55
TAJUK 1: Pentaksiran Pendidikan Moral di Sekolah Rendah Pengenalan Pentaksiran Pendidikan Moral memberikan kemahiran kepada pelajar mengetahui pelbagai jenis pentaksiran. Selain itu mereka akan juga didedahkan dengan kemahiran membina item ujian Pendidikan Moral. Pengetahuan ini penting supaya pelajar mahir dalam merancang, membina dan mentadbir penilaian Pendidikan Moral dengan berkesan. Definisi Pentaksiran Pentaksiran atau penaksiran adalah berasal daripada bahasa Latin yang membawa maksud ”duduk bersama” dengan pelajar dan mengesahkan respon adalah sama dengan apa yang dimaksudkan. Menurut Salvia dan Yseldyke (1978), pentaksiran boleh didefiniskan sebagai proses pengumpulan data dengan tujuan untuk mengenalpasti dan mengesan masalah pelajar serta untuk membuat keputusan. Gearheart (1990) pula mendefinisikan pentaksiran sebagai proses pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik tentang sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan intervensi dan apabila bersesuaian keputusan ditempatkan dan cadangan penempatan. David Lambert dan David Lines (2000) pula mendefiniskan pentasiran sebagai satu proses pengumpulan, menterjemah, merekod, dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar terhadap tugasan mereka. 1

Elm 3103

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Elm 3103

TAJUK 1: Pentaksiran Pendidikan Moral di Sekolah Rendah

Pengenalan

Pentaksiran Pendidikan Moral memberikan kemahiran kepada pelajar mengetahui pelbagai

jenis pentaksiran. Selain itu mereka akan juga didedahkan dengan kemahiran membina item

ujian Pendidikan Moral. Pengetahuan ini penting supaya pelajar mahir dalam merancang,

membina dan mentadbir penilaian Pendidikan Moral dengan berkesan.

Definisi Pentaksiran

Pentaksiran atau penaksiran adalah berasal daripada bahasa Latin yang membawa maksud

”duduk bersama” dengan pelajar dan mengesahkan respon adalah sama dengan apa yang

dimaksudkan. Menurut Salvia dan Yseldyke (1978), pentaksiran boleh didefiniskan sebagai

proses pengumpulan data dengan tujuan untuk mengenalpasti dan mengesan masalah pelajar

serta untuk membuat keputusan.

Gearheart (1990) pula mendefinisikan pentaksiran sebagai proses pengumpulan dan

penterjemahan secara saintifik tentang sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan

intervensi dan apabila bersesuaian keputusan ditempatkan dan cadangan penempatan. David

Lambert dan David Lines (2000) pula mendefiniskan pentasiran sebagai satu proses

pengumpulan, menterjemah, merekod, dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar

terhadap tugasan mereka.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) pula mengatakan bahawa pentaksiran dalam

pendidikan ialah dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti

menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang

pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Hasil pentaksiran dinyatakan

dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada

murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran. Mokhtar Ismail pula menyatakan

pentaksiran sebagai satu langkah untuk menentukan tahap sejauh mana seseorang itu memiliki

sifat tertentu.

1

Page 2: Elm 3103

Penilaian merupakan satu proses sistematik yang dijalankan dengan tujuan mengumpulkan

maklumat untuk membuat suatu taksiran. Taksiran ini adalah mengenai keberkesanan proses

pengajaran dan pembelajaran.

Gage dan Berliner (1991) menyatakan bahawa penilaian sebagai aktiviti khusus dan

sebahagian daripada akauntibiliti pendidikan iaitu pendidik adalah bertanggungjawab ke atas

kejayaan usaha mereka. Penilai pula adalah pendidik yang membantu penggubal polisi untuk

mempertingkat lagi pendidikan. contohnya, penilaian dilakukan ke atas kurikulum, pengajaran,

bahan pengajaran dan juga pencapaian pelajar untuk mendapatkan data supaya kelemahan

yang ada dapat diatasi. Abu Bakar (1986), mentafsirkan penilaian sebagai proses yang meliputi

penentuan objektif, pengutipan maklumat, dan pembentukan kesimpulan. Apabila proses ini

berjalan dengan sistematik dan saintifik, maka keputusan yang dibuat akan lebih tepat dan

dapat memenuhi tujuan keputusan itu dibuat.

Kesimpulannya penilaian dalam pengajaran dapat dikatakan sebagai proses yang merangkumi

aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Setelah itu maklumat tersebut dianalisis dan dibuat keputusan untuk tujuan mengambil tindakan

sewajarnya. Dalam proses penilaian ini terdapat aktiviti pengukuran dan pengujian iaitu data-

data diperoleh dan diukur untuk memberikan penilaian yang tepat supaya cadangan yang tepat

boleh diberikan.

Pengujian atau ujian adalah satu teknik memperoleh maklumat tentang tingkah laku seseorang

untuk memenuhi proses pengukuran dan penilaian. Gagne (1970) menerangkan ujian adalah

cara yang sistematik untuk mengukur tingkah laku seseorang kerana kerana pembelajaran

dikaitkan dengan perubahan tingkah laku. Secara mudahnya dapatlah dikatakan bahawa ujian

adalah satu set soalan atau tugasan bagi pelajar memberi tindak balas.

Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam

dunia pendidikan. Sering kali istilah ini bertukar ganti digunakan. Misalnya, sesetengah guru

apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mungkin mengatakan mereka mengukur  prestasi pelajar atau

menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah tanpa mengambilhirau maksud sebenar

atau maksud khusus yang mendukung istilah berkenaan. Akan tetapi secara khususnya, ketiga-

tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang lebih spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai

perbezaan.Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik ialah dengan mengambil kira

semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi supaya dapat

2

Page 3: Elm 3103

membantu guru dalam membuat sebarang keputusan yang tepat. Dan apa yang ingin

diterangkan secara ringkas di bawah ini ialah tentang tujuan-tujuan pengujian dan penilaian itu

sendiri.

 Kesimpulannya dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan

adalah melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan

dijalankan oleh guru di bilik darjah. Justeru, kecekapan guru dalam membangunkan instrumen

pengujian dan penilaian amat penting malah sama pentingnya dengan penguasaan guru

terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Pentaksiran secara formal

Jenis-jenis penilaian formal

Penilaian adalah satu proses mendapatkan maklumat yang bertujuan untuk membuat

keputusan bagi mempertingkatkan sesuatu program. Gronlund (1985) mengatakan empat jenis

penilaian, iaitu penilaian formatif, sumatif, penempatan, dan diagnostik.

Penilaian secara amnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu penilaian formatif dan

penilaian sumatif. Scriven (1976) merujuk penilaian formatif sebagai penilaian yang dibuat

dalam masa pengajaran dijalankan. Penilaian ini bertujuan untuk mendapat maklum balas

tentang pengajaran di samping mempengaruhi pengajaran dan proses pembelajaran yang

sedang dilaksanakan. Penilaian formatif ini membolehkan guru mengajar dengan berkesan dan

meningkatkan pencapaian pelajar.

Tujuan penilaian formatif ini adalah untuk mengesan pencapaian pelajar selepas sesuatu

kemahiran diajar. Jika keputusan penilaian lemah maka guru akan merancang aktiviti

pemulihan. Bagi pelajar yang berjaya pula akan diberikan aktiviti pengayaan. Penilaian formatif

ini boleh dilakukan melalui pemerhatian guru secara tidak formal ataupun melalui tugasan dan

soalan yang dikemukan oleh guru. Melalui maklum balas yang diperolehi guru akan

memperbaiki pengajarannya dan meningkatkan prestasi pelajar sebelum menduduki

peperiksaan akhir.

3

Page 4: Elm 3103

Penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan pada akhir suatu kursus. Tujuannya ialah

untuk menentukan gred atau taraf sijil. Dalam penilaian berpusat di peringkat kebangsaan atau

Kementerian Pelajaran Malaysia seperti peperiksaan UPSR, PMR, SPM, dan STPM. Gronlund

(1985) menegaskan bahawa penilaian sumatif dibuat pada akhir pengajaran. Tujuannya adalah

untuk mengesan pencapaian pelajar selepas beberapa kemahiran diajar dan bagi menentukan

gred pelajar, memberikan sijil atau menempatkan semula pelajar dalam kelas yang sesuai.

