Upload
husaini-hisham
View
232
Download
2
Embed Size (px)
DESCRIPTION
jhklh
Citation preview
ESEI :
PERANAN GURU DALAM MEYEDIAKAN PENILAIAN BERASASKAN BUDAYA
1
KONSEP DAN PENILAIAN BERASASKAN BUDAYA.
BAGAIMANAKAH PERANAN GURU DALAM MEYEDIAKAN PENILAIAN BERASASKAN BUDAYA?
Kita semua sudah menerima hakikat bahawa kita hidup sebagai satu bangsa
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik yang mempunyai perbezaan bahasa dan
budaya. Tetapi dalam konteks seorang guru, adakah kita memberi perhatian terhadap
elemen kepelbagaian budaya dalam pembinaan item peperiksaan dan penilaian? Kita
telah banyak membincangkan suasana negara kita yang mempunyai pelbagai etnik dan
kepelbagaian ini adalah suatu yang unik dan Malaysia mempunyai keistimewaan
kerana mempunyai rakyatnya yang memiliki pelbagai budaya dan adat resam.
Sebagai seorang guru, kita haruslah sentiasa merenung dan menyelami setiap
tindakan kita dalam merancang penilaian untuk kelas yang terdiri daripada pelbagai
kumpulan etnik serta aspek-aspek yang perlu diambil kira semasa menyediakan ujian.
Guru juga perlu melaksanakan penilaian terhadap murid berasaskan budaya yang
sesuai dengan situasi di dalam kelas berkenaan. Untuk itu, amat penting bagi
seseorang guru itu untuk menguasai pengetahuan tentang penilaian berasaskan
budaya bagi mendepani cabaran murid yang datang dari pelbagai latar belakang etnik.
Konsep Penilaian Berasaskan Budaya
Menurut Noriati A. Rashid (2011), penilaian ialah suatu proses sistematik yang
bertujuan untuk memperoleh maklumat bagi membuat keputusan sesuatu tindakan
2
yang akan diambil kelak. Penilaian berasaskan budaya adalah suatu fokus baharu
dalam penilaian dan pentaksiran sekiranya kurikulum telah memasukkan elemen
budaya sebagai bahan dan kandungan dalam sesuatu subjek. Masanya telah tiba untuk
kita beralih kepada suatu bentuk penilaian yang berbeza apabila terdapat perubahan
dalam kandungan dan perlaksanaan kurikulum.
Apabila Malaysia menekankan kepentingan nilai memahami, menghargai, dan
menghormati budaya pelbagai etnik dalam kalangan rakyatnya, maka penilaian
berasaskan budaya adalah sesuatu yang perlu diberikan perhatian oleh golongan yang
terlibat secara langsung dalam sistem pendidikan negara. Banks dan Banks (2004)
mencadangkan lima fokus dalam merealisasikan pendidikan pelbagai budaya, iaitu:
Pendidikan kepelbagaian budaya boleh memberi tumpuan terhadap integrasi
kandungan apabila guru menggunakan input dan contoh kepelbagaian budaya untuk
menggambarkan konsep, prinsip generalisasi dan teori dalam sesuatu subjek atau
disiplin ilmu.
Proses pembinaan pengetahuan apabila guru membantu murid memahami,
menyiasat dan mengenalpasti bagaimana tanggapan budaya, kerangka rujukan (hal-hal
yang boleh dirujuk) serta perspektif mempengaruhi pembinaan sesuatu pengetahuan.
Amalan pedagogi yang bernilai apabila guru dapat menyesuaikan pengajarannya
untuk mendorong pembelajaran dan pencapaian akademik kepada seluruh muridnya
yang mempunyai pelbagai latar belakang yang mempengaruhi pelbagai gaya
pembelajaran mereka.
3
Proses mengurangkan prejudis dan sikap murid yang terkongkong dalam budaya
masing-masing melalui pendekatan dan sumber pengajaran guru.
Membina budaya sekolah dan struktur sosial yang menggalakkan murid pelbagai etnik
terlibat dalam setiap aspek kehidupan di sekolah.
Cadangan Bankers dan Bankers ini ada perkaitannya dengan pandangan Hall
(1959) yang berpendapat bahawa budaya merupakan satu set pola yang dialami oleh
individu-individu sebagai cara bertindak, merasa, dan melakukan sesuatu. Amat jelas
adalah pandangan Erickson (1997) di mana atribut penting budaya berkait dengan
pendidikan merupakan suatu yang eksplisit (seperti tabiat manusia) dan implisit (seperti
nilai, andaian dan kepercayaan).
