Upload
azian
View
271
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
azianzainulbidin
Seuntai Kata
Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmatNya, dapat saya
menyiapkan tugasan ini. Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa serta cabaran dan
dugaan yang dihadapi telah dilalui, meskipun memerlukan ketabahan dan kesabaran dalam
menyelesaikan sesuatu perkara.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada tutor saya iaitu
En. Kamaludin B Mokri di atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga beliau dalam
memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya menyempurnakan tugasan
ini. Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa baik tuan.
Terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada semua tutor dan rakan-rakan di
Fakulti Pendidikan dan Bahasa OUM yang telah menyumbang ilmu yang tidak ternilai
harganya sepanjang semester ini.
Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta membantu saya di dalam
meneruskan cabaran untuk membawa pulang segulung ijazah. Sesungguhnya segala
kesabaran dan penat jerih lelah pastinya ada hikmah disebaliknya.
Terima Kasih.
Azian bin Zainul Bidin 720324045199
1
azianzainulbidin
ISI KANDUNGAN
SEUNTAI KATA 1
ISI KANDUNGAN 2
SOALAN TUGASAN 3
1.PENDAHULUAN-Gaya Hidup Sihat 4
2.KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM 5 2.1.Nama Program 2.2.Tema Program2.3.Tarik Program2.4.MatlamatMatlamat2.5.Objektif2.6.Kumpulan Sasaran2.7. Format Pelaksanaan2.8. Jawatankuasa Penganjur2.9.Tentatif Program2.10. Jadual Aktiviti Programt2.11. Anggaran Perbelanjaan Pengurusan Program2.12. Penutup 92.13. Pengesahan 10
3.0 BIBLIOGRAFI 11
4.0 LAMPIRAN-BUKU PANDUAN 12
2
azianzainulbidin
SOALAN TUGASAN
Dalam mesyuarat Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) awal tahun, Ketua Panitia
anda mencadangkan agar Panitia PJK mengelolakan satu Pameran Gaya Hidup Sihat untuk
murid-murid Tahap 2. Pameran ini adalah untuk satu hari sahaja dan akan memberi tumpuan
kepada aspek senaman dan rekreasi, rehat dan tidur serta pengurusan stres sahaja.
Selaku Setiausaha Panitia PJK, anda diminta merancang dan mengelolakan program tersebut.
(a) Sediakan SATU kertas cadangan yang lengkap untuk memohon kebenaran pihak
sekolah meluluskan program ini.
(15 markah)
(b) Hasilkan SATU buku panduan yang mengandungi maklumat tentang aspek senaman
dan rekreasi, rehat dan tidur serta pengurusan stres, sesuai untuk murid-murid Tahap 2.
(15 markah)
[Jumlah: 30 Markah
3
azianzainulbidin
1.0 Pendahuluan
Gaya hidup yang sihat merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan. Insan yang
sihat pastinya dapat memainkan peranan aktif terhadap pembangunan agama, bangsa dan
negara. Pertubuhan kesihatan Sedunia (WHO, 1948) mendefinisikan gaya hidup sihat sebagai
suatu keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, sergas, cerdas serta bebas dari sebarang
penyakit.berlandaskan keadaan social dan masyarakat. Definisi ini menegaskan bahawa status
gaya hidup yang sihat ditunjangi oleh faktor fizikal dan mental dan sosial yang sihat,
berfungsi, cergas serta tidak diancam oleh sebarang penyakit yang boleh memudaratkan insan.
Aspek kesihatan merupakan salah satu fokus utama di sekolah, yang dilihat adalah mengenai
masalah obesiti atau kegemukan di kalangan kanak-kanak semakin serius apabila dianggarkan
40 peratus berlaku berikutan gaya hidup ibu bapa yang gemar membawa keluarga makan di
luar terutama pada waktu malam.
Gaya hidup yang lebih kepada bersenang-lenang seperti bermain komputer, menonton
televisyen, bermain video, dan sebagainya. Penurunan aktiviti fizikal dan peningkatan
pengambilan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi akan menyumbang kepada masalah
kegemukan atau obesiti. Masalah ini perlu diberi perhatian serius kerana berat badan yang
berlebihan boleh membawa risiko kesihatan berpanjangan. Obesiti pada kanak-kanak tidak
boleh dipandang mudah dan apa yang boleh dilakukan ialah dengan mengubah kepada gaya
hidup yang lebih selamat.