Perbandingan di antara ujian formatif dan sumatif:

UJIAN FORMATIF UJIAN SUMATIF

Fungsi Menghasilkan maklumat

balik kepada murid dan

guru tentang kemajuan

murid

Pensijilan murid di akhir kursus

Masa

diberi

Sepanjang pengajaran Di akhir satu-satu kursus atau unit

Kesukaran

item

Berubah-ubah mengikut

segmen

Semua peringkat. Ada yang sangat

senang dan ada yg.susah

Jenis alat Alat pengukur formatif yang

di bentuk khusus

Peperiksaan akhir tahun

Contoh Ujian bulanan, lembaran

kerja dan lain-lain

UPSR, PMR, STPM, Peperiksaan

Sijil Perguruan, pepriksaan akhir

tahun

Ujian bilik darjah bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang sah, yang boleh dipercayai

serta berguna tentang pencapaian pelajar-pelajar. Proses ini melibatkan usaha penentuan

tentang apa yang hendak diukur dan kemudian mentakrifkannya supaya item ujian boleh dibina

untuk mengukurnya. Domain pencapaian pelajar hendaklah jelas supaya item soalan dapat

dibentuk untuk merangkuminya.

Langkah-langkah dan prosedur pembinaan ujian hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut:

Membentuk jadual penentuan ujian.

Menulis item-item soalan.

Menyunting item.

Menjalankan pra-ujian.

Mentadbir ujian atau peperiksaan.

4

Page 5: Elm 3103

Menentukan Tujuan Ujian

Dengan adanya tujuan yang jelas tugas menyediakan jadual penentuan ujian dapat

dipermudah. Ujian-ujian boleh diklasifikasikan mengikut tujuan. Biasanya ada empat jenis ujian

iaitu ujian penempatan, ujian formatif, ujian diagnostic dan ujian sumatif.

ujian penempatan bertujuan menentukan sama ada pelajar mempunyai kemahiran yang

diperlukan untuk mengikuti satu-satu kursus. Ia juga menguji pengetahuan sedia ada

pelajar dan sejauh mana mereka telah mencapai objektif pelajaran yang ditentukan.

ujian formatif bertujuan mengukur kemajuan pelajar serta memberikan maklum balas

kepada guru.

ujian diagnostik bertujuan mencari punca-punca kelemahan pelajar.

ujian sumatif pula diberikan pada penghujung sesuatu kursus untuk tujuan pensijilan.

Menentukan Objektif Pengajaran yang akan diukur.

Hasil pengajaran yang akan diukur hendaklah sejajar dengan objektif pengajaran. Satu cara

menentukan objektif pengajaran ialah dengan menggunakan taksonomi objektif pendidikan. Ia

merupakan system yang mengelaskan kepada objektif domain-domain kognitif (Bloom 1956),

afektif (Krathwohl 1964) dan psikomotor (Harrow 1972).

Akhirnya hasil pembelajaran bagi unit pelajaran (perancangan ujian) boleh dinyatakan seperti

berikut:

a. mengetahui makna istilah pengujian.

b. mengetahui fakta tentang perancangan ujian.

c. mengetahui prosedur perancangan ujian.

d. mengetahu prinsip-prinsip pengujian.

e. menggunakan prinsip-prinsip dalam perancangan ujian.

5

Page 6: Elm 3103

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

JSU ialah satu senarai objektif pengajaran dan aras pemahaman yang akan diuji. Ia

menghuraikan serta menjelaskan domain pencapaian yang ingin diukur serta memberikan satu

panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item ujian. Pembentukan JPU penting untuk

membantunya dalam penggubalan soalan-soalan ujian. Fungsi jadual ini ialah untuk

menghuraikan domain pencapaian yang akan diukur, dan untuk memberi satu panduan untuk

mendapatkan satu sampel item-item soalan

Tujuan JSU diadakan:

1. JSU akan menjadikan setiap soalan yang dibina tidak sembarangan tanpa mengikut

prosedur yang ditetapkan.

2. dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan soalan yang dibina.

3. sebagai satu panduan dan penentu kepada pihak yang menggubal soalan.

4. JSU juga dapat menstabilkan taraf serta aras kesukaran soalan dari setahun ke setahun.

5. JSU juga akan menentukan pemberatan soalan berdasarkan Aras Taksonomi Bloom.

6. Panduan dan prosedur akan membolehkan penggubal lain membina soalan yang telah

ditetapkan.

7. Ia juga boleh membuat perbandingan antara satu ujian dengan ujian yang lain.

8. JSU juga dapat menggambaarkan pembahagian aras kebolehan setiap murid. Konsep adil

dalam memberikan soalan kepada murid tercapai di sebabkan adanya soalan yang mudah,

sederhana, dan yang sukar.

Ciri-ciri Utama Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

1. Pembinaan ujian yang dijalankan hendaklah mengikut perancangan dan keparluan

spesifikasi ujian yang telah ditetapkan

2. Sampel perancangan ujian yang hendak dijalankan mestilah mewakili item ujian yang

seimbang, merangkumi dan meliputi aspek kemahiran dan pengetahuan yang boleh

dilaksanakan oleh murid.

6

Page 7: Elm 3103

3. JSU menyenaraikan aras kemahiran yang akan diuji sama ada pada peringkat

pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis, dan penilaian.

4. Setiap JSU dibina dengan berasaskan carta dua hala iaitu paksi tegak mengandungi tajuk-

tajuk yang akan diuji dan paksi mendatar mengandungi jenis kemahiran yang akan diuji.

5. JSU memberi gambaran tentang bilangan soalan dalam sesuatu ujian.

6. Setiap soalan yang dibina menjalani pelbagai peringkat proses termasuklah pembinaan

item, mengkaji semula, proses ujian awal (pilot test) dan pra ujian bagi memastikan item

ujiann adalah boleh digunakan dan diperbaiki (jika ada keperluan).

7. JSU menggambarkan bilangan soalann mmengikut aras kesukaran. Contohnya, soalan

aras analisis, sintesis, atau penilaian adalah lebih susah berbanding dengan soalan pada

aras pengetahuan dan kefahaman.

8. JSU juga dapat memastikan sama ada unit-unit pembelajaran telah dikuasai dengan baik

oleh murid.

Elemen Penting Membina Jadual Spesifikasi Ujian

Beberapa elemen penting yang perlu difahami oleh guru berkaitan dengan JSU ialah:

1. Keseimbangan sasaran ujian

2. Keseimbangan tahap pembelajaran yang telah dilaksanakan

3. Format ujian sama ada item jenis soalan objektif benar salah, objektif aneka pilihan, struktur

esei dan sebagainya.

4. Jumlah item soalan juga perlu diketahui oleh guru.

5. Bilangan item ujian bagi setiap sasaran tahap pembelajaran mengikut aras Taksonomi

Bloom.

7

Page 8: Elm 3103

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

Bagi Kertas Ujian Pendidikan Moral

Aras

kemahiran

isi atau

kandungan

Pengeta-

huan

(7.5%)

Kefaha-

haman

(25%)

Aplikasi

(55%)

Analisis

(10%)

Sintesis

(2.5%)

Peni-

laian

(2.5%)

Jumlah

Sikap ber-

sih fizikal &

mental

Sikap belas

kasihan

Sikap se-

derhana

Sikap rajin

Sikap ber-

terima kasih

1

1

1

1

1

1

5

2

1

1

4

12

4

3

1

1

2

2

6

22

8

Jumlah 3 10 22 4 1 40

Jadual di atas menunjukkan kertas soalan Pendidikan Moral terdiri daripada 40 soalan objektif

bagi tahun 5. Semua topik disenaraikan di sebelah kiri (paksi kandungan) manakala aras

kemahiran di paksi mendatar. Ia mengandungi aras koginitif dibahagikan kepada pengetahuan,

kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

Dari jadual ini juga menunjukkan 2 soalan objektif (1 soalan kefahaman dan 1 soalan aplikasi).

22 soalan (1 aras pengetahuan, 5 aras kefahaman, 12 aras aplikasi, 3 aras analisis dan 1 aras

sintesis.

8

Page 9: Elm 3103

Pada umumnya dari JSU di atas peratus taburan soalannya ialah:

7.5% aras pengetahuan

25% “ kefahaman

55% “ aplikasi

10% “ analisis

2.5% “ sintesis

JSU memberikan faedah-faedah berikut:

ia menunjukkan ujian dibina secara sembarangan.

ia menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.

ia merupakan satu panduan kepada penggubal soalan.

ia menstabilkan aras kesukaran ujian dari setahun kesetahun.

Ia menetapkan bidang serta pemberatan yang diberi di dalam sesuatu ujian.

Ia membolehkan ujian itu dibina oleh penggubal-penggubal yang berlianan.

Ia membolehkan perbandingan dibuat di antara satu ujian dengan ujian lain .

Contoh Soalan dan Aras Pemeringkatan Taksonomi Bloom

Aras kemahiran dalam bidang kognitif Contoh soalan1. PengetahuanMenguji pengetahuan murid-muridMengingat kembali fakta, menjelaskan erti, menjelaskan prinsip, menjelaskan istilah, menjelaskan hukum, menjelaskan definisi yang telah dipelajari

Nyatakan lima Prinsip Rukun Negara

2. KefahamanMenguji kebolehan murid memahami, menukar dan menjelaskan fakta, konsep, prinsip, hukum dan teori yang telah mereka pelajari.

