37

DASAR LATIHAN HOSPITAL SUNGAI BULOH - …hsgbuloh.moh.gov.my/images/pdf/dasar_latihan.pdf · Pembedahan Plastik dan Rawatan Kebakaran ... Lawatan kerja ii. On-the-job training iii

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: DASAR LATIHAN HOSPITAL SUNGAI BULOH - …hsgbuloh.moh.gov.my/images/pdf/dasar_latihan.pdf · Pembedahan Plastik dan Rawatan Kebakaran ... Lawatan kerja ii. On-the-job training iii
Page 2: DASAR LATIHAN HOSPITAL SUNGAI BULOH - …hsgbuloh.moh.gov.my/images/pdf/dasar_latihan.pdf · Pembedahan Plastik dan Rawatan Kebakaran ... Lawatan kerja ii. On-the-job training iii

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

DASAR LATIHAN HOSPITAL SUNGAI BULOH

Diterbitkan oleh: Unit Latihan

Bahagian Sumber Manusia Hospital Sungai Buloh

Cetakan pertama: Oktober 2011

Page 3: DASAR LATIHAN HOSPITAL SUNGAI BULOH - …hsgbuloh.moh.gov.my/images/pdf/dasar_latihan.pdf · Pembedahan Plastik dan Rawatan Kebakaran ... Lawatan kerja ii. On-the-job training iii

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

Page 4: DASAR LATIHAN HOSPITAL SUNGAI BULOH - …hsgbuloh.moh.gov.my/images/pdf/dasar_latihan.pdf · Pembedahan Plastik dan Rawatan Kebakaran ... Lawatan kerja ii. On-the-job training iii

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

Sekalung Ucapan

Pengarah Hospital Sungai Buloh

Assalamualaikum w.b.t,

Salam Sejahtera.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinan-Nya Dasar Latihan Hospital Sungai

Buloh ini dapat diterbitkan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

Jawatankuasa Penggubalan Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh yang diketuai oleh

Timbalan Pengarah (Pengurusan) di atas usaha yang tinggi dalam penyediaan

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh ini.

Sebagai usaha untuk memantapkan latihan anggota-anggota Hospital Sungai Buloh,

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh perlu diwujudkan bagi memberi panduan

kepada semua anggota Hospital Sungai Buloh mengenai proses latihan yang perlu

diikuti bermula daripada awal pelantikan atau penempatan di Hospital Sungai Buloh

sehingga pra persaraan anggota.

Oleh itu, saya berharap agar semua anggota Hospital Sungai Buloh dapat

memanfaatkan sepenuhnya dasar ini. Saya juga berharap semoga prestasi

perkhidmatan semua anggota Hospital Sungai Buloh akan lebih cemerlang dengan

mengikuti latihan-latihan yang disediakan di hospital agar matlamat ”Rakyat

Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” dapat direalisasikan.

Sekian, terima kasih.

(DR. HAJI KHALID BIN IBRAHIM, MMC No.26237) Pengarah Hospital Sungai Buloh

Page 5: DASAR LATIHAN HOSPITAL SUNGAI BULOH - …hsgbuloh.moh.gov.my/images/pdf/dasar_latihan.pdf · Pembedahan Plastik dan Rawatan Kebakaran ... Lawatan kerja ii. On-the-job training iii

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

KANDUNGAN

1. Pengenalan Hospital Sungai Buloh

1.1 Latar Belakang

1.2 Visi

1.3 Misi

1.4 Nilai Teras

1.5 Objektif

1.6 Fungsi Dan Tanggungjawab

1.7 Objektif Latihan

2. Dasar Latihan

2.1 Skop Latihan

2.2 Definisi Latihan

2.3 Dasar Latihan

2.4 Tempoh Latihan

2.5 Tempat Kursus/Latihan

2.6 Kumpulan Sasaran

2.7 Bidang Latihan

3. Strategi Latihan

4. Perancangan Latihan

4.1 Mesyuarat Jawatankuasa Latihan HSB

4.2 Struktur Latihan

5. Perlaksanaan Latihan

5.1 Training Need Analysis (TNA)

5.2 Kaedah Penyediaan TNA

5.3 Metodologi Latihan

5.4 Program Latihan Dan Penjadualan Kursus

5.5 Peranan Dan Tanggungjawab Unit Latihan, Bahagian

Sumber Manusia

Page 6: DASAR LATIHAN HOSPITAL SUNGAI BULOH - …hsgbuloh.moh.gov.my/images/pdf/dasar_latihan.pdf · Pembedahan Plastik dan Rawatan Kebakaran ... Lawatan kerja ii. On-the-job training iii

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

5.6 Peranan Ketua-Ketua Jabatan/Bahagian

5.7 Tanggungjawab Individu

5.8 Pencalonan Bagi Kursus Yang Dikendalikan Oleh Unit

Latihan

5.9 Pengendalian Kursus

6. Penilaian Latihan

7. Mekanisme Pemantauan Pelan Latihan

8. Peruntukan

9. Penutup

Page 7: DASAR LATIHAN HOSPITAL SUNGAI BULOH - …hsgbuloh.moh.gov.my/images/pdf/dasar_latihan.pdf · Pembedahan Plastik dan Rawatan Kebakaran ... Lawatan kerja ii. On-the-job training iii

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

1. PENGENALAN HOSPITAL SUNGAI BULOH

1.1 LATAR BELAKANG

Hospital Sungai Buloh (HSB) mula beroperasi pada Ogos

2006 dan terletak kira-kira 25km dari Bandaraya Kuala

Lumpur di Mukim Batu, Daerah Gombak, Selangor. Pada

tahun 1999, Projek Pembangunan HSB baru ini (seluas 130

ekar) telah dimulakan bagi menampung keperluan populasi

yang kian meningkat dan sesak di sekitar kawasan ini dan

juga untuk mengurangkan kebanjiran pesakit di Hospital

Kuala Lumpur.

1.2 VISI

Kami akan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi

dan bertumpukan pesakit melalui kecemerlangan dalam

penyediaan klinikal, latihan, pendidikan, inovasi dan

teknologi bersesuaian oleh kakitangan yang prihatin,

penyayang, komited dan profesional.

1.3 MISI

Kami komited untuk:

Menyampaikan perkhidmatan penjagaan pesakit yang

holistik dengan menyediakan kemudahan prasarana

terbaik, serta menjalinkan hubungan seramai dengan

agensi berkaitan.

Menjadi pusat kecemerlangan dalam pengurusan

perawatan penyakit berjangkit, trauma, bedah neuro

serta penjagaan perubatan menyeluruh dengan

penekanan kepada perkhidmatan rawatan harian.

Page 8: DASAR LATIHAN HOSPITAL SUNGAI BULOH - …hsgbuloh.moh.gov.my/images/pdf/dasar_latihan.pdf · Pembedahan Plastik dan Rawatan Kebakaran ... Lawatan kerja ii. On-the-job training iii

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

Bekerja sebagai satu pasukan dalam perkongsian

dengan komuniti untuk menggalakkan kesejahteraan

kesihatan bersama.