Justeru itu pihak Panitia Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan bersama PIBG
mencadangkan satu program yang bertemakan “Gaya Hidup Sihat” di mana program ini akan
lebih memfokuskan kepada Senaman dan Rekreasi, Rehat dan Tidur dan juga Pengurusan
Stres kepada warga sekolah. Pelbagai usaha dan cara digunakan seperti kempen-kempen sama
ada daripada aspirasi kerajaan mahu pun pihak swasta perlu bagi melahirkan masyarakat yang
sihat, cergas, sejahtera dan bebas dari penyakit yang disebabkan oleh gaya hidup sedentari.
Sasaran utama program ini ialah semua golongan rakyat Malaysia terutamanya murid-murid
di sekolah rendah tahap 2 agar dapat mengamalkan dan menjalankan gaya hidup yang sihat
untuk kesihatan mereka. Pihak kamia akan mengemukakan kertas kerja cadangan bagi
menjalankan program tersebut yang berbentuk pameran disamping pelbagai aktiviti lain turut
diadakan kelak.
4
azianzainulbidin
2.0 Kertas Kerja Cadangan Program Gaya Hidup Sihat
KERTAS CADANGAN PROGRAM PAMERAN GAYA HIDUP SIHAT “KESIHATAN TUNJANG KEBAHAGIAAN”
SEKOLAH KEBANGSAAN KOPOK2010
ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
BERSAMA DENGAN PIBG SK KOPOK
2.1. NAMA PROGRAM
Kesihatan Tunjang Kebahagiaan
2.2 TEMA PROGRAM / PAMERAN
Gaya Hidup Sihat
2.3 TARIKH PROGRAM
Tarikh:15 September 2010
Hari: Sabtu
Masa: 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
2.4 MATLAMAT PROGRAM
Mendedahkan murid kepada satu cara gaya hidup sihat yang mesti diamalkan sepanjang masa
untuk faedah murid, keluarga dan masyarakat khususnya dan mewujudkan suasana
pembelajaran dan pengajaran secara tidak langsung dalam membentuk dan membantu
memperkayakan pengetahuan murid tentang amalan kesihatan yang betul.
2.5 OBJEKTIF
2.5.1 Memberi pendedahan tentang gaya hidup sihat dan budaya masyarakat yang
mementingkan penjagaan kesihatan.
2.5.2 Memperluaskan pengetahuan murid-murid tentang amalan kesihatan dan penjagaan
kesihatan untuk pembangunan negara.
2.5.3 Memberi pendedahan tentang obesiti, stress dan rekreasi serta rehat yang betul yang
pelbagai sebagai panduan kesihatan masa hadapan.
2.5.4 Membolehkan murid-murid mengetahui dan menghayati bahan pameran dan info
maklumat yang berguna.
2.5.5 Menambahkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada terhadap kesihatan diri dan juga
gaya hidup yang sihat
5
azianzainulbidin
2.6. KUMPULAN SASARAN
Murid : 872 orang
Guru : 98 orang
Jumlah : 990 orang
2.7. FORMAT PELAKSANAAN
Mengadakan pameran berpusat di dalam Dewan Besar, Laman Bestari dan kelas serta
kawasan sekolah bagi memberi pendedahan kepada kumpulan sasar.
