11
FAKTOR-FAKTOR KEMEROSOTAN SESEBUAH TAMADUN MANUSIA

faktor kemerosotan tamadun

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sej

Citation preview

FAKTOR-FAKTOR KEMEROSOTAN TAMADUN

FAKTOR-FAKTOR KEMEROSOTAN SESEBUAH TAMADUN MANUSIA

KETIDAKADILAN DAN PERBEZAAN JURANGKetidakadilan berlaku dengan wujudnya jurang perbezaan yang ketara antara golongan kaya dengan miskin. Sebagai contoh, pada zaman pemerintahan raja-raja zaman Greek awal, terdapat ramai golongan hamba abdi yang hidup miskin dan melarat sedangkan golongan kaya hidup dalam kekayaan. Golongan miskin ini tidak mempunyai hak untuk mengundi malah ditindas dan diperah tenaga untuk mengusahakan tanah orang kaya. Akibat daripada ketidakadilan yang dilakukan oleh golongan atasan maka tercetus perasaan tidak puas hati dan pemberontakan dan rusuhan orang bawahan. Mereka menuntut pembaharuan dari segi ekonomi terutama mengenai tanah, namun desakan mereka tidak diendahkan, malah ketua mereka Tiberius dan Cains Gracchus telah terkorban akibat ditindas oleh ahli-ahli senat.

PENINDASAN DAN KEZALIMANPenindasan dan kezaliman berleluasa sehingga persoalan hak-hak kemanusiaan diketepikan. Kehidupan bertamadun sudah tidak bermakna lagi apabila sistem ketatanegaraan dan perundangan tidak dihormati malah dicabuli dengan sewenang-wenangnya. Sebagai contoh, semasa era pemerintahan Dinasti Sui (589-618), Maharaja Yang Ti (604-617) telah mengabaikan tanggungjawab serta bertindak kejam ke atas rakyatnya.Tindakan beliau yang memaksa rakyat membina istana-istana raja dan terusan membawa rasa tidak puas hati rakyat. Akhimya golongan petani bangkit memberontak dan menjatuhkan dinasti tersebut.

KERUNTUHAN MORAL DAN NILAI MASYARAKATKeruntuhan moral dan nilai berlaku dalam masyarakat terutamanya dalam kalangan pemimpin yang menandakan musnahnya penghayatan terhadap budi pekerti yang murni dan mulia. Berdasarkan sejarah kemerosotan tamadun Yunani, tamadun Romawi dan Tamadun Islam boleh dikaitkan dengan keruntuhan moral dan nilai terutama dalam kalangan pemimpin. Dalam pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyyah, perpecahan berlaku dalam kalangan puak Syi' ah dan Sunni kerana semangat perkauman yang sempit. Malah wujud dalam kalangan pemimpin mereka yang tidak berakhlak mulia seperti suka berfoya-foya, zalim, tamak kuasa dan sebagainya.Nilai-nilai yang tidak sihat dalam kalangan pemimpin ini telah menyebabkan keadaan politik menjadi tidak stabil, akhirnya kerajaan menjadi merosot dan lemah.

SIKAP TERTUTUP DARI MENERIMA PERUBAHANWujud sikap tertutup yang tidak mahu menerima perubahan terutamanya dari segi perubahan teknologi serta perubahan dalam struktur politik, ekonomi dan sosial. Sikap tertutup seperti ini sudah tentu merencatkan daya kreativiti dan inovasi sesebuah masyarakat yang seterusnya menyebabkan mereka berada dalam keadaan yang beku atau jumud berpanjangan. Dalam sejarah dapat dilihat bagaimana Tamadun Islam Uthmaniyyah mengalami keruntuhan dari dalam disebabkan sikap tertutup yang tidak mahu menerima perubahan teknologi dan sosial. Begitu juga yang berlaku kepada tamadun China yang enggan menerima perubahan dari Barat menyebabkan kerajaan China semakin merosot dan lemah walaupun pelbagai usaha dijalankan untuk memulihkannya.MALAPETAKA DAN BENCANA ALAMBerlakunya malapetaka atau bencana alam yang menyebabkan kerosakan secara besar-besaran. Faktor seperti ini juga merupakan salah satu penyebab kemerosotan sesebuah tamadun. Bagaimanapun, faktor ini di luar kawalan manusia untuk menghalangnya daripada berlaku. Misalnya wabak penyakit yang dahsyat telah merebak ke seluruh bandar Athens dan telah mengakibatkan kematian dan kemusnahan sehingga melemahkan semangat penduduk Athens pada sekitar 429 S.M. Pericles yang dianggap pemerintah yang berkebolehan telah menjadi mangsa wabak penyakit tersebut termasuk ramai pembesar-pembesar yang telah banyak membuat perubahan kepada Athens sendiri.