Upload
siti-sara-kuseri
View
354
Download
12
Embed Size (px)
Citation preview
FAKULTI PERUBATAN
JABATAN KEJURURAWATAN
GGGE 2123
TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN
TAJUK KAJIAN: TAHAP PENGUASAAN TEKNOLOGI DAN MAKLUMAT (ICT) DALAM KALANGAN
JURURAWAT DI PPUKM
AHLI KUMPULAN:
1. ATIEFAH AMALIANA BT OMAR A138265
2. HIZRA FAZLIA BT MUSA A 138154
3. NUR FATIN BT RAMLI A138012
4. NUR HAFIZATUL AKMAL BT RAMLI A138033
5. SITI SARA BT KUSERI A138060
ISI KANDUNGAN
BIL KANDUNGAN MUKA SURAT
1 PENDAHULUAN 1-3
2 PENYATAAN MASALAH 4-6
3 TUJUAN KAJIAN 7
4 OBJEKTIF KAJIAN 7
5 PERSOALAN KAJIAN 7
6 METODOLOGI KAJIAN 8
7 DAPATAN KAJIAN 9-32
8 CADANGAN KAJIAN 33-34
9 KESIMPULAN 35
10 RUJUKAN 36
PENDAHULUAN
Penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi sangat penting kerana ia adalah satu
satu faktor pemangkin dalam kemajuan dan perkembangan sesuatu bidang. Ini adalah kerana
keupayaan pengguna dalam merekod, mengedit, mengirim dan menerima maklumat
menggunakan teknologi akan mendatangkan pelbagai faedah dalam sesuatu urusan. Secara
amnya antara faedahnya ialah menjimatkan masa, menjimatkan penggunaan kertas, mengelakkan
kesilapan, dan memudahkan sistem simpanan.
Namun, dalam bidang kesihatan, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
sangatlah penting kerana bidang ini melibatkan nyawa manusia, dan sememangnya kecekapan
pengguna dalam menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi adalah sangat dituntut dan
ia seakan-akan satu kemestian yang perlu ada dalam setiap pekerja kesihatan. Ini adalah kerana,
penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat dalam bidang perubatan dikatakan mampu
untuk meningkatkan mutu rawatan, menjamin keselamatan pesakit dan mengurangkan kos.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Kesihatan ialah penggunaan teknologi maklumat
untuk meningkatkan proses penyampaian penjagaan kesihatan dan sangat diberi penekanan
terutamanya dalam urusan memperkemas pentadbiran dan penyampaian maklumat dalam
kalangan pekerja kesihatan.
-Continuous Professional Education Week
Akan tetapi, sehingga hari ini, tiada garis panduan yang selaras dapat membuktikan
sepenuhnya bagaimana penggunaan teknologi mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan yang
diberi dalam bidang perubatan.
Walau bagaimanapun, sebenarnya di dalam bidang kejururawatan, terdapat satu kerjaya
khusus iaitu Jururawat Informatik (Nursing Informatic). Persatuan Jururawat Amerika
mendefinisikan Nursing Informatic sebagai satu pengkhususan dalam bidang kejururawatan yang
mengintegrasikan sains kejururawatan, sains komputer, dan sains informasi dalam mengurus dan
menggunakan data, maklumat dan pengetahuan dalam amalan kejururawatan.
1
Pendokumentasian yang diamalkan dalam Jururawat Informatik adalah satu kepentingan
utama. Ini adalah kerana melalui pendokumentasian akan mencerminkan keberkesanan
komunikasi terutama dalam kalangan pasukan pengamal perubatan. Ini tidak dapat dinafikan
kerana sememangnya, pasukan pengamal perubatan yang terdiri daripada doktor, jururawat,
pegawai makmal, juga ahli fisioterapi sememangnya berkomunikasi secara utama menggunakan
rekod-rekod pesakit. Pengurusan dan penyampaian maklumat yang baik akan membawa kepada
hasil rawatan yang lebih baik seterusnya meningkatkan mutu rawatan.
Jururawat Informatik seharusnya menjadi pemikir dalam memastikan proses
pendokumentasian menggunakan kepakaran teknologi diwujudkan dalam keadaan yang mudah
digunakan supaya ia membantu proses penyaluran maklumat. Namun malangnya di Malaysia
masih belum wujud satu pun jawatan tersebut. Oleh yang demikian diharapkan melalui kajian
yang ringkas ini, sekurang-kurangnya dapatan kajian mengenai tahap pengetahuan, kemahiran
dan penguasaan para jururawat dalam menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat
mampu untuk menjadi permulaan kepada usaha untuk mewujudkan Nursing Informatic di
Malaysia.
Pihak kami membuat keputusan untuk menjalankan soal selidik kepada para jururawat
untuk mendapatkan maklum balas daripada mereka mengenai tahap pengetahuan, kemahiran dan
penguasaaan ilmu teknologi dan maklumat yang mereka ada, dan bagaimana ia mampu
menjamin kualiti jaga rawatan kepada pesakit. Ini adalah kerana jururawat adalah golongan
terbesar yang memberi jagarawatan kepada pesakit dan juga jururawat adalah golongan yang
paling lama bersama dengan pesakit berbanding ahli-ahli professional kesihatan yang lain.
Selain itu juga kajian ini dijalankan secara tidak langsung untuk memupuk minat para
jururawat untuk membuka mata mereka untuk secara aktif terlibat dalam pengurusan dan
komunikasi maklumat menggunakan teknologi. Soalan-soalan yang terdapat di dalam soal
selidik sebenarnya secara tidak langsung bertujuan untuk meransang pemikiran para jururawat
yang masih lagi beranggapan bahawa teknologi maklumat dan komunikasi tidak berkait dengan
tugas hakiki mereka sebagai jururawat. Hal ini kerana, masih ramai jururawat di luar sana, yang
mengambil sikap tidak endah dan tidak ingin untuk menambah ilmu pengetahuan berkenaan
dengan teknologi maklmuat dan komunikasi.
2
Penggunaannya yang sangat meluas hari ini memainkan peranan penting dalam
penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan yang lebih baik dan cekap. ICT dalam
penjagaan kesihatan mampu meningkatkan kualiti dan keselamatan penjagaan pesakit.
Majoriti masyarakat hari ini, tidak mengenal usia dan taraf hidup sudah terdedah dengan
kepesatan teknologi. Namun yang demikian, tidak dinafikan, kebolehan dalam menggunakan
teknologi maklumat dan komunikasi juga akan mendatangkan kesan yang negatif sekiranya
disalahgunakan. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bukan sahaja bagi mendapatkan data
mengenai penguasaan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kalangan
jururawat di PPUKM, bahkan ia juga bertujuan untuk mengenal pasti sekiranya wujud
penyalahgunaan teknologi sewaktu bekerja khususnya.
3
PERNYATAAN MASALAH
1. Tahap pengetahuan, kemahiran dan penguasaan penggunaan teknologi komunikasi dan
maklumat menentukan kualiti jaga rawatan.
