17
Empayar Turki Uthmaniyyah (Turki Uthmaniyyah : Devlet-i Aliye-i Osmaniye; Turki Moden : Osmanlı İmparatorluğu; Arab : دولة ال ة ي ن ما ث لع ا, al-Dawlaṭ al-'Uthmānīyyaṭ) keluarga Bani Osmani ini adalah sebahagian kecil dari keseluruhan suku-suku bangsa Turki yang dikenali sebagai bangsa Turki yang masuk ke Asia Kecil semenjak abad ke sebelas yang lalu. Bangsa ini adalah pemimpin-pemimpin yang terus-menerus berjuang menentang Byzantine , terutama setelah mereka bergerak ke barat lautAnatolia di abad ke-13. Pengikut-pengikutnya direputasikan sebagai ghazi atau lebih mudah dikenali sebagai parajurit yang berjuang memerangi Kristian kerana jihad untuk menegakkan Islam , dan mengecapi kejayaan. Di sinilah wujudnya empayar atau kerajaan Uthmaniah, yang menampung kerajaan-kerajaan kecil bangsa Turki yang lain. Pemerintah Uthmaniyyah melihat diri mereka sebagai "pemerintah universal" dan waris kepada Empayar Rom dan Islam , maka terjadilah "penyatuan kebudayaan". [7] Pada tahun 1357 mereka menyeberangi Dardanelles menuju ke semenanjung Gallipoli dan sebelum akhir abad ke-14 mereka telah menduduki beberapa kawasan dibawah kerajaan Byzantine, termasukGreece dan Bulgaria . Constantinople (kemudian ditukar nama kepadaIstanbul ) jatuh ke tangan kerajaan Uthmaniyyah pada tahun 1453 . Pada tahun 1526 sebagian besar wilayah Hungary telahpun berada di bawah kekuasaan Uthmaniyyah. Kerajaan Uthmaniyyah mempunyai angkatan laut yang handal di Lautan Tengah dan melaksanakan tugasnya dalam perang dengan Sepanyol dan kuasa-kuasa Eropah yang lain. Algeria segera mereka kuasai dan akhirnya menambahkan Tunisia sebagai wilayah kerajaan Uthmaniyyah. Uthmaniyyah juga melanjutkan peluasan kuasanya dengan menuju ke bahagian tenggara, menduduki Iraq dan bahagian-bahagian wilayah Arab yang lain. Bagi bangsa Eropah Barat, kemajuan Uthmaniyyah merupakan keganasan Islam. Dengan ini mereka menegaskan bahawa Islam adalah agama kekejaman dan agama pedang yang menakutkan. Maka tidak hairanlah pada tahun 1542 , Dewan Kota Praja Basel di Switzerland membekukan penerbitan terjemahan Al-Quran yang diterjemahkan oleh Robert dari Ketton. Dewan Kota Praja ini membantah dengan mengatakan "dongeng dan bid'ah yang dibuat-buat" dalam Al-Quran itu akan mengganggu penganut Kristian Pada akhir abad ke-17, kelemahan

Empayar Uthamaniah-faiz Hilmi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Mengisahkan tentang kerajaan agung bani uthamaniah