Huraikan dua tanggungjawab seorang anak kepada kedua ibu bapanya.

3. AplikasiMenguji kebolehan pelajar menggunakan fakta, konsep, hukum, teori, prinsip, pengetahuan dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan.

Sunil merupakan seorang murid yang malas. Dia selalu meminta bantuan orang lain untuk menyempurnakan kerja sekolahnya. Jelaskan nilai yang patut diamalkan oleh Sunil agar dia boleh menjadikan dirinya cemerlang.

4. AnalisisMenguji kebolehan pelajar membanding dan menghuraikan faktor-faktor kesamaan, perbezaan dan perhubungan di antara satu sama lain.

Banding bezakan antara dua watak yang terdapat dalam cerita “Bawang Putih Bawang Merah”.

9

Page 10: Elm 3103

5. SintesisMenguji kebolehan pelajar mencantumkan, menggabungkan dan mengintergrasikan fakta-fakta atau idea-idea yang berkaitan

Lengkapkan peta minda berikut dengan meletakkan ciri-ciri pemimpin yang unggul berdasarkan teks yang telah anda baca.

6. PenilaianMenguji kebolehan calon membuktikan, menilaikan, mengesahkan, mengkritikan, merumuskan atau memberi pendapat sesuatu pernyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.

Dengan memberikan contoh yang sesuai berikan penilaian anda terhadap kempen kitar semula yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan.

ARAS KEMAHIRAN DOMAIN KOGNITIF PENILAIAN PENDIDIKAN MORAL

Taksonomi Bloom Aras Kesukaran Tugasan

• Pengetahuan

• Kefahaman

Aras Mudah

• Aplikasi

• Analisis

Aras Sederhana

• Sintesis

• Penilaian

Aras Kompleks

Contoh kata tugas yang boleh digunakan bagi setiap aras kemahiran domain kognitif:

Aras Kemahiran Domain Kognitif Cadangan Kata Tugas yang boleh digunakan:

Mengetahui

Mengingat Kembali

Takrifkan Padankan Senaraikan

Perihalkan Namakan Lakarkan

Kenal pasti Nyatakan Tuliskan

Labelkan Lukiskan

Memahami

Menterjemah bahan atau idea

drp satu bentuk idea ke bentuk

lain; mentafsir bahan atau idea;

merangkakan trend masa depan

Ubahkan Tentukan Buat inferens

Anggarkan Tukarkan Hubungkaitkan

Terangkan Banding bezakan Cirikan

Berikan contoh Tambahkan Kelaskan

Ukur Ramalkan Sukat

Mengaplikasi

Menggunakan bahan atau idea dalam situasi yang

baru dan konkrit

Kirakan Hitungkan Ubahsuai

Tunjuk cara Jelaskan dgn contoh

10

Page 11: Elm 3103

Menganalisis

Mengasingkan maklumat kepada

komponen-komponennya untuk

memahami struktur

organisasinya dan perhubungan

antara komponen

Cerakinkan Jelaskan melalui contoh

Pilih Buat Urutan

Asingkan Selesaikan masalah

Buat andaian

Kawal pembolehubah

Susun mengikut keutamaan

Huraikan

Buat Kesimpulan

Mensintesis

Menggabungkan komponen-

komponen untuk menghasilkan

keseluruhan idea atau struktur

yang baru dan kreatif

Gabungkan Konsepsikan

Rancangkan Buat gambaran mental

Ringkaskan Definisi secara operasi

Binakan Buat hipotesis

Rangkakan Reka bentukkan

Buat eksperimen

Buat analogi

Buat reka cipta

Menilai

Menilai idea/maklumat/ /kaedah/

bahan berdasarkan kriteria yang

spesifik untuk tujuan yang

tertentu

Taksirkan

Tafsirkan

Kritik

Wajarkan

Kesan kecondongan

Buat keputusan

Sokong

Pentaksiran secara tidak formal

Pelbagai cara digunakan untuk menjalankan penilaian tidak formal iaitu :

Pemerhatian

Senarai semak dan skala pemeringkatan

Rekod Anekdot

Hasil kerja pelajar

Temu bual

11

Page 12: Elm 3103

i) Pemerhatian

Guru Pendidikan Moral atau guru kelas akan memerhatikan tingkah laku pelajar di dalam dan di

luar bilik darjah. Hasil pemerhatian guru tentang kelebihan dan kelemahan pelajar boleh

direkodkan dalam borang yang direkabentuk oleh guru atau pun menilai tingkah laku murid-

murid dengan menggunakan borang pemerhatian yang telah ditentukan.

ii) Senarai semak

Senarai tingkah laku yang dijangka oleh murid-murid daripada Tahun satu hingga Tahun enam

telah ditentukan terlebih dahulu. Guru akan menyemak prestasi pelajar berasakan kriteria

tingkah laku yang ditentukan untuk satu tempoh tertentu. Semakin tinggi markah senarai semak

menunjukkan semakin banyak tingkah laku yang dijangkakan ditonjolkan oleh murid-murid.

Sampel Senarai semak Tingkah laku pelajar adalah seperti yang berikut :-

SENARAI SEMAK TINGKAHLAKU PELAJAR

Nama : kelas: Tempoh :

BIL TINGKAH LAKU

PEMERHATIAN

(YA) (TIDAK)

1. Menjaga kebersihan diri, bilik darjah dan kawasan sekolah

2. Menghormati rakan, guru dan kakitangan lain di sekolah

3. Mematuhi arahan , peraturan dan undang-undang

4. Bersopan santun

5. Memberi kerjasama kepada rakan dan guru

6. Selalu bersikap adil

7. Menepati masa

8. Menghabiskan tugasan yang diberikan

Jumlah skor

12

Page 13: Elm 3103

iii) Skala Pemeringkatan

Teknik skala pemeringkatan melibatkan menilai tingkah laku pelajar berdasarkan satu skala.

Kelebihan teknik ini adalah ia dapat menilai tingkah laku pelajar bukan hanya setakat `Ya ‘ atau

`Tidak’ tetapi berasaskan satu skala pemeringkatan sebab peringkat amalan dan penghayatan

nilai adalah sangat berbeza di antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain. Semasa

menggunakan teknik penilaian tidak formal, guru perlu memastikan tidak dipengaruhi oleh

kesan halo. Kesan halo boleh berbentuk positif atau negatif. Kesan halo merujuk kepada

keadaan di mana sesuatu ciri samada positif atau negatif yang menonjol memberi kesan

terhadap penilaian pelajar tersebut. Pengaruh Kesan halo akan memberi penilaian yang tidak

adil kepada murid-murid yang baik dalam amalan nilai moral yang lain tetapi lemah dalam

sesuatu nilai yang menojol.

Berikut adalah satu contoh skala pemeringkatan :-

BORANG PENILAIAN TINGKAH LAKU / SAHSIAH (SKALA PEMERINGKATAN)

Nama : Kelas : Tahun:

TINGKAH LAKU SEMESTER 1 SEM ESTER 2

1 2 3 4 5 1 2 3 4 5

1. Mematuhi peraturan sekolah

2.Berdiri tegak semasa

menyanyikan lagu `Negaraku’

3. Berbaris semasa perhimpuan

4.Memberikan salam apabila

berjumpa dengan guru

5. Tidak membuat bising semasa

guru tidak ada dalam kelas

6. Mendengar arahan guru

7.Menghantar kerja rumah pada

masa yang ditetapkan

8.Memakai pakaian seragam

13

Page 14: Elm 3103

sekolah yang kemas dan bersih

Skor

Jumlah Besar

iv) Rekod Anekdot

Rekod anekdot merupakan satu rekod perisitiwa yang berlaku dalam sesuatu tempoh tertentu.

Sebelum sesuatu catatan dibuat guru haruslah memerhatikan tingkah laku pelajar dengan tepat

dan teliti. Pemerhatian untuk menilai tingkah laku pelajar seharusnya merangkumi seberapa

ramai pelajar yang mungkin.

Tingkah laku yang diperhatikan haruslah direkodkan dengan jelas, ringkas dan objektif.

Kemudian guru harus membuat pentafsiran atau intepretasi tingkah laku yang diperhatikan.