Masyarakat umum mengetahui bahawa teknologi akan meningkatkan kecekapan
penjagaan kesihatan, kualiti, keselamatan, dan kos. Walau bagaimanapun, terdapat juga mereka
menganggap bahawa teknologi yang sama juga boleh membawa kepada kesilapan dan
mendatangkan kesan sampingan yang merbahayakan kesihatan. Pandangan sebegitu wujud
kerana hampir 5,000 jenis alat-alat perubatan yang digunakan oleh berjuta-juta pengamal
perubatan di seluruh dunia terdedah dengan masalah yang bermula daripada teknologi itu sendiri.
Walaupun teknologi yang dihasilkan saban hari menjanjikan pelbagai faedah dari segi
keberkesanan rawatan mahupun penjimatan kos, faedah teknologi tersebut tidak akan tercapai
kerana empat faktor utama iaitu;
(1) Reka bentuk teknologi yang lemah yang tidak selari dengan faktor manusia dan prinsip-
prinsip ergonomik,
(2) Teknologi yang digunakan mengurangkan komunikasi antara pengguna dengan pesakit atau
alam sekitar
(3) Perancangan tidak mencukupi dalam melaksanakan teknologi baru ke dalam amalan kerja
(4) kekurangan perancangan untuk penyelenggaraan (Powell-Cope, L.Nelson, & S.Patterson)
Berdasarkan kajian di atas, pengguna yang terlibat secara langsung dalam menggunakan
teknologi yang terdapat di hospital perlulah mempunyai pengetahuan yang menyeluruh,
kemahiran yang cekap dan penguasaan yang baik dalam pengurusan sistem teknologi
komunikasi dan maklumat. Hanya dengan kepakaran dalam sistem yang digunakan akan
membolehkan pengguna mengenal masalah-masalah di atas, dan seterusnya langkah
penambahbaikan dapat dijalankan. Seterusnya akan membawa kepada peningkatan kualiti,
penjimatan kos, dan peningkatan keselamatan pesakit.
4
2. Status UKM sebagai Universiti Penyelidik memerlukan semua pihak untuk memahami
dan terlibat secara aktif dalam merealisasikan UKM sebagai Universiti Penyelidik
Mengikut Professor Dato’ Dr Ibrahim Komoo iaitu, Pengarah institusi Kajian Bencana Asia
Tenggara Universiti Kebangsaan Malaysia melalui penulisannya yang bertajuk, Universiti
Penyelidikan Mampu Pertingkat Pembangunan Negara bermula tahun 2007, negara
memperkenalkan konsep Universiti Penyelidikan dan mengangkat martabat empat universiti
tempatan terbaik iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia
(USM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk dijadikan sebagai
Universiti Penyelidikan. Pada prinsipnya, Universiti Penyelidikan diharapkan dapat
melaksanakan perubahan dan melaksanakan objektif barunya iaitu;
Menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang penyelidikan terfokus
Memimpin pembangunan inovasi di peringkat negara
Membangun hasil akademik bertaraf dunia
Menarik pelajar siswazah berkualiti
Membina sekitaran kondusif untuk penyelidikan dan inovasi.
Sesungguhnya pengiktirafan UKM sebagai Universiti Penyelidik hadir dengan satu
tanggungjawab sosial yang sangat penting kepada pembangunan negara. Oleh yang demikian,
bagi mencapai objektif-objektif yang terdapat pada sesebuah Universiti Penyelidik,
sememangnya banyak perubahan yang perlu dilakukan. Antara perubahan terpenting adalah
dengan mengubah set minda dan berani menerima hakikat bahawa ‘urusan teras’ UKM hari ini
adalah penyelidikan.
Perubahan set minda ini bukan sahaja penting untuk para penyelidik mahupun para
akademik di UKM, tetapi penerapan set minda ini juga penting buat kakitangan-kakitangan
kesihatan seperti jururawat kerana mereka juga terlibat secara langsung dalam proses
5
penyelidikan. Sebagai contoh untuk mengumpul dan merekod data pesakit untuk dimasukkan ke
dalam sistem. Data-data itu kemudiannya akan dianalisis oleh kumpulan-kumpulan penyelidik
yang terlibat.
Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan, kemahiran dan
penguasaan para jururawat dalam menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat. Dengan
adanya dapatan kajian, langkah-langkah penambahbaikan boleh diambil bagi memastikan,
jururawat-jururawat di PPUKM bukan sahaja mampu menggunakan kemudahan teknologi
sebagai salah satu medium pengurusan maklumat, bahkan mampu untuk membantu secara
langsung atau tidak langsung dalam proses penyelidikan yang dijalankan di PPUKM khususnya.
6
TUJUAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan bagi tujuan mengenalpasti tahap penguasaan penggunaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam kalangan jururawat di Pusat Perubatan
Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). PPUKM telah digabungkan dengan Fakulti
Perubatan dengan moto ‘Mengintegrasikan pembelajaran dan penyelidikan demi
masyarakat’.Seiring dengan moto tersebut, pelbagai penyelidikan dan pendidikan dilakukan bagi
menaik taraf perkhidmatan di PPUKM.
Selain penekanan dalam sektor pendidikan dan penyelidikan bagi meningkat kualiti
perkhidmatan di PPUKM, pelbagai alatan teknologi baru yang berasaskan ICT telah diwujudkan
dan dinaiktaraf di PPUKM. Walaupun penggunaan kertas masih diamalkan di PPUKM, namun
penggunaan teknologi canggih sedang dibangunkan secara beransur-ansur bagi meningkatkan
kualiti perkhidmatan kesihatan. Contoh penggunaan ICT di PPUKM adalah aplikasi CHET yang
membolehkan pegawai kesihatan dan jururawat melihat data pesakit secara online.
Dalam kajian ini, tahap penguasaan ICT difokuskan kepada jururawat terlatih yang
bergiat aktif di bahagian klinikal dan juga akademik memandangkan mereka merupakan
golongan majoriti di PPUKM.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenalpasti tahap pengetahuan ICT dalam kalangan jururawat di PPUKM
2. Menilai tahap kemahiran para jururawat dalam penggunaan ICT di PPUKM.
3. Menilai tahap keberkesanan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
dalam kalangan jururawat di PPUKM
PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah tahap pengetahuan ICT dalam kalangan jururawat di PPUKM?
2. Apakah tahap kemahiran para jururawat dalam penggunaan ICT di PPUKM?
3. Apakah tahap keberkesanan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
dalam kalangan jururawat di PPUKM
7
METODOLOGI KAJIAN
Bagi menjalankan kajian ini dengan efektif, metodologi yang dirangka melibatkan
beberapa konsep, skop populasi kajian, reka bentuk kajian, kaedah pengumpulan data dan
analisis data.
Salah satu konsep yang digunakan untuk kajian ini adalah menilai persepsi responden
iaitu tanggapan responden terhadap tahap pengetahuan, tahap kemahiran dan keberkesanan
penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) terhadap diri sendiri ketika berkhidmat
di PPUKM. Konsep lain yang digunakan adalah penyesuaian iaitu merupakan kesediaan dan
kebolehan responden untuk memahami dan menggunakan teknologi yang ada di PPUKM. Akhir
sekali adalah konsep pengetahuan iaitu sejauh mana responden mengetahui mengenai
perkembangan ICT di PPUKM dan bagaiamana tahap penguasaan mereka dalam menggunakan
ICT menjadi konsep yang penting di dalam kajian ini.