Mewujudkan budaya kerja di mana semua pelanggan

dihargai dan dihormati.

Menyediakan satu suasana persekitaran yang selesa

di semua peringkat untuk pembangunan profesional

dan penyelidikan yang berterusan.

Menggunakan teknologi maklumat dalam semua

penyampaian sistem perkhidmatan kesihatan dengan

penuh efisien dan mesra pelanggan.

1.4 NILAI TERAS

Nilai teras kami adalah mengintegrasikan profesionalisme,

penyayang dan kerja berpasukan dalam kerja harian demi

memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti dan

cemerlang.

1.5 OBJEKTIF

Untuk menjadi pusat rujukan cemerlang dalam bidang

kesihatan dan perubatan melalui penyampaian

perkhidmatan yang selamat dan memenuhi keperluan

pelanggan di negara dan di rantau ini.

Memberi layanan dan hospitaliti yang terbaik kepada

pelanggan hospital melalui pengwujudan dan

persekitaran yang selesa dan selamat.

Page 9: DASAR LATIHAN HOSPITAL SUNGAI BULOH - …hsgbuloh.moh.gov.my/images/pdf/dasar_latihan.pdf · Pembedahan Plastik dan Rawatan Kebakaran ... Lawatan kerja ii. On-the-job training iii

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

Meningkatkan kualiti perkhidmatan secara berterusan

melalui penerapan budaya korporat dan penghayatan

nilai-nilai murni di kalangan kakitangan semasa

bertugas.

Menyediakan pelbagai kemudahan dan perubatan

yang sesuai dengan keperluan kesihatan komuniti

selaras dengan kecanggihan teknologi semasa.

Mengoptimumkan perkhidmatan melalui hubungan

seramai yang erat dengan komuniti dan agensi yang

berkaitan.

Mempertingkat prestasi dan keilmuan kakitangan

melalui pendidikan berterusan dan latihan yang

komprehensif selari dengan kemajuan teknologi

semasa dalam menjalankan tugas.

Memastikan segala urusan / aktiviti hospital

dilaksanakan dengan menggunakan teknologi

maklumat yang terkini, cekap dan kos efektif.

Menyediakan latihan dalam sub-bidang tertentu di

negara ini.

1.6 FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB

HSB menyediakan pelbagai perkhidmatan perubatan secara

perkhidmatan secondari dan perkhidmatan tertiari. HSB

telah dikenal pasti sebagai pusat kecemerlangan (Centre of

Excellence) bagi;

Penyakit Berjangkit

Kecemasan dan Trauma

Page 10: DASAR LATIHAN HOSPITAL SUNGAI BULOH - …hsgbuloh.moh.gov.my/images/pdf/dasar_latihan.pdf · Pembedahan Plastik dan Rawatan Kebakaran ... Lawatan kerja ii. On-the-job training iii

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

Pembedahan Neuro

Pembedahan Maxillo-Fasial

Pembedahan Plastik dan Rawatan Kebakaran

Ortopedik dan Traumatologi

Kawasan liputan perkhidmatan hospital ini adalah Daerah

Gombak, Daerah Petaling dan Daerah Kuala Selangor yang

mana populasi di ketiga-tiga kawasan ini merangkumi 40%

dari jumlah keseluruhan populasi di Negeri Selangor iaitu

lebih kurang 2.18 juta penduduk.

1.7 OBJEKTIF LATIHAN

Menjadikan HSB sebagai sebuah Organisasi

Pembelajaran (Learning Organisation) yang

cemerlang dan terancang berteraskan pembangunan

kompetensi dan pembelajaran berterusan.

Membangun dan melahirkan anggota yang kompeten

dalam menghadapi cabaran dan persaingan global di

mana pengetahuan dan kemahiran boleh diperolehi,

dikongsi, dipindahkan dan dikekalkan secara

berterusan sepanjang perkhidmatan.

Menyediakan peluang peningkatan dan pengukuhan

keupayaan anggota melalui latihan dan latihan semula

berasaskan keperluan organisasi sekurang-

kurangnya 7 hari setahun.

Menyediakan peluang latihan kepada sekumpulan

anggota yang mempunyai bakat, potensi dan daya

kepimpinan supaya sebarisan kepimpinan berkaliber

yang berintegriti dan amanah dapat diwujudkan.

Page 11: DASAR LATIHAN HOSPITAL SUNGAI BULOH - …hsgbuloh.moh.gov.my/images/pdf/dasar_latihan.pdf · Pembedahan Plastik dan Rawatan Kebakaran ... Lawatan kerja ii. On-the-job training iii

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

Menyediakan peluang dan kemudahan kepada warga

organisasi supaya pembelajaran sepanjang hayat

(Life-long Learning) dan rapid learning dapat dinikmati

oleh semua anggota bagi memudahkan laluan kerjaya

mereka.

2. DASAR LATIHAN

2.1 SKOP LATIHAN

Skop latihan dalam konteks ini bermaksud kursus jangka

pendek dalam negara yang tempohnya 3 bulan atau kurang

yang dirancang dan dianjurkan bagi anggota HSB dan

anggota-anggota agensi-agensi lain yang berkaitan. Skop

latihan juga meliputi kursus yang dianjurkan oleh agensi luar

(awam dan swasta) di dalam dan luar negara yang dihadiri

oleh semua anggota sama ada dibiayai oleh Kementerian,

Hospital atau pihak penganjur.

2.2 DEFINISI LATIHAN

Merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2005

mengenai Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam,

takrif latihan ialah:

“Proses pemindahan ilmu pengetahuan secara kemas, dan berdisiplin, bertujuan menambahkan pengetahuan dan kemahiran untuk memenuhi keperluan dan tuntutan semasa dalam organisasi. Ini dicapai melalui sebarang bentuk pembelajaran seperti kursus, latihan semasa bekerja dan program mentoring/coaching atau yang seumpama dengannya yang menyumbang kepada pembangunan individu dan kecemerlangan organisasi.”