Berikut adalah satu contoh rekod anekdot :-

REKOD ANEKDOT

Nama Pelajar :_________________________ Tahun : ________________

Tarikh Jenis Perlakuan Komen

9.7.04

17.8.04

23.8.04

2.9. 04

3.9.04

Bergaduh di dalam kelas

Berbual-bual semasa perhimpuan

Tidak memakai lencana sekolah

Merosakkan meja di dalam kelas

Meniru ujian matematik

Tandatangan Guru ___________________

14

Page 15: Elm 3103

V) Hasil Kerja Pelajar

Prestasi seseorang pelajar boleh juga dinilai berdasarkan hasil kerja yang dijalankan oleh

murid-murid dalam dan di luar bilik darjah. Guru boleh menilai hasil murid-murid berasakan isi

kandungan dan sikap semasa menghasilkan kerja. Aspek–aspek yang boleh dinilai termasuk

sikap dan kebolehan berkolaborasi dengan orang lain dalam menghasilkan kerja.

Vi) Temu bual

Temu bual melibatkan interaksi bersemuka dengan murid-murid. Murid-murid diberikan peluang

menyatakan perasaan mereka yang dapat menggambarkan sikap mereka. Semasa

menjalankan temu bual, guru mendorong pelajar berfikir supaya dapat mewujudkan pelbagai

situasi untuk merangsangkan pelajar berfikir secara kritis dan membuat pertimbangan moral.

15

Page 16: Elm 3103

TAJUK 2 Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral

Jenis-jenis instrumen pentaksiran formal.

Penilaian dalam Pendidikan Moral lazimnya dijalankan dalam dua bentuk iaitu secara formal

dan tidak formal. Penilaian dalam bentuk formal dijalankan melalui penilaian yang berbentuk

ujian pensil kertas. Penilaian formal boleh berbentuk objektif dan subjektif. Jenis-jenis ujian

objektif dan subjektif :-

Soalan Objektif Soalan Subjektif

Soalan aneka pilihan

- jawapan terbaik

- Positif dan negatif

- Cantuman

Soalan betul salah

Soalan memerlukan jawapan yang

pendek

Soalan melengkapkan perkataan /

ayat / cerita

Soalan menggunakan gambar

Panduan Membina Soalan Objektif dan Subjektif

Soalan objektif dan subjektif boleh dibentuk mengikut aras-aras kognitif yang berbeza iaitu

aras pengetahuan, kefahaman, analisis, sintesis dan kefahaman. Dua jenis soalan ini boleh

membekalkan maklumat yang berguna mengenai prestasi pelajar. Setiap jenis ujian

mempunyai kebaikan dan kelemahannya tersendiri. Umumnya kedua-dua jenis soalan ini

adalah untuk mengukur pencapaian dan prestasi pelajar di alam persekolahan mereka.

Kebaikan dan Kelemahan Ujian Objektif dan Sujektif

Kebaikan soalan objektif adalah seperti berikut:-

merangkumi semua bidang matapelajaran.

masa untuk menjawab serta memeriksa amat singkat.

objektivitinya tinggi. Markah yang sama diberi oleh pemeriksa yang berbeza.

emosi pemeriksa tidak mempengaruhi pemarkahan.

16

Page 17: Elm 3103

Keburukan soalan objektif adalah seperti berikut ; iaitu:-

pembinaan ujian memerlukan belanja, masa dan tenaga yang tinggi.

tidak dapat menguji calon di aras kognitif yang tinggi.

menggalakkan pelajar meneka jawapan.

pelajar kurang membuat persiapan rapi

Kebaikan soalan subjektif adalah seperti berikut:-

senang dibina dan ditadbir.

menguji sejauh mana seorang pelajar menyatakan ideanya.

boleh digunakan dalam kebanyakan mata pelajaran.

peluang untuk meneka jawapan dapat dikurangkan.

Keburukan soalan subjektif adalah seperti berikut:-

unsur subjektiviti akan mempengaruhi kesahan dan kebolehpercayaan ujian.

ia hanya merangkumi bidang yang terhad kerana bilangan soalan ini terhad.

pemarkahan mengambil masa dan tenaga yang banyak.

pelajar boleh membuat ramalan terhadap soalan-soalan yang dikemukakan.

Contoh item-item ujian soalan objektif adalah seperti berikut:-

1. Contoh soalan objektif (Jawapan terbaik)

Sekiranya anda ialah seorang pustakawan. Semasa menjalankan tugas anda

Medapati bahawa dua orang rakan anda sedang berbual dengan suara yang tinggi. Apakah

tindakan anda

A. Memarahi mereka

B. Menasihati mereka

C. Tidak memperdulikan mereka

D. Menghalau mereka keluar dari perpustakaan

17

Page 18: Elm 3103

2. Contoh soalan objektif (Cantuman)

Tindakan berikut yang manakah menunujukkan sikap menyayangi alam sekitar

I Menebang pokok sesuka hati

II Membuang sampah ke dalam sungai

III Menanam pokok bunga di kawasan lapang

IV Mengumpulkan surat khabar untuk kitar semula

V Menderma baju lama ke rumah anak yatim

A. I dan II sahaja

B. II dan III sahaja

C. II, III dan IV sahaja

D. III,IV dan V sahaja

3.Contoh soalan objektif (Positif / negatif)

Kalau kita memecahkan pasu bunga jiran dengan tidak sengaja, kita harus lakukan perkara-

perkara berikut Kecuali

A. Membayar ganti rugi kepada jiran

B. Menggantikan pasu bunga yang baru

C. Melarikan diri dari tempat kejadian

D. Mengaku kesalahan dan meminta maaf daripada jiran

4. Contoh soalan betul / Salah

a) Apabila Sabri marah, dia memukul adiknya. ( )

b) Kita perlu berusaha gigih untuk mencapai kejayaan ( )

5. Contoh Soalan Subjektif (Lengkapkan ayat)

a) Peperiksaan akhir akan hampir menjelang, anda harus ________________________

b) Sikap yang suka menjaga kebersihan alam sekitar akan menguntungkan kita

kerana ____________________________________________________

18

Page 19: Elm 3103

6. Contoh Soalan Subjektif (Jawapan pendek)

a) Huraikan 3 cara sayangi alam sekitar

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

b) Manjit bermain bola keranjang ketika hujan lebat. Pakaiannya menjadi basah dan kotor.

Apabila sampai di rumah , Manjit terus makan kerana letih dan lapar. Nyatakan 3 tindakan

yang patut diambil oleh Manjit jika dia mengamalkan nilai kebersihan diri

1.________________________________________________________________

2.________________________________________________________________

3.________________________________________________________________

19

Page 20: Elm 3103

Contoh Soalan

Aras Pengetahuan

Objektif: Melalui soalan ini,pelajar akan tahu bila terbentuknya Malaysia.

1 . Bilakah terbentuknya Malaysia?

- Malaysia telah terbentuk pada  16 September 1963. Ia dianggotai oleh Tanah Melayu,

Singapura, Sabah dan Sarawak.

Aras Pemahaman

Objektif : Melalui soalan ini,pelajar akan dapat mengetahui mengenai jenis-jenis sumber

yang boleh dijadikan rujukan untuk mengkaji mengenai Malaysia.

2 . Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pembentukan Malaysia,banyak sumber-

sumber yang boleh dirujuk untuk tujuan tersebut. Apakah antara sumber-sumber tersebut?

- Antara sumber-sumber yang boleh dirujuk untuk mengetahui mengenai sejarah pembentukan

Malaysia ialah Dokumen-dokumen yang masih tersimpan di Arkib,Muzium dan juga pihak

persendirian. Dokumen seperti dokumen pengistiharan Malaysia boleh dirujuk untuk mengetahui

mengenai sejarah Malaysia. Selain itu ialah catatan-catatan yang dilakukan oleh mereka/ahli

sejarah yang terlibat dengan peristiwa terbabit. Selain itu, sumber lisan daripada mereka yang

pernah terlibat dalam peristiwa kemerdekaan tersebut juga boleh diambil untuk mengetahui

mengenai pembentukan Malaysia. Selain itu,surat rasmi kerajaan,surat peribadi tokoh terlibat

juga boleh menjadi dalil untuk mengetahui peristiwa pembentukan Malaysia. Selain itu,akhbar-

akhbar yang terbit pada zaman itu juga boleh dijadikan rujukan oleh pengkaji sejarah Malaysia

untuk mengetahui dengan lebih lanjut peristiwa pembentukan Malaysia.

Aras Aplikasi

Objektif : Pada soalan ini,pelajar akan dapat mengetahui kenapa Singapura di singkirkan

daripada Malaysia.

3 . Singapura telah bersetuju untuk menjadi salah sebuah Negara yang terlibat dengan

pembentukan Malaysia. Namun selepas hanya 2 tahun, Singapura telah dikeluarkan oleh Tunku

Abdul Rahman daripada Malaysia. Kenapakah Tunku bertindak demikian?

