56
CONTOH PENULISAN LAPORAN PENUH KAJIAN BIL KANDUNGAN MUKA SURAT 1. Sekilas Bicara 2 2. Abstrak 3 3. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu 4 4. Fokus Kajian 5 5. Objektif Kajian 5 6. Objektif Khusus 5

Contoh Penulisan Laporan Penuh Kajian 1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ok

Citation preview

CONTOH PENULISAN LAPORAN PENUH KAJIANBIL KANDUNGAN MUKA SURAT

1.Sekilas Bicara 2

2. Abstrak 3

3. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu 4

4. Fokus Kajian 5

5. Objektif Kajian 5

6. Objektif Khusus 5

7. Kumpulan Sasaran 5

8. Pelaksanaan Kajian 6 - 17

9. Cadangan Untuk Kajian Seterusnya 17

10. Bibliografi 18

SEKILAS BICARA

Assalamualaikum w.b.t. Syukur Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya,maka dapatlah saya menjalankan dan menyempurnakan Kajian Tindakan pada kali ini.

Sememangnya peluang yang diberikan kepada saya ini, banyakmematangkan diri dan pemikiran saya untuk membina keyakinan dalam diri untuk membantu murid-murid pemulihan khas khususnya untuk meningkatkan tahap kemahiran membaca dan melengkapkan.

Setinggi- tinggi penghargaan saya ucapkan kepada Tuan Guru BesarSK. LKTP Tenggaroh Selatan, guru-guru Penolong Kanan serta guru- guru rakan seperjuangan yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakan kajian tindakan yang telah saya usahakan ini..

Dengan garapan idea, sokongan, tenaga dan pengalaman mereka,maka dapatlah saya menyiapkan kertas kerja kajian tindakan ini dengan baik , demi membantu murid-murid yang mempunyai pencapaian rendah di dalam kemahiran asas membaca dan melengkapkan .

Wassalam.

Mat Zaidi b. Dahlan ( GURU PEMULIHAN KHAS ) SK. LKTP Tenggaroh Selatan, Kota Tinggi2010

1.Abstrak

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv dalam matapelajaran bahasa Melayu Pemulihan Khas tahap 1 iaitu murid-murid pemulihan khas tahun 2 seramai 2 orang.Pemilihan kumpulan sasaran untuk kajian saya ini dilakukan melalui pemerhatian yang dilakukan sepanjang bulan Januari hingga Februari. Pemerhatian ini khusus untuk melihat penguasaan anak-anak murid saya dalam mengeja , menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv.Saya telah menggunakan kaedah IT Bestari iaitu menggunakan bahan Powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran yang mudah dan menyeronokkan yang memberikan respon yang sangat baik dari kumpulan sasaran yang dipilih. Setiap aktiviti yang disediakan dalam kaedah IT Bestari ini membolehkan murid mengaksesnya sendiri dengan guru sebagai pembimbing. Adalah diharapkan agar kajian tindakan yang telah dibuat ini akan dapat membantu rakan sejawatan atau sesiapa saja yang berminat membantu para pelajar yang mempunyai masalah yang sama. Saya juga amat berharap agar dapat membina bahan powerpoint yang sama untuk murid menguasai kemahiran-kemahiran perkataan yang lain dalam Bahasa Melayu khususnya murid-murid Pemulihan Khas .

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Saya telah ditugaskan mengajar murid-murid Pemulihan Khas SK. Tenggaroh Selatan sejak tahun 2004 lagi, setiap tahun saya mengalami banyak masalah untuk membolehkan mereka menguasai kemahiran mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan. Beberapa cara telah digunakan untuk mengatasi masalah tersebut tetapi yang pastinya masih ada di kalangan murid tahap satu yang belum menguasai kemahiran mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan dengan baik terutamanya murid-murid pemulihan khas .

Beberapa orang murid pemulihan yang berada dalam tahap satu langsung tidak mempunyai minat dan usaha untuk menguasai kemahiran membaca. Mereka sentiasa menjadi murid yang tersisih apabila berada di dalam kelas. Disebabkan mereka tidak pandai membaca walaupun suku kata yang paling mudah, guru mata pelajaran yang mengajar Bahasa Malaysia sukar untuk mengajar matapelajaran Bahasa Malaysia akibat daripada masalah tersebut.

Dalam pemerhatian saya, mereka tidak menunjukkan kesungguhan dalam kemahiran mengeja suku kata yang diberikan. Mereka tidak dapat membatangkan sukukata dan mengecam sukukata dengan betul. Oleh yang demikian mereka selalu melengkapkan suku kata atau perkataaan yang salah apabila guru meminta mereka melengkapkan semula sukukata yang disebutkan.Saya pernah menggunakan kaedah yang lain untuk membantu mereka mengingat semula suku kata awalan. Kaedah tersebut adalah menyuruh mereka mengeja suku kata awalan sebanyak sepuluh kali. Kemudian, diikuti dengan suku kata kedua. Namun, mereka masih belum menguasainya. Akibatnya mereka berputus asa untuk mengeja perkataan tersebut. Ini juga membuatkan murid tersebut kurang berminat untuk menguasai kemahiran dengan sempurna dan akhirnya mereka gagal melengkapkan perkataan dengan baik.

Saya perlu memperbaiki kelemahan pada diri saya dengan membina bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan untuk murid-murid saya .

