5
Pentaksiran Sekolah (PS) ialah proses mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap oleh guru secara formatif dan sumatif. PS secara formatif adalah bertujuan untuk memperbaiki pembelajaran (assessment for learning) manakala PS secara sumatif adalah untuk menilai tentang sejauh mana murid telah menguasai apa yang dipelajari (assessment of learning). Secara amnya, maklumat yang diperoleh daripada pentaksiran ini membolehkan guru membuat keputusan tentang sejauh mana murid telah belajar dan mencapai standard tertentu serta guru dapat merancang strategi pengajaran dan pembelajaran berikutnya. Sebagai tambahan, semua murid perlu mempunyai kefahaman yang jelas tentang apa yang perlu dipelajari, dibuat, dan penting dalam peringkat tertentu dalam pembelajaran mereka. Pentaksiran dapat memberi sumbangan positif dalam meningkatkan pembelajaran apabila direkabentuk dengan teliti dengan mengambilkira beberapa aspek yang penting seperti kejelasan konstruk yang ditaksir, bentuk pentaksiran, aras kesukaran, kekerapan, bagaimana cara mentaksir dan maklumbalas yang diterima. Oleh itu, pentaksiran perlu dilakukan dengan penuh tanggungjawab kerana pentaksiran yang berkesan membolehkan murid Berusaha ke arah yang sejajar dengan kriteria yang telah diketahui dan difahami lebih awal; Menganalisa pembelajaran dan mengetahui perkara yang perlu diperbaiki;

eseib 3103

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bm

Citation preview

Page 1: eseib 3103

Pentaksiran Sekolah (PS) ialah proses mengumpul maklumat yang autentik

dan boleh diharap oleh guru secara formatif dan sumatif. PS secara formatif adalah

bertujuan untuk memperbaiki pembelajaran (assessment for learning) manakala PS

secara sumatif adalah untuk menilai tentang sejauh mana murid telah menguasai

apa yang dipelajari (assessment of learning).

Secara amnya, maklumat yang diperoleh daripada pentaksiran ini

membolehkan guru membuat keputusan tentang sejauh mana murid telah belajar

dan mencapai standard tertentu serta guru dapat merancang strategi pengajaran

dan pembelajaran berikutnya. Sebagai tambahan, semua murid perlu mempunyai

kefahaman yang jelas tentang apa yang perlu dipelajari, dibuat, dan penting dalam

peringkat tertentu dalam pembelajaran mereka. Pentaksiran dapat memberi

sumbangan positif dalam meningkatkan pembelajaran apabila direkabentuk dengan

teliti dengan mengambilkira beberapa aspek yang penting seperti kejelasan konstruk

yang ditaksir, bentuk pentaksiran, aras kesukaran, kekerapan, bagaimana cara

mentaksir dan maklumbalas yang diterima.

Oleh itu, pentaksiran perlu dilakukan dengan penuh tanggungjawab kerana

pentaksiran yang berkesan membolehkan murid

Berusaha ke arah yang sejajar dengan kriteria yang telah diketahui dan

difahami lebih awal;

Menganalisa pembelajaran dan mengetahui perkara yang perlu

diperbaiki;

Mensíntesis dan mengaplikasi pembelajaran selain daripada

mengingati fakta;

Mempamerkan kekuatan dan menunjukkan penguasaan dan

kepakaran;

Belajar dengan kaedah tersendiri;

Reflektif dan melibatkan diri dalam pentaksiran kendiri dan rakan

sebaya;

Berupaya melahirkan pandangan dan tafsiran dari sudut yang berbeza;

Bertanggungjawab terhadap pembelajaran;

Melalui proses pembelajaran yang berjaya; dan

Berupaya bersaing di tahap yang lebih tinggi.

Page 2: eseib 3103

Merujuk kepada bentuk pentaksiran yang boleh dijalankan adalah terbahagi

kepada dua iaitu secara objektif dan subjektif atau esei. Sepanjang 16 tahun

bergelar pendidik dan setelah beratus ujian dan latihan yang dibuat, sememangnya

benar bahawa soalan esei lebih sesuai digunakan untuk mengukur hasil

pembelajaran berbanding dengan soalan objektif.