Maka penilaian berasaskan budaya membawa maksud bahawa penilaian yang
dilaksanakan guru untuk mengumpul maklumat dalam membuat keputusan seharusnya
mengambil kira aspek kepelbagaian budaya murid.Tindakan ini sangat penting semasa
penyediaan dan pemilihan instrumen untuk memperoleh maklumat yang lebih tepat
supaya keputusan yang dibuat adalah sah dan boleh dipercayai.
Penilaian berasaskan budaya semakin penting dalam bidang pendidikan.
Pengumpulan data tentang pengetahuan dan kemahiran murid dengan menggunakan
alat atau teknik penilaian yang sesuai amat mustahak. Keesahan dalam keputusan
penilaian merupakan isu utama kerana keputusan-keputusan ini digunakan untuk
memaklumkan keputusan terhadap pembelajaran murid. Oleh itu, keputusan yang sah
dipengaruhi oleh pemilihan alat penilaian yang telah disahkan berasaskan sampel
4
populasi tertentu. Juga, jika sesuatu alat diterjemahkan, kepastian perlu dibuat terhadap
keesahan dan integriti dalam proses penterjemahan.
Tujuan Penilaian Berasaskan Budaya
Penilaian yang disediakan untuk pelajar daripada pelbagai budaya perlu
mengambil kira faktor pelajar seperti sejarah imigrasi atau perpindahan, status sosio-
ekonomi, latar belakang pelajar. Aspek-aspek ini akan akan membantu dalam
membekalkan maklumat kepada guru apabila memilih alat-alat penilaian yang sesuai
untuk proses penilaian. Untuk guru yang menyediakan penilaian, pentaksiran
berasaskan budaya memerlukan integrasi kepekaan dari segi sikap, pengetahuan,
kemahiran menyoal atau menemubual, strategi-strategi intervensi dan amalan-amalan
penilaian.
Penilaian ini bertujuan untuk menentukan teknik dan strategi penilaian yang
sesuai untuk memperoleh data mengenai pelajar. Fokus mengenai penilaian yang tidak
mendiskriminasikan sesiapa seharusnya dapat membuat keputusan tentang kemajuan
pelajar selain dapat mengenal pasti atau mengklasifikasikan pelajar. Di samping itu,
penilaian ini bertujuan untuk memberi maklum balas tentang kelemahan dan kekuatan
pengajaran-pembelajaran, seterusnya pembangunan program pendidikan. Secara
keseluruhannya, penilaian berasaskan budaya bertujuan untuk :
1) Mengumpul maklumat untuk kemajuan, diagnosis dan tindakan selanjutnya.
2) Menilai dengan menggunakan prosedur autentik dan alternatif.
5
3) Mengumpul maklumat sama ada ia mengambil kira faktor linguistik dan
kerelevanan budaya.
4) Memperoleh data tentang peluang pembelajaran untuk semua murid.
5) Mengurangkan biasdalam amalan-amalan penilaian tradisonal.
6) Menentukan keperluan bahasa yang sesuai untuk penilaian formal.
Prinsip- Prinsip Penilaian Berasaskan Budaya
Penilaian autentik berbandingkan penilaian tradisional iaitu ujian kertas dan pensil
didapati memberi peluang kepada semua murid pelbagai budaya untuk melibatkan diri
dalam aktiviti/tugasan penilaian berasaskan situasi sebenar.Ini amat relevan dan
bermakna kepada murid kerana mengkaitkan situasi sebenar dalam mata pelajaran.
Antara prinsip-prinsip yang perlu diambil kira oleh guru dalam penilaian berasaskan
budaya termasuk:
Penilaian harus berasaskan pemahaman tentang bagaimana murid belajar. Ia
harus memainkan peranan positif dalam membentuk pengalaman pembelajaran
murid.
Penilaian harus mengambil kira perbezaan individu murid dalam pembelajaran.
Ia harus berasaskan objektif–objektif dan membolehkan murid
mendemonstrasikan pencapaian hasil pembelajaran dalam pelbagai cara. Dalam
konteks ini, pengubahsuaian kandungan harus dilakukan dan kandungan
seharusnya melambangkan budaya murid, latar belakang murid, bahasa utama,
keluarga dan komuniti. Pengetahuan kandungan dan kemahiran perlu
6
diintegrasikan dan merentasi semua mata pelajaran sepanjang masa. Dalam hal
ini, tugasan/aktiviti terdiri daripada jenis koperatif, aktif dan berasaskan inkuiri.
Penilaian harus bercorak adil kepada semua murid. Amalan penilaian harus
merangkumi prinsip-prinsip inklusif dan menyokong ekuiti. Amalan-amalan ini
harus dapat memenuhi kepelbagaian sama ada secara individu atau kumpulan
murid. Adalah penting untuk menggunakan pelbagai bentuk penilaian. Juga,
bahasa inklusif perlu digunakan untuk mengelakkan bias dari segi gender,
perkauman, budaya atau bahasa.