Page 12: DASAR LATIHAN HOSPITAL SUNGAI BULOH - …hsgbuloh.moh.gov.my/images/pdf/dasar_latihan.pdf · Pembedahan Plastik dan Rawatan Kebakaran ... Lawatan kerja ii. On-the-job training iii

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

Berdasarkan kepada takrif latihan di atas, latihan di HSB

telah ditakrifkan seperti di Jadual 1 di bawah:

Jadual 1: Takrif Latihan Hospital Sungai Buloh

Bil. Pelaksanaan Latihan Jenis Aktiviti

1. Latihan

Definisi: Aktiviti latihan yang

dijalankan selama 6 jam secara

bersemuka dan berterusan anjuran

Jabatan, Bahagian atau agensi luar

di dalam dan di luar negara

i. Kursus

ii. Seminar

iii. Konvensyen

iv. Bengkel

v. Forum

vi. Simposium/Persidangan

2. Sesi Pembelajaran (Bersemuka)

Definisi: Sebarang aktiviti latihan

atau pembelajaran secara

bersemuka yang tempohnya

kurang 6 jam anjuran Jabatan,

Bahagian atau agensi luar di dalam

Negara.

i. Sesi pembelajaran (Continous

Medical Education (CME) dan

Continous Nursing Education

(CNE))

ii. Perhimpunan bulanan

iii. Program penerapan Nilai-nilai

murni dan Ceramah-ceramah

Khas

iv. Program Sambutan/Program

Khas sambutan bulan-bulan

Islam/ Perayaan yang

mengandungi

ucapan/ceramah/forum

v. Pembentangan kertas di

Seminar/ Konvensyen,

Simposium dan Persidangan.

vi. Menyampaikan ceramah di

dalam kursus/bengkel (modul

Page 13: DASAR LATIHAN HOSPITAL SUNGAI BULOH - …hsgbuloh.moh.gov.my/images/pdf/dasar_latihan.pdf · Pembedahan Plastik dan Rawatan Kebakaran ... Lawatan kerja ii. On-the-job training iii

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

yang pertama kali

dibentangkan atas tajuk yang

sama sahaja diambilkira)

3. Sesi Pembelajaran (Tidak

Bersemuka)

Definisi: Sebarang aktiviti latihan

atau pembelajaran secara tidak

bersemuka dan tidak berterusan

yang tempohnya kurang daripada 6

jam anjuran Jabatan, Bahagian,

Agensi Luar di dalam Negara.

i. Lawatan kerja

ii. On-the-job training

iii. Latihan sangkutan

iv. Simulasi

v. Lain-lain (seperti kajian kes,

tayangan filem, under study)

3. Pembelajaran Kendiri

Definisi: Kaedah pembelajaran

yang berkonsepkan belajar atas

daya usaha sendiri sama ada

pembelajaran yang melibatkan

secara bersemuka dan tidak

bersemuka (online).

i. Penggunaan portal e-

Pembelajaran sektor awam

(EPSA) www.epsa.intan.my

ii. Penggunaan portal e-

pembelajaran yang diiktiraf

oleh Jabatan/Kementerian.

iii. Penggunaan Pangkalan

Repositori Ilmu Sumber

Manusia

iv. Pembacaan buku-buku ilmiah

dalam Bahasa Malaysia dan

Bahasa Inggeris (buku

biasa/bentuk fizikal atau e-

book)

v. Pembacaan jurnal

ilmiah/Laporan Kajian dan lain-

lain bahan ilmiah secara fizikal

atau maya (virtual)

Page 14: DASAR LATIHAN HOSPITAL SUNGAI BULOH - …hsgbuloh.moh.gov.my/images/pdf/dasar_latihan.pdf · Pembedahan Plastik dan Rawatan Kebakaran ... Lawatan kerja ii. On-the-job training iii

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

2.3 DASAR LATIHAN

Dasar Latihan ini diwujudkan selari dengan nilai teras HSB

untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang

berkualiti dan cemerlang. Dasar latihan ini meliputi perkara-

perkara berikut:

2.3.1 Setiap anggota mestilah melalui pusingan latihan yang

lengkap bagi mempertingkatkan kualiti kerja individu

tersebut.

2.3.2 Dalam setahun, setiap anggota HSB mestilah

menghadiri sekurang-kurangnya satu latihan (sama

ada dalam bentuk kursus, seminar atau pun bengkel)

dan tidak kurang dari 7 hari berkursus setahun dan

memperoleh mata minima Continuous Profesional

Development (CPD) individu sebanyak 30 mata.

2.3.3 Latihan hendaklah diberikan kepada semua

kategori/peringkat perkhidmatan sama ada profesional

mahu pun kumpulan sokongan.

2.3.4 Bagi anggota yang melaporkan diri untuk lantikan baru

mereka mestilah menjalani kursus induksi dan

orientasi.

2.3.5 Latihan yang diadakan hendaklah tertumpu kepada

usaha untuk meningkatkan kepakaran dan kemahiran,

memenuhi tahap keperluan organisasi dan berkaitan

dengan bidang tugas.

2.3.6 Pelan Operasi Latihan Tahunan mestilah dirancang

mengikut garis panduan struktur latihan dan memberi

keutamaan keperluan latihan semasa Hospital.

Page 15: DASAR LATIHAN HOSPITAL SUNGAI BULOH - …hsgbuloh.moh.gov.my/images/pdf/dasar_latihan.pdf · Pembedahan Plastik dan Rawatan Kebakaran ... Lawatan kerja ii. On-the-job training iii

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

2.4 TEMPOH LATIHAN

Tempoh latihan sekurang-kurangnya 6 jam yang berterusan

di luar tempat kerja (off-the-job) adalah diambil kira sebagai

1 hari berkursus.

Bagi kursus-kursus seperti ceramah, sesi pembelajaran,

taklimat yang dijalankan kurang daripada 6 jam dan

dikendalikan di tempat kerja (on-the-job) atau di luar tempat

kerja boleh dikumpulkan sehingga mencukupi 6 jam untuk

diambil kira sebagai 1 hari berkursus. Rekod kehadiran

setiap latihan/sesi pembelajaran tersebut hendaklah

dicatatkan di dalam Buku Log Latihan/Buku CPD dan

Laporan Kursus Jabatan/Sistem e-Latihan.

Dalam hubungan ini, pegawai yang menganggotai urus

setia kursus boleh diiktiraf sebagai peserta kursus jika

mereka terlibat di dalam salah satu aktiviti seperti

mempengerusikan sesi dialog, perbincangan, penyediaan

laporan-laporan atau kertas kerja dan menjadi ahli kepada

kumpulan peserta dimana mereka dipertanggungjawabkan

sebagai fasilitator atau sebagai ahli perbincangan.

Sekiranya urusetia hanya terlibat di dalam urusan-urusan

operasi, pentadbiran dan logistik seminar mereka tidak

boleh diiktiraf sebagai peserta program berkenaan.

2.5 TEMPAT KURSUS/LATIHAN

Tempat kursus/latihan adalah bergantung kepada

kesesuaian mengikut jenis kursus dan bilangan peserta

yang terlibat dan peruntukan kewangan yang diluluskan.

Bagi tujuan pemilihan tempat berkursus, kadar bayaran

adalah mengikut kadar yang ditetapkan dalam Pekeliling

Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2005 mengenai Kadar Dan

Page 16: DASAR LATIHAN HOSPITAL SUNGAI BULOH - …hsgbuloh.moh.gov.my/images/pdf/dasar_latihan.pdf · Pembedahan Plastik dan Rawatan Kebakaran ... Lawatan kerja ii. On-the-job training iii

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan Dan Bayaran Kepada

Pegawai Perkhidmatan Awam Semasa Berkursus Kecuali

Kursus Pra Perkhidmatan. Keutamaan tempat latihan

adalah di dalam premis HSB iaitu Bilik Seminar, Bukit Ilmu,

Auditorium dan Dewan Ilmiah.