20

Page 21: Elm 3103

- Antara sebab kenapa Tunku Abdul Rahman berbuat demikian kerana merasakan PAP mungkir

janji dan cuba menyebarkan pengaruhnya kedalam Tanah Melayu sekaligus melanggar

perjanjian yang telah disepakati selama ini. Dalam perjanjian tersebut,PAP tidak akan

menyebarkan pengaruhnya kedalam Tanah Melayu dan begitu juga MCA tidak akan

menyebarkan pengaruhnya di Singapura. Malangnya, PAP telah melanggar persetujuan tersebut

dengan menyebarkan pengaruhnya di Tanah Melayu. Hal ini telah menyebabkan pengaruh MCA

dalam kalangan kaum Cina telah tersebut. Untuk mengatasi masalah yang berlaku ini, Tunku

Abdul Rahman telah memberikan kemerdekaan yang berasingan kepada Singapura.

Aras Analisis

Objektif: Pada soalan ini,pelajar akan dapat membezakan antara golongan kanan dan

golongan kiri di Malaysia.

4. Apakah perbezaan antara 4 tokoh di bawah ?

Dr Burhanuddin al Helmy Dato’ Onn

Pak Sako  Tunku Abdul Rahman

- Perbezaan yang ketara antara 4 tokoh diatas ialah fahaman mereka dalam usaha menuntut

kemerdekaan. Dr Burhanuddin al Helmy dan Pak Sako digelar sebagai golongan kiri yang

mahukan kemerdekaan dalam apa jua cara walaupun melalui peperangan secara kekerasan.

Namun Dato’ Onn dan Tunku Abdul Rahman hanya mahukan kemerdekaan dengan cara aman

dengan melakukan rundingan.

Aras Sintesis

Objektif : Pada soalan ini,pelajar akan membuat ramalan mengenai apa yang akan

berlaku jika golongan kanan dan golongan kiri bersatu menuntut kemerdekaan. Pelajar

akan dapat mengetahui kesan daripada perkara tersebut.

5 Ramalkan apa yang akan berlaku jika golongan kanan dan golongan kiri bersatu untuk

menuntut kemerdekaan?.

- Pada pendapat saya,jika golongan kanan yang diketuai oleh Dato’ Onn dan golongan kiri

bersatu untuk menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu,sudah semestinya kemerdekaan akan

cepat tercapai samada melalui rundingan ataupun jalan kekerasan.

21

Page 22: Elm 3103

Aras Penilaian

Objektif : Pada soalan ini,pelajar akan dapat menilai kepentingan kemerdekaan kepada

penduduk di Tanah Melayu.

6 . Nilaikan kepentingan kemerdekaan kepada penduduk Tanah Melayu?

Kemerdekaan amat penting kepada penduduk Tanah Melayu. Buktinya muncul banyak parti-

parti yang melibatkan orang Melayu untuk menuntut kemerdekaan contohnya PKMM,Hizbul

Muslimin kemudiaan diikuti oleh UMNO dan Parti Negara. Orang Melayu mahukan sebuah

kerajaan yang dibentuk sendiri oleh penduduk Tanah Melayu bukannya sebuah pentadbiran yang

diperintah oleh bukan dari bangsa Melayu. Kemerdekaan amat penting kepada orang Melayu

kerana ini menandakan kemampuan mereka untuk menjadi pentadbir yang selama ini dilakukan

oleh penjajah.

http://diniahfalahiah.blogspot.com/2012/01/kenali-aras-kognitif-taksonomi-bloom.html

22

Page 23: Elm 3103

3 Isu-isu dalam Pentaksiran Pendidikan Moral

3.1 Kelebihan Pentaksiran formal dan tidak formal.

1. Pentaksiran yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu

murid mengatasi masalah pembelajaran yang dikenal pasti pada peringkat awal

supaya kelemahan tersebut tidak berulang lagi.

2. Kekuatan murid yang telah menguasai sesuatu kemahiran dan tindakan secara

bermoral dapat diperkukuhkan dan diperkayakan.

3. Dapat membantu memotivasikan murid untuk terus belajar dan mencapai

kejayaan.

4. Mencungkil bakat dan kreativiti murid-murid.

5. Dapat mendalami dengan lebih dekat akan peribadi murid-murid yang diajar

6. Dapat mengesan kemajuan, pencapaian, dan fenomena tingkah laku murid-

murid yang diajar.

3.2 Kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal.

1. Membebankan pelajar dan guru.

2. melahirkan pelajar yang hanya tahu menjawab soalan tetapi tidak

boleh berfikir. Kesannya, pelajar berlumba-lumba ke kelas tuisyen dan

meninggalkan aktiviti kekeluargaan dan kemasyarakatan.

3. para pelajar tertekan untuk memperoleh keputusan yang baik

sehinggakan hilang keseronokan belajar.

4. Pentaksiran secara keseluruhannya tidak mampu mencapai

objektif untuk menimba pengetahuan secara menyeluruh.

5. Penaksiran bakal melahirkan generasi-generasi pelajar yang hanya

mampu memperoleh maklumat dan mencurahkan maklumat dalam

kertas peperiksaan.

23

Page 24: Elm 3103

3.3 Masalah perlaksanaan pentaksiran formal dan tidak formal.

Setiap matapelajaran yang diajar di sekolah adalah diuji atau dinilai sama ada dalam bentuk

formal atau tidak formal. Disebabkan Pendidikan Moral amat menitikberatkan domain afektif

iaitu mengenai pembentukan sikap, nilai dan emosi maka penilaian mengenainya menghadapi

masalah.

Masalah 1: Penilaian moral susah dinilai secara afektif

Bagaimana kita hendak menilai sikap dan tabiat selepas satu waktu pengajaran?

Situasi: Cikgu Ahmad mengajar matapelajaran Pendidikan Moral. Tajuk yang disampaikannya

pada hari itu ialah ‘nilai kebersihan’. Pelajar-pelajar didapati menyimpan kuku yang pendek dan

bersih pada hari yang kedua.

Bolehkah kita menganggap guru tersebut berjaya kerana pelajar-pelajar telah memotong dan

membersihkan kuku mereka?

Masalah 2: Proses penilaian memerlukan masa yang panjang

Penilaian moral biasanya dilakukan melalui penilaian formal seperti mengadakan ujian aneka

pilihan, jawapan pendek, melengkapkan cerita dan memadan gambar dan kenyataan. Penilaian

juga dibuat melalui penilaian tidak formal seperti senarai semak, skala pemeringkatan serta

rekod peristiwa (rekod anekdot) juga digunakan.

Masalah 3: Penilaian Pendidikan Moral adalah subjektif

Sesetengah alatan yang digunakan dalam penilaian Pendidikan moral banyak dipengaruhi oleh

perasaan penilai atau penguji. Penilaian jenis ini tidak tepat dan diragui

Masalah 4: Penilaian Pendidikan Moral membawa banyak implikasi

Domain afektif yang yang meliputi sikap, nilai, minat dan perasaan merupakan domain yang

amat sukar dinilai

24

Page 25: Elm 3103

Situasi: Seorang pemandu kereta berhenti apabila lampu isyarat berwarna merah. Ini

menunjukkan pemandu itu mematuhi undang-undang. Tetapi adakah pemandu ini seorang

yang bermoral atau pun ia takut didenda $300.00?

Rumusan

Penilaian Pendidikan Moral di sekolah yang menitikberatkan domain afektif iaitu mengenai

pembentukan nilai dan sikap menghadapi pelbagai masalah. Antaranya penilaian cara ini

susuah untuk dinilai. Proses penilaian memerlukan masa yang panjang dan membawa banyak

implikasi. Kesimpulannya, oleh kerena Pendidikan Moral banyak menyentuh tentang nilai dan

sikap maka ia mengalami banyak masalah apabila proses penilaian dibuat.

25

Page 26: Elm 3103

TAJUK 4 Pengurusan Matapelajaran Pendidikan Moral di Sekolah

4.1 Tugas dan tanggung jawab Guru Panitia matapelajaran Pendidikan Moral.

Pelaksanaan berkesan satu-satu mata pelajaran di sekolah memerlukan penyelerasan dan

pengawasan yang rapi. Oleh yang demikian, panitia mata pelajaran Pendidikan Moral perlu

diwujudkan di sekolah. Guru-guru Pendidikan Moral boleh meminta bantuan guru besar atau

pengetua sekolah untuk menubuhkan panitia Pendidikan Moral di sekolah. Beberapa orang

guru Pendidiikan Moral akan dilantik untuk menjalankan tugas penyelarasan dan pengawasan.

Antara tugas-tugas panitia mata pelajaran Pendidikan Moral ialah:

1. Melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran

a) sebagai seorang guru, Ketua Panitia juga perlu mengajar dalam kelas mata

pelajaran Pendidikan Moral.

b) menjadi guru contoh kepada guru-guru lain, supaya mereka akan dimotivasikan

untuk mengajar Pendidikan Moral.