2. FOKUS KAJIAN

Murid pemulihan memang sangat bermasalah dalam mengenal perkataan-perkataan tertentu. Saya akan fokuskan kajian kali ini terhadap masalah mengeja,menyebut dan melengkapkan perkataankvkv. Antaranya murid tidak dapat mengecam bunyi suku kata dan menyebut perkataan tersebut dengan tepat, mereka juga tidak boleh mengingat bunyi suku kata awalan dan akhiran.Akibat daripada itu, mereka juga tidak boleh melengkapkan perkataan tersebut dengan baik.

Dengan mengadakan aktiviti interaktif menggunakan perisian powerpoint mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataankvkv, saya berharap dapat meningkatkan tahap penguasaan kemahiran tersebut dan menambahkan keyakinan serta meningkatkan minat murid terhadap pelajaran mereka.

3. OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif berikut :

i.Objektif umum

Mengatasi masalah penguasaan kemahiran mengeja , menyebut dan melengkapkan perkataankvkv

ii.Objektif KhususObjektif khusus kajian ini adalah agar

Murid dapat menyanyikan lagu sukukata kv supaya mereka dapat menyebut sukukata dengan betul.murid dapat mengeja dan menyebut perkataankvkvMeningkatkan kebolehan murid menggunakan perisian powerpoint dalam menguasai kemahiran melengkapkan perkataankvkv.Guru dapat menguji keberkesanan perisian powerpoint yang dibina untuk meningkatkan kemahiran murid pemulihan khas dalam mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataankvkv

4. KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 2 orang murid pemulihan Khas Tahun 2 , SK Tenggaroh Selatan.5. TINDAKAN YANG DIRANCANGKAN

5.1.Tinjauan Masalah

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan yang telah dilakukan dengan mengutip data seperti berikut.

Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan didapati murid tiada motivasi untuk belajar dan lebih banyak mendiamkan diri dan tidak mahu mengeja sukukata dan perkataan dengan betul. Murid juga tidak dapat melengkapkan perkataan dengan sempurna Ujian pra( Tarikh laksana : 27 Mac 2010 ) Ujian pra telah diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan penguasaan murid terhadap kemahiran yang akan diuji.Ujian ini mengandungi 24 perkataan kvkv bergambar yang perlu dilengkapkanoleh murid . Murid yang tidak dapat melengkapkan kurang daripada 15 perkataan adalah terlibat dalam kajian ini. Perkataan yang diuji(bola,dadu,roda,jari,gigi,buku,ceri,topi,baca,kuda,lari,peti,bayi,mata,yoyo,lori,beca,duku,duri,guli,sudu,kayu,rusa dan sofa ) Murid melengkapkan perkataan dalam perisian powerpoint yang telah saya bina untuk mengetahui kemahiran melengkapkan murid berdasarkan gambar.KEPUTUSAN UJIAN PRA.

Keputusan ujian pra yang telah dilakukan adalah seperti ditunjukkan dalam jadual 1 diatas, didapati kedua-dua murid tidak dapat melepasi sasaran markah yang ditetapkan untuk ujian melengkapkan perkataan kvkv berdasarkan gambar yang diberi. Oleh yang demikian, saya telah membina bahan-bahan latihan secara interaktif dalam bentuk powerpoint bagi mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv bagi membolehkan murid menguasai kemahiran yang dikehendaki dengan lebih baik.

Perlaksanaan tindakan yang saya jalankan ialah

Kaedah IT BestariDalam meningkatkan penguasaan kemahiran murid melengkapkan perkataan kvkv ini, saya telah menggunakan Kaedah IT Bestari iaitu murid murid menggunakan bahan latihan powerpoint yang telah saya bina khas untuk murid-murid pemulihan yang terlibat.

Aktiviti yang dijalankan Empat aktiviti yang dijalankan iaitua)Nyanyi lagu sukukata dan perkataanb)Eja dan sebut perkataanc)Latihan interaktif sukukata perkataan kvkvd)Latihan melengkapkan perkataan interaktif.

Aktiviti 1 : Nyanyian lagu suku kata dan perkataan.Tarikh :30 Mac 2010 hingga 3 April 2010

Cara pelaksanaan

Guru memaparkan senikata lagu . Murid mengeja sukukata pada lagu tersebut. Mendengar lagu suku kata yang dinyanyikan oleh guru. Murid menyanyikan secara individu dan berkumpulan Murid menyanyikan lagu sukukata dengan dengan iringan muzik Guru menambahkan pada senikata lagu dengan perkataan berdasarkan lagu suku kata yang diberi. Untuk pengukuhan guru menukar perkataan lain untuk menyanyikan lagu tersebut.Aktiviti 1

CONTOH LAGU SUKUKATA

ba ba ba babe be be bebi bi bibi bi bibe be be be be bebu bu bu bu bu bubo bo bobo bo bo

Tambahkan perkataan dibelakang bersama gambar

ba ba baju

be be besibi bi biru

bi bi biri

be be be be beca

bu bu bu bu buku

bo bola

bo bola

pengukuhan : Guru menggunakan sukukata dan perkataan lain

Refleksi dari aktiviti 1Daripada aktiviti yang dijalankan didapati murid sangat seronok menyanyikan lagu sukukata dan perkataan, ini sedikit sebanyak dapat menarik minat mereka untuk menyebut sukukata dan perkataan. Mereka juga dapat mengingat sukukata dan perkataan yang disebut. Penggunaan gambar perkataan dihujung lagu juga sedikit sebanyak dapat membantu murid mengingat perkataan kvkv yang digunakan.Pengukuhan dengan perkataan kvkv lain beserta dengan gambar dapat menambahkan lagi perkataan yang boleh diingati murid.

