16
PERLU JADI PENDESAK KERAJAAN GERAKAN BELIA YAB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Timbalan Perdana Menteri Era Malaysia baharu, pemimpin belia bebas mengkritik dan memberi idea yang konstruktif kepada kerajaan selagi menjaga adab keagamaan dan tatasusila 7 8 6 11 LAWATAN RASMI MENTERI BELIA DAN SUKAN 7 DEKAD MBM MEMACU BELIA HARAPAN NEGARA JELAJAH BELIA SAYANGI MALAYSIAKU SEKOLAH POLITIK TINGKAT PENGETAHUAN DAN KESEDARAN Bil. 7 / 2018

GERAKAN BELIA - belia.org.mybelia.org.my/wp/wp-content/uploads/2018/12/BULETIN-MBM-1...isu yang menggemparkan negara ketika itu. Namun, atas semangat kebeliaan dan kebersatuan yang

  • Upload
    habao

  • View
    236

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

PERLU JADI PENDESAKKERAJAAN

GERAKAN BELIA

YAB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan IsmailTimbalan Perdana Menteri

Era Malaysia baharu, pemimpin belia bebas mengkritik dan memberi idea yang konstruktif kepada kerajaan selagi menjaga adab keagamaan dan tatasusila

786

11LAWATAN RASMIMENTERI BELIA DAN SUKAN

7 DEKAD MBM MEMACUBELIA HARAPAN NEGARA

JELAJAH BELIASAYANGI MALAYSIAKU

SEKOLAH POLITIK TINGKATPENGETAHUAN DAN KESEDARAN

Bil. 7 / 2018

22

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

2018-2028 merupakan tempoh sedekad MBM melangkaui usia 7 siri. Ranjau dan onak duri yang dilalui oleh mantan pemimpin dan penggerak belia telah meletakkan MBM pada hari ini di landasan utuh.

Tempoh sedekad ini bakal menyaksikan perubahan era kepimpinan senior kepada ‘junior legacy’ sebagai usaha kelangsungan pertubuhan. Belia masa kini telah berani membuat cagaran yang boleh dilihat melalui PRU-14 yang menyaksikan kuasa anak muda tiada sempadan. Harga bagi sebuah perubahan dan kestabilan cukup mahal dan memerlukan kerjasama erat antara semua sektor berganding bahu memastikan kelangsungan ekonomi, sosial, dan politik Malaysia kekal aman dan makmur dipacu oleh generasi mudanya.

MBM melihat senario anak muda ini menjadi pemangkin untuk terus kekal relevan mendepani cabaran 7 Dekad.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Belia adalah golongan yang akan menentukan corak dan perkembangan sesebuah negara, bukan sahaja kerana jumlah para belia yang merupakan majoriti penduduk, tetapi kerana golongan inilah yang mempunyai kesanggupan dan daya usaha serta idealisme yang amat diperlukan terutamanya dalam pembentukan sesebuah negara yang sedang membangun.

Di atas kesedaran inilah maka Majlis Belia Malaysia (MBM) sebagai badan induk pertubuhan belia di Malaysia telah bertindak mengorak langkah untuk menyusun jentera pentadbiran dan organisasi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Langkah pertama yang diusahakan ialah dengan mewujudkan pelan strategik dikenali “MBM in Business (MiB)” dalam memperkasakan belia melalui kesukarelaan, kepimpinan dan keusahawanan. Keduanya ialah meletakkan pertubuhan belia merentasi kementerian dan tidak hanya berpaksikan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) semata-mata; dan ketiga yang memberi pengertian besar sekali ialah agar MBM ini merupakan satu pertubuhan belia yang benar-benar representatif mewakili hasrat dan perjuangan majoriti belia.

Pemimpin belia harus lahir di tengah-tengah masalah masyarakat. Penekanan terhadap isu-isu belia seperti pengangguran dan pekerjaan, perumahan, pendidikan dan latihan serta peranan belia bagi menjayakan apa saja dasar kerajaan adalah wajar dilakukan.

