30
TAJUK: “ANALISIS SECARA KRITIKAL LAPORAN ATAU PENYATA UTAMA MEMPENGARUHI ALIRAN SEJARAH PENDIDIKAN NEGARA KETIKA ERA SELEPAS KEMERDEKAAN”. DARIPADA KUMPULAN 14 FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysia

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysia

TAJUK:

“ANALISIS SECARA KRITIKAL LAPORAN ATAU PENYATA UTAMA MEMPENGARUHI ALIRAN SEJARAH PENDIDIKAN NEGARA KETIKA ERA SELEPAS KEMERDEKAAN”.

DARIPADA KUMPULAN 14

FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Page 2: Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysia

.. Era Selepas Kemerdekaan Era Selepas Kemerdekaan

LAPORAN / PENYATA UTAMA

Laporan Rahman Talib 1960. Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Akta Pendidikan 1961.Akta Pendidikan 1961. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

Page 3: Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysia

Laporan Rahman Talib 1960.

Laporan Jawatankuasa Pendidikan 1956 atau Laporan Razak;

“tujuan dasar pendidikan dalam negara ini adalah untuk menyatukan budak-budak daripada semua bangsa dalam negara ini dengan menggunakan satu peraturan pendidikan yang meliputi semua bangsa dengan mengunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama dengan cara beransur-ansur”.

Laporan Rahman Talib 1960.

Matlamat:-

i.Mengkaji pelaksanaan sistem pelajaran – syor Laporan Razak.

ii.Menyemak semula syor Laporan Razak.

iii.Membuat penambahbaikan dan mengubah syor mengikut situasi pendidikan pada masa itu.

Page 4: Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysia

LAPORAN RAHMAN TALIB 1960

Hasil: Penyusunan semula struktur persekolahan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

i.Pendidikan sejagat percuma – semua jenis sekolah rendah kerajaan dan bantuan.

ii.Had umur berhenti sekolah dinaikan – daripada 12 tahun kepada umur 15 tahun.

iii.Memajukan pendidikan perdagangan,vokasional, teknik dan Sekolah Lanjutan Kampung.

iv.Pendidikan Agama Islam dimajukan (perkara Seksyen 49 Ordinan Pelajaran 1957. Perhatian – Pendidikan Moral.

Rasional;

Pendidikan diberi secara percuma kerana taraf kemiskinan pendudukan masih tinggi. Di samping menggalakan rakyat meningkatkan taraf hidup dan mampu memberi sumbangan kepada pembangunan negara dengan menjadi tenaga rakyat mahir dan mempunyai jati diri Malaysia.

Page 5: Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysia

Akta Akta Pendidikan Pendidikan 19611961

Laporan Razak 1956

+

Rahman Talib 1960

=

Akta Pelajaran,1961.

"BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya..............“

•Dasar –dasar penting dalam Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 - dikuatkuasakan oleh kerajaan melalui Akta Pelajaran 1961.

Page 6: Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysia

Akta Pendidikan 1961Akta Pendidikan 1961(Dasar Pendidikan Kebangsaan);

• Akta Pendidikan 1961 – dasar legislatif (perundangan) kemestian untuk dilaksanakan

oleh sekolah-sekolah.

JIKA TIDAKSekolah-sekolah boleh dikenakan hukuman.

Page 7: Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysia

Akta Pendidikan 1961Akta Pendidikan 1961(Dasar Pendidikan Kebangsaan);

Perkara penting;i. Penubuhan hanya satu sistem pendidikan kebangsaan.ii. Satu sistem pendidikan – memenuhi aspirasi negara (pembangunan

sosial, ekonomi , politik dan kebudayaan).iii. Satu sistem pendidikan perlu dapat mengadakan pengajaran cekap

dan berkesan.iv. Kos- efektif – pembangunan pendidikan dilaksanakan secara

berperingkat.v. Satu sistem pendidikan menepati prinsip – kanak-kanak dididik sejajar

dengan kehendak ibu bapa mereka; berbilang kaum, agama dan budaya.

vi. Peruntukan undang-undang lebih lanjut- Diadakan dari masa ke masa ; pelaksanaan dengan berkesan.

Page 8: Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysia

Akta Pendidikan 1961Akta Pendidikan 1961(Dasar Pendidikan Kebangsaan);

vii. Peruntukan undang-undang lebih lanjut -Menjamin sistem pendidikan kebangsaan dapat berkembang dengan progresif kepada taraf lebih baik.

viii. Peruntukan undang-undang lebih lanjut-Menjamin satu sistem pendidikan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.