Aktiviti 2 : Mengeja dan menyebut perkataanTarikh : 14 April hingga 17 April 2010

Cara Pelaksanaan:

Murid mengguna bahan powerpoint yang telah dibina guru untuk mengeja dan membunyikan sukukata serta menyebut perkataan kvkv yang disediakan. Murid diminta klik pada sukukata dan perkataan, suara mengeja dan menyebut sukuta akan kedengaran dan murid perlu mengikuti suara sukukata dan perkataan tersebut

Contoh slaid yang digunakan : Slid tak dapat dimasukkan

Refleksi dari aktiviti 2Dalam menjalankan aktiviti 2 ini, saya dapati murid dapat mengeja dan menyebut perkataan kvkv dengan mudah kerana dibantu bahan powerpoint yang telah saya sediakan. Pada sukukata dan perkataan dalam slaid itu telah ditambahkan suara menyebabkan murid mudah untuk mengikuti suara sukukata dan perkataan. Murid dapat menggunakannya berulang-ulang, ini membolehkan murid mengeja dan menyebut dengan betul

Aktiviti 3 : Latihan interaktif mengisi sukat awal dan akhir, padan perkataan, isi huruf tertinggal menggunakanbahan powerpoint yang dibina guru

Cara Pelaksanaan:

Murid menggunakan bahan latihan interaktif powerpoint padan perkataan, mengisi sukukata awal dan akhir ,mengisi huruf tertinggal perkataan kvkv berdasarkan gambar yang diberi.

Gambar tidak dapat disertakan

Refleksi dari aktiviti 3Aktiviti 3 yang dijalankan ini telah berjaya menarik minat murid untuk terus menggunakan latihan powerpoint yang disediakan. Ini kerana murid dapat menjalankan aktiviti yang pelbagai iaitu mengisi sukukata awal dan akhir perkataan, padan perkataan dan mengisi huruf tertinggal perkataan . Cara ini sedikit sebanyak membolehkan murid menguasai kemahiran menggunakan komputer dan dengan menggunakan hyperlink dalam powerpoint ini semakin menarik minat untuk murid terus belajar. Saya juga sangat teruja dengan perubahan sikap murid yang telah berminat untuk mengulangi latihan-latihan yang telah saya sediakan itu.Aktiviti 4 : Penggunaan bahan latihanPowerpointmelengkapkan perkataan kvkv dengan betul.Tarikh : 4 Mei hinga 8 Mei 2010

Cara Pelaksanaan:

Murid mengguna bahan powerpoint yang telah dibina guru untuk melengkapkan perkataan kvkv berdasarkan gambar yang diberi.Murid melengkapkan perkataan kvkv secara rawak melalui nombor soalan yang diberi.

Gambar tidak dapat disediakan

Refleksi dari aktiviti 4Semasa menjalankan aktiviti ini, saya dapati murid telah dapat melengkapkan perkataan berdasarkan gambar dengan baik. Kaedah pengulangan melengkapkan perkataan ini,sangat membantu mereka melengkapkan sebarang perkataan kvkv. Disamping itu mereka juga dapat mempelajari bagaimana menggunakan bahan latihan perpandukan komputer dan mereka dapat belajar menggunakan papan kekunci dan tetikus yang ada pada komputer. Ini sedikit sebanyak membolehkan mereka bukan sahaja celik huruf, malahan juga celik IT.

UJIAN POS 1.Ujian pos( Tarikh laksana : 25 Mei 2010 ) Ujian pos telah diberikan kepada kumpulan sasaran untukMengesan sejauh mana keberkesanan aktiviti yang dijalankandapat membantu penguasaan murid terhadap kemahiran yang diuji. Ujian ini sama seperti ujian pra mengandungi melengkapkan 24 perkataan kvkv yang diberikan. Murid yang tidak dapat membaca dan melengkapkan kurang daripada 20 perkataan adalah gagal dalam kajian ini. Perkataan yang diuji (bola,dadu,roda,jari,gigi,buku,ceri,topi,baca,kuda,lari,peti,bayi,mata,yoyo,lori,beca,duku,duri,guli,sudu,kayu,rusa dan sofa )Murid melengkapkan perkataan dalam perisian powerpoint yang telah saya bina untuk mengetahui kemahiran melengkapkan perkataan murid berdasarkan gambar.

Keputusan ujian pos yang telah dijalankan adalah seperti ditunjukkan dalam jadual 2 diatas. Keputusan menunjukkan murid telah berjaya melengkapkan perkataan kvkv dan melepasi had yang ditetapkan

Penilaian dan refleksiBerdasarkan Ujian Pos dan analisis yang telah dilaksanakan , saya dapati bahawa Program IT Bestari yang saya bina menggunakan program perisian powerpoint khusus untuk murid pemulihan ini merupakan salah satu kaedah yang sesuai dan dapat menarik minat murid pemulihan khas untuk menguasai kemahiran mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv. Hasil Kajian ini juga telah menunjukkan perkembangan murid pemulihan dalam mengenal perkataan kvkv dengan mudah.Mereka telah dapat melengkapkan perkataan kvkv dengan baik berdasarkan gambar ataupun secara lisan.Atas kesedaran ini , saya amat yakin dan ingin meneruskan membina bahan-bahan seperti ini untuk kemahiran-kemahiran asas mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan yang lain pula. Saya juga amat berharap agar sentiasa mendapat sokongan daripada pihak sekolah serta rakan-rakan sama ada daripada sumbangan idea dan juga kewangan bagi membolehkan saya membina banyak lagi bahan-bahan seperti ini.