2. Pemimpin dan Pengurus Kurikulum

a) Mengendalikan mesyuarat dari masa ke semasa untuk mengesan keberkesanan

pengajaran Pendidikan Moral.

b) Menyiapkan rancangan kerja tahunan, semester dan harian untuk semua guru

Pendidikan Moral.

c) Membina item-item ujian kertas pensel bagi ujian sekolah dan PKBS.

d) Membina item-item untuk penilaian tidak formal bagi Pendidikan Moral.

e) Menyediakan bahan bantu mengajar Pendidikan Moral.

f) Merancang projek yang boleh meningkatkan pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Moral.

g) Bertukar-tukar pendapat dengan panitia Pendidikan Moral sekolah lain untuk

meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral.

h) Mengurus dan mengerakkan panitia.

i) Merancang, melaksana, menyelia dan menilai pembelajaran dan pengajaran

yang akan dijalankan di dalam kelas supaya ia saksama dan adil kepada semua

pelajar

26

Page 27: Elm 3103

j) mematuhi surat pekeliling yang diedarkan oleh kementerian supaya tidak

bercanggah dengan objektif mata pelajaran Pendidikan Moral

k) Mengurus jadual waktu mata pelajaran Pendidikan Moral

l) Mengurus bilik-bilik khas untuk pembelajaran Pendidikan Moral seperti bilik

audiovisual.

m) melakukan tindakan susulan seperti membuat kelas-kelas pemulihan dan

pengayaan

3. Memastikan kemajuan staf

a) Membuat analisis keperluan-kepperluan staf dalam mengajar moral

b) merancang dan melaksana program latihan dalaman

c) menilai program Pendidikan Moral di sekolah

d) memastikan penyertaan guru dalam seminar, bengkel, dan kursus

4. Menyediakan bahan:

a) menyediakan bahan bantu mengajar kepada guru-guru untuk digunakan di

dalam kelas.

b) menambahkan koleksi Pusat Sumber Sekolah.

4.2 Tugas dan tanggung jawab guru Pendidikan Moral.

Matlamat Pendidikan Moral di Malaysia ialah:

Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat membentuk individu yang berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta

masyarakat global.

Sumber: Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral,2003

Kurikulum Standard Pendidikan Moral bermatlamat membentuk insan berakhlak mulia,

berintegriti dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta

masyarakat global.

Sumber: Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Moral, 2010

Berdasarkan petikan di atas, jelas peranan guru Pendidikan Moral yang utama ialah

merealisasikan matlamat seperti di atas. Matlamat pengajaran Pendidikan Moral

27

Page 28: Elm 3103

merujuk kepada satu program mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral

atau berakhlak

mulia dengan menekankan aspek perkembangan penaakulan moral, perasaan

moral dan perlakuan moral.

Kurikulum Standard Pendidikan Moral di sekolah rendah memberi tumpuan kepada

usaha memupuk kekuatan kerohanian dan moraliti murid melalui penghayatan dan

amalan nilai-nilai murni universal yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat

resam pelbagai kaum di negara ini. Dengan itu murid dapat satu panduan hidup

yang membolehkan mereka menjadi insan yang

bermoral. Ini membolehkan mereka menjadi individu yang berintegriti moral dan

sosial terhadap segala keputusan dan tindakan yang dilakukan.

Beberapa prinsip utama telah dikenal pasti sebagai panduan dalam melahirkan

insan yang menyeluruh dari segi intelek, rohani,emosi dan sosial.

Prinsip-prinsip itu adalah:

Bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang lain; Berpegang teguh pada ajaran agama; Prihatin kepada alam sekitar; Mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup; Bersemangat patriotik; Menghormati hak asasi manusia; dan Mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan.

Perbandingan objektif Pendidikan Moral Sekolah Rendah KBSR dan KSSR

KBSR KSSRMemahami dan menghayati nilai-nilai murni masyarakat Malaysia;

Memahami dan menghayati nilai-nilai universal;

Meningkatkan amalan budi pekerti mulia; Menghayati dan mengamalkan budi pekerti mulia;

Menyedari dan menerima kepentingan tanggungjawab moral dan sosial bagimengekalkan kesejahteraan hidup dalam perhubungan diri dengan keluarga,masyarakat, negara serta alam sekitar; dan

Melaksanakan tanggungjawab moral dan sosial bagi mengekalkan kesejahteraan diri dengan keluarga, sekolah, jiran, masyarakat dan negara; dan

Mengembangkan pemikiran moral, perasaan moral dan amalan moral dalammembuat sesuatu pertimbangan dan keputusan yang selaras dengan nilai-nilai murni masyarakat

Mengembangkan dan mengaplikasikan penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral dalam membuat pertimbangan dan keputusan.

28

Page 29: Elm 3103

Malaysia.

Objektif-objektif di atas, merupakan peranan guru Pendidikan Moral khususnya dalam

mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan bermakna di dalam bilik

darjah dan di luar bilik darjah. Dari segi pelaksanaannya guru Pendidikan Moral perlu

menguasai maksud nilai-nilai murni berserta dengan kandungan akademik dan situasi atau isu

yang sesuai seperti yang dicadangkan dalam dokumen Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan

Moral sekolah rendah dan menengah.

Guru merupakan penghubung penting di antara sekolah dan rumah. Peranan utama guru-guru

adalah bagi memastikan perkembangan moral para pelajar adalah dengan membantu mereka

membentuk satu pandangan moral yang menyeluruh dan relevan bagi kedua-dua institusi iaitu

rumah dan sekolah. Oleh itu Guru Pendidikan Moral mempunyai tanggungjawab yang berat.

Selain daripada perlu menyampaikan pelajarannya dengan berkesan dia perlu menjadi contoh

kepada pelajarnya. Guru Pendidikan Moral bukan sahaja mengajar nilai-nilai moral kepada

murid-murid tetapi harus menghayati serta mengamalkannya.

Guru Pendidikan Moral harus sedar bahawa kanak-kanak yang datang ke sekolah telah

mempelajari pelajaran moral di rumah daripada keluarga dan masyarakat. Ini bermakna kanak-

kanak telah mempunyai sikap, kepercayaan dan tabiat tentang moral yang dipelajari mereka

daripada pelbagai sumber sebelum mereka ke sekolah.

Guru Pendidikan Moral juga harus sedar bahawa sekolah itu sendiri merupakan sumber

pembelajaran moral secara tidak langsung. Suasana sosial di sekolah, cara sekolah itu ditadbir

dan bagaimana guru-guru bertingkah laku akan memberi pengaruh secara tidak langsung

kepada pembelajaran moral kanak-kanak di sekolah.

Guru Pendidikan Moral mesti menerima hakikat adanya sikap-sikap moral yang tertanam dalam

diri murid-murid, dan guru haruslah bersedia untuk mengajar Pendidikan Moral dengan

mengambil kira pengetahuan dan pembelajaran moral sedia ada murid-murid. Guru

dikehendaki melanjutkan pengetahuan moral murid-murid ini dan membimbing mereka semasa

pengajaran Pendidikan Moral. Pendidikan Moral di sekolah digunakan untuk melanjutkan

pengetahuan moral kanak-kanak ke arah mencapai matlamat kurikulum untuk melahirkan

individu yang bermoral tinggi.

29

Page 30: Elm 3103

Selain itu guru yang berada di dalam kelas sering menjadi pendorong bagi setiap aktiviti, seperti

mewujudkan situasi simulasi dan memulakan permainan bahasa. Guru juga menjadi fasilitator

yang membantu pelajar-pelajar memulakan aktiviti seperti menggalakkan mereka menceritakan

pengalaman mereka dan menganjurkan satu projek gotong-royong. Seorang guru juga harus

memahami peranannya dan menberi sokongan bagi aktiviti yang dianjurkan oleh para pelajar

dan guru-guru dengan cara melapangkan masa untuk melihat dan mendengar lakonan yang

disediakan oleh pelajar.

Selain memahami bidang pembelajaran dalam Pendidikan Moral, guru Pendidikan Moral perlu

‘menghidupkan‘ kelas dengan aktiviti-aktiviti yang menarik dan memberikan pengalaman

langsung kepada murid. Bawalah mereka melawat rumah orang tua yang berdekatan dan

suntiklah seberapa banyak nilai kasih sayang, hormat menghormati dan membalas budi ke

dalam jiwa kanak-kanak yang masih mentah itu. Melalui pengalaman tersebut mereka akan

dewasa dengan jiwa prihatin yang kaya dengan nilai kemanusiaan.

Lawatan ke kampus universiti di kalangan murid-murid di kawasan luar bandar akan

menyebabkan mereka berjiwa besar untuk terus memanjat tangga kejayaan. Pendek kata guru

Pendidikan Moral yang komited ibarat doktor yang mampu memberikan penawar, mengubati

dan memberikan harapan kepada murid-murid yang diibaratkan sebagai rebung yang masih

boleh dilentur.