Skop populasi kajian difokuskan pada jururawat-jururawat yang berkhidmat di PPUKM.
Jumlah responden adalah seramai 30 orang yang dipilih secara rawak. Kajian ini menggunakan
reka bentuk tinjauan. Dalam reka bentuk ini, penilaian dilakukan bagi responden iaitu jururawat
yang sedang berkhidmat di PPUKM. Reka bentuk ini dipilih kerana sesuai untuk menilai tahap
pengetahuan, kemahiran dan keberkesanan penggunaan ICT di PPUKM dalam kalangan
jururawat.
Kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah melalui borang soal selidik. Borang
soal selidik yang telah diedarkan kepada responden akan dianalisis secara kuantitatif dan
kualitatif ditunjukkan melalui carta bar dan carta pai.
8
DAPATAN KAJIAN
Demografik data
1. Jantina
Jantina Bilangan Peratusan (%)
Perempuan 26 87
Lelaki 4 13
87%
13 %Peratusan Jantina
Perempuan Lelaki
Perempuan Lelaki0
5
10
15
20
25
30
26
4
Jantina
Column1
Jantina
Bil
an
gan
(ora
ng)
9
Carta pai dan carta bar diatas menunjukkan bilangan responden mengikut jantina. Jumlah
kesemua responden yang telah berjaya disoal selidik adalah seramai 30 orang iaitu yang terdiri
daripada 26 orang reponden perempuan mewakili 87% dan 4 orang responden lelaki mewakili
13%. Responden perempuan jauh lebih ramai berbanding responden lelaki bersesuaian dengan
majoriti jumlah jururawat sememangnya terdiri daripada jururawat perempuan.
2. Umur
Umur Bilangan Peratusan (%)
19-25 tahun 9 30
26 hingga 30 tahun 7 23
31 hingga 35 tahun 7 23
Lebih daripada 36 tahun 7 23
31%
23% 23%
23%
Umur
19-25 tahun 25-30 tahun30-35 tahun lebih 35 tahun
10
0
1
2
3
4
5
6
7
8
9
109
7 7 7
Umur
Series 1
Umur
Bila
ngan
(ora
ng)
Carta pai dan carta bar di atas menunjukkan lingkungan umur responden yang ditemui. Majoriti
jururawat yang ditemui adalah berumur antara 19 hingga 25 tahun dengan peratus sebanyak
30%. Manakala peratusan yang selebihnya adalah sama iaitu sebanyak 23% untuk, umur 26
hingga 30 tahun, umur 31 hingga 35 tahun, dan umur 36 tahun ke atas. Berdasarkan data yang
diperolehi, dapatlah dirumuskan bahawa responden yang dipilih di Pusat Perubatan Universiti
Kebangsaan Malaysia adalah seimbang daripada pelbagai lingkungan umur. Oleh yang
demikian, maklumat yang diperolehi mengenai pengetahuan, kemahiran dan penguasaan
penggunaan ict di Pusat Perubatan Universiti mengambil kira pendapat daripada kesemua
golongan umur para jururawat di PPUKM.
11
3. Etnik
Etnik Bilangan Peratusan %
Melayu 26 87
Cina 1 3
India 3 10
87%
3% 10%
Peratusan Etnik
Melayu Cina India
Melayu Cina India 0
5
10
15
20
25
3026
13
Etnik
Series 1
Etnik
Bila
ngan
(or
ang)
12
Jadual, graf dan carta di atas menunjukkan peratusan responden berdasarkan etnik iaitu etnik
Melayu, Cina dan India. Etnik Melayu mencatatkan jumlah etnik tertinggi iaitu seramai 26 orang
dan mewakili 87%, manakala etnik Cina mewakili 3% iaitu 1 orang responden dan selebihnya
ialah etnik India iaitu seramai 3 orang iaitu sebanyak 10%. Sememangnya, bidang kejururawatan
di Malaysia banyak dipelopori oleh etnik Melayu. Akan tetapi, dewasa ini profession ini telah
pun menjadi salah satu pilihan graduan yang berlatar belakangkan etnik selain Melayu iaitu Cina
dan India.
4. Tahap Pendidikan
Tahap pendidikan Bilangan Peratusan (%)
Diploma 20 67
Ijazah 10 33
67%
33%
Tahap Pendidikan
Diploma Ijazah
13
Diploma Ijazah0
5
10
15
20
25
20
10
Tahap Pendidikan
Column1
Tahap Pendidikan
Biln
agan
(or
ang)
Berdasarkan carta pai dan carta bar di atas, para responden terdiri daripada 20 orang yang
berkelulusan diploma kejururawatan yang mewakili 67% manakala responden yang berkelulusan
ijazah mewakili 33% iaitu seramai 10 orang.
5. Pengalaman pekerja
Pengalaman bekerja Bilangan Peratusan (%)
Kurang daripada 2 tahun 9 30
3 tahun hingga 5 tahun 4 13
6 tahun hingga 10 tahun 6 20
Lebih daripada 11 tahun 11 37
14
30%
13%20%
37%
Tempoh Pengalaman Bekerja
kurang daripada 2 tahun3 tahun hingga 5 tahun6 tahun hingga 10 tahunLebih daripada 11 tahun
0
2
4
6
8
10
12
9
46
11
Tempoh Pengalaman Bekerja
Tempoh Pengalaman Bekerja
Tempoh bekerja
Bila
nga
n
Berdasarkan graf dan carta pai di atas, majoriti responden yang ditemui adalah yang mempunyai
pengalaman bekerja selama lebih daripada 11 tahun iaitu seramai 11 orang mewakili 37 %,
manakala mereka yang mempunyai pengalaman bekerja selama 3 hingga 5 tahun adalah yang
paling sedikit iaitu seramai 4 orang sebanyak 13%. Manakala responden yang selebihnya, 6
orang adalah jururawat yang telah bekerja selama 6 tahun hingga 10 tahun iaitu sebanyak 20%
dan 9 orang jururawat iaitu sebanyak 30% yang telah bekerja selama kurang daripada 2 tahun.
15
Bahagian B : Tahap Pengetahuan Teknologi Dan Komunikasi (ICT) Dalam Kalangan Jururawat
Di PPUKM
Soalan 1: Saya mengetahui kepentingan teknologi maklumat dalam kerjaya jururawat kerana
teknologi dapat membantu jagarawatan yang lebih bermutu dan efisen.