Realistiknya, soalan esei lebih mudah dibina dan ditadbir. Perancangan dan

penyediaannya pula tidak memerlukan kos, masa dan tenaga yang banyak.

Sementelah pula, soalan esei boleh digunakan dalam kebanyakan mata pelajaran.

Justeru itu, soalan ini dapat ditingkatkan kualiti dari semasa ke semasa Item yang

terdapat dalam soalan esei juga dapat digunakan sebagai tanda aras untuk

mengetahui tahap kefahaman murid terhadap sesuatu subjek kerana soalan ini

merupakan satu cara untuk mengetahui sejauh mana seseorang calon dapat

menerangkan idea-ideanya.

Selain itu, dengan menggunakan soalan esei, calon-calon dapat diuji

kebolehan untuk menyusun, menganalisis dan membuat síntesis idea-idea mereka.

Ini bermakna secara tidak langsung dapat melatih calon menyediakan diri

menghadapi ujian dengan memberi penekanan kepada kemahiran menyusun dan

membuat síntesis isi jawapan. Dengan menggunakan idea dan pendapat sendiri,

peluang untuk calon meneka jawapan adalah kurang berbanding soalan objektif. Di

samping itu, calon juga tidak berpeluang untuk menipu atau meniru jawapan calon

lain.Soalan esei juga didapati amat sesuai untuk mengukur hasil pembelajaran yang

lebih kompleks.

Hakikatnya, walaupun terdapat banyak kelebihan memilih cara pentaksiran

ini, namun ternyata masih ada lompang-lompang yang boleh ditampung dan

diperbaiki. Jika penyediaannya tidak memerlukan masa yang panjang, berbeza pula

dengan sistem pemarkahan soalan esei ini. Pemarkahan ujian esei ini juga mungkin

akan dipengaruhi oleh faktor emosi pemeriksa, keadaan fizikalnya dan masa yang

telah digunakan untuk memeriksa kertas jawapan.

Page 3: eseib 3103

Tidak dinafikan unsur subjektif semasa pemarkahan akan mempengaruhi

kesahan dan kebolehpercayaan ujan itu. Sementara dari aspek lain pula, didapati

bahawa kesan halo mungkin dapat memainkan peranan. Markah yang tinggi bagi

soalan pertama mungkin mempengaruhi markah bagi soalan-soalan seterusnya.Dari

segi kandungan soalan pula, calon mungkin dapat membuat ramalan terhadap

soalan-soalan yang akan keluar dalam peperiksaan. Ini menyebabkan sesetengah

topik pelajaran dibiarkan. Seterusnya, secara keseluruhan tahap penguasaan

bahasa akan mempengaruhi pencapaian pelajar walaupun yang diuji itu bukan

dalam bidang bahasa.

Sebagai rumusannya, peperiksaan atau ujian pencapaian sememangnya

penting kepada semua pihak, iaitu guru, ibu bapa dan pentadbir. Ujian pencapaian

merupakan komponen penggenap kepada aktiviti pengajaran kelas. Bagi pihak guru,

maklumat daripada ujian pencapaian boleh digunakan untuk menganggar

keberkesanan pengajarannya. Kepada pelajar pula, keputusan ujian boleh menjadi

sumber inspirasi untuk terus belajar. Di samping itu, maklumat daripada ujian

diagnostik contohnya, boleh digunakan untuk mengesan punca kelemahan mereka.

Seterusnya, dalam sebuah sistem pendidikan, terdapat dua peringkat

pentadbiran ujian, iaitu peringkat pusat dan peringkat sekolah atau kelas. Kedua-dua

peringkat saling melengkapi dari segi menjana pembelajaran di kalangan murid.

Kementerian Pelajaran menguruskan berbagai-bagai peperiksaan berpusat dan guru

pula menyediakan ujian di peringkat sekolah serta kelas. Objektif-objektif yang ingin

dicapai di kedua-dua peringkat ini adalah seperti yang terkandung dalam kurikulum

kebangsaan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang menjadi

pegangan setiap warga pendidik.

’ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan

kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara,’

(Pusat Perkembangan Kurikulum, 1989:6)