Page 9: Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysia

Akta Pendidikan 1961Akta Pendidikan 1961(Dasar Pendidikan Kebangsaan);

Proklamasi Akta pendidikan 1961

ialah

“SATU SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN”

SATU = SERAGAM

Page 10: Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysia

Akta Pendidikan 1961Akta Pendidikan 1961(Dasar Pendidikan Kebangsaan);

Implikasi frasa “satu atau seragam” terhadap pendidikan formal kerajaan pusat;

Page 11: Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysia

Akta Pendidikan 1961Akta Pendidikan 1961(Dasar Pendidikan Kebangsaan);

Kesan: - Bermula ………pendekatan Pandang ke Timur (dulu pendidikan ala

Eropah-England kini ala Malaysia-Asia).- Perpaduan nasional semakin jitu.- Meningkatkan dan memantapkan profesional keguruan. - Jayanya, dasar alih bahasa serta meningkatkan kualiti pendidikan

dalam aliran Melayu.- Melahirkan tenaga kerja mahir – melalui pendidikan teknik dan

vokasional.

NAMUN Dasar mewujudkan pengajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan

Moral tidak dilaksanakan dengan kadar segera.

Page 12: Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysia

Akta Pendidikan 1961Akta Pendidikan 1961(Dasar Pendidikan Kebangsaan);

KENAPA?

Kesukaran membina kurikulum pendidikan Islam dan moral.

Kesukaran dari segi latihan guru – tiada pakar.

Ketiadaan bahan bacaan.

Suasana budaya hidup yang aman – 1960-an hingga 1970-an tiada gejala rasuah, penipuan, maksiat dan dadah.

Page 13: Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysia

RASIONAL:

Hakikatnya; naluri (fitrah) manusia kepada pencipta. Al-Ghazali

membentangkan bukti wahyu berkaitan dengan fitrah berdasarkan nas al-

Quran, bermaksud: “Maka memperhadapkan wajahmu dengan lurus

kepada agama Allah, tetaplah atas fitrah Allah yang telah mencipta

manusia menurut fitrah. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. Itulah

agama yang lurus tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui” (surah al-

Rum:30).

Ayat di atas menjelaskan bahawa manusia dicipta atas dasar fitrah atau naluri bagaimana untuk mentauhidkan tuhan.

•Al-Farabi melalui teori politiknya; bahawa akal dan wahyu adalah satu

hakikat padu. Sebarang percubaan dan usaha untuk memisahkan kedua-

dua elemen tersebut akan melahirkan sebuah negara yang pincang serta

masyarakat kacau-bilau. Akal dan wahyu perlu dijadikan dasar kepada

pembinaan sebuah negara yang kuat, stabil serta makmur.

Page 14: Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysia

RASIONAL:

Pendidikan agama atau pendidikan moral diterima secara tidak formal di rumah atau institusi sosial atau rumah ibadat pada masa itu, namun penekanan ilmu agama secara formal amat diperlukan secara berterusan supaya proses pertimbangan akal rasional dan kepercayaan dapat melahirkan pelajar bersahsiah tinggi.

Page 15: Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysia

KENAPA? 13hb MEI 1969?

Peristiwa yang membawa 1001 iktibar…………

DAN

Tahun 1970

Pembentukan Rukun Negara (pancasila kebangsaan)

Penggubalan Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Matlamat;

Cara hidup bernegara

Basmi kemiskinan tanpa mengira kaum.

Penyusunan semula masyarakat

– menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

(British: memperkenal konsep pecah dan perintah)

Page 16: Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysia

- Tahun 1957 hingga 1970 -

Era Penyusunan Semula Sistem Pendidikan Malaysia.- Bermatlamat membina sebuah masyarakat bersatu padu.- Mempunyai identiti – bangsa Malaysia

Penstrukturan semula sistem pendidikan:• Dasar Pendidikan; memperkasakan Semangat Nasionalisme.• Penyelarasan organisasi pentadbiran pendidikan – sekolah, negeri dan

pusat.• Struktur dan penjenisan sekolah.• Struktur kurikulum sekolah, pendidikan guru dan pendidikan tinggi –

konsolidasi dalam proses pembangunan tenaga rakyat pelbagai bidang.• Memperbaiki keadaan demokrasi dan ekuiti dalam pendidikan.

Page 17: Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysia

Iktibar 13 MEI 1969;

Al-Farabi menyatakan keadilan merupakan sifat semulajadi manusia, manakala

pertarungan yang berlaku antara manusia merupakan gejala sifat semulajadi tersebut.