Citation preview

EmpayarTurki Uthmaniyyah(Turki Uthmaniyyah:Devlet-i Aliye-i Osmaniye;Turki Moden:Osmanl mparatorluu;Arab: ,al-Dawla al-'Uthmnyya) keluargaBani Osmaniini adalah sebahagian kecil dari keseluruhan suku-suku bangsa Turki yang dikenali sebagai bangsa Turki yang masuk keAsia Kecilsemenjak abad ke sebelas yang lalu. Bangsa ini adalah pemimpin-pemimpin yang terus-menerus berjuang menentangByzantine, terutama setelah mereka bergerak ke barat lautAnatoliadi abad ke-13. Pengikut-pengikutnya direputasikan sebagai ghazi atau lebih mudah dikenali sebagai parajurit yang berjuang memerangiKristiankeranajihaduntuk menegakkanIslam, dan mengecapi kejayaan. Di sinilah wujudnya empayar atau kerajaan Uthmaniah, yang menampung kerajaan-kerajaan kecil bangsa Turki yang lain. Pemerintah Uthmaniyyah melihat diri mereka sebagai "pemerintah universal" dan waris kepadaEmpayar RomdanIslam, maka terjadilah "penyatuan kebudayaan".[7]Pada tahun1357mereka menyeberangiDardanellesmenuju ke semenanjungGallipolidan sebelum akhir abad ke-14 mereka telah menduduki beberapa kawasan dibawah kerajaan Byzantine, termasukGreecedanBulgaria.Constantinople(kemudian ditukar nama kepadaIstanbul) jatuh ke tangan kerajaan Uthmaniyyah pada tahun1453. Pada tahun1526sebagian besar wilayahHungarytelahpun berada di bawah kekuasaan Uthmaniyyah. Kerajaan Uthmaniyyah mempunyai angkatan laut yang handal di Lautan Tengah dan melaksanakan tugasnya dalam perang denganSepanyoldan kuasa-kuasa Eropah yang lain.Algeriasegera mereka kuasai dan akhirnya menambahkanTunisiasebagai wilayah kerajaan Uthmaniyyah. Uthmaniyyah juga melanjutkan peluasan kuasanya dengan menuju ke bahagian tenggara, mendudukiIraqdan bahagian-bahagian wilayahArabyang lain. Bagi bangsa Eropah Barat, kemajuan Uthmaniyyah merupakan keganasan Islam. Dengan ini mereka menegaskan bahawa Islam adalah agama kekejaman dan agama pedang yang menakutkan. Maka tidak hairanlah pada tahun1542, Dewan Kota Praja Basel diSwitzerlandmembekukan penerbitan terjemahanAl-Quranyang diterjemahkan oleh Robert dari Ketton. Dewan Kota Praja ini membantah dengan mengatakan "dongeng dan bid'ah yang dibuat-buat" dalam Al-Quran itu akan mengganggu penganut Kristian Pada akhir abad ke-17, kelemahan kerajaan Uthmaniyah mulai terserlah selepas satu setengah abad berkuasa. Pengepungan ke atasViennadi tahun 1683 turut menemui kegagalan dan kerajaan Uthmaniah kini pula menghadapi Persekutuan dariAustria,Poland,VenicedanPaus, dan bangsaRusia.Semenjak tahun1699mereka telah banyak menemui kekalahan dan di dalamperjanjian damai Karlovitz, Uthmaniyyah harus mempersetujui penyerahan wilayah-wilayahnya kepada Austria, Vennice dan Poland. Walaupun demikian, mereka tetap mempertahankan hak mereka di bahagian tenggara Eropah, termasuk pantai barat dan utaraLaut Hitam. Namun pada abad ke-19, kerajaan Uthmaniyyah kembali kehilangan sebahagian besar dari wilayah taklukkannya yang dimulai dengan kemerdekaan Greece pada tahun 1829 dan pendudukanPeranciske atas Algeria pada tahun 1830. Kerajaan Uthmaniyyah menjadi "the sick man of Europe" iaitu Orang Eropah yang sakit dan hanya persaingan mereka inilah yang mencegah terjadinya perpecahan-perpecahan yang dahulunya pernah terjadi. Setelah kekalahannya dalamPerang Dunia Idi tahun 1912-1919, semua wilayah ini masih tetap berada di bawah Kerajaan Uthmaniyyah, dengan wilayah Eropahnya adalah kawasan di sekitar Istanbul meluas sampai ke sebelah utaraEdirne(Adrianople) dan ke barat sampai ke Gallipoli. Bangsa Turki di bawah kekuasaanMustafa Kamal Ataturktelah menghapuskan nama Kerajaan Uthmaniyyah pada1922dan diganti denganRepublik Turki. Wilayah-wilayah jajahan diAsiadanAfrikadahulu telah hilang kecuali Anatolia yang masih berada di wilayah Republik Turki ini.SejarahWilayah Uthmaniyyah pada mulanya dikenali sebagaiBeylikdi dalam KerajaanTurki Seljukpada kurun ke-13. Pada tahun1299,Uthman Imengisytiharkan kemerdekaan Wilayah Uthmaniyyah dan mengasaskan Kerajaan Turki Uthmaniyyah.Penubuhan dan Kemajuan (1299-1453)Semasa penubuhan dan perkembangan Empayar Uthmaniyyah, karakteristik empayar ini tidak boleh disoal lagi lebih-lebih lagi semasa pemerintahan SultanMuhammad al-Fatih. Hal ini menjadikan Empayar Uthmaniyyah istimewa dalam sejarah ketamadunan manusia.

