falsafah pendidikan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

falsafah, pendidikan, dan falsafah pendidikan

Citation preview

1.0 PENGENALANIlmu falsafah merupakan asas perkembangan semua ilmu yang lain termasuklah munculnya ilmu matematik, perubatan, ilmu falak, sains dan sebagainya. Namun fungsi utama falsafah adalah bertujuan untuk menjawab segala persoalan yang tidak boleh dijawab oleh ilmu-ilmu lain yang terbatas. Sebagai contoh, timbulnya persoalan yang menanyakan apakah tujuan manusia hidup, dari mana manusia wujud dan mengapakah wujudnya alam sekitar. Persoalan-persoalan inilah yang cuba dijawab oleh ahli-ahli falsafah dengan cuba mencari kebenaran daripada punca-punca kewujudan manusia, alam dan sebagainya. Persoalan ini tidak boleh dijawab oleh bidang-bidang ilmu lain yang terbatas. Ilmu falsafah inilah yang akan menjadi pedoman dan panduan buat manusia yang sentiasa berfikir. Istilah falsafah adalah berasal daripada dua perkataan Yunani, iaitu philos yang bermaksud mencintai dan perkataan sophia yang bermaksud kebijaksanaan. jika falsafah ditakrifkan secara kasar dengan bedasarkan perkataan falsafah itu sendiri maka dapat disimpulkan bahawa falsafah membawa maksud perihal mencintai kebijaksanaan. Ilmu falsafah ini telah wujud sejak beribu tahun lagi. Pada zaman Yunani, kira-kira 2500 tahun dahulu, ahli-ahli falsafah sentiasa berusaha menilai, menafsir dan memikirkan mengenai kehidupan dan pengalaman manusia dengan tujuan mencari kebenaran dan nilai hidup yang sebenar. .2.0 KONSEP FALSAFAH, PENDIDIKAN, DAN FALSAFAH PENDIDIKANFalsafah ialah satu disiplin ilmiah yang mengusahakan kebenaran yang umum dan asas. Secara umumnya falsafah mengandungi dua ciri utama iaitu merupakan satu usaha pemikiran yang tuntas dan falsafah ini dicipta bertujuan untuk mendapatkan kebenaran. Sehingga kini penakrifan falsafah belum lagi disepakati oleh ahli-ahli falsafah kerana kita mampu untuk berfalsafah mengenai pengertian falsafah. Teknik pemikiran dan kemampuan berfikir yang berbeza akan memberikan falsafah penakrifan yang berbeza. Menurut Drs. Sidi Gazalba, berfalsafah ialah mencari kebenaran dari kebenaran untuk kebenaran, tentang segala sesuatu yang dimasalahkan, dengan berfikir secara radikal, sistematik dan sejagat. Apabila seseorang berfikir demikian dalam menghadapi masalah dalam hubungannya dengan kebenaran, adalah orang itu telah memasuki falsafahSharifah Alwiah Alsagoff telah menulis dalam bukunya yang bertajuk Falsafah Pendidikan (1984) yang menceritakan tafsiran falsafah terdiri daripada lima perkara iaitu, falsafah ialah pertimbangan asas dan andaian mengenai pertimbangan terhadap perkara yang penting. Falsafah mempersoalkan prinsip-prinsip realiti, ilmu dan nilai. Falsafah cenderung untuk mengumpulkan rumusannya kepada bentuk- mazhab-mazhab atau sistem-sistem pemikiran. Falsafah turut ditakrifkan sebagai satu pendekatan rasional terhadap sesuatu masalah atau persoalan. Akhir sekali, falsafah ditakrifkan sebagai sesuatu penyiasatan yang komprehensif dan logikal mengenai asas-asas pemikiran atas semua aktiviti manusia, khususnya dalam bidang sains, seni, agama, dan pendidikan.Secara umumnya pendidikan dapat disimpulkan sebagai satu proses yang berkaitan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Menurut Kamus Pendidikan (1979), Pendidikan adalah satu proses menyeluruh yang bertujuan untuk memperkembangkan kebolehan dan tingkahlaku manusia. Ia juga satu proses sosial yang memberi peluang kepada seseorang individu untuk memperoleh kemahiran sosial serta perkembangan peribadi. Di samping itu, ia dijalankan dalam satu suasana yang terpilih serta terkawal yang diinstitusikan dan dikenali sebagai sekolah. Pengertian ini menunjukkan bahawa pendidikan boleh diertikan sebagai aktiviti persekolahan.Konsep falsafah pendidikan adalah berbeza dengan konsep falsafah dan konsep