Kita perlu yakin bahawa sudah terdapat kesedaran di kalangan belia sekarang, nafas baru yang terdapat sekarang menuntut kesanggupan belia bersuara dan bertindak. Kini, yang diperlukan di kalangan belia ialah nafas baru ini terus dipertingkatkan bersama.

CAGARAN MENDEPANICABARAN 7 DEKAD MBM

NAFAS BAHARU PERGERAKAN BELIA

AHMAD SAPARUDIN YUSUPKetua Editor@Setiausaha AgungE-mel : [email protected]

MOHAMMAD RIZAN HASSANEditor / Ketua PeneranganE-mel : [email protected]

EDITORIAL

3MINDA PRESIDEN

Majlis Belia Malaysia (MBM) terus melangkah kehadapan sepanjang 7 dekad penubuhannya dengan memainkan pelbagai peranan dalam pelbagai sektor pembangunan negara. Peranan yang dimainkan oleh MBM dari segi ekonomi, sosial serta pembuat dasar negara membuktikan kewujudan MBM masih relevan dan signifikan di kalangan generasi muda negara.

Jika diperhalusi sepanjang perjuangan institusi belia ini, MBM sememangnya sudah layak untuk diiktiraf sebagai ‘khazanah negara’. Ini adalah rentetan pelbagai pahit manis serta jatuh bangun MBM dalam memperjuangkan golongan belia dan pergerakan belia terutama di peringkat akar umbi. Tahun 1970-an menyaksikan MBM dicabar dengan ujian getir di mana penarikan diri beberapa persatuan belia dari badan gabungannya atas isu yang menggemparkan negara ketika itu. Namun, atas semangat kebeliaan dan kebersatuan yang kuat, persatuan belia terbabit bersatu kembali bersama MBM demi untuk membela nasib golongan belia.

Mengambil kira sejarah perjuangan, MBM kini lebih matang dalam menangani dan berhadapan dengan apa jua isu serta cabaran. Kekuatan ukhuwah sesama pemimpin belia harus terus disemarakkan. Selain itu, keikhlasan dalam perjuangan perlu disemai sebagai kekuatan dalaman seseorang pemimpin bagi terus menghadapi arena belia yang penuh mencabar ini.

Nilai utama yang perlu ada dalam diri pemimpin belia adalah mampu memimpin diri sendiri. Selain daripada itu, seorang pemimpin harus sentiasa bersedia memimpin orang lain. Dalam hal ini, pemimpin itu perlu mempunyai ilmu, ketegasan, keyakinan dan keikhlasan dalam memimpin. Seorang pemimpin itu juga diukur daripada kemampuan mereka dalam melahirkan pemimpin baru. Sepertimana yang dilakukan oleh pimpinan-pimpinan MBM yang lalu, kita tidak pernah gagal dalam melahirkan pemimpin-pemimpin muda yang mampu memegang tampuk organisasi tertinggi belia negara ini.

24

BANGI 22 Julai - Seramai 504 graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) telah dianugerahkan sijil dan diploma masing-masing pada Majlis Konvokesyen Belia Mahir kali ke-5.

Majlis konvokesyen bagi graduan-graduan dari 11 buah kolej kemahiran di bawah Majlis Belia Malaysia (MBM) ini disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sempena Sambutan 7 Dekad MBM.

Sejak 2010 hingga 2016, seramai 4,976 pelajar telah mendapat latihan di 41 buah institusi latihan kemahiran yang bekerjasama dengan MBM di bawah Program Belia Mahir.Turut hadir pada majlis ini Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Lokman Hakim Ali, Presiden MBM, Mua’ammar Ghadafi Jamal dan Pengerusi Tetap MBM, YB Mohd Syahbuddin Hashim.

TVET is the future. Dalam dunia “4th Industrial Revolution” sekarang, pelajar lepasan TVET merupakan tunjang utama Malaysia untuk bersama-sama dengan negara-negara lain.Melalui penubuhan Jawatankuasa Pemerkasaan TVET yang diterajui YB Nurul Izzah Anwar fokus kerajaan sekarang adalah untuk memastikan TVET tidak lagi dipandang sebagai pilihan kedua tetapi sama tarafnya dengan pembelajaran arus perdana.

