sejarah 3103

Embed Size (px)

Citation preview

SEJARAH AWAL NEGARA

Sinopsis

TAJUK 2 : ZAMAN AIR BATU

Tajuk ini menjelaskan tentang zaman air batu akhir iaitu zaman Plestosen danzaman Holosen. Tajuk ini juga menerangkan hubungan antara ilmu geografidengan sejarah bagi memupuk semangat jati diri, sayang akan negara dan menghargai alam sekitar. Carta Aliran

ZAMAN AIR BATU

Empati Memahami kejadian alam Memupuk kesedaran memelihara alam sekitar Menanam semangat jati diri dalam kalangan murid Fokus Perubahan Zaman Air Batu PengenalanZaman Air Batu

Mari kita rehat sebentar... cuba anda bezakan antara Zaman Pleistosendan Zaman Holosen.

. Jangan lupa e-mail kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan.

Sinopsis

TAJUK 3: ZAMAN PRASEJARAH

Tajuk ini menjelaskan tentang kehidupan masyarakat sebelum kewujudan sistem tulisan. Perbincangan memfokuskan cara masyarakat zaman praSejarah menyesuaikan diri dengan alam sekitar untuk kelangsungan hidup.Di samping itu, tajuk ini juga memperlihatkan kesungguhan mereka menghadapi cabaran alam. Sikap berani, kreatif dan inovatif dalam menghadapi cabaran alam ini wajar dicontohi murid. Tajuk ini juga menghubungkait disiplin ilmu Sejarah dengan Geografi

CARTA ALIRAN.

ZAMAN PRASEJARAH

Fokus Kehidupan manusia zaman prasejarah Empati Memupuk perasaan menghargai diri dan alam sekitar Memupuk semangat jati diri dalam kalangan murid. Menghubungkait peristiwa sejarah dengan geografi Pengenalan Zaman prasejarah

ZAMAN PRA-SEJARAH

Paleolitik(Zaman Batu Awal)

Mesolitik(Zaman Batu Pertengahan)

Neolitik(Zaman Batu Baharu))

Logam(Zaman Gangsa Besi)

(i) Zaman Paleolitik (Zaman Batu awal)

Berdasarkan rekod-rekod sejarah, Zaman ini wujud kira-kira 35000 tahun yanglalu.Komunitinya tinggaldalam gua-gua.Kegiatan ekonomi mereka bersifat saradiri dan hidup secara nomad.Contoh petempatan komuniti ini ialah di Gua Badak dan Kota Tampan (Perak), Gua Niah (Sarawak) dan Tingkayu (Sabah).

(ii) Zaman Mesolitik (Zaman Batu Pertengahan)

Zaman ini dianggarkan sekitar 11,000 tahun yang lalu.Komuniti zaman ini tertumpu di gua-gua batu kapur.Mereka sudah mula mendiami kawasan sekitar sungai dan pinggir laut.Peralatan batu yang digunakan dalam kehidupan seharian mereka lebih halus buatannya.Masih berburu binatang dan mula bercucuk tanam.Kawasan petempatan mereka seperti di Gua Cha (Kelantan), Gua Kecil(Pahang), Gua Kepah (Kedah), Jenderam Hilir(Selangor).

(iii) Zaman Neolitik (Zaman Batu Baharu)

Sekitar 5,000 tahun yang lalu, komuniti ini masih menggunakan alat-alat batu untuk membantu mereka menjalani kehidupan seharuian. Kegiatan utama memburu binatang, menangkap ikan, bercucuk tanam dan menternak binatang.Mereka mula mengadakan hubungan dengan komuniti luar.Contoh petempatan yang memperlihatkan zaman ini ialah di Gua Gomantong dan Gua Madai (Sabah), Gua Niah dan Gua Tengkorak (Sarawak). (iv) Zaman Logam (Zaman Gangsa-Besi)Zaman ini dikatakan wujud disekitar 2500 tahun yang lalu.Zaman ini tidak lagi menggunakan allt-alat batu untuk membantu mereka dalam kehidupan seharian. Kehidupan komuniti ini lebih teratur dan beradat.Contph petempatan zaman ini ialah di Sungai Lang dan Sungai Langat (Selangor), Batu Buruk dan Sungai Terengganu (Terengganu) dan Sungai Tembeling (Pahang).

Mari kita rehat sebentar.. cuba anda jelaskan apakah kegiatan ekonomi yang dipraktikkan di setiap zaman kehidupan pra-sejarah.

Jangan lupa e-mail kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan.

SEJARAH AWAL NEGARA

Sinopsis

TAJUK 4: KERAJAAN MELAYU AWAL

Tajuk ini membincangkan Kerajaan-kerajaan Melayu awal sebelum Kesultanan Melayu Melaka. Melalui pembelajaran ini murid dapat mengenali keistimewaan dan keunikan Kerajaan-kerajaan Melayu yang dikaitkan dengan kemashyuran jalan laut dan perdagangan.