Menurut Ahmad Subki Bin Miskon (2010), Penilaian terhadap nilai yang diamalkan
merupakan garis panduan, tindakan dan pola tingkah laku yang diingini dalam bilik
darjah. Nilai yang dipilih dan diamalkan dapat mencorakkan perkembangan tingkahlaku
yang baik dan menjamin keharmonian bilik darjah. Nilai mencakupi satu dimensi
tingkahlaku sosial yang luas dan boleh memberi kesan kepada hubungan suasana bilik
darjah, sikap dan tanggungjawab, dorongan kejayaan dan lain-lain.
Ciri-ciri Penting dalam Penilaian Berasaskan Budaya
Kita harus sedar bahawa guru yang paling berpengetahuan dalam kandungan
matapelajaran mungkin tidak begitu cekap dari segi mengenal pasti pengaruh-pengaruh
relevan budaya secara kontekstual, cekap dalam mengenal pasti strategi-strategi
pengajaran yang sesuai ataupun membina prosedur penilaian yang mesra
budaya.Pada awalnya, usaha membina alat penilaian dibuat secara kolaboratif, namun
guru di dalam bilik darjah perlu belajar bagaimana memodeli dan memurnikan alat-alat
7
ini jika ingin mewujudkan suasana pembelajaran yang amat berkualiti di dalam bilik
darjah.
Penilaian yang menyokong pembelajaran merupakan jenis-jenis penilaian
yang tersirat dalam kerangka kurikulum (Gordon,1996). Penilaian yang terangkum
dalam kurikulum secara formatif adalah penting untuk mencapai hasil pembelajaran
spesifik yang mana murid diberi pendedahan. Oleh yang demikian, alat-alat penilaian
direka bentuk untuk satu- satu pengajaran yang akan membekalkan maklumat untuk
membuat keputusan bilik darjah berkait dengan penempatan, diagnosis, pemantauan,
dan pencapaian murid. Penilaian yang terangkum dalam kurikulum dan aktiviti-aktiviti
pengajaran merupakan komponen yang berkait rapat untuk memudahcara
pembelajaran.
Penilaian yang terangkum dalam kurikulum berbeza dari segi format dan
gaya. Bentuk penilaian terdiri daripada jenis formal, tidak formal, ujian kertas dan pensil
atau aktiviti berasaskan prestasi/perlakuan. Dalam konteks penilaian mesra budaya,
penilaian formatif yang direka atau bina akan berkisar kepada konteks yang sama
seperti dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mengumpul data bagi menilai
keberkesanan pengajaran.
MengIkut Gordon (1996), proses penilaian yang dilaksanakan perlu
menyokong pengalaman pembelajaran pelbagai, pelbagai konteks, dan item ujian lebih
“ process-sensitive”. Bentuk penilaian perlu distrukturkan untuk memberi sokongan
8
kepada aktiviti pengajaran dan terdiri daripada kepelbagaian dalam jenis item untuk
menilai objektif secara berkesan. Guru perlu berkebolehan memadankan kehendak
ujian dan aktiviti-aktiviti pengajaran demi meningkatkan kerelevanan kurikulum dan
menghasilkan maklumat yang tepat. Bentuk format penilaian gabungan antara pelbagai
jenis item dapat mengukur kemahiran- kemahiran pemprosesan kognitif yang berlainan
dan ini dikatakan dapat menunjukkan pelbagai tahap atau jenis pembelajaran.
Tambahan pula, beberapa objektif atau komponen pengajaran dan pembelajaran boleh
diukur dengan menggunakan pelbagai format item yang berbeza untuk memperoleh
maklumat yang dapat menilai pencapaian murid. Aspek penting yang perlu diambil kira
semasa membina ujian bilik darjah termasuk bahasa yang digunakan dan jenis item
ujian.
Salah satu ciri penting yang boleh mempengaruhi prestasi murid ialah bahasa
yang digunakan dalam penilaian prestasi seperti sains. Perkataan mempengaruhi cara
murid bertindak balas terhadap tugasan. Jika sesorang tidak dapat memahami satu
perkataan atau dia memahami perkataan tersebut pada perspektif lain kerana latar
belakang budaya dan linguistik, prestasinya mungkin tidak membawa makna yang
tepat.
Oleh kerana bahasa begitu penting dalam sesetengah alat penilaian, guru yang
mengadaptasi ujian dari populasi normal untuk kegunaan kumpulan pelbagai budaya
atau linguistik akan gagal menghasilkan penilaian yang adil serta boleh dibuat
perbandingan.
