kehidupan harian.

Pengetahuan itu membolehkan guru menyediakan

pengalaman pembelajaran yang bermakna dan sesuai

untuk murid.

Page 19: Ciri-ciri Guru Yang Efektif

Guru yang berpengetahuan tentang subjeknya akan

mengetahui topik mana sukar dan memerlukan masa

lebih serta perlu dijelaskan menggunakan dengan contoh

& ilustrasi.

Membantu guru menyampaikan topik dalam bentuk

yang jelas mengikut penyusunan idea yang sistematik

dan kadar yang sesuai difahami oleh murid.

Cth : ilustrasi & alat bantu mengajar

Membantu menjelaskan sesuatu idea dengan tepat &

memudahkan murid terima sesuatu konsep yang diajar.

Page 20: Ciri-ciri Guru Yang Efektif

Kemahiran memilih strategi dan kaedah, memberikan

peluang guru mempelbagaikan penyampaian

bersesuaian dengan :

• Keperluan murid

• Tahap pencapaian murid

• Perbezaan di kalangan murid

Guru efektif mengambil kira gaya pembelajaran yang

berbeza dalam kalangan muridnya.

Page 21: Ciri-ciri Guru Yang Efektif

Murid mempunyai tempoh penumpuan yang pendek.

Keupayaan mewujudkan pelbagai rangsangan dapat

memberi peluang murid menggunakan pelbagai deria:

Misalnya :

• Penglihatan

• Pendengaran

• Kinestetik

• Menimbulkan minat

• Mengekalkan perhatian

Page 22: Ciri-ciri Guru Yang Efektif

Guru perlu mahir menggunakan teknik penyoalan.

Soalan yang tepat, ringkas & berfokus dapat

mencungkil idea serta memperkembangkan daya

pemikiran murid.

Membantu guru untuk mengetahui tahap pengetahuan

sedia ada dan sama ada murid telah memahami satu-

satu konsep.

Page 23: Ciri-ciri Guru Yang Efektif

Kemahiran penilaian membantu guru mengetahui jika hasil

pembelajaran telah dicapai.

Boleh menggunakan bentuk penilaian formal/tidak

formal untuk penilaian yang berterusan.

Keputusan membantu guru, dalam perancangan untuk

pengajaran berikutnya.

Membantu guru mengenal pasti murid yang

memerlukan bimbingan dan murid yang boleh diberikan

aktiviti pengayaan.

Page 24: Ciri-ciri Guru Yang Efektif

Menurut Kounin (1970), kemahiran guru yang perlu ada

untuk pengurusan bilik darjah dengan berkesan iaitu :

Guru mengamalkan sikap peka tentang semua tingkah laku

murid di dalam kelas.

Cth : semasa menerangkan atau menulis sesuatu pada

papan putih, guru akan sentiasa memerhati murid dan tidak

membelakangkan mereka.

Page 25: Ciri-ciri Guru Yang Efektif

Guru perlu mempunyai kemahiran melakukan lebih

daripada 1 perkara pada masa yang sama.

Cth : jika ada murid bercakap semasa guru

menerangkan sesuatu, guru boleh menghampiri dan

berdiri di tepi meja & meneruskan penerangan tanpa

mengganggu proses pembelajaran.

Page 26: Ciri-ciri Guru Yang Efektif

Kemahiran mengendalikan aktiviti dengan lancar &

transisi dari 1 aktiviti ke aktiviti yang lain berlangsung

tanpa gangguan.

Cth : jika ada salah laku kecil semasa guru mengajar,

guru boleh berhenti sejenak, menegur dan kemudian

meneruskan pengajaran.

Page 27: Ciri-ciri Guru Yang Efektif

Guru boleh menggunakan kemahiran pedagogi untuk

menerapkan nilai-nilai.

Cth : Apabila guru menggunakan teknik perbincangan,

maka murid secara tidak langsung akan :

• Bekerjasama

• Belajar mendengar

• Menerima pandangan orang lain

Page 28: Ciri-ciri Guru Yang Efektif

Guru boleh merangka aktiviti yang memberi

peluang murid untuk membina pengetahuannya

sendiri, berdasarkan pengetahuan sedia ada.

Peranan guru hanya sebagai fasilitator.

Page 29: Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Page 30: Ciri-ciri Guru Yang Efektif

PENGHAYATAN & AMALAN NILAI

Profesion keguruan tertakluk kepada Kod Etika

Keguruan.

Kod ini disediakan dalam bentuk ikrar & bertujuan

meningkatkan mutu profesion keguruan.

Menyatakan nilai & tingkah laku yang diterima.

Sebagai profesional, guru perlu patuh kepada

peraturan yang ditetapkan untuk mereka iaitu Kod Etika

Profesion Keguruan.

Page 31: Ciri-ciri Guru Yang Efektif

5 Prinsip Dalam Kod Etika Keguruan

1. Tanggungjawab terhadap murid.

2. Tanggungjawab terhadap ibu bapa.

3. Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.

4. Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion

keguruan

5 PRINSIP

Page 32: Ciri-ciri Guru Yang Efektif

Falsafah Pendidikan Guru merupakan panduan kepada

guru-guru tentang ciri-ciri kualiti yang ingin dibentuk.

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif

dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara,

menjamin perkembangan individu dan memelihara

suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik,

progresif dan berdisiplin.

Falsafah Pendidikan Guru

Page 33: Ciri-ciri Guru Yang Efektif

FPG mentafsirkan guru sebagai egen perubahan untuk

mendidik & menghasilkan generasi akan datang.

• Generasi yang bertanggungjawab merealisasikan tujuan

dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan

Wawasan 2020.

• Cth: Guru perlu meningkatkan pengetahuan dan

kemahiran, terutamanya dalam Teknologi Maklumat &

Komunikasi (TMK).

• Agar dapat bergerak seiring dengan perubahan dalam

pengajaran di dalam kelas.FPK WAWASAN 2020

Page 34: Ciri-ciri Guru Yang Efektif

FPG juga menekankan guru bertanggungjawab dan

berkewajipan dalam melaksanakan tugas mereka.

• Sebagai guru yang progresif & saintifik, guru harus

memajukan & memperkayakan diri dengan menambah

ilmu. (pembacaan, hadiri kursus, lanjut pelajaran)

• Dengan itu, guru akan sentiasa menyedari

perkembangan baharu & dapat memainkan peranan

sebagai seorang yang inovatif.

Page 35: Ciri-ciri Guru Yang Efektif

Guru juga tertakluk kepada amalan nilai :

Penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotik,

inovatif, bersedia menolong pada setiap masa & patuh

etika profesion keguruan.

Guru yang menghayati dan mengamalkan nilai-nilai seperti

yang dituntut oleh profesion keguruan,

MENJADI

Role model kepada murid, sekolah dan masyarakat di

tempat mereka berkhidmat.

Page 36: Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Page 37: Ciri-ciri Guru Yang Efektif

Sekian, Terima

Kasih