Persepsi negatif terhadap TVET seharusnya dihapuskan kerana dalam Malaysia Baru ini, semua belia mempunyai peranan dalam mencorakkan masa depan negara.

NASIONAL / SEMASA

5NASIONAL / SEMASA

- Dr Wan Azizah

BANGI 23 Julai - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mahu gerakan belia di negara ini kembali kepada matlamat asal penubuhannya sebagai pendesak kerajaan dalam segala polisi dan keputusan berkaitan kepentingan masyarakat khususnya golongan belia.

Timbalan Perdana Menteri berkata, belia diberi kebebasan mengkritik dan memberikan idea konstruktif kepada kerajaan.

“Di era Malaysia Baharu ini, peranan dan suara pemimpin belia khususnya Majlis Belia Malaysia (MBM) amat penting bagi menjayakan agenda reformasi”.“Suara, pendapat dan perjuangan generasi muda yang lahir daripada golongan cendikiawan mampu diterima dan didengari rakyat. Ini membuktikan bahawa generasi muda mampu menjadi pencetus kepada ideologi dan semangat baharu,” katanya dalam ucapan Sambutan tujuh dekad MBM.

Tambah beliau, “Kerajaan memerlukan peranan MBM dalam memainkan core business yang berkaliber untuk negara. Sejarah membuktikan bahawa MBM berjaya melahirkan tokoh-tokoh hebat di peringkat nasional dan antarabangsa”.

26

KUALA LUMPUR 30 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia menganjurkan siri Jelajah Belia Sayangi Malaysiaku melalui zon utara, timur, selatan dan tengah bermula 30 Ogos hingga 16 September 2018.

Program yang diadakan sempena bulan kemerdekaan ini, bertujuan membangkitkan semangat cintakan negara dalam masyarakat khususnya generasi muda selain menyemarakkan sambutan hari kebangsaan kali ke-61.

Antara pengisiannya seperti edaran Jalur Gemilang, ceramah kemerdekaan di sekolah-sekolah terpilih, bicara tokoh, penyampaian sumbangan, akvititi menceriakan rumah perlindungan kanak-kanak OKU, perlawanan bolasepak dan lain-lain.

Simbolik pelepasan konvoi ini telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada 13 Ogos di Wisma MBM, Kuala Lumpur. Konvoi jelajah ini turut mendapat tajaan 2 buah kenderaan SUV dari KIA Motorsport selain kerjasama daripada majlis belia negeri dan daerah yang disingahi.

NASIONAL / SEMASA

Majlis Pelancaran oleh YB Menteri Belia Dan Sukan

Zon Utara

Zon Utara

zon tengah / selatan zon timur

7NASIONAL / SEMASA

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah mengadakan sesi perjumpaan bersama kepemimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) di Wisma MBM, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Agenda utama perjumpaan ini adalah bagi membincangkan beberapa isu dan hala tuju pertubuhan dan pembangunan belia di Malaysia. Peluang dan ruang ini digunakan sebaiknya untuk duduk bersama bagi membincangkan agenda demi kepentingan pembangunan generasi muda Malaysia.

MBM sebagai badan induk pertubuhan belia dan mewakili suara belia dalam negara akan sentiasa menyatakan pandangan dan kritikan membina dan bertanggungjawab dalam hal ehwal yang melibatkan belia dan pertubuhan belia.

Turut serta dalam lawatan ini Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Dato’ Lokman Hakim Ali dan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Datuk Hatipah Hj Ibrahim.

28

BANGI, 23 Julai - Ditubuhkan 70 tahun lalu, MBM terus relevan dalam melahirkan ramai pemimpin yang hebat dan menariknya, pertubuhan itu terus kekal diterima sebagai medium untuk orang muda berbakti.

Sambutan 7 Dekad MBM disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta dimeriahkan dengan kehadirian dua ikon belia MBM, Black

Hanifah dan Shahrol Shiro. Tarikh 23 Julai dipilih bagi program 7 Dekad MBM kerana ia melambangkan satu tempoh perjuangan yang cukup lama ditempuhi oleh pergerakan belia.Pelbagai aktiviti disediakan selama dua hari di Bangi Avenue Convention Centre seperti Konvokesyen Belia Mahir, Pameran Pendidikan dan Kerjaya, Seminar Belia Berisiko, Ekspresi Anak Muda, Segmen Wanita, Himpunan Sukarelawan dan perasmian sambutan 7 Dekad MBM.