Bagi penganjuran kursus di luar kawasan pejabat,

pembekal kemudahan penginapan perlu berdaftar dengan

Kementerian Kewangan di bawah kod bidang 220210

(menyediakan kemudahan penginapan) untuk kursus,

seminar dan lain-lain yang berkaitan.

2.6 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran adalah untuk seluruh anggota HSB dan

melibatkan semua Jabatan/Bahagian/Unit dan agensi-

agensi lain yang berkaitan.

Terdapat 4 kumpulan sasaran iaitu:

a) Kumpulan Pengurusan Tertinggi

b) Kumpulan Pengurusan dan Profesional

c) Kumpulan Paramedik dan Auksilari

d) Kumpulan Sokongan

2.7 BIDANG LATIHAN

Bidang latihan yang dikendalikan di peringkat HSB adalah

berdasarkan kepada tuntutan Dasar Latihan Sumber

Manusia Sektor Awam. Latihan yang dirancang adalah

dibahagikan seperti berikut;

i. Kursus Mandatori (Wajib)

Kursus-kursus wajib adalah merupakan kursus induksi

modul umum dan khusus yang dianjurkan oleh

Page 17: DASAR LATIHAN HOSPITAL SUNGAI BULOH - …hsgbuloh.moh.gov.my/images/pdf/dasar_latihan.pdf · Pembedahan Plastik dan Rawatan Kebakaran ... Lawatan kerja ii. On-the-job training iii

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS)/

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kursus

orientasi yang dianjurkan kepada anggota lantikan

baru.

ii. Kursus Kompetensi Umum

Latihan yang disediakan bagi melahirkan anggota

yang lebih cekap serta berpengetahuan di dalam

menjalankan tugas-tugas jawatan yang disandang.

Ianya meliputi aspek pengetahuan, kemahiran dan ciri-

ciri peribadi seseorang kakitangan awam.

iii. Kursus Kewangan

Kursus ini bertujuan mempertingkatkan

profesionalisme pengurusan kewangan, akauntabiliti

dan integriti anggota yang terlibat dalam pengurusan

kewangan.

iv) Kursus Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

Mempertingkatkan tahap penguasaan Bahasa

Malaysia dan Bahasa Inggeris anggota HSB supaya

lebih yakin dalam melaksanakan tugas serta

meningkatkan imej HSB, Jabatan dan Kementerian.

v) Kursus Kompetensi Khusus (Pengemasan Kerja)

Kursus ini dilaksanakan oleh Jabatan/Bahagian yang

menerima peruntukan latihan berdasarkan kepada

keperluan tugas dan jawatan seseorang anggota.

Sasaran peserta adalah anggota-anggota yang terlibat

melaksanakan fungsi dan tugas jawatan yang

disandang.

Page 18: DASAR LATIHAN HOSPITAL SUNGAI BULOH - …hsgbuloh.moh.gov.my/images/pdf/dasar_latihan.pdf · Pembedahan Plastik dan Rawatan Kebakaran ... Lawatan kerja ii. On-the-job training iii

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

vi) Kursus Peralihan

Kursus ini dianjurkan oleh JKNS untuk membantu

anggota yang bakal bersara untuk menempuh zaman

persaraan dengan lebih yakin, tidak merasakan

kejutan dan terus memberi sumbangan kepada

masyarakat dan negara mengikut minat kerjaya

masing-masing.

vii) Keperluan Stakeholder (Ad-Hoc)

Kursus-kursus juga ditawarkan berdasarkan kepada

keperluan semasa yang disarankan oleh pihak

stakeholder.

viii) Kursus Jangka Pendek Luar Negara

Kursus Jangka Pendek Luar Negara juga dirancang

oleh Bahagian Pengurusan Latihan, KKM bagi

memberi peluang kepada anggota dalam melihat

kemampuan dan kemajuan negara asing di samping

mendapat manfaat daripada perkongsian ilmu yang

diperolehi ketika berkursus.

3. STRATEGI LATIHAN

3.1 Latihan di HSB dilaksanakan dengan menggunakan

strategi-strategi seperti berikut;

3.1.1 Mengenal pasti keperluan latihan dengan

menjalankan Training Needs Analysis (TNA).

Analisis ini dilaksanakan oleh semua

Jabatan/Bahagian/Unit dan diselaraskan oleh Unit

Latihan berdasarkan kepada jumlah peruntukan

latihan yang diterima.

Page 19: DASAR LATIHAN HOSPITAL SUNGAI BULOH - …hsgbuloh.moh.gov.my/images/pdf/dasar_latihan.pdf · Pembedahan Plastik dan Rawatan Kebakaran ... Lawatan kerja ii. On-the-job training iii

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

3.1.2 TNA yang dihasilkan akan diterjemahkan kepada

Pelan Operasi Latihan Tahunan (Takwim). Pelan

Operasi Latihan Tahunan hendaklah disediakan

berpandukan kepada Pelan Operasi Latihan (POL)

KKM.

3.1.3 Menyediakan peruntukan kursus dan latihan

tahunan kepada semua Jabatan/Bahagian/Unit

tertakluk kepada peruntukan semasa.

3.1.4 Setiap Ketua Jabatan bertanggungjawab

merancang, melaksanakan dan mengenal pasti

keperluan latihan di peringkat Jabatan masing-

masing.

3.1.5 Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan

pegawai masing-masing di semua peringkat

mengikuti latihan sekurang-kurangnya 7 hari

setahun dan memperoleh mata minima CPD

sebanyak 30 mata.

3.1.6 Melantik penyelaras Latihan (Liason Officer) di

peringkat setiap Jabatan/Bahagian/Unit untuk

membantu dalam mengenalpasti keperluan latihan,

melatih dan memantau keberkesanan aktiviti

peringkat Jabatan masing-masing.

3.1.7 Memanfaatkan kemajuan ICT dalam proses latihan

seperti e-learning, online journal, web-based

training, computer-assisted training dan interactive

soft-ware.

Page 20: DASAR LATIHAN HOSPITAL SUNGAI BULOH - …hsgbuloh.moh.gov.my/images/pdf/dasar_latihan.pdf · Pembedahan Plastik dan Rawatan Kebakaran ... Lawatan kerja ii. On-the-job training iii

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

3.1.8 Memantau pelaksanaan program latihan

Jabatan/Bahagian/Unit yang telah menerima

peruntukan melalui Mesyuarat Jawatankuasa

Latihan.

3.1.9 Membangunkan dan mengemaskini Pangkalan

Data untuk Sistem Pengurusan Latihan sebagai

rujukan semua Jabatan/Bahagian/Unit

3.1.10 Mewujudkan pasukan Fasilitator melalui program

latihan (Training Of Trainers) kepada anggota

untuk menjadi tenaga pengajar dan fasilitator.

3.1.11 Mewujudkan Unit Latihan sebagai satu struktur dan

pendekatan bagi meningkatkan dan

memperkukuhkan pelaksanaan pembangunan dan

latihan.