Kategori Sangat setuju Setuju Kurang Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju
Jumlah (orang )
15 15 0 0 0
Peratus (%) 50 50 0 0 0
Sangat Setuju
Setuju
Kurang Setuju
Tidak Setuju
Sangat Tidak Setuju
0% 10% 20% 30% 40% 50% 60%
50%
50%
Kepentingan ICT dapat membantu jagarawatan yang lebih bermutu dan efisen
Column1
Peratus (%)
Ka
tego
ri
Berdasarkan jadual dan pai di atas, separuh daripada respondan iaitu seramai 15 orang bersetuju
manakala separuh lagi menyatakan sangat bersetuju bahawa kepentingan ICT dapat membantu
jagarawatan yang lebih bermutu dan efisen. Dengan ini, jelaslah bahawa penguasaan ICT amat
diperlukan dalam kerjaya jururawat. Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi yang
semakin berkembang memudahkan urusan seharian seorang jururawat dan menjimatkan masa
yang diperlukan untuk seseorang pesakit melakukan sebarang prosedur. Selain itu, penggunaan
alat mengesan tanda-tanda vital seperti cardiac monitoring secara berterusan membolehkan
jururawat mengesan dan memantau keadaan pesakit dengan hanya mendapatkan bacaan daripada
komputer tanpa perlu menganggu pesakit dengan lebih kerap. Dengan ini, pesakit dapat berehat
secukupnya.
16
Soalan 6: Saya mengetahui bagaimana untuk mengesan keputusan ujian makmal melalui
komputer
Kategori Sangat setuju Setuju Kurang
Setuju
Tidak Setuju Sangat Tidak
Setuju
Jumlah
(orang )
16 14 0 0 0
Peratus (%) 53 47 0 0 0
53%
47%
Pengetahuan tentang penggunaan komputer dalam mengesan keputusan ujian makmal
sangat setujusetuju
Jadual dan carta pai di atas menunjukkan tahap pengetahuan responden iaitu jururawat di
PPUKM tentang penggunaan komputer dalam mengesan ujian makmal. Soalan yang diutarakan
adalah saya mengetahui bagaimana untuk mengesan keputusan ujian makmal melalui komputer.
Hasilnya, daripada 30 orang responden, 16 orang responden iaitu 53% sangat bersetuju dan 14
orang responden iaitu 47 % setuju dengan soalan tersebut. Hal ini menunjukkan para jururawat
di PPUKM tahu bagaimana cara untuk mengesan keputusan ujian makmal melalui komputer.
Peratusan ini memang dijangka kerana mereka akan menggunakan komputer untuk mengesan
keputusan ujian makmal dalam kerja seharian mereka kerana pengetahuan ini adalah sebahagian
daripada tugasan mereka dan juga PPUKM menggunakan sepenuhnya komputer dalam
mengesan keputusan ujian makmal.
17
Soalan 5: Saya mengetahui bahawa dengan menggunakan kemudahan ICT, ia memudahkan
proses dokumentasi report pesakit dan “nursing process” di mana ia menjimatkan masa dan
mengurangkan kesilapan.
Kategori Sangat setuju Setuju Kurang
Setuju
Tidak Setuju Sangat Tidak
Setuju
Jumlah
(orang )
3 21 6 0 0
Peratus (%) 10 70 20 0 0
Sangat setuju Setuju Kurang Setuju Tidak Setuju Sangat tidak setuju
0
10
20
30
40
50
60
70
80
10 %
70 %
20 %
ICT memudahkan proses dokumentasi
Kategori
Pera
tus
(%)
Jadual dan graf di atas menunjukkan bahawa peratusan responden yang bersetuju bahawa
teknologi maklumat dan komunikasi memudahkan proses dokumentasi mencatatkan peratusan
yang tertinggi iaitu sebanyak 70 %. Pernyataan ini ditambah dengan peratusan respondan yang
sangat bersetuju dengan penyataan ini . Manakala seramai 20 % iaitu seramai 6 orang daripada
responden kurang bersetuju bahawa proses dokumentasi akan menjadi mudah dengan bantuan
ICT. Hal ini kerana, mungkin sebahagian daripada jururawat kurang mengetahui bagaimana ICT
membantu jururawat dalam membuat laporan pesakit dan merangka proses jagarawatan.
Sekiranya terdapat perisian untuk jururawat melakukan segala laporan, ia dapat menjimatkan
masa dan mengurangkan kesilapan terutamanya membaca tulisan yang kurang difahami.
18
Soalan 3: Saya mengetahui bahawa PPUKM adalah sebuah hospital yang menggunakan
“paperless system” sepenuhnya.
Kategori Sangat setuju Setuju Kurang Setuju
Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju
Jumlah (orang )
3 11 4 8 4
Peratus (%) 10 37 13 27 13
10%
37%
13%
27%
13%
Pengetahuan tentang adakah PPUKM sebuah hospital yang menggunakan "paperless system" sepenuhnya
sangat setuju setuju kurang setujutidak setuju sangat tidak setuju
Jadual dan carta pai di atas menunjukkan bilangan dan peratusan bilangan responden tentang
pengetahuan mereka tentang adakah PPUKM adalah sebuah hospital yang menggunakan
“paperless system” sepenuhnya. Hasil yang kami dapat adalah seramai 3 orang responden iaitu
10 % responden sangat bersetuju bahawa PPUKM adalah sebuah hospital yang menggunakan
“paperless system” sepenuhnya. Manakala seramai 11 orang responden iaitu 37% bersetuju dan
ini adalah bilangan yang paling tinggi. Seramai 4 orang responden iaitu 13% kurang bersetuju
dan sangat tidak setuju dengan penyataan ini. Ini adalah jumlah yang paling rendah. Seterusnya,
seramai 8 orang responden iaitu 27% tidak setuju bahawa PPUKM adalah sebuah hospital yang
menggunakan “paperles system” sepenuhnya. Berdasarkan bilangan ini, sebahagian daripada
mereka masih lagi tidak faham tentang “paperless system kerana 3 orang responden dan 11 orang
responden menjawab PPUKM adalah sebuah “paperless system” sepenuhnya. Sebenarnya,
19
PPUKM masih lagi belum mencapai penggunaan “paperlss system” sepenuhnya kerana masih
ada lagi penggunaan kertas contohnya laporan seharian jururawat.
Soalan 8: Saya peka dan tahu tentang penggunaan peralatan yang canggih semasa bekerja
Kategori Sangat setuju Setuju Kurang
Setuju
Tidak Setuju Sangat Tidak
Setuju
Jumlah
(orang )
3 22 5 0 0
Peratus (%) 10 73 17 0 0
10%
73%
17%
Pengetahuan tentang penggunaan peralatan perubatan yang canggih semasa bekerja
sangat setuju setuju tidak setuju
20
Berdasarkan jadual dan carta pai di atas, dalam kalangan 30 orang responden 3 orang daripada
mereka iaitu 10 % menyatakan mereka sangat bersetuju bahawa mereka tahu tentang
penggunaan peralatan perubatan yang canggih semasa bekerja. Manakala seramai 22 orang
responden iaitu 73% beesetuju dan 5 orang rsponden iaitu 17% kurang bersetuju dengan
penyataan ini. Hasil kajian ini menunjukkan lebih daripada separuh responden yang menyatakan
mereka bersetuju iaitu mereka peka dan tahu tentang penggunaan peralatan yang canggih semasa
bekerja. Para jururawat di PPUKM mestilah peka dan tahu tentang penggunaan peralatan yang
canggih dari semasa ke semasa kerana mereka juga akan menggunakannya dalam tugasan
seharian mereka.