Teori Fungsionalisme, menurut Auguste Comte dan Herbert Spencer berpendapat

masyarakat itu umpama suatu organisme yang hidup. Masyarakat mempunyai tisu dan organ

yang berfungsi bersama. Jadi bahagian-bahagian di dalam masyarakat hendaklah

berfungsi dengan harmonis agar dapat bergerak dengan licin, kerana bahagian tubuh

badan itu memainkan peranan masing-masing memelihara kestabilan seluruh tubuh.

Rasionalnya; negara yang ditadbir dengan penuh hikmah dan harmoni akan melahirkan

rakyat yang taat dan patuh kepada ketuanya. Bagi Konfusius politik mempunyai kaitan

rapat dengan moral. Kekejaman undang-undang memburukkan lagi keadaan justeru

kaedah beransur-ansur serta berterusan bimbingan moral ke dalam jiwa rakyat

menimbulkan perasaan malu dan hati mereka dapat diperintah..

Page 18: Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysia

Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979.

Sebab; Peristiwa 13 MEI 1969

Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)

Bidang pendidikan berfokus kepada:

i. Menggalakkan integrasi nasional.

ii. Mengubahsuai dan memajukan program pendidikan dan latihan.

iii. Mempertingkatkan mutu pendidikan –terutama bidang sains dan teknologi.

iv. Memperbaiki organisasi pendidikan.

Pusat Perkembangan Kurikulum 1973 - mengkaji, merancang dan menggubal kurikulum agar sesuai dengan proses pembangunan individu, masyarakat negara dan perkembangan ilmu pengetahuan semasa.

September, 1974 kerajaan menubuhkan jawatankuasa kabinet – menyemak kembali dasar pendidikan kebangsaan serta meningkatkan kualiti pendidikan.

Page 19: Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysia

Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979

Hasilnya,

Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (dasar

pendidikan kebangsaan) dikemukan kepada kerajaan pada November 1979.

Pengerusi , Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Tujuan jawatankuasa ialah:

“Mengkaji semula matlamat dan kesannya sistem pendidikan termasuk kurikulumnya,

dalam rangka dasar pendidikan kebangsaan yang wujud, dengan tujuan untuk

memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi sama ada dari

segi jangka pendek mahupun jangka panjang, dan lebih-lebih lagi untuk memastikan

bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan

masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih”.

Page 20: Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysia

Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979

Pembentang an laporan– pelbagai kelemahan dalam sistem pendidikan pada tahun 1970-an.

Page 21: Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysia

Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979

Apakah penghalang kepada pencapaian matlamat pendidikan bermutu?

Menekankan penguasaan isi kandungan pelajaran

sematam-mata - kurikulum sekolah rendah.

Kaedah pengajaran berpusatkan guru.

Masalah pendidikan yang bermutu rendah; mutu

infrastruktur sekolah dan taraf kesihatan murid-murid

sekolah rendah.

Bakat dan minat murid diabaikan – kurikulum

sekolah menengah.

Page 22: Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysia

Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979

Cadangan yang dibuat untuk memperbaiki matlamat pendidikan bermutu:

Menekankan penguasaan kemahiran asas 3M; membaca, menulis dan mengira (sekolah rendah).

Pembelajaran berpusatkan murid – guru sebagai fasilitator.

Mencungkil dan mengasah bakat terpendam pelajar dapat melahirkan pelajar kreatif dan kritis mampu berinovasi.

Page 23: Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysia

RASIONAL:

Dalam surah al-Alaq ayat 1 hingga 5, Allah s.w.t mewahyukan: “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu-lah Yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”.

Penjelasan ayat 1 hingga 5 al-Alaq menuntut manusia supaya menguasai ilmu

melalui membaca.

Secara saintifik apabila proses 3M (membaca, menulis, mengira) berlaku maka

saraf otak berfungsi secara optimum; penggunaan otak himesfera kanan dan kiri.

Melahirkan pelajar cerdas, cergas dan mampu berkomunikasi dengan yakin

malah bijak berinteraksi dengan guru.

Jadi pembelajaran berpusatkan guru dapat diminimumkan.

Page 24: Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysia

RASIONAL:

Menurut konfisus: “Sifat dan perasaan manusia pada mulanya hampir sama,

hanya kerana amalan tidak sama, maka jarak antara manusia beransur-ansur

semakin jauh”. Konfisus sering menggunakan prinsip perbezaan individu serta

menyesuaikan pendekatan pengajaran mengikut keperluan, keadaan dan kemampuan

penerimaan murid-murid.