CARTA ALIRAN

KERAJAAN MELAYU AWAL

Empati Mengagumi kegiatan kerajaan - kerajaan Melayu awal Menghayati kegemilangan Kerajaan Melayu awal Mengagumi kemahiran masyarakat kerajaan Melayu awal Fokus Kerajaan Melayu Awal Kerajaan-kerajaan Melayu Lokasi Kegiatan ekonomi

Pengenalan Kerajaan Melayu Awal

Kerajaan-kerajaan di Alam Melayu termasuklah Tan-Tan, Kalasapura, Fo-Lo-An, Chiu-Chih, Lo-Yueh, Chih-Tu, Tun-Sun, Pan-Pan dan Hsia-Wau-Lu. Kerajaan-kerajaan tersebut mempunyai nama loghat Bahasa Cina.

Kerajaan Kedah Tua

(1) Menurut Catatan I-Ching, Kedah Tua atau Che-Cha wujud pada kurun ke - 5 Masihi antara kerajaan awal di Semenanjung Tanah Melayu.(2) Pusat pentadbiran Kedah Tua pada awalnya ialah Sungai Mas dan kemudian berpindah ke Lembah Bujang.(3) Pada tahap awal kerajaan ini dipengaruhi oleh agama Buddha dan kemudiannya agama Hindu dan bukti pengaruh agama Hindu-Buddha ialah melalui peninggalan Candi di Lembah Bujang.(4) Kerajaan Kedah Tua menjadi pelabuhan persinggahan pelayar di utara Selat Melaka.Kapal-kapal yang belayar dari Arab, Perak,dan Ceylon di Teluk Benggala akan singgah di pelabuhan ini sebelum meneruskan pelayaran ke tempat-tempat lain.(5) Gunung Jerai menjadi penanda kepada kapal-kapal bahawa mereka sudahtiba di pelabuhan Lembah Bujang dan Sungai Mas.(6) Kegemilangan kerajaan ini terbukti dengan penemuan arkeologi di LembahBujang iaitu dua keping wang perak yang dipercayai berasal dari zaman al-Mutawakil (847-861 Masihi), manik dari India dan kaca dari Timur Tengah..

Kerajaan Chih Tu

(1) Pendapat sesetengah pengkaji mengatakan bahawa Kerajaan Chih Tu terletak di sekitar Tanah Merah Kelantan.Menurut Sumber Cina, Chih Tu juga dikenali sebagai Tanah Merah. Kerajaan ini mempunyai hubungan dengan kerajaan China. Menerima pengaruh Hindu-Budha dan raja mempunyai kuasa mutlak dalam pentadbiran.(2) Raja dibantu oleh Jemaah menteri yang dianggotai oleh tiga orang menteridan seorang Ketua Hakim bergelar Chu Lo Mo Ti atau Kulapati (Lisa Yip danJais Abdul Hamid, 2012)

Latihan : Jelaskan apakah kegiatan ekonomi yang dipraktikkan pada setiap zaman kehidupan kerajaan melayu awal

Jangan lupa e-mail kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan

SEJARAH AWAL NEGARA

TAJUK 5 : TOKOH-TOKOH TERBILANG KESULTANAN MELAYU MELAKA

Kesultanan Melayu Melaka adalah kerajaan yang telah melahirkan beberapa orang tokoh terbilang. Di antara tokoh-tokoh ini terdiri daripada Parameswara, Bendahara Tun Perak dan LaksamanaHang Tuah yang telah memainkan peranan penting dalam membina keagungan Kesultanan Melayu Melaka. Peranan mereka yang boleh dirujuk dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah boleh menjadi iktibar dan contoh kepada murid-murid dalam membina sahsiah, jati diri dan kepimpinan mereka pada masa depan. Nilai-nilai murni masyarakat masa lalu dapat juga dijadikan panduan oleh murid-murid untuk melahirkan sebuah masyarakat yang beretika mulia.

CARTA ALIRAN

TOKOH-TOKOH TERBILANG KESULTANAN MELAYU MELAKA

Empati Memupuk rasa bangga dan setia kepada institusi pemerintahan Menghargai peranan tokoh-tokoh terbilang dalam memberi iktibar Menghargai nilai-nilai masyarakat terdahulu untuk dicontohi oleh murid Fokus Tokoh Terbilang Parameswara BendaharaTun Perak Laksamana Hang Tuah Pengenalan Tokoh-tokoh terbilang Kesultanan Melayu Melaka

Menurut Sejarah Melayu, Parameswara yang dilahirkan sebagai Dharmaraja adalah Raja Singapura terakhir yang berasal dari keturunan Srivijaya. Pada tahun 1324, seorang putera Srivaya dari Bentan bernama Sang Nila Utama telah menawan Temasek dan menubuhkan kerajaan Singapura lama. Baginda memerintah selama 48 tahun dan diktiraf sebagai Raja Singapura oleh satu utusan dari Maharaja Cina pada tahun 1366. Baginda secara rasmi bergelar Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana yang bermaksud Yang Dipertuan kepada tiga dunia melambangkan kekuasaan baginda ke atas Palembang, Bentan dan Temasek.Terdapat tiga orang lagi Raja dari keturunan baginda yang memerintah Singapura iaitu, Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372-1386), Paduka Seria Rana Wira Kerma (1386-1399) dan Paduka Sri Maharaja Parameswara (1399-1401). Pada tahun 1401 kerajaan Majapahit menyerang Singapura dengan bantuan Bendahara yang belot Sang Rajuna Tapa. Parameswara telah berjaya melarikan diri ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk membuka ibu negeri yang baru.