6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya.Sebagai lanjutan daripada kajian ini, saya bercadang untuk menjalankan kajian yang seterusnya iaitu IT Bestari untuk kemahiran asas mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan kvkvk. Saya akan cuba menambahkan lagi aktiviti interatif menggunakan aplikasi powerpoint yang telah saya pelajari sebaik mungkin....Insyaallah..

BIBLIOGRAFI

Buku panduan, Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas (masalah penguasaan 3M) (1998) Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum: Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran & Pembelajaran,Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, Belajar Cara Belajar.Kementerian Pendidikan Malaysia.

Nik Safiah Karim,Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa (2000), Tatabahasa Dewan Jilid 2, Perkataan, Fajar Bakti Sdn.Bhd,

Jurnal Kajian Tindakan , Sekolah - sekolah Negeri Johor Jilid 2/2009OthmanPuteh,Talib Abdullah, L. Shirley, Kamus bergambar generasi baharu KBSR, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

FORMAT PENULISAN PROPOSAL

KEPERLUAN DALAM KERTAS CADANGAN (PROPOSAL)

1.Tajuk kajian

2.Nama Pengkaji/Ahli Kumpulan Pengkaji dan Nama Sekolah yang lengkap.

3.Latar Belakang Kajian/ Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

4.Isu Keprihatinan/ Fokus Kajian

5.Objektif Kajian/ Tujuan Kajian

6.Kumpulan Sasaran

7.Tindakan/Intervensi Yang Dicadangkan

8.Bahan-Bahan Yang Di Perlukan

9.Jadual Pelaksanaan Kajian

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGAPLIKASIKAN FORMULAPENDARABAN 2 DIGIT DENGANMENGGUNAKAN KAEDAHPISTOL & HAMMER ON THE STAIRS

Oleh:

Suhaili Binti RahmatSK Taman Perling,Jln Persisiran Perling 1, Taman Perling ,81200 Johor Bahru, Johor

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Masalah sifir ialah masalah utama bagi pelajar dalam membuat pengiraan Matematik. Bagi pelajar-pelajar saya di tahun 4, mereka ini tahu menggunakan penguasan sifir tetapi bagi kelas yang lemah mereka lambat untuk menghafal sifir. Walaupun mereka lambat yang penting mereka tahu menggunakan sifir itu. Yang menjadi masalah saya sekarang ialah apabila saya mengajar topik hasil darab 2 digit bagi kelas 4 cerdik iaitu kelas pertengahan ada antara murid nya yang pandai , sederhana dan lemah. Mereka ini tahu sifir, masalahnya adakala mereka keliru tentang cara atau langkah-langkah yang perlu dijalankan untuk mendapatkan jawapan tersebut.

Hal ini dapat dibuktikan daripada pemerhatian saya di dalam kelas. Apabila saya memberi soalan berbentuk 1 digit ramai pelajar dapat menjawab dengan tepat dan cepat.Oleh itu saya berpendapat untuk mencari hasil darab 2 digit pasti mudah. Malangnya sangkaan saya meleset apabila saya beri mereka soalan darab 2 digit mereka tercengang-cengang. Tidak dinafikan ada antara murid yang tahu tetapi majoritinya tidak pasti.

Saya cuba menerangkan di papan hitam. Ada antaranya faham dan ada antaranya masih keliru. Saya bagi latihan tubi kepada mereka dan saya dapati separuh antaranya tidak faham. Saya terangkan semula berulang-ulang kali dan akhirnya saya dapati 10 orang daripada 32 orang pelajar dari kelas 4 Cerdik masih lemah dalam pendarapan. 2 digit. Hal ini saya buktikan dalam ujian formatif 1 yang lalu. Mereka hanya menulis soalan dalam bentuk lazim tetapi mereka tidak dapat mengaplikasikan langkah-langkah pendaraban yang saya terangkan. Saya rasa kecewa sekali kerana telah berulang kali saya terangkan langkah-langkahnya. Saya bertanya kembali kepada diri sendiri mungkin cara penerangan saya tidak difahami oleh mereka.

Ada juga saya bertanyakan kepada rakan-rakan guru Matematik yang lain. Apakah cara yang mereka lakukan dan kenapa sebilangan mereka ini masih tidak dapat menjawab soalan pendaraban 2 digit. Antaranya menyatakan mereka malas berfikir, tidak membuat latihan yang diberikan dan tidak mahu hafal sifir.

Saya telah berusaha dengan pelbagai kaedah tetapi sesetengah murid ini masih lambat dan lemah dalam pengiraan. Oleh itu saya berfikir sekiranya saya tidak mancari cara yang betul atau formula yang senang bagi mereka untuk mendarab 2 digit pasti masalah ini akan berlanjutan dan akan meyebabkan kemerosotan markah mereka.