pendidikan secara asasnya. Falsafah pendidikan adalah konsep filososfikal dalam pendidikan, yang berkait rapat dengan pendekatan falsafah digunakan untuk membina teori pendidikan bedasarkan masalah atau isu pendidikan di bawah kajian. Falsafah pendidikan boleh diertikan sebagai pedoman, arah tuju, atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan dan ia turut boleh dipanggil teori pendidikan. Falsafah pendidikan boleh digunakan bagi menjawab persoalan-persoalan berkaitan pendidikan yang muncul seperti, apakah pendidikan?, apakah tujuan pendidikan? dan sebagainya3.0 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM Apabila ketiga-ketiga perkataan falsafah, pendidikan, dan Islam digabungkan menjadi satu rangkaian kata yang membawa maksud falsafah pendidikan yang berteraskan roh Islam, atau falsafah islam untuk pendidikan, dan ia disebut Falsafah Pendidikan Islam. Maka, falsafah pendidikan Islam ini adalah bertujuan untuk menyediakan manusia dengan pengalaman dan ilmu pengetahuan yang cukup agar ia kenal dirinya serta tugas dan tanggungjawabnya, serta mengetahui cara untuk menjalankan atau melaksanakan tanggungjawabnya sebagai khalifah Allah. Menurut perspektif Islam, pendidikan bermaksud satu proses secara berterusan memupuk seluruh potensi manusia dari segi intelek, akhlak, rohani dan jasmani secara bersepadu dan seimbang ke arah pembentukan insan soleh yang membawa kebaikan di dunia dan akhirat. Perspektif Islam lebih menekankan aspek kerohanian yang mempunyai konsep pengertian yang lebih menyeluruh dan syumul berbanding pandangan ahli falsafah barat yang menekankan aspek jasmani dan luaran dari segi moral dan kewarganegaraan.Hassan Langgung (1987), mengatakan bahawa pendidikan merupakan proses mengubah dan memindahkan nilai-nilai kebudayaan setiap individu. Proses perpindahan tersebut berlaku melalui tiga kaedah iaitu pengajaran, latihan, dan indoktrinasi. Kaedah pengajaran adalah kaedah dimana berlakunya proses pemindahan maklumat dan pengetahuan daripada seorang individu kepada individu yang lain. Kaedah latihan adalah kaedah yang digunakan bagi memantapkan sesuatu kemahiran dengan melakukan sesuatu perkara secara berulang kali. Akhir sekali, perpindahan nilai-nilai kebudayaan berlaku dengan indoktrinasi di mana kaedah ini menjadikan seseorang dapat meniru apa yang dilakukan oleh orang lain. Kaedah peniruan ini berlaku biasanya tertumpu kepada kanak-kanak yang sedang membesar. Mereka akan mempelajari sesuatu kemahiran dengan melihat dan meniru perbuatan orang sekeliling. Pada amnya, falsafah pendidikan Islam adalah bedasarkan ajaran al-Quran. Menurut Langgung (1979), perkara-perkara yang menjadi dasar pendidikan Islam dapat disimpulkan kepada 7 perkara asas iaitu, keesaan kepada tuhan (tauhid), kepercayaan kepada pesuruh-Nya (rasul), kepercayaan kepada wahyu-wahyu tuhan kepada nabi-nabi, manusia mempunyai potensi dalam perkembangan moral dan kerohanian, setiap individu bertanggungjawab terhadap tindakan sendiri, kehidupan keduniaan dan akhirat, dan akhir sekali persamaan dan persaudaraan sejagat antara semua umat islam. Asas-asas pendidikan Islam ini adalah selaras dengan ajaran al-Quran yang menceritakan tentang kewujudan tuhan dan hubungannya dengan alam sekitar.Tuhan telah menurunkan dua kitab yang menjadi panduan supaya manusia berfikir dan berfalsafah iaitu, al-Quran dan alam sekitar termasuklah manusia. Manusia telah dikurniakan pelbagai potensi yang mampu membuatkan manusia mempelajari dan memahami hukum-hukum alam dan pelbagai ilmu-ilmu daripada tuhan. Syed Muhammad Al-Naquib Al-Attas, ilmu islam merangkumi dua displin utama iaitu, displin agama dan displin kognitif. Displin agama merangkumi ilmu ajaran Quran, teologi, metafizik, bahasa Arab dan Sastera. Displin kognitif adalah merangkumi ilmu kemanusiaan, alam sekitar, sains gunaan dan teknologi.4.0 HUBUNGAN FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAANFalsafah Pendidikan Kebangsaan ialah sebuah dasar pendidikan yang telah dilaksanakan di Malaysia. Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani bedasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara falsafah yang di rangka adalah disebabkan beberapa faktor luaran antaranya ialah faktor sosial, faktor ekonomi dan faktor politik. Penduduk asal di Tanah Melayu telah sinonim dengan amalan dan gaya Islam. Falsafah Pendidikan Islam turut dikaitkan dalam merangka Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani bedasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan". Falsafah ini dirangka bedasarkan Falsafah Pendidikan Islam yang menekankan tentang kehidupan keduniaan dan akhirat. Proses pembelajaran bukan hanya untuk diguna pakai sewaktu di dunia. Ilmu yang bermanfaat akan membantu manusia menghadapi hari akhirat iaitu hari selepas kematian. Hal ini menekankan proses pembelajaran yang akan sentiasa berterusan bagi menyiapkan diri untuk akhirat. Falsafah Pendidikan Islam turut menekankan bahawa manusia mempunyai potensi dalam perkembangan moral dan kerohanian dan ini berkait dengan perkembangan potensi individu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Kesepaduan bagi mewujudkan insan yang seimbang yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) adalah seiring dengan penerangan mengenai pendidikan oleh ahli-ahli falsafah adalah merangkumi jasmani dan rohani. Menurut Mohd Qatb, pendidikan ialah proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang iaitu dari segi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia ke tahap kesempurnaan. Hal ini adalah termasuk dalam 6 dasar yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Islam dimana al-Quran adalah wahyu Allah yang disampaikan kepada manusia melalui pesuruh-Nya dan al-Quran membimbing manusia melakukan kebaikan. Kepercayaan ini melibatkan pendidikan rohani dan intelek yang memikirkan tentang kekuasaan Allah. Bagi membentuk insan yang baik adalah sangat memerlukan ilmu pendidikan mengenai dalaman iaitu menjaga hubungan dengan Allah dan dari segi luaran iaitu menjaga hubungan dengan mahlukKepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan adalah turut ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Islam dengan dasarnya iaitu keesaan tuhan, kepercayaan pesuruh-pesuruh-Nya kepercayaan kepada wahyu dan juga kehidupan dunia dan akhirat. Dasar ini diterapkan dalam falsafah adalah bertujuan supaya manusia menimba ilmu bukan bertujuan untuk dunia dan secara fizikal sahaja, malah ilmu ini digunakan bagi mengenal tuhan dan mengikut segala perintahnya kerana tuhan telah menciptakan kita untuk kita taat padanya. Kepercayaan mengenai unsur-unsur ghaib ini mampu menjawab segala persoalan yang mungkin tidak mampu dipikirkan manusia serta mewujudkan satu bidang ilmu baru. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Falsafah ini seiring dengan pandangan ahli falsafah Islam, Al-Ghazali tentang pendidikan iaitu proses pendidikan merangkumi aspek intelek, latihan jasmani serta pembinaan akhlak yang mulia, berani dan hormat-menghormati. Rakyat yang berilmu pengetahuan akan mampu membentuk diri dalam menjadi insan yang berguna. Segala nilai-nilai murni yang wujud dalam diri setiap insan adalah berkait rapat dengan aspek-aspek kerohanian. Percaya bahawa Allah telah menciptakan manusia itu semua sama yang membezakan adalah ketakwaan kepada tuhan akan membuatkan manusia sendiri mempunyai pembakar semangat bagi melakukan kebaikan kepada orang lain. Al-Quran telah menggariskan bahawa setiap yang baik akan di balas baik. 5.0 KEPENTINGAN FALSAFAH TERHADAP ASPIRASI PENDIDIKAN Seperti yang telah difahami, falsafah merupakan satu panduan dan bimbingan mengenai sesuatu perkara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bertujuan untuk memajukan