Menurut Suma oriental, Parameswara ialah seorang raja Palembang yang menggantikan ayahnya Raja Sam Agi. Baginda diserang Raja Jawa, Batara Tamavill. Baginda melarikan diri ke Singapura.Setelah membunuh wakil Raja Siam(Temagi) di Singapura. Parameswara menjadi pemerintah palsu dan telah diserang dan dihalau oleh Siam. Ekoran daripada itu baginda bersama seribu pengikutnya menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk mencari perlindungan yang baru.

Menurut Sejarah Melayu (Malay Annals) yang dikarang oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1565, Parameswara melarikan diri ke Muar tetapi diganggu oleh biawak dari Kota Burok ke Seniang Ujong dan di Sungai Bertam. Semasa Parameswara sedang berehat di bawah pohon Melaka, Parameswara telah melihat persitiwa anjing pemburuannya telah ditendang oleh seekor pelanduk yang kecil yang dianggapnya kejadian yang luar biasa. Parmeswara menamakantempat itu Melaka bersempena dengan nama pokok beliau berteduh.

Antara sultan yang terkenal dan sering dikaji oleh pengkaji Sejarah ialah :

(i) Sultan Mansor SyahSultan Mansor Shah (memerintah 1456 1477) adalah gelaran kepada RajaAbdullah menggantikan bapanya Sultan Muzaffar Shah. Zaman pemerintahSultan Mansor Syah , baginda menjalankan perluasan wilayah antaranya ialah Selangor, Bertam, Manjung, Rupat, Singapura, Bentan dan pulau-pulau sekitarnya. Baginda mendapat menakluki Indragiri dan Siantan secara percuma daripada Majapahit setelah Sultan Mansor Syah berkahwin dengan puteri Batara Majapahit. Sultan Mansur Syah sangat memuliakan alim ulama sambilmendalami ilmu agama sehigga tahap ilmu tasawuf. Baginda telah menjalankan Hukum Kanun Melaka yang dikatakan mirip kepada keislaman.

(ii) Sultan Muzaffar Syah.Sultan Muzaffar Syah atau nama sebenarnya ialah Raja Kassim merupakan Sultan Melaka yang ke 5. Baginda memerintah dari tahun 1445 hingga 1456.Setelah baginda ditabakan menjadi pemerintah Melaka, baginda memerintahkan pegawainya melaksanakan segala adat istiadat, tradisi dan larangan yang diperkenankan oleh almarhum ayahandanya .Banyak peristiwa yang berlaku pada zaman pemerintahannya, antaranya ialah Tun Perak berjaya menangkis serangan dari Ayuthia (ibu negara Siam), Persengketaan Tun Perak dan Tun Ali yang membawa kepada perkahwinan Tun Ali dengan Tun Kudu yang merupakan salah seorang isteri Sultan Muzaffar Syah pada masa itu. Sultan Muzaffar Syah telah mengkat selepas serangan Siam pada tahun 1456 namun Melaka berjaya menangkisnya, kemenangan Melaka dalam peperangan ini telah menyuntik semangat baru dalam menyusun strategi untuk mengembangkan pengaruhnya di kepulauan Melayu yang lain.

(iii) Sultan Alauddin Riayat Syah.Nama sebenarnya ialah Raja Hussain merupakan sultan Melaka yang ke-7.Baginda menaiki takhta selepas kemangkatan ayahandanya Sultan MansurSyah pada tahun 1477.Baginda adalah seorang raja yang mementingkan keadilan dan keamanan . Baginda sering menyamar pada waktu malam untuk mengetahui keadaan sebenar rakyat jelatanya.Baginda banyak mendapatrintangan dalam pemerintahannya seperti pemerintahannya dicabar oleh kekandanya Raja Ahmad yang mendakwa dirinya benhak menduduki takhta. Baginda mempunyai dua orang anak yang merebut takhta selepas kemangkatannya.Baginda meninggal dunia pada tahun 1488 dan diganti oleh puteranya Raja Mahmud.