4. PERANCANGAN LATIHAN

4.1 Mesyuarat Jawatankuasa Latihan HSB

Mesyuarat Jawatankuasa Latihan HSB seperti

diperuntukkan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6/1984

adalah bertanggungjawab menentukan keperluan latihan

berdasarkan analisis ke atas TNA Kementerian dan

Jabatan/Bahagian/Unit serta menjalankan rancangan

latihan untuk tahun berikutnya.

Keanggotaan Mesyuarat Jawatankuasa Latihan HSB (MJL)

adalah seperti di Jadual 2 di bawah:

Page 21: DASAR LATIHAN HOSPITAL SUNGAI BULOH - …hsgbuloh.moh.gov.my/images/pdf/dasar_latihan.pdf · Pembedahan Plastik dan Rawatan Kebakaran ... Lawatan kerja ii. On-the-job training iii

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

Jadual 2: Keanggotaan Jawatankuasa Latihan HSB

Keanggotaan

Pengarah Hospital Pengerusi

Timbalan Pengarah (Pengurusan) Penyelaras

Timbalan Pengarah (Perubatan)

Ketua Penolong Pengarah

(Pengurusan)

Penolong Pengarah (Sumber

Manusia)

Pakar Perubatan

Penyelia Hospital

Penyelia Jururawat

Pegawai Sains

Pegawai Teknologi Maklumat

Pegawai Farmasi

Juru X-Ray

Jurupulih Perubatan

Ahli

Unit Latihan Urusetia

MJL dijadualkan bersidang 4 kali setahun iaitu pada bulan

Januari, April, Ogos dan Disember bertujuan untuk

mengkaji semula keperluan latihan dan memantau prestasi

perlaksanaan latihan dan perbelanjaan peruntukan latihan

Jabatan/Bahagian/Unit. Mesyuarat yang bersidang pada

bulan Disember bertujuan untuk menganalisis TNA

Jabatan/Bahagian/Unit berdasarkan kepada keutamaan

dan keperluan agar sumber kewangan yang terhad dapat

dimanfaatkan secara maksimum.

Keputusan analisis TNA dan pembahagian peruntukan

dalam mesyuarat diterjemahkan sebagai Pelan Operasi

Latihan Tahunan Hospital.

Page 22: DASAR LATIHAN HOSPITAL SUNGAI BULOH - …hsgbuloh.moh.gov.my/images/pdf/dasar_latihan.pdf · Pembedahan Plastik dan Rawatan Kebakaran ... Lawatan kerja ii. On-the-job training iii

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

Tugas Jawatankuasa Latihan Hospital Sungai Buloh

adalah seperti berikut;

i. Mengenal pasti dan merancang keperluan latihan

pegawai;

ii. Memantau pelaksanaan Latihan; dan

iii. Meluluskan Pelan Operasi Latihan Tahunan dan

agihan peruntukan latihan.

4.2 Struktur Latihan

Struktur Latihan adalah berdasarkan kepada empat

peringkat seperti berikut :

4.2.1 Peringkat Asas (1 – 3 Tahun Berkhidmat)

Latihan Peringkat Asas dilaksanakan kepada

semua anggota yang berkhidmat dari awal

perlantikan sehingga tempoh tiga tahun. Tahap

latihan pada peringkat ini ialah Tahap Penerapan

Kompetensi yang bersifat umum dan penekanan

adalah terhadap perkhidmatan. Ciri-ciri tahap ini

adalah:

i. Pemahaman matlamat dan fungsi organisasi.

ii. Orientasi kepada persekitaran kerja.

iii. Penyesuaian diri dengan etika dan budaya

kerja jabatan.

iv. Perkara-perkara asas di dalam

perkhidmatan.

Page 23: DASAR LATIHAN HOSPITAL SUNGAI BULOH - …hsgbuloh.moh.gov.my/images/pdf/dasar_latihan.pdf · Pembedahan Plastik dan Rawatan Kebakaran ... Lawatan kerja ii. On-the-job training iii

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

4.2.2 Peringkat Pertengahan (3 – 10 Tahun

Berkhidmat)

Latihan Peringkat Pertengahan melibatkan Tahap

Pembangunan Kompetensi dan Tahap

Peningkatan Kompetensi kepada pegawai yang

telah berkhidmat di antara 3 hingga 10 tahun.

i. Tahap Pembangunan Kompetensi

bertujuan menyediakan pegawai yang

berkebolehan dan berkeupayaan melakukan

sesuatu tugas dengan cepat dan menepati

standard umum yang ditentukan. Ciri-ciri

tahap ini ialah;

a) Membangunkan keupayaan

berkomunikasi.

b) Membangunkan keupayaan memahami,

merancang dan menganalisis tugasan.

c) Membangunkan kebolehan menyelia,

mengurus dan mentadbir.

d) Membangunkan kemahiran-kemahiran

teknikal.

ii. Tahap Peningkatan Kompetensi pula

bertujuan untuk memantapkan kemahiran

baru kepada anggota hospital. Ciri-ciri tahap

ini ialah;

a) Memantapkan mutu kerja yang lebih

tinggi.

b) Memantapkan tahap kepakaran.

c) Memantapkan tahap profesionalisme.

Page 24: DASAR LATIHAN HOSPITAL SUNGAI BULOH - …hsgbuloh.moh.gov.my/images/pdf/dasar_latihan.pdf · Pembedahan Plastik dan Rawatan Kebakaran ... Lawatan kerja ii. On-the-job training iii

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

d) Memantapkan keupayaan dan

kemahiran kepimpinan.

e) Mengembangkan kebolehan dan

keupayaan.

f) Mengukuhkan kepimpinan.

g) Memantapkan integriti.

h) Memantapkan keupayaan membuat

keputusan.

i) Menyediakan kebolehan mengadakan

jaringan (networking).

4.2.3 Peringkat Lanjutan (melebihi 10 tahun

Berkhidmat)

Latihan Peringkat Lanjutan dilaksanakan kepada

pegawai yang telah berkhidmat lebih 10 tahun.

Tujuannya ialah untuk meningkatkan kemahiran

sedia ada dan mendedahkan kemahiran baru bagi

meningkatkan kompetensi pegawai. Ciri-ciri tahap

ini ialah;

i. Mengembangkan kebolehan dan keupayaan.

ii. Mengukuhkan kepimpinan.

iii. Memantapkan integriti.

iv. Memantapkan keupayaan membuat

keputusan.

v. Menyediakan kebolehan mengadakan

jaringan (networking).

4.2.4 Peringkat Peralihan (2 tahun sebelum bersara)

Latihan Peringkat Peralihan dilaksanakan kepada

anggota yang akan meninggalkan perkhidmatan

dalam tempoh dua tahun sebelum bersara. Tujuan

tahap ini ialah untuk menyediakan anggota yang

akan meninggalkan perkhidmatan kepada

Page 25: DASAR LATIHAN HOSPITAL SUNGAI BULOH - …hsgbuloh.moh.gov.my/images/pdf/dasar_latihan.pdf · Pembedahan Plastik dan Rawatan Kebakaran ... Lawatan kerja ii. On-the-job training iii

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

pengetahuan dan persekitaran baru. Ciri-ciri tahap

ini ialah;

i. Menyediakan kebolehan mengadakan

jaringan (networking).

ii. Menyediakan pengetahuan mengenai

peluang dan cabaran baru.

iii. Menyediakan ketahanan mental dan

psikologi.

iv. Menyediakan kebolehan menangani tekanan

dan cabaran.