2. FOKUS KAJIAN

Daripada refleksi di atas, didapati murid tidak dapat menjawab soalan hasil darab 2 digit adalah kerana :(a)murid kurang cekap dalam penguasaan sifir.(b)Murid susah mengingat dan memahami langkah-langkah penyelesaian.(c) Masalah ini berlaku dikalangan murid adalah kerana mereka tidak mahu dan malas menghafal sifir, keliru apabila terdapat hasil darab yang memerlukan pengumpulan semula dan kadang-kala mereka lupa langkah-langkahnya disebabkan tidak membuat latihan yang diberikan guru.

Jika perkara ini tidak ditangani akan menjadi lebih teruk. Murid akan terus keliru dan lupa langkah-langkah yang harus diselesaikan. Murid juga akan terlepas peluang untuk mendapatkan markah kerana soalan yang dikemukakan kebiasaannya dianggap mudah sahaja.

Bagi mengatasi masalah ini, saya telah mencuba menerapkan unsur berbentuk mainan dalam pengajaran dan pembelajaran.Kaedah yang saya jalankan ialahPistol dan Hammer on the stairs.Murid akan menggunakan bentuk pistol dan hammer yang dibina untuk mengaplikasikan formula hasil darab 2 digit.

3. OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan pelajar diharap akan mencapai objektif berikut:

(i)Objektif UmumTujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran mengaplikasi formula pendaraban 2 digit bagi murid tahap 2.

(ii)Objektif khususaMurid dapat membina dan mengaplikasi formula hasil darab 2 digit dengan betul menggunakan bentuk Pistol dan Hammer.bMurid dapat mengingat dengan mudah langkah-langkah penyelesaian hasil darab 2 digit.cGuru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk permainan.

4. KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 10 orang pelajar daripada 30 orang pelajar tahun 4 Cerdik yang terdiri daripada :3 orang pelajar India1 orang pelajar Cina6 orang pelajar Melayu

5. PELAKSANAAN KAJIAN

5.1Tinjauan masalah

Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah yang telah dibuat adalah berdasarkan seperti berikut:(i)Pemeriksaan buku sifir.(ii)Ujian Pra

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

(i) Pemeriksaan buku sifir

Sebelum memulakan P&P saya akan memberi murid 5 soalan sifir hasil darab 2 digit. Antara soalan yang diberikan ialah 2 soalan mudah iaitu sifir di bawah 30 dan 3 soalan sukar iaitu sifir lebih daripada 30.Contoh soalan yang diberikan ialah:

a.2321 X 12 d. 5241 X 65b.1245 X 24 e. 3282 X 97c.1437 X 38

Analisis yang didapati daripada soalan sifir adalah seperti berikut : Peratus markah murid dalam soalan sifirMarkahBil muridPeratus

Lulus (3-5 markah )2067%

Gagal (0-2 markah )1033%

(ii)Ujian Pra

Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran seramai 10 orang yang sentiasa mendapat 0-2 markah di dalam soalan sifir. Tujuannya adalah untuk mengesan sejauh mana kefahaman dan ingatan mereka dalam mengira hasil darab 2 digit.

Analisis daripada ujian Pra.Bil soalan betulBil muird

5-

4-

3-

2-

16 ( 60%)

0 4 (40%)

Didapati terdapat banyak kesilapan yang ditemui antaranya ialah:(a)penguasaan sifir yang kurang cekap.(b)Mendarab angka puluh dahulu contohnya 305 x 24 (mereka mendarab 2 dahulu)(c)Meletakkan jawapan pertama selari dengan jawapan keduaContohnya : 365Kesilapan ditemui

X 24 1460 730 2190(d)Pengumpulan semula nombor yang salah.

5.3Tindakanyang dicadangkan

Setelah analisis tinjauan dijalankan, saya akan mengumpulkan murid kumpulan sasaran saya untuk memperkenalkan kaedah terbaru iaitu menggunakan teknik pistol dan hammer on the stairs untuk mencari hasil darab 2 digit. Terdapat 2 aktiviti yang saya rancangkan dan murid perlu lakukan iaitu:

(i)Aktiviti 1 : Membina pistol dan hammer.(ii)Aktiviti 2 : Menembak dan memahat dengan tepat. ( mengisi nombordan menyesesaikannya)

5.4Pelaksanaan Tindakan yang akan dijalankan

(i)Aktiviti 1 : Membina pistol dan hammerBahan : gunting, pisau lipat , pembaris , magik pen / pensil , 4 kertas transparent yang berlainan warna.

Langkah 1Setiap murid akan menggunakan 4 kertas transparent yang berlainan warna.Murid akan membuat kotak yang sama besar pada setiap kertas tersebut.Muridmelakar pistol dan hammer menggunakan 2 kertas transparent yang berlainan warna.Kemudian gunting.Langkah 2Gunting bahagian tengah setiap kotak untuk dijadikan lubang nombor.

Langkah 3qMenggunakan kertas transparent yang lain pula lakarkan stairs dan answer box.qLubangkan bahagian tengah kotak.

(ii)Aktiviti 2 : Menembak dan memahat dengan tepat. (mengisi nombor danmenyelesaikannya).

Setelah pistol dan hammer dibina, murid akan memulakan aktiviti kedua dengan menembak dan memahat pada sasaran yang tepat ( mengisi nombor dan menyelesaikan masalah hasil darab 2 digit ). Langkah-langkahnya ialah :

Langkah 1Guru akan memberikan soalan dalam bentuk ayat matematik (mathematics sentences) untuk diselesaikan oleh murid.contoh: 3 4 2 x 1 2 = ?