NASIONAL / SEMASA

9NASIONAL / SEMASA

210 ANTARABANGSA

BEIJING, 12 September – Belia Malaysia tidak ketinggalan mengambil bahagian penting dalam Forum Kepimpinan Belia 1 Asia yang berlangsung sempena Festival Belia Asia-Afrika di Beijing, China dari 12 hingga 16 September 2018. Delegasi Malaysia yang diwakili Exco Majlis Belia Malaysia (MBM), Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz berpeluang membuat pembentangan bertajuk, Priority of Action Plan in Malaysian Youth Development (Keutamaan Pelan Tindakan dalam Pembangunan Belia Malaysia) di hadapan para pemimpin belia dari Asia dan Afrika, ketika menjadi ahli panel pada forum tersebut.

DI PENTASANTARABANGSA

KEMBOJA 29 Julai – Timbalan Presiden MBM, Sdr. Mohd Zaidi Aziz dan Naib Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha telah mewakili Majlis Belia Malaysia sebagai pemerhati antarabangsa Pilihan Raya Umum Cambodia ke-6. Delegasi ini merupakan sebahagian daripada 77 orang pemantau pilihan raya dari seluruh dunia.

Rakyat Cambodia keluar mengundi memilih wakil mereka ke Dewan Nasional (Parlimen) buat kali ke-6 selepas era Pol Pot. PRU ini menyaksikan 20 parti bertanding termasuk Cambodia Youth Party. Parti pemerintah CPP pimpinan PM Hun Sen telah memenangi PRU ini dan mendapat mandat rakyat bagi membentuk kerajaan.

LEICESTER 24 Ogos - Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengambil kesempatan mengadakan lawatan singkat dan perbincangan dengan National Youth Agency berkaitan program pembangunan belia.

Perbincangan ini turut disertai oleh Naib Presiden MBM, Sdr. Mohd Aizad Roslan, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Ahmad Saparudin Yusup dan Ketua Penerangan MBM, Sdr. Mohammad Rizan Hassan.

Antara perkongsian berkaitan pembangunan pekerja belia, program pembangunan belia yang lebih tersusun dan terarah mencakupi bidang kesukarelaan, keusahawanan dan sukan, penglibatan sektor korporat dalam sistem belia dan usaha pemantapan pertubuhan belia.

Selain itu, Pengerusi Biro Kesihatan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Dr. Mohamad Erhan Rahman yang juga menyertai delegasi negara turut mengambil bahagian sebagai moderator One Asian Youth Leadership Forum (Forum Kepimpinan Belia 1 Asia) manakala Naib Presiden MBM, Eric Choo Chung Tiong, menjadi salah seorang ahli panel. Di samping Forum Kepimpinan Belia 1 Asia, pengisian program lain antaranya Asian African Youth Development Forum, Institutional Visits, Team Building dan Malam Kebudayaan bagi mengenali kebudayaan setiap negara yang menyertai program ini.

BELIA MALAYSIA

SUKARELAWAN YANG LEBIH EFISIEN MBM PEMERHATI ANTARABANGSAPILHAN RAYA UMUM KE-6 CAMBODIA

11

MBM PEMERHATI ANTARABANGSAPILHAN RAYA UMUM KE-6 CAMBODIA

KUALA LUMPUR 8 Jun – Program Sekolah Politik yang dianjurkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad (IPDM), Universiti Utara Malaysia adalah satu usaha dalam meningkatkan pengetahuan dan kesedaran di kalangan belia Malaysia mengenai sistem politik negara, demokrasi dan peranan rakyat dalam menentukan hala tuju masa hadapan negara.