Struktur Latihan Dalam Perkhidmatan digambarkan seperti

di Rajah 1 di bawah.

Rajah 1: Struktur Latihan Dalam Perkhidmatan

PERALIHAN

3 10 TAHUN KEATAS

10 5 2 TAHUN SEBELUM BERSARA

0

ASAS

LANJUTAN

PERTENGAHAN

Page 26: DASAR LATIHAN HOSPITAL SUNGAI BULOH - …hsgbuloh.moh.gov.my/images/pdf/dasar_latihan.pdf · Pembedahan Plastik dan Rawatan Kebakaran ... Lawatan kerja ii. On-the-job training iii

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

5. PERLAKSANAAN LATIHAN

5.1 Training Needs Analysis (TNA)

TNA merupakan proses untuk mengenalpasti keperluan

dan bentuk latihan kepada anggota untuk meningkatkan

prestasi bagi mencapai matlamat organisasi

5.1.1 Competency Identification

Menjalankan kursus mengikut tahap kompetensi

seseorang pegawai tersebut yang bersesuaian

dengan jawatan yang dipegang di dalam

Jabatan/Bahagian/Unit.

5.1.2 Keperluan Jabatan / Bahagian

Kursus yang dirancang adalah berkaitan dengan

fungsi pegawai dan atas arahan Ketua Jabatan.

Kursus – kursus yang diadakan lebih berbentuk

Fungsional.

5.2 Kaedah Penyediaan TNA

5.2.1 Peringkat HSB

Unit Latihan akan mengumpulkan data mengenai

keperluan latihan bedasarkan TNA seperti berikut:

i. Mengedarkan memo ke setiap

Jabatan/Bahagian/Unit bagi mendapatkan

maklumat mengenai keperluan latihan/kursus

di setiap Jabatan.

ii. Perbincangan dalam mesyuarat-mesyuarat

yang dianggotai oleh pihak pengurusan,

Ketua-ketua Jabatan dan pihak pekerja.

Page 27: DASAR LATIHAN HOSPITAL SUNGAI BULOH - …hsgbuloh.moh.gov.my/images/pdf/dasar_latihan.pdf · Pembedahan Plastik dan Rawatan Kebakaran ... Lawatan kerja ii. On-the-job training iii

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

iii. Arahan-arahan pihak Pengurusan Hospital,

JKNS dan KKM.

5.2.2 Bahagian, Jabatan Dan Unit

Setiap Jabatan/Bahagian/Unit mendapatkan

maklumat mengenai keperluan kursus/latihan

pegawai dan anggota seperti berikut:

i. Arahan dari Ketua Jabatan mengenai kursus/

latihan yang perlu dihadiri berdasarkan

fungsi Jabatan.

ii. Permohonan menghadiri latihan daripada

pegawai dan anggota Jabatan.

iii. Keperluan latihan dalam Borang Laporan

Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT).

iv. Maklumbalas daripada pegawai dan anggota

berkenaan kursus yang perlu oleh anggota.

5.3 Metodologi Latihan

Metodologi dan pendekatan latihan yang bersesuaian

digunakan untuk mendapatkan keberkesanan yang tinggi.

Metodologi yang sesuai dengan sifat pegawai dan anggota

yang dianggap sebagai adult learner. Mereka adalah

penjawat yang memerlukan pengetahuan dan kemahiran

yang praktikal sesuai dengan tugasan mereka yang tidak

bersifat akademik. Antara metodologi yang boleh

dilaksanakan ialah;

Page 28: DASAR LATIHAN HOSPITAL SUNGAI BULOH - …hsgbuloh.moh.gov.my/images/pdf/dasar_latihan.pdf · Pembedahan Plastik dan Rawatan Kebakaran ... Lawatan kerja ii. On-the-job training iii

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

5.3.1 Kursus Dalaman / Kursus Luaran

Kursus dalaman / Kursus Luaran yang

dilaksanakan sama ada menggunakan tenaga

pengajar/fasilitator dalaman atau luaran. Kursus

dalaman lebih mirip dan berada dalam situasi yang

lebih hampir kepada keadaan sebenar/konteks

tugasan. Pelbagai kaedah boleh digunakan seperti

syarahan, perbincangan, amali dan berbagai

kaedah lagi.

5.3.2 On-The-Job Training

Metodologi latihan ini lebih berkesan kerana

anggota mempelajari pengetahuan dan kemahiran

daripada superior atau rakan sejawatnya dalam

situasi dan kondisi kerja sebenar. Mereka belajar

sambil melaksanakan tugas dengan pengalaman

mereka sendiri (experiential learning) dan dalam

konteks kerja sebenar. Kaedah ini lebih cepat,

murah dan berkesan.

5.3.3 Pembangunan Profesional (Professional

Development)

Pendekatan ini terbukti boleh meningkatkan

kompetensi. Antaranya adalah Seminar,

Konferensi, Kolokium, Bengkel, Talk, kursus-kursus

anjuran badan-badan, organisasi atau persatuan

profesional dan lawatan sambil belajar.

5.3.4 Pembangunan Jatidiri

Pendekatan ini lebih memberi penumpuan ke atas

pembangunan jati diri anggota dengan

menganjurkan kursus seperti HSB LIFE,

Kemahiran Interpersonal dan Enhancing Self

Esteem Programme (ESEP). Dengan adanya

Page 29: DASAR LATIHAN HOSPITAL SUNGAI BULOH - …hsgbuloh.moh.gov.my/images/pdf/dasar_latihan.pdf · Pembedahan Plastik dan Rawatan Kebakaran ... Lawatan kerja ii. On-the-job training iii

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

kursus seumpama ini anggota akan lebih yakin dan

berupaya untuk meningkatkan prestasi kerja, sikap

kerjasama yang baik dan motivasi diri dalam

melaksanakan tugasan.

5.3.5 Pendidikan Lanjutan

Mewujudkan pembelajaran berterusan dengan

mengadakan siri pendidikan lanjutan seperti CME

dan CNE bagi meningkatkan ilmu pengetahuan

dalam bidang perubatan dan kejururawatan.

5.3.6 Kajian Kes

Melaksanakan pengumpulan dan pembentangan

maklumat terperinci berkaitan sesuatu kajian kes

yang dijalankan.

5.3.7 Pembelajaran Kendiri

Kaedah pembelajaran yang berkonsepkan belajar

atas daya usaha sendiri sama ada pembelajaran

yang melibatkan secara bersemuka dan tidak

bersemuka (online). Antaranya ialah penggunaan

portal e-Pembelajaran sektor awam (EPSA) di

www.epsa.intan.my

5.4 Program Latihan Dan Penjadualan Kursus

Program Latihan menyenaraikan secara spesifik latihan-

latihan yang dirancang dalam sesuatu tahun. Antara lain, ia

mengandungi senarai latihan yang akan diadakan. Objektif

badan/institusi yang menganjurkannya, tempoh dan tarikh

serta kumpulan sasaran yang terlibat.