Murid akan mulamengisikannombor pada pistol dahulu.Cara dan pengisian nombor : Letakkan pistol di atas sehelai kertas dan mulakan dengan mengisi nombor di dalam kotak pistol .Kemudian selesaikan jawapan.

Langkah 2Seterusnya, letakkan bentuk hammer pada kertas yang sama, bertindan dengan pistol .Mula mengisi nombor.Selesaikan jawapan.

Nota:Pada langkah ini,murid hanya perlu mengisi satu nombor sahaja lagi kerana barisan nombor pertama telah diisi oleh bentuk pistol.

Langkah 3Setelah jawapan pistol dan hammer dapat diselesaikan, murid akan menggunakanbentukstairs untuk di isikan dengan jawapan yang telah dibuat.contoh : jawapan pistol = 684 jawapan hammer = 342

Langkah 4Langkah akhir ialah dengan menggunakan kotak jawapan ( answer boxes ).Cari hasil tambah bagi jawapan pistol dan hammer.Isikan di dalam kotak jawapan.

6. Bahan yang digunakan

Bahan yang akan saya gunakan dalam kajian ini ialah :-

Gunting,pisau lipat ,pembaris ,magik pen / pensilkertas A 4transparent yang berlainan warna

7. Jadual Pelaksanaan Kajian

BilAktivitiTempohPelaksanaan

1Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal1 minggu

2Menulis proposal kajian2 minggu

3Merancang tindakan individu/kumpulan1 minggu

4Melaksanakan tindakan aktiviti 11 minggu

5Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 12 minggu

6Melaksanakan tindakan aktiviti 21 minggu

7Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 22 minggu

8Ujian untuk mengesan perubahan murid1 minggu

9Refleksi kajian1 minggu

10Menulis laporan kajian2 minggu

11Pembentangan dapatan kajian untuk makluman panitia/sekolah.1 minggu

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAANDUA SUKU KATA BAGI MURID TAHUN DUA

NUR NADIYAH BINTI INDRA GUNAWAN(Bekas mahasiswa PISMP (BM) IPG Kampus Kota Bharu. Bahan ini merupakan ringkasan kajian di bawah penyeliaan Encik Azaha Ibrahim dan Encik Maniyamin Ibrahim)

1.0Pengenalan

Kemahiran membaca merupakan kemahiran yang paling asas dalam kemahiran bahasa. Kemahiran membaca perlu dikuasai oleh setiap murid bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran (PNP). Pada kebiasaannya ramai murid tahap satu masih lemah dalam kemahiran membaca.Hal ini perlu diatasi kerana kegagalan menguasai kemahiran ini akan mengganggu penguasaan kemahiran lain.

Setelah beberapa kali sesi pengajaran, saya mendapati bahawa terdapat beberapa orang murid yang masih tidak dapat membaca dengan lancar. Masalah ini dikenal pasti apabila saya menyuruh murid membaca secara individu petikan yang terdapat di dalam buku teks ketika sesi pengajaran. Namun demikian, saya melihat murid kelas ini menunjukkan minat untuk belajar dan kemampuan mereka ini dapat digilap jika saya menggunakan cara yang betul. Setelah meneliti masalah yang dihadapi, saya merasakan masalah utama yang perlu diberi penekanan ialah meningkatkan tahap kemahiran membaca mereka. Hal ini kerana membaca merupakan asas kepada sesuatu ilmu. Oleh itu satu kajian telah dilakukan untuk meningkatkan kemahiran membaca ini.

2.0Fokus kajian

Saya mendapati murid telah dapat mengenal huruf dan bunyi suku kata. Murid juga telah dapat membaca perkataan satu suku kata dan perkataan dua suku kata yang bermula daripada huruf vokal seperti ibu dan anak. Namun begitu, murid didapati masih tidak dapat membaca perkataan dua suku kata yang lebih sukar seperti beca, botak, lembut, borang dan kentang. Murid gemar membunyikan perkataan mengikut sesuka hati merekaberdasarkan bunyi terhampir. Oleh itu kajian ini difokuskan kepada meningkatkan kemahiran membaca perkataan dua suku kata. Pola yang difokuskan dalam kajian ialah pola suku kata terbuka dan tertutup iaitu pola KV+KV, KV+KVK, KVK+KVK, KVK+KV.

Hasil dari pemerhatian, saya mendapati masalah yang dihadapi oleh murid disebabkan murid masih belum dapat menguasai konsep mencantumkan perkataan dankeliru dengan bunyi suku kata serta huruf . Oleh itu saya telah melaksanakan aktiviti Nyanyian Suku Kata, Teknik Cantumkan Saya dan Latih Tubi Penyebutan Suku Kata bagi mengatasi masalah murid.

Kajian tentang masalah membaca banyak dilakukan oleh pengkaji yang terdahulu. Antaranya ialah kajian yang dilakukan olehMazni Osman (2007), Roziah Abdul Hamid (2005),Zainora Mohd (2005),Abdillah Nurdin Asis (2009), Aspalaila Ramli dan Maslinda Mahmud (2006) serta Siti Rosmah Mohamed dan Saripah Sarif (2006),

Perkara yang sama juga berlaku di sekolah tempat saya mengajar iaitu di Sekolah Kebangsaan Chicha Menyabong. Walaupun banyak kajian telah dilakukan di tempat lain, Namun masih belum ada kajian tentang masalah membaca dilakukan di sekolah ini. Maka wajarlah kajian ini dilakukan bagi meningkatkan Kemahiran Membaca Perkataan Dua Suku Kata bagi Murid Tahun Dua Pintar di Sekolah Kebangsaan Chicha Menyabong.