Dengan tajuk “Wacana Malaysia Baru : Perubahan dan Kesinambungan” diskusi ini menampilkan empat panelis hebat iaitu YB. Tuan Hj. Amran Arifin (BN ADUN Paloh), YB. Sdr. Edry Faizal Eddy Yusof ( DAP ADUN Dusun Tua), Sdr. Wan Anwar Wan Ibrahim (Naib Ketua Pemuda AMANAH) dan Sdr. Ulya Uqamah Husamudin (Ketua Penerangan ARMADA – PPBM) bersama Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri (Pengarah Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir (IPDM) sebagai moderator program ini.

KUALA LUMPUR - Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Jawatankuasa Penerangan, Penerbitan dan Media telah mengadakan dua siri rakaman program Bual Bicara ‘Youth Leaders’ dan Bicara Tokoh.

Program berbentuk diskusi ini sebagai satu wadah perbincangan santai oleh tokoh-tokoh belia, pakar-pakar intelektual, penganalisis, aktivis sosial bersama pemimpin belia bagi membicarakan segala isu melingkari belia hari ini dan juga perancangan kepemimpinan negara untuk generasi masa depan.

NASIONAL / SEMASA

212

BUTTERWORTH 1 September – Sempena Jelajah Belia Sayangi Malaysiaku zon utara, satu perlawanan bolasepak 4 Penjuru telah diadakan di Padang Universiti Sains Malaysia (USM).

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Dato Rashid Hasnon, Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang turut beraksi mewakili Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia. Pasukan lain yang terlibat Majlis Belia Malaysia (MBM), Persatuan Bolasepak Pulau Pinang dan Majlis Belia Negeri Pulau Pinang.

PERLAWANAN BOLASEPAK SEMPENA JELAJAH BELIASAYANGI MALAYSIAKU

PUTRAJAYA 31 Ogos – Sekalung tahniah kepada kontinjen Majlis Belia Malaysia (MBM) yang diketuai oleh Sdr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Ahli Jawatakuasa Kerja MBM dalam perarakan dan perbarisan Hari Kebangsaan 2018.

Melihat kesungguhan dan komitmen adik-adik belia menyahut seruan menggerak keikhlasan di dalam perbarisan ini amat menyentuh hati. Ada yang keletihan, demam dan melecet kaki namun semuanya digagahi atas rasa tanggungjawab apabila panji MBM diusung dengan penuh rasa bangga.

Kebebasan tidak pernah diberikan, ia dimenangi. Mereka yang memenangi kemerdekaan percaya kebebasan adalah rahsia kebahagiaan dan keberanian. Nikmati kedamaian akan kemenangan ini.

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-61!

NASIONAL / SEMASA

13

KUALA LUMPUR 3 Ogos – Misi Kemanusiaan Belia Malaysia - Lombok digerakkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) ekoran bencana gempa bumi yang melanda Pulau itu. Setiausaha Agung MBM, Ahmad Saparudin Yusup berkata, melalui Komuniti Sukarelawan MBM (MyVOC), Ibnu Rasyeed dihantar ke pulau itu dengan tumpuan fokus misi untuk memberikan bantuan psikologi dalam menangani trauma yang dialami mangsa terutamanya golongan wanita dan kanak-kanak.

“Misi bantuan ini sebagai tanda penghargaan MBM kepada rakan-rakan belia, penduduk Lombok dan kerajaan Indonesia yang banyak membantu kita membawa pulang jenazah pendaki negara, Allahyarhamah Siti Nur Ismawida Ismail yang merupakan aktivis belia berkemahiran di bawah program Belia Mahir,” katanya.

KUALA LUMPUR 15 Ogos – Satu perbincangan dan taklimat telah berlangsung di Wisma MBM oleh Persatuan E-Sport Malaysia (ESM) bersama kepimpinan MBM yang dihadiri oleh Naib Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha, EXCO MBM, Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah dan Sdr. Hasnul Haniff Harun.

Perbincangan ini berkisar tentang perkembangan sukan E-Sport disamping membentuk kerjasama strategi dalam menganjurkan sukan elektronik ini.

MISI KEMANUSIAANBELIA MALAYSIA -LOMBOK

KERJASAMASTRATEGIK DALAM SUKAN ELEKTRONIK

MBM CADANG TUBUH PUSAT KEGIATAN WANITA SETEMPATPUTRAJAYA 7 Ogos – Dalam usaha mengangkat martabat wanita, Majlis Belia Malaysia (MBM) menemui Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi hasrat menubuhkan Pusat Kegiatan Wanita setempat.