Page 30: DASAR LATIHAN HOSPITAL SUNGAI BULOH - …hsgbuloh.moh.gov.my/images/pdf/dasar_latihan.pdf · Pembedahan Plastik dan Rawatan Kebakaran ... Lawatan kerja ii. On-the-job training iii

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

5.5 Peranan dan Tanggungjawab Unit Latihan, Hospital

Sungai Buloh

Unit Latihan bertanggungjawab atas perancangan latihan

tahunan dalam perkara-perkara berikut;

5.5.1 Bertindak sebagai Urus Setia kepada

Jawatankuasa Latihan.

5.5.2 Menyelaras pelaksanaan perancangan latihan

tahunan hospital.

5.5.3 Merancang dan melaksanakan orientasi bagi

anggota hospital yang baru dilantik.

5.5.4 Merancang dan melaksanakan program latihan

dalaman bagi anggota di peringkat Hospital.

5.5.5 Menyelaras dan menguruskan

permohonan/pencalonan anggota Hospital untuk

mengikuti latihan anjuran institusi latihan swasta

yang dirancang dalam Perancangan Latihan

Tahunan.

5.5.6 Menyelaras dan menguruskan permohonan/

pencalonan anggota Hospital ke KKM untuk

mengikuti kursus jangka pendek luar negara di

bawah anjuran agensi luar.

5.5.7 Mengemukakan Laporan Perlaksanaan Latihan

Hospital kepada pihak pengurusan bagi menilai

keberkesanan latihan yang dijalankan.

Page 31: DASAR LATIHAN HOSPITAL SUNGAI BULOH - …hsgbuloh.moh.gov.my/images/pdf/dasar_latihan.pdf · Pembedahan Plastik dan Rawatan Kebakaran ... Lawatan kerja ii. On-the-job training iii

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

5.6 Peranan Ketua-Ketua Jabatan / Bahagian

Ketua-ketua Jabatan/Bahagian/Unit adalah

bertanggungjawab ke atas perancangan dan

pelaksanaan latihan dalam perkara-perkara berikut:

5.6.1 Merancang dan mengenal pasti keperluan latihan

anggota di Jabatan/Bahagian/Unit masing-masing

selaras dengan Dasar Latihan Sumber Manusia

Sektor Awam menerusi kaedah penyediaan TNA

yang bersesuaian.

5.6.2 Mengurus dan melaksanakan latihan Kompetensi

Khusus dan Pengukuhan iaitu CPD untuk anggota

klinikal yang dirancang dalam Perancangan

Latihan Tahunan.

5.6.3 Memastikan segala peruntukan yang diberikan

diguna pakai bagi maksud latihan dan

dibelanjakan sepenuhnya mengikut peraturan

kewangan yang berkuatkuasa dari semasa ke

semasa.

5.6.4 Membuat penilaian Keberkesanan Kursus bagi

menentukan kursus yang diikuti oleh anggota

boleh membantu mencapai matlamat Jabatan dan

Bahagian.

5.6.5 Menyediakan dan mengemukakan Laporan

Pelaksanaan Kursus kepada Unit Latihan untuk

tujuan rekod dan pemantauan.

5.7 Tanggungjawab Individu

Setiap anggota Hospital adalah bertanggungjawab ke atas

perancangan latihan tahunan dalam perkara-perkara

berikut :

Page 32: DASAR LATIHAN HOSPITAL SUNGAI BULOH - …hsgbuloh.moh.gov.my/images/pdf/dasar_latihan.pdf · Pembedahan Plastik dan Rawatan Kebakaran ... Lawatan kerja ii. On-the-job training iii

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

5.7.1 Menghadiri dan mengikuti kursus yang diluluskan

atau ditetapkan dengan penuh komitmen dan

jayanya.

5.7.2 Memastikan menghadiri kursus dalam tempoh

yang telah ditetapkan mengikut kategori jawatan

masing-masing iaitu sekurang-kurangnya 7 hari

dalam setahun dan mengikut CPD yang

ditetapkan oleh KKM.

5.7.3 Mengemaskinikan Log Latihan yang telah

disediakan dan mengemukakan kepada Urus setia

Latihan/Liason Officer yang dilantik di

Jabatan/Bahagian/Unit masing-masing. Bilangan

hari berkursus akan direkodkan ke dalam Buku

Rekod Perkhidmatan anggota manakala markah

CPD yang diperolehi akan dikemukakan ke Unit

latihan JKNS untuk diserahkan ke KKM. Pihak

KKM akan membuat penilaian dan memutuskan

peringkat Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)

fungsional anggota yang menggunakan PTK CPD.

5.7.4 Mengambil inisiatif sendiri untuk meningkatkan

ilmu pengetahuan dan kemahiran dengan mencari

peluang-peluang latihan yang disediakan oleh

Institusi Latihan Awam seperti INTAN, Institut

Perakaunan Negara (IPN), Institut Pengurusan

Kesihatan (IPK) dan sebagainya.

5.7.5 Mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan kemahiran

yang diperoleh melalui kursus ke dalam tugas

harian dan berkongsi ilmu pengetahuan yang

diperoleh bersama rakan sekerja.

Page 33: DASAR LATIHAN HOSPITAL SUNGAI BULOH - …hsgbuloh.moh.gov.my/images/pdf/dasar_latihan.pdf · Pembedahan Plastik dan Rawatan Kebakaran ... Lawatan kerja ii. On-the-job training iii

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

5.8 Pencalonan Bagi Kursus Yang Dikendalikan Oleh Unit

Latihan

Permohonan penyertaan kursus dalam perancangan latihan

tahunan adalah seperti berikut;

5.8.1 Pencalonan dibuat dan melalui Ketua

Jabatan/Bahagian/Unit.

5.8.2 Pencalonan dibuat berdasarkan kepada maklumat

kursus / jadual kursus yang dinyatakan dalam

peancangan latihan tahunan.

5.8.3 Pemilihan terus calon adalah berdasarkan kepada

kesesuaian kursus dengan bidang tugas.

5.9 Pengendalian Kursus

Kursus-kursus yang dirancang di bawah perancangan

latihan tahunan akan diselaraskan oleh Unit Latihan dan

dikendalikan samada oleh Jabatan/Bahagian/Unit atau Unit

Latihan. Dalam hal ini, semua Jabatan/Bahagian/Unit perlu

mengemukakan Kertas Cadangan Pelaksanaan Kursus

menggunakan format seperti yang ditetapkan di dalam

Prosedur Kerja Unit latihan untuk dikemukakan kepada

Pengarah Hospital bagi mendapatkan kelulusan.

Pengendalian kursus mesti mematuhi semua Pekeliling

Perbendaharaan dan Pekeliling Perkhidmatan yang berkuat

kuasa dari semasa ke semasa.

Pelaksanaan kursus di luar premis Hospital hendaklah

mendapatkan kelulusan daripada pihak Bahagian

Kewangan, KKM dimana permohonan kelulusan tersebut

hendaklah dibuat melalui JKNS.

Page 34: DASAR LATIHAN HOSPITAL SUNGAI BULOH - …hsgbuloh.moh.gov.my/images/pdf/dasar_latihan.pdf · Pembedahan Plastik dan Rawatan Kebakaran ... Lawatan kerja ii. On-the-job training iii

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

6. PENILAIAN LATIHAN

6.1 Setiap kursus yang dilaksanakan sama ada anjuran Unit

Latihan ataupun Urus setia Latihan Jabatan/Bahagian/Unit

hendaklah menyediakan Laporan Penilaian Kursus

mengikut format yang telah ditetapkan untuk dikemukakan

kepada Ketua Jabatan yang menganjurkan kursus.

6.2 Pegawai Penyelia yang menyelia pegawai yang berkursus

juga hendaklah menilai dan memantau keberkesanan

kursus tersebut terhadap pegawai berkenaan

menggunakan Borang JKNSEL-PK-S1 – Borang Laporan

Penilaian Keberkesanan Kursus/Latihan selepas 3 bulan

kursus diadakan. Borang laporan tersebut hendaklah

direkodkan dan disimpan oleh Pegawai Penyelia untuk

diambil tindakan selanjutnya, sekiranya perlu. Pegawai

Penyelia juga perlu memastikan anggota di bawah seliaan

masing-masing mengikuti sekurang-kurangnya 7 hari

berkursus setahun berdasarkan takrif latihan seperti

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 tersebut.

6.3 Laporan tersebut juga merupakan sumber rujukan untuk

tujuan pengauditan Naziran Bahagian perubatan JKNS,

Audit Dalaman dan SIRIM bagi MS ISO 9001:2008 dan

akreditasi oleh Malaysian Society Quality of Health

(MSQH).

Page 35: DASAR LATIHAN HOSPITAL SUNGAI BULOH - …hsgbuloh.moh.gov.my/images/pdf/dasar_latihan.pdf · Pembedahan Plastik dan Rawatan Kebakaran ... Lawatan kerja ii. On-the-job training iii

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

7. MEKANISME PEMANTAUAN PELAN LATIHAN

Pemantauan pelaksanaan program latihan dilaksanakan menerusi

kaedah seperti berikut;

7.1 Mesyuarat Jawatankuasa Latihan HSB

MJL diadakan 4 kali setiap tahun bertujuan mengkaji

semula keberkesanan latihan, perancangan latihan

tahunan, merancang latihan tahun berikutnya dan

memantau prestasi pelaksanaan perancangan latihan

tahunan.

7.2 Laporan Prestasi Perbelanjaan dan Pelaksanaan

Kursus

Unit Latihan turut menjalankan pemantauan ke atas

prestasi perbelanjaan dan pelaksanaan kursus

Jabatan/Bahagian/Unit. Laporan tersebut perlu

dikemukakan ke Unit Latihan JKNS 4 kali setahun bagi

tujuan pemantauan perbelanjaan dan prestasi latihan

mengikut jadual yang telah diluluskan.

7.3 Arahan Tetap Pengarah Hospital Sungai Buloh Bil.

7/2011

Arahan Tetap Pengarah Hospital Sungai Buloh Bil. 7/2011

telah menggariskan pelaksanaan penggunaan Borang

Laporan Penilaian Keberkesanan Kursus/Latihan dan

Borang Maklumbalas Latihan Dalaman/Luaran Hospital

Sungai Buloh bagi menilai keberkesanan kursus/latihan dan

penganjuran kursus/latihan.

Page 36: DASAR LATIHAN HOSPITAL SUNGAI BULOH - …hsgbuloh.moh.gov.my/images/pdf/dasar_latihan.pdf · Pembedahan Plastik dan Rawatan Kebakaran ... Lawatan kerja ii. On-the-job training iii

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

8. PERUNTUKAN

Bagi melaksanakan Program Latihan Tahunan, jumlah peruntukan

adalah sekurang-kurangnya 1% daripada emolumen Hospital.

Pembahagian peruntukan dibuat berdasarkan kepada objektif,

konsep dan keperluan latihan yang memberi fokus kepada latihan

fungsional dan generik bersesuaian dengan kategori jawatan dan

perkhidmatan anggota HSB.

9. PENUTUP

Adalah diharapkan agar Dasar Latihan ini dapat dijadikan sebagai

panduan dan rujukan penghasilan perancangan Latihan tahunan

dan memberi manfaat kepada semua anggota HSB bagi mencapai

matlamat melahirkan pekerja yang mahir dan terlatih dalam

pelbagai bidang di samping meningkatkan kecekapan prestasi dan

produktiviti organisasi.

Dengan adanya Dasar Latihan ini juga diharap pengurusan latihan

HSB dapat dilaksanakan dengan lancar, teratur, sistematik dan

berkesan seterusnya menjadikan HSB terus cemerlang.

Page 37: DASAR LATIHAN HOSPITAL SUNGAI BULOH - …hsgbuloh.moh.gov.my/images/pdf/dasar_latihan.pdf · Pembedahan Plastik dan Rawatan Kebakaran ... Lawatan kerja ii. On-the-job training iii

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh

Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan khas buat Jawatankuasa Penyediaan Dasar Latihan Hospital

Sungai Buloh dan semua yang terlibat dalam menyumbangkan buah fikiran dan tenaga bagi menjayakan

penerbitan Dasar Hospital Sungai Buloh ini.

Ahli Jawatankuasa Penyediaan Dasar Latihan Hospital Sungai Buloh:

Penasihat Dr. Haji Khalid bin Ibrahim

Pengarah Hospital Sungai Buloh

Pengerusi Encik Hilal bin Haji Othman

Timbalan Pengarah (Pengurusan)

Ahli Jawatankuasa Puan Hasanah binti Alamin

Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan)

Encik Mohd. Redza Nizam bin Radzuan Penolong Pengarah (Sumber Manusia)

Cik Nurul Syafa’ah binti Adib Ridzuan

Pegawai Sains

Matron Harnake Kaur a/p Mehar Singh Penyelia Jururawat

Matron Rahijah binti Abdul Rahman

Penyelia Jururawat

Haji Mohd. Shahrawi bin Salleh

Penyelia Hospital

Sister Dhazinatunnisa binti Mohd. Daud Ketua Jururawat

Puan Herdayanti binti Saliman

Penolong Pegawai Tadbir Kanan

SN Hajiyah binti Mohamed Jururawat

Puan Asiah binti Ajib

Pembantu Tadbir Kanan

Puan Hazrina binti Zaini Pembatu Tadbir

Puan Hamimah binti Sulaiman

Pembantu Tadbir

Cik Sharifatul Hidayah binti Sharif Nordin Pembantu Tadbir

Cik Suraya binti Rozlan

Pembantu Tadbir