2.8. JAWATANKUASA PENGELOLA/ PENGANJUR
Pengerusi :Pn Hjh Che Rohaya Bt A.Rahim – Guru Besar SK Kopok
Naib pengerusi :Hj Mohd Rashidi B Yong – YDP PIBG SK Kopok
Setiausaha :En.Azian B Zainul Bidin
Bendahari :Pn Wan Norzanai Bt Wan Chik
AJK :Pn. Rosiahyati Bt Ahmadi
:Pn Nor Ainamala Bt Mat Ramlan
:En. Mahadisyam B Amin Shahab
:Cik Noor Azleeniza Bt Yusof
:Cik Nor Azizah Bt Abd Mihatah
:En Zulkarnain B Sudarno
:En Mohd Lopti B Martopo Sutir
Ahli Jawatankuasa Kecil Program Gaya Hidup Sihat
Pendaftaran
Pn Nazlin bt Abu Samah
Pn Rodiah bt Haron
Pn Safiah bt Osman
Sambutan Dan Urusetia
Pn.Normadiah bt Mohamed
Pn.Siti Saparriah bt Hamim
Hjah Mariah bt Mohamad
Pn Jamilah bt Aziz
Pn Hjh Kamar bt Abdullah
Buku Program
Pn Haliza bt Ismail
Pn Jawiyah bt Hashim
Jamuan Murid
Pn Masdalina bt Masri
Jamuan Ibu Bapa
Pn Aslinda bt Arshad
PA Sistem dan LCD
En Abd Majid b Mohamad
6
azianzainulbidin
Pn Jamilah bt Husin Pn Haidah bt Soimin En Aswadi b Wahab
Persiapan Dewan
En Shaharudin b Bitah
En Saifuldin b Hasan
Pertandingan
En Nur-Ul Faiz b Saidi
Pn Nor Azian bt Badri
Pameran
En Saifuldin b Hasan
En Mohd Hanif b Baharudin
Kawalan Murid
Pn Rahmawati bt Waris
En Rashdan b Baba
En Tukijo b Tukiman
Kawalan Lalulintas
Ustaz Mazlan b Subran
En Zulrahim b Yusof
En Suwandi b Sahap
Bahan dan Alatan
Pn.Siti Norhasikin bt Salleh
Pn Kurniah bt Mamat
Hadiah dan Cenderahati
Pn Norizan b Noor
Pn Norazah bt Hashim
Pn Normala bt Omar
Sijil Penyertaan
En Mohd Akhir b Samat
Pn Siti Suhaila bt Razman
Banner dan Kain Rentang
En Jaapar b Karwi
En Marso b Dikan
2.9 TENTATIF PROGRAM
7.30 pagi Pendaftaran para pengunjung/murid
Senamrobik
8.45 pagi Ketibaan perasmi iaitu YB Tuan Hj Abdul Halim B Sulaiman
(ADUN Putri Wangsa)
-Ucapan aluan oleh Guru Besar
-Ucapan aluan oleh YDP PIBG
-Ucapan Perasmian Oleh YB
9.30 pagi Lawatan ke Pameran Gaya Hidup Sihat dan Kempen Pemeriksaan
Percuma
10.00 pagi Jamuan Kenamaan
10.30 pagi VIP bersurai
2.10 Aktiviti Pameran Gaya Hidup Sihat
7
azianzainulbidin
MASA/TEMPAT AKTIVITI PENYERTAAN
7.30-9.30
Dewan Besar
Perasmian
Tayangan Slaid/ Video
Kuiz Kesihatan
Senamrobik
Semua murid
Pengunjung
9.00-10.30
Blok B
Kelas 1,2 3,4
Pertandingan Melukis Poster
Mewarna
Peserta
Tahun 4, 5 dan 6
Tahap 2
8.00-1.00 tgh
Ruang Legar
Bistari
Pameran Kesihatan
1.Kempen Cegah Obes Elak Stres
2.Prostar
3.Rekreasi Sihat
4Tidur Berkualiti
5.Galeri Pameran
Semua jemputan yang
hadir
8.00-11.00
Kantin
Pameran Makan Seimbang
1.Demontrasi masakan
Peserta
Jemputan
12.00 Upacara penyampaian hadiah
Bersurai
Peserta
Jemputan
2.11 Anggaran Perbelanjaan Pengurusan Program
8
azianzainulbidin
2.11.1 Anggaran Sumber Kewangan Program
A ) MURID 980 Orang X RM 5.00 = RM 4900 .00B ) GURU 96 Orang X RM 7.00 = RM 672.00 C ) SUMBANGAN PIBG & AGENSI SETEMPAT = RM 500.00
D) PERUNTUKAN DARI YB = RM 2000.00E) SUMBANGAN DARI MPPG = RM 500.00
JUMLAH: RM 8572.00
2.11.2 Anggaran Perbelanjaan Program
BIL PERKARA RM/UNIT JUMLAH1 Makanan dan minuman peserta 2.00 1960.002 Makanan dan minuman petugas 120x4.00 480.003 Cenderahati dan hadiah 125x 5.00 625.004 Bahan Program - 300.005 Hadiah pertandingan 345x 10.00 3450.006 Banner.Banting dan pamplet - 450.007 Pengangkutan 2 bas 240.008 Photostat dan alat tulis - 340.009. Pengurusan Dewan, Ruang Legar, Bilik Darjah 600.0010. Perbelanjaan luar jangka 127.00
JUMLAH 8527.00
2.12 Penutup
Program ini diharap dapat memberi manfaat kepada kumpulan sasaran kerana buat
masa ini belum ada usaha yang dapat menyemai rasa bangga dan yakin dengan gaya hidup
sihat yang boleh membawa kepada kemajuan dan kemakmuran negara. Program yang
dicadangkan ini mudah-mudahan dapt merealisasikan harapan pihak panitia dan juga
pembangunan kesihatan murid memandangkan tahap kesihatan murid di sekolah ini masih
pada tahap sederhana.