Seorang guru Pendidikan Moral juga boleh bertindak sebagai pegawai sumber yang

membolehkan beliau memberi maklumat yang tepat atau membantu para pelajar mencari

maklumat bagi setiap dilemma seperti dalam mata pelajaran Sejarah atau Sains. Guru juga

boleh menjadi perangsnag dalam penaakulan bagi membantu pelajar berfikir melalui dilema

dan tindakan moral.

Guru juga boleh menyimpan rahsia pelajar-pelajar dalam menjalinkan hubungan baik sesama

pelajar. Guru Pendidikan Moral boleh menjadi pendengar yang baik kepada setiap masalah

yang dihadapi oleh para pelajarnya andai ada para pelajar yang ingin menceritakan masalah

peribadi mereka.

30

Page 31: Elm 3103

4.3 Mengurus sumber dan bahan Pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral.

Seperti mana mata pelajaran lain, pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral akan lebih

berkesan dan menyeronokan jika pelbagai bahan bantu mengajar digunakan oleh guru.

Sebahagian bahan sumber tidak memerlukan kewangan yang banyak dan boleh disediakan

sendiri oleh guru-guru Pendidikan Moral. Terdapat juga Pusat Kegiatan Guru daerah

mengadakan bengkel menyediakan bahan-bahan sumber pengajaran secara bersama.

Murid-murid juga boleh diminta membuat bahan-bahan sumber melalui tugasan dan

projek. Terpulanglah kepada kreativiti guru dan panitia mata pelajaran untuk menyediakan

bahan sumber yang boleh digunakan untuk pengajaran pembelajaran mereka.

Anda tentu biasa dengan bilik sumber sekolah. Walaupun cara pengurusan dan

pengendaliannya mungkin berbeza tetapi fungsinya adalah sama. Bahan-bahan sumber

biasanya diletakkan di bilik sumber sekolah, diatur/disimpan mengikut mata pelajaran.

Guru-guru boleh mengeluarkannya apabila diperlukan. Kadang kala bahan sumber diletakkan di

satu sudut di perpustakaan kerana kekurangan bilik. Namun guru-guru tetap diberi kebenaran

untuk menggunakannya dengan membuat catatan supaya bahan-bahan itu tidak hilang dan

dapat dikesan. Bahan-bahan ini mesti dipulangkan selepas menggunakannya.

Bagi penggunaan alat-alat elektronik, biasanya murid-murid akan dibawa ke bilik yang

dikhaskan apabila perlu menggunakannya. Untuk menggunakan bilik ini, perlu dibuat

tempahan terlebih dahulu kerana biasanya banyak kelas yang akan menggunakan bilik ini

pada satu-satu masa. Oleh itu penjadualan biasanya dibuat oleh guru yang

dipertanggungjawabkan supaya tidak menimbulkan masalah. Guru-guru perlu

mengetahui cara-cara menggunakan bahan-bahan sumber elektronik supaya pengajaran

tidak tergganggu. Jika tidak, guru terpaksa meminta bantuan pembantu bilik sumber ( jika ada )

atau pelajar-pelajar yang tahu. Selepas digunakan, bahan/alat elektronik mestilah dikembalikan

seperti kedudukan asalnya. Langkah-langkah keselamatan juga perlu diambil.

31

Page 32: Elm 3103

4.3.1 Ciri-ciri Bahan Sumber

Sama ada bahan elektronik atau bahan cetak, ia hendaklah sesuai dengan tajuk dan nilai yang

diajar.

o Bentuk, warna dan saiznya sesuai.

o Tulisan terang dan gambar-gambar yang menarik.

o Membantu menambah keberkesanan pengajaran.

o Memudahkan guru menyampaikan konsep dengan jelas.

o Sesuaikan dengan tahap umur pelajar.

o Pastikan bahan audio yang hendak digunakan itu berfungsi

Antara bahan-bahan bantu mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral yang boleh digunakan

adalah seperti berikut:

1. Bahan bercetak seperti gambar, gambar bersiri, carta, komik, kad-kad situasi, skrip

lakonan, cerita, lagu, surat khabar, dan poster.

2. Bahan-bahan permainan untuk menerapkan nilai dalam bentuk kad atau papan seperti

permainan ular dan tangga, teka teki, dan silang kata.

3. Bahan-bahan maujud seperti bendera, pakaian, model dan sebagainya.

4. Bahan rakaman seperti cerita dan lagu.

5. Bahan pandang dengar seperti video, Cd-rom,filem dan sebagainya.

6. Alat-alat tayangan seperti komputer, projektor LCD, projektor lutsinar dan sebagainya.

4.4 Melibatkan diri dalam aktiviti Pengajaran Pembelajaran Moral dalam dan luar

sekolah.

Sebagai tenaga pengajar mata pelajaran Pendidikan Moral, kita mestilah sentiasa bersedia

dalam memberikan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh pelajar supaya mereka

boleh berfungsi dalam kehidupannya. Guru perlu mendiagnos keperluan pembelajaran yang

spesifik di kalangan pelajar serta menyediakan pelbagai aktiviti yang sesuai bagi memenuhi

32

Page 33: Elm 3103

keperluan mereka. Proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan berjaya seandainya proses

ini tidak disusuli dengan penyediaan aktiviti yang sesuai dengan kelas yang diajar sama ada

kelas biasa atau kelas bercantum.

4.4.1 Pengajaran Secara Kelas

Pengajaran secara kelas bermaksud penyampaian pengajaran guru kepada seluruh kelas. Ini

bermakna guru mengajar dengan isi pelajaran yang sama, masa yang sama serta memberikan

latihan atau kerja yang sama kepada semua murid di dalam kelasnya.

Kaedah kelas ini melibatkan aktiviti atau mengikut aktiviti pengajaran guru. Selepas murid-murid

sudah memahami konsep dan menguasai kemahiran yang dikehendaki, mereka akan diarah

untuk menjalankan aktiviti dalam kumpulan. Nancy Catty dalam buku Mok Soon Sang

mencadangkan prinsip-prinsip pelaksanaan pengajaran secara kelas adalah seperti berikut:

o Memahami jelas dan tepat apa yang hendak diajar

o Menyediakan alat bantu mengajar yang diperlukan

o Menggunakan alat bantu mengajar yang perlu secara berkesan

o Ajarkan semua murid dalam kelas.

o Jangan tumpukan perhatian kepada beberapa orang murid sahaja

o Bertenang dan mempunyai keyakinan serta berlagak secara semula jadi semasa

mengajar

o Melibatkan semua murid di dalam kelas dengan menyediakan aktiviti

pembelajaran secara aktif

Di samping cadangan-cadangan tersebut, guru yang menggunakan kaedah seluruh kelas

hendaklah memastikan setiap murid mematuhi peraturan kelas supaya aktiviti pengajaran dan

pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Pastikan setiap murid melibatkan

diri dalam aktiviti pembelajaran. Penggunaan pengajaran secara kelas adalah sesuai dan

menjadi lebih berkesan sekiranya murid-murid yang mempunyai kebolehan yang hampir sama

ditempatkan dalam kelas yang sama

4.4.2 Kelas Bercantum

Kelas bercantum merupakan satu jenis kelas waktu sekolah rendah atau menengah yang

mengandungi lebih daripada satu darjah/tingkatan. Seorang guru Pendidikan Moral mengajar

serentak kelas berkenaan. Percantuman kelas ini dijalankan kerana:

33

Page 34: Elm 3103

o Bilangan pelajar di dalam sesebuah kelas tidak mencukupi untuk menjadikan

satu kelas biasa

o Peruntukan guru di sekolah berkenaan tidak mencukupi untuk mengajar tiap-tiap

kelas secara berasingan

o Gabungan kelas Pendidikan Moral adalah selaras dengan pengajaran mata

pelajaran Pendidikan Islam.

4.4.3 Kaedah Pengajaran–pembelajaran Pendidikan Moral di Kelas Bercantum

Guru Pendidikan Moral perlu membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran yang teliti

kerana dua atau tiga kelas diajar serentak dalam satu kelas. Perkara-perkara berikut perlu

dipertimbangkan:

1) Pemilihan bahan-bahan yang sesuai bagi setiap kumpulan

2) Tugas-tugas bagi setiap kumpulan perlu ditetapkan

3) Masa perlu diperuntukkan untuk bimbingan dan bantuan individu

4) Objektif-objektif bagi setiap pelajaran hendaklah jelas

5) Gerak kerja setiap peringkat bagi setiap kumpulan hendaklah mencukupi

6) Isi-isi penting bagi setiap tajuk perlu disusun dengan teratur serta dicatat

7) Pastikan umur dan kebolehan kanak-kanak kelas bercantum tidak terlalu berbeza

8) Pastikan bahan-bahan pembelajaran kendiri, kit pembelajaran, lembaran kerja dan sudut-

sudut pembelajaran disediakan dengan mencukupi. Ini penting apabila murid diminta

membuat kerja sendiri.

