4
Jurnal 1 Tarikh: Hari: Rabu Masa: 8.55-9.55 ISU : PENULISAN AYAT DENGAN GRAMATIS 1. Sesi Pengajaran Untuk pengajaran dan pembelajaran ini, saya telah memilih tajuk Kekeluargaan . Iaitu di kelas 5 Liverpool. Tempoh masa adalah selama 60 minit. Dalam pengajaran ini saya telah mengajar murid untuk menulis surat kiriman tidak rasmi. Murid-murid diharap akan dapat mmenulis suarat dengan menggunakan ayat yang gramatis di dalam ayat yang disediakan. 2. Masalah Pada minggu ini,masalah yang saya hadapi adalah murid yang mempunyai masalah untuk menulis ayat surat yang gramatis. . Murid-murid mempunyai masalah untuk memahami ayat yang menggunakan perkataan untuk membina ayat dengan betul dan tepat. 2. Perkembangan isu yang difokuskan : Apa yang dapat saya lihat ialah murid-murid tidak dapat menggunakan bahan dengan betul dan tepat. Ini kerana sepenjang tempoh 60 minit dilaksanakan saya dapati murid-murid tidak membina ayat dengan baik dan banyak ayat yang dipengeruhi unsur bahasa pasar. Ini kerana murid-murid tidak dapat menulis ayat dengan baik dan berkesan. 3. Analisis : Masalah yang timbul berkaitan dengan penguasaan penulisan disebabkan murid tidak menguasai cara menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dengan berkesan. Murid-murid dalam kelas ini menghadapi masalah untuk menulis ayat dengan betul. Ini kerana murid-murid

Jurnal 1 6 Januari

Embed Size (px)

DESCRIPTION

jurnal

Citation preview

Page 1: Jurnal 1 6 Januari

Jurnal 1

Tarikh:

Hari: Rabu

Masa: 8.55-9.55

ISU : PENULISAN AYAT DENGAN GRAMATIS

1. Sesi Pengajaran

Untuk pengajaran dan pembelajaran ini, saya telah memilih tajuk Kekeluargaan . Iaitu di kelas 5 Liverpool. Tempoh masa adalah selama 60 minit. Dalam pengajaran ini saya telah mengajar murid untuk menulis surat kiriman tidak rasmi. Murid-murid diharap akan dapat mmenulis suarat dengan menggunakan ayat yang gramatis di dalam ayat yang disediakan.

2. Masalah

Pada minggu ini,masalah yang saya hadapi adalah murid yang mempunyai masalah untuk menulis ayat surat yang gramatis. . Murid-murid mempunyai masalah untuk memahami ayat yang menggunakan perkataan untuk membina ayat dengan betul dan tepat.

2. Perkembangan isu yang difokuskan :

Apa yang dapat saya lihat ialah murid-murid tidak dapat menggunakan bahan dengan betul dan tepat. Ini kerana sepenjang tempoh 60 minit dilaksanakan saya dapati murid-murid tidak membina ayat dengan baik dan banyak ayat yang dipengeruhi unsur bahasa pasar. Ini kerana murid-murid tidak dapat menulis ayat dengan baik dan berkesan.

3. Analisis :

Masalah yang timbul berkaitan dengan penguasaan penulisan disebabkan murid tidak menguasai cara menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dengan berkesan. Murid-murid dalam kelas ini menghadapi masalah untuk menulis ayat dengan betul. Ini kerana murid-murid dalam kelas ini mempunyai tahap pemahaman kosa kata yang agak sedikit dan memerlukan bimbingan daripada guru. Murid-murid mempunyai maslaah untuk menulis ayat dengan betul dan berkesan.