(iv) Sultan Mahmud Syah Sultan Mahmud Syah memerintah Melaka pada tahun 1488 hingga 1511merupakan Sultan Melaka yang ke-8.Baginda mewarisi takhta Melaka pada usia yang muda dan mencapai kegemilangan Melaka dengan menjadikan Melaka terkenal sebagai pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Baginda juga terkenal dengan pemerintahan yang kejam, tetapi pentadbirannya dibantu oleh Bendahara Tun Perak.Baginda juga terkenal kerana ingin memperisterikan Puteri Gunung Ledang yang menjadi kemuncak kezalimannya membuat apa saja asalkan impiannya tercapai.

Tun PerakNama gelaranya ialah Bendahara Seri Paduka Raja Tun Perak bin Tun Perpatih iaitu Bendahara Melaka yang ke-5.Antara kejayaan Tun Perak ialah berjaya menangkis serangan Siam yang pada masa itu satu kerajaan yang kuat.Ketika Tun Perak menjadi Bendahara , Melaka telah berjaya menakluki negeri-negeri pantai Selat Melaka seperti Rokan, Siak, Kampar dan Inderagiri di pulau Sumatera serta Johor,Pahang, Kelantan, Terengganu dan Perak. Tun Perak mempunyai kuasa untuk melantik raja Melaka, umpamanya beliau melantik Sultan Alaudin Riayat Syah yang merupakan anak saudaranya. Tun Perak meninggal dunia pada tahun 1498.

Mari kita rehat sebentar.....berdasarkan dua sumber, jelaskan asal-usul Parameswara

Aktiviti : Secara kumpulan berikan faktor-faktor kegemilangan dan kejatuhanMelaka.

Jata NegaraBunga KebangsaanKBahasa KebangsaanLagu KebangsaanBendera KebangsaanIdentiti NegaraJangan lupa e-mail kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan

(i) Jata Negara(a) Lambang bintang pecah 14 -13 Buah negeri dalam Persekutuan Malaysia.(b) Anak Bulan Agama rasmi adalah Agama Islam.(c) Lima bilah keris NNMTB (Johor,Kedah,Perlis, Kelantan,Terengganu)(d) Pokok Pinang-Negeri Pulau Pinang(e) Pokok Melaka- Negeri Melaka(f) Empat Jalur warna hitam dan putih negeri Pahang.(g) Jalur merah dan kuning-Selangor(h) Jalur hitam,putih dan kuning-Perak(i) Jalur Merah,hitam dan kuning Negeri Sembilan(j) Bahagian bawah sebelh kiri Sabah dan kanan Sarawak.(k) Warna kuning- warna Diraja

(ii) Bendera Kebangsaan(a) 14 jalur merah dan putih 13 buah negeri dan kerajaan persekutuan(b) Warna biru tua perpaduan rakyat(c) Anak Bulan Agama Islam agama rasmi bagi Persekutuan Malaysia(d) Bintang pecah 14- 13 buah negeri dan kerajaan persekutuan(e) Warna kuning pada bulan dan bintang Warna Diraja Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

(iii) Lagu Kebangsaan(a) Lagu Negaraku adalah lagu rasmi negeri Perak yang berasal dari Pulau Mahe di Kepulauan Seycelles yang dibawa oleh Sultan Abdullah setelah selesai menjalani hukuman dibuang negeri kerana di dakwa bersubahat membunuh Residen Perak JWW Birch.(b) Lagu ini dicipta oleh seorang penggubah Perancis yang bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857) telah diberi seni kata baru dinamakan Allah Lanjutkan Usia Sultan yang menjadi lagu rasmi negeri Perak Darul Ridzuan.(c) Lagu tersebut telah dipilih menjadi lagu kebangssan Persekutuan Tanah Melayu oleh jemaah hakim yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 5 Ogos 1957 bertempat di Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur.

(iv) Bahasa Kebangsaan(a) Bahasa Kebangsaan adalah Bahasa Melayu yang digunakan untuk urusan rasmi oleh seluruh rakyat Malaysia.

(v) Bunga Kebangsaan.(a) Bunga Raya adalah sejenis bunga sepatu dan kembang sepatu (Hibiscusrosasinensis).(b) Bunga Raya telah dipilih daripada i tujuh bunga yang dipertandingkan pada 28 Julai 1960.

Yang Dipertuan Agong(1) Yang Dipertuan Agong merupakan Ketua Negara bagi Persekutuan Malaysia yang dipilih oleh Majlis Raja-Raja Melayu.(2) Perlembagaan Persekutuan Perkara 34 menyebut beberapa perkara yang tidak boleh dibuat oleh Yang Dipertuan Agong:(a) Yang diPertuan Agong tidak boleh menjalankan tugas sebagai raja negerinya kecuali tugas sebagai Ketua Agama Islam.(b) YDPA tidak boleh memegang apa-apa jawatan yang baginya ada apa-apapersaraan.(c) YDPA tidak boleh mengambil bahagian dengan bergiat dalam apa-apa enterprise perniagaan(d) YPDP tidak boleh menerima apa-apa jenis pendapatan yang kedar atau terakur kepadanya sebagai Raja Negerinya di bawah peruntukan Perlembagaan Negerinya itu atau peruntukan mana-mana undang-undang negeri.(e) YDPA tidak boleh dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu meninggalkan Persekutuan selama lebih daripada 15 hari kecuali atas lawatanke suatu negeri.

