4

Click here to load reader

Experiental Learning

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Experiental Learning

a.‘Experiential Learning’

 

Murid-murid belajar melalui pengalaman di mana mereka didedahkan

dengan aktiviti-aktiviti Sains yang sesuai dengan keupayaan mereka bagi

meneroka sendiri alam Sains. Melalui ‘Experiential Learning’ murid-murid

berupaya mengalami sendiri dan seterusnya meningkatkan keupayaan

berfikir dan membuat keputusan yang rasional berdasarkan apa yang

dialami. Antara contoh pembelajaran melalui pengalaman ialah membuat

aktiviti-aktiviti di tempat yang sebenar. Contohnya aktiviti “hands-on”

atau penjelajahan aktif (active exploration) serta kerja lapangan (field

trips).

 

Contoh aktiviti:

 

Aktiviti  Pengajaran dan Pembelajaran Sains Sekolah Rendah

 

Tahun : 5

 

Tema : Menyiasat Alam Kehidupan

 

Topik : Pembiakan Tumbuhan

 

Sumber P & P : Carta Kitaran Hidup Tumbuhan

 

Pengetahuan sedia ada : Murid telah mempelajari  pembiakan haiwan.

 

Hasil Pembelajaran :

Pada akhir pelajaran, murid dapat:

a)     Menyatakan dengan betul cara bagaimana tumbuhan membiak

Strategi P & P : Pembelajaran berasaskan pengalaman

 

Prosedur aktiviti:

a)    Guru mengenal pasti tempat-tempat yang sesuai untuk dijadikan

kerja lapangan di kawasan / persekitaran sekolah

b)    Guru menyediakan lembaran kerja untuk murid menjawab semasa

kerja lapangan seperti lembaran kerja A.

c)    Guru membawa  murid melawat kawasan sekolah untuk mengenal

pasti cara-cara tumbuhan membiak seperti bryophyllum, Begonia, pokok

Page 2: Experiental Learning

jagung, pokok betik, pokok rambutan, pokok pisang, bunga, mengkuang,

kangkong, tebu, paku pakis, pokok ubi kayu, bunga seri pagi, lalang,

rumput, love grass, ubi keladi, ubi keledek dll.

d)    Murid menjawab lembaran kerja selepas perbincangan seperti

berikut:

i)              Apakah nama tumbuhan ini? ( Guru mengambil gambar digital)

ii)             Sekiranya kita mahu menanam tumbuhan ini apa yang kita

gunakan? (Guru mengambil gambar  bahagian yang menjadi bahan

pembiakan)

e)    Selepas balik ke bilik darjah guru menyemak jawapan bersama murid.

(Sekiranya ada LCD, guru boleh mengimbas kembali  gambar-gambar

yang diambil untuk pengukuhan)

f)     Guru membuat rumusan terhadap pelajaran.

 

LEMBARAN KERJA

Nama :                       

Kelas :                                                                                     Tarikh:

 

 

Bilangan

Cara pembiakan tumbuhan

Contoh-contoh

 

1

Menghasilkan biji benih

a)   pokok durian

b)

c)

 

2

Membiak dengan daun

 

 

a)   Bryophillum

b)    

 

3

Menggunakan  keratan batang

Page 3: Experiental Learning

 

 

 

a)   Tebu

b)    

 

 

4

Menggunakan spora

 

 

 

a)  Paku –pakis

b)   

 

5

Menggunakan sulur/anak pokok

 

 

 

a)  Pokok pisang

b)   

 

6

Menggunakan batang rayap

 

 

a)  Rumput

b)   

 

7

Menggunakan batang bawah tanah

 

 

 

a)  Halia

b)