Sesungguhnya penciptaan manusia begitu kompleks dan unik. Setiap manusia

diberi akal dan otak yang sama namun kemampuan memanipulasi jentera otak dan

akal berbeza mengikut manusia. Faktor-faktor ini terjadi kerana tahap kesedaran dan

keintelektual seseorang individu, masyarakat sesama berinteraksi dalam persekitarannya

berbeza.

Kurikulum untuk mencungkil dan mengasah bakat pelajar perlu dilaksanakan bagi

melahirkan pelajar yang mempunyai pelbagai kebolehan berbeza mengikut teori Gadner.

Page 25: Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysia

KBSR/KBSMHasil daripada cadangan Laporan Jawatankuasa Kabinet; Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dilaksanakan mulai

1983. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah mulai 1989.

Matlamat KBSR: Memberikan pendidikan yang seimbang dan berlandaskan prinsip-

prinsip dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK),1988 .

Mengembangkan potensi individu secara menyeluruh yang akan membenarkannya untuk beroperasi dengan efisien dalam struktur sosial negara.

Page 26: Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysia

KBSR / KBSM

Objektif KBSR:

Bagi kurikulum di peringkat sekolah rendah bertujuan agar murid boleh menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

Memperoleh ilmu pengetahuan yang sesuai dengan peringkat umur dan perkembangan diri mereka.

Menguasai Bahasa Melayu - sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.

Page 27: Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysia

KBSM/KBSR

Struktur KBSR: Kurikulum sekolah rendah – berfokuskan kemahiran

dalam tiga bidang;

1. Bidang komunikasi.

2. Bidang manusia dengan alam sekitar

3. Bidang perkembangan diri individu*.* mewajibkan semua murid Islam mempelajari dan mengambil

peperiksaan mata pelajaran Agama Islam di sekolah rendah dan menengah.*

Page 28: Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysia

RASIONAL:

KBSR direka oleh Pusat Perkembangan Kurikulum berpusatkan kepada perkembangan potensi murid; J-E-R-I-S terpaksa berhadapan dengan kekangan kos dan masa.

Pelaksanaan KBSR merupakan satu inovasi kurikulum, tetapi bukanlah yang serba baik dan komprehensif.

KBSR dan KBSM telah dilaksanakan oleh semua sekolah di Malaysia, namun pembelajaran berteraskan peperiksaan tetap diguna untuk mengukur aras kecerdasan pelajar.

Justeru penyelidikan dan pembangunan sistem pendidikan Malaysia perlu diadakan secara berterusan melalui gabung jalin idea cendiakawan dan idea ahli politik agar kebajikan individu dan masyarakat terpelihara.

Pendidikan penting sebagai satu elemen asasi pembangunan manusia dan masyarakat.

Page 29: Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysia

KESIMPULAN

Perkembangan sejarah pendidikan di Malaysia semasa era selepas merdeka

melalui tiga fasa;

- Reformasi dalam Sistem Pendidikan Malaysia.

- Penyusunan semula Sistem Sistem pendidikan Malaysia.

- Inovasi dalam pendidikan.

Namun, orentasi peperiksaan yang dicetuskan oleh penjajah masih

menguasai corak pendidikan Malaysia sehingga ke hari ini.

Sebagai negara, yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi sepatutnya

pembangunan modal insan menjadi keutamaan. Kerana ilmu tanpa didasari agama atau kepercayaan melahirkan manusia

angkuh dan sombong malah sanggup menganiaya manusia lain.

Page 30: Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysia

BAHAN RUJUKAN;

SUFEAN HUSSIN (2002), DASAR PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA; TEORI DAN ANALISIS. KUALA LUMPUR

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA.

SUFEAN HUSSIN (2004), PENDIDIKAN DI MALAYSIA; SEJARAH, SISTEM DAN FALSAFAH. EDISI KEDUA,KUALA

LUMPUR.DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA.

ABDUL SAMAD YUSSOF (2010). AL-GHAZALI & KONFUSIUS; IDEA-IDEA PENDIDIKAN BERKESAN,. BANGI, SELANGOR.

PENERBITAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.

TIE FATT HEE (2004), LIABILITI DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN. CHERAS, KUALA LUMPUR. UTUSAN

PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDNBHD.

HTTP:///WWW.GOOGLE/TOKOH-TOKOH ILMUAN ISLAM.(2008).

Sekian, Terima kasih.