Oleh kerana pihak panitia mendapati ramai dikalangan warga sekolah terutamanya
murid-murid di sekolah ini masih lagi tidak dapat mengamalkan gaya hidup sihat yang
sempurna maka dengan itu tiada pilihan lain bagi mendapatkan tahap kecergasan dan
kesihatan yang baik melainkan dengan usaha yang berterusan, masa, wang ringgit, kaedah
yang konsisten, cara dan teknik yang betul dan disiplin yang tinggi bagi mencapai hasrat
tersebut. Manakala untuk cergas fizikal perlu diseimbangkan dengan kecergasan minda atau
mental. Jika ketahanan kita kurang untuk mengatasi stres dan mudah tertekan kita akan
menjadi tidak terkawal walaupun memiliki kecergasan badan yang tinggi kita akan mudah
mengalami tanda-tanda lesu,letih dan tidak bermaya yang boleh mengakibatkan mengalami
9
azianzainulbidin
stress dan kemurungan. Diharapkan agar program Gaya Hidup Sihat ini akan mendapat
pertimbangan yang sewajarnya daripada pihat sekolah kerana inilah julung-julung kali
program yang berbentuk pameran seumpama ini diadakan di sekolah ini di bawah anjuran
Pihak Panitia Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan bersama PIBG Sekolah Kebangsaan Kopok.
Sekian, terima kasih.
2.13 PENGESAHAN
Kertas Cadangan Ini Disediakan Oleh,
Tarikh: 26 Julai 2010
……………………………..........…(EN.AZIAN BIN ZAINUL BIDIN)Setiausaha Panitia PJK,SK Kopok,Merangkap,Setiausaha Program Gaya Hidup Sihat 2010
Disemak oleh, Tarikh: 28 Julai 2010
…………………………………........(PN.SAINAH BT SABIKAN)Guru Penolong Kanan Kurikulum SK Kopok.
Disahkan oleh, Tarikh: 28 Julai 2010
……………………………………...(PN.ROHAYA BT MOHD LAZIM)Guru BesarSK Kopok, Pasir Gudang, Johor.3.0 Bibliografi
Dasar Program Bersepadu Sekolah Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia.
10
azianzainulbidin
Jas Laile Suzana (1998). Psikologi kanak-kanak dan remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Jones, D. H., Havel, Y., & Lewinson, R. M. (1992). Living arrangements: Knowledge of
health
Kementerian Kesihatan Malaysia. Rekod Kesihatan dan Perkembangan Kanak-kanak KKM
disesuai daripada Carta National Center for Health Statistics USA.
Kementerian Kesihatan Malaysia. Buku Panduan Kempen Cara Hidup Sihat. 1997.
Program Kesihatan Sekolah Sihat, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan
Malaysia, September 2007
Pertolongan Cemas Prinsip dan Amalan,Cresent News: Kuala Lumpur , Abdul Rahman Isa,
Rusli Nordin& Abdul Manaf Hamid (1990).
http://www.myhealth.gov.my
http://blogs.iium.edu.my/
http://ahmadlokman.blogspot.com/
http://www.freewebs.com/outdoorasia/Microsoft Word - pengetahuan & amalan gaya hidup
sihat.
4.0 Buku Panduan Kesihatan- Gaya Hidup Sihat
Dilampirkan.
11
azianzainulbidin
12
azianzainulbidin
1 2 3 4 2 5 6 7 3 8 9 10 4 11 12 135 14 15
13