bidang pendidikan di negara Malaysia. Bedasarkan falsafah pendidikan yang telah dirangka, Malaysia ingin mencapai 5 hasil pendidikan daripada perancangan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Aspirasi pendidikan yang pertama ialah akses kepada kejayaan. Setiap kanak-kanak di Malaysia, berhak mendapat akses yang sama kepada pendidikan berkualiti bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing. Pendidikan awal kanak-kanak amat penting bagi membentuk sahsiah dan akan berkembang sepanjang tempoh pembelajaran. Setiap manusia telah dikurniakan bakat yang terpendam oleh tuhan dan bakat ini perlu dicungkil melalui sistem persekolahan dan oleh itu semua kanak-kanak berhak mendapat pendidikan bagi memperkembangkan lagi potensi diri mereka dan membentuk masa depan negara yang cemerlang.Aspirasi Malaysia adalah untuk berada dalam kalangan negara sepertiga teratas dari segi prestasi berdasarkan penilaian antarabangsa seperti TIMSS (Trends in Mathematics and Science Study) dan PISA (Programme For International Student Assessment) dalam tempoh 15 tahun. Dalam usaha ini kualiti pendidikan ditekankan bagi melahirkan pelajar yang cemerlang untuk menunjukkan betapa cekapnya sistem pendidikan di Malaysia berbanding negara-negara lain. Bagi melahirkan sistem pendidikan yang mantap, setiap kelompok masyarakat perlu memainkan peranan penting. Hal ini melibatkan integriti dan ketrampilan para guru dalam mendidik murid. Bagi melahirkan murid yang cemerlang, guru perlu terlebih dahulu menyiapkan diri dengan segala nilai murni yang cuba disampaikan kepada murid. Pendidikan mampu berlangsung secara indoktrinasi.Sistem pendidikan Malaysia berhasrat merapatkan separuh jurang sosioekonomi, antara bandar dengan luar bandar, dan gender dalam pencapaian murid menjelang 2020. Penekanan terhadap hubungan ketuhanan akan menggalakan manusia untuk melakukan kebaikan. Keseimbangan yang wujud dari segi rohani dan jasmani akan menyedarkan tentang tanggungjawab dan hubungan antara tuhan dan makhluk. Kerajaan bertanggungjawab untuk memastikan semua rakyat mendapatkan pendidikan kerana pendidikan itu merupakan aspek yang penting dalam melahirkan modal insan yang akan mampu meneraju negara kelak. Tanggungjawab ini merupakan tanggungjawab untuk membentuk sebuah negara yang harmoni dan sejahtera dengan ilmu. Kerajaan telah menyediakan banyak bantuan dan alternatif untuk setiap kanak-kanak mendapatkan pendidikan.Malaysia berhasrat untuk membentuk perpaduan melalui pendidikan kerana kanak-kanak banyak meluangkan masa di sekolah. Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berahklak mulia dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan serta menyumbang keharmonian dan kemakmuran. Melalui pendidikan ini kerajaan berhasrat untuk menyedarkan rakyat tentang pentingnya perpaduan dan guru-guru hendaklah memainkan peranan untuk menyemai nilai-nilai murni dan akhlak mulia di kalangan pelajar. Kepercayaan kepada tuhan yang menciptakan manusia itu semua sama akan membantu mewujudkan kesedaran tentang persamaan antara manusia yang boleh mewujudkan perpaduan. Keseimbangan dari segi JERIS amat diperlukan bagi melahirkan kesejahteraan diri.Akhir sekali, aspirasi kerajaan adalah kecekapan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Seorang pendidik yang memahami falsafah yang telah dirangka akan mampu memberikan satu komitmen yang tinggi dalam mencapai segala hasrat dan kehendak pendidikan di Malaysia. Tujuan pendidikan adalah melahirkan insan yang seimbang dari pelbagai aspek dengan berlandaskan pada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Bagi melahirkan insan ini, pendidik tersebut perlulah seimbang terlebih dahulu sebelum mampu melakukan tugasan ini. Sistem pengurusan perlulah berintegriti bagi memaksimumkan penggunaan perbelanjaan yang telah dilabur dalam sistem pendidikan bagi mewujudkan sistem yang mantap. 