9) Elakkan daripada mencantumkan kelas-kelas yang akan menghadapi peperiksaan.

Mengajar kelas bercantum memerlukan pengelolaan rancangan dan persediaan yang teliti,

mencukupi serta bersesuaian. Para pelajar hendaklah dilatih supaya berupaya bekerja tanpa

banyak bimbingan, galakan atau kawalan. Di samping itu, segala alat dan bahan pembelajaran

kendiri seharusnya mencukupi untuk menjamin kelicinan serta keberkesanan proses

pengajaran-pembelajaran di dalam sesebuah kelas bercantum.

34

Page 35: Elm 3103

TAJUK 5 : Tanggung jawab dan peranan guru Pendidikan Moral dalam

merealisasikan aspirasi negara

5.1 Guru Pendidikan Moral dan Aspirasi Negara

Menyanjung tinggi dan menyokong semua aspirasi negara juga merupakan tanggungjawab

penting semua guru, termasuk Guru Pendidikan Moral. Selain kod etika perguruan, aspirasi

negara lain yang dikemukakan untuk pembangunan negara perlu ditititberatkan oleh semua

guru dalam usaha melaksanakan tanggungjawab mereka di sekolah. Guru berkenaan harus

menjadi teladan dalam mempraktikkan prinsip yang positif di samping menyibarkan mesej yang

diingini kepada pelajar-pelajar. Misalnya insiden isu pergaduhan antara guru di salah sebuah

sekolah memaparkan bahawa amatlah malang jika guru tidak dapat mengawal perasaan lalu

bertumbuk dan bertarikan rambut di hadapan murid semasa perhimpunan sehingga melibatkan

ibu bapa murid untuk menyelesaikannya. Kedua-dua guru tersebut ialah guru cemerlang. Isu

pertelingkahan mereka bersifat peribadi. Lebih ironi lagi, apabila murid-murid kecil itu bertanya

soalan serius, “Patutkah guru-guru itu dirotan kerana bergaduh di hadapan murid?”

5.1.1 Peranan guru Moral dalam falsafah Pendidikan Kebangsaan.

a) Intipati Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arahmemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepaduuntuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaanmencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmoniandan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di atas telah diumumkan pada tahun 1988. Falsafah

tersebut berhasrat melahirkan insan yang mulia dan sempurna supaya menjadi warganegara

yang baik dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Demi mencapai citi-cita FPG,

tanggungjawab dan kewajipan guru Pendidikan Moral adalah berat dan penting dalam usaha

untuk menerapkan nilai-nilai murni diri murid dengan berkesan.

35

Page 36: Elm 3103

5.1.2 Peranan guru Pendidikan Moral dalam mencapai hasrat Rukunegara.

a) Intipati Rukunegara.

Rukun Negara (1970) merupakan satu set prinsip panduan hidup untuk rakyat

Malaysia. Ideologi Nasional ini bertujuan mengeratkan perpaduan rakyat

berbagai kaum disamping memelihara cara hisup masyarakat yang

harmonis, demokratik, adil, liberal,progresif lagi beretika. Pernyataan

Rukunegara :

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA

mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan

seluruh masyarakatnya;

memelihara satu cara hidup demokratik;

mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat

dinikmati bersama secara adil dan saksama;

menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang

kaya dan berbagai corak;

membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan

teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan

usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang

berikut:

Kepercayaan kepada Tuhan

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Keluhuran Perlembagaan

Kedaulatan Undang-undang

Kesopanan dan Kesusilaan

Setiap prinsip dalam Rukun Negara merupakan panduan cara hidup kita semua, setiap

prinsip tersebut juga ada berkaitan dengan nilai-nilai murni yang unggul. Guru

Pendidikan Moral harus sentiasa membimbing dan menerapkan nilai-nilai berkenaan

yang tersirat dalam Rukun Negara supaya hasrat melahirkan rakyat yang diingin

tercapai.

36

Page 37: Elm 3103

5.1.3 Peranan guru Pendidikan Moral dalam mencapai Wawasan 2020.

a) Intipati Wawasan 2020.

Wawasan 2020 adalah satu visi negara kita yang dikemukakan oleh bekas

Perdana Menteri Malaysia Tun Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad pada

tahun 1991. Tujuan visi ini ialah, supaya Malaysia mencapai taraf sebuah

negara perindustrian yang maju dan masyarakat yang beretika. Sebanyak

sembilan cabaran telah digariskan untuk negara kita menghala ke arah

wawasan ini dan dapat mencapai hasrat tersebut pada tahun 2020:

a) Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang

dikongsi bersama iaitu Malaysia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi

di peringkat wilayah dan semua kaum hidup dalam keharmonian.

b) Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju

dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dan

dengan apa yang dicapai.

c) Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang.

d) Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika sepenuhnya yang

mempunyai warganegara yang kukuh dalam nilai agama da jiwa.

e) Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur dalam konteks rakyat

Malaysia pelbagai kaum; bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan

kepercayaan agama tetapi setia peda negara.

f) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, yang bukan sahaja menjadi

pengguna teknologi malah menjadi penyumbang kepada tamadun saintifik dan

teknologi masa depan.

g) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayang iaitu sistem

sosial yang memberi keutamaan kepada kepentingan masyarakat daripada diri

sendiri.

h) Mewujudkan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi iaitu masyarakat

yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama.

i) Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing,

dinamik,giat dan kental.

37

Page 38: Elm 3103

Semua guru sekolah, terutamanya guru Pendidikan Moral harus mengambil kira cabaran-

cabaran Wawasan 2020 ini dalam menangani kerjaya dan tanggungjawabharian di sekolah

agar negara dan masyarakat Malaysia dapat mencapai cita-cita tersebut.

5.1.4 Peranan guru Pendidikan Moral dalam menjayakan kod etika perguruan.

a) Intipati kod etika perguruan.

Kod etika perguruan merupakan satu sistem prinsip yang mengawal kemoralan

dan perlakuan guru. Kod ini merupakan satu panduan perlakuan atau etika kerja

untuk profesion perguruan. Guru sebagai seorang profesional harus mematuhi

peraturan yang terkandung dalam kod etika di samping mengamalkan peribadi

mulia selaras dengan etika profesion dalam menjalankan tugas harian. Berikut

ialah Kod Etika Perguruan Malaysia :

Tanggungjawab terhadap pelajar

1. Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain. (Rujuk Surat

Pekeliling Ikhtisan Bil.4/2002: Pelaksanaan Program Sekolah dengan Selamat) muka surat 245.

2. Adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik,

ekonomi, sosial, keturunan atau agama.

3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang

berhak mengetahuinya.

4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata-mata

pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.

5. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan

contoh yang baik kepada pelajar. (Rujuk Surat Pekeliling KP(BS)8591/Jld XVII(7) 7Jun 2001)

muka surat 243.

6. Memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya

pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

38

Page 39: Elm 3103

Tanggungjawab terhadap Ibu Bapa

1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka dan

berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan

dengan rumahtangga.

2. Menganggap semua maklumat yang diberikan kepada ibu bapa berhubung dengan keadaan

rumahtangga atau berkaitan dengan anak mereka sebagai sulit dan tidak akan

membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.

3. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan

mengutamakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.

4. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan

ekonomi ibu bapa pelajar.

5. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh

menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa penjaga mereka.

Tanggungjawab Terhadap Masyarakat Dan Negara

1. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan

kepentingan pelajar, masyarakat, negara ataupun yang bertentangan dengan Rukunegara.

2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang dapat membantu, dan membimbing

mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna,

menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.

3. Menghormati masyarakat tempat berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai

seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan

masyarakat.

4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi

pendidikan dengan masyarakat.

5. Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan

kecendiakawan masyarakat.

6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani

kehidupan seharian dengan baik.

39

Page 40: Elm 3103

Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat Dan Profesion Perguruan

1. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh

mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat

sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.

2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru.

3. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-

sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.

4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam profesion

perguruan

5. Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.

6. Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru.

5.1.5 Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

a) Intipati Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

Falsafah Pendidikan Guru berhasrat untuk mendidik:

“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia

menjunjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan Negara,

menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang

bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.”

Menurut hasrat FPG, guru lepasan maktab atau institusi perguruan haruslah berkaliber tinggi,

berkebolehan berfungsi sebagai pendidik yang baik, dapat mengamalkan nilai murni dan akan

menghasilkan murid yang sesuai dengan pembinaan Negara. Peranan guru Pendidikan Moral

ialah berpegang teguh kepada FPG supaya dapat melahirkan murid-murid yang dapat

memenuhi kehendak aspirasi negara

40