3.0Objektif kajian

Kajian yang dijalankan mempunyai objektif seperti berikut :3.1 Meningkatkan penguasaan kemahiran membaca perkataan dua suku kata bagi murid Tahun Dua3.2 Mengukur kesan kaedah Nyanyian Suku Kata, Cantumkan Saya dan Latih Tubi Penyebutan Suku Kata bagi meningkatkan penguasaan kemahiran membaca murid Tahun Dua.3.3 Mengesan perubahan pencapaian penguasaan murid dalam kemahiran membaca.

4.0Kumpulan sasaran

Kajian ini dijalankan ke atas murid tahun Dua Pintar di Sekolah Kebangsaan Chicha Menyabong. Murid kelas ini terdiri daripada 16 orang iaitu 11 orang lelaki dan 7 orang perempuan. Setelah melakukan ujian diagnostik, tujuh orang murid telah dipilih sebagai responden kajian. Responden ini terdiri daripada dua orang murid perempuan dan lima orang murid lelaki. Responden ini telah dikenalpasti mempunyai masalah dalam membaca perkataan dua suku kata. Tahap pencapaian responden ini adalah lemah dan sederhana berbanding 9 orang murid yang lain. Kumpulan ini dipilih melalui ujian membaca perkataan yang diadakan pada 2 Mac 2010. Oleh itu kajian telah dilakukan terhadap tujuh orang responden ini.

5.0Pelaksanaan tindakan

5.1 Tinjauan masalahTinjauan masalah dilakukan melalui pemerhatian pada sesi pengajaran dan pembelajaran (PNP). Setelah beberapa sesi pengajaran, saya dapat mengenal pasti bahawa terdapat murid yang menghadapi masalah dalam membaca ketika saya menyuruh murid membaca secara individu petikan yang terdapat di dalam buku teks. Tinjauan masalah ini juga dilakukan melalui perbincangan bersama guru mata pelajaran dan melihat rekod pencapaian murid. Hasil dari tinjauan masalahmendapati bahawa masalah membaca ini memang wujud dalam kalangan murid.

5.2 Strategi Perlaksanaan Tindakan

5.2.1 Strategi 1 : Aktiviti Cantumkan Saya

Aktiviti Cantumkan Saya ini dijalankan pada 4.04.2010 sehingga 15.04.2010. Teknik ini dilaksanakan selama tujuh sesi sepanjang tempoh dua minggu. Masa sebanyak 15 minit diperuntukkan bagi setiap sesi. Dalam aktiviti ini murid dibahagikan kepada pasangan.Setiap pesangan diberikan Kad suku kata yang membentuk perkataan. Murid pertama diminta membunyikan suku kata pertama dan disambung terus oleh murid kedua. Sambungan ini akan membentuk bunyi perkataan.A

B

C

D

lem

gan

lon

tas

tar

tung

but

pan

lon

jan

ram

G

E

H

F

Rajah 3 : Susun atur kaedah cantumkan saya

RefleksiAktiviti ini membantu murid menangkap bunyi sambungan perkataan yang terhasil daripada suku kata yang dicantumkan. Kadang kala murid memilih sendiri suku kata secara berpasangan dan cuba mencantumkan bunyi perkataan tersebut. Kadangkala, ada perkataan yang dibentuk itu salah. Saya akan menggantikan suku kata yang salah tersebut dengan suku kata baru yang dapat membentuk perkataan yang bermakna. Saya dapat melihat kesungguhan mereka untuk belajar melalui teknik ini.Aktiviti Cantumkan Saya ini didapati dapat membantu murid dalam mempelajari konsep mencantum perkataan.

5.2.2 Strategi 2 : Aktiviti Nyanyian Suku KataLatihan nyanyian suku kata ini dijalankan pada 18.04.2010 hingga 29.04.2010. Teknik inidilaksanakan selama tujuh sesi sepanjang tempoh dua minggu. Masa sebanyak 15 minitdiperuntukkan bagi setiap sesi. Dalam aktiviti ini murid diminta menyanyi bunyi suku kata pertama menggunakan versi lagu tertentu dan terus menyambung nyanyian dengan bunyi suku kata kedua. Contoh perkataan pantas Pan pan, pan pan, pan pan, pan pan tas..............!!!!

Refleksi : Setelah dua minggu aktiviti ini dilaksanakan, murid telah menunjukkan kemajuan dalam penguasaan kemahiran membaca. Aktiviti ini membantu murid mengingat dan memahami konsep mencantum perkataan.