Hasil perbincangan, pada dasarnya kedua pihak bersetuju untuk menerima idea MBM dan disesuaikan dengan keperluan Jabatan selaras dengan tahun Memperkasa Wanita. MBM akan mengenalpasti beberapa pejabat persatuan belia yang strategik dan mampu melaksanakan tugasan ini sebagai pilot Project. Semoga gerak kerja ini dapat mengangkat sumbangan persatuan belia mengangkat martabat wanita di negara ini khususnya orang muda.

NASIONAL / SEMASA

214 BADAN GABUNGAN

PROGRAM KEMAHIRAN BELIA FELDA MALAYSIAJOHOR BAHRU 6 Ogos - Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) dan Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi melatih golongan belia Felda dalam bidang kemahiran bagi meningkatkan taraf hidup mereka. Menerusi kerjasama berke-naan, KPYPJ akan menawarkan program kemahiran peringkat sijil, sijil kompetensi, diploma serta ijazah kepada golongan belia Felda bagi jangka masa pendek, separuh masa atau sepenuh masa.

MoU tersebut ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ, Abdul Rashid A. Rahman dan Pengurus Besar KPYPJ, Abdul Razak Mohd. Saad manakala MBFM diwakili Presidennya, Muhammad Fadzli Hasan dan Pengarah Jabatan Inovasi & Generasi Baru Felda, Nik Hasrul Mohd Zainudin sambil disaksikan oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti Felda, Anuar Malik.

PENGIKTIRAFAN BUATPEMIMPIN BELIA PAHANGKUANTAN 7 Julai 2018 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Pahang telah menganjurkan Majlis Anugerah Belia Negeri (ABN) Pahang Tahun 2018 di Kompleks Belia dan Sukan Kuantan, Pahang. Acara perasmian dan penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Encik Abd Aziz Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian (Pembangunan Rakan Muda).

Bagi pemenang kategori individu belia wanita dan lelaki masing-masing membawa pulang trofi, mock cek berjumlah RM3,000.00 dan sijil penghargaan iaitu Puan Munirah binti Mustapa dari Daerah Raub dan Encik Ahmad Fitri bin Ali dari Daerah Pekan. Bagi Kategori Pertubuhan Belia pula, Naib Johan dari Persatuan Belia Gading Perkasa, Rompin dengan membawa pulang trofi, mock cek berjumlah RM5,000.00 dan sijil penghargaan.

Manakala Johan Kategori Pertubuhan Belia dimenangi oleh Persatuan Belia Pamah Rawas Ulu Dong, Raub dengan membawa pulang trofi, mock cek berjumlah RM10,000.00 dan sijil penghargaan. 3 pertubuhan belia yang mendapat “Star Rating” penarafan 5 Bintang ialah Persatuan Belia Pamah Rawas Ulu Dong, Persatuan Belia Kg. Jeram Besu dan Persatuan Belia Gading Perkasa.

SEBERANG JAYA 2 September 2018 - Seramai 200 belia negeri ini telah menyertai Simposium Kesukarelawanan Generasi Muda anjuran Majlis Belia Negeri Pulau Pinang bertempat di Safira Country Club. Majlis perasmian disempurnakan oleh Datuk Seri Haji Shariff Haji Omar, Penasihat MBN Pulau Pinang.

Program ini bertujuan memberi pendedahan bahawa sebagai manusia, kita perlu mempunyai kebolehan aktif dalam tingkah laku mental dan persekitaran fizikal sebagai kesedaran untuk berbakti kepada manusia lain.

MBNPP ANJUR SIMPOSIUM KESUKARELAAN GENERASI MUDA

15MBM @ MEDIA

MAJ

LIS

PER

ASM

IAN

SAM

BUTA

N 7

DEK

AD M

AJLI

S BE

LIA

MAL

AYSI

A23

JU

LAI 2

018,

BAN

GI A

VEN

UE

CO

NVE

NTI

ON

CEN

TRE

BAN

GI S

ELAN

GO

R