21
Bahagian C : Tahap Kemahiran Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
Dalam Kalangan Jururawat Di PPUKM
Soalan 3 : Saya boleh menggunakan software seperti Microsoft Office
Kategori Sangat setuju Setuju Kurang Setuju
Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju
Jumlah (orang )
14 14 2 0 0
Peratus (%) 47 47 6 0 0
47%
47%
7%
Kemahiran menggunakan Miscrosoft Office
Sangat SetujuSetujuKurang SetujuTidak SetujuSangat Tidak Setuju
Berdasarkan jadual dan carta pai di atas, hampir separuh daripada respondan sangat setuju dan
bersetuju bahawa mereka mahir dalam menggunakan software seperti Microsoft Office dan
masing-masing mencatatkan 47% atau 14 orang. Manakala hanya 6% sahaja daripada responden
yang kurang mahir dalam menggunakan software seperti Microsoft Office. Ini menunjukkan
bahawa kebanyakan jururawat di PPUKM mahir dalam menggunakan Microsoft Office.
Peratusan ini memang dijangka kerana mereka telah didedahkan dengan penggunaan Microsoft
Office sejak daripada sesi persekolahan dan di peringkat universiti mahupun kolej.
22
Soalan 5 : Saya berasa lebih mudah dan selesa memberikan pendidikan kesihatan menggunakan
kaedah multimedia dan animasi
Kategori Sangat setuju Setuju Kurang Setuju
Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju
Jumlah (orang )
8 16 6 0 0
Peratus (%) 27 53 20 0 0
Sangat Setuju
Setuju
Kurang Setuju
Tidak Setuju
Sangat Tidak Setuju
0 10 20 30 40 50 60
27 %
53 %
20 %
Kemahiran menggunakan kaedah multimedia dan an-imasi dalam memberikan pendidikan kesihatan
Peratus (%)
Kate
go
ri
Jadual dan carta pai di atas menunjukkan bahawa 53% responden bersetuju sekiranya pendidikan
kesihatan diberikan menggunakan multimedia dan animasi. Mereka berpendapat bahawa dengan
menggunakan kaedah ini, pesakit mudah faham dan memberi kepuasaan kepada jururawat dan
pesakit itu sendiri sepanjang memberikan maklumat kesihatan. Jururawat juga berpeluang untuk
memberi penerangan berdasarkan gambar dan video yang mampu memberikan penerangan yang
jelas kepada pesakit. Ini menunjukkan bahawa mereka tidak mempunyai halangan dalam
menghasilkan bahan menggunakan ICT. Manakala 20 % atau 6 orang responden kurang
bersetuju dengan kaedah ini. Mereka merasakan bahawa kaedah yang digunakan sekarang iaitu
memberikan risalah kepada pesakit adalah kaedah yang sesuai. Mungkin mereka merasakan agak
sukar untuk menyediakan kelengkapan komputer sekiranya kaedah multimedia dilaksanakan.
Kaedah yang terbaik adalah dengan memberikan pendidikan kesihatan menggunakan kaedah
multimedia, dan disertakan dengan risalah untuk menjadi rujukan kepada pesakit apabila pulang
ke rumah.
23
Soalan 8 : Saya pernah membuat “video conference” dengan pegawai perubatan yang lain untuk
membuat perbincangan mengenai bidang perubatan.
Kategori Sangat setuju Setuju Kurang
Setuju
Tidak Setuju Sangat Tidak
Setuju
Jumlah
(orang )
0 5 20 4 1
Peratus (%) 0 17 67 13 3
Sangat Setuju
Setuju Kurang Setuju
Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju
0
10
20
30
40
50
60
70
80
17 %
67 %
13 %
3 %
Kemahiran menggunakan video conference
Kategori
Pe
ratu
s (
%)
Seramai 67% atau 20 orang responden kurang bersetuju dan kurang menggunakan video
conference dengan pegawai perubatan yang lain untuk membuat perbincangan mengenai bidang
perubatan. Berkemungkinan penggunaan video conference tiada keperluan kerana mereka masih
boleh berbincang dengan pegawai perubatan yang terdapat di hospital. Selain itu, mereka merasa
terbeban kerana untuk melakukan video conference, kedua-dua pihak memerlukan masa yang
sama untuk melakukan perbincangan, Manakala seramai 17 % atau 5 orang bersetuju atau pernah
membuat video conference . Hanya 13% sahaja yang menyatakan tidak bersetuju bahawa mereka
membuat video conference untuk berbincang mengenai bidang perubatan.
24
Soalan 9 : Saya mempunyai kemahiran mengenai aplikasi yang boleh dimuatturun ke dalam
telefon pintar dalam membantu meningkatkan ilmu mengenai perubatan.
Kategori Sangat setuju Setuju Kurang
Setuju
Tidak Setuju Sangat Tidak
Setuju
Jumlah
(orang )
3 19 6 2 0
Peratus (%) 10 63 20 7 0
10%
63%
20%7%
Kemahiran memuatturun aplikasi berkaitan perubatan
Sangat SetujuSetujuKurang SetujuTidak setuju
Berdasarkan jadual dan carta pai di atas, sebilangan besar jururawat yang menjadi respondan
bagi kajian ini iaitu seramai 63 % bersetuju bahawa mereka mahir dalam memuatturun aplikasi
di dala telefon yang berkaitan dengan peruabatan. Antara aplikasi yang sering digunakan oleh
jururawat adalah seperti kamus, maklumat mengenai ubat-ubatan dan pelbagai jenis penyakit.
Perkembangan ICT telah memberi banyak kemudahan kepada mereka terutamanya dalam
mendapatkan maklumat mengenai kejururawatan walau dimana mereka berada. Manakala, hanya
segelintir daripada responden iaitu 7% atau 2 orang yang tidak mahir dalam menggunakan
aplikasi yang terdapat pada telefon pintar. Mereka lebih selesa untuk mendapatkan maklumat
daripada buku dan internet. 25
Soalan 1 : Saya sering melayari internet untuk mengetahui mengenai penyakit yang dialami oleh
pesakit saya.
Kategori Sangat setuju Setuju Kurang Setuju
Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju
Jumlah (orang )
5 19 5 1 0
Peratus (%) 17 63 17 3 0
17%
63%
17%3%
Kemahiran untuk melayari internet
Sangat SetujuSetujuKurang SetujuTidak SetujuSangat Tidak Setuju
Seramai 63 % atau 19 orang responden bersetuju bahawa mereka sering melayari internet untuk
mengetahui mengenai penyakit yang dialami oleh pesakit mereka. Ini menunjukkan bahawa
jururawat di PPUKM berusaha untuk menambahkan ilmu mereka mengenai keadaan pesakit
untuk meningkatkan mutu jagarawatan yang diberikan. Manakala peratus yang sama dicatatkan
untuk respondan yang sangat bersetuju dan kurang bersetuju mengenai pernyataan ini iaitu
seramai 17% daripada keseluruhan respondan. Hanya 3 % responden menyatakan bahawa
mereka tidak bersetuju atau kurang melayari internet untuk mengetahui mengenai sesuatu
penyakit.
26
Bahagaian D : Tahap Keberkesanan Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
(ICT) Dalam Kalangan Jururawat Di Ppukm
Soalan 6 : Saya memahami sepenuhnya sistem rekod kesihatan berasaskan computer seperti
sistem CHET di PPUKM.