Yang Dipertuan Agong menjalankan tugas-tugasnya di bawah Perlembagaan. Baginda hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri kecuali mana-mana peruntukan selain perlembagaan ini. Ia mempunyai kuasa budi bicara melantik Perdana Menteri, tidak mempersetujui permintaan membubarkan Parlimen dan meminta supaya diadakan suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yanag Maha MuliaRaja-Raja dan mengambil apa-apa tindakan dalam mesyuarat itu. (Perlembagaan, Perkara 40(2))

Rukun Negara(a) Rukun Negara lahir sesudah peristiwa hitam negara iaitu peristiwa 13 Mei1969, telah diisytiharkan pada tahun 31 Ogos 1970.(b) Rukun Negara merupakan ideologi kebangsaan yang bertujuan untuk menyatukan fikiran, pendapat dan perasaan rakyat tanpa mengira perbezaanyang berdasarkan asal keturunan, bahasa, agama dan budaya.

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Latihan : Berikan apakah maksud yang ada pada jata negara .

Kita Rakyat Malaysia(a) Pelbagai kaum dan etnik di Malaysia. Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan etnik. Di Semenanjung Tanah Melayu kelompok terbesar adalah orang Melayu, Cina dan India.Di samping itu terdapat juga Sikh dan Serani.

Suku Kaum di SabahSabah mempunyai pelbagai suku kaum, antaranya ialah:

KadazandusunBonggiMurutKimarang

BajauKwijauPaitanLundayeh

KedayaUbianSuluBinadan

KokosBisayaRumanauLotud

MinokokOrang SungaiRungusTatana

TagaasSulukMelayuIrranun

Idaan BruneiPelbagai kumpulan etnik Filipina Selatan

Suku Kaum di SarawakSarawak mempunyai dua puluh tujuh etnik antaranya ialah :

MelanauDayak - Iban

Dayak -KenyahDayak - Kayan

Dayak - MurutDayak - Bidayuh

Dayak - PenanKedayan

Dayak - KelabitDayak Punan

Latihan ; Senaraikan kumpulan-kumpulan etnik yang terdapat di Sabah dan Sarawak

Keseniaan dan Kebudayaan MalaysiaKepelbagaian kaum telah menghasilkan pelbagai corak kesenian dan kebudayaan masyarakat negara kita.Dari segi pakaian, orang Melayu mempunyai pakaian seperti baju kurung, baju kebaya dan baju Melayu. Pelbagai adat dan pantang larang di amalkan antaranya ialah adat besanding, melenggang perut dan sebagainya. Masyarakat Cina pula mempunyai pelbagai budaya mereka seperti pakaian Cheong Sam,makanan Young Tau Fu dan sebagainya.

Asas kebudayaan kebangsaan ialah :(i) Kebudayaan Kebangsaan negara ini haruslah berteraskan kepada kebudayaan penduduk asli rantau ini.(ii) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajarlah diterima dan menjadi sebahagian daripada unsur-unsur kebudayaan kebangsaan.(iii) Islam adalah menjadi unsur penting dalam pembentukan kebaudayaan kebangsaan.

Kejayaan dan Dunia.Pada pentas dunia, Malaysia banyak memainkan peranan sama ada peringkat serantau atau antarabangsa. Pada peringkat serantau, Persatuan Asia Tenggara (ASA) telah dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman dan direalisasikan melalui Perisytiharan Bangkok pada 1 Ogos 1961. Negara-negara yang menganggotai ASA ialah Persekutuan Tanah Melayu, Thailand dan Filipina.

Tujuan penubuhan ASA ialah :(i) Mewujudkan kerjasama dalam kalangan negara-negara Asia Tenggara yang bukan komunis.(ii) Memperbaiki kedudukan ekonomi dan sosial negara-nagara anggota ASA.(iii) Menggalakkan kerjasama dalam bidang ekonomi dan kebudayaan, kemasyarakatan, sains dan pentadbiran.(iv) Membendung kemiskinan(v) Membendung ancaman komunis.

ASEAN ditubuhkan hasil daripada Deklarasi Bangkok pada Ogos 1967. ASEAN pada peringkat awalnya dianggotai Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina. Kini ASEAN mengandungi sepuh anggota dengan penambahan negara iaitu Kampuchea, Laos, Brunei, Vietnam dan Myanmar.

Tujuan penubuhan ASEAN ialah :(i) Mempercepatkan perkembangan ekonomi,sosial, dan kebudayaan melaluikegiatan bersama.(ii) Mewujudkan kestabilan dan keamanan serantau berasaskan keadilan dankepatuhan undang-undang serta prinsip piagam Bangsa-Bangsa Bersatu.