6.0 IMPLIKASI TERHADAP PERANAN GURUFalsafah pendidikan adalah bertujuan untuk memandu dan membimbing pendidikan. Dalam pendidikan terdapat beberapa kelompok yang memainkan peranan penting yang akan bergerak mengikut falsafah pendidikan. Dalam falsafah pendidikan, yang menjadi golongan sasaran adalah pelajar dan kanak-kanak. Bagi mencapai falsafah pendidikan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dan mampu menyumbang untuk negara, golongan pendidik turut memainkan peranan yang penting. Kelompok pendidik termasuklah sama ada di sekolah iaitu guru ataupun di pejabat atasan yang menguruskan sistem pendidikan seperti pegawai-pegawai pendidikan.Dalam kelompok pendidik, guru dilihat sebagai aspek penting dalam menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru mestilah sentiasa bersedia untuk menerima cabaran sama ada daripada pelajar dan pihak atasan sendiri. Guru mestilah fleksibel dalam menjayakan hasrat kerajaan mengikut dasar yang telah dirancang dan memastikan pelajar yang dididik mampu mencapai Falsafah Pendidikan Negara. Proses pendidikan awal kepada kanak-kanak amat penting bagi membentuk satu tapak ataupun jati diri pelajar tentang segala aspek temasuklah nilai-nilai murni dan akhlak mulia yang tidak termasuk dalam silibus pengajaran. Proses pendidikan akan berterusan walaupun setelah tamat persekolahan. Sesebuah bangunan akan kukuh jika dibina di atas tapak yang kukuh. Asas-asas yang telah diajarkan oleh guru akan membuatkan pelajar mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan. Perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu serta melahirkan insan yang seimbang dan harmonis mampu di capai dengan bantuan guru sahaja. Jika guru hanya menggangap tugasnya selesai mengikut silibus, maka guru itu telah gagal untuk mendidik insan yang seimbang. Guru haruslah pandai mendidik pelajar untuk mempraktikkan apa yang telah di pelajari di sekolah ke dalam kehidupan seharian. Bakat potensi dan kebolehan tidak boleh dikembangkan secara berasingan. Seseorang itu akan mampu menghadapi segala cabaran hidup jika mereka mempunyai kekuatan JERIS dan jati diri yang mantap. Guru haruslah mendidik pelajar seiring dengan konsep ketuhanan agar dapat melahirkan insan yang sempurna dan sejahtera.Kanak-kanak sering mengadaptasi sesuatu ilmu baru melalui penglihatan dan pendengaran. Kanak-kanak akan meniru setiap perkara baru yang dilihat dan diamalkan oleh masyarakat sekeliling. Bagi melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab, berakhlak mulia dan berketrampilan, guru haruslah menjadi salah satu contoh teladan dan role model yang boleh diikut dan ditiru dalam proses pengalihan kemahiran seperti meniru nilai-nilai murni yang diamalkan oleh guru. Setiap gerak-geri guru akan diperhatikan dan kanak-kanak akan mula mempelajarinya secara tidak langsung. 7.0 RUMUSANFalsafah merupakan satu bidang ilmu yang memikirkan sesuatu perkara dengan lebih mendalam dan menjadi asas perkembangan sesuatu ilmu baru. Falsafah islam adalah beraskan wahyu daripada Allah yang diturunkan kepada nabi. Falsafah Pendidikan Islam menjadi satu dasar bagi melahirkan masyarakat yang sempurna melalui pendidikan. Sesuatu itu mampu dicapai dengan adanya pendidikan. Sesebuah kejayaan yang diperolehi adalah hasil daripada pemikiran tentang sesuatu perkara. Pendidikan membuatkan manusia sentiasa belajar dan memikirkan tentang perkara-perkara baru. Dalam pendidikan, guru merupakan satu tugas yang paling utama kerana proses pendidikan adalah pemindahan kemahiran daripada guru kepada pelajar. Bagaimana sikap seseorang guru itu akan mempengaruhi insan-insan yang akan dilahirkan kelak. Guru bukan sahaja mengajar, malah memainkan peranan sebagai, pendidik, ibu bapa, doktor, jurutera yang akan merawat anak-anak dan melahirkan insan yang mampu berbakti pada negara di samping memajukan negara.

8