Sultan Muhammad Al-FatihSepanjang kurun ke-16, Empayar Uthmaniyyah terus berkembang daripada segi wilayah dan kekuasaan dengan mengembangkan kekuasaan sehingga keAfrika Utaradi barat daya dan Parsi di sebelah timur. SemasaPertempuran Chaldiran, di sebelah timurAnatolia, (sekarang di barat Tabriz, Turki) pada tahun1514, tentera Uthmaniyyah di bawah pimpinan SultanSelim Imemenangi pertempuran menentang tentera Parsi. Hal ini memastikan keselamatan wilayah Uthmaniyyah di sebelah timurnya. Selepas itu tumpuan Empayar Uthmaniyyah beralih kepada bahagian barat empayar terbabit. SultanSulaiman I, selepas menaiki takhta pada tahun1518, mengetuai beberapa siri ketenteraan di Balkan. Di bawah Suleiman yang juga merupakan seorang strategis yang hebat, tentera Uthmaniyyah mara ke utara dengan menguasaiBelgrade(1521),mengalahkan Hungary(1526), dan menyerang Vienna (1529).Kejayaan pengembangan kuasa Uthmaniyyah pada kurun ke-16 adalah kerana kemahiranbersenjata apidantaktik peperangandi samping kesempurnaan sistem ketenteraan. Tentera Uthmaniyyah juga amat mahir dalam melakukan serangan dan kepungan kerana serangan seperti ini mendatangkan kesan kemusnahan yang teruk terhadap musuh mereka.Salah satu contoh terbaik untuk menunjukkan kemahiran mereka menyerang atau membuat pengepungan ialah semasa peristiwa penaklukanConstantinople(Istanbul) pada tahun1453. Semasa serangan terbabit,meriam-meriambesar digunakan bagi memusnahkan tembok yang tinggi dan tebal. Meriam-meriam ini diperbuat daripadagangsadan dibawa berdekatan dengan kota ini menggunakan banyak tenaga manusia disamping penggunaan kerbau dan lembu kerana berat yang melampau meriam-meriam ini. Meriam-meriam ini kemudiannya ditanam di sebelah hujung bagi menyerap tekanan letupannya. Seorang panglimaAustriapernah berkata bahawa tentera Uthmaniyyah amat "kebal" semasa musim panas. Keterangan ini nyata benar memandangkan banyak kejayaan dicapai semasa kempen-kempen perangnya.Perkembangan (1453-1683)

Empayar Turki Uthmaniyyah,1299-1683Perkembangan kekuasaan Uthmaniyyah boleh dikategorikan kepada dua zaman. Zaman pertama boleh dikatakan semasa berlakunya penaklukan dan perkembangan kuasa; iaitu bermula daripada penawananConstantinoplepada tahun1453sehinggalah kemangkatan SultanSulaiman al-Qanuni(Suleiman the Magnificent) pada tahun1566. Selepas berakhirnya zaman pertama, zaman kedua pula muncul iaitu semasa struktur pentadbiran mula menunjukkan kelemahannya akibat daripada perebutan kuasa dan rasuah iaitu dari tahun 1566 sehinggalah kegagalan serangan ke atasViennapada tahun1683.Bagi meluaskan pengaruh dan kawasan Empayar Uthmaniyyah semasa zaman perluasaan kuasanya, pemimpin memilih untuk menyebarkan melalui laluan air yakni laut.Selim Imenawan Parsi sebelum tewas kepada tentera Parsi tidak lama kemudian. Parsi kemudian menewaskan tentera Uthmaniyyah dan menawan sebahagian kawasan milik Uthmaniyyah di timur empayar itu. Mereka juga berjaya menawanBaghdad. Empayar Uthmaniyyah menubuhkan tentera laut diLaut Merahbagi mengatasi pengaruhPortugisdalam perdagangan rempah. Semasa zaman ini, Empayar Uthmaniyyah bersaing dengan kuasa-kuasaEropahdiLautan Hindi. Empayar Uthmaniyyah juga menghantar tentera lautnya bersama-sama dengan kelengkapan perang dan askar keKenyadanAcehbagi membantu pemerintah-pemerintahMuslimdi sana, di samping mempertahankan perdaganganrempahdanhamba. DiAceh, Empayar Uthmaniyyah membinakubudan mempertahankannya menggunakanmeriam, selain itu Sultan Aceh,Sultan Alauddin Riayat Shah Al Qahartelah memimpin sebuah armada perang dibantu oleh tentera turki Uthmaniyyah dengan meriam-meriam besar dari Istanbul menggempurPortugisdi Melaka. Empayar Turki Uthmaniyyah juga merupakan kuasa yang bertanggungjawab dalam membantu perjuangan pihakProtestanBelandabagi menghadapai konflik mereka dengan golonganKatolikSepanyol. Tentera laut Uthmaniyyah juga mempunyai banyak pengaruh diLaut Mediterraneanmenjadikanperdagangandi sana berkembang dengan pesat disebabkan kestabilan perdagangan di situ. Zaman ini kemudiannya dikenali sebagai zaman "Pax Ottomanica" oleh orang Barat.Serangan ke atas Vienna bukanlah satu siri pengembangan kuasa Empayar Uthmaniyyah terhadapJerman. Sebenarnya pihak Turki Uthmaniyyah hanyalah ingin bertindak terhadap campur tanganHapsburgSepanyol ke atasHungary. Hal ini juga menyebabkan sesetengah sekutu Uthmaniyyah membelot terhadap Empayar Uthmaniyyah. Paus diItalikemudiannya meninggalkan kepentingan sekularnya bagi membangkitkan semangat anti-Islam di samping ingin melancarkanPerang Salibyang baru. Dalam masa yang akan datang, Empayar Uthmaniyyah bukan sahaja sebuah kuasa penakluk tetapi juga sebuah instrumen politik Eropah. Perang diViennamembawa kepada zaman kemerosotan terhadap Empayar Utmaniyyah.