Pada peringkat antarabangsa Malaysia menganggotai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Malaysia menganggotai Komanwel pada tahun 1957, dan Non-Aligned Movement (NAM) yang ditubuhkan pada tahun 1961.

Latihan ; Jelaskan peranan dan sumbangan Malaysia di peringkat dunia.

TAJUK 3 SUKATAN DAN HURAIAN SUKATAN SEJARAH SEKOLAH RENDAH

Sinopsis

Tajuk ini memberi pendedahan mengenai latar belakang kurikulum sejarah sekolah rendah di Malaysia yang dimulakan bagi murid Tahun 4 mulai tahun 2014. Perbincangan ini juga menyentuh Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan juga mengenai asas pemikiran sejarah bagi melahirkan murid yang dapat memahami konsep dan fakta sejarah. Berikutnya perbincangan mengenai asas pemikiran sejarah.

Hasil Pembelajaran:

1. Mengenal pasti perkembangan kurikulum Sejarah di negara ini.

2. Menjelaskan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

3. Membincangkan asas-asas pemikiran Sejarah.

SJH3103 KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH

2

Asas Memahami Sukatan dan Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah Di Sekolah Rendah

Sub tajuk 3.1: Sukatan Pelajaran Sejarah di sekolah rendah

3.1.1: Latar Belakang subjek Sejarah di Malaysia

Di Malaysia, mata pelajaran sejarah diajar mengikut keperluan masyarakat dan negara dalam membina masyarakat yang bersatu padu dan harmoni. Hal ini disebabkan setelah negara kita mencapai kemerdekaan bentuk masyarakat telah berubah kepada masyarakat berbilang kaum. Oleh itu subjek Sejarah menjadi mekanisme untuk menyelesaikan pelbagai konflik yang timbul kesan daripada masyarakat berbilang kaum. Terdapat dua tahap masa bagi melihat latar belakang pengajaran subjek Sejarah di sekolah rendah.

Tahap Pertama: Tanah Melayu Sebelum Merdeka

Ketika Tanah Melayu di bawah penjajahan British subjek Sejarah diajar secara tidak serius. Pihak penjajah British hanya menekankan kepada pengajaran yang berbentuk sejarah dunia bagi dihafal olah murid-murid agar mereka mengakui kepentingan penjajah Barat. Kisah-kisah sejarah berkisar kepada kejayaan bangsa Eropah dalam mewarnakan sejarah dunia. Tidak banyak kisah masyarakat tempatan diceritakan kepada murid-murid. Dengan lain perkataan sejarah pada zaman British bersifat Euro-Centric.

Tahap Kedua: Tanah Melayu merdeka

Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Kemerdekaan Tanah Melayu telah membolehkan sistem pendidikan yang menjurus kepada kepentingan masyarakat di Tanah Melayu. Subjek Tawarikh yang hanya menjurus kepada catatan ataupun peristiwa sejarah semata-mata, mula menekankan kepada sejarah yang menjurus kepada nilai, iktibar dan kepentingan mempelajari Sejarah.

3.1.2: Rasional Sukatan dan Huraian Sukatan Sejarah

Sukatan subjek Sejarah di sekolah rendah memberi penekanan kepada perkembangan murid melalui pembelajaran sejarah berasaskan pengalaman dan persekitaran murid-murid. Oleh yang demikian sukatan dan huraian sukatan pelajaran menekankan kepada Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi.

Standard Kandungan merupakan perkara-perkara dalam konteks sejarah yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh murid dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran pula menekankan kepada kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur melalui tajuk-tajuk sejarah yang dipelajari. Disamping itu, sesuatu yang dipelajari oleh murid perlu diukur bagi membuktikan bahawa murid mencapai tahap yang dikehendaki mengikut tahap penguasaan dalam Standard Prestasi.

Rasional sukatan dan huraian sukatan pelajaran sejarah lebih menekankan konsep kronologi bagi membentuk murid agar memahami susun galur sejarah mengikut tempoh masa sesuatu peristiwa yang berlaku. Oleh yang demikian murid berupaya menjelaskan masa lepas untuk memahami masa kini dan boleh meramal masa depan berasaskan peristiwa-peristiwa sejarah yang dipelajari dan dikuasai.

3.1.3: Matlamat dan Objektif

Kurikulum Standard Sejarah sekolah rendah mengharapkan agar murid dapat memahami pelbagai tingkah laku manusia, sebab dan akibat, keunikan sejarah Malaysia dan kegemilangan negara bagi melahirkan warganegara yang patriotik dan menjunjung amalan demokrasi di Malaysia.

Objektif Mempelajari Sejarah Di Sekolah Rendah

Objektif mempelajari Sejarah di sekolah rendah mengharapkan murid dapat memahami peristiwa masa lalu melalui sikap ingin tahu. Subjek Sejarah membolehkan pelbagai sumber dan maklumat dikaji. Melalui kajian ini murid akan mendapat idea, konsep serta eleman sebab dan akibat dalam pembelajaran sejarah. Warisan negara amat penting dipelajari dalam konteks setempat, negara dan juga global. Kepimpinan negara membolehkan pelbagai nikmat kehidupan diperoleh oleh setiap generasi. Oleh yang demikian, menghargai tokoh-tokoh akan dapat melahirkan perasaan bangga dan hormat kepada pemimpin masa lalu.