Kategori Sangat setuju Setuju Kurang Setuju
Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju
Jumlah (Orang)
3 24 3 0 0
Peratus (%) 10 80 10
Sangat setuju
Setuju Kurang setuju
Tidak setuju Sangat Tidak setuju
0102030405060708090
10 %
80 %
10 %
Memahami Sepenuhnya Sistem CHET
Jumlah
Kategori
Pera
tus
(%)
Seramai 80% atau 24 orang responden bersetuju dan memahami sepenuhnya tentang sistem
rekod kesihatan berasaskan komputer seperti sistem CHET di PPUKM. Ini bermakna purata
jururawat yang menggunakan sistem IT yang disediakan di PPUKM pada setiap hari adalah
tinggi. Berkemungkinan kursus-kursus khas bagi menerangkan pergerakan sistem seperti sistem
CHET di PPUKM telah dijalankan secara berperingkat bagi memastikan para jururawat dan
memahami dan menggunakan sistem-sistem bantuan perawatan yang ada.
Manakala sebanyak 10 % atau 3 orang lebih bersetuju dan memahami sepenuhnya tentang
sistem rekod kesihatan berasaskan computer seperti sistem CHET di PPUKM. Jumlah ini lebih
menyokong bahawa jumlah jururawat yang menggunakan sistem berasaskan computer di
PPUKM setiap hari adalah tinggi.
27
Hanya 10 % atau 3 orang sahaja yang tidak bersetuju atau tidak memahami sistem rekod
kesihatan berasaskan komputer di PPUKM. Peratus yang masih tidak memahami sistem tersebut
adalah sedikit berbanding dengan yang memahami.
Soalan 3: Sekiranya pihak hospital menggunakan teknologi komputer dalam menyediakan
laporan pesakit. Tahap penguasaan ilmu ICT dan kemahiran ICT yang tinggi mampu
mengurangkan penggunaan masa yang terlalu lama dalam menyediakan laporan setiap pesakit.
Kategori Sangat setuju Setuju Kurang
Setuju
Tidak Setuju Sangat Tidak
Setuju
Jumlah
(Orang)
6 15 6 3 0
Peratus (%) 20 50 20 10
Sangat Setuju
Setuju Kurang Setuju
Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju
0
10
20
30
40
50
60
20 %
50 %
20 %
10 %
ICT mampu menjimatkan masa dalam menyediakan laporan
Series 1
Kategori
Per
atu
s (%
)
Sebanyak 20 % atau 6 orang daripada 30 orang yang sangat bersetuju bahawa tahap penguasaan
ilmu ICT dan kemahiran ICT yang tinggi mampu mengurangkan penggunaan masa yang terlalu
28
lama dalam menyediakan laporan setiap pesakit sekiranya pihak hospital menggunakan teknologi
komputer dalam menyediakan laporan pesakit. Statistik ini menunjukkan bahawa jururawat kini
sedar bahawa kemahiran dan ilmi ICT mampu membantu mengurangkan bebanan kerja dan
membantu dalam perawatan pesakit berbanding bekerja secara manual.
Sebanyak 50 % atau 15 orang bersetuju dan bersependapat bahawa tahap penguasaan ilmu dan
kemahiran ICT dapat membantu mengurangkan masa dalam menyediakan laporan pesakit
sekiranya pihak PPUKM menggunakan teknologi computer dalam menyediakan laporan pesakit.
Manakala sebanyak 6 orang yang kurang bersetuju bahawa tahap penguasaan ilmu dan
kemahiran ICT mampu membantu mengurangkan masa yang terlalu lama digunakan untuk
menyediakan laporan pesakit sekiranya pihak hospital menggunakan teknologi komputer dalam
menyediakan laporan pesakit. Berkemungkinan banyak faktor luaran yang mampu menyebabkan
masa diluangkan terlalu lama dalam menyediakan laporan pesakit menggunakan komputer.
Hanya 10 % atau 3 orang yang benar-benar tidak bersetuju bahawa penguasaan ilmu dan
kemahiran ICT dapat mengurangkan masa yang digunakan untuk menyediakan laporan pesakit
menggunakan teknologi komputer sekiranya pihak hospital menggunakan teknologi komputer
untuk menyediakan laporan pesakit.
29
Soalan 2 : Penguasaan kemahiran berkomputer memberi kesan kepada jururawat untuk
memberikan “caring” kepada pesakit dan merawat pesakit.
Kategori Sangat setuju Setuju Kurang Setuju
Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju
Jumlah (Orang)
5 15 10 0 0
Peratus (%) 17 50 33 0 0
Sangat Setuju
Setuju Kurang Setuju
Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju
0
10
20
30
40
50
60
17 %
50 %
33 %
kemahiran berkomputer memberikan caring dalam merawat pesakit
Series 1
Kategori
Pera
tus
(%)
Sebanyak 33 % atau 10 orang yang kurang bersetuju bahawa kemahiran berkomputer memberi
kesan kepada jururawat untuk memberikan “caring” kepada pesakit dan merawat pesakit.
Berkemungkinan pada sesetengah jururawat di PPUKM, memberi “caring” kepada pesakit
adalah lebih memerlukan sokongan emosi dan empati berbanding menggunakan teknologi
komputer.
Walaubagaimanapun, sebanyak 50 % atau 15 orang jururawat bersetuju bahawa teknologi
komputer memberi kesan dalam memberikan “caring” dan rawatan kepada pesakit.
Berkemungkinan padas esetengah jururawat di PPUKM, dengan menguasai teknologi komputer
dapat membantu dalam perawatan pesakit dan memberi “caring”. Contohnya, dengan
mengetahui keputusan ujian darah dan fungsi hati dengan cepat melalui sistem komputer akan
menambahkan lagi keyakinan pesakit dan ahli keluarga pesakit dalam tempoh perawatan.
30
Sebanyak 17 % atau 10% adalah sangat bersetuju bahawa telnologi komputer memberi impak
positif dalam memberikan “caring” kepada pesakit dan merawat pesakit.
Soalan 5 : Pihak hospital perlu menyediakan latihan berasaskan suasana sebenar untuk
membantu jururawat meningkatkan lagi penguasaan ilmu dan kemahiran ICT.
Dan saya bersedia untuk menjadi ahli latihan tersebut.
Kategori Sangat setuju Setuju Kurang
Setuju
Tidak Setuju Sangat Tidak
Setuju
Jumlah
(Orang)
13 17 0 0 0
Peratus (%) 43 57 0 0 0
Bersedia Tidak bersedia
Jumlah (orang) 29 1
Peratus (%) 97 3
31
43 %
57 %
Pihak hospital perlu menyediakan latihan
Sangat setujuSetuju
Bersedia Tidak bersedia0
102030405060708090
100 97 %
3 %
Sekiranya paperless sysytem dilaksanakan sepenuhnya
Series 1
Kategori
Per
atu
s (%
)
Sebanyak 57 % yang sangat bersetuju dan 43 % responden yang bersetuju untuk pihak hospital
perlu menyediakan latihan berasaskan suasana sebenar untuk membantu jururawat meningkatkan
lagi penguasaan ilmu dan kemahiran ICT. Tiada responden yang tidak bersetuju dalam hal ini.