4. Kajian lampau yang berkaitan isu :

Hari ini, menulis terus menjadi kelemahan paling ketara pelajar-pelajar sekolah. Walaupun skor pencapaian standard telah meningkat dalam beberapa aspek, penulisan yang lemah terus menjadi masalah yang menonjol. Hal ini kerana, semasa berlangsungnya pengajaran dan pembelajaran (PdP)

Page 2: Jurnal 1 6 Januari

kemahiran menulis, didapati pelajar menghadapi masalah dalam pembinaan ayat jika bantuan seperti gambar, kosa kata atau rangkai kata tidak disertakan. Masalah ini dikenal pasti apabila pelajar tidak dapat membina ayat tentang sesuatu topik ketika sesi pengajaran dan juga berdasarkan semakan buku latihan mereka. Setelah meneliti masalah yang dihadapi, saya merasakan masalah utama yang perlu difokuskan ialah meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk menggunakan kata hubung. Hal ini kerana murid lebih cenderung untuk menulis ayat tunggal sahaja. Latihan-latihan seperti melengkapkan ayat, menyusun semula perkataan untuk menjadi ayat betul, menyusun urutan ayat, dan membina ayat mengikut tahap keupayaan dan kebolehan pelajar diberi sebagai aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan kemahiran pelajar dalam penulisan. Semasa pengajaran dan pembelajaran (PdP) kemahiran menulis, didapati pelajar menghadapi masalah dalam pembinaan ayat jika bantuan seperti gambar, kosa kata atau rangkai kata tidak disertakan. Amalan memberikan pelajar gambar dan perbendaharaan kata semasa membina ayat dapat memudahkan proses PdP di dalam bilik darjah. Malangnya, amalan sedemikian bukan sahaja mematikan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK ) bahkan juga tidak dapat meningkatkan kemahiran membina ayat dalam penulisan, khasnya membina ayat tentang satu topik. Masalah ini dikenal pasti apabila pelajar tidak dapat membina ayat tentang sesuatu topik ketika sesi pengajaran dan juga berdasarkan semakan buku latihan mereka. Setelah meneliti masalah yang dihadapi, saya merasakan masalah utama yang perlu difokuskan ialah meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk menggunakan kata hubung. Hal ini kerana murid lebih cenderung untuk menulis ayat tunggal sahaja. Tatabahasa ialah hukum bahasa yang perlu dipatuhi oleh setiap orang terutama dalam penulisan. Namun yang berlaku sekarang ini, ketika menulis sesuatu sama ada rencana, berita, artikel, esei, surat atau sebagainya, murid selalu melanggar tatabahasa gara-gara tidak mengetahui atau kurang faham akan tatabahasa.

5. Cadangan :

Saya perlu meningkatkan kefahaman murid tentang cara menulis ayat dengan betul. Saya dari semasa ke semasa dan memperbaikinya dengan memperbanyakkan maklumat dan pengetahuan tentang cara meningkatkan penguasaan kosa kata dan menulis ayat dalam kalangan murid. Saya akan memperbanyakkan aktiviti yang menarik minat murid dengan matapelajaran Bahasa Melayu dan meningkatkan sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru pembimbing dan guru-guru di samping berbincang dengan rakan-rakan lain.

6. Tempoh masa:

Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin.Pengurusan masa yang baik adalah yang utama untuk mencapai objektif yang telah dirancangkan.

7. Tindakan susulan:

Tindakan yang dapat saya buat bagi mengatasi masalah ini adalah dengan menyediakan rancangan pengajaran harian pada masa tersebut mengikut kehendak masa dan tahap penguasaan dan

Page 3: Jurnal 1 6 Januari

kefahaman murid-murid serta perlu menitik beratkan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian mengikut ketetapan masa.

8. Penilaian kejayaan/ Pelaksanaan terhadap langkah-langkah penambahbaikan:

Saya akan meminta pandangan dari rakan sekerja saya untuk memberi penilaian dan komen tentang tahap penilaian kejayaan saya agar saya akan dapat memperbaiki segala kelemahan dari semasa ke semasa.

Pelaksanaan penambahbaikan :

Mengkaji kesilapan

Merancang aktiviti yang bersesuaian dengan masa

Berbincang dan meminta pandangan guru pembimbing dan pensyarah pembimbing.

Merangka pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

9. Kesimpulan/Refleksi :

Saya perlu mengkaji semula apa kesilapan dan strategi yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut.Langkah yang terbaik adalah dengan berbincang dan meminta pandangan daripada guru pembimbing dan pensyarah pembimbing agar mendapat tips yang berguna untuk diaplikasikan.

Kekuatan:

Pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan

Kelamahan:

Murid masih tidak dapat menulis dengan baik, perlu latihan dan pengayaan.

Disediakan oleh:

(Siti Mariam bt Sahari)

6/1/2016