3.1.4: Pemetaan Sukatan Pelajaran sejarah

Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah yang dimulakan kepada murid Tahap 2 mengandungi tiga tema utama iaitu:

Pemetaan Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah memberi penekanan kepada kronologi dengan memberi pengetahuan asas Sejarah awal Negara yang mengandungi:- Mari Belajar Sejarah Zaman Air Batu Zaman Pra Sejarah Kerajaan Melayu Awal Tokoh Kesultanan Melayu Melaka

Semua tajuk ini menjurus kepada asas-asas pembentukan negara dan cara-cara mempelajari kejadian atau peristiwa yang membolehkan murid menjadi sebahagian warganegara.

Tahap Kedua menekankan kepada Kedaulatan Negara yang mengandungi:- Warisan Negara Kita Perjuangan Kemerdekaan Negara Yang DiPertuan Agong Identiti Negara Kita

Tahap Ketiga pula, tema yang dipelajari lebih menjurus kepada Kemakmuran Negara yang mengandungi:- Negara Malaysia Kita Rakyat Malaysia Pencapaian dan Kebangaan Negara

3.1.5: Skop Kandungan

Skop dan Kandungan Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah berfokuskan tentang Sejarah Negara yang disepadukan dengan eleman kewarganegaraan dan nilai sivik bagi mewujudkan kesedaran dalam kalangan murid tentang nilai jati diri dan semangat patriotik. Eleman kewarganegaraan dan nilai sivik bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang bersatu padu, berbangga sebagai rakyat Malaysia, setia kepada negara, bersemangat kekitaan, berdisiplin, aktif dan bermaklumat dalam mengamalkan dan menghayati ciri-ciri warganegara yang cemerlang.

Penerapan eleman kewarganegaraan dan nilai sivik menggunakan Dimensi Kewarganegaraan. Eleman ini merujuk kepada bangsa yang mendiami sesuatu lingkungan geografi yang memiliki sistem nilai sebagai penjalin hubungan antara etnik yang terdapat di Malaysia.

Perbincangan1) Bincangkan matlamat dan objektif pembelajaran kurikulum Sejarah di sekolah rendah2) Dalam kumpulan seramai 3 orang, sediakan peta pemikiran (i-THINK) bagi menjelaskan skop dan kandungan kurikulum Sejarah di sekolah rendah.

Kita rehat seketika untuk menghilangkan tekanan.....

TAJUK 4CIRI-CIRI GURU SEJARAH YANG EFEKTIF

Sinopsis

Tajuk ini membincangkan mengenai ciri-ciri guru sejarah yang efektif. Tiga ciri yang dikenalpasti sebagai guru yang efektif iaitu berpengetahuan, memartabatkan profesion keguruan dan berkeperibadian. Ketiga-tiga ciri ini akan dijelaskan melalui modul ini. Di akhir modul, disediakan latihan untuk para pembaca menguji kefahaman. Diharapkan modul ini akan memberikan bantuan dan manfaat kepada para pembacanya dalam persiapan kursus SJH3103.

Hasil Pembelajaran1. Menyenaraikan ciri-ciri guru Sejarah yang efektif2. Mentakrifkan konsep-konsep yang berkaitan ciri guru Sejarah yang efektif3. Menghuraikan ciri-ciri guru Sejarah yang efektif