Seterusnya sebanyak 29 orang responden yang bersedia untuk menjadi ahli latihan tersebut. Ini
bermakna para jururawat di PPUKM mampu meberikan komitmen sekiranya latihan atau kursus
ICT secara berperingkat dijalankan di PPUKM. Hanya 1 responden yang masih belum bersedia
untuk menjadi ahli latihan sekiranya PPUKM mengadakan kursus-kursus ICT.
32
CADANGAN KAJIAN
Berdasarkan perbincangan, pemerhatian dan dapatan kajian, kami dapati cara yang paling baik
yang diterima oleh segenap lapisan para jururawat dalam meningkatkan pengetahuan, kemahiran
dan penguasaan dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi adalah dengan
mengadakan kursus- kursus ICT secara berkala. Kursus- kursus ICT yang diadakan haruslah
bersesuaian dengan kemudahan sistem yang terdapat di PPUKM.
Penambahbaikan perlu dilakukan dalam menyusun kursus-kursus ICT. Selain daripada ia perlu
sesuai dengan sistem yang ada, kursus yang diadakan juga perlu bersesuaian dengan tahap
pengetahuan para jururawat. Sekiranya kursus ICT yang dijalankan terlampau tinggi tahapnya, ia
tidak akan mendatangkan kefahaman yang baik kepada para jururawat. Selain itu juga waktu
kursus perlulah sesuai dengan waktu bekerja seorang jururawat. Berdasarkan perbincangan
bersama ahli kumpulan yang lain, kami bersetuju kursus yang diadakan sejurus selepas tamatnya
syif pagi adalah sangat tidak sesuai untuk jururawat yang bertugas pada syif pagi. Ini adalah
kerana, tenaga seseorang jururawat yang telah digunakan dengan tahap yang maksima sewaktu
syif pagi tidak mampu untuk menampung beban kursus pada waktu petang. Adalah lebih baik
sekiranya kursus-kursus ICT yang dijalankan pada hujung minggu.
Selain itu juga, sejurus selepas kursus ICT diadakan, para peserta kursus perlulah dipantau
sewaktu mereka bekerja bagi menilai keberkesanan kursus ICT yang dijalankan. Pemantauan
bukan sahaja bertujuan untuk menguji keberkesanan input yang diberi sewaktu kursus bahkan,
pemantauan selepas kursus akan membuka peluang kepada para jururawat iaitu para pengguna
untuk mereka menyuarakan sebarang pendapat yang mereka rasakan boleh membantu untuk
penambahbaikan. Ini adalah kerana, kursus yang dijalankan adalah bersifat teori, sedangkan
waktu situasi bekerja yang sebenar, pelbagai perkara yang tidak disangka boleh berlaku. Sebagai
contoh system break down. Siapakah mereka yang lebih layak untuk memberi pantauan kepada
para jururawat sewaktu mereka menggunakan system di tempat kerja? Mereka haruslah terdiri
daripada jururawat senior dan juga pakar IT yang bertanggungjawab ke atas sistem tersebut.
33
Tambahan pula, pihak hospital haruslah menyediakan kemudahan wifi yang mampu menampung
kapasiti pegawai perubatan di kawasan yang memerlukan penggunaan internet terutamanya di
dalam wad. Hal ini kerana, kebanyakan sistem yang digunakan di PPUKM memerlukan
penggunaan internet. Selain itu, para jururawat juga boleh mengakses sebarang informasi
mengenai perubatan terus daripada telefon pintar mereka.
Akhir sekali, pihak hospital juga seharusnya menyediakan komputer secukupnya untuk
digunakan di dalam wad. Kebanyakan daripada keputusan ujian dan data pesakit telah disimpan
di dalam komputer. Kelngkapan computer yang disediakan akan memberi kemudahan kepada
jururawat khususnya untuk menggunakannya dan menguasai ICT. Mereka juga berpeluang untuk
mempraktikkan sistem yang baru dipelajari apabila berada di wad. Jesteru itu, penguasaan ICT
dalam kalanga jururawat amat penting dan memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak bagi
menjayakannya.
34
KESIMPULAN
Berdasarkan dapatan kajian di atas, dapat dirumuskan bahawa tahap pengetahuan, kemahiran dan
penguasaaan ilmu teknologi dan maklumat para jururawat di PPUKM berada dalam kategori
sederhana kerana kurang keseimbangan di antara penguasaan ilmu, penguasaan kemahiran dan
aplikasi terhadap jagarawatan pesakit. Walaubagaimanapun ia masih mampu menjamin kualiti
jagarawatan kepada pesakit secara langsung atau tidak langsung. Kajian ini adalah penting
kerana secara tidak langsung dapat membuka mata para jururawat bahawa penguasaan dalam
bidang ICT ini adalah sangat membantu meringankan bebanan dalam perawatan pesakit
seterusnya memudahkan pekerjaan dan mengurangkan tekanan. Langkah-langkah untuk
meningkatkan kesedaran dan penguasaan dalam bidang ICT dalam kalangan jururawat masih
perlu diteruskan untuk menerapkan semangat dalam diri setiap jururawat untuk mengambil tahu
isu terkini berkaitan ilmu teknologi semasa dan teknologi perubatan. Diharapkan pada masa akan
datang, jururawat-jururawat di PPUKM dapat menguasai sepenuhnya ilmu dan kemahiran
teknologi dalam memberikan perawatan yang berkualiti kepada pesakit.
35
RUJUKAN
Huston, C., (May 31, 2013) "The Impact of Emerging Technology on Nursing Care: Warp
Speed Ahead" OJIN: The Online Journal of Issues in Nursing Vol. 18, No. 2, Manuscript 1.
Ronda G.Hughes,Ph.D,M.H.S,R.N, Patient safety and quality: an evidence based handbook
for nurses, Agency for Healthcare Research and Quality, US department of Health and
Human Services
“Universiti Penyelidikan Mampu Pertingkat Pembangunan Negara”, Profesor Dato’ Dr
Ibrahim Komoo, Pengarah, Institut Kajian Bencana Asia Tenggara, Universiti Kebangsaan
Malaysia
36
SOAL SELIDIK MENGENAI TAHAP PENGUASAAN TEKNOLOGI DAN
MAKLUMAT (ICT) DALAM KALANGAN JURURAWAT DI PPUKM
MAKLUMAT & ARAHAN :
Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti tahap penguasaan teknologi maklumat dan
komunikasi dalam kalangan jururawat di PPUKM. Selain itu, tujuan kajian ini adalah
untuk mendapatkan pandangan jururawat dalam meningkatkan pengguasaan teknologi
maklumat dan komunikasi dalam kalangan jururawat
Jasa baik dan kerjasama anda untuk meluangkan masa beberapa minit amat disanjungi.
Soalan selidik ini bukanlah satu ujian, oleh itu tiada jawapan salah atau betul
Maklumat yang diperoleh daripada soalselidik ini adalah SULIT, dan ia digunakan untuk
kajian semata-mata. Anda tidak perlu memberi nama dan alamat.