Genangan (1683-1827)

SultanMurad IVSelepas tewasnya tentera Uthmaniyyah dalam perang diViennapada tahun1683yang menunjukkan bahawa Empayar Uthmaniyyah bukan lagi kuasa besar diEropah. Pada tahun 1699, buat pertama kali dalam sejarahnya, Empayar Uthmaniyyah mengakui bahawaAustriaadalah sama taraf dengannya. Bukan sahaja itu, Empayar Uthmaniyyah juga kehilangan wilayah besar dikuasainya sejak sekian lama. Terdapat banyak sultan yang dilantik selepas itu yang tidak sekuat generasiMehmed II,Selim IdanSuleyman I.Semasa zaman kemerosotan ini, Empayar Uthmaniyyah lemah kerana masalah dalaman dan luarannya disebabkan peperangan yang amat mahal terutamanya menentangParsi,Persekutuan Poland-Lithuania,Rusia,Austria-Hungary.Perang Rusia-Turkiialah peperangan antaraRusiadan Empayar Uthmaniyyah semasa kurun ke-17, ke-18, dan ke-19 masihi (kesemuanya 10 peperangan). Ia merupakan di antara konflik yang paling lama dalam sejarah Eropah yang berlarutan selama 241 tahun; lebih lama daripadaPerang Seratus Tahundi antaraEnglanddanPerancis. Sebelum itu, Empayar Uthmaniyyah tewas dalamPerang Lepantopada tahun 1571.Perjanjian Passarowitz menghasilkan satu era yang aman di antara tahun1718-1730. Pentadbiran Uthmaniyyah mula berubah dengan memajukan kota-kota sekitar Balkan yang akan menjadi benteng pertahanan mereka sekiranya peperangan meletus dengan kuasa Eropah. Pelbagai perubahan dilakukan seperti mendapat pandangan rakyat, mengurangkan cukai, memperbaiki kemudahan awam, dan berbagai-bagai lagi perubahan. Walau bagaimanapun, Empayar Uthmaniyyah gagal bersaing dalam bidangteknologidengan musuhnya di Eropah, terutamanya Rusia.Pada penghujung kurun kelapan-belas menyaksikan Empayar Uthmaniyyah ketinggalan jauh berbanding kuasa Barat. Peperangan berlaku dan mengakibatkan Uthmaniyyah kehilangan banyak wilayah kepadaRusiadanAustria. Kawasan sepertiMesirjuga mencapai kemerdekaan. Semasa zaman ini, bermula dengan pemerintahan SultanSelim IIIterdapat usaha-usaha untuk memodenkan sistem-sistem di Turki. Banyak reformasi yang dilakukan oleh pemerintah dihalang oleh golongan-golongan konservatif di dalam Turki Uthmaniyyah sendiri sama ada oleh golongan keagamaan atau oleh golonganJanissariyang pada masa ini telah menjadirasuah. Walaupun tentera elit Janissari ini dimansuhkan pada tahun1826, usaha ini masih mendapat tentangan.Kemerosotan dan pemodenan (1828-1908)Proses kemerosotan dan kejatuhan Empayar Uthmaniyyah dibentuk oleh pengstukturan semula dan transformasi dalam setiap aspek Empayar Uthmaniyyah. Walau bagaimanapun, usaha yang berterusan tidak membantu dalam menghalang proses kemerosotan sistem Uthmaniyyah. Satu perubahan yang signifikan hanyalah apabila Empayar Uthmaniyyah mula menjadi sekutu kuasa-kuasa Eropah. Terdapat beberapa siri pakatan dengan beberapa negara Eropah sepertiPerancis,Belanda,BritaindanRusia. Salah satu contoh yang nyata ialah semasaPerang Krimea, yang mana Perancis, Britain, dan Uthmaniyyah berpakat menentangTsar Rusia.Terdapat pada satu masa iaitu antara tahun1839dan1876, reformasi dilaksanakan. Semasa zaman ini tentera moden ditubuhkan.Sistem perbankanjuga disusun semula di samping pembinaan kilang-kilang yang moden. Dari struktur ekonomi pula, pihak pentadbir Uthmaniyyah menghadapi kesukaran membayar balik pinjaman yang dibuat dengan bank-bank di Eropah. Dari segi ketenteraan, ia menghadapi masalah mempertahankan dirinya daripada diduduki kuasa-kuasa asing (cth:MesirdidudukiPerancispada1798;CyprusdidudukiBritishpada1876, dll.).Dalam semua idea Empayar Uthmaniyyah dapati daripada kuasa Barat sepertinasionalismeetnik. Kebangkitan nasionalisme etnik mengancam kestabilan Uthmaniyyah kerana rakyatnya yang berbilang bangsa. Banyak peristiwa pemberontakan atas nama nasionalisme muncul dan mengugat Empayar Uthmaniyyah.

Pembukaan ttihat ve Terakki CemiyetiKebangkitan nasionalisme memaksa Empayar Uthmaniyyah untuk bertindak. Sepanjang enam abad yang lalu banyak yang telah berubah kecuali sistem kerajaan. Ada juga sekumpulan orang dari Uthmaniyyah yang mempunyai pendidikan barat berpendapat bahawa konsep raja berpelembagaan dapat mengurangkan tekanan di dalam negara. ttihat ve Terakki Cemiyeti (Perhimpunan Perpaduan dan Kemajuan) mempunyai hubungan yang istimewa dalam kumpulan ini. Menurut buku yang dikeluarkan oleh ttihat ve Terakki Cemiyeti, kejayaan dapat dicapai sekiranya perubahan dilakukan terhadap institusi sosial dan politik Uthmaniyyah. Menerusi sebuah penggulingan ketenteraan, ttihat ve Terakki Cemiyeti memaksa Sultan Abdul Aziz untuk menyerahkan takhta kepada Murad V. Bagaimanapun, Murad V mempunyai masalah mental. Sultan Abdul Aziz terpaksa dipanggil semula dengan syarat baginda akan mengubah sistem politiknya. Sultan Abdul Aziz mengubah struktur pentadbiran yang berusia ratusan tahun ini23 November1876. Baginda mengubah nama perlembagaan baru ini kepada "Kanun-i Esasi". Perlembagaan ini bertahan sehinggalah bermulanyaPerang Krimea.Menjelang penghujung kurun kesembilan belas, keadaan politik Empayar Uthmaniyyah menunjukkan keadaan kucar-kacir pada masa akan datang. Hal ini jelas menunjukkan bahawa reformasi dan perubahan tidak cukup untuk membuat perbezaan dan tidak cukup untuk menghalang pembubaran Empayar Turki Uthmaniyyah.

Pembubaran (1908-1922)Dari sudut sosial, kebangkitan semangat nasionalisme dan perubahan untuk demokrasi menjadikan rakyat semakin tidak tenteram. Hal ini akhirnya menyebabkan beberapa siri perebutan kuasa yang mengakibatkan konsepraja berperlembagaan ditubuhkan yang mana sultan mempunyai sedikit kuasa manakalaPartiJawatankuasa Pembangunan dan Kemajuan, lebih dikenali sebagai Turki Muda, memerintah keseluruhan Empayar Uthmaniyyah.

Peta terakhir kawasan Empayar Uthmaniyyah selepas Perjanjian Sevres.Tiga buah negara Balkan yang baru terbentuk pada penghujung abad kesembilan belas. Keseluruhan wilayah itu termasukMontenegromencari kawasan tambahan di dalam wilayahAlbania,Macedonia, danThraceyang berada di bawah pentadbiran Uthmaniyyah. Dengan dorongan dariRusia, beberapa siri perjanjian ditandatangani: antaraSerbiadanBulgaria(Mac 1912) dan antaraGreecedanBulgaria(Mei 1912). Perjanjian di antara Serbia dan Bulgaria mendesak kepada perpisahan Macedonia yang mengakibatkanPerang Balkan I. Selepas itu terjadi pulaPerang Balkan II.Dalam usaha terakhir untuk memastikan wilayah-wilayah terbabit kekal dalam kekuasaan Uthmaniyyah,Enver Pashamenyertai kuasa tengah dalamPerang Dunia Pertama. Semasa waktu ini,Landasan Kereta Api Baghdadyang dikuasaiJermanmenjadi punca pertenglikaian antarabangsa dan memainkan peranan dalam punca tercetusnya Perang Dunia Pertama.[8]Empayar Uthmaniyyah mendapat beberapa kejayaan dalam tempoh awal peperangan terbabit. Pihak bersekutu, termasuk unit tentera baru,ANZACdikalahkan diGallipoli,IraqdanBalkan, dan beberapa kawasan diperolehi. DiCaucasus, tentera Uthmaniyyah tewas dalam beberapa siri pertempuran dan ini membolehkan tentera Rusia bergerak dari Trabzon, Erzurum, ke arah Van. Empayar Uthmaniyyah bagaimanapun tewas pada akhir peperangan ini terhadap pihak bersekutu dan mengakibatkan ia kehilangan wilayahnya.Mustafa Kemal Pasha, yang memperoleh reputasi yang baik semasa kempen diGallipolidanPalestin, dengan rasmi dihantar daripada Istanbul (ditawan) untuk memerintah dan membubarkan tentera Uthmaniyyah di Caucasus. Pada awalnya pihak Uthmaniyyah hanya mengikuti arahan sahaja. Walau bagaimanapun dalam masa tahun kemudian, berlakunya perang kemerdekaanTurki(1918-1923) menentang kuasa asing. Perjuangan mereka ini mengakibatkan penggulingan kuasa SultanMehmet VIoleh Perhimpunan BaruTurki.Republik Turkikemudian diasaskan pada29 Oktober1923.Sejarah ekonomiKerajaan Uthmaniyyah meneruskan polisi pembangunan Bursa, Edirne (Adrianople) dan Istanbul, yang kesemuanya merupakan ibu negara Uthmaniyyah, untuk menjadikan bandar-bandar ini pusat komersial dan industri, dengan mengajak pedagang-pedagang untuk mencipta satu metropolis baru.[9]Mehmed dan penggantinya Bayezid, juga menggalakkan dan menerima migrasi puak-puak Yahudi daripada pelbagai bahagian Eropah, yang tinggal di Istanbul dan bandar-bandar pelabuhan yang lain seperti Salonica. Minda ekonomi Uthmaniyyah adalah berasaskan konsep asas negara dan masyarakat di Timur Tengah yang mana matlamat utama sebuah negara adalah untuk memperkembangkan lagi kekuasaan pemerintah dan salah satu cara untuk mencapainya adalah dengan mendapatkan sumber kekayaan dengan menjadikan kelas produktif berkembang.[10]Matlamat paling penting adalah untuk meningkatkan pendapatan negara sebanyak yang mungkin tanpa merosakkan kemakmuran rakyat bagi menghalang kekacauan masyarakat dan memastikan konsep tradisional masyarakat terpelihara.Organisasi Jabatan Perbendaharaan berkembang di bawah Empayar Uthmaniyyah berbanding kerajaan-kerajaan Islam lain dan sehingga kurun ke-17, Empayar Uthmaniyyah adalah organisasi peneraju berbanding yang lain.[11]Organisasi ini menghasilkan satu kumpulan masyarakat yang baru, yang mana ulama yang terlatih menghasilkan badan profesional kewangan.[11]

NegeriTerdapat beberapa ciri didalam negeri kekuasaan Turki Uthmaniyyah yang mana tidak menunjukkan perubahan setelah sekian lama.Negeri-negeri Uthmaniyyah merevolusikan sistem pentadbiran dengan bantuan dan pengalaman masyarakat Kristian dan Yahudi sementara negeri-negeri lain masih berpegang kepada agama dan identiti mereka sendiri. Hal ini adalah salah satu cara mengembangkan kawasan mereka dengan pesat yang memerlukan sumber tempatan untuk menguruskan sistem pentadbiran terbabit. Contohnya; perlantikan penasihat kepada sultan. Ada diantara mereka ini dilantik daripada masyarakat bukan Islam dan bukan berbangsa Turki tetapi amat setia kepada negara..Dalam linkungan diplomatik, Empayar Uthmaniyyah seringkali ditafsir sebagai Bb-i-l, atauSublime Porte("pintu besar") - sebuah ilusi terhadap pintu besar Istana Topkap di mana sultan menyambung wakil-wakil dan duta-duta kerajaan asing. Ada sesetegah pihak menafsirkan gelaran tersebut berikutan kedudukan geografi empayar ini. Hal ini bermakna Istanbul, ibu negeri Uthmaniyyah menjadi gerbang di antara Eropah dan Asia. Masyarakat barat seringkali menganggap Empayar Uthmaniyyah sebagai Empayar Turki ataupun Turki; yang kemudiannya tidak patut dikelirukan dengan negaraTurkimoden.

SultanSultan ialah pemerintah tunggal Empayar Uthmaniyyah walaupun pada akhir zaman empayar ini, kuasa mereka menjadi semakin terhad.Dinasti ini dikenali sebagai Osmanli atau Uthmaniyyah oleh sesetengah pihak. Pemerintah pertama empayar ini menggelar diri mereka sebagaiBey. Oleh itu mereka mereka mengakui kesetiaan kepada KerajaanSeljuk. SultanMurad Iialah pemerintah pertama yang menggunakan gelaran "sultan". Dengan tertawannyaConstantinople(Istanbul) pada tahun1453, empayar ini semakin menuju ke kemuncak kehebatannya. Mulai tahun1517, sultan-sultan Uthmaniyyah juga merupakan Khalifah umatIslam. Sultan-sultan juga digelar dengan pelbagai gelaran, antaranya ialah Sultan bagi segala Sultan, Panglima orang-orang Mukmin, dan waris Rasulullah s.a.w.

Undang-undangTerdapat tiga jenis sistem perundangan di dalam Empayar Uthmaniyyah: satu bagi orang Islam (kadi), satu bagi orang bukan Islam, dan satu bagi perdagangan. Undang-undang tertinggi empayar ini ialah Undang-Undang Kanun. Mahkamah utama dalam empayar ini ialah Mahkamah Syariah. Pentadbiran tempatan adalah salah satu cara untuk menyamaratakan kuasa pusat dan tempatan.[12]Terdapat dua sistem kehakiman iaitu Undang-UndangSyariahdan Undang-Undang Kanun. Tidak berlaku percampuran kuasa bagi masalah agama yang lain. Undang-undang Syariah ialah berdasarkanAl QurandanAs Sunnah. Undang-undang kanun (juga dikenali sebagai Undang-undang sivil) ialah undang-undang yang ditetapkan oleh sultan. Kedua-dua sistem ini diajar di sekolah undang-undang yang wujud diBursadanIstanbul. Mahkamah diuruskan oleh seorang kadi yang dilantik sultan.KetenteraanPengambilan askar baru untuk menjadi sebahagian daripada tentera Uthmaniyyah merupakan satu sistem yang kompleks. Didalam tentera Uthmaniyyah, askar berkuda merupakan unit utamanya. Askar berkuda ini menggunakan panah dan pedang pendek sambil mempraktikkan taktik seperti yang ditunjukkan oleh tenteraMongol. Tentera Uthmaniyyah pernah menjadi tentera termoden dan terkuat di dunia, menjadikannya kerajaan pertama menggunakan khidmat askar bersenapang (Bahasa Inggerismuskets). Unit tentera elit Uthmaniyyah ialah tenteraJanissariyang juga merupakan pengawal peribadi sultan-sultan. Selepas kurun ke 17, Kerajaan Uthmaniyyah tidak lagi mampu menghasilkan angkatan tentera moden disebabkan kurangnya reformasi dan askar-askar Janissari yang korup. Pembubaran unit Janissari pada tahun1826sudah terlambat dan ketika perang menentangRusia, Empayar Uthmaniyyah kekurangan senjata moden dan teknologi.Pemodenan Empayar Uthmaniyyah pada kurun ke-19 bemula dengan pemodenan angkatan tenteranya. Empayar ini merupakan institusi pertama mengupah pakar asing dan menghantar pegawai-pegawai kanan mereka untuk menjalani latihan di negara-negara Barat. Dengan cara ini teknologi dan senjata baru tiba di sini seperti senapang dariJermandanBritish, tentera udara dan tentera laut moden. Empayar Uthmaniyyah berjaya dalam memodenkan angkatan tenteranya, walau bagaimanapun mereka masih tidak dapat menandingi kuasa-kuasa Barat.Kebudayaan