Kerangka Kursus

SubTajuk: 4.1 Berpengetahuan

Sebelum dibincangkan dengan lebih mendalam akan komponen-komponen yang membentuk guru yang berpengetahuan, adalah lebih baik perbincangan dimulakan dengan mentakrifkan pengertian guru yang efektif. Efektif dalam pengertian yang mudah bermaksud berhasil. Guru yang efektif pula dapat ditakrifkan sebagai guru yang telah berjaya mencapai matlamat yang diharapkan. Guru yang efektif juga boleh juga bermaksud tindakannya telah meninggalkan kesan dan pengaruh terhadap murid-muridnya. Tindakan dalam konteks ini bermaksud proses pengajaran dan pembelajaran. Jelasnya guru yang efektif adalah guru yang berjaya melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan jayanya.Berpengetahuan dalam konteks ini bermaksud seseorang guru sejarah menguasai fakta-fakta Sejarah yang perlu disampaikan kepada murid-muridnya. Menguasai fakta-fakta membawa pengertian bahawa guru mempunyai tahap penguasaan yang komprehensif dan lengkap terhadap ilmu pengetahuan yang bakal disampaikan kepada murid-muridnya. Untuk memiliki ciri guru Sejarah yang efektif, guru mestilah banyak membaca bahan-bahan yang berkaitan dengan bidangnya. Guru Sejarah mestilah rajin membaca buku-buku dan bahan-bahan yang berkaitan dengan sejarah. Ini akan menatijahkan guru Sejarah sentiasa mengikuti fakta-fakta dan penemuan baru dalam bidang sejarah terutamanya dalam sejarah negara kita. Dengan memiliki pengetahuan sejarah yang mendalam, guru berupaya menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh muridnya secara tepat, jelas dan terperinci. Berupaya menjawab soalan-soalan murid adalah tindakan yang signifikan kerana murid-murid pada tahap ini mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi terutama yang berkaitan dengan dirinya dan keadaan persekitaran. Sekiranya perasaan ingin tahu ini dihalang oleh guru, perkembangan pembelajaran dalam diri murid akan terbantut. Berpengetahuan juga bermaksud guru juga mempunyai kemahiran pedagogi dalam penyampaiannya. Memiliki kemahiran pedagogi bermakna seseorang guru Sejarah mengetahui kaedah-kaedah yang berlainan yang boleh diaplikasikan dalam proses pengajarannya. Dengan yang demikian, proses pembelajaran akan menjadi suatu sesi yang menyeronokkan dan memberikan banyak kelebihan kepada murid-muridnya. Apabila tahap penguasaan ilmu dan kemahiran pedagogi berada pada tahap yang cemerlang, kesannya dapat dilihat kepada tahap keyakinan seseorang guru Sejarah itu. Guru Sejarah yang mempunyai keyakinan diri akan mudah berhadapan dengan soalan-soalan yang dikemukakan oleh murid-muridnya.

Guru Sejarah yang efektif juga perlu menguasai dokumen standard kurikulum. Dokumen standard kurikulum bermaksud kurikulum mata pelajaran yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum. (BPK) Penguasaan dokumen standard kurikulum adalah pra syarat yang tidak boleh dielakkan. Guru juga perlu menguasai isi kandungan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Penguasaan. (KSSR) Menguasai dan mengetahui dokumen standard kurikulum bererti guru telah mengenalpasti objektif matapelajaran yang dihasratkan dan seterusnya memastikan objektif-objektif tersebut dapat dicapai. Guru sejarah yang efektif mesti menyedari bahawa kurikulum standard sekolah rendah adalah berdasarkan enam tunjang iaitu;1. Komunikasi2. Kerohanian3. Sikap dan nilai4. Kemanusiaan5. Literasi Sains dan teknologi6. Keterampilan diri

Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah membolehkan murid memahami tingkah laku manusia, sebab dan akibat, keunikan sejarah tanah air dan kegemilangan negara bagi melajirkan warganegara yang patriotik dan menjunjung amalan demokrasi di Malaysia. Objektif kurikulum Standard Sejarah Sekolah pula membolehkan murid-murid;1.memahami peristiwa masa lalu melalui sikap ingin tahu.2.mengenal pasti pelbagai sumber dan maklumat3.memahami idea, konsep serta elemen sebab dan akibat dalam elemen Sejarah.4.menyatakan kepentingan sejarah dalam kehidupan dengan mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah sebagai usaha untuk mengukuhkan suasana keharmonian.5.menyatakan pelbagai bentuk persembahan dan hasil dapatan daripada interpretasi kajian Sejarah.6.menilai warisan sejarah negara dalam konteks kawasan setempat, negara dan global.7.memahami proses pembinaan tamadun manusia yang mempengaruhi kehidupan masyarakat8.menjelaskan kehidupan dan kebudayaan masa lalu dan masa kini masyarakat di Malaysia.9.memahami kedudukan kaum dalam konteks lokasi dan pembentukan kaum sebagai pengukuhan kepada persefahaman kaum.10.memahami cabaran negara dalam konteks mempertahankan kedaulatan negara bagi pembinaan jati diri. 11.mengenal pasti usaha dan sumbangan para pemimpin negara sebagai melahirkan perasaan bangga dan hormat. 12.menilai pencapaian dan kemajuan negara dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.

Dengan mempunyai pengetahuan terhadap matlamat, objektif dan tunjang yang mendasari dokumen kurikulum standard Sekolah Rendah, guru akan menyedari tangggungjawab yang perlu dilaksanakannya kerana ia telah menyedari akan kedudukannya dalam profesion keguruan serta peranan-peranan spesifik yang harus dilaksanakan.

Guru yang berpengetahuan juga mestilah mempunyai pemahaman yang mendalam terhadap konsep EQ dan IQ murid-murid didiknya. EQ (emotion quotient) dapat ditakrifkan dalam bentuk yang mudah sebagai kecerdasan emosi.Goleman (1995) menjelaskan bahawa terdapat lima komponen dalam EQ iaitu;

1. Mengetahui emosi sendiri2. Menguruskan emosi sendiri3. Memotivasikan diri sendiri4. Menyedari dan menghormati emosi orang lain5. Menguruskan hubungan