Sila jawab dengan jujur dan berterus terang. Jawab SEMUA soalan dengan tenang
Kerjasama anda amat dihargai. “Jutaan terima kasih” diucapkan
ARAHAN SOALAN KAJI SELIDIK
37
1. Sila baca soalan-soalan yang diberikan dengan teliti
2. Soal Selidik ini mengandungi empat Bahagian iaitu bahagian A, B, C dan D.
3. Bahagian A mengandungi maklumat berbentuk Data Demogafik. Sila isi kesemua maklumat yang dikehendaki.
4. Bahagian B terdiri daripada 10 soalan berkenaan dengan Tahap Pengetahuan Mengenai Teknologi Maklumat Dan Komunikasi.
5. Bahagian C mengandungi 10 soalan berkenaan Tahap Kemahiran Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
6. Bahagian D mengandungi 10 soalan berkenaan Tahap Keberkesanan Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Kalangan Jururawat Di PPUKM.
7. Sila Jawab Semua Soalan di bahagian ,A, B, C, dan D
8. Setiap soalan diberikan 5 skala jawapan seperti berikut:
1. Sangat tidak Setuju
2. Tidak Setuju
3. Kurang Setuju
4. Setuju
5. Sangat Setuju
9. Sila pilih satu skala jawapan sahaja
Bahagian A (Demografi)
Sila jawab soalan berikut :
1. Jantina :
38
Perempuan
Lelaki
2. Umur :
19-25
25-30
30-35
36 dan ke atas
3. Etnik :
Melayu
Cina
India
Lain – lain
4. Tahap pendidikan
Diploma
Ijazah
5. Pengalaman bekerja di PPUKM
< 2 tahun
3 – 5 tahun
6 – 10 tahun> 10 tahun
Bahagian B ( Tahap Pengetahuan Teknologi dan Komunikasi (ICT) Dalam Kalangan Jururawat-Jururawat Di PPUKM)
1 : Sangat Setuju2 : Setuju
39
3 : Kurang Setuju4 : Tidak Setuju5 Sangat Tidak Setuju
NO SOALAN 1 2 3 4
1 Saya mengetahui kepentingan teknologi dalam kerjaya jururawat kerana teknologi dapat memberikan penjagarawatan yang lebih bermutu dan efisen.
2 Saya mengetahui fungsi sepenuhnya C-HETS yang digunakan di PPUKM.
3 Saya mengetahui bahawa PPUKM adalah sebuah hospital yang menggunakan “paperless system” sepenuhnya.
4 Saya sangat mengetahui perkembangan teknologi dalam perubatan yang semakin meningkat di PPUKM.
5 Saya mengetahui bahawa dengan menggunakan kemudahan ICT, ia memudahkan dokumentasi report pesakit dan “nursing process” di mana ia menjimatkan masa dan mengurangkan kesilapan
6 Saya mengetahui bagaimana untuk mengesan keputusan ujian makmal melalui komputer.
7 Saya mengetahui bagaimana grafik atau animasi dapat meningkatkan kefahaman pesakit mengenai sesuatu penyakit semasa memberi pendidikan kesihatan kepada pesakit
8 Saya peka dan tahu tentang penggunaan peralatan perubatan yang canggih semasa bekerja
9 Saya tahu fungsi aplikasi seperti whatsapp, facebook, dan email dalam kalangan jururawat untuk berkongsi maklumat tentang pesakit dalam membantu meningkatkan proses jagarawatan.
10 Saya tahu penggunaan ICT dapat menjimatkan kos terutamanya ketika merekod data
Bahagian C (Tahap Kemahiran Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Dalam Kalangan Jururawat Di PPUKM)
40
1. : Sangat Setuju2. : Setuju3. : Kurang Setuju4. : Tidak Setuju5. Sangat Tidak Setuju
NO SOALAN 1 2 3 4 51 Saya sering melayari internet untuk mengetahui mengenai
penyakit yang dialami oleh pesakit saya
2 Saya sering menggunakan teknologi seperti laman web sebagai rujukan untuk mengetahui penyelidikan terkini mengenai penjagarawatan yang lebih efektif dan selamat
3 Saya boleh menggunakan software seperti Microsoft office
4 Saya mudah menguasai peralatan baru yang lebih canggih dalam meningkatkan mutu penjagarawatan
5 Saya berasa lebih mudah dan selesa memberikan pendidikan kesihatan menggunakan kaedah multimedia dan animasi.
6 Saya mahir menggunakan sistem C-HETS dalam mendapatkan maklumat pesakit seperti data keluar masuk pesakit.
7 Saya menggunakan software seperti adobe photoshop ataupun gimp untuk menyediakan iklan bagi mewarwakan sesuatu buletin kepada staf-staf di hospital
8 Saya pernah membuat “video conference” dengan pegawai perubatan yang lain untuk membuat perbincangan mengenai bidang perubatan
9 Saya mempunyai kemahiran mengenai aplikasi yang boleh dimuatturun ke dalam telefon pintar dalam membantu meningkatkan ilmu mengenai perubatan
10 Saya mahir dalam menyimpan dan memindahkan sesuatu maklumat ke dalam cd/disket/pendrive
BAHAGAIAN D ( Tahap Keberkesanan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Kalangan Jururawat di PPUKM)
41
NO SOALAN 1 2 3 4 5
1Adakah pengetahuan asas ICT sangat membantu jururawat dalam melaksanakan tugasan harian?
2Adakah penguasaan kemahiran berkomputer memberi kesan kepada jururawat untuk memberikan “caring” kepada pesakit dan merawat pesakit?
3Sekiranya pihak hospital menggunakan teknologi komputer dalam menyediakan laporan pesakit. Adakah tahap penguasaan ilmu ICT dan kemahiran ICT yang tinggi mampu mengurangkan penggunaan masa yang terlalu lama dalam menyediakan laporan setiap pesakit?
4Adakah anda bersetuju sekiranya PPUKM melancarkan program “paperless hospital” dalam masa beberapa tahun ini?
5Adakah pihak hospital perlu menyediakan latihan berasaskan suasana sebenar untuk membantu jururawat meningkatkan lagi penguasaan ilmu dan kemahiran ICT? Sekiranya ya, adakah anda bersedia untuk menjadi ahli latihan tersebut?
JIKA YA :
BERSEDIA
TIDAK BERSEDIA
6Adakah anda memahami sepenuhnya sistem rekod kesihatan berasaskan computer seperti sistem C-HETs di PPUKM?
Adakah anda mampu mengajar dan menerangkan kepada staf yang baru berkenaan pengetahuan asas ICT,
42
7 kemahiran asas ICT serta sistem yang ada di PPUKM dengan yakin?
8Kewujudan ICT dan teknologi dalam hospital membantu dalam perawatan pesakit?
9Adakah anda boleh memberikan idea yang bernas dan menarik kepada pusat teknologi untuk meningkatkan penggunaan ICT dalam perawatan pesakit?
10Adakah kemudahan ICT yang sedia ada di PPUKM buat masa ini seperti maklumat ubatan dan data keputusan makmal membantu memudahkan tugasan harian jururawat?
Pada pandnagan anda, bagaimanakah cara untuk meningkatkan tahap penguasaan Teknologi Maklumat dan komunikasi dalam kalangan jururawat di PPUKM.
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
43