9
Dalam bilik darjah yang mesra budaya, guru perlu menggunakan penilaian
berterusan dan sistematik untuk menilai kebolehan, minat, sikap dan kemahiran sosial
murid. Maklumat yang dikumpul akan menyediakan asas untuk membuat keputusan
pengajaran dan memberi pengertian kepada apa yang perlu diajar dan bagaimana
hendak mengajar. Tambahan pula, terdapat tekanan terhadap penglibatan murid dalam
proses penilaian. Apabila murid diberi peluang untuk melibatkan diri dalam penilaian,
mereka boleh membuat refleksi terhadap kemajuan mereka dan memberi pemahaman
baru yang tidak dapat diberi oleh orang dewasa. Contoh-contoh penilaian mesra
budaya merangkumi yang berikut:
Pemerhatian Harian Tingkah Laku Pembelajaran Dan Sosial Murid Dalam Situasi
Bilik Darjah
Pemerhatian boleh dibuat melalui senarai semak, catatan, atau kad fail untuk
membolehkan guru merumuskan pemerhatian tingkah laku murid secara yang tekal dan
bermakna. Sebagai contoh, guru boleh gunakan senarai nama kelas merupakan cara
mudah untuk merekodkan pemerhatian harian. Guru boleh mewujudkan lajur untuk
mengenal pasti projek, aktiviti atau tingkah laku yang ingin diperhatikan.
Penilaian Portfolio
Murid dan guru boleh memilih sampel tugasan yang menggambarkan kepelbagaian
keperluan dan kebolehan murid untuk dinilai. Guru, murid dan ahli-ahli keluarga boleh
10
membuat refleksi terhadap apa yang murid telah laksanakan, tahap kebolehan mereka
dan bidang manakah yang perlu ditambah baik.
Penulisan Jurnal
Melalui penulisan jurnal, ia dapat memberi peluang kepada murid berkongsi
pemahaman peribadi mengenai perkara seperti sastera dalam pelbagai konteks budaya
untuk memaklum, memperjelas dan menerangkan tentang masyarakat majmuk.
Contohnya, guru boleh menilai tentang jurnal pembelajaran di mana murid mencatat
kaitan peribadi dengan watak-watak dalam sastera yang mereka baca. Mereka boleh
membina pengertian terhadap watak dan ini memberi mereka kebebasan untuk menulis
tentang watak dan berkongsi dengan rakan.
Projek
Projek memberi peluang murid menyumbang idea mengikut kebolehan mereka. Projek
sebegini baik untuk murid dari pelbagai budaya dan berbeza secara individu kerana
mereka melakukan tugasan mengikut masa dan tahap kesediaan mereka.Mereka boleh
meneroka topik yang diminati berasaskan bacaan topik pelbagai budaya. Mereka boleh
pilih menulis laporan atau menyediakan satu persembahan lisan atau mencipta lukisan
untuk menggambarkan konsep utama terselindung dalam topik mereka. Salah satu
contoh projek termasuk rekacipta artifak yang mewakili patung kumpulan etnik dan
murid boleh menulis cerita atau puisi tentang artifak untuk tujuan penilaian projek.
11
Ujian Buatan Guru Yang Berkait Rapat Dengan Program Pengajaran
Perhatian utama harus diberi kepada gaya kognitif dan kemahiran akademik semua
murid. Contohnya, guru boleh mereka bentuk ujian dengan menggubal item soalan
sesuai untuk menilai pengetahuan atau prestasi murid dalam bidang kandungan
tertentu dalam kurikulum yang mesra budaya. Dalam lain perkataan, ujian harus ”
culturally loaded” dengan mengambil kira budaya semua kumpulan murid. Bahasa yang
digunakan harus difahami semua dan tidak bias kepada kumpulan murid yang dominan.
Arahan ujian perlu mengambil kira asas budaya dan faktor linguistik sedia ada murid
dan murid perlu merasai bahawa bahasa dan budayanya adalah aset bukan liabiliti
dalam penilaian.
Penilaian Kendiri Murid
Murid boleh memberi tindak balas kepada soalan mengenai pembelajaran mereka
secara berkala dalam konferens guru/murid.Portfolio boleh digunakan semasa
konferens.Sebagai contoh, murid ditunjukkan kerja/ tugasan mereka, membincang hasil
kerja dengan guru dan menilai kemajuan sendiri.
Penilaian Kendiri Guru
Penilaian kendiri merupakan bahagian penting keberkesanan pengajaran guru. Guru
perlu menyoal diri sendiri tentang pilihan mengenai tingkah laku dan strategi-strategi
pengajaran, keberkesanan dan kerelevanan budaya dalam pelajaran mereka serta
reaksi dan tindak balas mereka terhadap kepelbagaian budaya dalam bilik darjah
12
mereka yang boleh menyumbang kepada perkembangan berterusan dalam pengajaran
dan pembelajaran serta penilaian.
13
SLAID
PEMBENTANGAN
14