5.2.3 Aktiviti 3 : Latih tubi penyebutan suku kata

Aktiviti ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi penguasaan murid menyebut suku kata danmembaca perkataan dengan sebutan yang betul. Latihan ini dijalankan pada 04.07.2010 hingga 15.07.2010. Teknik ini dilaksanakan selama tujuh sesi sepanjang tempoh dua minggu. Masa sebanyak 10 minit diperuntukkan bagi setiap sesi. Dalam latih tubi penyebutan suku kata, guru menyuruh murid membaca dan menyebut perkataan dalam kad suku kata yang ditunjukkan oleh guru. Guru akan membetulkan penyebutan murid jika berlaku kesalahan.Rajah 4 : Carta penyebutan suku kata

u hung rungbung jung sungcung kung tungdung lung wungfung mung yunggung nung

i hin rinbin jin sincin kin tindin lin winfin min yingin nin

a ha raba ja saca ka tada la wafa ma yaga na

RefleksiMurid didapati semakin mahir dengan bunyi suku kata selepas melakukan aktiviti ini meskipun pada peringkat awal terdapat banyak kesalahan penyebutan. Walaubagaimanapun terdapat masalah gangguan dialek yang menghalang murid menyebut dengan betul. Namun demikian masalah kesalahan penyebutan ini dapat dikurangkan hasil latihan yang diberikan

6.0 Dapatan Kajian

Penilaian terhadap penguasaan murid dalam membaca dilakukan melalui perbandingan ujian pra dan ujian pos. Ujian pra telah diadakan pada 21 Mac 2010. Ujian pos pula telah dijalankan pada 18 Julai 2010 selepas perlaksanaan tindakan. Keputusan ujian pra dan ujian pos telah dibuat perbandingan bagi melihat perubahan pencapaian responden. Cara pengujian dalam ujian pos adalah sama dengan ujian pra namun menggunakan perkataan yang berbeza. Dalam ujian ini murid diminta membaca 140 perkataan dua suku kata berdasarkan pola terbuka terbuka (KV+KV), terbuka tertutup (KV+KVK), tertutup tertutup (KVK+KVK), tertutup terbuka (KVK+KV). Berikut merupakan perbandingan keputusan ujian pra dan ujian pos.

Jadual 6.1 : Perbandingan ujian pra dan ujian pos

BilNama muridUjian praUjian posPeningkatan pencapaian

Markah(140)Peratus(%)Markah(140)Peratus(%)Markah(140)Peratus(%)

1Aidil Azihan5035.7111582.1465+46.43

2Wajdi64.288258.5776+54.29

3Afiq4632.8512085.7174+52.86

4Syawal2618.5710474.2878+55.71

5Mifzal3122.1411582.1484+60.00

6.Shuhadha4431.4212387.8579+56.43

7.Munirah3625.7112488.5788+62.86

Jadual 6.1 menunjukkan perbezaan pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pos. Didapati murid dapat membaca antara 6 hingga 50 perkataan pada ujian pra. Peningkatan dapat dilihat sewaktu ujian pos apabila murid dapat membaca antara 82 hingga 124 perkataan pada ujian pos. Jumlah peningkatan perkataan yang dibaca adalah antara 60 hingga 88 patah perkataan. Dapatan kajian ini telah menunjukkan peningkatan penguasaan murid dalam kemahiran membaca.

Min purata ketika ujian pra dahulu sebanyak 24.38% telah meningkat kepada79.89% dalam ujian pos ini.Peningkatan min purata ini berlaku sebanyak 55.51%. Dapatan peningkatan min purata dalam ujian pos telah membuktikan bahawa terdapat perubahan pencapaian setiap responden dalam penguasaan kemahiran membaca. Keadaan ini menunjukkan bahawa kajian ini telah berjaya meningkatkan penguasaan murid dalam membaca.

Graf perbandingan ujian pra dan ujian pos.

7.0 Perbincangan dan Kesimpulan

Saya mendapati bahawa murid yang dahulunya amat lemah dalam kemahiran membaca telah menunjukkan perubahan yang ketara hasil daripada aktiviti yang dijalankan. Murid-murid juga semakin seronok kerana boleh membaca lebih banyak perkataan. Perkara ini membuktikan bahawa kajian untuk meningkatkan penguasaan murid dalam membaca ini telah berjaya dilaksanakan.

8.0 Cadangan kajian seterusnya

Memandangkan aktiviti yang dijalankan telah dapat meningkatkan penguasaan murid membaca perkataan dua suku kata, saya bercadang untuk memperluaskan kajian terhadap kemahiran membaca perkataan tiga suku kata. Saya turut bercadang untuk mengaplikasi kepada murid pemulihan yang menghadapi masalah yang sama iaitu tidak memahami konsep mencantum perkataan.

SENARAI RUJUKAN

Abdillah Bin Nurdin Asis.2009.Meningkatkan kemahiran membaca ayat-ayat yang mengandungi perkataan gabungan tiga suku kata terbuka KV + KV + KV. Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009 . Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang

Aspalaila Ramli. Maslinda Mahmud (2006). Meningkatkan Kemahiran Murid Membaca Ayat-ayat Yang Mengandungi Perkataan Gabungan Dua Suku Kata Terbuka dan Tertutup KV + KVK.Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006.Sekolah Rendah

Kementerian Pendidikan Malaysia (1992).Asas Perkaedahan Mengajar Bahasa. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Roziah Abd Hamid (2005). Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid-murid Tahun 1 Dengan Latih-tubi Menggunakan Suku Kata Dan Gambar Proseding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005.

Siti Rosmah Mohamed. Saripah Sarif (2006).Ting-Ting Minda Meningkatkan Kemahiran Membaca Perkataan Gabungan Suku Kata Terbuka dan Tertutup KV KVK Dalam Kalangan Murid Pemulihan Khas.Jurnal Kajian Tindakan NegeriJohor 2006 Sekolah Rendah.

Zainora binti Mohd @ Man (2005). Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid Tahun 5 Melalui Latih Tubi Bacaan Menggunakan Kad Suku Kata.Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005. Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa.