Click here to load reader

Document 2111

  • View
    47

  • Download
    6

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bbn

Text of Document 2111

Isu Penggunaan Benzoil Peroksida Dalam Tepung GandumWritten byPentadbir Web 1KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAKENYATAAN AKHBARISU PENGGUNAAN BENZOIL PEROKSIDA DALAM TEPUNG GANDUMKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan akhbar Berita Harian bertarikh 27 Oktober 2014 mengenai dakwaan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bahawa penggunaan benzoil peroksida dalam tepung gandum boleh menyebabkan penyakit kronik.Benzoil peroksida adalah kondisioner makanan di bawah aditif makanan yang dibenarkan dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985 (PPM 1985). Ia dibenarkan di dalam tepung pada tahap tidak melebihi 50 mg/kg. Dalam hal ini, benzoil peroksida telah dinilai dan disahkan selamat untuk digunakan dalam makanan dalam jumlah tertentu oleh badan penilai antarabangsa iaitu Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additives (JECFA).Justeru, Codex Alimentarius Commission (CAC), iaitu badan antarabangsa yang ditubuhkan di bawah Joint FAO/WHO Food Standards Programme telah membenarkan penggunaan benzoil peroksida dalam tepung gandum pada kadar tidak melebihi 75 mg/kg. Di samping itu, penambahan benzoil peroksida dalam tepung gandum juga dibenarkan di negara Singapura, Jepun, dan Amerika Syarikat manakala Australia New Zealand Food Standards Code membenarkan ianya digunakan dalam semua makanan.KKM sentiasa memantau perkembangan isu-isu semasa serta bukti-bukti sains terkini berhubung keselamatan makanan. KKM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi melindungi kesihatan pengguna sekiranya terdapat bukti-bukti saintifik terkini daripada badan-badan antarabangsa seperti Codex dan JECFA yang membuktikan mana-mana bahan dalam makanan adalah berbahaya kepada kesihatan. Ini termasuk mengkaji semula apa-apa peraturan makanan sediada di bawah PPM 1985.Walau bagaimanapun, bukti-bukti saintifik terkini tidak menyokong dakwaan bahawa benzoil peroksida adalah berbahaya kepada kesihatan.Walau apapun, KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang bolehmengancam keselamatan pengguna. Sekiranya pengguna merasa ragu-ragu dengan status keselamatan sesuatu makanan yang terdapat di pasaran tempatan, pengguna boleh memaklumkan KKM melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) terdekat atau melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM)http://fsq.moh.gov.my/.DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAHKETUA PENGARAH KESIHATANKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

28 Oktober 2014

Muat turun kenyataan akhbar (format PDF) di sini

More Sharing ServicesPublished inArkib Kenyataan Akhbar 2014Be the first to comment!Read more...Friday, 17 October 2014 09:37Majlis Anugerah Kantin Bersih, Selamat Dan Sihat Peringkat Kebangsaan 2014Written byPentadbir Web 1KENYATAAN AKHBARKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAMAJLIS ANUGERAH KANTIN BERSIH, SELAMAT DAN SIHATPERINGKAT KEBANGSAAN 2014PUSAT KONVENSYEN SHAH ALAM (SACC)2 OKTOBER 2014Pada tahun 2014, sehingga bulan Ogos sebanyak 12,122 kes kejadian keracunan makanan dilaporkan di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 43 peratus yang melibatkan 5,256 kes disyaki akibat makanan yang disediakan di kantin atau dapur asrama sekolah. Kementerian Kesihatan memandang serius perkara ini kerana ia boleh menjejaskan pembelajaran pelajar sekolah.Semenjak tahun 2010, kejadian kes keracunan makanan disebabkan penyediaan makanan di kantin dan dapur asrama seluruh negara semakin meningkat. Bilangan kes keracunan makanan berpunca daripada makanan yang dijual di kantin dan dapur asrama pada tahun 2010 adalah sebanyak 3,822 kes dan telah meningkat kepada 3,959 kes pada tahun 2011, 4,305 kes pada tahun 2012 dan terus meningkat kepada 5,017 kes pada tahun 2013.Kejadian keracunan makanan sering dikaitkan dengan pengendalian makanan yang tidak bersih. Pada tahun 2013, sebanyak 16,399 kantin dan dapur asrama diperiksa dan daripada jumlah tersebut, sejumlah 246 telah diarah tutup kerana tahap kebersihan yang tidak memuaskan. Manakala sehingga Julai 2014, sebanyak 9,780 kantin dan dapur asrama diperiksa di mana sebanyak 98 telah ditutup atas kesalahan yang sama.Pertandingan Kantin Bersih, Selamat dan Sihat Peringkat Kebangsaan 2014 dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan. Sebanyak 95 buah kantin yang meliputi sekolah menengah bandar, sekolah menengah luar bandar dan dewan makan asrama yang berjaya mewakili negeri masing-masing menyertai peringkat kebangsaan kali ini.Ini merupakan salah satu usaha untuk menangani kes keracunan makanan yang kerap berlaku di kalangan pelajar sekolah. Majlis Anugerah ini merupakan anugerah tahunan bagi memberikan pengiktirafan kepada kantin dan dewan makan asrama yang memenuhi tahap kebersihan dan penyediaan makanan yang bersih, selamat dan sihat.Penganjuran majlis ini dapat menjadi pemangkin semangat warga sekolah dan pengusaha kantin untuk terus mengekalkan tahap kebersihan dan keselamatan makanan di kantin sekolah. Diharapkan usaha ini dapat mengurangkan kejadian keracunan makanan di kalangan pelajar yang merupakan aset negara.DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAMMENTERI KESIHATAN MALAYSIA2 OKTOBER 2014

Muat turun kenyataan akhbar & keputusan pertandingan (format PDF)

More Sharing ServicesPublished inArkib Kenyataan Akhbar 2014Be the first to comment!Read more...Tuesday, 23 September 2014 08:50Isu Penjualan Telur Tiruan Di Pasaran TempatanWritten byPentadbir Web 1KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAKENYATAAN AKHBARISU PENJUALAN TELUR TIRUAN DI PASARAN TEMPATANKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum berhubung isu penjualan telur tiruan di pasaran tempatan yang disebarkan melalui laman sosial kebelakangan ini. Laporan berkenaan menyatakan bahawa wujudnya penjualan telur tiruan di pasaran tempatan yang menyamai telur asli.KKM memandang serius berkaitan isu ini. Perbuatan menjual telur tiruan adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 14(1) dan 14(2), Akta Makanan 1983 dan Peraturan 171(1) Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Seksyen 14(1) menyatakan larangan menjual apa-apa makanan yang bukan dari jenis, bahan atau kualiti bagi makanan tersebut dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tidak lebih daripada lima tahun atau denda atau kedua-duanya. Seksyen 14(2) pula melindungi pembeli yang meminta untuk membeli makanan yang mematuhi Akta ini. Peraturan 171(1) memperuntukkan definisi telur di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.Pada tahun 2011 isu yang sama juga telah ditimbulkan dengan dakwaan wujudnya telur tiruan yang mengandungi bahan-bahan kimia dengan cengkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning dan putih telur diperbuat dari natrium alginate, alum, gelatine, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan bahan pewarna makanan.KKM telah menjalankan siasatan berkaitan perkara ini dan mendapati tiada telur tiruan dijual di pasaran tempatan.KKM berharap orang ramai tidak perlu risau dan memohon kerjasama untuk tampil membuat aduan jika meragui tentang ketulenan telur berkenaan kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan atau melalui laman webhttp://fsq.moh.gov.myDATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAHKETUA PENGARAH KESIHATANKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIATARIKH: 22 SEPTEMBER 2014

Muat turun kenyataan akhbar (PDF)

More Sharing ServicesPublished inArkib Kenyataan Akhbar 2014Be the first to comment!Read more...Sunday, 14 September 2014 12:30Isu Minyak Makan Kitar Semula di Taiwan dan Produk Makanan Yang Dicemari oleh Minyak Makan Kitar SemulaWritten byPentadbir Web 1KENYATAAN AKHBARKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAISU MINYAK MAKAN KITAR SEMULA DI TAIWAN DANPRODUK MAKANAN YANG DICEMARI OLEH MINYAK MAKAN KITAR SEMULA

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum skandal minyak makan kitar semula di negara Taiwan dan produk makanan yang diperbuat menggunakan minyak makan tersebut seperti dilaporkan oleh beberapa akhbar tempatan dan luar negara serta laman web tertentu sejak 8 September 2014. Laporan tersebut adalah berhubung syarikat Chang Guann Co. di Taiwan yang didakwa menghasilkan minyak makan daripada minyak terpakai yang dikitar semula. Susulan itu, siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak berkuasa di Taiwan untuk mengenalpasti syarikat makanan yang menggunakan minyak makan daripada syarikat terbabit untuk menghasilkan produk mereka.Berdasarkan maklumat dariFood Safety Information of Malaysia(FoSIM), tiada pengimportan minyak makan dari syarikat Chang Guann Co. di Taiwan. Walau bagaimanapun, sebagai langkah berjaga-jaga, KKM telah mengenakan larangan mengimport ke atas minyak makan yang dikeluarkan oleh syarikat Chang Guann Co. di Taiwan.KKM sedang mendapat maklumat lanjut dariTaiwan Economic and Cultural Officedi Malaysia mengenai produk makanan yang diperbuat menggunakan minyak makan tersebut.Datuk Dr. Noor Hisham bin AbdullahKetua PengarahKementerian Kesihatan Malaysia12 September 2014More Sharing ServicesPublished inArkib Kenyataan Akhbar 2014Be the first to comment!Read more...Monday, 08 September 2014 12:57Kenyataan Akhbar Keselamatan dan Kebersihan Air Dari Mesin Jual Air (Water Vending Machine)Written byPentadbir Web 1KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAKenyataan AkhbarKeselamatan Dan Kebersihan Air Dari Mesin Jual Air(Water Vending Machine)Kementerian Kesihatan (KKM) ingin memaklumkan bahawa keselamatan dan kebersihan air dari mesin jual air adalah dikawal di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Peraturan 360C(3), Peraturan-Peraturan Makanan 1985 memperuntukkan air dari mesin jualair hendaklah mematuhi standardseperti yang ditetapkan di dalam Jadual Kedua Puluh Lima termasuk standard bakteria manakala Peraturan 55, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 menetapkankeperluan-keperluan kebersihan mesin jual air.Berhubung dengan laporan akhbar the Star bertarikh 19 Ogos 2014 bertajuk Bacteria in your drinking water iaitu mengenai air dari mesin jual air yang tercemar, 15 sampel air dari mesin jua

Search related