Taman IstanbulKajian terkini menunjukkan bahawa Empayar Uthmaniyyah sememangnya kaya dengan kebudayaan. Pada asalnya, orang-orang Uthmaniyyah tergolong dalam kebudayaan orang-orangAsia Tengah. Mereka kemudiannya mengintegrasikan kebudayaanParsidanByzantinedalam kehidupan harian mereka. Apabila melihat seni-seni Uthmaniyyah, kita dapat mengetahui bahawa mereka mewarisinya daripada asal-usul mereka. Mereka menggunakan banyak budaya Parsi. Empayar ini menunjukkan terdapat keharmonian di antara bangsa Turki dan bangsa Parsi. Bukan sahaja itu, terdapat juga pengaruh Eropah dan Byzantine.Empayar ini juga kaya dengan pelbagai kebudayaan sepertiArab,Eropah, dan lain-lain lagi kerana empayarnya yang luas merangkumi pelbagai latar belakang dan budaya. Dengan berlakunya asimilasi antara mereka, lahirlah budaya baru di empayar ini.

Kronologi Empayar Uthmaniyyah Askar-askar Uthmaniyyah selepas tamat Perang Balkan Pertama. 1243M- Bangsa Turki yang hidup secara nomad menetap secara tetap diAsia Kecil. 1299M- Sebuah wilayah pemerintahan kecil Turki di bawahTurki Seljukditubuhkan di baratAnatolia. 1301M-Osman Imengisytiharkan dirinya sebagaisultan. Tertubuhnya Empayar Turki Uthmaniyyah. 1345M- Turki Seljuk menyeberangiSelat Bosporus. 1389M- Tentera Uthmaniyyah menewaskan tenteraSerbdiKosovo. 1402M-Timurlane, RajaTartar(Mongol) menumpaskan tentera Uthmaniyyah diAnkara. 1451M- SultanMuhammad al-Fatihmenjadi pemerintah. 1453M-Constantinopleditawan. BerakhirnyaEmpayar Byzantine. 1520M- SultanSulaiman al-Qanunidilantik menjadi sultan. 1526M- Perang Mohacs 1529M- Serangan dan kepungan ke atasVienna. 1571M-Perang Lepantoberlaku. 1641M- Pemerintahan SultanMuhammad IV 1683M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna buat kali kedua. 1687M- Sultan Muhammad IV meninggal dunia. 1703M- Pembaharuan kebudayaan di bawah SultanAhmed III. 1774M- Perjanjian Kucuk Kaynarca. 1792M- Perjanjian Jassy. 1793M- SultanSelim IIImengumumkan "Pentadbiran Baru". 1798M-Napoleoncuba untuk menawanMesir. 1804M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsaSerbiapertama. 1815M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia kedua. 1822M- Bermulanya perang kemerdekaanGreece. 1826M- Pembunuhan beramai-ramai tentera elitJanissari. Kekalahan tentera laut Uthmaniyyah diNavarino. 1829M- Perjanjian Adrianople. 1830M- Berakhirnya perang kemerdekaan Greece. 1841M- Konvensyen Selat. 1853M- BermulanyaPerang Krimea. 1856M- BerakhirnyaPerang Krimea. 1876M- Perlembagaan Uthmaniyyah diluluskan. 1878M- KongresBerlin.Serbia dan Montenegrodiberi kemerdekaan.Bulgariadiberi kuasa autonomi. 1908M- Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan atau lebih dikenali sebagaiTurki Mudaditubuhkan. Perlembagaan Uthmaniyyah dikembalikan.AustriamenyerangBosnia dan Herzegovina. 1912M-Perang Balkanpertama. 1913M- Perang Balkan kedua. 1914M- Empayar Uthmaniyyah memasukiPerang Dunia Isebagai sekutu kuasa tengah. 1919M-Mustafa Kemal Ataturkmendarat diSamsun. 1923M- Sistem kesultanan dihapuskan.Turkidiisytiharkan sebagai sebuah Republik. 1924M- Pejabatkhalifahdihapuskan. Tamatnya pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah.